Tuesday, December 28, 2021

TDCX MENYEDIAKAN BANTUAN KEPADA PEKERJA YANG TERJEJAS OLEH TAUFAN ODETTE DI FILIPINA DAN BANJIR DI MALAYSIA

Untuk memadankan sumbangan pekerja bagi usaha bantuan kemasyarakatan di kawasan yang terjejas


SINGAPURA, 28 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekoran daripada taufan di Filipina dan banjir di Malaysia, TDCX Inc. (TDCX), sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital, telah memulakan usaha bantuan untuk membantu pekerja dan komuniti yang terjejas.

TDCX telah memulakan sebuah tabung yang akan membantu pekerja mereka membina semula rumah dan kehidupan mereka. Syarikat itu juga menyediakan kepada kakitangan mereka dengan bekalan termasuk barangan runcit, unit penapisan air dan pengecas kuasa solar untuk membantu mengatasi cabaran segera mereka.

Encik Lim Chee Gay, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan, TDCX, berkata, “Bencana alam itu telah menyebabkan banyak keluarga hilang tempat tinggal dan barang keperluan. Kesan daripada taufan dan banjir menjadi bertambah buruk memandangkan ia begitu hampir dengan musim perayaan. Rasa simpati kami ditujukan kepada semua pihak yang terjejas.

“Kami secara aktif menghubungi pekerja kami yang tinggal di kawasan terjejas. Kami sedar bahawa ramai daripada mereka telah kehilangan tempat tinggal dan keutamaan kami adalah untuk memberikan bantuan pantas dan segera ketika kami menangani impak daripada bencana itu ke atas mereka. Kami bersedia untuk memperdalamkan usaha bantuan kami untuk menyokong pekerja kami dalam detik yang sukar ini,” kata Encik Lim.

Pekerja yang tidak dapat bekerja dari rumah disebabkan oleh bekalan elektrik terputus sebaliknya boleh bekerja di pejabat. Jika perlu, pekerja boleh mengambil cuti untuk menguruskan hal ehwal peribadi mereka, seperti untuk memulihkan rumah mereka.

Mereka yang memerlukan dana tambahan untuk mengatasi masa sukar ini juga boleh bekerjasama dengan syarikat untuk mendapatkan sokongan kewangan. Mereka di Filipina boleh meminta wang pendahuluan daripada gaji mereka manakala pekerja di Malaysia boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada TDCX.

Langkah pengumpulan dana untuk meningkatkan usaha bantuan komuniti

Untuk membantu komuniti secara lebih meluas, TDCX telah menganjurkan satu usaha untuk mengumpul dana di kalangan pekerja mereka. Sumbangan itu akan dipadankan dolar untuk setiap dolar oleh TDCX.

Encik Lim berkata, “Ketika kami membantu pekerja kami yang terjejas untuk pulih semula, kami juga mengambil kira kesan buruk daripada bencana ini terhadap masyarakat. Untuk meneruskan usaha kami, kami sedang mengerahkan 14,000 tenaga kerja kami di seluruh dunia untuk memberi dengan murah hati bagi membantu semua yang terjejas bangkit semula secepat mungkin”.

Maklumat mengenai TDCX Inc.

TDCX adalah sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat teknologi berinovatif dan syarikat perdana yang lain. Syarikat itu menawarkan penyelesaian CX saluran pelbagai arah, perkhidmatan jualan dan pemasaran digital dan perkhidmatan pemantauan dan penyederhanaan kandungan. Syarikat itu mempunyai satu rekod perkhidmatan bagi kejayaan dengan pelanggan di dalam pelancongan dan perhotelan, pengiklanan digital dan media, barang pengguna yang bergerak pantas, teknologi, perkhidmatan kewangan, fintech, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, permainan, e-dagang dan pendidikan. TDCX mempunyai sebuah kehadiran antarabangsa dengan pejabat di Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, China, Jepun, Sepanyol, India, Colombia dan Romania, dan melayani pelanggan mereka di peringkat global dalam lebih 20 bahasa. TDCX telah memenangi lebih 310 anugerah. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.tdcx.com
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211220005982/en/ 


Hubungi

Untuk pertanyaan:
Eunice Seow, +65 8432 8388, eunice.seow@tdcx.com 

Sumber : TDCX

Friday, December 24, 2021

HARIAN SICHUAN: MENGIKUTI PENYAIR KE PANDA GERGASI

Pemuisi-pemuisi yang mengambil bahagian dalam Minggu Puisi Antarabangsa Chengdu ke-5 berada di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Chengdu. (Foto: Business Wire) 

SICHUAN, China, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Baru-baru ini, beberapa pemuisi yang mengambil bahagian dalam Minggu Puisi Antarabangsa Chengdu ke-5 datang ke Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Chengdu untuk melakukan lawatan. 


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211222005592/en/ 

Dengan diketuai oleh kakitangan pangkalan penyelidikan, pemuisi-pemuisi yang menyertai minggu puisi tersebut mengambil gambar sepanjang jalan untuk mengetahui nama, usia dan keperibadian setiap panda. Pemuisi-pemuisi itu merasa sangat menarik bahawa panda yang berbeza mempunyai tabiat dan keperibadian hidup yang berbeza, walaupun panda-panda itu tergolong dalam spesies yang sama.

Wang Erdong ialah seorang kakitangan di sebuah syarikat e-dagang besar, dia telah menulis serangkai puisi dengan "Kurier" sebagai watak utama. Dengan memperhatikan profesion baru ini yang muncul dalam masyarakat industri moden, dia telah menyatakan pemikirannya mengenai perkara-perkara baru yang dibawa oleh penghasilan industri moden.

Ini julung kali Wang Erdong mengambil bahagian dalam Minggu Puisi Antarabangsa, juga julung kalinya mengunjungi pangkalan penyelidikan panda. "Dahulunya gambaran panda bagi saya iaitu berbentuk bulat dan disukai ramai. Namun, setelah mengunjungi panda dengan diri saya sendiri hari ini, saya telah mengetahui tentang pertumbuhan mereka. Sebenarnya, saya berpendapat bahawa panda harus menyesuaikan diri mereka sendiri ke persekitaran luaran secara beransur-ansur setelah melawannya, mereka juga menghadapi pelbagai masalah seperti penyakit dan persaingan ketika mereka hidup di persekitaran dari lahir hingga dewasa lagi menjadi tua."

