Sunday, September 30, 2018

IWBI UMUM PESERTA PORTFOLIO WELL YANG PERTAMA

Laluan Baharu Membantu Memperkemas dan Menskalakan Peningkatan Kesihatan dan Kesejahteraan merentasi Portfolio

NEW YORK, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The International WELL Building Institute™ (IWBI™) hari ini mengumumkan peserta pertama di dalam Portfolio WELL™, sebuah laluan baharu yang diperkemaskan untuk Persijilan WELL™ bagi pelbagai bangunan baharu atau yang sedia ada dan ruang penyewa di dalam satu portfolio tunggal. Dikeluarkan sebagai sebahagian daripada perintis WELL v2™, lelaran terkini bagi Standard Bangunan WELL™ (WELL™), ia merupakan sebahagian daripada satu suite penambahan kepada WELL yang menangani permintaan yang semakin meningkat merentasi industri bangunan bagi satu program yang membantu pemilik, pemaju dan penyewa menyelaras dan menskalakan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan kepada aset hartanah mereka.

Pengumuman itu dengan pantas diikuti dengan pelancaran WELL v2, lelaran kedua bagi  Standard Bangunan WELL yang menjadi perintis bagi IWBI. Penambahan bagi satu proses kajian semula fasa awal yang membolehkan projek-projek untuk mencari penentuan WELL D&O™, yang diperkenalkan di dalam WELL v2, membolehkan portfolio projek-projek bergerak melalui proses pensijilan dalam satu cara yang lebih kemas kini dan bersistematik merentasi pangkalan aset mereka, dengan satu tumpuan khusus terhadap garis panduan dasar, program dan perolehan. Laluan Portfolio WELL akan menggalakkan pemilik untuk menganggap WELL sebagai satu perjalanan dan bukannya satu destinasi, dan untuk meningkatkan penambahbaikan merentasi portfolio mereka sepanjang masa, menjejaki kemajuan mereka di sepanjang jalan.

Penyewa, pemaju dan pelabur dari Eropah, Amerika Utara, Australia dan Asia kesemuanya telah menyatakan minat untuk mengikuti Laluan Portfolio WELL itu. Banyak yang telah menggunakan WELL untuk bangunan tertentu dan kini berusaha untuk membawa nilai yang sama dan prestasi yang berasaskan bukti kepada portfolio mereka - membuktikan komitmen mereka untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat secara berskala.

Berikutan perbincangan meja bulat yang diterajui oleh pakar dan pembabitan pihak berkepentingan, organisasi dari seluruh dunia telah memberikan komitmen untuk menguji sampel portfolio bagi bangunan yang layak. Penyertaan mereka secara amali di dalam pembangunan laluan ini melalui proses perintis memastikan sebuah program yang akan memberi faedah segera dan boleh diukur kepada kedua-dua pihak pengamal awal dan mereka yang muncul selepas itu.

Organisasi ini termasuk, antara lain:

Barclays
Brandywine Realty Trust
CBRE Global Investors dan CBRE
Charter Hall
Forest City Realty Trust
Gro
Investa
JLL Asia Pacific
The Lendlease managed Australian Prime Property Fund (APPF) Commercial
Miron Construction Co., Inc.
Prologis, Inc.
Shaw Industries
SL Green Realty Corp

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11443

SELANG PENYENGGARAAN DILULUSKAN UNTUK SIRI CRJ BOMBARDIER

MONTREAL, 26 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier hari ini mengumumkan bahawa Agensi Penerbangan Persekutuan (FAA) telah meluluskan peningkatan selang penyenggaraan untuk pesawat CRJ700, CRJ900 dan CRJ1000. Selang penyenggaraan baris (pemeriksaan A) dilanjutkan ke 800 jam penerbangan, manakala selang penyenggaraan intensif (pemeriksaan C) pada 8,000 jam penerbangan.

“Dengan selang penyenggaraan terpanjang dalam pasaran jet serantau, rangkaian pesawat CRJ yang boleh dipercayai dan mempunyai keupayaan pengendalian yang cemerlang terus memberikan lebih nilai kepada pengendali,” kata Charles Comtois, Ketua Program Siri CRJ, Pesawat Komersial Bombardier. “Kami berbangga kerana pengendali Siri CRJ kini mendapat manfaat daripada 14 peratus kurang hari penyenggaraan, bermakna terdapat lebih hari penerbangan yang mampu mendatangkan hasil.”

Selang penyenggaraan telah berganda sejak pelancaran rangkaian pesawat CRJ. Selang penyenggaraan baharu itu terpakai untuk pengeluaran baharu serta pesawat CRJ700, CRJ900, dan CRJ1000 yang sedang digunakan.

Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11445

Friday, September 28, 2018

PENYELIDIK, BEKAS PESAKIT, PENYOKONG DAN PAKAR PERUBATAN BERSIDANG UNTUK MEMBINCANGKAN INOVASI DALAM PENYELIDIKAN, RAWATAN DAN SOKONGAN KANSER PARU-PARU DI PERSIDANGAN KANSER PARU-PARU DENGAN PENGUNJUNG PALING RAMAI DI DUNIA

TORONTO, 26 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesakit, bekas pesakit dan penyokong menyertai penyelidik dan pakar perubatan untuk membincangkan masa hadapan kanser paru-paru di Persidangan Dunia Ke-19 bagi Kanser Paru-paru (WCLC) oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) di Toronto, Kanada. Taklimat akhbar pertama persidangan itu menunjukkan bilangan pengunjung berdaftar yang telah memecahkan rekod (melebihi 7,300 orang), komuniti pesakit dan penjaga berusaha untuk mempercepat penyelidikan, menilai data tinjauan tentang keperluan emosi bekas pesakit kanser paru-paru dan menggariskan impak pemprofilan genom komprehensif terhadap penjagaan pesakit.

Sidang akhbar tersebut dibuka dengan mesej alu-aluan daripada presiden bersama persidangan, Natasha B. Leighl, M.D., BSc, MSc; Andrea Bezjak, M.D., FRCPC, MSc; dan Gail Darling M.D., FRCSC, yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan persidangan tahun ini.

