Saturday, March 31, 2018

PERMOHONAN PENYERTAAN UNTUK MARATON AQUALINE CHIBA 2018 AKAN DIBUKA PADA 13 APRIL

CHIBA, Jepun, 30 Mac, 2018 /Kyodo JBN/

Pada 21 Oktober (Ahad), 2018, "Maraton Aqualine Chiba 2018" akan diadakan di Wilayah Chiba iaitu bersebelahan dengan Tokyo. Acara itu mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti perasaan yang sangat menggembirakan berpunca daripada berlari melalui Lebuhraya Aqualine Teluk Tokyo yang melintasi Teluk Tokyo, dan lebih daripada 300,000 orang bersorak di tepi jalan. Pada kali ini, sejumlah 17,000 orang pelari yang beraksi dalam pertandingan maraton penuh, separuh maraton dan separuh maraton berkerusi roda akan diambil.

Permohonan penyertaan untuk Maraton Aqualine Chiba 2018 akan dibuka pada 13 April, (Jumaat).

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10985

VISTAJET MELEBARKAN SAYAP DENGAN INISIATIF DI SELURUH ASIA

HONG KONG, 30 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan global pertama dan tunggal terus memimpin industri dengan tiga inisiatif utama pada bulan April. Ini termasuklah:

- Lawatan global Koleksi Peggy dan David Rockefeller tiba di Beijing dan Shanghai
- Pelancaran Laporan Pelancong Jet 2018 yang mencorakkan industri
- Persidangan dan Pameran Perniagaan Penerbangan Asia (ABACE) di Shanghai


Seni Penerbangan: Koleksi Peggy dan David Rockefeller 
VistaJet berbesar hati menaja pameran dan lawatan global Koleksi Peggy dan David Rockefeller iaitu lelongan paling signifikan yang khusus untuk mengumpul dana bagi tujuan amal.

Selepas mendedahkan tumpuan awal di Hong Kong, London dan Paris, lawatan umum global tersebut akan beralih ke Beijing (6-7 April), Los Angeles (6-12 April) dan Shanghai (10-11 April) sebelum lawatan terakhir di New York yang bermula pada 28 April. Pada setiap hentian, elemen baharu didedahkan untuk koleksi berbilang kategori ini. Jualan akan dikendalikan di Christie’s New York di Pusat Rockefeller pada 7-11 Mei.

Untuk memperkayakan lagi lawatan pameran global tersebut, VistaJet telah mencipta tiga pengalaman Seni Penerbangan yang eksklusif dan boleh disesuaikan sepenuhnya untuk pelanggan VistaJet dan Christie’s.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10983

Friday, March 30, 2018

​GLYCOTOPE MEMILIH CROWNBIO SEBAGAI RAKAN KONGSI PEMBANGUNAN PRAKLINIKAL UNTUK MEMBANGUNKAN RANCANGAN IMUNOTERAPEUTIK MEREKA

​GLYCOTOPE MEMILIH CROWNBIO SEBAGAI RAKAN KONGSI PEMBANGUNAN PRAKLINIKAL UNTUK MEMBANGUNKAN RANCANGAN IMUNOTERAPEUTIK MEREKA

MASIH ADA PELUANG BUAT LEPASAN SPM

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS mengucapkan syabas dan tahniah buat seluruh pelajar lepasan SPM bagi tahun 2017.

Kepada yang kurang cemerlang jangan berputus asa kerana peluang ada dimana – mana sahaja bak kata pepatah di mana ada kemahuan disitu ada jalan.

Oleh yang demikian, KUIS menawarkan peluang pengajian di peringkat Asasi dan Diploma buat lepasan SPM dengan syarat kemasukan yang paling minimum iaitu 3 kredit bagi kemasukan Diploma manakala 5 kredit bagi Pengajian Asasi.

KUIS menawarkan 18 program Diploma dalam pelbagai program antaranya Diploma pengajian Islam Bahasa Arab, Akidah & Pemikiran Islam, Al-Quran & As-Sunnah, Dakwah, Tahfiz Al Quran dan Al- Qiraat, Diploma Pengajian Islam Syariah dan Syariah Undang-Undang, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Perbankan Islam, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi, Komunikasi, Pengajian Bahasa Inggeris, Diploma Teknologi Maklumat Multimedia, Sains Komputer, Diploma Perguruan TESL, dan Diploma Perguruan Pendidikan Islam.

KUIS juga menawarkan program pra- Ijazah yang dikenali dengan nama pengajian Asasi selama setahun pengajian. Terdapat 6 program pilihan mengikut bidang diantaranya adalah Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan, Pengajian Asas Teknologi Maklumat, Asasi Bahasa Arab, Asasi Komunikasi dan Asasi Bahasa Inggeris.

Program Asasi KUIS disediakan bagi membantu pelajar SPM yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak berjaya ke IPTA disebabkan oleh saingan dan kuota yang terhad di peringkat Matrikulasi. Menariknya program Asasi turut ditawarkan biasiswa oleh pihak KUIS bagi yang layak.

Permohonan kemasukan boleh dibuat secara atas talian di www.kuis.edu.my atau datang terus ke Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar Baharu bagi membuat permohonan dan mendapatkan khidmat rundingan kemasukan ke KUIS.

Tarikh kemasukan pelajar baharu bagi tahun 2018 akan dijalankan bermula pada 26 dan 27 Mei 2018.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10979

LAPORAN PENERBANGAN PERIBADI BAHARU MENDEDAHKAN KEUTAMAAN PENERBANG KAYA DAN ELIT PERNIAGAAN

Wealth-X dan VistaJet Mempersembahkan Laporan Perjalanan Pesawat: Perspektif Global tentang Individu yang Terbang Secara Peribadi dan Caranya


LONDON, 30 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini Wealth-X, peneraju global dalam maklumat dan pemahaman kekayaan, serta VistaJet, syarikat penerbangan peribadi global yang pertama dan tunggal, telah mengeluarkan analisis berpusatkan-pelanggan yang pertama dalam industri penerbangan peribadi. Laporan Perjalanan Pesawat: Perspektif Global tentang Individu yang Terbang Secara Peribadi dan Caranya menyediakan pemahaman unik dalam profil penerbang peribadi di seluruh dunia, cara mereka terbang dan perkara yang paling penting pada mereka.