Sejak memasuki pangkalan penyelidikan panda, pemuisi Li Ge dari Columbia telah memegang telefonnya untuk mengambil gambar dan video. "Panda sangat comel dan kelihatannya seperti bukan hidupan yang nyata."

Bahasa ibunda Li Ge ialah bahasa Sepanyol. Selepas datang ke China pada tahun 2006, dia mula belajar bahasa Cina dan cuba menulis dalam bahasa Cina. "Saya bekerja terutamanya dalam industri seni filem, bagaimana cuba mencari hubungan dan keseimbangan antara seni filem dan sastera puitis dan antara bahasa Cina dan bahasa ibunda saya, itulah apa yang saya hendak buat." Li Ge memberitahu wartawan.

Berjalan-jalan di pangkalan penyelidikan panda, hutan buluh itu subur dan hijau. Pemuisi-pemuisi yang menyertai minggu puisi itu juga merasakan keindahan ekologi Chengdu. Ini juga merupakan aspek kehidupan di Chengdu, menunjukkan keindahan dan kepuitisan unik tempatan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: 
https://www.businesswire.com/news/home/52555135/en

Orang Perhubungan:

Zhang Peng
Tel: 008628-86968621
Email: scrbw@scol.com.cn

Sumber: : Sichuan Daily

Teks   bahasa   sumber   asal   pengumuman   ini   adalah   versi   rasmi   yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Thursday, December 23, 2021

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BIJAK WAKAF BERSAMA PPZ-MAIWP




Table

Kerjasama PPZ-MAIWP bersama Pusat Wakaf MAIWP memperkasakan kutipan zakat dan wakaf di Wilayah Persekutuan.


KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) --  Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Pusat Wakaf MAIWP melancarkan Kempen Bijak Wakaf Bersama PPZ-MAIWP bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ibadah wakaf di samping menunaikan zakat di PPZ-MAIWP hari ini.

Para pembayar zakat kini berpeluang untuk membuat ibadah wakaf secara tunai melalui kaunter-kaunter PPZ-MAIWP pada Disember 2021 ini.
 
Kerjasama strategik ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran Wakaf Tunai di 10 cawangan kaunter PPZ-MAIWP, Kaunter Zakat Bergerak dan Door to Door bagi membantu meningkatkan kutipan wakaf yang dibuat oleh Pusat Wakaf MAIWP.
 
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, inisiatif ini juga merupakan langkah PPZ-MAIWP untuk menyemarakkan ibadah wakaf ini sebagai amalan tambahan bagi melengkapi atau menyempurnakan ibadah wajib.
 
“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Pusat Wakaf MAIWP (PWMSB) kerana sudi berganding bahu bersama PPZ-MAIWP untuk bersama-sama kita bergerak dengan lebih mampan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai asnaf dan mereka yang memerlukan seterusnya menzahirkan transformasi ekonomi umat Islam melalui ibadah zakat dan wakaf.
 
Saya juga menyeru kepada semua khususnya para pembayar PPZ-MAIWP untuk mengambil dan merebut peluang ini bagi melaksanakan kedua ibadah zakat dan wakaf di PPZ-MAIWP agar lebih banyak manfaat diperoleh demi merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta membela asnaf secara keseluruhannya”katanya.
 
Pelancaran kempen di rasmikan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Turut hadir ialah Pengerusi Pusat Wakaf MAIWP, Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Noor dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. 


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

Wednesday, December 22, 2021

PELANCARAN IDENTITI PENJENAMAAN BARU ARTHUR D. LITTLE SEMPENA ULANGTAHUN KE-135

PARIS, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arthur D. Little (ADL) menyambut ulang tahunnya yang ke-135 berserta penswastaan perkongsian syarikat yang ke-10 tahun, dengan melancarkan identiti penjenamaan baru.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005444/en/
 
Penjenamaan baru ADL memperkasakan ‘The Difference’ atau 'Perbezaan', di mana ADL  bekerjasama dengan klien dan menonjolkan keunikannya dalam industri konsultansi. Logo baru 'D' yang dipertingkatkan, mengemukakan ‘The Difference’ dalam intipati jenamanya, melambangkan suatu peluang terbuka menuju ke arah masa depan. 

Pembaharuan jenama ini menegaskan sejarah ADL yang terus berusaha melangkaui sempadan inovasi, mengaitkan pakar, teknologi dan strategi bagi menyelesaikan isu yang mencabar. Jenama ini juga mencerminkan semangat perusahaan kukuh ADL yang terbukti dengan perkembangan syarikat sebanyak dua kali ganda dan juga pembukaan lebih dari 20 pejabat dalam jangka masa enam tahun yang lalu.
 
ADL terbeza di pasaran melalui promosi dan usahanya dalam model konsultansi terbuka atau lebih dikenali sebagai ‘Open Consulting’, dengan menggunakan rangkaian pakar dari seluruh dunia. Usaha ini memastikan hanya mereka yang terbaik mengendalikan cabaran spesifik setiap klien. Model ini berkait rapat dengan perbezaan utama ADL iaitu komitmen untuk bekerja “side-by-side”, dengan klien sebagai sepasukan untuk menyelesaikan isu dengan khusus dan tepat.
 
Ignacio GarcĂ­a Alves, Pengerusi Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Arthur D. Little, mengulas:"Infrastruktur generasi akan datang, teknologi baru, pendigitalan, penumpuan dan kelestarian sedang mengubah dunia dan perniagaan klien kami. Kami bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan perubahan ini - dan menjangkakan masa depan. Kami adalah firma konsultansi ambidekstrus - kreatif dan pragmatik, yang berusaha untuk menghadapi cabaran hari ini and masa hadapan. Inilah ‘The Difference’ yang kami usahakan untuk para klien kami.
 
"Saya berbangga dengan kejayaan perjalanan syarikat kami, dan berterima kasih kepada setiap rakan sekerja yang berdedikasi, istimewa serta berbakat dalam usaha menjadikannya satu kenyataan. Saya berharap semua akan merasa bangga dan teruja dengan penjenamaan baru ini, yang mencerminkan konsultansi yang lebih spesifik dan terbuka. 

