Thursday, May 31, 2018

INILAH SEBAB HUOBI IALAH PENERAJU PENYEDIA ASET BLOCKCHAIN GLOBAL

SINGAPURA, 31 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tidak kira di mana anda berada, anda akan mendengar tentang kripto. Semua media telah menggunakan istilah baharu ini, dalam penerbitan dalam talian, iklan dan laman berita. Namun begitu, adakah pembeli kripto merupakan pengguna awal?
 
Mata wang kripto masih berada di tahap awal. Bagi yang mahu memasuki dunia mata wang kripto, soalan yang lazim ditanya adalah: platform manakah yang paling sesuai untuk mula berdagang? Tetapi secara objektif, membezakan platform-platform yang ada di web bukanlah perkara mudah.

Dalam artikel ini, kami mempersembahkan Huobi, platform yang menonjol kerana ketersambungan dan antara mukanya yang mendapat sambutan hangat. Dimulakan pada tahun 2013, Huobi merupakan antara alternatif terbaik dalam ruang siber untuk pertukaran kripto.

Program Rebat Super Huobi.

Manfaat baharu yang dilaksanakan oleh Huobi ialah sistem diskaunnya di mana setiap pengguna mata wang kripto boleh menerima komisen dengan menjana pautan jemputan dan menjemput pengguna baharu untuk mendaftar dalam mata wang.
 
Bagaimana untuk bermula dengan orang rujukan?

1- Pertama sekali, anda mesti masuk tab yang tertera jemputan, di penjuru kanan atas laman web. Cari "Kod jemputan saya" dan klik untuk masuk.

2- Untuk mendapatkan kod jemputan, anda boleh mendaftar dan menjemput pengguna baharu dengan dua cara: pertama, anda mesti menghantar kod anda kepada tetamu anda dan apabila tetamu mendaftar, lengkapkan pendaftaran untuk mendapatkan kod jemputan.

Atau, anda boleh hantar pautan jemputan menerusi rangkaian sosial, apabila kedua-dua sudah berdaftar melalui pautan tersebut, sistem akan melengkapkan pendaftaran berikutnya dengan memberikan kod jemputan kepada anda.

3- Dalam "Jemput", klik pada "Pendaftaran jemputan" untuk melihat jika pendaftaran pengguna yang dijemput berjaya. Anda hanya boleh melihat hasil jika ia direkod dengan betul.

4- Selepas mengesahkan pendaftaran tetamu anda, platform akan mengira jumlah rebat transaksi dan pemindahan akaun pengguna pada hari berikutnya. Komisen akan diberikan dalam bentuk USDT dan pada kad mata.

Secara ringkas, apabila anda menjemput pengguna baharu untuk berdagang mata wang kripto di Huobi dan pengguna tersebut membuat transaksi dalam masa 90 hari, penjemput akan menerima 30% daripada komisen keseluruhan.

Mengapa Pilih Huobi? 

Platform seperti Huobi memudahkan anda berjinak dalam mata wang kripto dengan membimbing anda langkah demi langkah. Jika anda baru bermula dalam pertukaran mata wang digital, Huobi boleh memberikan anda kunci kejayaan yang anda ingini. Selain itu, Huobi mempunyai platform maklumat pintar baharu: EOS. Sistem Operasi Perusahaan adalah berdasarkan blockchain dan bertujuan untuk menggunakan seni bina blockchain yang serupa dengan sistem operasi dan menyokong aplikasi teragih. Seni bina ini boleh menyediakan akaun, pengesahan identiti, pangkalan data, komunikasi tak segerak dan pengaturcaraan program dan pengendalian selari dalam puluhan ribu kluster CPU / GPU.

Jika anda berminat untuk mengetahui butiran tentang program jemputan atau platform itu sendiri, klik di sini.
 
Hubungan media:
Lingtong Miao
lingtong.miao@kolads.com
 
SUMBER: Huobi
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11163

​SUPER B DAN LITHIUM WERKS MENANDATANGANI PERJANJIAN BEKALAN SEL BERBILANG TAHUN UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN BATERI LITIUM YANG SEMAKIN MENINGKAT

HENGELO, Netherlands, 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pakar bateri Litium Super B (www.super-b.com) dan pembekal sel Lithium Werks B.V.(www.lithiumwerks.com) telah menandatangani perjanjian berbilang tahun yang akan menjamin bekalan bateri ion litium kepada pelanggan di seluruh dunia.

Di bawah perjanjian ini, Lithium Werks, kumpulan penyelesaian bateri ion litium dan tenaga mudah alih yang pesat berkembang, akan mengerakkan bekalan berterusan Sel Nanophosphate Tm Lithium Werks yang berkualiti tinggi sementara Super B terus mengembangkan operasinya dalam memacu permintaan untuk bateri ion litium.

“Syarikat peneraju dalam sektor seperti automatif, industri, marin dan tenaga boleh diperbaharui telah diberi perkhidmatan oleh Super B dan keinginan mereka untuk penyelesaian berkuasakan bateri menjadi semakin tinggi. Kami bersedia untuk menyokong Super B semasa mereka terus memenuhi permintaan untuk bateri litium yang pesat berkembang ini,” kata T. Joseph Fisher III, CEO dan pengasas bersama Lithium Werks.

