Wednesday, January 29, 2020

SATU PILIHAN YANG LEBIH BAIK KEPADA PERBANKAN - CLUBSWAN.COM

LONDON, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ClubSwan.com, sebuah pemimpin di dalam penyelesaian kewangan yang didorong oleh keahlian, terus memperluaskan keupayaan perbankan pilihan mereka yang yang berinovatif kepada pasaran-pasaran global utama. Ketika institusi-institusi kewangan tradisional terus bergelut untuk menyediakan cara-cara yang berinovatif dan bermakna untuk membawa nilai kepada pelanggan individu dan korporat dan ketika aset digital/ mata wang kripto mengalami pertumbuhan global, ClubSwan.com terus berkembang untuk memenuhi kecekapan itu dan permintaan yang diperlukan oleh aset-aset baharu ini dan pelanggan kami dan di mana bank-bank tradisional jelas tidak mempunyai jawapan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200127005046/en/

Sebaliknya, akaun-akaun bank yang ditutup, urus niaga yang ditolak, kelewatan yang melumpuhkan dengan pelanggan-pelanggan yang menerima dana mereka (jika ada) kesemuanya adalah sesuatu yang biasa dengan bank-bank tradisional. Untuk memburukkan lagi dilema ini, ketersediaan penyelesaian yang boleh dipercayai di mana pelanggan dapat mempunyai ketenangan fikiran bagi kedua-dua aset kripto dan mata wang tradisional tidak wujud...sehingga sekarang. Satu pilihan yang lebih baik untuk perbankan kini tersedia di seluruh dunia — ia telah diuji, terbukti, dan dibina bagi mereka yang menuntut penyelesaian perbankan pilihan yang lebih maju, intuitif dan berinovatif untuk sama ada mata wang global mahupun aset kripto.

ClubSwan.com  adalah penyelesaian perbankan pilihan yang berinovatif yang tersedia di seluruh dunia, yang merapatkan dunia Mata Wang Tradisional dan dunia Kripto. Dengan hampir $1 bilion ($1,000,000,000.00) di dalam kripto untuk pembubaran fiat, ClubSwan telah menyediakan tanjakan dan laluan luar untuk memberi perkhidmatan kepada fiat dan kripto. Keahlian global ini membolehkan pengguna untuk berurus niaga secara lancar tanpa perlu untuk membeli apa-apa jenis token bagi memudahkan pembelanjaan dan penggunaan. ClubSwan secara semula jadi merapatkan kecairan fiat dengan dunia kripto — sebelum ini, ini telah menjadi satu masalah yang berpanjangan bagi pengguna kripto. Dengan perkhidmatan gaya hidup yang unik termasuk perjalanan borong, perkhidmatan perbankan pilihan yang mantap, keupayaan untuk menukar dengan lancar Kripto kepada Fiat, dan pelbagai faedah yang dibawa ke dalam satu platform, keahlian ClubSwan mengubah secara drastik industri fintech dan perbankan pada satu skala global.
  • Ahli-ahli menerima sebuah kad debit yang diterima di seluruh dunia... ATM, di kedai, dan penerimaan dalam talian. Dihantar melalui DHL dalam tempoh beberapa hari selepas pendaftaran keahlian
  • Mudah untuk diisi, diurus atau memindahkan pelbagai mata wang dengan kadar serta-merta atau hampir serta-merta
  • Mengambil kesempatan daripada perjalanan diskaun melalui pasukan bahagian kerja rencam 24/7 — dengan diskaun besar dari harga tapak perjalanan utama.
  • Memulakan berurusniaga sebaik sahaja selepas pengaktifan keahlian selesai.

ClubSwan.com  juga telah merevolusikan pengalaman prosedur dengan mendigitalkan proses KYC itu. Dengan pematuhan dan pengalaman pengguna yang mantap di pusat bagi program keahlian ini, dalam hanya masa 5 minit seorang pelanggan baharu boleh mendaftar dan pelanggan serta-merta menerima 3 akaun dompet pelbagai mata wang (GBP, EUR, USD) dan keupayaan untuk mempunyai sehingga 7 dompet kripto (BTCH, BCH, ETH, LTC, dan banyak lagi). Pelanggan boleh menghantar dana secara global melalui pemindahan kawat atau dari dompet kripto itu.

Program keahlian ClubSwan itu kini menawarkan komisen 40% untuk semua rujukan. Sekarang adalah masanya untuk mengalami satu pilihan yang benar-benar lebih baik untuk perbankan dan meningkatkan kehidupan.

Untuk membuat pertanyaan atau mendaftar: https://clubswan.com/?rc=JVGOEJ23

Sekatan dikenakan, lihat terma dan syarat. Kelajuan internet ditentukan oleh pembekal internet anda.

Maklumat mengenai ClubSwan:

ClubSwan adalah sebuah organisasi yang berasaskan teknologi yang menggabungkan keahlian gaya hidup mereka dengan sebuah platform perkhidmatan kewangan terlaras United Kingdom. ClubSwan telah bekerjasama dengan Nvayo Limited, sebuah institusi perkhidmatan kewangan yang dikendalikan oleh Financial Conduct Authority (FCA) yang berpangkalan di United Kingdom, yang diberi kuasa untuk memegang pelbagai baki mata wang, membuat pembayaran dan mengeluarkan kad pembayaran. Nvayo tidak menyediakan sebarang perkhidmatan kripto. Perkhidmatan mata wang kripto pada masa ini tidak dikawal oleh FCA atau mana-mana pengawal atur lain di United Kingdom. Anda memahami bahawa harga atau nilai bagi aset kripto dapat meningkat atau turun dengan cepat pada bila-bila masa. Risiko kerugian dalam membeli, menjual, memegang, atau melabur di dalam aset kripto boleh menjadi besar dan anda boleh kehilangan wang anda. Aset kripto yang diterima berkaitan dengan urus niaga mata wang kripto tidak akan dilindungi (di bawah Peraturan Wang Elektronik United Kingdom 2011) atau dilindungi oleh Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan. Kami tidak membuat apa-apa pernyataan berhubung kebijaksanaan untuk berurus niaga di dalam mata wang kripto. Kami tidak dapat menjamin ketepatan masa, ketepatan, atau kesempurnaan sebarang data atau maklumat yang digunakan berkaitan dengan sebarang pendedahan bagi pemegangan anda terhadap aset kripto. ClubSwan menawarkan perkhidmatan dan sokongan tambahan melalui sokongan pelanggan dan platform teknologi mereka yang menggabungkan aset digital/ urus niaga mata wang dan pembubaran.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200127005046/en/

Hubungi

Glenniss Richards
press@clubswan.com

Sumber : ClubSwan

Tuesday, January 28, 2020

KERAJAAN WILAYAH CHIBA MENAYANGKAN VIDEO PROMOSI DALAM PENANTIAN BAGI SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

CHIBA, Jepun, 20 Jan., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Kerajaan Wilayah Chiba pada masa ini sedang menayangkan video promosi mereka yang mensasarkan mereka yang akan melawat wilayah Kanto sama ada dari Jepun dan luar negara untuk menyaksikan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 serta pelancong memandangkan Sukan itu dijadualkan akan diadakan dalam tempoh hanya enam bulan lagi.

Video itu memperkenalkan ciri-ciri menarik di Wilayah Chiba seperti tempat-tempat pelancongan, alam semula jadi dan acara-acara tradisional, yang mana pengunjung dapat menikmati pada musim panas ketika Sukan itu berlangsung, selain daripada lapan acara Sukan Olimpik dan Paralimpik yang akan diadakan di wilayah itu.

Melalui penyiaran video itu, Kerajaan Wilayah Chiba bertekad untuk menarik pelancong dari Jepun dan luar negara untuk melawat wilayah itu bersempena dengan Sukan Tokyo dan meningkatkan momentum bagi acara tersebut.

1. Tajuk
Selamat datang ke CHIBA
- Selamat datang ke TOKYO 2020 -

2. Kandungan Utama
(1) Tempat-tempat untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan diadakan di Wilayah Chiba
- Dewan Makuhari Messe (Bandar raya Chiba)
- Pantai Luncur Air Tsurigasaki (Bandar Ichinomiya)
(Foto 1: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/202001085509/
_prw_PI1fl_Jb6wU3hb.jpg)

(2) Lapan acara Olimpik dan Paralimpik yang akan diadakan di Wilayah Chiba
- Sukan Olimpik
Lawan Pedang, Luncur Air, Taekwondo dan Gusti
- Paralimpik
Goalball, Bola Tampar Duduk, Taekwondo Para dan Lawan Pedang Kerusi Roda

(3) Daya tarikan di Wilayah Chiba yang boleh dinikmati oleh Pelawat pada Musim Panas
- Bersiar-siar
Taman Funabashi H.C. Andersen (Padang Bunga Matahari) (Bandar raya Funabashi)
Pesta Pertunjukan Bunga Api Pantai Makuhari (Bandar raya Chiba)
- Alam Semula jadi
Taman Shimizu Keiryu (Air terjun Nomizo-no-taki, Gua Kameiwa-no-Doukutsu) (Bandar raya Kimitsu)
Diamond Fuji (sebuah fenomena optikal di mana Gunung Fuji bersinar seperti sebuah berlian apabila matahari terbit atau terbenam sejajar dengan puncak gunung) (Bandar raya Minamiboso dan Tateyama)
- Makanan
Futomaki Matsuri Sushi (rol sushi tebal) (masakan tempatan)
Petik Beri Biru (Bandar raya Kisarazu)
- Sejarah & Budaya
Pengalaman Membuat Kipas Boshu Uchiwa (Bandar raya Minamiboso)
Festival Sawara Grand (Bandar raya Katori)

3. Tetamu yang muncul di dalam video itu
Atlet dan orang lain yang mempunyai hubungan rapat dengan Wilayah Chiba
(Foto 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/202001085509/
_prw_PI2fl_vNWoyM3s.jpg)

4. Video
- 120 saat: https://www.youtube.com/watch?v=Ar745ukiQG8
- 30 saat (1): https://www.youtube.com/watch?v=xjXFAswDmBA
- 30 saat (2): https://www.youtube.com/watch?v=GRCELU3w-aE

Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba

--BERNAMA

Thursday, January 23, 2020

KENYATAAN MEDIA KORONAVIRUS

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Tempat kerja juga menjadi risiko untuk pendedahan kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit. Oleh itu, menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja serta mewujudkan suasana  tempat kerja yang selamat dan sihat.

