Tuesday, January 31, 2017

NASDAQ CORPORATE SOLUTIONS DAN EUROLAND IR GABUNG TENAGA UNTUK MENBERIKAN CIRI LANJUTAN BAGI LAMAN WEB HUBUNGAN PELABUR

STOCKHOLM, Sweden, 31 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nasdaq Corporate Solutions mengumumkan kerjasamanya dengan Euroland IR untuk menawarkan ciri lanjutan kepada ahli profesional hubungan pelabur (IR) di seluruh dunia bagi laman web IR mereka. Kerjasama ini menjadi rasmi pada Disember 2016 dan membawakan sebut harga saham komprehensif, pencartaan interaktif dan modul laman web IR lain kepada beribu-ribu klien Nasdaq Corporate Solutions merentasi EMEA, Asia dan Amerika. Naik taraf untuk klien sudah berlangsung dan berikutan keluaran platform laman web IR generasi masa depan Nasdaq yang dikuasakan oleh teknologi sumber terbuka Drupal 8.


Saturday, January 28, 2017

PENGALAMAN PENERBANGAN BERMUTU TINGGI DAN LIPUTAN GLOBAL LUAS MENARIK PELANCONG ELIT CHINA

VistaJet diundi sebagai Pengendali Jet Perniagaan Prestasi Terbaik untuk Anugerah "Terbaik daripada yang Terbaik" Institut Penyelidikan Hurun
  • Diundi oleh sebanyak 449 individu Bernilai Tinggi dari lebih 40 bandar di China
  • Kali kedua VistaJet telah memenangi anugerah tersebut
  • Syarikat juga telah diberikan Anugerah Pengendali Piagam Terbaik oleh Persatuan Penerbangan Perniagaan Asia pada November 2016
HONG KONG, 27 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan global yang pertama, menerima anugerah Pengendali Jet Perniagaan Prestasi Terbaik buat kali kedua di anugerah "Terbaik daripada yang Terbaik" Institut Penyelidikan Hurun di Shanghai. Anugerah itu berdasarkan keputusan Laporan Tinjauan Pengguna Cina Mewah Hurun 2017. Ini merupakan tahun ketiga belas berturut-turut Penyelidikan Hurun telah menghasilkan laporan mengenai pilihan jenama, tabiat penggunaan dan trend gaya hidup individu terkaya China; dianggap sebagai penanda aras bagi sektor mewah.



Friday, January 27, 2017

PBS Tandatangani MoA Bersama MIHRM Perkenal Sarjana Pengurusan Potensi Insan

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Sekolah Perniagaan Putra (PBS) menandatangani memorandum persetujuan (MoA) bersama Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM) bagi memupuk nilai urus tadbir insan di kalangan pemimpin masa depan dengan memperkenalkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Pengurusan Potensi Insan.

PBS dalam kenyataannya hari ini berkata program MBA itu adalah bagi memenuhi keperluan pengurusan atasan, yang memberi tumpuan kepada kemahiran pengurusan potensi insan dan kepimpinan.

"Kerjasama bersama MIHRM ini adalah penting untuk mencapai objektif PBS dalam melahirkan pemimpin insani," katanya.

MoA tersebut ditandatangani oleh Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PBS Prof Dr Zulkornain Yusop dan Timbalan Presiden MIHRM, Dr Henry Yeoh di Sekolah Perniagaan Putra, Universiti Putra Malaysia, Serdang semalam.

Menurut kenyataan tersebut, PBS merupakan antara sekolah perniagaan elit di rfantau ini yang mendapat pengiktirafan Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB).

AACSB merupakan badan global yang ditubuhkan pada 1916, menawarkan akreditasi berprestij yang paling diiktiraf di seluruh dunia kepada universiti atau kolej yang menawarkan ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang perniagaan dan perakaunan.

-- BERNAMA


Thursday, January 26, 2017

Skim Thohir Realisasikan Impian Pasangan Suami Isteri Untuk Berumrah

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Impian sepasang suami untuk ke tanah suci menjadi kenyataan selepas diumumkan pemenang hadiah utama Kempen Skim Thohir 2016 anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), di sini hari ini.

Aduni Ambar @ Ahmad, 49, yang memenangi pakej umrah untuk dua orang, berkata beliau sangat bertuah kerana dapat mengerjakan umrah bersama suaminya.

Katanya beliau menyertai kempen itu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam dalam berzakat tanpa memikirkan ganjaran.

"Saya tidak sangka boleh menang hadiah utama ini, syukur kepada Allah impian saya untuk ke tanah suci juga bakal tercapai," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Zulkifli Samsudin, 43, yang diumumkan pemenang kedua pula membawa pulang pakej percutian bernilai RM5,000 dan pemenang tempat ketiga Hasnah Mohamad, 56, menerima sebuah televisyen bernilai RM3,000.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Mohd Rais Alias berkata kempen yang pertama kali dianjurkan tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pembayar zakat.