“Saya merasa kagum dengan keupayaan Super B untuk berkembang dengan cepat pada tahun-tahun terkini dan oleh cita-citanya untuk berkembang dengan lebih cepat pada tahun-tahun akan datang. Kami menjangkakan Super B untuk mengandakan saiznya setiap tahun untuk beberapa tempoh dan saya gembira yang Lithium Werks telah mendapat rakan kongsi strategik yang kukuh seperti Super B,” kata En Fisher.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Super B dalam perikatan strategik jangka masa panjang ini kerana produk dan inovasi mereka merupakan padanan yang sesuai untuk sel silinder Nanophosphate Tm proprietari kami yang telah dipatenkan,” kata En Fisher.

CEO Super B, Henk Kleef menyatakan bahawa perjanjian ini akan memberi manfaat kepada pelanggannya.

“Perjanjian bekalan jangka masa panjang untuk sel berkualiti tinggi daripada syarikat global seperti Lithium Werks akan mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk mengembangkan kapasiti dan memenuhi permintaan berterusan pelanggan kami untuk penyelesaian bateri litium dalam tahun-tahun akan datang,” kata En Kleef.

“Lithium Werks, yang mempunyai reputasi kukuh sebagai pembekal sel, modul dan sistem kuasa boleh skala Litium Ferum Fosfat, ialah rakan kongsi yang ideal untuk kami dalam terus memberikan penyelesaian tenaga yang tahan lama, selamat dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami,” kata En Kleef.

Super B dan Lithium Werks, kedua-duanya merupakan pakar dalam teknologi Litium Ferum Fosfat, kimia ion litium yang menawarkan kestabilan terma dan bahan kimia yang tinggi serta dilihat sebagai teknologi ion litium yang paling selamat tersedia hari ini. Kerjasama strategik ini dibina atas hubungan sedia ada yang kini telah menjadi semakin kukuh.


Perihal Super B
Super B mempunyai reputasi yang kukuh dalam pembangunan dan penghasilan bateri litium atasan yang unik untuk pelbagai industri dan aplikasi. Pelbagai pengilang peneraju dan pelanggan dalam pasaran seperti automotif, kenderaan rekreasi, motosikal, UPS dan marin telah merasai penyelesaian bateri litium Super B yang inovatif dan boleh dipercayai. Penyelesaian Super B dibangunkan dan dihasilkan di Hengelo, Netherlands dan disokong oleh pusat jualan/perkhidmatan rantau di seluruh dunia.

Perihal Lithium Werks
Lithium Werks ialah syarikat bateri ion litium yang pesat berkembang dengan kemudahan pengilangan di China dan pejabat di AS, Netherlands, Ireland Utara, Great Britain dan Norway. Lithium Werks menyediakan sel, modul dan sistem pengurusan bateri kepada pasaran seperti pengendalian bahan, storan tenaga tetap, perubatan dan marin komersial.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11161

NEURALSTEM MENYERTAI KONVENSYEN ANTARABANGSA BIO 2018

NEURALSTEM MENYERTAI KONVENSYEN ANTARABANGSA BIO 2018

ARM® CORTEX®-M TERAS TOSHIBA BERASASKAN MIKROPENGAWAL MENYOKONG SISTEM PENGENDALIAN MBED™

ARM® CORTEX®-M TERAS TOSHIBA BERASASKAN MIKROPENGAWAL MENYOKONG SISTEM PENGENDALIAN MBED™

Dana Cradle sokong rancangan pengembangan AdEasy

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- AdEasy, pasaran dalam talian pertama di Asia Tenggara bagi membantu menghubungkan perniagaan dengan media pengiklanan tradisional, dipilih oleh Cradle Fund Sdn Bhd untuk menerima dana sebanyak RM775,000 pada 2017 dalam pelan pelaburan Direct Equity 800 (DEQ800).

Daripada 800 syarikat, 13 pemula niaga dipilih untuk menerima suntikan modal antara RM300,000 dan RM800,000.

Pembiayaan Cradle tersebut adalah pusingan kedua bagi AdEasy, setelah menerima RM242,000 pada tahun lepas melalui platform penjanaan modal secara komuniti, pitchIN. Setakat ini, AdEasy telah menempah 15 kempen dengan jumlah perbelanjaan iklan lebih daripada RM950,000 untuk pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhananya (PKS).

"Terdapat pasaran besar PKS yang belum diterokai yang belum lagi mengiklan, lebih tepat sebanyak 86.6 peratus," kata Ketua Pegawai Eksekutif AdEasy, Melissa Sim.

"Ini kerana mereka kurang pengetahuan, data dan alat untuk membuat keputusan yang tepat. Kami berhasrat untuk melengkapkan PKS dengan pengetahuan pengiklanan dan alat perancangan media supaya mereka dengan yakin dapat menempah ruang iklan dengan sendirinya," tambahnya.

PKS dapat menjimatkan masa, wang dan sumber dalam mencari ruang iklan yang sesuai melalui pasaran menyeluruh dalam tiga langkah mudah melalui AdEasy dengan melayari, membandingkan dan menempah.

Perbelanjaan iklan Malaysia pada 2017 berjumlah RM4.65 bilion, dengan pengiklan Malaysia memperuntukkan 77 peratus daripada bajet pengiklanan mereka untuk media tradisional.

Menurut laporan Nielsen Consumer and Media View 2017, media tradisional menikmati lebih 70 peratus yang dicapai secara keseluruhan. Lebih 90 peratus rakyat Malaysia yang berumur antara 15-24 tahun menggunakan media tradisional dan digital, dan hanya satu peratus daripada demografi ini menggunakan media digital semata-mata dalam tempoh masa itu.

Jelas sekali pengiklanan tradisional masih berkembang.