Mengenai Arthur D. Little

Arthur D. Little telah menerajui inovasi sejak tahun 1886. Kami adalah pemimpin yang memahami strategi penghubung, inovasi dan transformasi dalam industri yang menekankan teknologi dan penumpuan. Kami membantu klien melalui perubahan ekosistem perniagaan bagi menerokai peluang perkembangan baru. Kami membolehkan klien untuk membina keupayaan inovasi dan transformasi organisasi mereka.
 
Konsultan  kami mempunyai pengalaman praktikal yang kukuh dalam industri serta gabungan pengetahuan terbaik mengenai trend dan dinamik utama. ADL berada dalam kebanyakan pusat perniagaan penting di seluruh dunia. Kami berbangga dengan khidmat yang diberikan kepada kebanyakan syarikat Fortune 1000, serta firma terkemuka dan organisasi sektor awam.
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.adlittle.com atau www.adl.com.   

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15407

METRICSTREAM DAN HCL TECHNOLOGIES BERGANDING BAHU UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN IT DAN PENGURUSAN RISIKO SIBER KEPADA PELANGGAN GLOBAL

Perkongsian Menyediakan Pelanggan dengan Penyelesaian Perisian Terkemuka di Industri Digandingkan dengan Perkhidmatan Pakar dan Penyampaian Infrastruktur

SAN JOSE, Calif., 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetricStream, peneraju pasaran global di dalam pengurusan risiko bersepadu (IRM) dan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan (GRC), hari ini mengumumkan satu perkongsian strategik dengan HCL Technologies (HCL), sebuah syarikat teknologi global terkemuka. Pakatan strategik ini akan menyediakan kepada perusahaan dan organisasi bersaiz sederhana dengan penyelesaian IT dan Pengurusan Risiko Siber yang bertaraf dunia, yang akan memperkasakan mereka untuk menambah baik dalam membuat keputusan, mengukur risiko dan mengurangkan ancaman IT dengan persepsi yang tepat dan kena pada masanya.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211220005169/en/

Perisian IT dan Pengurusan Risiko Siber MetricStream menyediakan keterlihatan masa nyata ke dalam risiko IT dan pendedahan ancaman, serta langkah pengurangan yang sesuai, melalui maklumat risiko kontekstual merentasi proses dan aset. Sebagai sebahagian daripada penyelesaian baharu itu, pelanggan akan juga dapat memanfaatkan peranti pengkuantitian risiko siber termaju yang memberikan satu pandangan yang jelas tentang pendedahan risiko siber dari segi kewangan. Pengkuantitian risiko siber kini kukuh sebagai satu inovasi utama dan nilai tambah yang sangat diperlukan untuk pengurusan risiko bersepadu.

“Ancaman siber berleluasa di tempat pasaran, mencabar organisasi untuk kekal di hadapan dengan penyelesaian yang terbaik dalam kelasnya,” kata John Johasky, Ketua Pegawai Jualan, MetricStream. “Apa yang penting bagi pakatan ini adalah keupayaan untuk menyatukan kepakaran gabungan kami – kepimpinan perisian domain mendalam MetricStream dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan HCL – dan menggerakkan dengan pantas satu penyelesaian untuk pelanggan kami.”

“Pada masa ini terutamanya, pemimpin perniagaan yang ingin berkembang dan mewujudkan satu kelebihan berdaya saing menyedari bahawa penyelesaian digital transformatif adalah perkara yang mesti dimiliki dalam iklim sengit pada hari ini,” kata Renju Varghese, Felo dan Ketua Arkitek, Perkhidmatan Keselamatan Siber & GRC, HCL Technologies. “Pakatan di antara MetricStream dan HCL ini mewakili pakar IT dan risiko siber yang terbaik dan paling berpengalaman dalam industri yang datang bersama-sama untuk memberikan hasil sebenar pada satu kadar yang pantas kepada pelanggan kami.”

Maklumat mengenai MetricStream, Inc.

MetricStream adalah peneraju pasaran global bagi Pengurusan Risiko Bersepadu dan penyelesaian GRC yang memperkasakan organisasi untuk berkembang maju pada risiko dengan mempercepatkan pertumbuhan melalui keputusan yang menyedari risiko. Kami menghubungkan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan merentasi perusahaan lanjutan untuk membolehkan daya ketahanan dan transformasi digital. MetricStream beribu pejabat di San Jose, California, dengan sebuah pusat operasi dan R&D di Bangalore, India, serta sokongan jualan dan operasi di seluruh dunia. Maklumat lanjut tersedia di www.metricstream.comLinkedInFacebook, dan Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15405

WEBINAR 'KE ARAH UMAT DIGITAL: ISU, CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN'

KUALA LUMPUR22 Dis (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu webinar bertajuk ‘Ke Arah Umat Digital: Isu, Cabaran dan Cadangan Penyelesaian secara dalam talian, bagi membincangkan apakah isu dan cabaran dalam era digital ini khususnya kepada umat Islam dan seterus memberikan cadangan penyelesaiannya.

Era digital dalam perkembangan sains dan teknologi telah memberi cabaran besar kepada umat Islam. Cabaran-cabaran tersebut adalah seperti jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar terutama penduduk kawasan pendalaman, dilema pekerjaan dalam era digital kerana banyak pekerjaan akan diambil alih oleh kecerdasan buatan artificial intelligent (AI), robotik dan lain-lain. Tidak ketinggalan cabaran terhadap dakwah yang semakin sengit apabila berlaku penyebaran hadis-hadis palsu, ajaran sesat serta lain-lain fahaman di media sosial, cabaran adab ketika menuntut ilmu secara dalam talian dan cabaran terhadap alam sekitar kerana dibimbangi bahan buangan elektronik semakin bertambah setiap hari.

Webinar yang dimulakan dengan ucaptama oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub@Zulkifli bin Mohd Yusoff, Pengerusi, Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM)) ini bertujuan membincangkan sudut pandang Islam terhadap isu, cabaran dan cadangan penyelesaian era digital masa kini.