Pekerja juga bertanggungjawab memberi kerjasama dalam mematuhi arahan atau langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi melindungi diri mereka serta orang lain.

Antara langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah: 
  1. Menutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan.
  2.  Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk dan bersin.
  3. Jika anda tidak sihat, pakai penutup mulut dan hidung (face mask) apabila berurusan dengan orang lain dan hadkan pergaulan anda dengan orang sekeliling.
  4. Elakkan juga berkongsi hidangan, peralatan untuk makan, perkakas dapur serta tuala. 
Baru-baru ini, kita dimaklumkan berkenaan wabak koronavirus baharu yang dilaporkan di Wuhan, China. Negara yang berdekatan dengan kita, Thailand, juga telah melaporkan kes import pertama koronavirus baharu ini. Sehubungan itu, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan bagi menghadapi potensi penularan penyakit ini di negara kita.

Jika terdapat pekerja yang mengalami gejala seperti demam, batuk, sukar bernafas, sakit dada, selsema serta sakit tekak, dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan.

Sila klik di sini untuk Infographics on Coronavirus

Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)
Malaysia

SUMBER: Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)

Wednesday, January 22, 2020

KEMAJUAN YANG AMAT BESAR DI DALAM TRANSFORMASI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI HAINAN

KEMAJUAN YANG AMAT BESAR DI DALAM TRANSFORMASI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI HAINAN

KAJIAN AJC MENGENAI GVC DIBENTANGKAN DI SIMPOSIUM PERINGKAT TINGGI MENGENAI PERDAGANGAN DAN PELABURAN DALAM ASEAN YANG DIADAKAN DI HANOI

TOKYO, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Setiausaha Agung bagi Pusat ASEAN-Jepun (AJC), Encik Masataka Fujita telah dijemput ke Simposium Peringkat Tinggi mengenai Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN: “Meningkatkan Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN untuk Komuniti ASEAN yang Padu dan Responsif” yang telah diadakan di Hanoi, Viet Nam, pada 10 Januari 2020, untuk berkongsi pandangan beliau mengenai keadaan semasa berhubung perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN dengan satu tumpuan terhadap penyertaan ASEAN yang meningkat di dalam Rantaian Nilai Global (GVC).
 
Simposium itu merupakan satu daripada acara rasmi yang pertama bagi ASEAN 2020 sejak Viet Nam memegang jawatan Pengerusi bagi ASEAN; dan dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Viet Nam dengan penyelarasan bersama Kementerian Perindustrian dan Perdagangan, dan Kementerian Perancangan dan Pelaburan. Ia telah dihadiri oleh kira-kira 120 orang tetamu dan peserta yang termasuk bekas dan penjawat kini pegawai-pegawai peringkat kementerian dari beberapa negara ASEAN, pegawai-pegawai yang menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Ekonomi (SEOM) dari kesemua 10 buah negara anggota ASEAN, serta perwakilan dan pakar-pakar dari Sekretariat ASEAN dan organisasi serantau dan antarabangsa yang lain. Dengan berlatarbelakangkan bahawa keadaan perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN adalah sederhana secara relatif berbanding dengan perkumpulan ekonomi yang lain, dan dengan keyakinan bahawa meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN akan menyumbang kepada merealisasikan keutamaan ASEAN dan sebuah Komuniti ASEAN yang padu dan responsif, simposium itu telah membincangkan tiga jenis isu, iaitu, mengetepikan halangan institusi dan dasar, bergerak maju bersama GVC dan meningkatkan logistik dengan lancar. Ia bertujuan untuk mengemukakan cadangan-cadangan dasar untuk dilaporkan kepada SEOM dan Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN pada 2020 bagi pertimbangan selanjutnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13004

HOTEL KEIO PLAZA TOKYO MENJADI TUAN RUMAH PAMERAN SENI FESTIVAL ANAK PATUNG KANAK-KANAK PEREMPUAN "HINA-MATSURI"

– 6,800 Peragaan Perhiasan Seni Gantung yang menakjubkan dan Keindahan Bunga-bungaan

TOKYO, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), salah sebuah hotel berprestij negara Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu acara iaitu “Hina-Matsuri Pameran Seni Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan” bagi membantu para tetamu meraikan acara kebudayaan Jepun yang dikenali sebagai Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan atau Hina-Matsuri bermula 1 Februari sehingga 26 Mac, 2020. Acara yang amat popular ini dianjurkan sekali setahun dan memperagakan 6,800 perhiasan seni gantung yang menakjubkan dan penuh seni yang diperbuat menggunakan tangan daripada kain sutera lama. Perhiasan-perhiasan ini dibuat dengan teliti untuk pameran ini dan simboliknya mencerminkan harapan untuk kesihatan dan kegembiraan kanak-kanak.  Bunga pic juga ditampilkan sebagai tema untuk pameran, konsert dan bengkel untuk acara pada tahun ini selaras dengan “Festival Pic” dan kepercayaan bahawa pic memanjangkan usia memandangkan ia menghalau semangat-semangat jahat.

Siaran akhbar ini mempunyai multimedia. Lihat siaran penuh di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200120005118/en/

Karya-karya seni bertemakan bunga akan dipamerkan di aras 3 kawasan Lobi Seni. “Pameran Pasu Bunga Tanpa Bunga” mempamerkan pasu-pasu bunga yang diperbuat daripada lakuer, tembikar, buluh dan bahan-bahan lain menampilkan keindahan istimewa pasu-pasu ini.  Selain itu, pelukis Jepun Masatsugu Ito bakal mempamerkan lukisan-lukisan dinamik bunga sakura atas panel pintu gelangsar tradisional Jepun bagi menunjukkan kepada para tetamu keindahan lukisan Jepun yang elegan.

Penggubah bunga Hiroki Maeno berceramah mengenai maksud dan kegembiraan gubahan bunga Jepun ‘Ikebana”, dua kali sebulan pada hari Rabu. Para tetamu boleh membawa pulang gubahan bunga yang mereka buat bagi meraikan Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan dengan keluarga mereka. Selain itu, item menu istimewa bagi memperingati Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan Hina-Matsuri ini akan dihidangkan di tujuh buah restoran kami dan ruang istirehat sepanjang bulan Februari dan Mac 2020.

Arkib Siaran Akhbar

Mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan salah satu hotel antarabangsa terkemuka di Jepun.  Hotel kami mempunyai lebih daripada 15 restoran dan bar, dan kami menjadi tuan rumah untuk barisan tetamu tempatan dan luar negara yang mengunjungi kami disebabkan kemudahan-kemudahan, layanan mesra dan perkhidmatan-perhidmatan unik kami yang membolehkan mereka mengalami sendiri budaya Jepun, termasuklah  pengalaman kimono pengantin, upacara teh dan banyak lagi.  Untuk maklumat lanjut mengenai kami, sila lawati laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13001

Tuesday, January 21, 2020

BUNYI PUKULAN DRAM YANG KUAT MENEKANKAN KEHIDUPAN PENDUDUK YANG LEBIH BAIK







TONGLIAO, China, 21 Jan., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Ketika perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, pukulan dram kedengaran semakin kuat di sebuah kampung di Wilayah Autonomi Inner Mongolia di utara China.
 
Bai Haiquan, seorang penduduk kampung, adalah seorang daripada pemain dram itu. Sebagai seorang ahli baharu untuk kumpulan persembahan yangko kampung itu, beliau bermain dram itu dengan kuat dan akan berlatih selepas selesai menggembala lembu. Bai juga berlatih bermain drum di fikirannya ketika sedang bekerja. “Apabila seseorang itu merasa gembira, dia berasa seperti sedang bermain dram, dan dia sangat bagus dalam melakukannya,” kata Bai.
 
Bai tidak berminat untuk bermain dram tiga tahun yang lalu, ketika beliau sedang terdesak tentang kehidupan. Isteri beliau telah didiagnosis dengan nefritis lupus, yang menelan belanja kira-kira 4,000 yuan (kira-kira 584 dolar Amerika) sehingga 5,000 yuan setiap bulan. Keluarga beliau telah dibelenggu dengan hutang, yang memaksa anaknya berhenti sekolah menengah untuk menjaga lembu-lembu itu. Kehidupan keluarga itu sedang hampir musnah apabila kerajaan tempatan itu menghulurkan bantuan dengan melayakkan keluarga itu sebagai satu daripada sasaran bantuan kemiskinan. Dengan bantuan kerajaan tempatan, Bai telah mendapat pinjaman bersubsidi bernilai 30,000 yuan untuk menternak lembu, dan mendapat 15,000 yuan lagi dalam bentuk subsidi. Seluruh keluarga itu telah dimasukkan ke dalam sistem insurans penjagaan perubatan, yang meliputi sebahagian besar daripada perbelanjaan perubatan bagi isteri Bai.
 