Hari ini, lebih 480 ruang iklan disenaraikan di AdEasy daripada lebih 80 pilihan media seperti Pawagam GSC, Astro Radio, BFM 89.9, The Malay Mail, Mingguan Wanita, Her World, Bernama News Channel, Saluran Melayu Astro, Grab On-car Ads, Hot Media, dan banyak lagi.

"Kami terus menambah lebih banyak pilihan media ke pasaran setiap bulan dan merancang untuk memperluaskan tawaran ruang iklan kami untuk memasukkan negara jiran pada akhir tahun ini supaya PKS mudah menempah ruang iklan di mana saja, pada bila-bila masa di rantau ini tanpa halangan. Kami bertekad untuk menjadikan AdEasy sebagai ekosistem dalam talian utama untuk pengiklanan di Asia Tenggara," kata Sim.

"Cradle mempunyai lebih 700 pemula niaga dalam portfolionya, dan memberikan mereka bimbingan, peluang rangkaian, dan bantuan untuk pertumbuhan. Selain daripada mengetahui kami berada dalam keadaan yang baik, kami percaya AdEasy boleh menambah nilai kepada pemula niaga penerima pelaburan Cradle dengan menjadi sokongan iklan mereka. Akhirnya, seperti Cradle, AdEasy memberi tumpuan kepada pertumbuhan bagi mereka - melalui pengiklanan," katanya.

Ketua Pegawai Pelabuhan Cradle, Juliana Jan berkata inovasi digital menjadi perkara penting strategi pelaburan syarikat.

"Sebuah pasaran dalam talian untuk ruang iklan luar talian yang membolehkan pengiklan menempah ruang iklan luar talian menentukan masa depan pengiklanan tradisional.

"Kami yakin AdEasy dan teknologinya akan menjadi pembawa perubahan dalam industri. Kami melihat potensi besar dalam AdEasy dan kami teruja untuk menyokong serta menjadi sebahagian daripada syarikat ini," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, May 30, 2018

Chin pengerusi baharu SMBCMY



KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Bhd (SMBCMY) melantik Tony Chin Kok Sang, sebagai pengerusi Lembaga Pengarahnya yang baharu, berkuat kuasa 15 Mei, 2018.

Dalam satu kenyataan hari ini, SMBCMY berkata Chin, 60, menggantikan Datuk Md Agil Mohd Natt yang bersara pada 1 April, 2018.

Chin merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas (INED) SMBC sejak 18 Sept, 2015.

Semasa perkhidmatannya sebagai INED, beliau merupakan pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga (BAC), Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga (BNRC) dan sebagai anggota Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga (BRMC).

Chin mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan kewangan. Beliau berkhidmat selama 14 tahun dengan Societe Generale Group di pejabatnya di Australia, Singapura dan Malaysia.

Sementara itu, Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah, 52, dilantik sebagai INED SMBCMY berkuat kuasa 1 April, 2018.

Beliau juga akan menjadi Pengerusi BRMC dan pada masa yang sama berkhidmat sebagai anggota BAC dan BNRC.

Wan Fadzmi mempunyai pengalaman 25 tahun dalam industri perbankan domestik serta antarabangsa, dan telah mengetuai unit perniagaan utama di London, New York dan Hong Kong.

-- BERNAMA 

AXA sedia bayaran balik enam peratus GST

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bagi menghargai pelanggannya, AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) akan mengembalikan bayaran enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada semua pemegang polisi yang membuat pembayaran terlebih dahulu bagi polisi yang tamat pada 1 Jun dan seterusnya.

Tawaran ini sah sehingga 30 Sept.

Ketua Pegawai Kewangan AAGI, Michelle Dan berkata usaha itu sejajar dengan pengumuman kerajaan Malaysia untuk mengurangkan GST kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun.

"Dalam kebanyakan kes, tiada bayaran balik GST akan diberikan untuk pembayaran yang dibuat sebelum 1 Jun. Tetapi kami menghargai pelanggan setia kami, oleh itu kami akan mengembalikan enam peratus GST kepada mereka," kata Dan dalam satu kenyataan hari ini.

Mulai sekarang hingga 30 Sept, semua pemegang polisi yang terjejas boleh meminta bayaran balik dengan menghubungi khidmat pelanggan AAGI di (+603) 2170 8282, pada Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang (tidak termasuk hari cuti umum) atau dengan mengunjungi mana-mana pejabat cawangannya di seluruh negara.

-- BERNAMA

Friday, May 25, 2018

PKNS agih RM70,000 zakat perniagaan kepada 10 NGO

SHAH ALAM, 25 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mengagihkan zakat perniagaan berjumlah RM70,000 kepada 10 badan bukan kerajaan (NGO) sempena Majlis Iftar Ramadan perbadanan itu di sini hari ini.

Penerima zakat berkenaan ialah Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Malaysia, Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Persatuan IMAM), Yayasan Al Ikhlas, Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Yayasan Kanser Malaysia, Majlis Kanser Negara dan Maahad Tahfiz Pulau Meranti Puchong, masing-masing menerima RM7,000.

Selain itu, anak syarikat PKNS, Selgate Corporation Sdn Bhd turut menyumbang RM7,000 kepada Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatu Quran, Tanjong Karang, Selangor, manakala Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) RM7,000 kepada Pusat Tahfiz Sofiuddin Kampung Delek.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim, berkata majlis iftar itu menjadi acara tahunan PKNS setiap Ramadan untuk meraikan golongan kurang bernasib baik selain merapatkan ukhwah dalam kalangan anggota PKNS.

"Hari ini juga, kita raikan lima keluarga saudara baharu yang kurang berkemampuan. Kita ada beri duit raya kepada anak-anak mereka serta belanja dapur kepada setiap keluarga," katanya pada majlis iftar itu yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof.