Dalam ucapan perasmiannya, Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub@Zulkifli bin Mohd Yusoff menyatakan bahawa wacana yang dianjurkan oleh IKIM  ini harus diteruskan sebagai usaha menyelesaikan masalah di era digital terutamanya dalam kalangan umat Islam dalam konteks membina Keluarga Malaysia yang lebih bertamadun.

7 orang pembentang telah terlibat dalam pembentangan webinar ini iaitu: Prof. Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin, Profesor, Kulliyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UIAM,  Prof. Dr. Che Su binti Mustaffa, Profesor, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, UUM, Hajah Mahuran Saro binti Dato' Haji Sariki, Talent Corporation Malaysia Berhad,  Dr. Nor Azaruddin Husni Bin Hj Nuruddin, Felow Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM, Dr. Khadijah binti Abdul Razak, Pensyarah Kanan, Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Raja Jamilah binti Raja Yusof, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, UM dan Pn. Azrina binti Sobian, Felow Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM. IKIM berharap agar webinar ini akan dapat berkongsi ilmu bagaimana umat Islam perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran pada era digital ini.

WEBINAR 'KE ARAH UMAT DIGITAL: ISU, CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN'

Saturday, December 18, 2021

BRANDSTARS MENGUMUMKAN JENAMA PERWAKILAN 2021 BAGI GELOMBANG KOREA

SEOUL, Korea Selatan, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jenama-jenama perwakilan untuk setiap kategori bagi Jenama Perwakilan 2021 bagi Gelombang Korea yang dihoskan oleh BRANDSTARS Korea dan China telah diumumkan.

Acara ini untuk memilih dan mengumumkan jenama-jenama secara serentak melalui saluran media utama di China dan Asia Tenggara bertujuan untuk membantu di dalam pilihan pengguna dengan menyediakan maklumat yang tepat kepada pengguna.

Sebagai jenama yang mewakili setiap industri,  Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip 3 dari Samsung ElectronicsIONIQ 5 dari Hyundai Motor CompanyOLED TV dan TROMM dari LG Electronics, dan Bacchus dari Dong-A Pharm telah dipilih.

Dalam kategori membeli-belah, Gedung Beli-belah Lotte dan The Shilla Duty Free telah sekali lagi dipilih pada tahun ini. Dalam kategori hiburan, BTS dan Squid Game yang masing-masing menerajui populariti K-pop dan K-drama telah dipilih. Dalam kategori pelancongan dan persembahan, Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju dan Pertunjukan Air Langit Jeju telah masing-masing dipilih.

Amorepacific Sulwhasoo dan LG Household and Health Care The History of Whoo telah dipilih dalam kategori kosmetik K-kecantikan dan Olive Young dipilih untuk kategori kedai kesihatan dan kecantikan. Dalam kategori peranti kecantikan rumah, kecantikan trend baharu dan bekas kosmetik, LG Pra.L MEDI HAIRYmir dan Minjin Eco-Pump telah masing-masing dipilih.

Dalam kategori penjagaan kesihatan, , CheongKwanJang, yang merupakan jenama makanan fungsian kesihatan terkemuka Korea yang khusus dalam ginseng merah, dan FromBIO, sebuah syarikat makanan fungsian, telah dipilih. Dalam kategori pemeriksaan kesihatan, Pusat Perubatan Samsung telah dipilih.

Jenama K-makanan yang paling popular ialah Bibigo dari CJ CheilJedangSusu Berperisa Pisang dari BinggraeChapaghetti dari NongshimJin Ramen dari OttogiParis Baguette, dan ISAAC TOASTSinjeon Tteok-bokki dan Buldak-bokkeum-myeon  telah juga dipilih sebagai jenama yang mewakili rasa pedas. Dalam kategori K-fesyen, MUSINSA, sebuah platform fesyen, 8Seconds, sebuah jenama pakaian kasual dan Gentle Monster, sebuah jenama cermin mata hitam, telah dipilih.

Syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang dipilih lagi pada tahun ini berikutan tahun lepas ialah Amorepacific, LG Household and Health Care, Samsung Electronics, LG Electronics, Hyundai Motor Company, BTS, The Shilla Duty Free, Bibigo, Sinjeon Tteok-bokki, CheongKwanJang, FromBIO dan Pertunjukan Air Langit Jeju. Mereka terus menerus menjadi idaman oleh pengguna di seluruh dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15393

CROWDSTRIKE APAC DINAMAKAN SEBAGAI SYARIKAT INDUSTRI KESELAMATAN TITIK AKHIR FROST & SULLIVAN TERBAIK TAHUN INI DAN TURUT DIIKTIRAF SEBAGAI PILIHAN PELANGGAN OLEH GARTNER

Memandangkan musuh pada hari ini menjadi semakin canggih, hanya CrowdStrike yang menyediakan perlindungan automatik yang selengkapnya merentasi titik akhir, beban kerja awan, identiti dan data tanpa menjejaskan prestasi dan produktiviti pengguna akhir.

SYDNEY, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CrowdStrike Inc., sebuah peneraju dalam perlindungan penghantaran awan bagi titik akhir, beban kerja awan, identiti dan data, telah dipilih oleh Frost & Sullivan sebagai Syarikat Keselamatan Titik Akhir Asia Pasifik Terbaik untuk 2021. Ini adalah pengiktirafan penganalisis kedua bagi CrowdStrike di APAC secara berturut-turut selepas diiktiraf oleh Gartner, Inc. sebagai sebuah ‘Pilihan Pelanggan’ dalam laporan[1] Gartner Peer Insights™ ‘Suara Pelanggan’: Platform Perlindungan Titik Akhir (EPP) 2021.

Sebagai penyelesaian perlindungan titik akhir generasi seterusnya yang paling diuji di dunia, pengiktirafan berprestij ini menandakan satu lagi pengesahan pihak ketiga terhadap kuasa CrowdStrike Falcon -- satu-satunya platform keselamatan titik akhir ejen tunggal yang benar-benar natif awan di pasaran. Platform CrowdStrike Falcon dibina sebagai satu penyelesaian natif awan yang transformatif untuk mewujudkan satu standard baharu di dalam keselamatan. Bagi organisasi di seluruh dunia, CrowdStrike melindungi bidang paling kritikal bagi risiko perusahaan – titik akhir dan beban kerja awan, identiti dan data. Pendekatannya yang unik bermula dengan ejen tunggal yang ringan dan pintar yang membolehkan pengerahan tanpa geseran bagi platform itu pada skala. Falcon adalah satu-satunya teknologi yang membolehkan pelanggan untuk mengguna pakai teknologi dengan pantas merentasi sebarang beban kerja yang dijalankan pada berbilang titik akhir.