"Kami akan meneruskan kempen ini dengan mempergiatkan penyertaan pembayar zakat dan turun padang bertemu mereka, memberi pemahaman zakat kepada umum serta membuka kaunter pertanyaan yang boleh dibuat secara terus dengan pegawai zakat yang ada," katanya.

Skim Thohir atau Skim Potongan Gaji Zakat Dalam Talian Melalui Kod itu bertujuan meningkatkan jumlah kutipan dan pembayar zakat pendapatan.

Kempen tiga bulan bermula Oktober tahun lalu itu berjaya menarik penyertaan 2,143 pembayar zakat.

-- BERNAMA


TOSHIBA LANCAR IC PEMACU STEPPING MOTOR DWIKUTUB YANG TIDAK MEMERLUKAN PERINTANG PENGESANAN ARUS

TOKYO, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB67S508FTG," sebuah pemacu stepping motor dwikutub yang menawarkan voltan tinggi 40V dan arus 3.0A tanpa memerlukan perintang pengesanan arus luaran. Sampel penghantaran bermula hari ini.

Alat pencetak, peralatan automasi pejabat, kamera pengawasan, terminal perbankan seperti ATM, mesin pengenalan wang kertas, mesin hiburan, dan peralatan rumah sedang dikecilkan untuk menjimatkan ruang dan meningkatkan reka bentuk. Penggunaan kuasa yang rendah juga semakin penting sebagai satu cara untuk mengecilkan papan IC dan mengurangkan haba dalaman di dalam produk.  

TOSHIBA LANCAR IC AMPLIFIER KUASA MAKLUM BALAS ARUS AUDIO KERETA DENGAN PENGESANAN PENGIMBANG TERBINA DALAM

TOKYO, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TCB502HQ," sebuah IC amplifier berkuasa 4 saluran yang mengesan voltan pengimbang output, satu faktor di dalam speaker terbakar. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.

IC baharu itu mengintegrasikan sebuah litar pengesanan pengimbang sepenuh masa yang baharu dibangunkan yang mengesan voltan pengimbang output walaupun semasa penghasilan bunyi, sekali gus menghalang speaker terbakar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9712

Wednesday, January 25, 2017

Tesco M'sia Kumpul Makanan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik



KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Orang ramai kini boleh menyumbang makanan keperluan untuk golongan kurang bernasib baik sempena sambutan Tahun Baharu Cina di lapan cawangan Tesco Stores terpilih di Lembah Klang melalui kempen 'Festive Food Collection' dari 20 hingga 27 Jan.

Dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation, melalui kempen itu, pelanggan Tesco akan menderma barangan makanan seperti minyak masak, beras, makanan dalam tin, biskut dan makanan kering ke dalam tong yang telah dikhususkan.

Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco Malaysia Azliza Baizura Azmel berkata lapan Tesco yang menyertai kempen itu ialah Tesco Kepong, Tesco Ampang, Tesco Extra Selayang, Tesco Extra Mutiara Damansara, Tesco Ara Damansara, Tesco Shah Alam, Tesco Extra Cheras dan Tesco Extra Shah Alam.

"Kami menyasarkan untuk mengumpul 10 tan barangan makanan keperluan yang akan diserahkan kepada Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation untuk diedarkan kepada lebih 100 rumah kebajikan dan Soup Kitchens.

"Kerjasama antara Tesco Malaysia dan rakan kongsi bank makanan adalah sangat positif kerana kami dapat menyalurkan kepada komuniti yang memerlukan terutama semasa musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran acara itu di sini hari ini.

Beliau berkata barangan makanan itu akan dikutip daripada tong selepas 5 petang setiap hari.

Pada Oktober 2016, Tesco Malaysia melancarkan program 'Food Surplus Donation' yang menyaksikan 34 tan lebihan makanan dari Tesco Stores telah disumbangkan kepada Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation," katanya.

-- BERNAMA

GABUNGAN ANTARABANGSA MEMFAILKAN TUNTUTAN MAHKAMAH DI MAHKAMAH DAERAH ROTTERDAM, BELANDA, BAGI KERUGIAN YANG DISEBABKAN OLEH DAKWAAN RASUAH DAN PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH PETROLEO BRASILIERO, SEKUTU TERTENTU DAN EKSEKUTIF MEREKA