Beliau berkata pada Rabu lepas, lima keluarga terbabit dibawa PKNS untuk membeli kelengkapan raya di Kompleks PKNS di mana setiap orang diberi peluang memilih baju raya masing-masing melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM5,302.

Sementara itu, seorang penerima, Putri Patrisia Abdullah, 32, yang memeluk agama Islam pada 2013 melahirkan penghargaan kepada PKNS di atas sumbangan baju raya.

-- BERNAMA

DANAJAMIN LANTIK CHOO YEE KWAN SEBAGAI ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) – Syarikat penginsurans jaminan kewangan, Danajamin  Nasional Bhd melantik Choo Yee Kwan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dalam Lembaga Pengarah syarikat itu untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa Selasa lepas.

Choo, yang memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Undang-undang (Kepujian) daripada University of London, mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri perbankan dan pengurusan risiko.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang beberapa jawatan kanan antaranya 16 tahun sebagai ketua pegawai risiko dan ketua pegawai kredit dengan tiga bank yang berbeza.

Pengarah Urusan Danajamin, Mohamed Nazri Omar berkata: “Kami percaya dengan pengalamananya yang luas terutamanya dalam industri perbankan, akan terus meningkatkan kedudukan syarikat sebagai syarikat insurans jaminan kewangan pertama di negara ini.

“Kami yakin, Choo Yee Kwan akan memperi impak penting dan positif kepada Danajamin,” katanya.



-- BERNAMA

PRA DINAMAKAN SEBAGAI SYARIKAT KAJIAN KLINIKAL ANTARABANGSA TAHUN INI

RALEIGH, N.C., 25 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ:PRAH) sukacita mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf oleh PharmaTimes sebagai Syarikat Kajian Klinikal Antarabangsa Tahun Ini. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut PRA menerima pengiktirafan tersebut.
 
“Anugerah ini meraikan kecemerlangan dalam industri kajian klinikal dan kami berbangga untuk diiktiraf sekali lagi oleh rakan sejawat kami,” kata Colin Shannon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Anugerah ini ialah hasil usaha ahli pasukan PRA berbakat yang bekerja di seluruh dunia dan sangat komited terhadap kerja dengan membawakan terapi baharu yang boleh menyelamatkan nyawa kepada pesakit yang memerlukannya.”
 
PRA juga menggondol kategori Sekutu Kajian Klinikal dan Pentadbir Ujian Klinikal dengan 11 anugerah keseluruhannya. Anugerah ini tersebut setelah PRA diiktiraf awal tahun ini dalam pertandingan PharmaTimes benua Amerika di mana syarikat tersebut juga telah menerima 11 anugerah, termasuk Syarikat Tahun Ini.
 
Pertandingan Pengkaji Klinikal Antarabangsa Tahun Ini PharmaTimes bertujuan untuk mencabar, mengiktiraf dan menghargai bakat dan semangat penyelidik industri dan akademik. Terdiri daripada tiga tahap, pertandingan tersebut menawarkan peluang kepada golongan profesional dalam kajian klinikal untuk meletakkan tanda aras kepakaran mereka berbanding rakan sejawat dalam persekitaran pembelajaran dan untuk dinilai oleh kumpulan tokoh industri eksekutif bebas.  
 
PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES

PRA merupakan salah satu organisasi penyelidikan kontrak global terkemuka, yang secara pendapatannya, menyediakan perkhidmatan pembangunan klinikal yang di sumber luar kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA termasuk lebih daripada 70 pejabat merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia, Timur Tengah dan lebih daripada 15,800 pekerja di seluruh dunia. Sejak 2000, PRA telah menyertai lebih kurang 3,700 ujian klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA telah menyertai ujian utama atau sokongan yang membawa kepada kelulusan kawal selia Pentadbiran Makanan dan Ubat A.S. atau antarabangsa untuk lebih daripada 75 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

Pertanyaan Media: Christine Rogers, Pengarah, Perhubungan Awam, Komunikasi Korporat rogerschristine@prahs.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/075c9112-9b1d-4a83-a1f4-ae65e378cd9f

SUMBER: PRA Health Sciences, Inc.

--BERNAMA


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11157

Thursday, May 24, 2018

CLINIGEN MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN NORDIC PHARMA UNTUK APROTININ

BURTON-ON-TRENT, England, 24 Mei -- (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Clinigen Group plc (AIM: CLIN, 'Clinigen'), syarikat farmaseutikal dan perkhidmatan global, telah menandatangani satu perjanjian dengan Nordic Pharma Ltd. ('Nordic Pharma') untuk mengendalikan pembekalan dan pengedaran aprotinin di pelbagai negara di Asia Pasifik dan Afrika Selatan.

Suntikan aprotinin tergolong ke dalam satu kumpulan ubat-ubatan yang dipanggil anti-fibrinolitik (ubat-ubatan untuk mencegah kehilangan darah). Aprotinin dapat membantu untuk mengurangkan kehilangan darah dan keperluan bagi pemindahan darah semasa menjalani pembedahan graf pintasan kardiopulmonari terpencil.

Di bawah syarat-syarat perjanjian ini, Clinigen akan membuat aprotinin tersedia kepada doktor dan ahli farmasi pada satu dasar atas permintaan, tidak berlesen bagi pesakit yang kurang pilihan terapeutik yang sesuai di beberapa buah negara. Kontrak itu memberi hak eksklusif kepada Clinigen untuk membekalkan aprotinin di Australia, New Zealand, Jepun, Singapura, Malaysia, Taiwan, Thailand, Hong Kong dan Afrika Selatan.

