Monday, October 31, 2016

NTT COMMUNICATIONS LANCAR RANGKAIAN KABEL DASAR LAUT OPTIK BERKAPASITI-TINGGI YANG MEMBERI KHIDMAT KEPADA RANTAU ASIA PASIFIK

TOKYO, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan Get Laluan Asia Pasifik (APG), satu rangkaian kabel dasar laut optik jalur lebar tinggi yang menghubungkan rantau-rantau dan negara-negara di Asia. NTT Com telah melaksanakan perkhidmatan baru dengan kerjasama pengendali telekomunikasi utama di setiap negara.
 
APG akan meningkatkan kapasiti penghantaran data di rantau Asia, meningkatkan kesalinghubungan antara pelbagai rantau dan negara dan meningkatkan lebihan melalui pelbagai laluan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9459

EKSPO ANTARABANGSA JALAN SUTERA MARITIM ABAD KE-21 GUANGDONG 2016 BERAKHIR DENGAN REKOD TINGGI KERJASAMA ANTARA GUANGDONG DAN NEGARA-NEGARA DI SEPANJANG JALURAN DAN JALAN

DONGGUAN, China, 31 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 30 Okt 2016, Ekspo Antarabangsa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong ditutup dengan jayanya dengan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangdong dan negara-negara di sepanjang Jaluran dan Jalan mencapai rekod tinggi. Mengikut Jawatankuasa Penganjur, 700 projek telah dikontrak pada Ekspo dengan jumlah kira-kira 206.8 bilion yuan, peningkatan 2.5% berbanding tahun lepas.
  
Laporan menunjukkan bahawa berdasarkan kedua-dua Expo yang berjaya pada tahun-tahun yang lalu, Ekspo Antarabangsa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong telah meraih reputasi yang meningkat di seluruh dunia dan meningkatkan kesan jenama. Tahun ini Ekspo ini menarik 73 negara (wilayah) dalam acara itu dan 52 negara (wilayah) untuk pameran, antaranya 39 buah negara (wilayah) membina astaka bebas, bilangan yang semuanya semakin meningkat berbanding tahun lepas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9460

EKSPO IOT DUNIA DIBUKA DI WUXI PADA 30 OKTOBER

WUXI, China, 31 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Eksposisi Perkara Dunia Internet 2016 dibuka di Wuxi pada 30 Oktober. Ia memaparkan banyak produk "Teknologi Hitam", seperti tempat letak kereta yang boleh secara automatik memanggil kenderaan, penutup lurang yang secara automatik akan menjana penggera apabila dicuri, dan selimut tidur yang boleh mendiagnosis penyakit.

Ekspo Dunia IOT dianjurkan bersama oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, Kementerian Sains dan Teknologi China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu. Ia telah menarik 489 peserta pameran, termasuk banyak syarikat terkenal di dalam dan di luar negara, seperti Microsoft, IBM, Siemens, Alibaba, Huawei dan China Mobile.

Saturday, October 29, 2016

KENYATAAN MEDIA : MUZAKARAH PAKAR "HIDUP DAN MATI - ANTARA KEFAHAMAN ISLAM NEUROSAINS"

KUBANG KERIAN, Kelantan, 28 Okt (Bernama) -- Perbezaan pendapat tentang pemahaman istilah yang digunakan oleh agamawan dan ahli sains terutamanya yang berkaitan dengan bidang perubatan dan neurosains seringkali timbul. Antara istilah tersebut adalah jantung, hati, qalb, otak, hayat dan kematian. Perbezaan pendapat seperti itu akan membawa kepada kekeliruan dan salah faham yang mengakibatkan tiada kesepakatan dalam menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan insan. 


Baru-baru ini Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah mengadakan satu muzakarah pakar yang membincangkan persoalan 'Hidup dan Mati' : Antara Kefahaman Islam dan Neurosains'. Objektif muzakarah pakar ini adalah untuk melihat hakikat penciptaan insan bermula dengan kehidupan, berakhir dengan kematian menurut fahaman Islam dan juga dengan pandangan neurosains yang konvensional, memperhalusi maksud yang terkandung dalam sesuatu istilah berasaskan ilmu perubatan semasa serta pandangan Islam selain daripada mencari kesepakatan makna istilah-istilah yang digunakan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9456

Friday, October 28, 2016

FLURRY ANALYTICS MENGUMUMKAN PENCAPAIAN KEPADA SUIT PEMAJU MUDAH ALIH YAHOO

SUNNYVALE, Calif., 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Flurry Analytics hari ini mengumumkan ketersediaan dua pencapaian kepada Suit Pemaju Mudah Alih Yahoo, Crash Analytics 2.0 dan Revenue Analytics. Dengan penambahan dua ciri-ciri ini, Flurry Analytics kini merupakan suit analisis yang paling menyeluruh yang disediakan kepada pemaju di seluruh dunia, pada mana-mana skala.
 
"Di Flurry, kami memberikan tumpuan kepada mewujudkan produk-produk yang membantu pemaju di seluruh dunia membina aplikasi yang lebih baik untuk berkembang dan menskala perniagaan mereka dengan jayanya," kata James Kelm, Pengarah Kanan bagi Pengurusan Produk di Yahoo. "Pelancaran keupayaan analisis kerosakan dan analisis pendapatan di Flurry menyediakan pemaju dengan satu suit peranti semua dalam satu untuk memberikan mereka pandangan 360 darjah berhubung prestasi aplikasi mereka."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9452

Thursday, October 27, 2016

SHEN HAIXIONG MENEMUI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BERITA BLOOMBERG JUSTIN SMITH

GUANGZHOU, China, 27 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada petang 26 Oktober, Shen Haixiong, Ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Wilayah Guangdong Parti Komunis China dan Ketua Pengarah bagi Jabatan Publisiti Wilayah Guangdong, telah menemui rombongan yang diketuai oleh Justin Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berita Bloomberg, di Guangzhou.
 