Frost & Sullivan menggesa CrowdStrike untuk terus menambah baik platform mereka dengan peningkatan, aplikasi dan keupayaan; dan untuk mengekalkan satu tumpuan bagi  menghentikan pelanggaran dan memastikan pelanggan selamat dengan satu penyelesaian bagi masa depan bagi keselamatan titik akhir.

Dalam laporan EPP ‘Suara Pengguna’ Gartner Peer Insights, CrowdStrike menerima penarafan paling tinggi 4.8/5 berdasarkan pada 260 ulasan dan setakat Ogos 2021. Daripada 18 vendor yang dinilai dalam laporan itu, CrowdStrike mencatatkan “Kesanggupan untuk Mengesyorkan” yang paling tinggi daripada pelanggan pada 98%.

“Keselamatan titik akhir adalah asas kepada mana-mana rangka kerja keselamatan siber yang matang. Apabila syarikat menggunakan penyelesaian legasi yang direka untuk menangkap dan memulihkan perisian hasad atau produk titik generasi seterusnya yang tidak berkesan untuk menghentikan serangan dan terlalu kompleks untuk dikerah dan digunakan, penyelesaian ini tidak sesuai bagi tujuan menentang musuh moden. Mereka tidak dapat menjamin keselamatan pengguna,” kata Fabio Fratucello, ketua pegawai teknologi untuk Asia Pasifik dan Jepun di CrowdStrike. “Memandangkan lebih banyak sistem bergerak ke arah persekitaran berasaskan awan, anjakan ini memerlukan satu platform tunggal yang mengurangkan kos, mengehadkan kerumitan data dan mengurangkan pelbagai penggunaan perisian dan di situlah CrowdStrike Falcon menang. Pengiktirafan ini adalah bukti kepada tumpuan dan visi CrowdStrike di rantau Asia Pasifik yang merupakan satu tonggak utama di dalam strategi pertumbuhan keseluruhan syarikat itu.”

‘Anugerah Syarikat Terbaik Tahunan’ adalah satu penghormatan paling tinggi yang mengiktiraf peserta pasaran yang menunjukkan visi, inovasi, prestasi peneraju pasaran dan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan. Penganalisis Frost & Sullivan menilai syarikat secara bebas berdasarkan kepada pelbagai kriteria termasuk tumpuan kepimpinan, pelaksanaan amalan terbaik, prestasi kewangan, nilai harga/prestasi, pengalaman pelanggan dan menangani keperluan yang tidak dipenuhi.

“CrowdStrike memberi tumpuan kepada pengalaman pengguna, dan, kerana keupayaan AI termaju Falcon, syarikat itu memberi perkhidmatan kepada perniagaan daripada semua saiz,” kata Steven Lopez, penganalisis penyelidikan amalan terbaik untuk Frost & Sullivan. “Pangkalan pelanggan CrowdStrike yang semakin berkembang menunjukkan kadar pengekalan pelanggan yang  berpotensi berkat inovasi berwawasan mereka dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan.”

Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights adalah didasarkan kepada maklumat balas dan penilaian daripada profesional pengguna akhir yang membeli, melaksanakan dan/atau menggunakan platform CrowdStrike Falcon. Metodologi Gartner Peer Insights mengumpulkan data untuk membantu pelanggan dengan satu sintesis yang mana produk vendor dinilai paling tinggi oleh pelanggan bagi penyelesaian EPP. Vendor yang diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan mesti mempunyai 50 atau lebih penilaian yang diluluskan dan satu purata penilaian keseluruhan sebanyak 4.5 bintang atau lebih. Selain menyediakan satu skor keseluruhan, Gartner Peer Insights membolehkan pelanggan dan prospek untuk berputar mengikut saiz syarikat, vertikal, geografi, tarikh dan peranan penyemak.

Penafian yang diperlukan:
Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights membentuk pendapat subjektif bagi ulasan pengguna akhir individu, penilaian dan data yang digunakan terhadap satu metodologi yang didokumenkan; mereka tidak mewakili sama ada pandangan, mahupun membentuk sokongan oleh, Gartner atau sekutunya.
 
Penafian:
Ulasan Gartner Peer Insights membentuk pendapat subjektif bagi pengguna akhir individu berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri dan tidak mewakili pandangan Gartner atau ahli gabungannya. Gartner dan Gartner Peer Insights adalah tanda perniagaan dan tanda perkhidmatan berdaftar oleh Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya di Amerika Syarikat dan antarabangsa, dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.
 
Maklumat mengenai CrowdStrike
CrowdStrike Holdings, Inc. (Nasdaq: CRWD), sebuah peneraju keselamatan siber global, sedang mentakrifkan semula keselamatan untuk era awan dengan satu titik akhir dan platform perlindungan beban kerja yang dibina dari bawah ke atas untuk menghentikan pelanggaran. Seni bina ejen ringan tunggal platform CrowdStrike Falcon® memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) berskala awan dan menawarkan perlindungan dan keterlihatan masa nyata merentasi perusahaan, menghalang serangan pada titik akhir dan beban kerja di dalam atau di luar rangkaian. Dikuasakan oleh proprietari CrowdStrike Threat Graph®, CrowdStrike Falcon menangkap kira-kira 1 trilion isyarat fideliti tinggi setiap hari dalam masa nyata dari seluruh dunia, memacukan satu daripada platform data yang paling maju di dunia untuk keselamatan.

Dengan CrowdStrike, pelanggan mendapat manfaat daripada perlindungan yang lebih baik, prestasi yang lebih baik dan masa ke nilai yang segera yang disampaikan oleh platform  natif awan Falcon.

Hanya ada satu perkara yang perlu diingat tentang CrowdStrike: Kami menghentikan pelanggaran.

Organisasi yang layak boleh mendapat akses penuh kepada Falcon Prevent™ dengan memulakan percubaan percuma.

Ketahui lebih lanjut: https://www.crowdstrike.com/

Ikuti kami: Blog | Twitter

© 2021 CrowdStrike, Inc. Hak cipta terpelihara. CrowdStrike, logo falcon, CrowdStrike Falcon dan CrowdStrike Threat Graph adalah tanda yang dimiliki oleh CrowdStrike, Inc. dan didaftarkan dengan Pejabat Paten dan Tanda Perniagaan Amerika Syarikat, dan di negara lain. CrowdStrike memiliki tanda perniagaan dan tanda perkhidmatan lain, dan mungkin menggunakan jenama pihak ketiga untuk mengenal pasti produk dan perkhidmatan mereka.

[1]  Gartner, Peer Insights 'Suara Pelanggan': Platform Perlindungan Titik Akhir, Penyumbang Rakan Setara, 25 November 2021.
  
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15395

WACANA ILMIAH ISLAM, MORALITI & MASYARAKAT BEBAS RASUAH

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Di ambang sambutan Hari Anti-Rasuah Sedunia pada 9 Disember 2021, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan wacana ilmiah bagi menyokong usaha membendung gejala rasuah dengan menjurus kepada aspek kerohanian dan peranan agama dalam membentuk keperibadian dan melaksanakan amanah kerjaya secara professional.

Wacana ini telah dibentangkan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, Dato’ Seri Shamshun Baharin Mohd Jamal (Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM), Dr. Nik Roskiman Abdul Samad (Fellow Kanan, Pusat Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM) dan Pn. Nurhayati Nordin (Ketua Sekretariat RasuahBusters). Kepentingan melahirkan masyarakat dan pemimpin yang berakhlak mulia, dihiasi sifat taqwa dan mempunyai hubungan erat dengan Allah perlu ditekankan dalam semua peringkat. IKIM disyorkan mendahului kajian dan penyelidikan ke arah pembentukan generasi pemimpin politik baharu yang memiliki paradigma Kepimpinan Rabbani.

Selain penekanan terhadap perundangan dan penguatkuasaan, kesedaran masyarakat di peringkat akar umbi juga perlu digembeling untuk melahirkan tindakan bersepadu oleh semua pihak demi mujahadah membanteras rasuah. Inisiatif dan usaha giat sukarelawan dalam kalangan masyarakat mampu memupuk sikap benci kepada perasuah, serta berusaha membersihkan negara dari gejala rasuah dan salah guna kuasa. Wacana ini telah dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Zoom, FB live dan disiarkan di TVikim.

Unit Perhubungan Korporat
16 Disember 2021 

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Pn. Zarita Bt Kasim
Tel: 017 - 366 1496
Emel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992
Emel: suzana@ikim.gov.my 

--BERNAMA

EVA AIR DAN POINTS MEMETERAI PERKONGSIAN BERBILANG TAHUN UNTUK MENINGKATKAN PROGRAM INFINITY MILEAGELANDS

Penyelesaian kesetiaan baharu akan meningkatkan penglibatan ahli dan menjana peningkatan hasil untuk program kesetiaan EVA Air

TORONTO, 16 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat penerbangan Taiwan, pemenang anugerah, EVA Air dan peneraju global dalam perdagangan kesetiaan, Points (Nasdaq: PCOM) (TSX: PTS), telah memeterai kerjasama berbilang tahun baharu untuk memperkenalkan sebuah siri manfaat ahli yang akan meningkatkan penglibatan pelanggan dan menjana aliran hasil sampingan tambahan untuk syarikat penerbangan itu melalui program Infinity MileageLands.

Perkongsian itu bermula pada 11 November 2021 dengan pengenalan Jarak Belian, yang memanfaatkan penyelesaian Belian Points dan membolehkan pelanggan mendapat ganjaran mereka lebih awal dengan membeli jarak tambahan pada kadar keutamaan. Sebuah siri penyelesaian kesetiaan tambahan yang direka untuk menawarkan lebih banyak utiliti dan nilai kepada ahli apabila jarak berakru diperkenalkan pada tahun 2022.

EVA Air turut memanfaatkan kepakaran pemasaran kesetiaan peneraju industri Points dan tinjauan dipacu data untuk membangunkan kempen yang diperibadikan kepada pangkalan keahlian Infinity MileageLands yang dijangka dapat memacu pertumbuhan tambahan untuk program tersebut.

“EVA Air gembira dapat bekerjasama dengan Points dan Collinson serta mencipta pelbagai program kesetiaan, membolehkan ahli kami mengumpul jarak dengan lebih mudah dan mendapat nilai yang lebih baik daripada pembelian dalam talian mereka,” kata Presiden EVA, Clay Sun. “Dengan memanfaatkan kepakaran dua rakan kongsi, EVA boleh melanjutkan program kesetiaan ke dalam kehidupan harian ahli kami dan meningkatkan peluang penglibatan mereka. Kami teruja dengan program baharu ini dan faedah tambahan untuk ahli kami.” 

Friday, December 17, 2021

FORUM GLOBAL BUDAYA HEHE 2021 DIADAKAN DI BANDAR TAIZHOU, PROVINSI ZHEJIANG, CHINA

Forum Global Budaya Hehe 2021 (Photo: Business Wire)​

TAIZHOU, China, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 9 Disember, “Forum Global Budaya Hehe 2021”diadakan secara forum dan internet di daerah Tiantai, bandar Taizhou, Provinsi Zhejiang. Forum tahun ini telah dianjurkan oleh Dewan Komunikasi Antarabangsa China, Pejabat Maklumat Kerajaan Provinsi Zhejiang dan Kerajaan bandar Taizhou, dan diadakan oleh Akademi Penyelidikan China dan Dunia Sezaman, Pejabat Maklumat Kerajaan bandar Taizhou, Kerajaan daerah Tiantai.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20211216005644/en/

Du Zhanyuan, Ketua Pengarah Dewan Komunikasi Antarabangsa China; Wu Jing, Naib Pengerusi Persidangan Perundingsn Politik Provinsi Zhejiang; Yukio Hatoyama, Bekas Perdana Mengteri Jepun, Ketua Akademi Penyelidikan; Han Nathan, Konsul Jeneral Republik Malta di Shanghai; Li Yueqi, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Taizhou Parti Jawatankuasa China memberi ucapan, Lu Cairong, Naib Ketua Pengarah Dewan Komunikasi Antarabangsa China mempengerusikan upacara perasmian. Kira-kira 150 orang menjalankan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan mereka, termasuk ahli-ahli politik dari China, Jepun, Korea, Perancis dan negara lain, wakil-wakil organisasi antarabangsa, Duta Besar negara lain ke China, ahli-ahli sinologi antarabangsa dan para pakar dan cendekiawan dari institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan dan institusi relevan.