Julie Gosper, Ketua bagi Akses Global, Clinigen, berkata:

"Perjanjian ini menunjukkan komitmen berterusan Clinigen untuk menyediakan kepada doktor dan ahli farmasi dengan akses kepada ubat-ubatan yang mereka perlukan bagi menangani keperluan perubatan pesakit yang tidak dipenuhi. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan Nordic Pharma untuk membolehkan akses yang lebih luas kepada produk yang penting ini."

Hans Schram, Ketua Pegawai Eksekutif, Nordic Pharma, berkata:

"Nordic Pharma adalah komited untuk meningkatkan akses kepada aprotinin di seluruh dunia, yang merupakan satu produk penting yang dapat menyelamatkan nyawa di dalam pelbagai sumber yang ada bagi pengurusan darah pesakit. Kerjasama ini dengan Clinigen akan meningkatkan akses kepada ubat ini di beberapa wilayah di mana ia kini tidak disediakan secara komersial."

Kalangan profesional penjagaan kesihatan boleh mendapatkan butiran mengenai aprotinin dengan menghantar e-mel kepada medicineaccess@clinigengroup.com

- Akhir -

Untuk siaran lengkap, sila layari https://www.clinigengroup.com/company/newsroom/press-releases/

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180524005061/en/

Hubungi
Clinigen Group plc
Shaun Chilton, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Julie Gosper, Ketua bagi Akses Global
Tel: +44 (0) 1283 495010
atau
Instinctif Partners
Melanie Toyne-Sewell / Alex Shaw
Tel: +44 (0) 20 7457 2020
E-mel: clinigen@instinctif.com

Sumber : Clinigen Group plc

PENCARIAN PENYEDIA KAJIAN TERATAS ASIA SEMAKIN SENGIT APABILA MORGAN STANLEY DAN CITI MERANGKUL TEMPAT TERATAS DALAM TINJAUAN PASUKAN KAJIAN SELURUH ASIA INSTITUTIONAL INVESTOR

NEW YORK, 24 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pasaran penyedia yang bersaing sengit untuk meningkatkan keterlihatan antara hubungan sisi beli/jual yang sebahagiannya disebabkan oleh peraturan MiFID II serta keadaan Asia yang semakin menarik kepada pelabur menjurus kepada kenaikan penyertaan undi untuk Tinjauan Pasukan Kajian Seluruh Asia sebanyak 17% dan menghasilkan keputusan yang unik dan mendalam.

Morgan Stanley merangkul tempat pertama untuk tahun kedua berturut-turut dalam ranking tahunan penganalisis sisi jual berdasarkan pasukan eksklusif Institutional Investor dengan 34 undian, manakala Citi memperolehi tempat pertama dalam ranking awal individu berdasarkan penganalisis dengan 43 undian.

Selepas mendahului dengan tiga kedudukan jelas pada tahun 2017, keadaan tahun ini lebih sengit dengan UBS berada di tempat kedua, hanya satu kedudukan di belakang Morgan Stanley, serta Bank of America Merrill Lynch di tempat keempat dengan jarak hanya lima mata di belakang Morgan Stanley - hal ini menggambarkan persaingan yang meningkat dengan semangat untuk memperoleh hasil dalam persekitaran pasca MiFID II.

Untuk ranking individu berdasarkan penganalisis, Citi mendahului dengan 43 undian dan Morgan Stanley di belakangnya di tempat kedua dengan 35 undian. Bank of America Merrill Lynch dan UBS seri di tempat ketiga, masing-masing dengan 34 undian.  Credit Suisse mendapat tempat kelima dengan 25 undian dan menamatkan 5 pemenang teratas.

“Peranan Asia yang penting kepada pertumbuhan ekonomi global berterusan,” kata Cara Eio, Ketua Kajian, Asia. “Persaingan untuk memberikan produk kajian keseluruhan terbaik kepada pelabur demi menyokong keputusan pelaburan juga berterusan. Persaingan dan kepelbagaian tawaran dan penyedia kajian ini baik untuk pelabur, korporat dan pasaran.”

Pasukan Kajian Seluruh Asia 2018 mewakili pandangan lebih daripada 4,703 pengurus portfolio dan penganalisis di 1,381 institusi yang menguruskan ekuiti Asia berjumlah sekitar $1.9 trilion.

Hasil lengkap boleh didapati di www.institutionalinvestor.com/research

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cara Eio, Ketua Kajian Asia II di +852 2912 8051 atau cara.eio@institutionalinvestor.com.

Untuk berkongsi kedudukan pemenang anda pada ranking Pasukan Kajian Seluruh Asia 2018 dalam kandungan laman web, iklan, komunikasi, bahan iklan sampingan dan banyak lagi, sila hubungi PARS International Corp. di www.ii-licensing.com.

Perihal Institutional Investor

Selama 51 tahun, Institutional Investor telah menjadi syarikat media terutama secara konsisten dengan kewartawanan inovatif dan penulisan tajam yang memberikan maklumat penting kepada khalayak global. Di samping itu, Institutional Investor menawarkan kajian dan ranking tanda aras proprietari yang disegani untuk kajian sisi beli dan sisi jual, dana lindung nilai, korporat, pendapatan tetap dan pengurusan aset. Untuk maklumat lanjut, lawati institutionalinvestor.com.
 
SUMBER : Institutional Investor News

​INTA MEMILIH SINGAPURA UNTUK MESYUARAT TAHUNAN KE-142 PADA APRIL 2020

​INTA MEMILIH SINGAPURA UNTUK MESYUARAT TAHUNAN KE-142 PADA APRIL 2020

TOSHIBA LANCAR PEMACU IC JAMBATAN-H MENYOKONG PEMACU KUASA SEMASA VOLTAN RENDAH 1.8V DAN VOLTAN RENDAH 1.6A

-Merealisasi kawalan motor dengan dua bateri sel kering -

TOKYO, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan pelancaran “TC78H651FNG,” pemacu IC dwi-jambatan[1]  H untuk DC motor ‘brushed’ dan ‘stepping’ motor yang menyalurkan voltan rendah (1.8V) dan arus tinggi (1.6A)[2] yang penting untuk peralatan bervoltan rendah yang dikuasakan oleh bateri sel kering, seperti peranti mudah alih, produk elektronik untuk rumah dan pemacu USB.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, apabila IOT (Internet segala-galanya) berkembang maju, dan teknologi tanpa wayar semakin banyak digunakan, permintaan ke atas aplikasi yang boleh dikendalikan dari jauh melalui telefon pintar dan alat lain, semakin meningkat, selain minat terhadap kawalan motor berkuasa bateri.

Trend ini merangsang permintaan ke atas pemacu IC yang mampu memacu peranti, termasuk pada voltan rendah 1.8V (0.9V × 2 bateri, yang kapasitinya dikurangkan dengan pelepasan walaupun 1.5V, 1.2V, dan lain-lain merupakan voltan awal).

Sehingga ini, peranti arus perdana telah menjadi pemacu IC jambatan-H yang dibangunkan dengan transistor bipolar, yang dapat mencapai operasi yang stabil pada voltan rendah. Bagaimanapun, masalah yang timbul termasuk penggunaan arus yang besar yang memendekkan hayat bateri dan meningkatkan kerugian arus dalam IC, dan tork motor tidak mencukupi, memandangkan voltan yang digunakan untuk motor diturunkan.

Pengendali pemacu IC dwi-Jambatan-H baharu menggunakan proses DMOS khusus Toshiba untuk pemacu voltan rendah mencapai hayat bateri yang lebih lama dengan operasi voltan rendah yang stabil. Tork motor yang lebih baik juga direalisasikan dengan mengurangkan kerugian IC melalui rintangan rendah[3]. Produk baharu ini sesuai untuk aplikasi motor yang didorong oleh bateri voltan yang agak rendah (1.8V hingga 6.0V).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11152

Wednesday, May 23, 2018

INDEKS HARGA KAWASAN PENGELUARAN PISANG XINHUA-CHINA DIKELUARKAN DI DAERAH CHENGMAI, WILAYAH HAINAN

BEIJING, 23 Mei, 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
"Indeks harga kawasan pisang Xinhua-China" disusun secara bersama oleh Kerajaan Rakyat Daerah Chengmai dari Wilayah  Hainan dan Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) Agensi Berita Xinhua dilancarkan secara rasminya di Wilayah selatan China,  Hainan pada 15 Mei.
 
Indeks ini bertujuan untuk memantau status operasi dan trend pembangunan kawasan penghasilan pisang di China dan mewujudkan barometer untuk industri.
 
Dilaporkan bahawa tarikh asas untuk indeks itu ditetapkan pada 3 Julai 2017, dengan titik asas berada pada 100 mata. Pada 11 Mei 2018, indeks itu dilaporkan pada 87.05 mata, naik 0.63 mata atau 0.73 peratus dari tarikh keluaran sebelumnya dan turun 12.95 mata atau 12.95 peratus dari tempoh asas.
 
"Indeks harga kawasan pisang Xinhua-China" memilih harga transaksi lima kawasan pengeluaran utama pisang (Hainan, Guangxi, Yunnan, Guangdong dan Fujian) sebagai sampel, dan mengumpul data harga setiap dua hari. Wajaran indeks diselaraskan mengikut ciri pengeluaran pasaran, penggunaan dan mengikut musim.
 
Indeks itu merupakan contoh klasik mengenai integrasi data raya  dan ekonomi sebenar. Ia mengambil sepenuhnya kelebihan lokasi dan kepakaran industri Chengmai dalam pengeluaran pisang. Ia  banyak membantu kerajaan membuat, membimbing pembangunan industri, memperkukuh penanaman saintifik peladang pisang, dan membangunkan zon perdagangan bebas Hainan (pelabuhan), kata timbalan ketua Pengarah Daerah Chengmai Wang Baohan.
 
Indeks itu dapat mencerminkan secara objektif dan tepat kedudukan  operasi kawasan penghasilan pisang di China, memberikan maklumat harga terbuka dan telus bagi industri dan mengelakkan kekeliruan harga dalam pasaran pisang, kata Su Huizhi, naib presiden CEIS.
 
CEIS ialah syarikat milik penuh Agensi Berita Xinhua, dan mempunyai lima platform peringkat nasional termasuk Xinhua Finance, Xinhua Silk Road, Xinhua Credit, Shanghai Petroleum dan Natural Gas Exchange (SHPGX) dan Xinhua Think Tank. Sebagai institusi profesional pertama China yang mengkaji, menyiar,  mempromosi dan mengendalikan indeks komposit, Indeks Xinhua komited untuk membina empat sistem produk: Indeks Harga Xinhua, Indeks Tema Xinhua, Indeks Penilaian Xinhua dan Indeks Kewangan Xinhua, dan melancarkan beberapa produk berpengaruh.
 
Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=312860

MOODY'S ANALYTICS MEMPEROLEHI AKREDITASI DARI AGENSI AKREDITASI KEWANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Moody’s Analytics, sebuah penyedia penyelesaian kecerdasan dan pembelajaran kewangan yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa program persijilan mereka di dalam kredit korporat dan perdagangan ("Sijil dalam Kredit Perdagangan," atau "CICC") telah mendapat akreditasi dari Agensi Akreditasi Kewangan Malaysia (FAA).
 
Akreditasi FAA itu menandakan bahawa program CICC Moody’s Analytics itu telah memenuhi piawaian yang ketat yang ditetapkan oleh FAA untuk kursus latihan di Malaysia. Akreditasi ini menekankan hubungan program itu dengan industri perkhidmatan kewangan dan penjajarannya dengan objektif kecekapan kredit Bank Negara Malaysia.
 
"Kami sangat berbesar hati untuk menambahkan Sijil Moody's Analytics di dalam program Kredit Perdagangan kepada portfolio kami bagi program pembelajaran yang diiktiraf," kata Khairul Nizam, Ketua Pegawai Eksekutif bagi FAA. "Perakuan akreditasi itu diberikan berikutan penilaian kualiti dan proses jaminan menyeluruh yang didasarkan kepada amalan terbaik antarabangsa dan standard FAA yang ditanda aras di peringkat global bagi struktur dan kandungan program pembelajaran."
 
Program CICC itu dirancang secara unik untuk memberikan satu pemahaman yang menyeluruh tentang prinsip dan amalan bagi pinjaman komersial moden. Program itu menawan blok bangunan yang paling penting di dalam keputusan kredit dan menawarkan modul-modul yang khusus di dalam topik yang tepat pada masanya seperti pengenalan pinjaman dan pengurusan masalah, dan pinjaman yang bertanggungjawab. Kurikulum itu disampaikan sepenuhnya secara dalam talian, dengan menggunakan sebuah antara muka yang interaktif dan responsif.
 
"Kami merasa amat teruja untuk menerima akreditasi FAA bagi Sijil kami di dalam Kredit Perdagangan," kata Ari Lehavi, Ketua Global bagi Penyelesaian Pembelajaran Moody’s Analytics. "Beribu-ribu profesional perbankan di seluruh dunia telah meningkatkan kemahiran profesional mereka dengan kurikulum ini dan kami berharap untuk memberikan sokongan yang sama kepada komuniti perbankan di Malaysia."
 
Akreditasi FAA diperolehi sejurus selepas kelulusan serupa yang diberikan oleh Institut Perbankan dan Kewangan Singapura dan Bank Rizab India.
 
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Penyelesaian dan Pensijilan Pembelajaran Moody’s Analytics.
 
Maklumat mengenai Moody’s Analytics
Moody's Analytics menyediakan peranti kepintaran dan analisis kewangan yang menyokong objektif pertumbuhan, kecekapan dan pengurusan risiko bagi pelanggan kami. Gabungan kepakaran kami yang tiada tandingan di dalam risiko, sumber maklumat yang luas, dan penerapan teknologi yang berinovatif membantu pemimpin-pemimpin perniagaan pada hari ini dengan yakin mengemudikan sebuah tempat pasaran yang berkembang. Kami diiktiraf di atas penyelesaian kami yang terkemuka di dalam industri, penyelidikan pelbagai, data, perisian dan perkhidmatan profesional, yang digabung untuk menyampaikan suatu pengalaman pelanggan yang lancar. Beribu-ribu organisasi di seluruh dunia telah menjadikan kami sebagai rakan mereka yang dipercayai kerana komitmen kami yang tegas kepada kualiti, perkhidmatan pelanggan, dan integriti.
 
Moody's Analytics adalah sebuah anak syarikat Moody's Corporation (NYSE: MCO). MCO melaporkan pendapatan sebanyak $4.2 bilion pada tahun 2017, mempunyai kira-kira 11,900 orang pekerja di seluruh dunia dan mengekalkan kehadiran di 41 buah negara. Maklumat lanjut mengenai Moody’s Analytics boleh diperolehi di www.moodysanalytics.com.
 
Maklumat mengenai Agensi Akreditasi Kewangan
Disokong oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, FAA telah ditubuhkan untuk meningkatkan standard dan kualiti pembelajaran dan pembangunan profesional di dalam industri perkhidmatan kewangan. Sebagai sebuah badan jaminan kualiti dan akreditasi bebas, FAA menyokong pembangunan modal insan industri itu yang bertujuan melahirkan kalangan profesional yang berkemahiran tinggi yang boleh bergerak ke peringkat antarabangsa. Dengan disokong oleh jawatankuasa teknikal bagi pakar-pakar kewangan, profesional dan akademik yang terkemuka dari pusat-pusat kewangan yang utama di seluruh dunia, FAA menggalakkan piawaian global yang paling tinggi di dalam pembelajaran dan pembangunan.
 
Hubungi
Moody’s Analytics Communications
Katerina Soumilova, 001.212.553.1177
katerina.soumilova@moodys.com
atau
moodysanalytics.com
twitter.com/moodysanalytics
linkedin.com/company/moody’s-analytics

Sumber : Moody’s Analytics

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180521005890/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

CEIS SIARKAN LAPORAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PISANG DENGAN DAERAH CHENGMAI

AsiaNet 73668
 
BEIJING, 23 Mei, 2018 /Xinhua-AsiaNet/-- 
 
Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) Agensi Berita Xinhua menyiarkan laporan mengenai pembangunan industri pisang domestik bersama-sama dengan Kerajaan Rakyat Daerah Chengmai, Wilayah Hainan pada 15 Mei.
 