Encik Shen pada permulaannya melahirkan hasrat beliau untuk kejayaan kerjasama di antara Bloomberg dan Guangdong Southern Finance and Economics Omnimedia yang bakal dilancarkan dan mengalu-alukan kehadiran Encik Justin Smith dan rombongan itu. Beliau kemudian memperkenalkan pembangunan ekonomi dan sosial mutakhir ini di Guangdong. Encik Shen berkata bahawa sebagai ekonomi yang terbesar di China, Guangdong mempunyai potensi pasaran yang besar, kelebihan geografi yang jelas dan hubungan rapat dengan pasaran Asia Tenggara seperti Hong Kong dan Singapura. Bloomberg memperlihatkan pengalaman yang luas di dalam bidang-bidang termasuk maklumat kewangan, perisian perdagangan dan pengurusan dan operasi dengan penuh bertenaga dan kecergasan, yang menetapkan satu contoh yang sesuai untuk Guangdong Southern Finance dan Economics Omnimedia. Beliau berharap agar kerjasama yang lebih mantap di antara kedua-dua pihak bagi pengukuhan bersama dan keputusan yang menguntungkan kedua-dua pihak.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9451

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN ANTARA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) DAN BADAN AKREDITASI NASIONAL- PERGURUAN TINGGI (BAN-PT)

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pada 29 Julai 2010 lalu, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menandatangani Memorandum of Arrangement (MoA) bersama Badan Akreditasi Nasional – Perguruan Tinggi (BAN-PT), Indonesia untuk tempoh tiga tahun. Perjanjian Persefahaman tersebut kemudian diperbaharui untuk tempoh tiga tahun bermula 19 Ogos 2013.
 
Memandangkan perjanjian tersebut telah tamat pada 28 Julai 2016, kedua-dua agensi telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh perjanjian kepada lima tahun bermula pada 29 Julai 2016 sehingga 28 Julai 2021.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9444

KAYM TAWAR PENGAJIAN BIDANG LOKOMOTIF BERMULA TAHUN DEPAN


MELAKA, 25 Okt (Bernama) -- Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) di sini
akan menawarkan pengajian persijilan dalam bidang industri lokomotif bagi sesi
pengajian tahun depan. 

Ketua Eksekutifnya Datuk Saroni Judi berkata kursus yang akan dilaksanakan
sepenuhnya di kampus induk KAYM itu merupakan kali pertama ditawarkan di
Malaysia. 

 "Program berkonsepkan latihan berbentuk teknikal, servis dan pengurusan itu
menyasarkan bilangan tenaga kerja yang bakal dilahirkan mencukupi terutamanya
dalam industri lokomotif di negara ini. 

Kursus ini bakal melatih tenaga kerja yang berkemahiran dan pakar dalam
industri rel dengan anggaran melebihi 3,000 pekerja mahir dan separa mahir yang
diperlukan setiap tahun bagi memenuhi kehendak industri," katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini. 

Baru-baru ini, KAYM melalui anak syarikatnya, KYM Stes telah menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) bersama KAT Professional Rail Training &
Certification (KatProRail) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir khususnya
dalam industri lokomotif negara. 

MoU yang ditandatangani oleh Saroni dan Ketua Pegawai Eksekutif KatProRail,
Tomin Salikan itu menyediakan satu landasan kerjasama dan pelaksanaan guna
sama kemudahan serta tenaga pakar sedia ada.  

Saroni berkata melalui perjanjian itu, KYM Stes dan KatProRail mengambil
peluang menubuhkan sebuah Institut Teknologi Lokomotif Malaysia yang dinamakan
sebagai i-Rail. 

"i-Rail bakal menawarkan pelbagai persijilan antaranya persijilan
profesional antarabangsa seperti Erata: Sijil Dalam Keselamatan Landasan
(Australia), Program Kawalan Logik (Jerman) dan Kimpalan (ASNT/NDT) (Amerika
Syarikat). 

"Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia akan turut dilaksanakan melibatkan
bidang kejuruteraan rel antaranya rangkaian landasan, kejuruteraan flit dan
pengelektrikan," katanya. 

 Beliau berkata kerjasama strategik itu selaras dengan perkembangan
pembangunan sistem Transit Aliran Ringan 3, Transit Aliran Massa 2 dan Keretapi
Berkelajuan Tinggi (Singapura-Kuala Lumpur Via Melaka) dalam industri rel di
Malaysia. 

 Katanya, jalinan perkongsian pintar ini akan meningkatkan peluang latihan
dengan menyediakan pelatih-pelatih baru serta personel-personel rel sedia ada
dengan kelayakan profesional mengikut standard antarabangsa. 

    -- BERNAMA 

Wednesday, October 26, 2016

CP KELCO MERANGSANG KEUPAYAAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN TIMUR TENGAH, AFRIKA DAN TURKI DENGAN PENGEMBANGAN PEJABAT DAN MAKMAL BARU DUBAI

DUBAI, U.A.E., 25 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CP Kelco, sebuah pengeluar penyelesaian hidrokoloid khusus global telah mengukuhkan komitmennya bagi menyediakan keupayaan teknikal dan perkhidmatan pelanggan terulung ke seluruh Timur Tengah, Afrika dan Turki dengan pengembangan pejabat Dubai termasuklah makmal baru bagi aplikasi makanan dan minuman.

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini ada terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/823ad73b-635e-4345-bbe8-3c354d9d8f5d 


Pada Selasa, 11 Oktober, 2016, CP Kelco secara rasminya meraikan pengembangan kemudahannya di Dubai Science Park dengan majlis memotong riben dan lawatan tapak bagi pelanggan serta pengedar, dianjurkan oleh pengurusan kanan syarikat termasuk Don Rubright, Presiden CP Kelco.

NTT COMMUNICATIONS SEKALI LAGI MENGAMBIL TEMPAT SEBAGAI SEBUAH PEMIMPIN DALAM GARTNER MAGIC QUADRANT 2016 BAGI HOS TERURUS YANG DIBOLEHKAN OLEH AWAN, ASIA/PASIFIK

TOKYO, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah pemimpin data, awan dan perhubungan antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah diletakkan di dalam kuadran Pemimpin dalam laporan*1 "Magic Quadrant untuk Hos Terurus yang Dibolehkan oleh Awam, Asia/Pasifik" yang diterbitkan oleh Gartner Inc. pada Oktober 2016 bagi tahun kedua berturut-turut, berdasarkan kepada keupayaan untuk melaksanakan dan kesempurnaan visi.

Gartner mentakrifkan hos terurus yang dibolehkan oleh awan (CEMH) sebagai penawaran hos yang membangunkan produk yang standard yang menggabungkan platform infrastruktur sistem yang dibolehkan oleh awan, yang terdiri daripada pengiraan, rangkaian dan perkakasan penyimpanan dengan perisian platform pengurusan awan bagi memudahkan layan diri dan peruntukan pantas dengan perkhidmatan terurus. Menurut Gartner, "Pembekal memerlukan satu strategi yang mantap untuk menjadi sebuah Pemimpin di Asia/Pasifik. Mereka perlu melabur di dalam produk mereka, liputan geografi dan keupayaan penghantaran ke tahap di mana mereka boleh menjadi pemain serantau yang kukuh. Untuk membina kedudukan pasaran mereka, mereka mesti mempunyai keupayaan dan kesediaan bagi melabur untuk masa hadapan."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9445

Clinical Research Malaysia Sasar Tarik 1,000 ISR Menjelang 2020

PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) -- Clinical Research Malaysia (CRM), sebagai sebuah badan yang menyokong dan pemudah cara kepada industri dan pengamal perubatan untuk menjalankan ujian klinikal di Malaysia, menyasarkan untuk menarik 1,000 Penyelidikan Tajaan Industri (ISR) menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Akhmal Yusof berkata CRM juga komited untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan ISR dan membangunkan penyelidikan klinikal sebagai enjin pertumbuhan ekonomi.

--BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1295768

CAPREG: TIGA TAHUN MENGGALAKKAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI DI ASIA TENGGARA DAN AMERIKA LATIN MELALUI PEMBANGUNAN KEUPAYAAN

BERLIN, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Minggu lepas di Vietnam, Renewables Academy AG (RENAC) mengadakan seminar "Keuntungan Projek Tenaga Boleh Diperbaharui". Ini adalah yang terakhir dalam siri  seminar bersemuka yang berjaya yang diadakan sebagai sebahagian daripada program pembangunan keupayaan CapREG – Pembangunan Keupayaan bagi Tenaga Boleh Diperbaharui dan Penyepaduan Grid. RENAC ditauliahkan oleh Kementerian Persekutuan Jerman bagi Alam Sekitar, Pemuliharaan Alam, Bangunan dan Keselamatan Nuklear (BMUB) di dalam rangka kerja Inisiatif Iklim Antarabangsa Jerman (IKI)  untuk melaksanakan program biasiswa tiga tahun ini di negara-negara rakan iaitu Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Mexico, Peru dan Ecuador.


Tuesday, October 25, 2016

LDISCOVERY AKAN AMBIL ALIH KROLL ONTRACK

MCLEAN, Va. dan NEW YORK, Oct 25 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --LDiscovery, LLC, pembekal perkhidmatan eDiscovery yang didayakan teknologi dan Corporate Risk Holdings, LLC, peneraju global dalam perkhidmatan risiko dan maklumat pelbagai serta syarikat induk bagi Kroll Ontrack, hari ini mengumumkan satu perjanjian pembelian muktamad di mana LDiscovery akan mengambil alih Kroll Ontrack dalam urus niaga yang melibatkan tunai sepenuhnya yang bernilai kira-kira $410 juta. LDiscovery ialah sebuah syarikat portfolio The Carlyle Group dan Revolution Growth.
 
Organisasi gabungan yang memberikan khidmat kepada 12,000 pelanggan di seluruh dunia, merangkumi sebahagian daripada institusi kewangan terbesar di dunia, syarikat Fortune 1000 dan 100 firma Am Law, akan memiliki pejabat di 19 buah negara dengan tenaga kerja kira-kira 1,300 orang di seluruh dunia.


WARISAN DAN KETUKANGAN--PERTANDINGAN REKA BENTUK TCC MENCAPAI SATU KESIMPULAN: PEREKA YANG SEDANG MENINGKAT NAIK ZHAO LI MEMENANGI HADIAH EMAS

SHENGZE, China, 25 Okt., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 16 Oktober, dengan ditaja oleh China Oriental Silk Market, peringkat akhir "Warisan dan Ketukangan--Pertandingan Reka Bentuk TCC” telah dilancarkan di Shengze, Bandar Sutera China Nombor Satu. Sebanyak 23 siri dan lebih 70 jenis produk fesyen mempamerkan keindahan fesyen China dan kecemerlangan kerja tangan. Penghasilan pereka yang sedang meningkat naik Zhao Li 'Impresi Gunung dan Sungai' telah memenangi hadiah emas dan menerima satu anugerah sebanyak 150,000 yuan. Penghasilan 'Carefree Travel' oleh Shu Yupeng dan penghasilan Ma Liang 'Integrasi' telah memenangi hadiah perak. Hasil kerja Chen Dingding, Ruan Chengzhan dan Deng Jiejing ‘Memory-Void’,  'Chinese Prescription' dan 'Double Happiness' telah memenangi hadiah gangsa. Xinhua net, Aiqiyi dan Rangkaian 4G Mudah Alih China menyiarkan siaran langsung pertandingan akhir itu. Berjuta-juta pengguna Internet dan pereka yang mengambil bahagian serta penonton telah menyaksikan acara yang hebat ini.


YANGJIANG "IBU NEGARA BAGI PISAU DAN GUNTING" DI CHINA MEMAPARKAN KEHALUSAN KERJA TANGAN YANG SANGAT CANTIK KEPADA DUNIA

YANGJIANG, China, 24 Okt, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

"Ibu Negara bagi Pisau dan Gunting" di Yangjiang di selatan China mengalu-alukan lebih 3,000 tetamu dari lebih 40 buah negara dan wilayah dalam acara tahunan mereka untuk bertukar-tukar mengenai pembangunan pasaran dan teknik di dalam industri pisau.

Terletak di sepanjang pantai di sebelah selatan China, Yangjiang menikmati kemasyhuran sebagai Ibu Negara bagi Pisau dan Gunting melalui barangan mereka yang memiliki sejarah lebih 1,400 tahun. Dikatakan bahawa seawal abad ke-19, mubaligh Amerika telah membawa pisau-pisau yang baik dari Yangjiang pulang ke kampung halaman mereka sebagai hadiah.


Sunday, October 23, 2016

TELEFóNICA GROUP MEMILIH XURA SEBAGAI RAKAN KONGSI PEMESEJAN GLOBAL

Pengawal Mesej Xura (MCO) adalah sedia NFV dan menggabungkan firewall SMS generasi berikut bagi kawalan spam dan penipuan

WAKEFIELD, Mass, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xura, Inc., iaitu peneraju terkemuka perkhidmatan komunikasi digital, hari ini mengumumkan perjanjian dengan Telefónica Group untuk menjadi rakan kongsi pemesejan global seluruh negara1 dioperasi oleh multinasional. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Xura akan menghantar penyelesaian Pengawal Mesej (MCO) di seluruh jaringan Telefónica yang akan memainkan peranan utama dalam evolusi infrastruktur pemesejan operator.


Membolehkan perkhidmatan SMS dan MMS bagi Telefónica Group, Pengawal Mesej Xura juga boleh digunakan sebagai pad pelancar bagi perkhidmatan berasaskan IP pada masa depan dan akan menyediakan rangkaian meluas fungsi penghalaan pintar dan analisis senario bagi mencetus pengendalian dan mengoptimumkan trafik mesej yang canggih.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9427

Saturday, October 22, 2016

PAMERAN BERGERAK THE RENEWABLES ACADEMY AG (RENAC) MENERANGKAN PENYEPADUAN GRID BAGI TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI


BANGKOK, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Bergerak The Renewables Academy AG (RENAC) "Penyepaduan Grid bagi Tenaga Boleh Diperbaharui" telah dibentangkan pada “Persidangan Tenaga Boleh Diperbaharui berasaskan Komuniti Thai-Jerman kedua 2016” di Bangkok (Thailand) yang dianjurkan bersama oleh Deutsche Gesellschaft für internationale Zusammenarbeit (GIZ) dan Kementerian Tenaga Thailand (MoEN). Pameran itu menjelaskan mengenai isu yang sangat kompleks berhubung penyepaduan grid bagi angin yang banyak dan fotovoltan solar ke dalam grid elektrik dalam satu cara yang mudah. Pameran itu amat dialu-alukan oleh  150 peserta persidangan. Selepas majlis berkenaan, pameran bergerak itu akan dipamerkan selama beberapa minggu di kawasan MoEN.

RENAC, sebuah pakar antarabangsa di dalam pembinaan keupayaan bagi tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga, telah membangunkan pameran komprehensif ini. Di Thailand dan juga di negara-negara lain di seluruh dunia, penyepaduan bagi tenaga boleh diperbaharui ke dalam grid elektrik adalah satu daripada topik hangat di seluruh industri. Dengan kadar yang semakin meningkat bagi fotovoltan dan tenaga angin di dalam grid, satu pemahaman yang mendalam mengenai keunikan sebuah sistem tenaga diperlukan untuk memastikan operasi yang selamat dan berterusan bagi grid elektrik. Menurut Berthold Breid (Ketua Pegawai Eksekutif RENAC), "pameran itu menggabungkan unsur-unsur grafik dengan teks didaktik yang dibentangkan pada 15 sepanduk. Ini membantu untuk menjelaskan topik yang sangat kompleks itu kepada khalayak yang luas yang tidak memiliki latar belakang teknikal."

Friday, October 21, 2016

EKSPO IE GUANGZHOU 2016: SATU PENEMBUSAN MANTAP KE DALAM PASARAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR CHINA SELATAN

SHANGHAI, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo IE Guangzhou 2016, yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Guangdong bagi Industri Perlindungan Alam Sekitar (GAEPI), Messe München GmbH, dan Messe Müenchen Zhongmao Co., Ltd., akan diadakan dari 24 November hingga 26 November, 2016 di Kompleks Pameran Import & Export China, yang meliputi enam kategori produk utama untuk air, udara, bahan buangan, tanah, peranti pemantauan dan perkhidmatan alam sekitar. Tahun ini, acara itu dijangka akan mengumpulkan kira-kira 300 pempamer dan 20,000 pelawat perdagangan, yang hampir dua kali ganda saiznya berbanding tahun lepas.

Di samping itu, sebuah pavilion Korea berukuran 200m2 akan membuat kehadiran sulung untuk mempamerkan teknologi alam sekitar terkini dari Korea. Lebih banyak syarikat utama di peringkat antarabangsa telah mengesahkan untuk hadir, seperti Optex, Brentwood Industries, Emerson, dan Kubota. Senarai penuh pempamer boleh diperolehi di sini, dan gambaran keseluruhan peta lokasi di sini.


Thursday, October 20, 2016

MIRANTIS DAN NTT COMMUNICATIONS BERPADU TENAGA UNTUK MENYAMPAIKAN OPENSTACK PERSENDIRIAN TERURUS

SUNNYVALE, Calif. & TOKYO, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mirantis dan NTT Communications Corporation (NTT Com) hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk menawarkan OpenStack Persendirian yang terurus sepenuhnya sebagai satu perkhidmatan dalam Enterprise Cloud NTT Com dan perkhidmatan pusat data mereka di seluruh dunia. NTT Com, dalam menjadi rakan kongsi perkhidmatan pusat data Mirantis yang pertama, akan menawarkan OpenStack Terurus Mirantis di Enterprise Cloud Logam sebagai satu Perkhidmatan NTT Com. Perkongsian itu akan menawarkan pelanggan dengan fleksibiliti global untuk pergerakan di luar premis, satu tanjakan pantas kepada perkhidmatan OpenStack tanpa sebarang kerumitan, dan alternatif untuk jumlah kos bagi pengurangan pemilikan.
 
"OpenStack adalah merupakan satu komponen penting dalam seni bina awan persendirian pada hari esok, dan Mirantis mempunyai teknologi dan pemprosesan industri yang terkemuka dalam perisian dan perkhidmatan OpenStack, sekali gus membolehkan mereka untuk menguruskan infrastruktur OpenStack sebagai kod," kata Naib Presiden NTT Com bagi Perkhidmatan Awan, Hideki Kurihara. "Kerjasama teknikal dan pergi ke pasaran kami akan membolehkan pengalaman sebenar bagi operasi OpenStack, yang dihantar sebagai satu perkhidmatan global."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9423

STARBUCKS MENGUMUMKAN STARBUCKS RESERVE ROASTERY AKAN DATANG KE TOKYO PADA 2018

TOKYO, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starbucks Coffee Company (NASDAQ: SBUX) hari ini mengumumkan bahawa ia akan membuka sebuah Starbucks Reserve Roastery, Jepun, pada tahun 2018. Terletak di daerah Nakameguro, sebuah kawasan kejiranan mewah yang terkenal dengan butik dan galeri seninya yang eksklusif, Roastery itu akan mempunyai satu-satunya persekitaran runcit yang seumpamanya. Direka dengan kerjasama Kengo Kuma, seorang arkitek yang terkenal di dunia dan pengasas kepada Kuma Lab di Universiti Tokyo, lokasi baharu ini akan memberikan kepada pelanggan dengan suatu persekitaran kopi yang mendalam yang berbeza dengan tempat lain di pasaran.
 
Starbucks memperkenalkan Roasterynya yang pertama di Seattle pada tahun 2014 dan ia merupakan pembukaan kedai yang paling berjaya dalam sejarah syarikat itu dan sejak itu syarikat berkenaan telah mengumumkan bahawa lokasi baharu akan muncul di Shanghai pada 2017 dan New York pada 2018. Tokyo akan menjadi Roastery yang keempat bagi syarikat itu, di peringkat global.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9424

TARGET UMUMKAN KERJASAMA MUSIM BUNGA DENGAN VICTORIA BECKHAM

MINNEAPOLIS, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Target Corporation (NYSE: TGT) hari ini mengumumkan kerjasama musim bunga edisi terhad mereka dengan pereka Victoria Beckham. Boleh diperolehi bermula pada 9 April, 2017, di kesemua kedai Target dan Target.com, Victoria Beckham untuk Target mencerminkan intipati barisan Victoria, Victoria Beckham, termasuk reka bentuk asal dan inspirasi daripada siluet ikonik, dengan pakaian dan aksesori untuk wanita, perempuan, anak kecil dan bayi. Kerjasama itu dengan Target juga menandakan penglibatan pertama pereka itu ke dalam kategori produk kanak-kanak. Pakaian terpilih daripada koleksi itu boleh didapati untuk dijual di peringkat antarabangsa melalui victoriabeckham.com.
 
"Bekerja dengan Target telah menjadi satu proses yang sangat menarik, dan perkongsian ini membolehkan kami untuk berkongsi intipati Victoria, Victoria Beckham dengan lebih ramai orang berbanding sebelum ini," kata Victoria Beckham. "Saya telah mendapat ilham untuk menghasilkan barisan Victoria, Victoria Beckham ini semasa saya mengandungkan Harper, dan sejak dilancarkan, kategori itu telah berkembang menjadi satu koleksi gaya hidup yang mantap. Dengan kedua-dua barisan produk dan anak perempuan saya mencecah usia lima tahun, saya merasakan bahawa masanya adalah tepat untuk memperluaskan ke dalam titik harga yang lebih boleh diakses dan untuk meraikan kedua-dua peristiwa penting dengan memperluaskan rangkaian produk untuk memasukkan pakaian kanak-kanak buat kali pertama."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9422

Wednesday, October 19, 2016

STARBUCKS MENGANGKAT BELINDA WONG KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, STARBUCKS CHINA; MENSASAR 5,000 KEDAI DI TANAH BESAR CHINA PADA TAHUN 2021

Mengukuhkan Komitmen Jangka Panjang mereka ke China dengan menamakan Leo Tsoi sebagai Ketua Pegawai Operasi Starbucks China

SHANGHAI, 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starbucks Coffee Company (NASDAQ: SBUX) hari ini mengumumkan kenaikan pangkat Belinda Wong daripada presiden kepada Ketua Pegawai Eksekutif bagi Starbucks China. Wong telah memainkan peranan yang penting di dalam pertumbuhan yang tidak pernah berlaku bagi Starbucks di China -- dari 400 kedai pada tahun 2011 kepada lebih 2,300 kedai pada hari ini -- dengan mengutamakan nilai-nilai asas dalam misi Starbucks dan memacukan inovasi yang bermakna untuk rakan-rakan Starbucks (pekerja) dan pelanggan tempatan di China. Dalam peranan ini, Wong akan menyelia rancangan Starbucks untuk menggandakan skala mereka bagi mengendalikan 5,000 kedai di China pada tahun 2021. Beliau akan terus melapor kepada John Culver, presiden kumpulan, Starbucks Global Retail.

"Sepanjang lima tahun yang lalu, visi, pengalaman dan desakan Belinda kepada inovasi telah meningkatkan Starbucks di hati dan minda rakyat China dan mewujudkan satu asas yang kukuh bagi pertumbuhan Starbucks di China," kata John Culver, presiden kumpulan, Starbucks Global Retail. "Belinda merangkumi misi dan nilai-nilai kami sebagai sebuah syarikat, dan promosi beliau akan membantu meningkatkan lagi usaha Starbucks dalam membina pengalaman rakan kongsi dan pelanggan bagi pasaran China dalam jangka masa panjang."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9420

VIRGIN CRUISES BAKAL BELAYAR DI BAWAH MONIKER BAHARU "VIRGIN VOYAGES"

Armada Pelayaran Milik Sir Richard Branson Mengumumkan Nama & Ikon Baharu, Sebuah Kontrak Pembinaan Kapal Yang Sudah Ditandatangani dan Satu Perkongsian Tenaga Bersih Yang Pertama Di Dunia
MIAMI, 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengasas Kumpulan Virgin Sir Richard Branson hari ini mendedahkan Virgin Voyages sebagai identiti baharu yang memberi inspirasi bagi armada pelayaran syarikat itu. Dengan disertai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Tom McAlpin, mereka telah mengumumkan nama berkenaan, dan berkongsi bahawa Virgin Voyages telah secara rasmi menandatangani sebuah kontrak pembinaan kapal bagi tiga buah kapal dengan pembina kapal master dari Itali Fincantieri, dan bahawa syarikat itu akan menjadi syarikat pelayaran yang pertama untuk menggunakan sistem tenaga bersih, Climeon Ocean.
Acara pengumuman itu yang diadakan di Faena Hotel Miami Beach telah memaparkan persembahan teater yang menakjubkan di mana Sir Richard muncul bersama-sama dengan dua orang penghibur yang menari di atas kerusi geladak di hadapan penonton yang terdiri daripada media berita antarabangsa, ahli politik Miami dan tokoh-tokoh perniagaan.

BERTAQWA MELALUI PERUSAHAWANAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Seiring dengan Falsafah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) iaitu kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara, sekali lagi KUIS telah terpilih untuk menyertai Malam Anugerah PKNS. Malam Anugerah ini diadakan pada 28 September 2016 yang lalu, bertempat di Hotel De Palma Shah Alam.
 
Program ini merupakan hasrat PKNS dalam melahirkan golongan usahawan berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan di negara ini menerusi Sekritariat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) sejak 1995. Sepanjang program keusahawanan PKNS, Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) sudah membimbing sekurang-kurangnya 39,000 usahawan dari pelbagai peringkat dengan kos hampir RM 230 juta. Semua Usahawan terdiri dalam kalangan pengilang bahan binaan, sub kontraktor Bumiputra, peniaga runcit, usahawan mahasiswa, usahawan siswazah, pelajar sekolah menengah dan rendah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9410

EnergyTransformers Dapat Anugerah Kelestarian Malaysia 2016

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- EnergyTransformers (M) Sdn Bhd telah memenangi Anugerah Kelestarian Malaysia untuk Ekonomi Kitaran dalam satu malam gala yang dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Malaysia Belanda pada 6 Okt lepas.

EnergyTransformers, yang merupakan sebahagian daripada Transmare Group yang berpangkalan di Rotterdam (Belanda) terlibat dalam membangunkan rantaian bekalan serta memenuhi keperluan tuntutan pasaran tenaga.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata ekonomi kitaran adalah berdasarkan kepada pemakaian semula semua bahan yang terlibat dalam sistem penggunaan dan keseluruhan pengeluaran.

Pengiktirafan itu diterima berikutan kesan keusahawanan yang tinggi serta strategi yang didorong oleh tindakan bagi menangani cabaran alam sekitar yang berkaitan dengan kitar semula sisa pertanian, khususnya dalam ladang kelapa sawit.

Menurut syarikat itu, ia bersaing dengan finalis lain seperti iaitu Kloth (benang PET), Sime Darby Property (pembangunan masyarakat) dan BioValence (sistem penternakan udang biofloc) dalam mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan ekonomi yang berkitar.

"Keluaran EnergyTransformers adalah berdasarkan kepada penukaran bahan-bahan buangan (dari ladang kelapa sawit) menjadi BioChar, sejenis bahan pembaik yang meningkatkan kualiti tanah sehingga mampu menambah hasil pertanian.

"Ia juga mengubah sisa-sisa pertanian kepada BioCoal berkalori tinggi, sesuai untuk dandang loji janakuasa," katanya.

EnergyTransformers berkata BioCoal mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia kerana ia mengurangkan penghasilan karbon.

-- BERNAMA

Wakaf Selangor Muamalat Sumbang Dana Wakaf RM6.4 Juta Dalam Pendidikan, Kesihatan

BANTING, 18 Okt (Bernama) -- Wakaf Selangor Muamalat menyumbang dana wakaf berjumlah kira-kira RM6.4 juta kepada pihak yang memerlukan dalam bidang pendidikan dan kesihatan, selain diagihkan untuk pelaburan setakat September lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata, wakaf itu tidak terhad kepada umat Islam tetapi juga untuk golongan bukan Islam yang kurang berkemampuan.

"Tanggungjawab wakaf Selangor Muamalat antaranya menyalurkan dana wakaf dalam bentuk aset tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.....

--BERNAMA


Tuesday, October 18, 2016

TOKYO MELONJAK KE TEMPAT TIGA TERATAS DALAM KEDUDUKAN BANDAR RAYA GPCI 2016; LONDON DAN NEW YORK MENGEKALKAN DUA TEMPAT TERATAS, PARIS TURUN KE TEMPAT KEEMPAT

Laporan Yayasan Peringatan Mori Mendedahkan Bandar Raya Paling Menarik di Dunia
 
TOKYO, 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Institut bagi Strategi Bandar di Yayasan Peringatan Mori, sebuah institut penyelidikan yang ditubuhkan oleh Mori Building, hari ini mengumumkan laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2016 mereka. Laporan itu kali pertama dikeluarkan pada tahun 2008; ia menilai dan menempatkan kedudukan 42 bandar raya utama mengikut “magnetisme," atau kuasa keseluruhan tanggapan mereka untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia.


Aplikasi E-Peta Wujudkan Komuniti Pintar Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pusat Sistem Maklumat Geografi Pulau Pinang (Pegis) akan mempamerkan aplikasi peta pintar, e-Peta, pada Persidangan Pengguna Esri Malaysia, pada Selasa dan Rabu (18 dan 19 Okt) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Esri Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata e-Peta yang diwujudkan pada 2014, menggunakan platform analisis berdasarkan lokasi dikenali sebagai ArcGIS untuk mengintegrasikan data berwibawa daripada pelbagai jabatan kerajaan dan memaparkannya dalam peta pintar dinamik.

"Ia adalah aplikasi tercanggih yang berperanan penting dalam memperkasakan pelbagai pertubuhan sosiosivik untuk menangani cabaran dalam komuniti," jelas kenyataan itu.....

--BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1292740

20,000 Terima Rawatan Di Hospital Mata Tun Hussein Onn Sejak Dekad Lalu



KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn (THONEH) telah menyediakan rawatan mata kepada lebih 20,000 orang di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sejak lebih satu dekad yang lalu.

Pada 9 Okt, THONEH bekerjasama dengan Kelab Lions Petaling Jaya (PJLC) bagi menganjurkan edisi ke-12 acara "Blind Leading the Blind Charity Walk."

Acara itu, sebahagian daripada program SightFirst PJLC, bertujuan untuk mengumpul dana untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan mendapat rawatan mata.

Pengurus Besar THONEH, Dr Norasidi Salim Al-Haj berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa THONEH berbangga membantu PJLC dan matlamat untuk memupuk kesedaran mengenai kebutaan.

Para peserta berkumpul di Dataran Petaling Jaya untuk acara jalan kaki sejauh 3 kilometer itu dengan peserta ditutup mata, dipandu oleh peserta buta.

Acara itu yang mendapat sokongan Majlis Bandaraya Petaling Jaya diadakan bagi memperingati Hari Penglihatan Sedunia yang disambut setiap tahun pada 13 Okt.

-- BERNAMA

Monday, October 17, 2016

OEM KOSMETIK HOSHI CORPORATION MEMBUKA LAMAN WEB MAKLUMAT RASMI

Kami menyokong perniagaan kosmetik anda di seluruh dunia dengan kualiti buatan Jepun yang tinggi

TOKYO, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kami, Hoshi Corporation, adalah syarikat OEM bagi kosmetik, ubat-ubatan kuasi dan makanan tambahan kesihatan. Lebih 700 produk berjaya dikomersialkan dengan pengetahuan profesional kami mengenai teknologi pembuatan yang selamat, terjamin dan berkualiti tinggi. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kami sedang berusaha untuk mengukuhkan organisasi kami selaras dengan perkembangan Syarikat di luar negara.


Laman web maklumat yang baharu itu telah dibuka secara rasmi untuk memperkenalkan produk-produk OEM kosmetik buatan Jepun kami. Kami menjemput anda untuk melayari laman web baharu kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

PAKAR INDUSTRI KANDUNGAN, GLOBAL CREATIVE AND MEDIA AGENCY (GCMA) BERKEMBANG KE THAILAND DAN INDONESIA

GCMA BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN JUALAN EKSPORT KANDUNGAN THAILAND DAN INDONESIA SEBANYAK 20% DALAM MASA 3 TAHUN
 
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Global Creative and Media Agency (GCMA), sebuah syarikat swasta Malaysia yang pakar dalam industri kandungan kini telah melantik Cik Nathamon Singhathewakul sebagai wakil pengurusan di Thailand dan Encik Hendy Lim (bekas Naib Presiden Bahagian Kandungan dan Acara di MNC Group) sebagai wakil pengurusan di Indonesia.
 
Menerusi perkembangan ini, GCMA akan berusaha untuk meningkatkan jualan eksport kandungan di Thailand dan Indonesia sebanyak 20 peratus dalam tempoh tiga tahun. Bagi memupuk ekonomi perdagangan industri hiburan di Asia Tenggara, kedua-dua wakil pengurusan tersebut bertindak sebagai perantara bagi membantu GCMA dalam meningkatkan kualiti kandungan dalam negara mereka. Melalui pengalaman Cik Singhathewakul dan Encik Lim yang meluas, GCMA akan bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan swasta serta syarikat media dalam kedua-dua negara tersebut dengan menawarkan peranan sebagai penasihat; berhubung dengan strategi baharu dan trend terkini dalam kandungan kreatif, serta pasaran global untuk menjual kandungan mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9416

Graduan DVM Perlu Penuhi 2 Kriteria Sebelum Lanjut Pengajian Di IPT - MQA

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Graduan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memenuhi dua kriteria sebelum melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi tempatan (IPT).

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam satu kenyataan hari ini berkata dua kriteria itu ialah memperoleh pengalaman pekerjaan sekurang-kurangnya sehingga berumur 21 tahun dan mendapat sijil Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) daripada agensi berkenaan.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1292714

Friday, October 14, 2016

"WALKCAR" KERETA BERSAIZ KOMPUTER RIBA BOLEH DIPEROLEHI UNTUK PRATEMPAHAN DARI 21 OKT

TOKYO, 13 Okt (Bernama-AsiaNet) -- 

- Masanya Telah Tiba untuk Membawa Kereta di dalam Beg Anda -

COCOA MOTORS, Inc. (R) mengumumkan pada 13 Oktober bahawa WALKCAR (R), kereta terkecil di dunia, boleh diperolehi untuk pratempahan di Stor Dalam Talian Cocoa Motors (http://www.cocoamotors.com) dari Jumaat, 21 Oktober, pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan di Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9412

TATASUSUNAN TRANSISTOR BAHARU TOSHIBA MEMPUNYAI FUNGSI PENYIMPANAN DATA

TOKYO, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TBD62089APG", sebuah tatasusunan transistor generasi baharu untuk aplikasi seperti lampu LED bagi peralatan hiburan dan pemancar isyarat bervoltan tinggi untuk peralatan perindustrian. IC baharu itu menggabungkan litar Flip Flop jenis D (jenis 8 bit) di dalam bahagian input yang menyokong sebuah fungsi penyimpanan data. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada akhir Disember 2016.

Aplikasi seperti peralatan hiburan (pachinko dan mesin slot), peralatan rumah (pendingin hawa dan peti sejuk), dan peralatan perindustrian (mesin layan diri, terminal perbankan seperti ATM, peralatan automasi pejabat, dan peralatan automasi kilang) terus menambahkan fungsi-fungsi dari tahun ke tahun, yang menyebabkan kekurangan ruang pemasangan bagi IC.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9407

PERARAKAN FESTIVAL TOHOKU AKAN MEMAPARKAN ENAM PERAYAAN TEMPATAN, MEMBANTU UNTUK MENYOKONG PEMULIHAN KAWASAN YANG DILANDA GEMPA BUMI

Menampilkan paparan budaya dari Tohoku dan Tokyo, akan menjadi acara utama yang pertama diadakan di kawasan Toranomon, pusat budaya dan  komersial baharu bagi Tokyo

TOKYO, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Eksekutif TOKYO SHINTORA MATSURI hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengadakan festival TOKYO SHINTORA MATSURI mereka di Shintora-dori Avenue, Tokyo, jalan raya baharu yang dibina sebagai sebahagian daripada kawasan pembangunan semula Toranomon, pada 19 dan 20 November. Festival itu akan menjadi acara utama yang pertama yang menggunakan ruang baharu yang diwujudkan di daerah Shintora (Shimbashi-Toranomon), hab antarabangsa yang baharu di Tokyo bagi perniagaan dan budaya. Ia akan termasuk Perarakan Tohoku Rokkonsai (enam perayaan), satu pertunjukan jalan raya khas yang menggabungkan tarikan festival secara individu dari bandar raya di Aomori, Akita, Morioka, Yamagata, Sendai, dan Fukushima di wilayah Tohoku.

Perarakan Tohoku Rokkonsai diadakan buat pertama kali pada tahun 2011 di bandar raya Sendai, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pemulihan sebuah kawasan yang terjejas akibat Gempa Bumi Dahsyat Jepun Timur pada awal tahun itu; sejak itu ia telah diadakan pada setiap tahun di bandar raya utama yang lain di seluruh Tohoku. Meraikan kepelbagaian dan kebingkasan rantau itu, perarakan sepanjang 300 meter itu akan diteruskan di sepanjang Shintora-dori Avenue pada 20 November, dengan lebih 300 penari dan penghibur lain mempamerkan ciri-ciri festival daripada enam bandar raya Tohoku itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9405

PESTA BUKU KE-3 TERBESAR DI DUNIA AKAN MENEMPATKAN 1,420 SYARIKAT PENERBITAN YANG MEMAPARKAN 1.5 JUTA JUDUL DI SHARJAH

SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu, 14 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pesta Buku Antarabangsa Sharjah (SIBF) pada tahun ini – pesta buku ketiga terbesar di dunia - akan menyaksikan penyertaan 1,420 syarikat penerbitan dari 60 buah negara, yang akan memaparkan lebih 1.5 juta buku sepanjang 11 hari itu.
 
SIBF dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Buku Sharjah, acara sastera yang terpenting di rantau itu yang berlangsung dari 2 hingga 12 November di Sharjah dan diadakan di bawah tema 'Lebih Banyak Membaca', dan meliputi 25,000 kaki persegi di Pusat Ekspo Sharjah. Pengunjung akan menikmati lebih daripada 1,417 aktiviti daripada program itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9408

IPICEX2016 AKAN KE JOHOR BAHRU!

SHAH ALAM, 14 Okt (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Antarabangsa Industri Perladangan Ke-5 (IPiCEx2016), hasil anjuran sama antara International Institute of Plantation Management (IIPM) dan UiTM Melaka, adalah merupakan satu forum perdana  yang mengetengahkan isu-isu, kemajuan baru, dan dapatan kajian di dalam sektor perladangan dan komoditi. Selain menyediakan satu landasan untuk peserta membina dan mengukuhkan rangkaian mereka dengan saintis-saintis yang terkenal, ahli pertanian, penggubal dasar, dan profesional dari industri, persidangan ini juga akan mengadakan pameran, Pertandingan IPICEx, dan mengelolakan satu lawatan pasca persidangan.

Dengan tema “Shaping the Future of the Plantation Industry: Changing Trends, Opportunities and Sustainability”, tajuk-tajuk seperti pengurusan bakat, transformasi industri, pertanian bersepadu, cabaran dan penyelesaian lestari, pembangunan teknologi dan aplikasi akan dihuraikan dengan mendalam oleh pembentang-pembentang yang pakar.


KERJASAMA ERAT PEMANGKIN PEMBANGUNAN KOMUNITI PINTAR

KEMAMAN, 14 Okt (Bernama) -- Lebih 400 orang peserta terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, guru-guru dan wakil-wakil masyarakat Kemaman hadir pada forum Komuniti Pintar Kemaman yang berlangsung pada 6 Oktober lalu.

Forum komuniti pintar tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK), Majlis Perbandaran Kemaman dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), bertujuan untuk menguar-uarkan inisiatif Komuniti Pintar Kemaman yang telah dilaksanakan di samping berkongsi maklumat-maklumat program serta kemudahan di bawah inisiatif berkenaan ke arah merangka pembangunan daerah Kemaman yang lebih baik.


Thursday, October 13, 2016

DATACOLOR® AKAN MEMPAMERKAN PENYELESAIAN PENGURUSAN WARNA TERKINI MEREKA UNTUK TEKSTIL DAN PAKAIAN DI ITMA ASIA 2016 (DEWAN H5, PETAK F60)

LAWRENCEVILLE, N.J., 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Datacolor®, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pengurusan warna dan teknologi komunikasi warna, akan mempamerkan penyelesaian aliran kerja warna mereka pada ITMA Asia 2016 (Dewan H5, Petak F60), pameran tekstil dan mesin pakaian antarabangsa yang berlangsung dari 21 Oktober hingga 25 Oktober di Shanghai, China. Produk akan termasuk spektrofotometer Datacolor siri 800 dan 500 yang baharu, yang menyampaikan prestasi pengukuran warna yang terkemuka di dalam industri serta perisian formulasi warna Padanan Tekstil yang terkini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9404

Wednesday, October 12, 2016

PAMERAN KEDUA MUZIUM SNOOPY TOKYO BERMULA PADA 8 OKTOBER

TOKYO, 11 Okt., 2016 / Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Pameran Snoopy Yang Terbesar Pernah Diadakan Bertajuk "Hello again, Snoopy" –

Muzium Snoopy Tokyo di Roppongi, Minato-ku, Tokyo, yang dibuka pada 23 April 2016, memulakan pameran kedua mereka, "Hello again, Snoopy," pada hari Sabtu, 8 Oktober.
 

Tuesday, October 11, 2016

PERUSAHAAN GUANGDONG MENCARI PEMBANGUNAN LESTARI KETIKA MEREKA "BERGERAK KE PERINGKAT GLOBAL"

Bandar Raya NEW YORK, N.Y., 10 Okt (Bernama-AsiaNet) -- 

Acara pelancaran baru-baru ini mengenai Laporan berhubung Pembangunan Mapan bagi Perusahaan China di Seberang Laut 2015 dimulakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, yang dihoskan oleh Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu, Pusat Penyelidikan dalam Penyeliaan Aset dan Suruhanjaya Pentadbiran yang dimiliki Negeri bagi Majlis Negeri (SASAC) dan Akademi China bagi Perdagangan Antarabangsa dan Kerjasama Ekonomi (CAITEC). Shen Haixiong, Ketua bagi Jabatan Publisiti Wilayah Guangdong dan Pengerusi Persatuan Budaya Antarabangsa Guangdong, turut serta dan menyampaikan ucap utamanya.

 Shen menyatakan bahawa laporan itu adalah selaras dengan visi pembangunan yang "China harapan untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi membina sebuah ekonomi dunia yang inovatif, terbuka, saling berkaitan dan inklusif, untuk mencapai pertumbuhan yang mantap, mapan, seimbang dan inklusif". Beliau berkata, perusahaan-perusahaan Guangdong berada dalam tempoh peluang-peluang strategik ketika bergerak di peringkat global. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan besar perusahaan Guangdong telah berjaya mengambil bahagian di dalam pelaburan antarabangsa, yang telah mencapai keputusan yang menguntungkan kesemua pihak dengan negara-negara yang menjadi tuan rumah dan memperolehi reputasi yang baik.