Komuniti penjaga dan pesakit berdasarkan onkogen mencipta paradigma baharu untuk penyelidikan kanser paru-paru bukan sel kecil
Tinjauan terkini terhadap komuniti penjaga dan pesakit yang berfokus pada kanser paru-paru sel bukan kecil (NSCLC) dengan perubahan genom menunjukkan bahawa kumpulan ini menunjukkan hasil yang lebih baik dengan menyokong pesakit dan penjaga, meningkatkan kesedaran dan pendidikan, serta mempercepat penyelidikan.   

Penyokong pesakit, Janet Freeman-Daily, pengasas bersama untuk komuniti The ROS1ders, Robert C. Doebele, M.D., Ph.D., dari Bahagian Onkologi Perubatan di University of Colorado dan Christine M. Lovly, M.D., Ph.D., dari Vanderbilt University School of Medicine, bekerjasama untuk mengenal pasti impak kumpulan pesakit berdasarkan onkogen.

SIDANG MEDIA HARI RABU UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: MENGAPLIKASIKAN PENEMUAN DAN TEMA PERSIDANGAN

TORONTO, 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sidang media terakhir untuk Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) ke-19 oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) telah diketuai oleh presiden bersama Natasha B. Leighl, M.D., BSc, MSc, dan Gail Darling M.D., FRCSC, yang telah menyemak hasil inovatif dalam kajian dan rawatan kanser paru-paru yang dibentangkan sepanjang persidangan. “Masa depan yang kami lihat di persidangan kelihatan cerah,” kata Dr. Darling.

Paul A. Bunn Jr., M.D.,Bahagian Onkologi Perubatan di University of Colorado telah memberikan pandangan doktor berpengalaman tentang impak abstrak yang dibentangkan tahun ini. Dengan menekankan yang kanser paru-paru adalah punca utama kematian di dunia dalam kalangan lelaki dan wanita, Dr. Bunn berkata mengelakkan dan mengesan kanser pada peringkat awal adalah langkah terbaik. Dalam komentar tentang impak peningkatan dalam kematian kanser paru-paru yang “memberangsangkan” dalam ujian NELSON terhadap pemeriksaan CT rawak, Dr. Bunn menyatakan, “Wanita di seluruh dunia yang berisiko menghidap kanser paru-paru harus menjalani pemeriksaan CT setiap tahun lebih daripada kolonoskopi atau mamografi.”

Jill Feldman, bekas pesakit dan aktivis kanser paru-paru kehilangan ibu bapa, ibu saudara dan datuk kerana kanser paru-paru. Beliau berkongsi dorongan untuk menyokong peningkatan untuk kajian dan rawatan penyakit berbahaya ini. “Apabila saya lihat abstrak-abstrak ini, saya tahu para doktor menyukainya, malah bagi pesakit ia bakal mengubah hidup mereka,” kata Feldman. “Kita mesti meneruskan usaha supaya orang lain berpeluang melihat anak mereka membesar.”

Anna Farago, M.D., Ph.D., pakar onkologi perubatan di Mass General Hospital memberikan perspektif pengamal perubatan tentang abstrak tersebut. Semasa membincangkan impak ujian PACIFIC, Dr. Farago menyatakan “Berdasarkan data penyembuhan keseluruhan yang kita lihat sebelum ujian ini dibentangkan di WCLC, saya fikir durvalumab kini telah menjadi standard penjagaan untuk sel kanser paru-paru bukan kecil Tahap III yang tidak boleh dibuang sepenuhnya melalui pembedahan selepas kemoterapi dan radiasi.”

Tentang ujian IMpower133, Dr. Farago menyimpulkan, “Standard penjagaan/terapi utama untuk sel kanser paru-paru bukan kecil tidak berubah selama 30 tahun. Ini ujian pertama yang akan menunjukkan manfaat penyembuhan yang signifikan secara klinikal.

Kajian untuk menganalisis penggunaan radioterapi toraks untuk SCLC tahap terhad

Kajian terbaru yang diketuai oleh Xiao Hu, M.D., Ph.D., Bahagian Radioterapi Toraks, Zhejiang Cancer Hospital, menunjukkan bahawa penggunaan radioterapi lapangan terlibat (IFRT) dan mendedahkan kanser paru-paru sel kecil (SCLC) tahap terhad kepada sinaran tidak menyebabkan peningkatan dalam perulangan kanser.

Walaupun gabungan kemoterapi dan radioterapi toraks (TRT) adalah penjagaan standard untuk kebanyakan pesakit SCLC, TRT yang mensasarkan banyak SCLC tahap terhad telah menerima banyak kontroversi. Sehingga kini, hanya ini kajian rawak prospektif tentang isu tersebut yang menilai TRT terhadap SCLC tahap terhad.

“Disebabkan SCLC mempunyai kemalignanan tinggi dan mudah metastasis, kemoterapi kekal menjadi asas rawatan komprehensif,” kata Dr. Hu. “Untuk pesakit yang mempunyai masalah dengan kemoterapi intravena dos penuh, ia boleh diberikan dengan selamat melalui pengurangan dos atau menggunakan kemoterapi agen tunggal atau kemoterapi oral bersama radioterapi.”

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Dr. Leighl menutup taklimat dengan pratonton penutupan hari ini, “Matlamat persidangan ini adalah untuk membantu kami mengambil hasil kajian, membawanya pulang dan mengambil tindakan berdasarkannya.”

Strim secara langsung untuk persidangan media setiap hari tersedia di sini.

Perihal WCLC

Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khusus tentang kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain, mengumpulkan lebih daripada 7,000 orang penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 negara. Persidangan ini akan mengupas pelbagai disiplin dan mendedahkan hasil penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://wclc2018.iaslc.org/. Ikuti persidangan di media sosial dengan: #WCLC2018.