Untuk memuat turun laporan penuh, sila lawati: vistajet.com/TheJetTravelerReport

Penerbangan peribadi kian membangun. Namun populasi global UHNW dan kumpulan pesawat dunia tidak meningkat pada kadar yang sama, menyerlahkan bahawa bukan semua orang yang selalu terbang secara peribadi mempunyai kapal terbang. Kebanyakan pembangunan datang daripada peningkatan dalam penyelesaian penerbangan yang lain, termasuk program keahlian, pemilikan pecahan dan charter atas permintaan, membenarkan individu mengakses kumpulan pesawat peribadi mengikut keselesaan mereka.

Wealth-X memanfaatkan pangkalan data dosier antarabangsanya terhadap individu UHNW (dengan nilai bersih $30 juta atau lebih) untuk memprofilkan penumpang yang menggunakan kaedah berbeza untuk terbang. Suara penerbang telah dihidupkan dalam laporan melalui temubual mendalam dengan pakar, untuk mengetahui cara mereka bergerak dan sebabnya.

Untuk membandingkan jenis penerbang yang berbeza, Laporan Perjalanan Pesawat mengklasifikasikan penumpang UHNW kepada tiga kumpulan:
  • Pemilik: Memiliki kapal terbang atau sebahagian daripadanya;
  • Ahli: Ahli program penerbangan peribadi;
  • Khalayak UHNW yang lebih besar: Mereka yang menggunakan pelbagai kaedah untuk terbang, termasuk charter peribadi dan kapal terbang komersial.
“Dengan mengenalpasti individu ini dan memahami cara dan sebab mereka terbang, kami mendapat pemahaman yang jelas tentang pilihan yang mereka ada dan tipologi yang ada dalam pasaran,” kata Winston Chesterfield, Pengarah, Penyelidikan Tersuai Wealth-X.  “Ia tidak selalunya disebabkan oleh perkara kecil seperti kekayaan peribadi– sebenarnya, ramai pemilik juga merupakan ahli program penerbangan peribadi. Ia merupakan perkara biasa untuk yang ultra kaya untuk menggunakan lebih daripada satu cara untuk terbang, bergantung kepada keperluan mereka.”

Semasa pemimpin perniagaan dan populasi UHNW dibentangkan dengan sejumlah besar pilihan, VistaJet dan Wealth-X telah mengenalpasti lima faktor utama yang mempengaruhi cara mereka memilih untuk terbang:
  1. Kemaksimuman masa
  2. Kawalan
  3. Pencerapan keselamatan
  4. Peringanan risiko
  5. Tanggapan nilai
Setiap penyelesaian penerbangan kemudiannya akan dinilai secara objektif terhadap keperluan-keperluan ini, untuk mencipta indeks yang menyediakan pendekatan diperkemas untuk membandingkan pilihan penerbangan daripada perspektif pelanggan.

Penemuan utama laporan termasuklah:
  • Purata kekayaan Pemilik dan Ahli adalah tidak berbeza, masing-masing pada $1.5 bilion dan $1.16 bilion – sesetengah menilai tahap fleksibiliti yang lebih tinggi dengan akses pada keseluruhan kumpulan pesawat daripada membeli satu kapal terbang;
  • Peralihan meluas daripada pemilikan penuh atau pecahan – ketika susut nilai kapal terbang dijangkakan untuk kekal tinggi untuk kebanyakan model kapal terbang, nilai telah diletakkan lebih pada keperluan penerbangan, daripada pemerolehan aset;
  • Peningkatan permintaan untuk perjalanan yang lebih lama dan kabin yang lebih besar – 85% perbelanjaan pesawat perniagaan baharu dalam lima tahun seterusnya dijangkakan untuk kapal terbang bersaiz ini;
  • Peningkatan pelanggan generasi yang lebih muda, di semua rantau – pendekatan baharu mereka terhadap cara mereka mengakses perkhidmatan akan terus memacu inovasi di dalam industri.
“Di VistaJet, kami meletakkan pelanggan kami di teras semua yang kami lakukan. Apabila Ahli menyertai Program kami, kami mula membina profil keutamaan yang kami akan terus kayakan pada setiap penerbangan. Ini mungkin kedengaran biasa, tetapi infrastruktur perlu memberikan tahap perkhidmatan yang pelanggan kami jangkakan dalam setiap penerbangan yang sangat sofistikated, merentasi 187 negara, 1,600 lapangan terbang dalam notis 24 jam,” jelas Ian Moore, Ketua Pegawai Komersial di VistaJet. “Tanggapan perkhidmatan juga telah berkembang – ia mungkin tentang hiburan atas kapal apabila bergerak dengan kanak-kanak atau ia mungkin tentang penyelesaian untuk memastikan privasi mutlak ketika perjumpaan perniagaan. Setiap penerbangan adalah berbeza dan pelanggan memerlukan fleksibiliti yang maksimum semasa merasai tahap perkhidmatan paling tinggi.”

Laporan Perjalanan Pesawat menjawab soalan tentang individu yang terbang secara peribadi dan cara untuk mengenalpasti tipologi utama penerbang peribadi, termasuk individu yang mencari kawalan penuh, yang mahu terhubung secara lancar pada bila-bila masa dan penerbang sesekali. Laporan ini juga termasuk tinjauan pada trend makro paling penting yang akan membentuk industri pesawat peribadi - masa depan penerbangan perniagaan kelihatan menyerlah namun bukan semua akan berkongsi pertumbuhannya secara sama rata.