Bai sangat cekap dalam menternak lembu. Sekarang beliau memiliki 16 ekor lembu, dan lapan daripada lembu itu sedang bunting. Mereka adalah harapan bagi Bai. “Tidak lama lagi akan ada anak lembu. Lembu jantan itu boleh dijual dengan harga 10,000 yuan selepas lima bulan membiak,” menurut beliau. Bai juga mempunyai 32 mu (kira-kira 2.13 hektar) tanaman jagung, dengan masing-masing mampu menghasilkan 750 kg jagung berkat pengairan yang dipertingkatkan dengan kaedah menggerudi sebuah telaga baharu oleh kerajaan tempatan. Beliau telah meraih 47,000 yuan pada tahun 2019, dan menjangkakan lebih banyak pendapatan pada tahun ini. Keluarga itu telah keluar daripada belenggu kemiskinan pada akhir tahun 2019, dan penyakit isteri beliau kini dapat dikawal. “Isteri saya semakin baik, dan pendapatan semakin baik. Kami  semakin gembira setiap hari.”
 
Bai telah memohon untuk menjadi seorang pemain drum apabila kampung itu mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kumpulan persembahan yangko. “Ia memberi tenaga untuk memukul dram,” kata beliau. “Beliau seolah-olah bertukar menjadi seorang yang berbeza apabila beliau bermain dram,” kata seorang pegawai tempatan. Bai, yang bersifat lebih realistik dan tekun daripada sebelum ini, telah merujuk dengan pemain dram yang mahir di kampung itu untuk meningkatkan prestasinya. Persembahan Festival Musim Bunga di kampung telah diadakan pada Xiao Nian, atau Preliminary Eve iaitu hari ke-23 pada bulan lunar ke-12, kira-kira satu minggu sebelum Tahun Baru Cina. Bai, yang penuh bersemangat, telah memukul dram itu dengan penuh yakin untuk sebuah kehidupan yang lebih baik.
 
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Tongliao CPC
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356031
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356040
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356042
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356043
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=356044 

--BERNAMA

Saturday, January 18, 2020

KAJIAN KESIHATAN DIGITAL:ESTONIA MENDAHULUI DENMARK SEBAGAI JUARA EKESIHATAN EROPAH

“Annual European eHealth Survey 2019" daripada HIMSS dengan kerjasama McKinsey mengenal pasti perkara penting dalam industri kesihatan Eropah

BERLIN, Jerman, 17 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Keselamatan siber, saling kendali dan pemerkasaan pesakit merupakan isu utama dalam industri penjagaan kesihatan Eropah berdasarkan “Annual European eHealth Survey 2019" terkini melalui tinjauan terhadap 500 profesional dalam bidang berkenaan.Kajian yang dijalankan oleh HIMSS dengan kerjasama McKinsey & Company juga mendapati bahawa Estonia telah menggantikan tempat Denmark dan kini dianggap sebagai negara peneraju eKesihatan di Eropah; contohnya, warganegara Kesatuan Eropah boleh mendapatkan semula ubat yang dipreskripsikan secara elektronik oleh doktor di Finland di farmasi Estonia.

Trend Utama:Rekod kesihatan pesakit dan perkhidmatan teleperubatan

Annual European eHealth Survey 2019 yang kini diterbitkan dalam edisi ke-3 menunjukkan bahawa pembangunan industri eKesihatan di Eropah semakin memfokuskan "pemerkasaan pesakit", iaitu keupayaan pesakit untuk mengakses dan menggunakan rekod kesihatan mereka sendiri serta menyumbang rekod tersebut dengan data penjanaan kendiri.

Pemerkasaan pesakit digital memerlukan infrastruktur eKesihatan yang lebih canggih.Keadaan ini berlaku di Itali (47%), Belanda (39%) dan Nordic (34%); negara tersebut menonjolkan akses pesakit terhadap maklumat sebagai keutamaan mereka.Pemprosesan data dijanakan pesakit secara khususnya amat penting bagi Sepanyol (38%).

Kepentingan penyediaan perkhidmatan teleperubatan telah meningkat secara ketara apabila dibandingkan dengan hasil beberapa tahun yang lalu.Di sesetengah negara, seperti Jerman, peningkatan ini boleh dikaitkan dengan inisiatif perundangan melalui skema pembayaran balik baharu yang memberikan insentif bagi peruntukan perkhidmatan tersebut. 

“Di Jerman dan banyak negara lain, pembekal mesti mempercepat pemerkasaan pesakit melalui rekod elektronik pesakit dan ketelusan tentang hasil rawatan.Trend rawatan pesakit luar akan meningkat lagi jika pembekal pesakit luar memanfaatkan rekod pesakit agar pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad,” kata Jochen Messember, Rakan Kongsi di McKinsey & Company.

Pendanaan terus menjadi halangan utama

Transformasi digital sistem penjagaan kesihatan Eropah juga menghadapi cabaran utama:Pendanaan IT kekal merupakan halangan utama (37%) terutama di UK, Sepanyol dan Jerman.Kekurangan standard saling kendali untuk membenarkan pertukaran data antara sistem (29%) dan kekurangan profesional eKesihatan berkemahiran (28%) juga menjejaskan industri berkenaan.

Jörg Studzinski, Pengarah Penyelidikan di HIMSS menyimpulkan bahawa:“Annual European eHealth Survey 2019 menunjukkan bahawa pembangunan industri eKesihatan di Eropah semakin beralih ke arah pemerkasaan pesakit dan kesihatan digital berdasarkan pengguna.Rekod kesihatan dimiliki pesakit, penyepaduan mereka dalam aliran kerja klinikal dan perkhidmatan teleperubatan akan meningkat dalam agenda di mana-mana saja.Di rantau dan negara yang lebih maju dari segi digital, seperti Nordic, Belanda dan Sepanyol, kami juga mendapati bahawa banyak fokus diberikan terhadap topik, seperti Kecerdasan Buatan dan Analisis Penjagaan Kesihatan.Walau bagaimanapun, banyak keupayaan ini akan menembusi pasaran dengan sedikit kelewatan disebabkan kekurangan dana dan tenaga kerja.”

Pautan kepada kajian:
https://europe.himssanalytics.org/europe/ehealth-barometer/ehealth-trend-barometer-annual-european-ehealth-survey-2019

Perihal HIMSS Annual European eHealth Survey 2019

European eHealth Survey 2019 disokong oleh McKinsey & Company, firma perunding pengurusan antarabangsa dan memberikan maklumat tentang keutamaan, cabaran dan trend semasa tentang industri eKesihatan di Eropah.Dari September hingga Oktober 2019, HIMSS menjalankan tinjauan terhadap 500 pakar eKesihatan di 30 buah negara Eropah.Tinjauan eKesihatan tahunan ini menyiasat topik berbeza-beza dan berulang dalam industri sejak 2017.Tinjauan kuantitatif tersebut disasarkan kepada semua pemegang berkepentingan kesihatan di Eropah: profesional penjagaan kesihatan, seperti doktor, jururawat, pemimpin dan pihak pengurusan IT, pembuat dasar, perunding, penyelidik dan syarikat perisian IT kesihatan mengambil bahagian.

Perihal HIMSS

HIMSS merupakan penasihat global dan pemimpin pemikiran yang menyokong transformasi ekosistem kesihatan melalui maklumat dan teknologi.Sebagai organisasi bukan untung, HIMSS menawarkan kepakaran unik dalam inovasi kesihatan, dasar awam, pembangunan tenaga kerja, penyelidikan dan analisis untuk memberikan nasihat kepada pemimpin global, pemegang berkepentingan dan orang berpengaruh tentang amalan terbaik dalam maklumat dan teknologi kesihatan.Menerusi enjin inovasi kami, HIMSS menyampaikan pandangan utama, pendidikan dan menganjurkan acara kepada pembekal penjagaan kesihatan, kerajaan dan pembekal pasaran untuk memastikan mereka mempunyai maklumat yang betul semasa membuat keputusan.Beribu pejabat di Chicago, Illinois, HIMSS menyediakan maklumat kesihatan global dan komuniti teknologi dengan operasi terfokus merentasi Amerika Utara, Eropah, United Kingdom, Timur Tengah dan Asia Pasifik.Ahli kami merangkumi lebih daripada 80,000 individu, 480 organisasi pembekal, 470 rakan kongsi bukan keuntungan dan 650 organisasi perkhidmatan kesihatan.

Perihal McKinsey

McKinsey & Company merupakan firma perunding pengurusan yang terkemuka di Jerman dan di seluruh dunia.Melalui bekerjasama rapat dengan klien, McKinsey menyediakan perundingan strategik, transformasi digital, pembangunan bakat, pengurusan risiko, pemasaran, reka bentuk, pengoptimuman proses dan kecemerlangan fungsian untuk syarikat swasta, institusi awam dan organisasi sosial.Klien firma ini merangkumi 28 daripada 30 syarikat DAX.McKinsey mempunyai beberapa pejabat di Jerman dan Austria, termasuk Berlin, Dusseldorf, Frankfurt am Main, Hamburg, Cologne, Munich, Stuttgart dan Vienna.Firma ini beroperasi melalui lebih daripada 120 pejabat di 65 buah negara.McKinsey ditubuhkan pada tahun 1926 dengan pejabat pertama dibuka di Jerman pada tahun 1964.Kevin Sneader merupakan Rakan Kongsi Pengurusan Global dan Cornelius Baur bertanggungjawab untuk Jerman dan Austria.   

Ketahui lebih lanjut di: https://www.mckinsey.de/uber-uns

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12997

KURITA WATER INDUSTRIES MEMENANGI ANUGERAH KETUA PENGARAH AGENSI BAGI SUMBER ASLI DAN TENAGA PADA HADIAH UTAMA PEMULIHARAAN TENAGA 2019 UNTUK PENINGKATAN KECEKAPAN PEMINDAHAN HABA MELALUI TEKNOLOGI PEMELUWAPAN TITISAN

KURITA WATER INDUSTRIES MEMENANGI ANUGERAH KETUA PENGARAH AGENSI BAGI SUMBER ASLI DAN TENAGA PADA HADIAH UTAMA PEMULIHARAAN TENAGA 2019 UNTUK PENINGKATAN KECEKAPAN PEMINDAHAN HABA MELALUI TEKNOLOGI PEMELUWAPAN TITISAN

LHDNM BELAJAR DARIPADA ORANG KANAN TENCENT

GEORGETOWN, 15 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah menjemput Encik Lau Seng Yee atau SY LAU yang merupakan Naib Presiden Eksekutif Kanan Tencent merangkap Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad ke Persidangan Pengarah-Pengarah LHDNM Bilangan 1/2020 untuk sesi perkongsian ilmu pada 14 Januari 2020 di Hotel The Wembley, Pulau Pinang.

SY Lau yang merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima anugerah ‘Global Media Person of The Year’ oleh Cannes Lions pada tahun 2015 telah dijemput berkongsi pengalaman serta kejayaan dalam penggunaan teknologi untuk kebaikan dan kelestarian manusia sejagat. Tencent adalah sebuah syarikat teknologi gergasi yang bertempat di China yang telah memperkenalkan aplikasi media sosial iaitu WeChat. Beliau juga aktif menyampaikan ceramah dalam forum-forum antarabangsa seperti PBB, UNESCO, Forum IMF dan pelbagai lagi.

Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Dato’ Sri Dr Sabin Bin Samitah, barisan pengurusan atasan LHDNM dan 240 orang pengarah dari seluruh Malaysia. Pengarah Jabatan Khidmat Korporat, Encik Hishamudin Mohamed telah bertindak sebagai moderator dalam program tersebut.

Antara perkongsian utama dalam sesi tersebut adalah pengurusan bakat, penekanan kepada digitalisasi dalam proses kerja dan kepentingan integriti dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Perkongsian topik ini adalah selaras dengan hasrat LHDNM dalam memastikan mutu perkhidmatan percukaian yang diberikan kepada rakyat adalah yang terbaik.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Dikeluarkan Oleh:

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

  
Tarikh: 15 Januari 2020

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tuesday, January 14, 2020

TOMMY HILFIGER MENGUMUMKAN FINALIS USAHAWAN SOSIAL CABARAN PERBATASAN FESYEN TOMMY HILFIGER

AMSTERDAM, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan enam finalis di dalam Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger 2019. Kini dalam tahun kedua mereka, program global itu bertujuan untuk menyokong syarikat permulaan keusahawanan dan meningkat naik membangunkan penyelesaian yang menggalakkan perubahan inklusif dan positif di dalam fesyen. Pemilihan finalis adalah satu langkah yang seterusnya di dalam perjalanan untuk mengenal pasti dan memperjuangkan peluang-peluang inovatif yang menyokong kemajuan bagi industri itu. Pada 13 Februari, 2020, enam finalis itu akan melawat Campus of the Future Tommy Hilfiger di Amsterdam, Belanda, untuk mengetengahkan konsep perniagaan mereka kepada barisan juri yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin perniagaan dan kemapanan dalaman dan luaran pada Acara Akhir Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200112005011/en/

“Adalah suatu inspirasi untuk melihat edisi kedua bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger menarik minat begitu banyak pemohon yang berusaha ke arah sebuah landskap fesyen yang lebih inklusif dan mapan,” kata Tommy Hilfiger. “Kami adalah komited untuk memperjuangkan penyelesaian yang gemilang dan berinovatif kepada beberapa cabaran besar bagi industri kami, dan saya tidak sabar untuk kembali sebagai seorang juri untuk mengiktiraf usahawan untuk tahun ini. Sikap optimis dan komitmen mereka yang dikongsi bersama kepada satu masa depan yang positif harus memberikan inspirasi kepada kita semua dalam impak yang boleh kita lakukan bersama.”

Sepanjang proses pelbagai langkah selama empat bulan, lebih 420 pemohon telah dikurangkan kepada enam peserta finalis yang telah dijemput untuk membangun dan memperhaluskan rancangan perniagaan mereka dengan sokongan sebuah pasukan berdedikasi yang terdiri daripada pakar-pakar usahawan sosial di Campus of the Future. Finalis itu termasuk:

• Sebuah perniagaan yang berkembang yang berpangkalan di Bangladesh, Apon Wellbeing, membuka kedai-kedai harga wajar yang membawa keperluan harian di dalam kilang-kilang, dengan produk yang ditawarkan pada diskaun 10% berbanding  harga luaran dan sebuah skim mata yang dikumpulkan oleh pekerja untuk mendapatkan insurans kesihatan dan perkhidmatan kesihatan secara percuma.

• Sebuah perniagaan yang berkembang yang berpangkalan di Amerika, Stony Creek Colors, menawarkan tanaman mapan indigo asli untuk petani tembakau bersaiz kecil dan sederhana yang menghadapi risiko kehilangan pendapatan mereka akibat daripada kejatuhan jualan tembakau. Tanaman kontan itu yang disediakan oleh Stony Creek Colors membolehkan petani untuk mengekalkan kehidupan mereka.

• Syarikat permulaan Belanda, A Beautiful Mess, menjalankan sebuah ruang kreatif untuk membantu pelarian dalam merealisasikan kebebasan sosial dan ekonomi dengan mewujudkan produk-produk pakaian yang mapan.

• Syarikat permulaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat Lab 141 mencipta kumpulan-kumpulan kecil pakaian yang dibuat mengikut potongan badan dengan menggunakan percetakan 3D. Melalui kaedah-kaedah ini, Lab 141 mempromosi dan menghidupkan konsep bagi fesyen “tanpa saiz.”

• Syarikat pakaian tidur yang meningkat naik di India Sudara mengembangkan kemahiran profesional dan jahitan pada wanita yang telah melarikan diri atau menghadapi risiko tinggi untuk pemerdagangan seks.

• Berasal dari Perancis, syarikat yang meningkat naik Constant & Zoe mencipta pakaian yang fungsi dan bergaya untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak kurang upaya.


Barisan juri berprestij yang mengawasi acara akhir itu termasuk:

• Encik Tommy Hilfiger

• Ankiti Bose, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Zilingo

• Noor Tagouri, Wartawan, Aktivis dan Penceramah

• Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah

• Martijn Hagman, Ketua Pegawai Kewangan, Tommy Hilfiger Global & Ketua Pegawai Operasi, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah

• Willemijn Verloop, Rakan Pengasas, Social Impact Venture

• Steven Serneels, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah, EVPA

• Katrin Ley, Pengarah Urusan, Fashion for Good

Juri itu akan menganugerahkan €150,000 di antara dua pemenang untuk membiayai kemajuan bagi cadangan perniagaan mereka. Pemenang-pemenang itu akan juga menerima bimbingan selama satu tahun dengan pakar-pakar global Tommy Hilfiger dan INSEAD, serta sebuah tempat di dalam Program Keusahawanan Sosial INSEAD (ISEP). Tambahan €10,000 akan diberikan kepada pasukan finalis yang memenangi “Undi Kegemaran Penonton.”

Visi Tommy Hilfiger adalah untuk mewujudkan fesyen yang membuka minda dan menutup gelung. Ketahui lebih lanjut mengenai usaha kemapanan jangka panjang jenama itu, terutamanya di dalam aspek keterangkuman dan bulatan, di: https://global.tommy.com/en_int/about-us-corporate-sustainability.

Rakan-rakan dan pengikut bagi jenama itu adalah dijemput untuk menyertai di dalam perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger, #FashionFrontierChallenge, #MakeNewPossible dan @TommyHilfiger.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12989

Saturday, January 11, 2020

SEBUAH PANGKALAN LIPUTAN MEDIA UNTUK SUKAN TOKYO 2020 PUSAT MEDIA TOKYO KINI MENERIMA PERMOHONAN KAD AKREDITASI

— Konsep itu Telah Diputuskan! "Sambungkan di Tokyo" —

TOKYO, Jepun, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat Media Tokyo (TMC) adalah sebuah kemudahan yang diwujudkan oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo bagi berkhidmat sebagai sebuah pangkalan liputan media untuk media dalam negeri dan antarabangsa semasa Sukan Tokyo 2020. Sehingga hari ini, ia kini menerima permohonan kad akreditasi melalui laman web rasmi TMC. Dengan mendapatkan sebuah kad akreditasi, anda boleh menggunakan ruang kerja di TMC dan kemudahan lain semasa Sukan itu, serta menggunakan perkhidmatannya, termasuk persidangan media dan lawatan media.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200109005899/en/

Bersama dengan berita ini, TMC telah mengumumkan konsep rasmi mereka “Sambungkan di Tokyo” serta menerbitkan satu perutusan dari Gabenor Koike di laman web rasmi mereka.
Malah media yang tidak mempunyai akreditasi untuk Sukan Tokyo 2020 boleh menggunakan perkhidmatan TMC itu. Sila lawati liputan media dan pangkalan pengumpulan maklumat ini semasa Sukan itu berlangsung!

• Laman Web Rasmi

Sila layari laman web rasmi atau imbas kod QR untuk memohon bagi sebuah kad akreditasi.
URL: https://tokyo.mediacenter.jp/
* Anda mesti mempunyai sebuah akaun berdaftar di laman web rasmi itu untuk memohon bagi sebuah kad akreditasi.

• Perkhidmatan yang Disediakan

Di dalam kemudahan itu

- Ruang kerja, bilik mesyuarat, dan bilik temu duga
Beberapa ruang mungkin perlu dirizabkan.
- Sambungan internet percuma (berkabel dan Wi-Fi)
- Perkhidmatan tetamu
- Persidangan media dan taklimat
- Kit Media

Lain-lain

- Khidmat sokongan untuk penggambaran di sekitar Tokyo
- Lawatan media
- Artikel eksklusif di laman web TMC dan lain-lain

* Senarai ini bagi perkhidmatan yang disediakan akan terus menerus dikemas kini. Butiran lanjut akan diumumkan kepada anggota-anggota yang bertauliah pada kemudian hari.

• Lokasi

Tokyo Sports Square 2-3F (Alamat: 3-8-3, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo)
- 1 minit berjalan kaki dari Stesen JR/ Tokyo Metro Yurakuchō
- Berdekatan dengan Stesen Tokyo, satu daripada hab pengangkutan utama di bandar raya itu
- Sebuah lokasi yang sangat sesuai untuk membuat liputan Sukan itu

• Jadual Kemudahan yang Dirancang

Jumaat, 10 Julai  – Khamis, 23 Julai, 2020: dari 9:00 pagi hingga 9:00 malam
Jumaat, 24 Julai – Isnin, 10 Ogos, 2020: dibuka 24 jam
Selasa, 11 Ogos – Sabtu, 22 Ogos, 2020: ditutup
Ahad, 13 Ogos – Isnin, 7 September, 2020: dibuka 24 jam

• Perutusan dari Koike Yuriko, Gabenor Tokyo

Anda boleh melihat perutusan itu dari Gabenor Koike di laman web di bawah.
Laman Web Rasmi Pusat Media Tokyo
https://tokyo.mediacenter.jp/about/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12987

Friday, January 10, 2020

LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN NAGASE & CO. UNTUK MENDEMONSTRASIKAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF DAN MOBILITI LIDAR TERMASUKLAH LEDDAR PIXELL DI AUTOMOTIVE WORLD 2020 DI TOKYO, JEPUN

Nagase & Co., Ltd., yang berpangkalan di Jepun, pengedar berlesen untuk LeddarTech, akan membuat pameran di CAR-ELE sebagai sebahagian daripada Automotive World 2020 di Tokyo di Reruai A7-61 di Tokyo Big Sight International Exhibition Center

QUEBEC CITY, 8 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR, paling serba boleh dan boleh skala, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertai rakan kongsi pengedaran Jepun, Nagase & Co., Ltd, di CAR ELE sebagai sebahagian daripada Automotive World 2020 di Tokyo, Jepun dari 15-17 Januari, 2020. Pameran Automotive World menyatukan pelbagai teknologi elektronik automotif, termasuklah komponen, bahan, perisian, kelengkapan pengeluaran, dan teknologi pengujian.  Acara ini menarik pembekal OEM dan Peringkat 1 dari seluruh dunia dan telah menjadi acara yang mesti disertai untuk pakar industri automotif.

“Kami amat teruja untuk mengembangkan lagi hubungan kami dengan LeddarTech di Automotive World 2020,” kata Koichi Kawahito, Pengurus Bahagian bagi bahagian Mobiliti Lanjutan Nagase. En. Kawahito menambah lagi: “Nagase komited kepada pengembangan perniagaan automotifnya dengan mengedarkan komponen dan sistem serta menawarkan perkhidmatan perisian dan reka bentuk untuk sistem bantuan pemanduan lanjutan (ADAS), kenderaan elektrik dan antara muka mesin manusia. Platform mobiliti LiDAR LeddarTech membawakan penawaran LiDAR automotif yang terbeza dan menarik kepada pembekal Peringkat-1 yang melengkapi visi kami dan menyokong kemajuan kreatif dan teknologi kami.”

“LeddarTech komited untuk menyediakan teknologi dan sokongan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Kami berbangga untuk dikaitkan dengan pengedar yang bereputasi baik seperti Nagase & Co., Ltd. dan teruja untuk menyertai Automotive World pada tahun 2020 buat tahun kedua dengan Nagase,” kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan Global dan Pembangunan Perniagaan di LeddarTech. Beliau menambah: “Tahun ini, kami menanti-nantikan untuk mempamerkan Leddar™ Pixell yang memenangi anugerah di acara ini.  Penyelesaian kokun LiDAR keadaan pepejal 3D ini direka khusus untuk kenderaan berautonomi seperti kenderaan ulang-alik, teksi robot, komersial dan penghantaran berautonomi ‒ membolehkan keselamatan terbaik dalam kelas melalui pengesanan dan keteguhan yang ditingkatkan,” rumus En. Pierce.

Manfaat Leddar™ Pixell:
  • Pengesanan objek dan VRU boleh diharap
  • Medan pandangan 180° mendatar yang luas
  • Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan.
  • Ketahanan yang luar biasa
  • Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
  • Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif

Sejak pelancarannya pada September 2019, Leddar Pixell telah membuat pameran di beberapa acara perdagangan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Perihal Nagase
Nagase & Co., Ltd. ialah firma perdagangan bahan kimia, diasaskan di Kyoto, Jepun pada tahun 1832. Nagase Group bermula sebagai ejen jualan khusus yang mendapatkan kontrak eksklusif untuk menjual produk utama industri dari seluruh dunia di Jepun. Selama bertahun-tahun, syarikat ini telah memanfaatkan teknologi dan maklumat untuk mengumpulkan kepakarannya—serta rangkaian globalnya—untuk mentransformasikan perniagaannya kepada model hibrid yang menawarkan pengeluaran, pemprosesan dan fungsi R&D bermutu tinggi serta perkhidmatan syarikat perdagangan. Jabatan Penyelesaian Mobiliti telah menyediakan bahan dan alat ganti berfungsi dalam industri automotif untuk tempoh masa yang lama dan kini berfokus pada menyampaikan teknologi canggih ke dalam pasaran untuk merealisasikan masyarakat mobiliti yang lebih selamat dan lebih selesa.

Maklumat lanjut boleh diakses di www.nagase.co.jp/english

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR Auto dan Mobiliti paling serba boleh dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat LeddarSP. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, ADAS meningkatkan teknologi yang dipatenkan dan keupayaan memandu berautonomi untuk automobil, trak, bas, kenderaan penghantaran, teksi robot, kenderaan ulang alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Logo LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda termasuklah BlackBerry, BlackBerry Secure, dan QNX OS for Safety ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Maklumat Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
+1-418-653-9000 samb. 232 | Daniel.Aitken@Leddartech.com

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA

Wednesday, January 8, 2020

LEDDARTECH AKAN MEMPAMERKAN TEKNOLOGI LIDAR DI BERBILANG LOKASI DI CES 2020

QUEBEC CITY,  7 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala di beberapa lokasi sepanjang CES 2020 di Las Vegas dari 7hb-10hb, Januari, 2020.

LeddarTech bersedia untuk memberikan kesan di CES. Syarikat in telah bergabung tenaga dengan pelbagai rakan kongsi untuk menjadikan teknologi LiDAR mereka lebih mudah diakses kepada pelanggan dan pelawat.  LeddarTech akan mempamerkan LeddarEngine™ LCA2 dan LCA3 mereka untuk aplikasi automotif dan mobiliti LiDAR yang menampilkan Leddar™ Pixell yang memenangi anugerah serta teknologi pengelasan pejalan kaki di beberapa lokasi utama di The Westgate dan Las Vegas Convention Center.  LeddarTech juga akan mengehoskan pelanggan dan rakan kongsi di LeddarTech Technology Lounge and Business Development Center; mesyuarat di lokasi tersebut boleh diaturkan melalui leddartech.com/ces-2020

“CES memulakan tahun ini dengan cemerlang sebagai hab global untuk teknologi dan inovasi canggih.  LeddarTech berasa teruja dan bersemangat untuk kembali tahun ini sebagai CES 2020 Innovation Award Honoree,” kata Daniel Aitken, Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global untuk LeddarTech. “CES menjadi pentas untuk tahun yang hebat untuk LeddarTech pada tahun 2020 sementara kita terus mengembangkan kedudukan kita sebagai peneraju pasaran dalam penyelesaian LiDAR di peringkat global,” rumus En. Aitken.

Lokasi LeddarTech di CES 2020

• Acara Media Pelancaran CES – Ahad, 5hb, Januari 2020 – Mandalay Bay
Sebagai acara media rasmi CES, acara akan menampilkan CES 2020 Best of Innovation Award Honorees dan memaparkan lebih daripada 180 syarikat tempatan dan global termasuklah LeddarTech, yang akan mendemonstrasikan Leddar Pixell yang memenangi anugerah mereka.

Januari 7-10 LeddarTech Bekerjasama dengan Organisasi Berikut:

• Kerajaan Quebec – Reruai 35824 Tech Each LVCC
LeddarTech akan mendemonstrasikan Leddar Pixell berserta syarikat teknologi Quebec lain. Inisiatif ini dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi dan Inovasi Quebec dengan kerjasama Kerajaan Kanada.  LeddarTech merupakan penaja bersama bagi acara koktel CES tradisional Kerajaan Quebec pada 8hb Januari di Bellagio Hotel.

• Canadian Automotive Parts and Manufacturers Association (APMA) dengan kerjasama Karma Automotive – Reruai 1025 Tech East Westgate
LeddarTech akan mendemonstrasikan Leddar Pixell yang memenangi anugerah CES 2020 yang disepadukan dalam Karma Automotive 2020 Revero GT.  Juga akan dipamerkan ialah teknologi Pengelasan Pejalan Kaki LeddarTech, mempamerkan persepsi berdasarkan Leddar Pixell.

• dSPACE – Reruai 314 Westgate Paradise Center
Terletak di bahagian produk “Bandar Pintar” Tech East di hotel Westgate, LeddarTech akan menyertai dSPACE sementara mereka menonjolkan penyelesaian terbaharu mereka untuk simulasi dan pengesahan kenderaan berautonomi.

• LeddarTech Technology Lounge
Di dalam bilik istirahat, LeddarTech akan mendemonstrasikan LeddarEngine LCA2 dan LCA3 dan beberapa penyelesaian LiDAR yang dikuasakan LeddarEngine untuk aplikasi automotif dan mobiliti termasuklah Leddar Pixell dan mendemonstrasikan teknologi pengelasan pejalan kaki berdasarkan Leddar Pixell. Janji temu boleh diaturkan di leddartech.com/ces-2020.

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine™ unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedIn, Twitter, Facebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

SUMBER: LeddarTech inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12979

PENSTRUKTURAN SEMULA CAWANGAN JOHOR BAHRU

CYBERJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Cawangan Johor Bahru telah dipecahkan kepada dua cawangan berasingan iaitu Cawangan Johor Bahru (Penggajian) dan Cawangan Johor Bahru (Perniagaan) berkuatkuasa 1 Januari 2020. Penstrukturan semula ini adalah selaras dengan usaha LHDNM untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan percukaian di Johor Bahru. Berikut merupakan maklumat terperinci mengenai penstrukturan ini :-

http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/LHDN%20Malay%20(1).jpg

http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/LHDN%20Malay%20(2).jpg


Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12977

Tuesday, January 7, 2020

SHARP DI CES 2020: MEREALISASIKAN SEBUAH EKOSISTEM 8K+5G



Sistem PC Pengeditan Video 8K, Kerjasama Disiplin Silang pada Paparan

LAS VEGAS & OSAKA, Jepun, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sharp Corporation  (TOKYO: 6753) akan kembali ke CES 2020 dengan sebuah pameran yang memaparkan pemasangan terkini di dalam ekosistem mereka yang berkembang bagi produk dan perkhidmatan yang memanfaatkan faedah bagi video Ultra-HD 8K dan teknologi wayarles 5G termaju.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200105005022/en/

Ekosistem 8K+5G Sharp terdiri daripada penyelesaian hujung ke hujung untuk rakaman, penyuntingan, penyimpanan, dan penyampaian kandungan 8K, dengan faedah yang berpotensi yang menjangkau hiburan dan penyiaran kepada pelbagai bidang seperti industri, keselamatan, kesihatan, pendidikan, automotif, pejabat pintar, dan rumah pintar. Satu penambahan yang dinanti-nantikan untuk sebuah portfolio yang sentiasa berkembang bagi produk dan perkhidmatan 8K adalah sistem PC pengeditan video 8K dynabook yang baharu, yang dengan skrinnya seluas 15.6 inci akan menyediakan sebuah platform yang kompak, mudah dan bersiap sedia untuk melihat dan memproses bahan-bahan 8K.

Sementara itu, contoh-contoh yang menarik mengenai Ekosistem 8K+5G Sharp yang dipamerkan di CES 2020 akan termasuk sebuah sistem yang dipasang pada dron yang dibangunkan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan luar untuk merakam dan menghantar bahagian filem 8K tepat masa bagi tujuan termasuk latihan kuda lumba dan tinjauan infrastruktur. Ini adalah satu daripada pelbagai kerjasama disiplin silang yang sedang menjalani ujian untuk membawa manfaat praktikal bagi 8K dan 5G secara langsung kepada perniagaan dan pengguna.

“Kerjasama merupakan satu tonggak bagi usaha kami untuk memanfaatkan faedah bagi 8K+5G,” kata Bob Ishida, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua bagi Kumpulan ICT. “Kami menjalankan ujian dengan pelbagai rakan luar, kesemuanya dengan tujuan untuk merealisasikan sebuah ekosistem 8K+5G yang komprehensif secepat mungkin. Dan sebagaimana pameran CES 2020 kami akan memaparkan, kami yakin bahawa, bersempena dengan pengenalan 5G, teknologi 8K kami boleh membuat satu sumbangan yang besar kepada masyarakat masa hadapan.”

Maklumat lanjut mengenai Sharp di CES 2020:
https://global.sharp/brand/globalevents/ces2020/

Maklumat mengenai Sharp
Sharp Corporation adalah sebuah pemaju dunia bagi produk-produk berinovatif dan teknologi teras yang memainkan satu peranan utama di dalam membentuk masa depan bagi elektronik. Sharp menetapkan visi perniagaan mereka sebagai “Mengubah Dunia dengan 8K+5G dan AIoT”.  Teknologi 8K menghasilkan imej yang mendedahkan sebuah dunia yang menjangkau di luar realiti harian kita dan melahirkan kepada penemuan baharu yang mengasyikkan. AIoT menghubungkan orang dan masyarakat melalui kecerdasan buatan dan teknologi IoT. Sebagai sumber kepada pelbagai inovasi, menerusi idea-idea ini, Sharp akan terus merevolusikan dunia. Sharp Corporation mempunyai 52,640 orang pekerja di seluruh dunia (sehingga 30 September, 2019) dan mencatatkan jualan tahunan terkumpul sebanyak 2.4 trilion yen untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac, 2019.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12971

Monday, January 6, 2020

TACONIC BIOSCIENCES MENGUMUMKAN LOKASI SAN DIEGO BAHARU


Pengeluaran Haiwan Komersial Setempat dan Perkhidmatan Pengurusan Koloni Tersedia kepada Pelanggan Pesisir Barat

RENSSELAER, N.Y., 3 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengumumkan ketersediaan bagi kedua-dua pengeluaran model haiwan dan perkhidmatan pengurusan koloni melalui lokasi baharu di San Diego.

Taconic kini boleh menyediakan penyelesaian penyelidikan penemuan ubat kritikal secara setempat kepada pelanggan pesisir barat.  Ruang baharu, yang terletak di Center for Novel Therapeutics, memenuhi semua kualiti global dan standard kesihatan haiwan standard Taconic.

Apabila menyediakan penyelesaian model haiwan, kedekatan kepada pelanggan boleh merupakan faktor yang penting.  Lokasi San Diego Taconic menyediakan beberapa manfaat kepada pelanggan, termasuklah mengembangkan ketersediaan dan meningkatkan tarikh penghantaran mingguan untuk model komersial khusus, kefleksibelan tambahan dalam tempoh masa pesanan, meningkatkan prestasi untuk model yang sensitif terhadap masa transit yang panjang dan keupayaan untuk sedia bekerjasama dengan penyelidik setempat pada program pengurusan koloni.  Portfolio bagi model yang tersedia dari lokasi San Diego akan berkembang mengikut masa, dengan beberapa haiwan paling popular Taconic tersedia serta-merta: B6RAGN12, dan NASH.

“Kelebihan utama Taconic ialah keakraban hubungan yang kita bina dengan pelanggan dalam menyediakan penyelesaian model haiwan terbaik,” kongsi Nancy J. Sandy, ketua pegawai eksekutif Taconic.  “Berada dekat dengan industri bioteknologi California yang berkembang maju merupakan peluang yang hebat untuk meningkatkan hubungan kita dan membawa nilai yang lebih banyak kepada para penyelidik.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Taconic, sila hubungi Taconic Biosciences di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang tereka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, prasediakan, menguji dan mengagihkan model kajian yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang tereka bentuk secara genetik, mikrobiom, model tikus yang imun terhadap onkologi, dan reka bentuk model bersepadu dan perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk menyediakan model haiwan hampir di mana-mana di dunia.


Orang Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

SUMBER: Taconic Biosciences

--BERNAMA

EKSPOSISI PERKHEMAHAN HAINAN 2019 MENARIK 50,000 PELAWAT



HAIKOU, China, 2 Jan., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Pada 27 hingga 29 Disember, Eksposisi Perkhemahan Hainan 2019 telah diadakan di Haikou. Ekspo itu telah berjaya diadakan selama lima sesi, dengan menarik banyak perusahaan RV, perusahaan peralatan perkhemahan luar pandu sendiri, kemudahan sokongan perkhemahan dan perusahaan peralatan luar, menyediakan peluang-peluang penggunaan langsung dan mudah untuk banyak pekhemah RV dan pelawat, serta menyediakan sebuah platform profesional untuk perusahaan domestik yang berkaitan untuk memahami di antara satu sama lain dan mencapai kerjasama.

Dengan jumlah keluasan kira-kira 30,000 meter persegi, kawasan pameran itu dibahagikan kepada tujuh bahagian yang bertemakan RV, kabin log, peralatan luar, penerbangan altitud rendah dan barangan perkhemahan, yang memaparkan secara intensif peralatan perkhemahan RV yang termaju, produk luar, kaedah sukan luar yang bergaya, kompleks pastoral pelancongan desa, format pelancongan masa lapang yang baharu, dan sebagainya. Menurut Red Sail MICE, penganjur bagi Eksposisi Perkhemahan itu, Aktiviti “Jelajah pandu sendiri di Hainan" telah dirancang khas untuk Ekspo itu, untuk menjemput pelancong dari seluruh negara yang datang ke Hainan untuk melancong pandu sendiri.

Pada masa yang sama, Forum Pelancongan Perkhemahan China ke-12 dan kursus-kursus latihan yang standard untuk Penilaian Destinasi Perjalanan Pandu Sendiri dan Penarafan Berkualiti bagi Kem Kenderaan Auto dan Rekreasi. Forum itu telah berjaya diadakan selama 11 sesi, bertujuan untuk terus membangunkan pasaran pelancongan pandu sendiri dan perkhemahan RV Hainan, meningkatkan tahap perkhidmatan yang berkaitan di Hainan, dan mempromosikan budaya rekreasi dan sumber pelancongan Hainan.

Menurut laporan, dalam 10 sistem produk pelancongan Hainan yang terperinci, pelancongan perkhemahan RV merupakan objek pembangunan utama bagi industri pelancongan. Hainan sangat menyokong pembangunan perkhemahan RV, telah melancarkan beberapa siri langkah untuk mempromosikan pembinaan pelancongan secara keseluruhan, termasuk pengeluaran  laluan pelancong pandu sendiri yang berkualiti tinggi dan pembinaan kem-kem yang berkualiti tinggi. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, perkhemahan RV di Hainan telah berkembang dengan pesat dan pasaran pelancongan perkhemahan RV berada di dalam keadaan yang meningkat naik.

Pada masa akan datang, Eksposisi Perkhemahan Hainan akan terus bergantung kepada dasar dan kelebihan lokasi Hainan, mengumpul sumber-sumber perindustrian dan mengambil urus niaga paparan peralatan pelancongan antarabangsa dan domestik sebagai pembawa untuk sama-sama mempromosikan pembangunan integratif bagi industri perkhemahan RV dan industri lain. Ia akan juga memperkuat pembinaan destinasi pelancongan pandu sendiri, dan menumpukan lebih banyak usaha kepada pembinaan Zon Perdagangan Bebas Hainan (Pelabuhan) dan pusat penggunaan pelancongan antarabangsa.
 
Sumber: Red Sail MICE
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=354913
 
--BERNAMA

Friday, January 3, 2020

CERMIN MATA PENJEJAKAN MATA BAHARU MEMBAWAKAN DATA DUNIA SEBENAR KEPADA PENYELIDIKAN AKADEMIK

BIOPAC menggabungkan penjejakan mata dengan pengelogan data mudah alih dan pengumpulan data fisiologi untuk menjalankan eksperimen di dalam makmal atau di dunia sebenar

GOLETA, Calif., 3 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BIOPAC Systems, Inc. mengumumkan penyepaduan penjejakan mata baharu untuk penyelidik yang menjalankan eksperimen untuk peserta mudah alih di lokasi yang pelbagai. Cermin mata penjejakan mata ETVision (EYE-ETV)  kini bersepadu dengan sistem wayarles dan perisian BIOPAC, membenarkan penyelidik untuk mengumpul dan menganalisis data penjejakan mata dunia sebenar dari subjek di dalam makmal, di lapangan, di tempat kerja, semasa bersukan atau di mana-mana sahaja penyelidikan dibuat.

Pengelogan data mudah alih membenarkan data fisiologi dikumpulkan dalam persekitaran lapangan yang berbeza termasuklah tempat kerja, kenderaan, arena sukan, dan pusat latihan. Data penjejakan mata kini boleh disegerakkan dengan data fisiologi ini dan penyelidik boleh menyemak video penjejakan mata dengan data fisiologi dalam AcqKnowledge perisian pengumpulan dan analisis data. Penyelidik akan menggunakan data ini untuk membangunkan wawasan dalam ergonomik, pembangunan produk, kebolehgunaan, pengalaman pengguna, dinamik kumpulan, pembangunan prestasi, latihan dan banyak lagi.

“Mobiliti adalah penting semasa menjalankan penyelidikan di lapangan,” kata CEO BIOPAC Frazer Findlay, “Sama ada anda meningkatkan kebolehgunaan atau mengkaji kelesuan operator, mengimbuhkan data fisiologi dengan data penjejakan mata membolehkan penyelidik untuk mengesan isu ergonomik dan kecacatan reka bentuk dengan mudah, agar pengeluar boleh membina produk yang lebih baik dan lebih mudah. Bayangkan juruterbang atau pengendali jentera berat yang mengalami sakit bahu akibat gerakan berulang. Kelesuan yang tidak dapat dielakkan mungkin menyebabkan kecederaan atau kesilapan. Kepentingan untuk mengelakkan isu tersebut tidak boleh dipandang ringan.”

Sistem wayarles dan mudah alih BIOPAC BioNomadix mengumpulkan isyarat fisiologi seperti ECG, EDA, EEG, EMG, Kadar Degupan Jantung dan Respirasi. Pengelog mengelog data fisiologi dari jauh untuk dimuat turun di AcqKnowledge dalam makmal. Data penjejakan mata boleh diimport ke dalam perisian AcqKnowledge untuk dianalisis dengan data fisiologi yang disegerakkan. Memahami data ini boleh membawa kepada peningkatan produk yang mempengaruhi prestasi keseluruhan pekerja, atlet, dan pengguna kerana penyelidikan ini mengenal pasti kelesuan, titik tekanan, dan bahaya.

Cermin mata penjejakan mata mengandungi kamera mata mini yang melihat setiap mata, kamera pemandangan yang melihat pemandangan di hadapan peserta, mikrofon, dan pengawal. Cermin mata boleh dipakai di atas cermin mata preskripsi dan adalah mudah alih. Cermin mata disambungkan kepada pengawal yang memancarkan data secara wayarles kepada perisian penjejakan mata pada komputer atau mengumpulkan data sehingga 5 jam melalui kad SD yang boleh mengumpul data secara setempat jika WiFi tidak tersedia.

Metrik penjejakan mata merangkumi Laluan Renungan, Diameter Anak Mata, Kekerapan Kelip, Peta Haba, Bahagian Penting (AOI), Bahagian Penting Bergerak, Penetapan, Jujukan Penetapan, dan Inap. Data fisiologi boleh merangkumi semua isyarat yang direkodkan dengan perisian AcqKnowledge BIOPAC, merangkumi ECG, EDA, EEG, EMG, SCR, SCL, BP, PULSE, RESP—sehingga 16 saluran input bagi setiap Unit Pemerolehan Data MP160.

Maklumat lanjut tentang Cermin Mata Penjejakan Mata BIOPAC boleh ditemui pada laman web BIOPAC.

Perihal BIOPAC Systems

BIOPAC diasaskan pada tahun 1985 dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai pilihan utama untuk perkakasan dan perisian sains hayat. Lebih 99% daripada 100 universiti dan syarikat Global Fortune 500 di seluruh dunia bergantung pada BIOPAC untuk kajian sains hayat dan keperluan sistem pengajaran mereka. BIOPAC membuat alat saintifik berkualiti tinggi untuk ukuran dan tafsiran fisiologi. Penyelesaian BIOPAC terdiri daripada penyelesaian pendidikan sehinggalah peranti canggih untuk penggunaan dalam makmal, dunia nyata, dan persekitaran penyelidikan realiti maya. Untuk maklumat lanjut tentang produk BIOPAC lawati www.biopac.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12965

KOLEKSI PAKAIAN DIWARNAKAN DENGAN TUMBUH-TUMBUHAN KAUM ETNIK LI DAN DIREKA OLEH JINXIU ZHIBEI MEMENANGI ANUGERAH EMAS PADA PERTANDINGAN REKA BENTUK PAKAIAN FORMAL ANTARABANGSA CHINA



HAIKOU, China, 2 Jan., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --

Baru-baru ini, Pertandingan Reka Bentuk Pakaian Formal Antarabangsa Keqiao-China ketiga yang bertemakan “Rites as Clothes” telah diadakan di Wilayah Zhejiang, China. Hainan Jinxiu Zhibei Industry Co., Ltd. (Jinxiu Zhibei) telah memenangi anugerah emas berdasarkan kepada koleksi pakaian yang diwarnakan dengan tumbuh-tumbuhan kaum etnik Li, yang mempamerkan keindahan kain broked Li dalam satu pertandingan antarabangsa, membawa kegemilangan kepada Hainan dan meningkatkan konotasi kebudayaan bagi komoditi pelancongan Hainan.

Pertandingan itu telah menerima lebih daripada 300 penyertaan yang dibuat oleh universiti, pereka bebas dan syarikat dari pelbagai negara, termasuk China, United Kingdom, Perancis, Korea Selatan dan Belarus. Koleksi pakaian yang diwarnakan dengan tumbuh-tumbuhan kaum etnik Li dan direka oleh Jinxiu Zhibei telah memenangi anugerah emas. Menurut pengenalan itu, hasil kerja pemenang anugerah Jinxiu Zhibei telah berkembang daripada kain broked Li di Hainan. Kaum etnik Li amat cekap dalam memintal kekabu untuk menjadi benang dan mewarnakan pakaian dengan tumbuh-tumbuhan sejak zaman purba. Mereka menambah simbol-simbol benda-benda semula jadi dan kehidupan dan senario yang penuh kesukaran kepada kain broked Li. Kaum etnik Li memberikan banyak inspirasi kepada pereka di Jinxiu Zhibei dan hasilnya dihargai oleh pakar-pakar dan hakim-hakim.

Kaum etnik Li adalah satu daripada kaum etnik di China. Sejak zaman purba, orang Li telah tinggal di Hainan, China. Sebagai sebuah fosil hidup di dalam sejarah tekstil China, Kain Broked Li adalah fabrik kapas paling awal di China, dan mempunyai sejarah selama 3,000 tahun. Totem bagi corak kain Broked Li adalah sangat unik dan dikenali sebagai “inskripsi ahli ramal” bagi suku etnik Li. Teknik mewarnai dan sulaman tradisional bagi suku etnik Li telah dimasukkan di dalam kumpulan pertama bagi senarai warisan kebudayaan tak ketara kebangsaan pada tahun 2006. Teknik mewarnai dan sulaman tradisional bagi suku etnik Li telah dimasukkan ke dalam “Warisan Kebudayaan Tak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera” pada tahun 2009, menduduki di kalangan senarai warisan kebudayaan tak ketara yang bertaraf dunia.

Guo Kai, Pengerusi bagi Hainan Jinxiu Zhibei Industry Co., Ltd., memperkenalkan bahawa Jinxiu Zhibei, sebagai sebuah syarikat profesional yang mengintegrasikan warisan, pembangunan, R&D, perlindungan dan pengeluaran Kain Broked Li, telah komited untuk mencari kaedah yang berkesan bagi melindungi dan mengembangkan Kain Broked Li sejak penubuhannya. Sepanjang 10 tahun yang lalu, Jinxiu Zhibei telah membina pangkalan latihan Kain Broked Li dengan jayanya di Pergunungan Wuzhi, Qiongzhong dan Ledong di Hainan.

Sumber: Hainan Jinxiu Zhibei Industry Co., Ltd.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12959

Wednesday, January 1, 2020

EV GROWTH MENUTUP DANA AS$250 JUTA


• Firma Modal Teroka itu mencecah paras tertinggi AS$250 Juta
• Dana itu telah mencapai paras tertingginya selepas sasaran awal sebanyak $150 juta
• Merancang untuk menggunakan AS$325 Juta untuk syarikat permulaan Asia Tenggara dengan menggabungkan saiz dana-dana aktif, bagi kedua-dua peringkat benih dan peringkat pertumbuhan

SINGAPURA, 31 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EV Growth, sebuah firma modal teroka yang beribu pejabat di Singapura, telah mencapai paras tertinggi bagi dana pertama mereka pada AS$250 Juta, melebihi sasaran awal firma itu AS$150 Juta. Kejayaan ini adalah hasil daripada penerimaan firma itu bagi Rakan Kongsi Terhad (LP) baharu yang termasuk beberapa syarikat berasaskan keluarga di Asia dan dua daripada dana kekayaan kedaulatan yang terbesar di Asia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191230005362/en/

Dilancarkan pada Mac 2018, EV Growth adalah sebuah usaha sama di antara East Ventures, SMDV dan Yahoo! Japan Capital yang memberi tumpuan kepada menyediakan modal pertumbuhan kepada syarikat permulaan di Indonesia dan di seluruh Asia Tenggara dengan satu tumpuan agnostik industri. Syarikat itu diketuai oleh tiga rakan kongsi - Willson Cuaca dari East Ventures, Roderick Purwana dari SMDV, dan Shinichiro Hori dari Yahoo! Japan Capital.

EV Growth telah melabur di pelbagai sektor di Asia Tenggara. Beberapa pelaburan terbaharu mereka termasuk:

• Teknologi pendidikan yang terkemuka di Indonesia Ruangguru pusingan Siri C AS$150 Juta
• Teknologi Kecantikan yang terkemuka di Indonesia Sociolla pusingan Siri D AS$40 Juta
• Syarikat permulaan bayaran balik tunai serantau Shopback pusingan AS$45 Juta
• Rantaian bekalan logistik Indonesia Warung Pintar Siri B AS$27.5 Juta
• Platform pengangkutan dengan trak dan penggudangan Indonesia Waresix Siri A AS$14.5 Juta

Pusingan susulan utama yang lain termasuk pusingan terbaharu bagi dua unikorn Indonesia Tokopedia dan Traveloka, PKS terkemuka Indonesia Koinworks, rantaian kopi secara dalam talian-ke-luar talian Fore Coffee, dan syarikat media terkemuka Indonesia IDN Media.

Pada masa ini, EV Growth telah mengerahkan lebih daripada 50 peratus daripada jumlah dana mereka dalam 20 urus niaga. 80 peratus daripada syarikat-syarikat portfolio EV Growth adalah milik orang Indonesia, di mana dana IRR mencakupi 36 peratus.

Willson Cuaca, Rakan Pengurusan di EV Growth dan pengasas bersama bagi East Ventures berkata, “Titik lengkok balas di Asia Tenggara adalah sekarang dan kami bernasib baik kerana berada di sini awal. Pengalaman operasi firma kami, halaju urus niaga, pengetahuan tempatan dan rangkaian serantau telah membantu kami memperolehi sebahagian daripada urus niaga yang terbaik di rantau itu. Kami merancang untuk menggunakan AS$325 juta untuk syarikat permulaan Asia Tenggara yang menggabungkan saiz dana aktif, bagi kedua-dua peringkat benih dan pertumbuhan.”

Dengan mempunyai dua dana, East Ventures menyokong ekosistem syarikat permulaan dan telah menjadi konsisten, jangka panjang dan pengasas yang mesra. Sebagai contoh, East Ventures telah menjadi penyokong yang lama bagi Ruangguru di mana Willson Cuaca adalah merupakan ahli lembaga sejak peringkat awal dan mengambil bahagian di dalam pusingan benih syarikat itu pada tahun 2014. East Ventures membantu dengan pusingan susulan dan menyokong seterusnya melalui dana EV Growth dengan melabur di dalam pusingan siri C AS$150 juta mereka baru-baru ini.

“Kami bangga kerana mempunyai East Ventures sebagai rakan kami. Willson Cuaca dari EV Growth menaruh kepercayaan kepada kami sejak awal lagi dan memberikan kami pembiayaan benih kami yang pertama pada tahun 2014. Kami berterima kasih bahawa EV Growth menyokong kami dan mengambil bahagian di dalam pusingan terbaharu AS$150 Juta kami. Kami terus menunjukkan satu komitmen yang kuat terhadap East Ventures dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk mencapai tahap yang lebih tinggi,” kata Adamas Belva Syah Devara, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama bagi Ruangguru.

Maklumat mengenai EV Growth

EV Growth adalah sebuah usaha sama di antara East Ventures, SMDV, dan Yahoo! Japan Capital yang memberi tumpuan kepada menyediakan modal pertumbuhan kepada syarikat permulaan di Indonesia dan di seluruh Asia Tenggara dengan satu tumpuan industri agnostik. EV Growth mempunyai satu daripada rangkaian syarikat dan rakan yang terbesar di rantau itu dan telah melabur di lebih daripada 20 portfolio syarikat sejak penutupan pertama mereka pada April 2018.

EV Growth berhasrat untuk merapatkan jurang di dalam pendanaan pertumbuhan VC dengan matlamat utama untuk mewujudkan sebuah portfolio yang sangat pelbagai bagi pemimpin peringkat teknologi pertumbuhan awal di Asia Tenggara. Menggunakan pengetahuan perniagaan yang mendalam di Sinar Mas dan digabungkan dengan reputasi East Ventures sebagai satu daripada VC yang terkemuka dengan portfolio benih yang terbesar dan portfolio Siri A di rantau itu serta pengalaman yang panjang bagi Yahoo! Japan Capital di dalam industri Internet, EV Growth mempunyai akses dan wawasan yang tidak ada tandingan di dalam trend dan peluang yang akan datang di dalam industri itu.

Maklumat mengenai East Ventures

Ditubuhkan pada tahun 2009, East Ventures adalah sebuah firma modal teroka sektor agnostik peringkat awal. Firma itu telah menyokong lebih daripada 170 buah syarikat di rantau Asia Tenggara yang terdapat merentasi Indonesia, Singapura, Jepun, Malaysia, Thailand, dan Vietnam.

Sebuah firma awal yang mempercayai di dalam ekosistem permulaan di Indonesia, East Ventures adalah pelabur pertama bagi syarikat-syarikat unikorn Indonesia, iaitu Tokopedia dan Traveloka. Syarikat-syarikat terkemuka yang lain di dalam portfolio itu termasuk Mercari, Warung Pintar, Fore Coffee, Disdus (diperolehi oleh Groupon), Kudo (diperolehi oleh Grab), Loket (diperolehi oleh Gojek), Tech di Asia, Omise, IDN Media, Ruangguru, MokaPOS, ShopBack, dan CoHive.

Pada tahun 2018, untuk menyokong dan memanfaatkan seterusnya terhadap pembangunan ekosistem mereka, East Ventures telah mewujudkan sebuah dana peringkat pertumbuhan yang dinamakan EV Growth. Pada tahun berikutnya, East Ventures telah dinamakan sebagai dana VC yang berprestasi utama paling konsisten di seluruh dunia oleh Preqin dan pelabur yang paling aktif di Asia Tenggara dan Indonesia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12957