Laporan itu mengunjurkan bahawa pada tahun 2018, kawasan tanaman pisang China dan jumlah pengeluaran akan merosot tahun ke tahun.
 
Menurut laporan itu, walaupun China merupakan pengeluar utama pisang, ia tidak mempunyai kuasa dalam perdagangan pisang. Daya saing antarabangsa industri pisang China agak lemah, namun ada ruang untuk penambahbaikan. Pada tahun 2016, penguasaan pasaran antarabangsa (MS), indeks daya saing perdagangan (TC) dan kelebihan perbandingan pisang China masing-masing menduduki ranking ke-43, ke-73, dan ke-77 di dunia.
 
Laporan itu menunjukkan bahawa perindustrian pemprosesan secara serius bagi industri pisang dalam negara agak rendah dan belum mencapai kejayaan dalam teknologi utama bagi pengeluaran industri pisang. Berbanding pelbagai produk pisang asing, seperti tepung pisang dan sos pisang, perusahaan pemprosesan pisang China agak baharu, dengan kekurangan produk.
 
Pada tahun 2018, bekalan pasaran pisang negara akan berkurang, dengan harga pasaran dijangka lebih tinggi berbanding tiga tahun sebelumnya. Kawasan perladangan khas pisang akan ditingkatkan secara beransur-ansur. Kesedaran terhadap jenama dalam industri pisang perlu diperkukuhkan, kata Ke Youpeng, Ketua Institut Penyelidikan Pertanian Tropika dan Ekonomi Luar Bandar Hainan.
 
Hainan adalah antara satu dari lima kawasan utama tumbuhan pisang di China. Laporan itu menunjukkan bahawa pada 2016, kawasan penanaman pisang di Wilayah Hainan adalah kira-kira 35,300 hektar dan Wilayah itu  menghasilkan kira-kira 1.26 juta metrik tan (tan metrik) pisang, dengan nilai keluaran mencecah 3.896 bilion yuan. Pada tahun 2017, nisbah keuntungan kos penanam pisang di Hainan adalah 13.2 peratus, susut 46.2 mata peratusan tahun ke tahun.
 
Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)
 
Pautan Lampiran Imej :
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=312871
 
--BERNAMA

Tuesday, May 22, 2018

CHINA LANCAR ROKET PERTAMA YANG DIREKA OLEH SYARIKAT PERSENDIRIAN

AsiaNet 73627
 
CHONGQING, China, 21 Mei, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Sebuah roket OS-X yang dinamakan "Chongqing Liangjiang Star" menyaksikan penerbangan sulungnya berakhir pada pukul 7:33 pagi pada 17 Mei di sebuah lapangan ujian di Barat Laut China.
 
Pelancaran roket "Chongqing Liangjiang Star", yang dibangunkan oleh OneSpace Technology, sebuah firma persendirian yang berpangkalan di Beijing, menandakan kali pertama sebuah roket China bukan buatan negara telah berjaya memasuki orbit. Roket itu adalah berukuran sembilan meter panjang dan mempunyai berat 7,200 kilogram. Ia mempunyai ketinggian maksimum 38.742 kilometer dan kelajuan maksimum lebih dari 5.7 kali kelajuan bunyi semasa penerbangan sulungnya yang meliputi 273 kilometer dan bertahan selama 306 saat.
 
Penerbangan itu bukan sahaja menguji fungsi roket siri-X itu, tetapi juga melengkapkan tugasan penyelidikan saintifik tertentu, seperti mengesahkan pengurangan seretan dan pengurangan haba bagi topang pneumatik, yang akan membantu menyediakan sokongan teknikal bagi reka bentuk produk untuk masa hadapan. Ia juga membantu mengesahkan keadaan ujian tertentu seperti ketinggian maksimum (40 km) dan nombor Mach (4-6). Sementara itu, kejayaan penerbangan tersebut membuktikan keberkesanan kerjasama di antara institusi-institusi pendidikan tinggi dan syarikat-syarikat, menurut Shu Chang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi OneSpace.
 
Roket OS-X itu adalah platform yang membawa penerbangan yang direka khusus untuk ujian teknologi aeroangkasa. Mereka membantu mengisi jurang di dalam industri ujian penerbangan China industri dan akan mempromosikan amalan dan aplikasi teknologi aeroangkasa termaju.
 
OneSpace Technology telah menubuhkan sebuah cawangan di Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing, yang mana memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pemasangan manakala ibu pejabat di Beijing mengkhususkan kepada penyelidikan dan pembangunan.
 
Kejayaan pembangunan roket OneSpace itu telah mengangkat daya saingan perindustrian kawasan baharu aeroangkasa ke tahap yang baharu. Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing telah membangunkan sebuah kelompok perindustrian yang komprehensif dengan kehadiran di penerbangan serbaguna, penerbangan pengangkutan dan aeroangkasa. Kawasan baharu itu akan memanfaatkan kekuatan akademik dan pembangunan perindustrian untuk mempromosikan pertumbuhan sektor itu, demikian menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing.
 
Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing adalah kawasan baharu yang ketiga yang diluluskan secara langsung oleh Majlis Negeri selepas Kawasan Baharu Pudong Shanghai dan Kawasan Baharu Binhai Tianjin. Ia juga merupakan kawasan baharu terbuka kebangsaan yang pertama di China.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://english.liangjiang.gov.cn/
 
SUMBER: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing

--BERNAMA


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11142