Sebagai hasil pelaburan dan pembangunan selama 14 tahun, VistaJet merupakan salah satu syarikat paling bersepadu secara teknologi dalam penerbangan perniagaan. Sebagai tambahan pada Program keahlian utama, penyelesaian digital baharu VistaJet, Direct, menawarkan pelanggan perkhidmatan bersepadu lengkap sepenuhnya melalui aplikasi dan laman webnya. Berikutan daripada pelaburan daripada Rh̫ne Capital tahun lepas, VistaJet telah menjadi satu daripada lima teratas Eropah Рdan Unikorn pertama Malta Рdengan ekuiti dinilai melebihi $2.5 bilion. Syarikat berada di tempat terbaik untuk menguasai lebih banyak saham pasaran dengan memberikan liputan global dan perkhidmatan konsisten tanpa tandingan.

Maklumat :
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com
Michael Phillips | Wealth-X | T : +1 646 861 7296 |press@wealthx.com

Foto untuk pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8deddf9c-4a12-4d93-8e2e-22f889fee5a6
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a424abdc-df90-4bb8-bbf7-de7ad728ff7c

SUMBER : VistaJet Ltd

Thursday, March 29, 2018

BERNAMA RANGKUL 2 ANUGERAH MEDIA MITI 2018


KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkul dua anugerah pada Malam Anugerah Media Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 2018 di sini, malam tadi. 

Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE) Bernama, yang diketuai Pengarang PBE, Siti Hawa Othman, meraih 'Anugerah Rakan Media kategori Media Cetak dan Portal Berita' sebagai penghargaan kerana memberikan sokongan menerusi publisiti dan pelaporan berita yang berterusan kepada kementerian.

Mohd  Noor Azeery Idris dari Bernama News Channel (BNC) pula muncul sebagai pemenang bagi anugerah media penyiaran dan video portal berita kategori berita terbaik bertajuk 'Program Pembangunan Vendor-GLC explorace 2017'.

Anugerah disampaikan oleh Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed, bersama Ketua Setiausaha, Datuk Seri J. Jayasiri.

Mustapa berkata penganjuran majlis buat julung kalinya itu adalah sebagai satu inisiatif dalam menghargai dan memberi pengiktirafan kepada pengamal media menerusi penghasilan karya-karya kewartawanan terbaik atau pelaporan berita yang berkait dengan fungsi, peranan dan kejayaan yang dicapai oleh MITI dalam mempengaruhi dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Selain untuk memberikan pengiktirafan, menjalinkan perhubungan profesional dan  mempertingkatkan imej positif, beliau berkata objektif penganjuran juga adalah sebagai satu usaha untuk menjadikan pihak media sebagai rakan informatif dalam pembentukan satu perkongsian pintar yang berterusan.

 Institut Akhbar Malaysia (MPI) dilantik sebagai sekretariat penghakiman semua lima kategori yang dipertandingkan tahun ini.

Badan penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia merangkul 'Anugerah Rakan Media kategori Media Penyiaran dan Video Portal Berita' dan kategori laporan khas terbaik bertajuk 'Kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) Alternatif Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)' oleh Mohd Zubairy Abdullah.

Kategori rencana terbaik untuk media cetak dan portal berita pula dimenangi oleh Behonce Beh dari Focus Malaysia menerusi penulisan bertajuk 'Bringing Malaysia-made medical devices to the fore'.

Selain trofi, para pemenang turut membawa pulang hadiah wang tunai antara RM2,000 dan RM5,000.

-- BERNAMA

LITHIUM WERKS MEMPEROLEH PERNIAGAAN PERINDUSTRIAN A123 SYSTEMS

LITHIUM WERKS MEMPEROLEH PERNIAGAAN PERINDUSTRIAN A123 SYSTEMS

Wednesday, March 28, 2018

PAMERAN PELABURAN TAHUNAN ZHONGSHAN MEMBERI TUMPUAN KEPADA MEMBINA KAWASAN TELUK YANG LEBIH BESAR OLEH PEMBANGUNAN YANG DIDORONG OLEH INOVASI

ZHONGSHAN, China, 28 Mac, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 28 Mac, Pameran Perdagangan, Pelaburan dan Bakat Terbaik Zhongshan 2018 dan Perangkaian Bakat Terbaik Kelima Zhongshan bermula di bawah tema "Inovasi Pelopor Pembangunan dan Kebijaksanaan Kolektif Membentuk Kawasan Teluk", dengan menarik penyertaan 1,000 orang peserta dari lebih 10 buah negara dan wilayah.
 
Unsur-unsur berinovatif yang terkumpul dan kebijaksanaan kolektif telah membolehkan Zhongshan untuk menyumbang selanjutnya kepada pembinaan Kawasan Teluk Guangdong-Hong Kong-Macao yang Lebih Besar, dengan daya saingnya di lokasi geografi, industri, inovasi dan suasana kehidupan.
 
Pada tahun ini, tarikan pelaburan adalah lebih sejajar dengan objektif teras bandar raya itu -- untuk memacukan ekonomi ke arah pembangunan berkualiti tinggi yang dipacu oleh inovasi. Upacara pembukaan bagi Pameran itu menyaksikan majlis menandatangani perjanjian sekelompok projek, termasuk Pengiktirafan Corak Pengkomputeran Super Tianhe dan Pasukan AI, Pusat Percetakan Bio 3D untuk Perubatan Ketepatan, Institusi Penyelidikan Pembuatan Pintar Siasun dan Pusat Inovasi Bersama HKUST-Zhongshan, yang memberi petanda kepada pemacu baharu bagi pertumbuhan dalam mengumpulkan sumber inovatif, mengubah dan menaik taraf di sektor perindustrian, dan mendalami kerjasama di Kawasan Teluk yang lebih Besar.
 