BERJAYA SOMPO INSURANCE MENGADAKAN DISKAUN EKSKLUSIF UNTUK PROFESIONAL PENJAGAAN KESIHATAN

Tawaran diterima pakai untuk polisi SOMPO Motor dan SOMPO MotorSafe

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Berjaya Sompo Insurance Berhad (“Berjaya Sompo”) kini menawarkan diskaun 10% untuk polisi SOMPO Motor dan SOMPO MotorSafe, secara eksklusif untuk pekerja penjagaan kesihatan terpilih. Pekerjaan yang layak untuk mendapatkan diskaun adalah doktor pergigian, pakar dermatologi, doktor, kakitangan hospital, pengamal perubatan, jururawat, ahli patologi, ahli farmasi, pakar psikiatri dan ahli terapi.

Encik Tan Sek Kee, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Berjaya Sompo berkata, “Sebagai sebuah syarikat insurans, Berjaya Sompo sangat memberi tumpuan dalam memastikan kesejahteraan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat dilindungi. Oleh itu, selaras dengan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian berkualiti demi kepentingan terbaik pelanggan kami, kami amat berbesar hati untuk memberikan diskaun 10% kepada pekerja penjagaan kesihatan apabila mereka membeli polisi SOMPO Motor atau SOMPO MotorSafe kami”.

“Kami amat berharap bahawa mereka yang bekerja di dalam industri penjagaan kesihatan akan mendapat manfaat daripada penjimatan ini. Berjaya Sompo juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan sokongan ikhlas kami kepada pekerja penjagaan kesihatan kami di atas usaha dan pengorbanan mereka dalam memerangi COVID-19,” kata Encik Tan.
 
Maklumat mengenai SOMPO Motor dan SOMPO MotorSafe

SOMPO Motor adalah satu polisi Insurans Komprehensif Kereta Persendirian yang melindungi pemegang polisi untuk kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran pada kenderaan, kecurian kenderaan dan liabiliti kepada pihak lain untuk kecederaan atau kematian dan kerosakan pada harta pihak lain.
 
Dilancarkan pada Ogos 2021, SOMPO MotorSafe adalah satu perlindungan insurans motor telematik berasaskan penggunaan yang berinovatif yang sesuai untuk pemandu perbatuan rendah dengan fleksibiliti membayar mengikut jarak perbatuan  mereka. 
 
Ia mempunyai tiga (3) pelan perbatuan yang berbeza untuk disesuaikan dengan penggunaan bagi setiap kenderaan pada satu premium yang berpatutan, iaitu: sehingga 5,000 km, sehingga 10,000 km dan sehingga 15,000 km. Pelanggan boleh memilih daripada 3 pelan perbatuan yang tersedia dengan satu tambah nilai sehingga pelan tersedia yang berikutnya atau pelan perbatuan penuh sekiranya mereka hampir melebihi jarak perbatuan yang dipilih.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Berjaya Sompo Insurance, sila layari www.berjayasompo.com.my . 

Kindly download images from this link: https://drive.google.com/drive/folders/1JDc7kT7kf6Vntt_XA2SDRPIOm0ABJG2d?usp=sharing 

Sumber: Berjaya Sompo Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Samantha Onn, Manager
PR and Communications
Berjaya Sompo Insurance Berhad
H/P: +6018 – 272 7221
Tel: +603 - 2170 7000
Emel: hmonn@bsompo.com.my 

Nama: Samantha David, Assistant Manager
PR and Communications
Berjaya Sompo Insurance Berhad
H/P: +6016 – 314 1085
Tel: +603 - 2170 7000
Emel: samantha.david@bsompo.com.my  

ATAU emel: pr@bsompo.com.my 

--BERNAMA

EVA AIR DAN POINTS MEMETERAI PERKONGSIAN BERBILANG TAHUN UNTUK MENINGKATKAN PROGRAM INFINITY MILEAGELANDS

Penyelesaian kesetiaan baharu akan meningkatkan penglibatan ahli dan menjana peningkatan hasil untuk program kesetiaan EVA Air

TORONTO, 16 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat penerbangan Taiwan, pemenang anugerah, EVA Air dan peneraju global dalam perdagangan kesetiaan, Points (Nasdaq: PCOM) (TSX: PTS), telah memeterai kerjasama berbilang tahun baharu untuk memperkenalkan sebuah siri manfaat ahli yang akan meningkatkan penglibatan pelanggan dan menjana aliran hasil sampingan tambahan untuk syarikat penerbangan itu melalui program Infinity MileageLands.

Perkongsian itu bermula pada 11 November 2021 dengan pengenalan Jarak Belian, yang memanfaatkan penyelesaian Belian Points dan membolehkan pelanggan mendapat ganjaran mereka lebih awal dengan membeli jarak tambahan pada kadar keutamaan. Sebuah siri penyelesaian kesetiaan tambahan yang direka untuk menawarkan lebih banyak utiliti dan nilai kepada ahli apabila jarak berakru diperkenalkan pada tahun 2022. 