Perihal IASLC

Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang mengkhusus hanya untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. Diasaskan pada tahun 1974, ahli persatuan ini termasuk lebih daripada 7,500 orang pakar kanser paru-paru yang meliputi semua disiplin di lebih daripada 100 negara dan membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk melawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology, iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawatiwww.iaslc.org untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mengikuti IASLC di TwitterFacebookLinkedIn dan Instagram

Hubungan:
Lisa Rivero
Naib Presiden
lrivero@jpa.com | +1 617-657-1305

Becky Bunn, MSc
Pengurus Hubungan Awam
Becky.Bunn@IASLC.org | +1 720-254-9509

SUMBER : IASLC

INVIVOSCRIBE® MENERIMA KELULUSAN DI JEPUN BAGI ASAI MUTASI FLT3 LEUKOSTRAT® CDX UNTUK PESAKIT LEUKEMIA MIELOID AKUT (AML) YANG SAH UNTUK RAWATAN DENGAN XOSPATA® (FUMARAT GILTERITINIB)

SAN DIEGO, 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Invivoscribe® Inc., syarikat penyedia penanda bio dan penyelesaian ujian pengklonan global bagi bidang onkologi dan ubat molekular diperibadikan® hari ini mengumumkan kelulusan Agensi Farmaseutikal dan Peranti Perubatan (PMDA) bagi diagnostik pendamping Asai Mutasi FLT3 LeukoStrat CDx.

Sebagai syarikat pertama yang menerima kelulusan FDA dan PMDA bagi diagnostik bersekutu leukemia mieloid akut (AML), Invivoscribe meneruskan misi kami untuk penstandardan global untuk ujian diagnostik dan melebarkan rangkaian makmal global kami.

Asai Mutasi FLT3 LeukoStrat CDx ialah ujian diagnostik in vitro berdasarkan PCR yang direka untuk mengesan duplikasi tandem dalaman (ITD) dan mutasi D835 dan I836 domain kinase triosina (TKD) dalam gen FLT3. Ujian standard global termasuk perisian yang mentafsir data, menjana nisbah isyarat mutan/wildtype bagi mutasi ITD dan TKD, serta meramalkan tindak balas kepada fumarat gilteritinib.

Invivoscribe membangunkan diagnostik bersekutu ini sebagai bantuan dalam mengenal pasti pesakit AML FLT3 mut+ yang sah untuk rawatan dengan fumarat gilteritinib (Xospata®). Varian somatik FLT3 adalah antara pemacu mutasi paling biasa dengan kesan paling kuat pada kemandirian keseluruhan dalam leukemia mieloid akut1. Diagnostik pendamping menyaring subjek untuk pendaftaran pengesahan kepada kajian ADMIRAL Fasa 3 menilai fumarat gilteritinib untuk rawatan pesakit dewasa AML positif-mutasi FLT3 (FLT3 mut+) berbalik atau tegar.

Asai Mutasi FLT3 LeukoStrat CDx tersedia sebagai penawaran perkhidmatan komersial daripada LabPMM GK di Jepun untuk mengenalpasti pesakit AML FLT3 mut+ untuk kebarangkalian rawatan Xospata.  Kit Asai Mutasi FLT3 LeukoStrat CDx boleh edar dijangka akan memulakan penghantaran daripada LabPMM GK, Pemegang Keizinan Pemasaran (MAH) di Jepun, lewat tahun 2018.

“Invivoscribe telah lama komited kepada penstandardan ujian diagnostik molekular antarabangsa. Penstandardan ujian adalah bahagian penting dalam perubatan kejituan kerana ia membantu memperhalusi rawatan dan mempercepatkan kelulusan ubat. Kelulusan Asai Mutasi FLT3 LeukoStrat CDx di Jepun mengikuti kelulusan ujian yang sama oleh FDA di A.S. tahun lepas. Tanda aras ini mewakili langkah penting ke arah pengesanan standard satu daripada pemacu mutasi penting dalam AML”, ujar Jeffrey Miller, CSO & CEO Invivoscribe.

Invivoscribe ialah syarikat bioteknologi yang beroperasi secara swasta dan berdedikasi dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menyediakan reagen, ujian dan alat bioinformatik yang berkualiti tinggi dan distandardkan untuk memajukan bidang perubatan kejituan. Invivoscribe mempunyai rekod pencapaian kerjasama yang berjaya dengan syarikat-syarikat farmaseutikal global yang berminat dalam membangunkan dan mengkomersialkan diagnostik pendamping. LabPMM GK merupakan anak syarikat yang diiktiraf Invivoscribe.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi LabPMM GK di support@labpmm.com atau lawati www.invivoscribe.com/clinical-services.

1) Papaemmanuil E, Gerstung M, Bullinger L, et al. N Engl J Med 2016; 374(23):2209-2221

SUMBER : Invivoscribe, Inc.

SHANDONG BAHARU DALAM ERA BAHARU MENYAMBUT KEPULANGAN BAKAT-BAKAT PENDIDIKAN LUAR NEGARA

JI'NAN, China, 27 Sept., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada musim luruh keemasan ini, musim bagi menuai, Shandong baharu dalam Era baharu dengan tangan terbuka mengalu-alukan kepulangan pelajar-pelajar China yang berpendidikan di luar negara untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dan membayar balik kepada tanah air mereka. Pada 20 September, Gong Zheng, Gabenor bagi Wilayah Shandong telah menghantar satu jemputan ikhlas kepada bakat-bakat China yang menuntut di luar negara.

Gong Zheng
Gabenor Shandong
20 September, 2018
 
Rakan-rakan yang dihormati yang belajar di luar negara,
 
Ketika kita meraikan Perayaan Pertengahan Musim Luruh dan Hari Kebangsaan, saya ingin memanjangkan, bagi pihak Kerajaan Wilayah Shandong, salam penuh ikhlas dan ucapan selamat kepada anda.
 