Menurut Lei Yuelong, Timbalan Datuk Bandar bagi Zhongshan, bandar raya itu berhasrat untuk membangunkan dirinya menjadi sebuah pangkalan bertaraf dunia bagi pembuatan termaju, hab pengangkutan serantau, pusat inovasi perindustrian dan bandar raya bersejarah dan kebudayaan yang terkenal. Pameran itu, yang berpegang kepada matlamat tersebut, membantu membawa pasukan-pasukan pakar di dalam inovasi teknologi, pembawa untuk platform penyelidikan dan pembangunan, pemeriksaan dan pengujian, dan projek-projek bagi perkhidmatan produktif premium dan pelancongan kebudayaan dari luar negara.
 
Pameran itu mengandungi 20 sesi bertema, termasuk Forum Perkongsian mengenai Pembuatan Pintar dan Kerjasama Industri Antarabangsa Zhongshan, Seminar mengenai Bakat Luar Negara dan Kerjasama Projek Teknologi, dsb., untuk membantu meningkatkan hubungan di antara industri, teknologi, projek, bakat dan pasukan profesional.
 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Zhongshan telah menghasilkan pencapaian yang menggalakkan di dalam menarik bakat melalui acara penting iaitu Perangkaian Bakat Terbaik Zhongshan dan pengenalan 18 dasar berorientasikan bakat baharu. Statistik menunjukkan bahawa empat acara perangkaian bakat yang lalu, dengan 47 sesi khas, telah menarik 23 ahli akademik, 100 tokoh daripada Program Pengambilan bagi Pakar-pakar Global China dan 136,000 bakat global. Sehingga 220 projek kerjasama bakat telah ditandatangani, dan sebahagiannya melibatkan membawa masuk pasukan-pasukan akademik.
 
Menjelang akhir tahun 2017, Zhongshan telah menjadi tempat kepada sebuah taman keusahawanan kebangsaan bagi pelajar-pelajar luar negara, 26 inkubator perniagaan di peringkat bandar raya dan perbandaran, 43 platform kerja untuk felow pasca ijazah kedoktoran dan 88 platform kerjasama bagi kolej dan universiti di luar Zhongshan. Selain itu, terdapat dua stesen kerja bakat di luar negara (di Boston dan Lembah Silikon), 10 platform inovasi kebangsaan dan cawangan mereka, 10 stesen kerja akademik dan 29 bilik kerja juruteknik utama. Statistik yang berkaitan untuk menarik profesional telah mencatatkan rekod paling tinggi, yang menunjukkan rangkaian mantap bandar raya itu bagi kakitangan yang berkaliber tinggi di dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang mapan.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Pameran Perdagangan, Pelaburan dan Bakat Terbaik Zhongshan
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10974

​PREFERRED NETWORKS AKAN LANCAR "MN-1B" SUPERKOMPUTER SEKTOR PERSENDIRIAN YANG MENGGUNA PAKAI NVIDIA TESLA V100 32GB GPU

Akan mengembangkan platform GPU pelbagai nod bagi Kumpulan NTT Com 
 
TOKYO, 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Preferred Networks, Inc. (PFN), sebuah penyedia bagi sistem pembelajaran mendalam IoT-sentrik, NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT, dan anak syarikat NTT Com NTT PC Communications Incorporated (NTT PC) hari ini mengumumkan bahawa PFN akan melancarkan satu versi superkomputer sektor persendirian MN-1 yang diperluaskan yang dilengkapi dengan platform NTT Com dan GPU generasi akan datang NTTPC menjelang Julai. Superkomputer MN-1b baharu itu akan mengguna pakai NVIDIA® Tesla® V100 32GB, yang diumumkan di GTC 2018 pada 27 Mac, 2018 (waktu Amerika Syarikat).
 
PFN merancang untuk meningkatkan MN-1 dengan menambahkan 512 NVIDIA Tesla V100 32GB GPU dan menggunakannya menjelang Julai, dengan tambahan GPU itu mempunyai prestasi puncak secara teori dalam sekitar 56 PetaFLOPS1, sebuah operasi titik pengapungan besar-besaran 56,000 trilion sesaat, berdasarkan kepada satu operasi2 titik pengapungan ketepatan bercampur yang digunakan di dalam pembelajaran mendalam. Ini bermakna bahawa pengembangan itu sahaja akan menyumbang kepada peningkatan kira-kira tiga kali ganda daripada puncak semasa.
 
PFN menjangkakan bahawa kelajuan tinggi tambahan superkomputer baharu itu dan persekitaran pemprosesan yang besar yang memanfaatkan GPU terkini akan mempercepatkan aplikasi dunia sebenar di dalam penyelidikan dan pembangunan mereka dalam pembelajaran mendalam dan teknologi yang berkaitan dan dengan itu mengukuhkan daya saing PFN di peringkat global. NTT Com dan NTT PC akan membina dan mengendalikan platform pelbagai nod yang memanfaatkan GPU terbaharu yang memenuhi keperluan PFN, dengan menggunakan pengetahuan mereka mengenai komunikasi intra-GPU dan pemprosesan haba buangan.
 
"Kami sangat berbesar hati bahawa Preferred Networks telah memilih NVIDIA Tesla V100 32GB, GPU pusat data yang paling canggih dengan dua kali ganda memori, untuk persekitaran pengiraan superkomputer persendirian generasi akan datang mereka, "MN-1b". Dengan pengalaman Kumpulan NTT Com dalam menubuhkan dan mengendalikan perkhidmatan pusat data yang sangat boleh dipercayai, yang digabungkan dengan GPU NVIDIA terkini yang berkelajuan tinggi untuk pembelajaran mendalam, kami sangat mengharapkan hasil R&D dalam bidang sistem pengangkutan, pembuatan dan bioteknologi/ penjagaan kesihatan," kata Masataka Osaki, Naib Presiden bagi Jualan Korporat dan Pengurus Negara bagi NVIDIA Jepun.
 