ROTTERDAM, Belanda, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu gabungan antarabangsa hari ini mengumumkan bahawa satu tuntutan mahkamah telah difailkan di Mahkamah Belanda semalam bagi pihak pelabur institusi yang mengalami kerugian berbilion dolar di dalam pelaburan mereka dalam Petroleo Brasiliero SA ("Petrobras"). Dengan memohon untuk mendapatkan relief perisytiharan akibat daripada dakwaan rasuah oleh syarikat itu dan eksekutif mereka, gabungan itu yang mewakili pelabur yang membeli sekuriti Petrobras di bursa BM&FBOVESPA di Brazil dan sekuriti lain yang dibeli melalui urus niaga di luar, dan tidak dilindungi oleh, tindakan undang-undang di Amerika Syarikat. Kumpulan pelabur yang terjejas itu percaya bahawa Belanda adalah bidang kuasa yang optimum untuk meneruskan tindakan undang-undang itu, kerana di sinilah di mana Petrobras Global Finance B.V. dan beberapa entiti dan bahagian Petrobras yang lain bermastautin. Selain itu, sistem undang-undang Belanda mempunyai duluan penyelesaian global yang sudah diwujudkan bagi pelabur antarabangsa yang menuntut pampasan yang sejajar dengan kerugian yang disebabkan oleh penipuan dan pelanggaran undang-undang sekuriti antarabangsa.


"RETAILTECH JAPAN" DAN "SECURITY SHOW": PAMERAN TERBESAR JEPUN YANG KHUSUS DALAM SISTEM MAKLUMAT PERUNCITAN DAN PENYELESAIAN KESELAMATAN BAKAL DIADAKAN

TOKYO, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nikkei Inc. akan mengadakan dua pameran popular serentak. Yang pertama, "RETAILTECH JAPAN", akan mempamerkan yang terkini di dalam peralatan IT dan sistem yang direka untuk memacukan ke hadapan aktiviti rantaian pemasaran dan bekalan di dalam industri peruncitan dan pengedaran. Diadakan pada masa yang sama, "SECURITY SHOW" akan menampilkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menyumbang kepada keselamatan awam seperti kamera keselamatan dan sistem kawalan akses.

"RETAILTECH JAPAN" adalah merupakan pameran terbesar Jepun yang dikhususkan kepada memperkenalkan sistem maklumat yang direka untuk industri peruncitan dan pengedaran. Pameran ini akan memperkenalkan peralatan dan sistem maklumat yang terkini yang memenuhi pelbagai format perniagaan peruncitan dan pengedaran. Antara produk dan perkhidmatan yang ada adalah POS (titik jualan) dan sistem pembayaran yang lain, sistem ibu pejabat, logistik, promosi jualan mudah alih, semua saluran peruncitan, data yang besar, IoT, kecerdasan buatan, perkhidmatan awan, robot industri pengedaran, sistem beli-belah dalam talian, dan banyak lagi. Terdapat juga satu zon khas yang diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada memperkenalkan penunjuk digital dan sistem POP.


Tuesday, January 24, 2017

INOVATOR, PEMBIAYA, PEMIMPIN INDUSTRI DAN PERUSAHAAN BERKUMPUL DI SINGAPURA UNTUK DATACLOUD ASIA 2017 YANG PERTAMA, 23 FEBRUARI

Forum BroadGroup yang terkenal di dunia untuk pusat data dan awan menawarkan pandangan ke dalam peluang-peluang infrastruktur perusahaan di Asia Pasifik
 
LONDON & SINGAPURA, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketika awan mega menjanakan pertumbuhan pusat data yang berskala besar merentasi ke seluruh rantau Asia Pasifik BroadGroup, sebuah kumpulan perunding dan acara antarabangsa, akan mengadakan Datacloud Asia (http://www.datacloudasia.com/) yang pertama, forum yang terkenal di dunia untuk pusat data dan awan pada 23 Februari di Singapura. Acara yang julung kali itu mengumpulkan inovator, pelabur, pemimpin industri dan perusahaan untuk membahaskan pemacu, cabaran dan peluang-peluang infrastruktur perusahaan di Asia di dalam kongres rangkaian dan membuat perjanjian perniagaan utama di dunia untuk pusat data dan awan.


MINGGU FESYEN KE-9 BUNKA FASHION GRADUATE UNIVERSITY DITETAPKAN PADA 30 JANUARI HINGGA 3 FEBRUARI

TOKYO, 24 Jan (Bernama) -- Bunka Fashion Graduate University (BFGU), sebuah sekolah siswazah profesional di Jepun, akan mengadakan Minggu Fesyen Bunka Fashion Graduate University (BFGU FW) dari 30 Januari hingga 3 Februari. Acara tahunan edisi kesembilan itu menampilkan sebuah simposium oleh Keisuke Imazaki (pereka PLASTICTOKYO), Chisung Ihn (pereka IHNN), Mari Odaka (pereka malamute), Junya Satou (pereka saat) dan Takayuki Chino (pereka CINOH).





Monday, January 23, 2017

TOSHIBA LANCAR MOSFET KUASA SALURAN N SUPER JUNCTION 800V BAGI BEKALAN KUASA BERKECEKAPAN TINGGI DENGAN RINTANGAN RENDAH YANG DIPERTINGKATKAN DAN PENSUISAN BERKELAJUAN TINGGI

TOKYO, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation  (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran MOSFET kuasa saluran N super junction 800V untuk bekalan kuasa berkecekapan tinggi dengan rintangan rendah yang dipertingkatkan dan pensuisan berkelajuan tinggi. Dengan menggunakan struktur super junction, lapan MOSFET baharu bagi "siri DTMOS IV" mencapai kira-kira 79% pengurangan di dalam rintangan bagi setiap kawasan (RON x A) berbanding dengan “siri Ï€-MOSVIII” Toshiba sebelum ini. Pensuisan berkelajuan tingginya yang lebih baik juga boleh menyumbang kepada kecekapan bekalan kuasa bagi set yang ia digunakan. MOSFET itu adalah sesuai untuk digunakan di dalam bekalan kuasa perindustrian, bekalan kuasa tunggu sedia untuk server, alat penyesuai dan pengecas PC komputer riba dan peranti mudah alih, dan di dalam bekalan kuasa bagi pencahayaan LED. Penghantaran bermula dari hari ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9702

JAWATANKUASA OLIMPIK ANTARABANGSA DAN KUMPULAN ALIBABA MELANCARKAN PERKONGSIAN JANGKA PANJANG YANG BERSEJARAH KETIKA ALIBABA MENJADI RAKAN OLIMPIK DI SELURUH DUNIA SEHINGGA 2028

Perkongsian perintis ini akan menyokong IOC dan Pergerakan Olimpik mencapai visi Agenda Olimpik 2020 dalam satu era digital baharu 

DAVOS, Switzerland, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Kumpulan Alibaba (NYSE: BABA) hari ini bersama-sama mengumumkan satu perkongsian jangka panjang sehingga tahun 2028. Menyertai program penajaan Rakan Olimpik (TOP) di seluruh dunia, Alibaba akan menjadi "Perkhidmatan Awan" rasmi dan Rakan "Perkhidmatan Platform E-Dagang", serta Rakan Pengasas bagi Saluran Olimpik.

Perkongsian itu telah diumumkan hari ini pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, bersama-sama Presiden IOC Thomas Bach, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba Jack Ma dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alibaba Daniel Zhang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9698

Saturday, January 21, 2017

Exim Bank Peruntuk RM1 Juta Bagi Program CSR

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) memperuntukkan RM1 juta setahun bagi program tanggungjawab sosial (CSR).
Pengerusinya Datuk Mat Noor Nawi berkata bank merancang program CSR di seluruh negara tahun ini.
 Program berkenaan akan berdasarkan kepada permohonan dan maklum balas daripada kakitangan Exim Bank, kata beliau selepas majlis penyerahan cek bernilai RM10,000 kepada rumah anak yatim, Madrasah Hashimiah Tahfiz Al-Quran & Anak Yatim di sini hari ini.
Selain daripada cek, Exim Bank turut menyumbang barang keperluan.
Rumah berkenaan menempatkan 171 anak yatim termasuk pelarian Rohingya.


-- BERNAMA

Friday, January 20, 2017

ABEONA THERAPEUTICS MENERIMA ORPHAN DRUG DESIGNATION DI KESATUAN EROPAH UNTUK TERAPI GEN ABO-101 SINDROM SANFILIPPO JENIS B

NEW YORK dan CLEVELAND, Jan 20 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
  • ABO-101 adalah program terapi gen AAV ketiga Abeona yang menerima EMA Orphan Designation
  • Ujian klinikal dijangka mula mendaftar pada suku kedua 2017
  • Kajian Sejarah Semula Jadi pada 25 pesakit telah menunjukkan hasil keberkesanan
  • FDA sebelum ini telah meluluskan Orphan Drug dan Rare Pediatric Disease   Designations

Abeona Therapeutics Inc. (Nasdaq: Abeo), sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan terapi gen untuk penyakit-penyakit jarang jumpa yang mengancam nyawa, hari ini mengumumkan bahawa Jawatankuasa European Medicines Agency (EMA) untuk Produk Ubat Orphan telah memberikan Orphan Drug Designation (EMA/OD/226/16) untuk program terapi gen ABO-101 Abeona untuk kanak-kanak yang dipengaruhi oleh Sanfilippo syndrome type B (MPS IIIB), penyakit autosomal resesif jarang jumpa yang menyebabkan penurunan neurocognitive, kehilangan pertuturan, kehilangan pergerakan, dan kematian awal kanak-kanak.

HARKNESS SCREENS AKAN MENJANAKAN KOMPLEKS HIBURAN PERDANA MBO CINEMAS YANG BAHARU DI MALAYSIA

BANGALORE, India, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin teknologi skrin dunia Harkness Screens  telah dipilih oleh MBO Cinemas – sebuah rangkaian pawagam terkemuka di Malaysia yang pada masa ini mempunyai 207 skrin dan kapasiti lebih 32,721 tempat duduk - untuk hab hiburan perdana mereka yang baharu di Kuala Lumpur, sekali gus menyediakan kepada penonton dengan pengalaman pawagam yang mempesonakan dan terkini. Skrin Kuala Lumpur yang baharu itu akan menggunakan projektor laser perdana DP4K-30L oleh Barco. Perkongsian ini di antara Harkness Screens dan MBO Cinemas menjadikan Harkness Screens sebagai pembekal skrin yang eksklusif untuk semua projek masa hadapan oleh MBO Cinemas.
 