Shandong adalah sebuah wilayah pesisir di timur China. Ia memiliki sebuah lokasi geografi yang strategik ketika China membuka ruangnya dari selatan ke utara, dan berkembang dari timur ke barat dalam cara kecerunan. Shandong adalah sebuah wilayah yang besar dari segi populasi, budaya dan ekonomi. Jumlah penduduk yang mendiami dan penduduk yang berdaftar di Shandong kedua-duanya melebihi 100 juta orang. Terdapat 145 buah universiti dan kolej dengan 2.5 juta pelajar kampus di wilayah itu. Shandong juga mempunyai hampir separuh daripada penyelidik marin peringkat tinggi di negara itu. Sebagai satu daripada tempat bermulanya tamadun China, Shandong dikenali sebagai "bumi bagi Qi dan Lu" dan kampung halaman bagi Confucius dan Mencius. Ia mengagumkan dunia dengan sebuah gunung, sebuah sungai dan seorang pendeta, yang masing-masing merujuk kepada Gunung Tai, Sungai Kuning dan Confucius. Shandong menyumbang hampir 1/10 daripada KDNK, 1/8 daripada pengeluaran perindustrian dan 1/4 daripada eksport pertanian China. Pada tahun 2017, KDNK bagi Shandong mencapai 7.27 trilion yuan; hasil bajet am melebihi 600 bilion yuan; perdagangan asing adalah hampir 1 trilion yuan; jumlah bagi entiti pasaran melebihi 8 juta. Ekonomi bagi wilayah itu bergerak daripada kelebihan saiz dan skala ke arah daya saing dalam kualiti dan prestasi.
 
Shandong dalam era baharu sedang bermula pada satu titik pelepasan baharu dalam mengejar pembangunan yang berkualiti tinggi. Setiausaha Agung Xi Jinping telah meletakkan harapan yang tinggi mengenai Shandong. Beliau berkata Shandong harus "menjadi sebuah pendahulu dalam usaha untuk membina sebuah masyarakat yang agak makmur dan dalam perjalanan baharu ke arah merealisasikan pemodenan sosialisme, agar dapat membuka dimensi baharu di dalam membina sebuah wilayah yang mantap dan moden dalam era baharu itu. "Shandong dijangka menetapkan satu contoh bagi pemulihan luar bandar, dengan memberi keutamaan yang lebih tinggi kepada industri marin, dan berfungsi sebagai sebuah kuasa untuk keterbukaan. Bertindak atas arahan penting daripada Setiausaha Agung Xi, kami sedang melaksanakan program utama untuk memupuk pemacu baru bagi pertumbuhan dan membina sebuah sistem ekonomi yang moden dengan tumpuan pada pembangunan yang berkualiti tinggi dan pembaharuan struktur dari segi pembekalan. Tugas utama kami adalah untuk menjadikan industri tradisional lebih pintar, memajukan industri yang berintensifkan kecerdasan dan menggalakkan penyatuan merentas sektor dan penjenamaan mewah dengan cara teknologi baharu, industri baharu, bentuk perniagaan yang baharu dan model baharu, dan memupuk kluster perindustrian termaju "5+5" yang moden. Bagi lima industri yang mempunyai potensi yang besar dan kelebihan tersendiri, iaitu industri kimia atasan, pertanian moden, budaya dan kreativiti yang cekap, pelancongan yang berkualiti dan perkhidmatan kewangan moden, akan diubah dan dinaik taraf melalui bantuan data besar, pengkomputeran awan, Internet untuk Segala-galanya, kecerdasan buatan, pembuatan pintar dan aplikasi pintar. Dengan pusingan baru bagi revolusi teknologi perindustrian, lima industri baru muncul, iaitu generasi baru bagi teknologi maklumat, peralatan atasan, tenaga baharu dan bahan baharu, ekonomi marin moden dan penjagaan perubatan dan penjagaan lanjut usia akan diperluaskan secara berskala dan dari segi perkadaran dalam ekonomi. Dipacukan oleh momentum daripada program utama untuk merangsangkan pemacu pertumbuhan baharu, ekonomi Shandong sedang berkembang ke arah tahap yang lebih tinggi yang dicirikan oleh prestasi ekonomi yang lebih baik dengan pembahagian tenaga pekerja yang lebih canggih dan sebuah struktur yang lebih munasabah. Ini telah mendatangkan peluang-peluang yang berharga dan ruang yang mencukupi bagi pelajar-pelajar dan bakat luar negara untuk terlibat di dalam inovasi dan memulakan perniagaan mereka sendiri dan meraih kejayaan yang sejauh mungkin dengan keupayaan dan bakat anda.
 
Bakat memegang kunci kepada kejayaan. Shandong tegas dalam pemikiran bahawa pembangunan adalah keutamaan yang paling unggul, bakat adalah sumber yang paling penting dan inovasi adalah penggerak utama. Kita bekerja tanpa henti untuk memperbaiki dasar-dasar bagi pengambilan, latihan dan penggunaan bakat, dan meningkatkan mekanisme dan institusi yang relevan agar Shandong dapat menjadi sebuah tempat yang subur untuk bakat-bakat. Pameran Pertukaran Bakat Atasan Domestik dan Luar Negara Shandong China telah diadakan selama 9 musim berturut-turut. Sebagai sebuah platform yang menghubungkan Shandong dengan kalangan profesional yang berkaliber tinggi dari dalam dan luar negara dan projek-projek, ia menawarkan satu peluang penting bagi bakat-bakat di seluruh dunia untuk mengenali Shandong, datang ke Shandong dan mengambil bahagian di dalam pembangunan Shandong. Untuk menarik lebih ramai cendekiawan yang berpendidikan luar negara ke Shandong, pameran ke-10 itu dijadualkan pada 29 hingga 31 Oktober di Weihai, Shandong. Dengan bertemakan "Mengumpulkan bakat global, menggalakkan pembangunan berkualiti", pameran itu dijangka menjadi lebih pelbagai, khusus dan acara antarabangsa yang disasarkan dengan baik yang merangkumi faktor termasuk bakat, idea, projek, teknologi dan modal kewangan.
 
Pada masa ini, kami sedang melaksanakan pembaharuan untuk menyediakan perkhidmatan sehenti kepada orang awam. Kami sedang berusaha keras untuk memastikan persekitaran perniagaan kelas pertama yang memudahkan prosedur bagi kelulusan pentadbiran, menyediakan  perkhidmatan berkualiti yang sangat efisien, dan memberikan rasa keuntungan kepada rakyat. Kami berikrar untuk melakukan yang terbaik bagi menyediakan bakat-bakat dengan perkhidmatan yang mempunyai ciri tersendiri. Kami menanti dengan penuh minat bakat-bakat dari seluruh pelusuk dunia untuk datang ke Shandong, sebuah tempat di mana anda boleh mencapai potensi sebenar anda dan membuat pencapaian yang luar biasa. Marilah kita bekerjasama untuk mewujudkan suatu masa depan yang lebih cerah.
 