Emmy Chang, Pengarah Lembaga, Supermicro KK dan Naib Presiden bagi Jualan Strategik, Supermicro berkata, "Preferred Networks adalah yang pertama di dunia untuk menggunakan SuperServer® 4029GP-TRT2 kami yang dilengkapi dengan pemproses Intel® Xeon® Berskala versi terbaharu dan menyokong lapan pemecut NVIDIA Tesla V100 32GB GPU," “Preferred Networks telah membangunkan superkomputer persendirian bertaraf dunia melalui usaha kerjasama dengan Kumpulan NTT Com, dan Supermicro terus menyokong mereka dengan perkakasan dan penyelesaian berinovatif kami yang terbaharu. Kami yakin bahawa Preferred Networks akan mencapai tahap pencapaian baharu dengan superkomputer persendirian baharu mereka."
 
PFN akan menggunakan MN-1b yang baharu untuk meningkatkan kelajuan bagi kerangka pembelajaran mendalam sumber terbuka ChainerTM mereka dan mempercepatkan lagi penyelidikan dan pembangunan mereka di dalam bidang yang memerlukan sejumlah besar sumber pengkomputeran, iaitu sistem pengangkutan, pembuatan, penjagaan kesihatan bio, dan kreativiti.
 
Melangkah ke hadapan, NTT Com berharap untuk semakin menyokong penyampaian teknologi AI dan platform yang berkaitan bagi penyelidikan lanjutan dan pembelajaran mendalam yang dikomersialkan, termasuk inisiatif perniagaan AI bagi PFN.
 
Pautan yang berkaitan:
Chainer
Enterprise Cloud
Nexcenter
 
Nota:

1 Sebuah unit mengukur prestasi komputer. Peta adalah 1,000 trilion (10 kuasa 15) dan FLOPS digunakan untuk mengira operasi titik pengapungan sesaat. Oleh itu, 1 PetaFLOPS bermaksud bahawa sebuah komputer mampu untuk melakukan pengiraan titik pengapungan 1,000 trilion sesaat.

2 Operasi titik pengapungan ketepatan bercampur adalah satu kaedah bagi operasi aritmetik titik pengapungan dengan gabungan pelbagai ketepatan.
 
ChainerTM adalah satu tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Preferred Networks, Inc. di Jepun dan di negara lain. Nama syarikat dan nama produk lain yang dinyatakan di dalam siaran media ini adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi setiap syarikat.
 
Maklumat mengenai Preferred Networks, Inc.

Diasaskan pada Mac 2014 dengan tujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi bagi pembelajaran mendalam yang memberi tumpuan kepada IoT, PFN pendukung Edge Computing Heavy sebagai satu cara untuk mengendalikan sejumlah besar data yang dihasilkan oleh peranti di dalam satu cara yang diedarkan dan secara usaha sama di sisi rangkaian, memacukan inovasi dalam tiga bidang perniagaan utama: pengangkutan, perkilangan dan bio/ penjagaan kesihatan. PFN membangun dan menyediakan Chainer, sebuah rangka kerja pembelajaran mendalam sumber terbuka. PFN menggalakkan inisiatif termaju dengan menjalin kerjasama dengan organisasi terkemuka dunia, seperti Toyota Motor Corporation, Fanuc Corporation dan Pusat Kanser Negara.
https://www.preferred-networks.jp/
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan-perusahaan. Perkhidmatan ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat 1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Maklumat mengenai NTT PC Communications Incorporated

NTTPC Communications Incorporated (NTTPC), yang ditubuhkan pada tahun 1985 adalah sebuah anak syarikat milik NTT Communications, adalah sebuah penyedia penyelesaian rangkaian perkhidmatan dan komunikasi di pasaran telekomunikasi Jepun, Syarikat itu merupakan syarikat teknologi yang paling strategik di dalam kumpulan itu untuk sekian lamanya. NTTPC telah melancarkan perkhidmatan ISP yang pertama bagi kumpulan NTT, yang dikenali sebagai "InfoSphere" pada tahun 1995, dan juga melancarkan Pusat Data Internet yang pertama dan perkhidmatan hos pelayan Jepun yang diberi nama "WebARENA" pada tahun 1997. NTTPC sentiasa memulakan sesuatu yang baharu di dalam pasaran ICT.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180327006439/en/
 
Hubungi

Preferred Networks
pfn-pr@preferred.jp
atau
NTT Communications
Cik Yuko Miyamoto, Cik Aoi Funagoshi, +81 3 6700 4010
Perhubungan Awam
Jabatan Perancangan Korporat
pr-cp@ntt.com
atau
NTT PC Communications Incorporated
Encik Sato, Encik Hayashi, +81 50 3388 1664
Perhubungan Awam
pr@nttpc.co.jp
 
Sumber : NTT Communications Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10972

Monday, March 26, 2018

UMP ADVANCED SUMBANG RM5.8J

KUANTAN, 26 Mac (Bernama) -- UMP Advanced merupakan anak syarikat milik penuh Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang memfokuskan kepada aktiviti pembelajaran sepanjang hayat (PSH) menjadi tonggak kepada penjenamaan pendapatan universiti. Ianya selari dengan hasrat kementerian dalam menjadikan universiti awam mampan dan lestari dari segi kewangan, UMP Advanced berperanan dalam merealisasikan hal tersebut.

UMP Advanced berjaya merekodkan pencapaian pertumbuhan sebanyak 39 peratus pada 2017 iaitu RM21.4 juta secara keseluruhannya berbanding pencapaian pada  tahun 2016 sebanyak RM15.4 juta.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, Haji Ahmad Zakie Haji Ahmad Shariff, UMP Advanced yang ditransformasikan pada tahun 2014, iaitu lanjutan daripada penubuhan asalnya yang dikenali sebagai Centre for Continuing Education & Professional Development (CENFED), dengan fungsi asalnya untuk pembangunan kemahiran dalam kalangan mahasiswa UMP.

Fungsi UMP Advanced kini telah diperluaskan dengan penawaran program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merangkumi program profesional dan eksekutif peringkat diploma sehingga sarjana, program perdana peringkat ijazah sarjana muda dan pembangunan dan penyelarasan latihan dan kemahiran.

Program yang ditawarkan ini meliputi pelbagai bidang ilmu untuk lapisan masyarakat bermula dari peringkat sekolah sehinggalah peringkat tertinggi pengajian dan ada daripadanya mendapat pengiktirafan daripada badan profesional seperti program Persijilan Pegawai Kesihatan & Perkerjaan (SHO) daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sehingga kepada program-program yang dirumuskan khas mengikut keperluan terkini industri-industri yang berkaitan.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Dr. Mohamad Rozi Hassan, sumbangan syarikat kepada UMP untuk pencapaian pada tahun lalu berjumlah RM5.8 juta adalah yang tertinggi sejak ditransformasikan daripada sebuah pusat tanggung jawab di bawah universiti. Penyaluran sumbangan ini meliputi dividen dan bayaran perkhidmatan kepada universiti serta agihan pendapatan kepada fakulti dan pusat tanggung jawab yang menjalankan program dengan UMP Advanced.

Penyerahan agihan pendapatan ini telah disampaikan Dr. Mohamad Rozi Hassan kepada Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim yang juga disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Advanced, Haji Ahmad Zakie Haji Ahmad Shariff dalam Majlis Aspresiasi Pembelajaran Sepanjang Hayat yang berlangsung di Kompleks Pentadbiran Utama UMP Kampus Gambang.

UMP Advanced menawarkan program-program PSH meliputi program separuh masa, program sepenuh masa mod fleksibel dan kemasukan khas serta program profesional atau eksekutif yang ditawarkan kepada warga kerja industri untuk menyambung pengajian bagi latihan semula atau peningkatan kemahiran. Kursus-kursus jangka pendek yang melibatkan pensijilan kompetensi seperti kesihatan dan keselamatan pekerjaan turut ditawarkan.

Pihaknya juga turut memainkan peranan aktif dalam membantu universiti memberikan khidmat dan tanggung jawab sosial kepada masyarakat melalui latihan kemahiran akademik kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang menduduki peperiksaan utama di bawah program Empower Mahkota ECER. Di samping itu juga, program kemahiran dan keusahawanan turut dijalankan kepada golongan B40 bagi memberikan latihan yang sewajarnya kepada masyarakat dalam meningkatkan pendapatan dan sosio-ekonomi mereka.

UMP Advanced juga membantu dari segi peningkatan enrolmen pelajar ambilan luar UMP sama ada pelajar sepenuh masa mahupun separuh masa yang kebanyakannya merupakan warga kerja industri yang turut memberi nilai tambah kepada kadar kebolehpasaran pelajar.  Aktiviti yang dijalankan syarikat juga selari dan menyokong dasar yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam membangunkan modal insan negara yang menyokong agenda PSH yang turut memfokus kepada pendidikan TVET. Malahan peluasan akses pendidikan kepada golongan sasaran juga dapat mencapai matlamatnya.

Dalam pada itu pihaknya akan sentiasa komited untuk meninjau peluang-peluang baharu yang dapat membantu aktiviti penjanaan pendapatan syarikat khususnya dalam pembangunan program baharu yang mendapat sambutan dan terpandu kepada ledakan revolusi industri 4.0 ini dan juga perlu bersedia untuk kemunculan industri 5.0 selepas ini.

Program yang ditawarkan juga perlu mengarah kepada peluang pekerjaan masa hadapan yang masih belum dicipta. Ianya merupakan satu mobiliti sosial yang perlu direbut oleh warga kerja industri dan masyarakat umum sekaligus memberikan impak yang besar ke arah melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran dalam mendepani cabaran masa untuk mencapai hasrat dan visi Transformasi Nasional (TN50).

SUMBER : Universiti Malaysia Pahang (UMP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mimi Rabita Abdul Wahit
Pegawai Perhubungan Awam dan Media
Universiti Malaysia Pahang
Tel : 09-42450584/ 0199887321

Saturday, March 24, 2018

CLOUDFLARE MENGUMUMKAN MOBILE SDK UNTUK MEMANTAU PRESTASI RANGKAIAN APLIKASI

Penyelesaian percuma baharu memberikan analisis rangkaian kepada mana-mana pembangun aplikasi mudah alih

SAN FRANCISCO, 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat peneraju prestasi dan keselamatan Internet hari ini mengumumkan Mobile SDK Cloudflare, penyelesaian percuma yang membolehkan sebarang pembangun aplikasi mudah alih memahami prestasi dan metrik rangkaian.

Pelanggan kecewa dengan aplikasi mudah alih yang perlahan, ranap atau memberikan ralat yang memburukkan pengalaman pengguna. Bagi pembangun aplikasi mudah alih, pengalaman pengguna yang buruk bermakna ulasan juga buruk, penggunaan lebih rendah dan penukaran metrik perniagaan juga berkurangan.

Prestasi aplikasi yang konsisten memerlukan fokus pada setiap aspek dalam proses: kod aplikasi, panggilan rangkaian antara aplikasi dan pinggir rangkaian serta infrastruktur pelayan. Terdapat beberapa penyelesaian yang memberikan analisis untuk aplikasi pembangun, tetapi belum ada cara untuk memahami berapa kerap aplikasi gagal disebabkan ralat rangkaian.

Pembangun aplikasi boleh menyepadukan Mobile SDK Cloudflare bersama aplikasi mudah alih mereka dengan mudah untuk melihat prestasi dan ralat rangkaian mereka di seluruh dunia. Mobile SDK Cloudflare ialah sampingan untuk alat pembangun sedia ada seperti Crashlytics, Rollbar, Sentry, Instabug dan lain-lain.

“Cloudflare fokus untuk membantu membina Internet yang lebih baik, daripada telefon bimbit hingga pelayan punca dan sebaliknya,” kata Matthew Prince, pengasas bersama dan CEO Cloudflare. “Kami mahu membantu pembangun aplikasi mudah alih untuk menjejak prestasi rangkaian dengan lebih mudah secara percuma, kerana hal ini baik untuk Internet.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10963

Friday, March 23, 2018

TOSHIBA MEMPERLUASKAN PILIHAN PAKEJ BAHARU UNTUK PENGGANDING FOTO IC-OUTPUT SO6L

- Produk baharu merealisasikan penggantian langsung daripada produk pakej SDIP6 (jenis F) sekarang


TOKYO, 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") sedang memperluaskan barisan pengganding foto IC-output SO6L mereka dengan satu pakej[1] bentuk baru yang luas jenis SO6L (LF4). Penghantaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180321006319/en/ 

Pakej SO6L(LF4) itu mempunyai satu jarak rayapan 8mm, yang memenuhi standard jarak rayapan industri untuk SO6L.

Sehingga kini, Toshiba telah menawarkan lapan pengganding foto dalam pakej SO6L(LF4): tiga untuk aplikasi komunikasi berkelajuan tinggi dan lima untuk aplikasi pemacu IGBT/ MOSFET. Sekarang syarikat itu telah menambah enam pengganding foto dalam pakej SO6L(LF4) kepada portfolio produk mereka: tiga untuk aplikasi komunikasi berkelajuan tinggi dan tiga untuk aplikasi pemacu IGBT/MOSFET.

Pakej SO6L(LF4) itu adalah jejak serasi dengan pakej SDIP6(jenis F) dengan pilihan pembentukan plumbum yang luas dan ketinggian pakej maksimum 4.15mm. Di samping itu, pakej SO6L(LF4) mempunyai ketinggian maksimum 2.3mm, iaitu kira-kira 45% lebih nipis daripada pakej SDIP6(jenis F) yang konvensional. Pakej berprofil rendah itu menyumbang kepada pengurangan saiz sistem dan boleh dipasang di lokasi yang ketinggiannya terhad, seperti di belakang sebuah papan.

Toshiba akan mengeluarkan lebih banyak pengganding foto IC-output sebagai pengganti langsung untuk pakej SDIP6 (jenis F) yang ada sekarang.

Laporan pasaran Gartner yang terbaharu mengiktiraf Toshiba sebagai pengeluar terkemuka bagi pengganding opto berdasarkan kepada jualan pada tahun 2015 dan 2016, dengan 23% daripada penguasaan pasaran berasaskan jualan dalam tahun komersil 2016. (Sumber: Gartner, Inc. "Penguasaan Pasaran: Peranti dan Aplikasi Semikonduktor di Seluruh Dunia, 2016" 30 Mac 2017.)

Toshiba akan terus menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menggalakkan pembangunan bagi pelbagai portfolio pengganding foto dan geganti foto yang disesuaikan dengan arah aliran pasaran.

Aplikasi
  • Pengganding foto komunikasi berkelajuan tinggi
    (Rangkaian kilang, antara muka digital, papan antara muka I/O, pengawal logik boleh atur cara (PLC), pemacu modul kuasa pintar[2] dan sebagainya.)
  • Pemacu pengganding foto IGBT / MOSFET
    (Penyongsang serbaguna, penyongsang pendingin hawa, penyongsang kuasa fotovolta, dan sebagainya.)
Ciri-ciri
  • Ketinggian pakej: 2.3mm (maksimum) [1.85mm lebih rendah daripada SDIP6(jenis F) (pengurangan 45%)]
  • Jarak pin[3]: 9.35mm (minimum) [keserasian pin dengan SDIP6(jenis F)

Spesifikasi Utama

(Nilai ciri-ciri adalah dijamin di bawah julat suhu yang ditunjukkan di bawah;
@Ta=-40 hingga 125℃ untuk TLP2710(LF4), TLP2766A(LF4)
@Ta=-40 hingga 110℃ untuk TLP2745(LF4), TLP2748(LF4), TLP5771(LF4), TLP5772(LF4), TLP5774(LF4)
@Ta=-40 hingga 100℃ untuk TLP2719(LF4) )
 
Bahagian baharu
nombor
[Pakej: SO6L(LF4)]
 Nombor bahagian semasa
[Pakej: SDIP6(jenis F)]
 Aplikasi Ciri-ciri(produk baharu)
   Bekalan semasa
ICCH, ICCL
maksimum
(mA)
 Ambang input semasa
(L -> H)
IFLH
maksimum
(mA)
 Masa lengah perambatan
tpLH, tpHL
maksimum
(ns)
 Output puncak semasa
IOPH, IOPL
maksimum
(A)
 Imuniti sementara mod biasa
CMH, CML
Minimum @Ta=25℃
(kV/μs)
TLP2710(LF4) - Komunikasi Berkelajuan Tinggi 0.3[5] 1.0 250 - +/-25
TLP2745(LF4) TLP715F  3 1.6 120 - +/-30
TLP2748(LF4) TLP718F  3 1.6[6] 120 - +/-25
TLP2719(LF4)[4] TLP719F  TBD - 800@Ta=25℃ - +/-10
TLP2766A(LF4)[4] TLP2766F  3 3.5[6] 40 - +/-20
TLP5771(LF4) TLP701AF Pemacu IGBT / MOSFET
 3 2 150 +/-1 +/-35
TLP5772(LF4) TLP700AF  3 2 150 +/-2.5 +/-35
TLP5774(LF4) -  3 2 150 +/-4 +/-35
 
 
Barangan Nama Pakej
 SO6L(LF4) SDIP6(jenis F)
Ketinggian maksimum (mm) 2.3 4.15
Jarak rayapan minimum (mm) 8 8
Jarak kelegaan minimum (mm) 8 8
Voltan pengasingan
BVS@Ta=25℃ (kVrms)
 5 5
 

Nota
[1] Satu pakej dengan jarak pin yang lebih panjang berbanding dengan sebuah pakej standard.
[2] Nombor alat yang berkenaan: TLP2710(LF4), TLP2745(LF4), TLP2748(LF4)
[3] Jarak pin: Jarak di antara pin dan LED dan pin pada fotopengesan.
[4] Dalam Pembangunan
[5] IDDH, IDDL
[6] IFHL

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan pengganding foto Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180321006319/en/

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

SD-WAN NTT COMMUNICATIONS MEMBERIKAN PERLUMBAAN MCLAREN SATU KELEBIHAN UNTUK MUSIM 2018

WOKING, United Kingdom & TOKYO, 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PASUKAN Formula 1 McLaren (McLaren), sebuah pemimpin pelopor di dalam perlumbaan motor Formula 1 selama lebih 50 tahun, dan NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa McLaren akan mengguna pakai teknologi SD-WAN (rangkaian kawasan luas berdefinisi perisian) dari NTT Com untuk menghubungkan Pusat Teknologi McLaren dengan litar lumba di 21 buah negara semasa musim 2018. Keputusan itu adalah susulan daripada satu ujian pengerahan yang berjaya bagi teknologi itu semasa Grand Prix Jepun 2017, apabila McLaren berupaya untuk menghantar 100GB data semasa satu perlumbaan dari Jepun ke United Kingdom melalui SD-WAN NTT Com.

SD-WAN NTT Com menggunakan perisian untuk mengawal WAN, menyediakan McLaren dengan aliran data trafik dengan pantas, selamat, boleh dipercayai dan pengurusan yang fleksibel. Pelbagai trafik boleh dihantar melalui penyambungan yang berbeza, seperti internet, mudah alih dan MPLS, bergantung kepada masa, keutamaan dan kelajuan rangkaian semasa. Fleksibiliti ini membolehkan keutamaan penghalaan bagi data penting, seperti telemetri dan video, pada detik kritikal. Juga, perkhidmatan NTT Com termasuk satu skrin papan pemuka untuk menggambarkan status data trafik semasa sesuatu perlumbaan. McLaren boleh memahami ketersediaan rangkaian dan jalur lebar data yang diperlukan secara sepintas lalu untuk mengoptimumkan penghantaran data semasa sesuatu perlumbaan, sekali gus memberikan mereka satu kelebihan dalam pembentukan tepat masa, pelarasan dan pengerahan strategi dalam perlumbaan.

Dr. Shin Miyakawa, Naib Presiden, Pejabat IoT/ Pasukan Petugas McLaren sangat gembira dengan genesis dan evolusi projek itu. "Seorang daripada jurutera R&D kami telah menghadiri satu latihan pramusim di Barcelona pada tahun 2017 dan melihat ketaran video sekali-sekala di skrin di dalam garaj, yang membuat beliau tertanya-tanya mengenai kesesakan data yang menyebabkan masalah itu. Atas saranan beliau, kami telah menguji SD-WAN kami semasa perlumbaan Suzuka 2017 dan hasilnya sangat berjaya. Kami merekabentuk satu penyelesaian untuk musim 2018 yang McLaren kini akan menggunakannya di seluruh pasukan itu. Saya sangat gembira dengan kejayaan perkongsian teknologi kami."

Semasa satu ucap utama di Kongres Mudah Alih Sedunia pada Februari 2018, juara dunia F1 sebanyak dua kali, Fernando Alonso bercakap tentang kepentingan data yang semakin  meningkat untuk kedua-dua prestasi mesin dan pemandu: "Setiap kereta menyediakan lebih banyak data pada setiap saat daripada yang anda dapat bayangkan. Setiap pergerakan yang kami lakukan di dalam kereta, setiap input roda stereng, setiap input pendikit, setiap input tekanan brek dihantar dengan kadar segera dalam tepat masa kepada jurutera di garaj."

"Teknologi adalah satu bahagian yang penting bagi perlumbaan," kata Zak Brown, Pengarah Eksekutif di Kumpulan Teknologi McLaren. "SD-WAN adalah satu daripada beberapa keuntungan kecil yang kita lihat daripada perkongsian teknologi kami dengan NTT Communications. Oleh kerana SD-WAN menawarkan kami lebih banyak kawalan ke atas aliran data semasa detik-detik penting, ia memberi kami satu kelebihan. Saya juga berpendapat ia membuktikan kesediaan Rakan Teknologi kami untuk menyampaikan, untuk membawa kepakaran mereka kepada kumpulan, dengan matlamat utama untuk memacukan pasukan dengan lebih cepat."

Untuk maklumat lanjut mengenai SD-WAN NTT Communications, atau untuk menghubungi kami: ntt-sdwan.com

Lampiran 1. Infrastruktur ICT Selamat
Lampiran 2. Jadual Perlumbaan untuk Musim 2018

Maklumat mengenai PASUKAN Formula 1 McLaren

Pemandu perlumbaan New Zealand Bruce McLaren mengasaskan pasukan perlumbaan McLaren pada tahun 1963. Sejak tahun 1966, ketika ia menyertai perlumbaan Formula 1 mereka yang pertama, McLaren telah memenangi 20 kejohanan dunia dan lebih daripada 180 grand prix. Ia juga telah memenangi Le Mans 24 Jam dan Indy 500 dua perlumbaan terbesar di dunia.

Sejak peringkat awal lagi, Kumpulan Teknologi McLaren telah berkembang untuk menjadi satu daripada pesaing yang paling berjaya di dalam sukan antarabangsa, menjadi sebuah pengeluar automotif yang terkenal di dunia, dan mendapat pengiktirafan sebagai satu daripada jenama berteknologi tinggi yang paling terkenal di dunia.

Pasukan McLaren menyertai kempen Kejohanan Dunia Formula 1 FIA 2018 dengan juara dunia dua kali, Fernando Alonso dan Stoffel Vandoorne.
Mereka memandu McLaren-Renault MCL33.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat 1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180321006314/en/
 
Hubungi
Untuk maklumat lanjut
Kumpulan Teknologi McLaren
Encik Tim Bampton
Pengarah Perhubungan Kumpulan
tim.bampton@mclaren.com
atau
NTT Communications Corporation
Encik Ryu Kanishima
Pembangunan Teknologi
sd-wan@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation