Friday, March 3, 2023

​ZCG MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN SCUDERIA FERRARI UNTUK MUSIM FORMULA 1 2023




NEW YORK, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Z Capital Group, L.L.C. ("ZCG") pada hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani sebagai Rakan Kongsi Pasukan dengan Scuderia Ferrari untuk musim 2023. Melalui perkongsian ini, logo ZCG akan muncul pada kereta SF-23 bermula di Grand Prix Bahrain, pusingan pertama Kejuaraan Dunia Formula 1 2023.

“ZCG berkongsi komitmen teguh Scuderia Ferrari terhadap inovasi dan kecemerlangan,” kata James Zenni, Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ZCG. “Ini ialah peluang unik untuk bekerjasama dengan satu daripada jenama paling ikonik sukan ini dan melibatkan diri dengan jutaan peminat dan penggemar Formula 1 di seluruh dunia. Ferrari telah menjadi pemain utama sepanjang sejarah Formula 1 yang panjang dan terkenal ini. Kami amat teruja untuk menyokong pasukan ini kerana ia memasuki musim 2023 ini dalam memburu rekod kejuaraan yang ke-17.”

“Beroperasi pada tahap tertinggi dalam dunia sukan permotoran, kami sentiasa mencari rakan yang berkongsi perspektif global dan dedikasi kami terhadap prestasi yang tiada tandingannya,” kata Lorenzo Giorgetti, Ketua Pegawai Hasil Perlumbaan Scuderia Ferrari. “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan ZCG sebagai Rakan Kongsi Pasukan dan tidak sabar untuk membina perkongsian ini bersama-sama pada tahun yang akan datang.”

Formula 1, sudah menjadi satu daripada pertandingan sukan permotoran yang paling menarik dan berprestij di dunia, telah mengalami lonjakan populariti dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Di Amerika Syarikat sahaja, musim 2022 rata-rata hampir 300,000 lebih penonton merentasi setiap 22 Grand Prix pada hujung minggu berbanding musim sebelumnya. Memandangkan Formula 1 semakin popular di seluruh dunia, perkongsian ini akan meletakkan ZCG dengan satu daripada nama sukan yang paling terkenal.

2023 akan menjadi tahun kedua ZCG menyokong pertumbuhan Formula 1 sebagai Rakan Kongsi Pasukan dan tahun pertama bekerjasama dengan Scuderia Ferrari.

Maklumat Tentang ZCG

ZCG ialah peneraju industri yang terdiri daripada pengurusan aset pasaran persendirian, perkhidmatan perundingan perniagaan, pembangunan dan penyelesaian teknologi.

Selama hampir 30 tahun, Prinsipal ZCG telah melaburkan kira-kira $30 bilion dan mempunyai rekod prestasi industri cemerlang dalam ekuiti dan kredit persendirian.

ZCG mempunyai kira-kira $6.5B AUM dalam pengurusan aset dan pelabur syarikat itu ialah sebahagian daripada pelabur institusi global terbesar dan paling sofistikated termasuk dana pencen, endowmen, yayasan, dana kekayaan negara, bank pusat dan syarikat insurans.

ZCG mempunyai pasukan global yang terdiri daripada hampir 400 profesional. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.zcg.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16862

No comments:

Post a Comment