Saya berharap rakan-rakan kita yang belajar di luar negara akan terus maju dan berjaya.
 
Yang Ikhlas,
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjuran bagi Pameran Pertukaran Bakat Atasan Domestik dan Luar Negara Shandong China ke-10

--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11463

MFPC raih anugerah pengurusan kekayaan Islam di Sarajevo

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) memenangi Anugerah Pengurusan Kekayaan Islam Terbaik kategori kelayakan di Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2018, yang diadakan di Sarajevo, Bosnia baru-baru ini.

Majlis anugerah yang masuk tahun kelapan itu dirasmikan oleh Presiden Bosnia, Bakir Izetbegovic.

Presiden MFPC, Michael Kok Fook On berkata adalah satu penghormatan besar untuk menerima anugerah tersebut bagi pihak bagi para Perancang Kewangan Shariah Berdaftar.

"MFPC komited dalam memastikan kualiti terbaik program kami dikekalkan. Setakat ini, majlis itu telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi antarabangsa yang bereputasi untuk menyediakan pendidikan perancangan kewangan terbaik, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), SDG Empat dan SDG 17. 

"Kami berharap anugerah ini dapat menggalakkan promosi konsep perancangan kewangan shariah kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

MFPC telah membangunkan konsep Perancang Kewangan Shariah Berdaftar sebagai program praktikal untuk pengamal industri melengkapkan diri dengan pengetahuan takaful dan perancangan kewangan Islam sejajar dengan agenda nasional untuk mempromosikan kemajuannya.

Ia juga seiring dengan sasaran menjadikan Malaysia pusat kewangan Islam bagi transaksi dan urus niaga patuh shariah.

-- BERNAMA

Thursday, September 27, 2018

PERSIDANGAN DUNIA TENTANG PERSIDANGAN AKHBAR KANSER PARU-PARU HARI SELASA: MENINGKATKAN KADAR PENYEMBUHAN UNTUK KANSER PARU-PARU TAHAP III

TORONTO, 27 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persidangan akhbar hari ini di Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) Ke-19 Dunia tentang Kanser Paru-Paru (WCLC) memaparkan beberapa penyelidikan yang paling inovatif dalam kanser paru-paru sel kecil dan bukan sel kecil. Frances Shepherd, M.D., FRCPC, pengerusi kehormat WCLC, ahli onkologi perubatan di Princess Margaret Cancer Centre dan bekas presiden IASLC (2005-2007), membuka dengan pentingnya perubahan data amalan dikongsi pada pagi ini di Simposium Presiden 2018. Dr. Shepherd meneruskan dengan latar belakang mengenai kegagalan operasi semasa dan kadar penyembuhan rendah kanser paru-paru Tahap III, yang terdiri daripada 1/3 daripada semua kanser paru-paru. Data mengejutkan yang dibentangkan semasa simposium hari ini menunjukkan kemajuan dalam rawatan penyakit yang tidak dilihat selama bertahun-tahun.
 
Kajian PACIFIC menunjukkan durvalumab meningkatkan kelangsungan hidup secara keseluruhan kepada pesakit dengan kanser paru-paru sel kecil yang tidak boleh dirasakan tanpa kemajuan selepas kemoradioterapi
Penemuan baru-baru ini dari percubaan PACIFIC mendapati bahawa durvalumab menunjukkan peningkatan secara klinikal dan signifikan dalam survival keseluruhan (OS) berbanding plasebo untuk pesakit dengan Tahap III, sel kanser paru-paru bukan sel kecil yang tidak dilihat (NSCLC) yang tidak berkembang selepas kemoradioterapi (CRT).

Menurut Scott J. Antonia, MD, Ph.D., ketua Jabatan Onkologi Toraks di Pusat Kanser H. Lee Moffitt dan Institut Penyelidikan di Tampa dan Profesor Sains Onkologi di University of South Florida College of Medicine, keputusan ini adalah penting kerana PACIFIC adalah percubaan pertama untuk menunjukkan kelebihan kelangsungan hidup berikutan CRT dalam populasi pesakit ini.

"Keputusan PACIFIC membekalkan bukti kukuh bagi manfaat durvalumab yang tidak pernah berlaku sebelum ini sebagai standard penjagaan dalam populasi pesakit ini," kata Dr Antonia. "Durvalumab menawarkan kemajuan besar pertama dalam tetapan penyakit ini dalam beberapa tahun, memberikan harapan baru kepada pesakit dengan Tahap III, NSCLC yang tidak dapat diselesaikan tanpa perkembangan selepas CRT."

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Analisis interim ALTA-1L menunjukkan potensi untuk brigatinib sebagai pilihan rawatan baris pertama bagi sel kanser paru-paru bukan sel kecil positif ALK
Analisis interim kajian ALTA-1L memberikan data komparatif pertama mengenai keberkesanan dan keselamatan brigatinib lawan crizotinib, standard pengawal penjagaan baris pertama, untuk pesakit dengan anaplastik limfoma kinase (ALK) perencat naif ALK+ kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC).

Penyelidik utama Ross Camidge, MD, Ph.D., Pengerusi Joyce Zeff dalam Penyelidikan Kanser Paru-Paru di University of Colorado Cancer Center, dan pasukan mendapati rawatan pasca satu tahun, 67 peratus pesakit yang dirawat dengan brigatinib kekal tanpa perkembangan berbanding dengan 43 peratus daripada mereka yang dirawat dengan crizotinib, dan risiko kemajuan atau kematian dikurangkan sebanyak 51 peratus dengan brigatinib berbanding dengan crizotinib.

"Data interim menunjukkan brigatinib dijangka menjadi pilihan rawatan baris pertama untuk kanser paru-paru ALK+," kata Dr. Camidge. "Walaupun hanya sembilan hingga 11 bulan susulan, keberkesanan brigatinib jelas lebih baik berbanding crizotinib."