Thursday, January 19, 2017

KOLABORASI KADA DAN AGROBANK UNTUK TINGKATKAN MANFAAT BUAT KOMUNITI PERTANIAN

Upacara simbolik disempurnakan oleh pihak KADA yang diwakili oleh YB Datuk Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KADA dan pihak Agrobank yang diwakili oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, sambil disaksikan YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kada dan Agrobank hari ini meraikan kerjasama strategik dengan penyempurnaan projek pengurusan wang tunai. Majlis ini telah diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Wisma Tani Putrajaya.
 
Untuk meraikan kerjasama ini, satu upacara simbolik disempurnakan oleh pihak KADA yang diwakili oleh YB Datuk Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KADA dan pihak Agrobank yang diwakili oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank. Turut menyaksikan ialah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan turut disertai Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/CEO Agrobank dan Encik Mohd Ridzuan Ismail Pengurus Besar KADA.


SHISEIDO PEROLEH SEBUAH SYARIKAT YANG BARU DITUBUHKAN DI AMERIKA SYARIKAT, MATCHCO, MELALUI IBU PEJABAT SERANTAU MEREKA, SHISEIDO AMERICAS

NEW YORK, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Shiseido Company, Limited ("Shiseido"), hari ini mengumumkan bahawa ibu pejabat serantau mereka dan anak syarikat disatukan, Shiseido Americas Corporation (Delaware, Amerika Syarikat; "SAC"), telah memperoleh MATCHCo (California, Amerika Syarikat), sebuah syarikat milik persendirian yang menggunakan teknologi yang penuh revolusi dan peralatan digital yang berinovatif untuk menyediakan pengguna dengan asas yang disesuaikan secara individu pada skala.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9694

​HOSHINO RESORTS MEMBUKA HOTEL MEREKA YANG PERTAMA DI LUAR NEGARA DI BALI, HOSHINOYA BALI PADA JANUARI, 2017

TOKYO, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pengurusan hotel terkemuka Jepun, Hoshino Resorts Inc. (Yoshiharu Hoshino, Ketua Pegawai Eksekutif) melancarkan hotel jenama HOSHINOYA mereka yang pertama di luar negara di Bali, Republik Indonesia pada 20 Januari, 2017. “HOSHINOYA Bali” dikelubungi oleh bukit-bukau hijau yang subur di Ubud, yang dikenali sebagai sebuah pusat kraf tradisional dan tarian Bali, dikelilingi oleh sebuah persekitaran alam semulajadi yang kaya yang belum dicemari. HOSHINOYA Bali menghadap ke Sungai Pakerisan, dengan terusan air yang tidak dicemari yang melalui hartanah itu, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian kuil air yang sudah lama yang diiktiraf sebagai Landskap Warisan Dunia UNESCO.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9693

Wednesday, January 18, 2017

PROGRAM MFPC BERI PELUANG GRADUAN PELAJARI PROSES PERANCANGAN KEWANGAN

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Program Latihan Amali Perancangan Kewangan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) akan menyediakan peluang kepada para graduan untuk mempelajari proses perancangan kewangan, pentadbiran pejabat dan berinteraksi dengan pelanggan dalam pasaran modal. 

MFPC dalam satu kenyataan hari ini, berkata, ia adalah program untuk para
graduan daripada pelbagai institusi dan universiti tempatan.

Naib Presiden bagi Hubungan Luar dan Publisiti, Phang Kar Yew, berkata
program ini memberi penekanan aspek praktikal dan pendidikan sistem kewangan. 

"Ia membolehkan pelatih mengalami sendiri apa yang mereka pelajari di universiti di samping menimba ilmu pengetahuan dalam proses kewangan. 

"Ini adalah peluang baik bagi mereka untuk meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan mereka dalam kewangan," katanya.

Pemohon yang berminat mestilah menjadi ahli berdaftar MFPC dan mahir dalam
Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

-- BERNAMA

PERFECTUS FAIL TUNTUTAN UNTUK PULIHKAN KERUGIAN BERKAITAN PENYITAAN ALUMINIUM

ONTARIO, Calif., 18 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Perfectus Aluminum Inc. hari ini memfailkan tuntutan terhadap kerajaan A.S. untuk mendapatkan pampasan kerugian . Dalam tuntutannya, Perfectus meminta pembayaran balik berjuta-juta dolar dalam kos penyimpanan yang terjadi akibat daripada tindakan salah kerajaan dalam menahan penghantaran eksport palet aluminiumnya di Pelabuhan Long Beach di California. Menurut peraturan kerajaan yang terpakai, tuntutan ini sedang dibuat pertama-tamanya dalam prosiding pentadbiran terhadap agensi Perlindungan Sempadan Kastam A.S. (CBP), yang merupakan prasyarat untuk mendakwa kerosakan dalam mahkamah persekutuan.


​LAPORAN KEMAS KINI TENTANG PENGHANTARAN PERFECTUS DARIPADA PELABUHAN LONG BEACH

ONTARIO, Calif., 17 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Perfectus Aluminum Inc. ingin menjelaskan laporan terkini berhubung dengan eksport produk kami di Pelabuhan Long Beach, California.

Perfectus telah mengetahui penyitaan produk yang ditahan sebelum ini oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) A.S. di Pelabuhan Long Beach melalui laporan media pada pagi ini. Kami terkejut mengetahui tentang perkembangan ini kerana CBP—selepas pemeriksaan—pernah melepaskan sebahagian besar daripada penghantaran yang ditahan sebelum ini yang mengandungi produk yang sama.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9684

Tuesday, January 17, 2017

IHS MARKIT MEMILIH BROADSOFT SEBAGAI PENERAJU SYER PASARAN GLOBAL PLATFORM UCAAS

Sebagaimana komunikasi bersatu awan beralih sebagai kelas tinggi untuk perusahaan besar dan menuju ke arah penyelesaian awan berbilang penyewa, pelancaran BroadSoft Business baru-baru ini telah meletakkan BroadSoft untuk mengerjakan kedudukan peneraju pasaran

GAITHERSBURG, Md., 17 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc(NASDAQ:BSFT), telah dikenal pasti oleh IHS Markit sebagai peneraju platform Komunikasi Bersatu sebagai Perkhidmatan (UCaaS) global, dengan 38% daripada jumlah kedudukan UCaaS di seluruh dunia yang sedang berjalan pada platformnya, setakat suku tahun kedua 2016.  Menurut kajian IHS, kedudukan peneraju pasaran global UCaaS BroadSoft meletakkannya di hadapan semua pesaingnya yang terdekat.




Monday, January 16, 2017

SELAMAT DATANG KE GUANGDONG UNTUK MENIKMATI TAHUN BARU CINA 2017, TAHUN AYAM 400 AKTIVITI MENANTI ANDA UNTUK MENGALAMINYA

GUANGZHOU, China, 13 Jan (Bernama-AsiaNet) -- 

"Selamat Datang ke Guangdong untuk Menikmati Tahun Baru Cina 2017, Tahun Ayam!" Pada pagi 10 Januari, Guangdong telah menghantar jemputan kepada seluruh dunia. Difahamkan bahawa semasa tempoh Festival Musim Bunga itu, kesemua bandar raya di sekitar Wilayah Guangdong akan mengadakan satu siri aktiviti dengan tema "Selamat Datang ke Guangdong untuk Menikmati Tahun Baru Cina 2017, Tahun Ayam". Hampir 400 aktiviti bertema telah disediakan untuk menyambut tetamu dan rakan-rakan dari seluruh pelusuk dunia.
 
Guangdong terletak di selatan China. Ia adalah sebuah wilayah yang maju di kawasan Delta Sungai Pearl yang aktif dari segi ekonomi, kira-kira dua jam perjalanan dari Hongkong, China. Cuaca di sini amat menyenangkan, seperti musim bunga pada sepanjang tahun, anda boleh menikmati sinaran matahari yang nyaman walaupun pada musim sejuk. Di sini anda boleh melawat pasar-pasar bunga, mengkaji sejarah south of the Five Ridges, melawat taman-taman Tema, menikmati makanan yang menyelerakan, menikmati mata air panas dan berenang di laut.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9676

SAMMY NETWORKS MULA MENGEDARKAN "RAMEN SOUL," VERSI BAHASA INGGERIS BAGI PERMAINAN PENGURUSAN KEDAI RAMEN MEREKA YANG POPULAR "RAMEN TAMASHII" UNTUK TELEFON PINTAR DENGAN LEBIH 5 JUTA MUAT TURUN

TOKYO, 13 Jan (Bernama-AsiaNet) -- 
Sebagai respons kepada ledakan ramen di luar negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Sammy Networks Co., Ltd. mula mengedarkan pada 12 Jan, 2017, versi Bahasa Inggeris bagi permainan pengurusan kedai ramen yang popular "Ramen Tamashii” untuk telefon pintar yang telah mencatatkan lima juta muat turun di Jepun, pada masa yang sama untuk iPhone (melalui App Store) dan peranti Android (melalui Google Play Store) di bawah tajuk "Ramen Soul."

--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9675

CUMMINS INC. TIDAK MENGGUNAKAN PERANTI YANG MENGURANGKAN KEBERKESANAN SISTEM KAWALAN PELEPASAN DAN ADALAH KOMITED DALAM MEMENUHI PIAWAIAN PELEPASAN

Cummins Tidak Membekalkan Enjin untuk Produk FCA yang Dinyatakan

COLUMBUS, Ind., 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cummins Inc. (NYSE: CMI) hari ini menyatakan bahawa ia tidak membekalkan enjin untuk kenderaan FCA yang dibincangkan di dalam Notis Pelanggaran oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar yang dikeluarkan hari ini, bahkan nama Cummins tidak dinyatakan.

Cummins tidak menggunakan peranti yang mengurangkan keberkesanan sistem kawalan pelepasan dan komited dalam memenuhi piawaian pelepasan. Cummins mempunyai sejarah yang lama dalam bekerja secara telus dan bekerjasama dengan pihak pengawal selia untuk membangunkan dan memenuhi keperluan pelepasan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9674

PWC UMUMKAN PASUKAN PERKHIDMATAN CUKAI KORPORAT GLOBAL BAHARU

Pasukan Penyelesaian Cukai Global Enterprise Terdiri Daripada Bekas GE Tax Group

NEW YORK, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, PwC mengumumkan satu perjanjian inovatif dengan GE untuk menyediakan perkhidmatan cukai terurus perusahaan, yang bersepadu kepada GE di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, PwC akan mengambil lebih 600 ahli pasukan percukaian GE yang dipandang tinggi dari seluruh dunia dan menggunakan teknologi percukaian GE untuk melanjutkan tumpuan kedua-dua PwC pada Fungsi Cukai bagi Masa Hadapan dan peruntukan bagi penyelesaian cukai perusahaan global kepada tempat pasaran.

PwC mempunyai amalan percukaian yang terbesar di Amerika Syarikat dan di dunia dengan satu rangkaian global yang terdiri daripada 41,000 profesional cukai yang beroperasi di 157 buah negara. Dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran pasukan GE, PwC percaya ia telah mengenal pasti satu peluang yang mengiktiraf keperluan masa hadapan bagi tempat pasaran yang pesat berubah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9672

Friday, January 13, 2017

SAMBUTAN SEMPENA 25 TAHUN PENUBUHAN IKIM

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25 pada 18 Februari 2017 bersamaan 21 Jamadilawal 1438H. IKIM ditubuhkan pada 18 Februari 1992 bersamaan 14 Sya’ban 1412H di bawah Akta Syarikat 1965. Tujuan utama IKIM ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kefahaman Islam dari pelbagai sudut ilmu untuk orang Islam dan bukan Islam.
 
Di antara objektif utama penubuhan IKIM adalah memberi kefahaman Islam untuk menjalankan penyelidikan dan perundingan sudut pandangan kerohanian, di samping menyediakan satu forum bagi sarjana Islam dan bukan Islam untuk berbincang dan menganalisis pelbagai isu untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang mendalam mengenai isu-isu semasa serta menjadi sumber maklumat kepada umat Islam dan bukan Islam di peringkat lokal dan global. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9668

TOSHIBA LANCAR GENERASI KEDUA DIOD SAWAR SCHOTTKY SIC 650V DENGAN PENINGKATAN ARUS LURUAN KE HADAPAN


TOKYO, 12 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran generasi kedua diod sawar schottky (SBD) silikon karbida (SiC) 650V yang memperbaiki arus luruan ke hadapan (IFSM) yang ditawarkan oleh produk semasa syarikat itu dengan kira-kira 70%. Penghantaran bagi barisan baharu yang mengandungi lapan diod sawar schottky SiC bermula hari ini.

Diod sawar schottky SiC baharu itu, yang direka dengan proses SiC generasi kedua Toshiba, menyampaikan peningkatan kira-kira 70% lebih baik arus luruan ke hadapan berbanding dengan produk generasi pertama, dan pada masa yang sama mengurangkan indeks kehilangan pensuisan “RON * Qc” [1] mengikut sekitar 30%, sekali gus menjadikan mereka sesuai untuk digunakan dalam skim pembetulan faktor kuasa yang efisien (PFC).

Thursday, January 12, 2017

PEMBELI-BELAH DI OCEANIA MALL MENAIKI LIF MELALUI REKAAN DAN BINAAN AKUARIUM SILINDER TERTINGGI DI DUNIA OLEH INTERNATIONAL CONCEPT MANAGEMENT


MOSCOW, 12 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Akuarium silinder tertinggi di dunia, yang memiliki lif dan terowong lintasan pertama kali dibuka di Oceania Mall di Moscow, Rusia. Akuarium akrilik setinggi 24 meter ini yang direka dan dibina oleh International Concept Management (ICM) kini merupakan titik tumpuan bagi pusat membeli-belah terbaharu di ibu negara Rusia.

Foto: http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/82154eae-d021-4cfa-afb6-8ec9942fa03c

ICM mereka akuarium itu untuk menawarkan pengalaman yang menarik dan dijadikan sebagai hiasan ruang tengah bagi pembeli-belah di pusat beli-belah tersebut. Demi mencapainya, ICM mereka dan membina akuarium yang mampu menjadi tarikan dari segi seni bina, yang langsung membuatkan tetamu berasa seakan-akan berada di persekitaran dalam air.
 

TOSHIBA LANCAR MOSFET KUASA SALURAN N 100V YANG MENYOKONG PEMACU TAHAP LOGIK 4.5V UNTUK PENGECAS PANTAS

TOKYO, 12 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini memperkembang barisan MOSFET bervoltan rendah kuasa saluran N dengan penambahan MOSFET kuasa saluran N 100V yang menyokong pemacu tahap logik 4.5V untuk pengecas pantas. Kedua-dua MOSFET baharu itu "U-MOS VIII Siri H", "TPH4R10ANL" dan "TPH6R30ANL," memulakan penghantaran dari hari ini.


Wednesday, January 11, 2017

DIOD TVS BERKAPASITANS RENDAH TOSHIBA YANG BAHARU BAGI ANTARA MUKA BERKELAJUAN TINGGI DI DALAM PERANTI MUDAH ALIH MENYAMPAIKAN PRESTASI PERLINDUNGAN YANG TERKEMUKA DI DALAM KELASNYA DALAM INDUSTRI

TOKYO, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran satu barisan baharu diod [1]  TVS berkapasitans rendah untuk digunakan di dalam antara muka berkelajuan tinggi di dalam peranti mudah alih, termasuk telefon pintar, komputer tablet dan peranti boleh pakai. Diod baharu itu menyampaikan prestasi perlindungan yang terkemuka di dalam kelasnya[2] di dalam industri. Barisan itu meliputi 10 produk untuk melindungi antara muka berkelajuan tinggi, termasuk USB 3.0/3.1 dan HDMI, daripada nyahcas elektronik (ESD) dan bunyi. Penghantaran bermula dari hari ini.


“BUDDY” PEMBERSIH LANTAI BERAUTONOMI MILIK MURATA MACHINERY SECARA RASMINYA DIKERAHKAN DI LAPANGAN TERBANG CHANGI SINGAPURA

SINGAPURA dan KYOTO, Jepun, 11 Jan (Bernama) -- MURATA MACHINERY SINGAPORE PTE. LTD. dengan sukacitanya ingin mengumumkan pada 11 Januari mengenai perolehan rasmi dan penempatan pembersih dan pengering lantai berautonomi kami, "Buddy" di Lapangan Terbang Changi Singapura oleh Changi Airport Group (S) Pte. Ltd. Dengan "Sistem Pemanduan Arah Pemindahan Pintar" kami yang dibangunkan secara bersendirian ("It's Navi (R)"), Buddy meningkatkan tahap kecekapan pembersihan dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia yang diperlukan untuk membersihkan ruang yang besar, terutamanya semasa operasi pembersihan pada waktu malam. 



TCL DISENARAIKAN ANTARA 50 JENAMA CE UTAMA DUNIA BAGI IDG 2016-2017 DI CES 2017

TCL Quantum Dot TV Menerima Anugerah Terbaik Bagi Tahun Itu bagi Inovasi Teknologi Paparan Global 

TCL C15BA Dinamakan Produk Terbaik Bagi Tahun Itu bagi Skrin Besar Bersepadu Terbaik Dunia

LAS VEGAS, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL (The Creative Life), pengeluar TV ketiga terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah diberi penghormatan oleh International Data Group (IDG) sebagai 50 Jenama CE Utama Dunia 2016-2017 dan 10 Jenama CE Utama 2016-2017 dari China, dan telah memenangi Anugerah Terbaik bagi Tahun itu bagi Inovasi Teknologi Paparan Global bagi TCL Quantum Dot TV. Selain itu, sebuah produk TCL yang diberi nama C15BA telah menerima anugerah Produk Terbaik bagi Tahun itu untuk Produk Skrin Besar Bersepadu Terbaik Dunia.



BIOLINE LANCARKAN RANGKAIAN PENUH CERAKIN EPIK™ MIRNA

CINCINNATI, Jan 11 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bioline, Syarikat PCR, anak syarikat milik penuh Meridian Bioscience Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan pengembangan Cerakin Pilih EPIK™ miRNA yang asalnya dibangunkan untuk kajian molekul mikroRNA (miRNA) individu. Dengan kerjasama MiRXES, Bioline mengeluarkan 800 Cerakin Pilih EPIK™ miRNA pada Mac 2016 dan ini telah bertambah untuk merangkumi semua organisma yang disenaraikan dalam miRBase keluaran 21, yang mewakili lebih 27,000 cerakin miRNA. Kajian baru-baru ini terus menunjukkan nilai klinikal molekul miRNA individu yang dibebaskan daripada tisu dan sel. Ekspresi sesetengah molekul miRNA individu berhubung kait dengan keadaan penyakit tertentu menjadikannya calon biopenanda yang kuat untuk pengesanan awal penyakit, ramalan penyakit dan pemantauan rawatan bagi manusia dan organisma lain.