Thursday, December 16, 2021

BEYOND2020 MENINGKATKAN AKSES AIR BAGI 18,000 WARGA FILIPINA DI KAWASAN LUAR BANDAR TANAH TINGGI

Beyond2020 Filipina (Foto: AETOSWire)


· Pengerahan terbaharu itu meningkatkan dengan ketara kehidupan bagi dua komuniti tanah tinggi dengan mendapatkan bekalan air yang boleh dipercayai 24/7 dengan menggunakan teknologi neutral karbon

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Beyond2020 kembali ke Asia Tenggara berikutan penglibatan mapan utama di Indonesia dan Kemboja, dengan satu pengerahan yang meningkatkan kualiti kehidupan bagi 18,000 orang di Filipina dengan meningkatkan akses air dan mengurangkan kos air sebanyak 85%. Empat pam ram hidraulik dan 13 kios sedang digunakan untuk memberi impak kepada 3,000 penduduk di kampung Cabagnaan di Wilayah Negros Occidental dan 15,000 orang di 14 kampung merentasi Altavista di Wilayah Leyte.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005619/en/

Teknologi berinovatif itu merupakan satu peningkatan bagi sebuah sistem yang dicipta lebih 240 tahun lalu yang membawa air naik ke atas bukit tanpa menggunakan elektrik atau bahan api dan pelepasan gas berbahaya.

Dilancarkan oleh Hadiah Kelestarian Zayed dengan kerjasama beberapa organisasi terkemuka, inisiatif Beyond2020 itu mencontohi legasi kemanusiaan bagi bapa pengasas UAE, allahyarham Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dengan menyumbangkan teknologi dan penyelesaian yang mapan kepada komuniti yang rentan di seluruh dunia. Filipina menandakan pengerahan kesepuluh bagi Beyond2020, yang secara berkesan menangani beberapa daripada cabaran pembangunan mapan yang paling mendesak di dunia, menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti, makanan berkhasiat, tenaga penting, dan akses kepada air selamat untuk diminum dan sanitasi.

T.Y.T. Mohammed Obaid Al Zaabi, Duta UAE ke Filipina, berkata: “Sebagai satu inisiatif kemanusiaan yang meluas yang diterajui oleh kerajaan UAE dan kepimpinan mereka yang bijak untuk memacukan pertumbuhan ekonomi yang mapan di peringkat global, Beyond2020 menawarkan penyelesaian penting dan mengubah kehidupan kepada penerima di seluruh dunia. Penggunaan inisiatif itu di Filipina menawarkan kepada komuniti dengan penyelesaian teknologi air yang berinovatif yang bertujuan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk luar bandar melalui impak jangka panjang, membuka jalan bagi gaya hidup yang lebih mudah, selamat dan lebih mapan.”

MAJLIS EKSPRESI ALAM DAN SENI ANJURAN KUMPULAN UMW MEMFOKUSKAN PEMBANGUNAN LESTARI DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR MELALUI PUISI DAN KARYA KREATIF




KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) --
 Kumpulan UMW menganjurkan Majlis Ekspresi Alam dan Seni, yang merupakan salah satu program pengisian seni sastera bertujuan bagi menyemai kesedaran dan kecintaan terhadap kelestarian serta pemeliharaan alam sekitar oleh warga UMW dan pelajar-pelajar sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. 
 
Program ini merupakan salah satu inisiatif sosial korporat yang merangkumi beberapa kerangka kelestarian Kumpulan UMW yang mementingkan pemerkasaan komuniti dan kesedaran mengenai kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.   Pada masa yang sama, Kumpulan UMW juga percaya bahawa seni dan budaya mempunyai peranan yang besar untuk membentuk sikap masyarakat untuk menjadi lebih prihatin terhadap alam sekitar dan untuk terus berdaya maju terutamanya golongan muda.
 
Program ini turut merupakan salah satu medium komunikasi untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan semua peringkat masyarakat.  Sayembara Penulisan Kreatif & Deklamasi Puisi yang bertemakan alam adalah salah satu komponen dalam menjayakan program ini yang bertujuan untuk mencungkil bakat, bukan sahaja di kalangan kakitangan UMW, malah di kalangan pelajar sekolah di seluruh Malaysia, dalam bidang penulisan dan deklamator.  Juara Sayembara Deklamasi Puisi Alam UMW, bagi semua peringkat, turut dijemput untuk menzahirkan penghayatan mereka terhadap kelestarian alam sekitar melalui pendeklamasian puisi. 
 
Dalam ucapannya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menyambut baik usaha Kumpulan UMW sebagai sebuah syarikat korporat dalam menganjurkan majlis seumpama ini bagi melestarikan seni puisi sebagai khazanah seni yang perlu dipelihara dan diangkat nilainya agar ia terus kekal relevan.  Demi memartabatkan kedudukan seni puisi ini, peranan dan usaha di kalangan masyarakat perlu digalas secara kolektif.  Tambah beliau, tema  majlis yang berunsurkan alam sekitar ini amat bertepatan dengan misi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (“MOTAC”) sebagai sebuah kementerian yang memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan. 
 
Di antara dif-dif kehormat yang turut hadir untuk menyerikan majlis adalah Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengerusi Kumpulan UMW merangkap Penaung Kelab Kreatif UMW, Dato’ Seri Prof. Dr. Ir. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air merangkap Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan UMW, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, barisan Sasterawan Negara, Pegawai Kanan MOTAC dan pemimpin persatuan dan penggiat seni sastera dan puisi tanah air. 
 
Selain dimeriahkan dengan persembahan muzik tradisional serta tarian alam oleh Kumpulan Warisan Budaya, majlis ini turut diserikan dengan pendeklamasian puisi yang bertemakan alam oleh Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Dato’ Seri Prof. Dr. Ir. Zaini Ujang.  Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan teromba oleh Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup.
 
Sempena majlis tersebut, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah melancarkan dua buah buku, iaitu Buku Kumpulan Puisi Terpendam Makna, hasil karya Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Buku Kumpulan Puisi Denai: Tersangkar Menuju Sungai hasil nukilan Dato' Seri Prof. Dr. Ir. Zaini Ujang.
 
Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan UMW, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, puisi merupakan satu cabang kesenian yang dapat mengasah ketajaman pemikiran dan ianya perlu diberi kedudukan yang sewajarnya agar lebih dikenali dan diminati oleh generasi baru.
 
Tambahnya lagi, “Dalam dinamika persekitaran yang pelbagai bentuk dan cukup disruptif, pengamatan dan penghayatan seni puisi dapat menemukan pelbagai penyelesaian bernas kepada masalah yang dihadapi oleh para pemimpin termasuklah dari dunia korporat”.

 
Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 7,000 orang.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.
 
Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15377