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Kajian NELSON menunjukkan penyaringan CT untuk pengurusan volume nodul mengurangkan tahap kematian kerana kanser paru-paru dengan lebih dari lima puluh peratus
Penemuan baru-baru ini dari percubaan saringan kanser paru-paru yang terbesar di Eropah, kajian NELSON, menunjukkan bahawa penggunaan pemeriksaan tomografi (CT) dengan protokol pengurusan nodul yang unik menyebabkan pengurangan 26 peratus kematian di kalangan pesakit kanser paru-paru untuk kajian susulan selama lapan tahun.

Harry J. De Koning, MD, Ph.D., profesor Kesihatan Awam & Penilaian Penyaringan, Erasmus Medical Center, Rotterdam, Belanda dan pasukan memulakan kajian untuk menilai kesan penyaringan CT, dalam kombinasi dengan peningkatan selang penyaringan, pada kematian dalam kalangan pesakit kanser paru-paru.

"Penemuan ini menunjukkan bahawa penyaringan CT adalah cara yang berkesan untuk menilai dan mengurus jumlah nodul dalam pesakit kanser paru-paru, yang sering membawa kepada pengesanan nodul yang mencurigakan dan campur tangan pembedahan yang seterusnya, dan ia boleh memberi kesan positif kepada kadar survival," kata Dr De Koning. "Keputusan ini boleh digunakan untuk memaklumkan dan mengarahkan pemeriksaan kesihatan yang berterusan dan campur tangan untuk pesakit kanser paru-paru."

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Atezolizumab meningkatkan keputusan untuk kanser paru-paru sel kecil apabila ditambah kepada rawatan penjagaan standard
Kajian IMpower133 berjaya menemui titik akhir utama bersama-sama, menunjukkan bahawa dengan menambah 1L atezolizumab kepada karboplatin standard dan etoposide memanjangkan kelangsungan hidup secara keseluruhan (OS) dan survival bebas kemajuan (PFS) kepada pesakit dengan kanser paru-paru sel kecil (ES-SCLC) , berbanding dengan karboplatin dan rawatan etoposide sahaja.

Menurut penyampai Stephen V. Liu, M.D., profesor madya perubatan di Georgetown University dan ahli jawatankuasa pemandu percubaan, penemuan ini berpotensi mengubah landskap rawatan semasa untuk ES-SCLC.

"Penjagaan standard untuk kanser paru-paru sel kecil peringkat berlanjutan tidak berubah selama beberapa dekad, yang mana telah menyumbang kepada hasil yang tidak dapat diterima," kata Dr Liu. "Ini adalah kajian pertama dalam 30 tahun untuk menunjukkan peningkatan signifikan dalam survival perubatan baris pertama bagi penyakit yang membawa maut ini. Ini adalah masa yang menarik dalam bidang onkologi, dan kami teruja untuk melihat perkembangan sebenar dalam ruang SCLC."

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Kajian LUME-Meso menunjukkan nintedanib ditambah pemetrexed/cisplatin tidak meningkatkan tanpa perkembangan atau survival keseluruhan kepada pesakit dengan mesothelioma pleura malignan bagi jenis epitelioid
Penemuan daripada kajian LUME-Meso menunjukkan bahawa nintedanib perencat angiokinase tigaan yang digabungkan dengan pemetrexed/cisplatin penjagaan standard tidak memberi kesan pada survival tanpa perkembangan (PFS) dan survival keseluruhan (OS) untuk pesakit mesothelioma malignan pleura (MPM) yang tidak dapat dikesan dengan epitelioid histologi.

Apabila data Fasa II LUME-Meso menunjukkan pesakit dengan histologi epitelioid memperoleh faedah terbesar dari nintedanib ditambah dengan pemetrexed/cisplatin dari segi peningkatan PFS lawan plasebo dan trend ke arah peningkatan OS, Giorgio V. Scagliotti, MD, Ph.D., dari Jabatan Onkologi University of Turin dan S. Luigi Hospital, presiden Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC), serta pasukan meminda protokol Fasa III untuk memberi tumpuan semata-mata kepada kumpulan kecil ini.

"Malangnya, keputusan Tahap III LUME-Meso tidak mengesahkan bahawa nintedanib dalam campuran pemetrexed/cisplatin memanjangkan kehidupan pesakit," kata Dr Scagliotti. "Walau bagaimanapun, perbicaraan itu menegaskan semula keperluan untuk kajian pengesahan kukuh, bersaiz cukup, untuk mencabar standard penjagaan dalam mesotelioma malignan lanjutan."

Baca siaran akhbar penuh di sini.

Siaran langsung bagi persidangan akhbar harian boleh didapati di sini.

Perihal WCLC

Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khas tentang kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain. WCLC mengumpulkan seramai 7,000 orang penyelidik, doktor dan pakar daripada lebih dari 100 negara. Persidangan akan meliputi pelbagai disiplin yang meluas dan mendedahkan hasil kajian penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://wclc2018.iaslc.org/. Ikut persidangan di media sosial dengan: #WCLC2018.

Perihal IASLC:

Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang khusus untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. IASLC diasaskan pada tahun 1974 dan keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 7,500 orang pakar kanser paru-paru bagi seluruh disiplin, lebih dari 100 negara, membentuk perangkaian global yang bekerjasama untuk menawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mengikuti IASLC di TwitterFacebookLinkedIn dan Instagram.
 
Maklumat Hubungan:
Lisa Rivero
Naib Presiden   
lrivero@jpa.com | +1 617-657-1305
 
Becky Bunn, MSc
Pengurus Perhubungan Awam
Becky.Bunn@IASLC.org  | +1 720-254-9509

SUMBER: IASLC
 
--BERNAMA

SLICE LABS MENGUMPUL $20 JUTA DALAM SIRI A YANG DILANJUTKAN UNTUK MENGGLOBALISASIKAN PLATFORM AWAN INSURANS ATAS PERMINTAAN MEREKA

Pembiayaan tambahan yang diketuai oleh The Co-operators membawa jumlah siri A Slice kepada $31.6 juta


NEW YORK, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Slice Labs, sebuah pembekal platform awan insurans atas permintaan yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan dana tambahan sebanyak $20 juta dalam pembiayaan Siri A, yang diketuai oleh The Co-operators dengan penyertaan daripada XL Innovate, Horizons, Munich Re/HSB Ventures, SOMPO, Veronorte, cabang pelaburan bagi Grupo Sura, dan JetBlue Technology Ventures. Pusingan lanjutan ini yang agak besar akan digunakan untuk melaksanakan permintaan global yang lebih tinggi daripada yang dirancang bagi Perkhidmatan Awan Insurans Slice (ICS).

Slice dilancarkan pada tahun 2016 dengan satu misi untuk menukar, memperbaiki dan mereka bentuk semula insurans. Perkhidmatan Awan Insurans (ICS) syarikat itu sedang mengubah syarikat insurans tradisional menjadi pembawa yang dipacu secara digital dengan menyediakan mereka dengan sebuah platform yang membolehkan mereka untuk membentuk idea, eksperimen, ujian dan menggunakan produk insurans atas permintaan yang baharu, dengan pantas. Syarikat-syarikat insurans global yang terkemuka telah melancarkan produk insurans atas permintaan dengan menggunakan ICS, dan Slice akan menggunakan pembiayaan baharu ini untuk terus memperluaskan penawaran mereka pada skala global.

"Platform ICS itu sedang berkembang dengan pesat ketika syarikat-syarikat insurans semakin menyedari tentang keperluan untuk melibatkan sebuah platform yang berasaskan awan dan kelebihan berdaya saing yang dapat ditawarkan oleh insurans atas permintaan yang digital sepenuhnya," kata Tim Attia, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Slice. "Aras yang luar biasa ini bagi pelabur baharu dan pelabur berulang akan menjadi aset yang luar biasa ketika kami terus meningkatkan perniagaan kami dan menjalankan eksperimen ke atas potensi insurans digital yang tidak ada tandingannya."

Platform ICS itu adalah satu perkhidmatan bernilai tinggi yang membolehkan syarikat-syarikat insurans untuk melancarkan produk insurans digital, atas permintaan yang baharu dalam tempoh beberapa minggu. Dikuasakan oleh pembelajaran mesin, analisis data lanjutan dan kepakaran sains perlakuan tahap Ph.D. di dalam sebuah model langganan dan yang termasuk harga berasaskan API, penarafan, pelesenan, proses tuntutan dan pengunderaitan automatik, ICS merupakan langkah seterusnya di dalam memajukan teknologi insurans.

"Ketika ekonomi digital berkembang, platform dan pendekatan Slice yang unik itu akan membolehkan penyelesaian insurans yang berinovatif, tangkas dan yang berasaskan kepada keperluan bagi sebuah dunia yang pantas berubah," kata Rob Wesseling, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Co-operators. "Melalui perkongsian kami dengan Slice, kami bukan hanya melabur di dalam sebuah teknologi yang membolehkan kami untuk terus menjadi peneraju bagi penyelesaian itu, tetapi kami juga melabur di dalam keupayaan jangka panjang kami untuk terus memenuhi keperluan yang berubah-ubah bagi ahli dan pelanggan kami ."

Slice pertama kali menggunakan teknologi ICS itu untuk melancarkan produk pertama mereka pada Oktober 2016 dan untuk melancarkan platform atas permintaan digital mereka ke 50 negara pada tahun lepas. Syarikat itu memperkenalkan platform ICS itu ke pasaran pada Januari 2018, dan telah menyaksikan permintaan yang ketara di seluruh dunia, yang termasuk pengumuman oleh tiga pelanggan ICS Slice yang baharu yang membangunkan pelbagai penawaran insurans atas permintaan, termasuk XL Catlin, Legal & General dan The Co-operators. Selain itu, untuk menyokong momentum mereka yang kuat, Slice baru-baru ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Pertumbuhan, Philippe Lafreniere, seorang eksekutif insurans yang sangat berpengalaman, pada Ogos yang akan memainkan peranan penting di dalam membantu syarikat insurans global untuk merealisasikan nilai model insurans digital atas permintaan terhadap pengalaman pelanggan.

Maklumat mengenai Slice Labs

Slice Labs adalah sebuah pembekal platform awan insurans atas permintaan yang terkemuka yang memberi kuasa kepada syarikat insurans untuk menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan melalui model insurans langsung atau ejen insurans tanpa perlu melabur di dalam infrastruktur untuk menyediakan produk insurans atas permintaan tersuai dan bayar sambil lalu. Platform Perkhidmatan Awan Insurans Slice (ICS) dijana oleh teknologi pembelajaran mesin dan data besar termaju bersama-sama dengan kepakaran sains perlakuan Ph.D. ICS adalah asas bagi produk insurans digital baharu yang dikeluarkan secara global oleh syarikat-syarikat insurans utama dan juga merupakan asas bagi produk insurans digital Slice sendiri yang berkhidmat kepada ekonomi baharu.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180926005145/en/

Hubungi

Slice Labs Inc. PR
Emily Kosick, 303-886-5708
pr@slice.is

Sumber : Slice Labs

TABUNG ABU DHABI BERSETUJU TOB YANG MESRA DENGAN MINDOL

TABUNG ABU DHABI BERSETUJU TOB YANG MESRA DENGAN MINDOL

CONCORD TECHNOLOGIES MEMPERKENALKAN NEXTSTEP - PLATFORM PACUAN AI, BERASASKAN AWAN YANG MEMUDAHKAN PENGAMBILAN DATA PESAKIT DAN ALIRAN KERJA DOKUMEN

CONCORD TECHNOLOGIES MEMPERKENALKAN NEXTSTEP - PLATFORM PACUAN AI, BERASASKAN AWAN YANG MEMUDAHKAN PENGAMBILAN DATA PESAKIT DAN ALIRAN KERJA DOKUMEN

PERSIDANGAN MEDIA HARI ISNIN UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: HASIL PENYELIDIKAN KLINIKAL DAN PERBEZAAN JANTINA DALAM KEMANDIRIAN KANSER PARU-PARU

PERSIDANGAN MEDIA HARI ISNIN UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: HASIL PENYELIDIKAN KLINIKAL DAN PERBEZAAN JANTINA DALAM KEMANDIRIAN KANSER PARU-PARU

TOSHIBA KELUARKAN IC PEMACU MOTOR BERUS DC DENGAN PENGESANAN PENGEHAD ARUS

TOSHIBA KELUARKAN IC PEMACU MOTOR BERUS DC DENGAN PENGESANAN PENGEHAD ARUS

Wednesday, September 26, 2018

BOMBARDIER MENGHANTAR PESAWAT Q400 DENGAN 90 TEMPAT DUDUK PERTAMA KEPADA SPICEJET

BOMBARDIER MENGHANTAR PESAWAT Q400 DENGAN 90 TEMPAT DUDUK PERTAMA KEPADA SPICEJET

QUBERCOMM TECHNOLOGIES BERGABUNG DENGAN ENERGOUS CORPORATION UNTUK MELANCARKAN PENYELESAIAN PENGESANAN ASET BAHARU

Penyelesaian pengesanan aset baharu yang dikuasakan oleh teknologi pengecasan tanpa wayar yang berasaskan RF untuk kelenturan pengecasan yang lebih baik
 

SANTA CLARA, Calif., 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Qubercomm Technologies, penyedia penyelesaian yang terkemuka bagi penyelesaian pengesanan aset di dalam aplikasi penjagaan kesihatan, hospitaliti, peruncitan dan gudang, hari ini mengumumkan ketersediaan tag pengesanan aset Locatum dengan keupayaan untuk mengecas tanpa wayar yang dibolehkan dengan WattUp®, satu teknologi pengecasan tanpa wayar berasaskan RF dari Energous Corporation (NASDAQ: WATT).
 
Locatum® melambangkan satu pendekatan yang berinovatif untuk pengesanan aset di dalam menyahkodkan mata arah yang diterima dengan kaedah penentu kedudukan Qubercomm yang sedang menunggu kelulusan paten bagi memberikan kedudukan yang tepat dengan kependaman yang hampir sifar. Portal awan Locatum itu menyediakan pengurusan peranti dan tag, dan sebuah platform analisis terperinci untuk memahami data yang sebenar. Tag Locatum memanfaatkan teknologi pengecasan RF WattUp® dari Energous Corporation, dengan itu mengurangkan overhed untuk menggantikan bateri.
 
Keupayaan pengecasan tanpa wayar berasaskan RF bagi tag Locatum menyokong ‘tinggal dan cas’ yang mudah, dengan bebas orientasi untuk mengecas sehingga 20 unit pada satu pad pengecasan tunggal, dan pada masa yang sama memantau tahap bateri bagi tag individu dan menguruskan pengedaran kuasa merentasi ke seluruh peranti.
 
"Penggunaan Internet untuk Segala-galanya adalah berasaskan pada mudahnya penggunaan penyelesaian itu. Penyelesaian Locatum pengecas tanpa wayar yang dibolehkan WattUp kami adalah sebuah pemboleh kuasa yang kuat, khususnya di dalam persekitaran seperti gudang, di mana tag itu sentiasa berada dalam peredaran yang berterusan dan harus terus dicas, di hospital, hotel dan kasino di mana butang panggilan kecemasan perlu berfungsi 24 jam sehari pada setiap masa, atau dalam persekitaran peruncitan di mana ruang berada pada tahap premium," kata Sudarsan Vasudevan, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Qubercomm. "Penyelesaian kami yang benar-benar berinovatif dibina untuk kegunaan perindustrian dan memberi jaminan bahawa tag mereka mempunyai kuasa yang mencukupi pada setiap masa."
 
"Cabaran utama bagi mana-mana teknologi penempatan adalah ketepatan, kependaman, pengurusan dan hayat bateri. Kepakaran dan IP Qubercomm membolehkan kami untuk menangani cabaran bagi ketepatan, kependaman dan pengurusan untuk menjadikan Locatum sebagai pilihan utama bagi pelanggan kami. Sekarang menjalin kerjasama dengan Energous, kami juga sedang menangani perbatasan terakhir bagi hayat bateri," kata Senthil Kumar Balasubramanian, Ketua Pegawai Teknologi bagi Qubercomm.
 
"Sebagai peneraju di dalam pengecasan tanpa wayar 2.0, kami telah membangunkan sebuah teknologi yang berskala tinggi yang boleh dipertingkatkan untuk menambahkan kuasa atau ke bawah bagi mengurangkan tapak kehadiran, bergantung kepada keperluan yang khusus bagi aplikasi pelanggan kami," kata Stephen R. Rizzone, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Energous Corporation. "Dengan bergabung bersama sebuah pemimpin industri seperti Qubercomm untuk membawa sistem pengesanan aset yang serba canggih kepada pasaran merupakan satu lagi kejayaan bagi syarikat itu ketika kami terus melancarkan teknologi WattUp kami secara global merentasi beberapa pasaran menegak yang pesat berkembang." 
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Locatum dan tag aset pengecasan tanpa wayar, sila layari locatum.io.
 
Maklumat mengenai Qubercomm Technologies
 
Qubercomm Technologies memberi tumpuan kepada menyampaikan produk dan perkhidmatan yang unggul yang membolehkan perusahaan untuk membina penyelesaian IoT yang menyelesaikan masalah dunia yang sebenar di dalam persekitaran yang dinamik, campur tangan yang tinggi merentasi industri yang berbeza. Perkhidmatan nilai tambah syarikat itu, teknologi serba canggih yang menunggu kelulusan paten dan kepakaran domain yang mendalam membantu pelanggan mewujudkan sistem penempatan tepat masa yang dikuasai IoT untuk persekitaran dalaman yang kompleks dan pelbagai kes penggunaan industri. Dengan mempunyai pejabat di Amerika Syarikat dan India dan perancangan untuk berkembang ke wilayah APAC dan MEA, syarikat itu berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan pelanggan di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat itu, sila layari Qubercomm.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180925005340/en/
 
Hubungi

Qubercomm
Deepa Sudarsan, 650-209-4747
Pengarah, Hal Ehwal Korporat
Deepa.sudarsan@qubercomm.com
 
Sumber : Qubercomm Technologies
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA