Wednesday, October 30, 2019

"UPIN & IPIN FUN RUN MELAKA 2019"

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Les’ Copaque Production dengan kerjasama JomRun akan menganjurkan “Upin & Ipin Fun Run 2019” yang bakal diadakan di MITC Melaka pada 30 November 2019. Ia diadakan serentak dengan Karnival Upin & Ipin, Melaka 2019 yang merupakan karnival keluarga terbesar dan sentiasa dinanti-nantikan pada setiap tahun bermula 29 November hingga 1 Disember 2019.

Jarak larian bagi “Upin & Ipin Fun Run 2019” adalah sejauh 5KM dan terbuka kepada semua peringkat umur dengan yuran penyertaan serendah RM35 bagi pendaftaran awal. Peserta juga boleh mendapatkan tawaran istimewa dengan pembelian pakej keluarga bersama tiket Karnival Upin & Ipin 2019. Setiap penyertaan Upin & Ipin Fun Run 2019 akan menerima baju larian eksklusif, bib larian, beg jerut, barangan Upin & Ipin berserta medal larian.

Larian yang akan bermula pada 7 pagi ini akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi menceriakan ibubapa dan anak-anak untuk meneruskan larian ke garisan penamat. Maskot Upin dan Ipin akan turut membuat kemunculan bagi memberikan semangat kepada para peserta. Untuk menyertai “Upin & Ipin Fun Run 2019” daftar di http://jomrun.com sebelum 1 Nov 2019. Tempat adalah terhad.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12720

Tuesday, October 29, 2019

VIRGIN GALACTIC MELENGKAPKAN PENGGABUNGAN DENGAN SOCIAL CAPITAL HEDOSOPHIA, MEWUJUDKAN SYARIKAT PERTAMA DI DUNIA DAN SATU-SATUNYA SYARIKAT PENERBANGAN ANGKASA LEPAS MANUSIA KOMERSIL YANG DIDAGANGKAN SECARA AWAM


Table

(Foto: Business Wire)


NEW YORK, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Virgin Galactic (“VG”), sebuah syarikat aeroangkasa bersepadu menegak, dan Social Capital Hedosophia (“SCH”), sebuah kenderaan pelaburan awam, hari ini mengumumkan penyiapan bagi gabungan perniagaan mereka yang telah diumumkan sebelum ini. Syarikat yang terhasil dinamakan Virgin Galactic Holdings, Inc. (“VGH”) dan saham biasa, unit dan waran mereka dijangka memulakan dagangan di Bursa Saham New York di bawah simbol ticker baharu “SPCE”, “SPCE.U” dan “SPCE WS”, masing-masing pada 28 Oktober, 2019. Syarikat itu mengeluarkan kenderaan angkasa lepas mereka di Mojave, California, melalui anak syarikat pembangunan aeroangkasa mereka The Spaceship Company, dengan operasi komersial berpusat di Spaceport America di New Mexico.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191025005532/en/ 

VG sudah mempunyai tempahan pelanggan dari lebih 600 orang di 60 buah negara yang mewakili kira-kira $80 juta dalam jumlah deposit terkumpul, dan lebih $120 juta bagi bakal hasil. Penyiapan bagi penggabungan ini dan dagangan sebagai sebuah syarikat awam adalah pencapaian besar yang seterusnya dalam arah menuju membangunkan sebuah perniagaan perkhidmatan komersial yang berkembang maju dan melabur dengan sewajarnya untuk masa hadapan.

George Whitesides, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Virgin Galactic Holdings berkata:

“Hari ini adalah permulaan bagi satu era baharu untuk industri penerbangan angkasa lepas manusia. VG telah mempelopori beberapa kejayaan angkasa yang penting, termasuk menghantar penumpang ujian pertama ke angkasa lepas di atas satu kenderaan komersial, dan pengumuman hari ini tidak berbeza. Memandangkan VG sekarang merupakan sebuah syarikat awam yang didagangkan, sesiapa sahaja boleh melabur di dalam sebuah syarikat penerbangan angkasa lepas manusia yang sedang berusaha untuk benar-benar mengubah pasaran itu dan menjadi sebahagian daripada keterangsangan bagi industri angkasa lepas komersial. Saya amat berbangga dengan aliran teguh bagi deposit pelanggan dan minat yang kami peroleh hingga kini, dan berharap untuk membuat impian penerbangan angkasa lepas menjadi kenyataan bagi pelanggan angkasawan kami yang luar biasa.”

Chamath Palihapitiya, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi SCH, berkata:

“Sejak penubuhan kami, SCH telah menetapkan usaha untuk menyatukan ahli-ahli teknologi, usahawan dan pelabur berorientasikan teknologi pada satu visi yang dikongsi bersama. Apa yang pernah menjadi satu matlamat kini telah menjadi satu misi yang berjaya. Kami amat gembira kerana telah mencapai kejayaan yang bersejarah pada hari ini dan berharap dapat terus bekerja dengan Syarikat itu untuk mengubah industri angkasa lepas komersial.”

Sir Richard Branson, Pengasas bagi Virgin Galactic, berkata:

“Kepada rakan-rakan pelabur, pekerja VG dan The Spaceship Company, rakan-rakan perniagaan dan pelanggan – terima kasih di atas komitmen anda kepada syarikat kita yang hebat ini, yang telah membuat pengumuman yang menarik pada hari ini. Dengan sistem penerbangan angkasa lepas proprietari kami, akses ruang udara khas di Spaceport America, jenama yang dikenali di seluruh dunia dan minat pelabur yang luas, saya percaya VG berada pada kedudukan yang ideal untuk mengambil kesempatan daripada pasaran angkasa lepas komersial yang berkembang pesat, dan bernilai berjuta-juta dolar dan akhirnya membuka angkasa lepas kepada beribu-ribu angkasawan baharu. Hari ini, kami telah mencapai satu misi, dan ketika kami membawa lebih ramai bakal angkasawan ke angkasa lepas, kami tidak sabar-sabar menghadapi masa hadapan yang menarik.”

Butiran Urus Niaga

Hasil daripada urus niaga ini, Virgin Galactic telah menerima lebih $450 juta hasil utama dan pada penutupan pasaran pada Jumaat 25 Oktober, perniagaan itu mempunyai permodalan pasaran sebanyak $2.3 bilion. Melangkah ke hadapan, pemegang saham Virgin Galactic yang sedia ada akan memiliki hampir 59%. Lembaga pengarah bagi Syarikat itu terdiri daripada Chamath Palihapitiya sebagai Pengerusi, Adam Bain dan James Ryans, yang merupakan pengarah SCH, serta Wanda Austin, Craig Kreeger, George Mattson, Evan Lovell dan George Whitesides.

Maklumat mengenai Virgin Galactic Holdings

Virgin Galactic Holdings, Inc. adalah sebuah syarikat aeroangkasa bersepadu menegak yang mempelopori penerbangan angkasa lepas manusia untuk orang perseorangan dan penyelidik persendirian. Ia percaya penerokaan komersial bagi ruang angkasa merupakan satu daripada inisiatif teknologi yang paling menarik dan penting pada zaman kita. Ia memulakan perjalanan penerokaan komersial ini dengan satu misi untuk menempatkan manusia ke angkasa lepas dan membawa mereka pulang dengan selamat ke bumi secara rutin, konsisten dan pada harga yang berpatutan. Dengan menggunakan teknologi proprietari dan boleh digunakan semula, dan disokong oleh satu pengalaman pelanggan berjenama Virgin yang tersendiri, ia sedang membangunkan satu sistem penerbangan angkasa lepas yang direka untuk menawarkan kepada pelanggan dengan satu pengalaman pelbagai hari yang unik, yang memuncak di dalam satu penerbangan angkasa yang termasuk kenirberatan selama beberapa minit dan pemandangan Bumi dari ruang angkasa. Ia berada di peringkat akhir pembangunan, setelah sudah menamatkan beberapa penerbangan yang membawa anak kapal bagi kenderaan mereka ke ruang angkasa, dan menjangka pelancaran permulaan komersial pada tahun 2020.

Untuk memuat turun aset sila layari FTP Media kami https://www.image.net/virgingalactic

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191025005532/en/

Hubungi

Untuk pertanyaan media berhubung dengan Social Capital Hedosophia, sila hubungi:
Jonathan Gasthalter/Carissa Felger/Nathaniel Garnick
Gasthalter & Co.
+1 (212) 257-4170
SCH@gasthalter.com

Untuk pertanyaan media berhubung dengan Virgin Galactic, sila hubungi:
VirginGalacticPress@virgingalactic.com

United Kingdom, Timur Tengah, Asia, Afrika – Ollie Bailey-Pratt
vg@fticonsulting.com, +44 (203) 727-1000
Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan, Australia – Antonia Gray
vg@fticonsulting.com, +1 (347) 574-4352

Untuk Perhubungan Pelabur berhubung dengan Virgin Galactic, sila hubungi: VirginGalactic-SVC@SARDVERB.com

Sumber : Virgin Galactic Holdings, Inc.

Monday, October 28, 2019

TACONIC BIOSCIENCES MENGUMUMKAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT SAINTIFIK BAHARU


Dr. Frank Sistare menyertai Lembaga Penasihat Saintifik Taconic Biosciences

RENSSELAER, N.Y., 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengumumkan penyertaan Frank Sistare, PhD pada Lembaga Penasihat Saintifik (SAB).  Dr. Sistare menyertai ahli SAB sedia ada Andrew Goodman, PhD, David Hill, PhD, dan Robert Rosenthal, PhD.

SAB akan terus bekerjasama dengan pengurusan Taconic untuk memberikan pandangan dan panduan saintifik tentang evolusi portfolio produk dan perkhidmatan syarikat.  Kerjaya dan kepakaran Dr. Sistare yang menyeluruh dalam bidang toksikologi melengkapkan ahli lembaga sedia anda.  Ahli SAB memberikan kepakaran dalam mikrobiom, onkologi dan angkasa toksikologi, membantu untuk memacu inovasi Taconic dalam bahagian ini dan bahagian penyelidikan lain.

“Model haiwan terus berkembang sebagai alat kritikal keberkesanan penemuan ubat dan peralatan ujian keselamatan. Kami mengalu-alukan Dr. Sistare dan pengalaman mendalam beliau sementara Taconic terus membangunkan penyelesaian yang lebih tepat dan relevan kepada hasil klinikal manusia,” kongsi Nancy J. Sandy, ketua pegawai eksekutif Taconic Biosciences.

Dr. Frank Sistare telah berkhidmat sepanjang 16 tahun yang lepas sebagai pengarah eksekutif, naib presiden bersama, kemudian naib presiden bersama saintifik dalam penilaian keselamatan dan sumber haiwan makmal di Merck Research Laboratories. Sebelum ini, beliau berkhidmat selama 15 tahun dalam beberapa jawatan kepimpinan dan pengurusan dengan komponen penyelidikan makmal Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan.  Dr. Sistare merupakan kapten yang telah bersara dari Public Health Service (PHS) Commissioned Corps.  Beliau merupakan penerima anugerah Merck Presidential Fellowship dan telah menerima beberapa PHS Unit Commendations serta PHS Meritorious Service, Pujian, dan Anugerah Kecemerlangan, dan anugerah CDER dan FDA untuk kecemerlangan dalam penyelidikan makmal.

Beliau memperoleh BS dalam Farmasi dari University of Rhode Island, PhD dalam Farmakologi di University of Virginia, dan dianugerahkan PRAT Fellowship pasckedoktoran di National Institutes of Health.  Beliau berkhidmat sebagai Presiden Regulatory and Safety Evaluation Specialty Section of the Society of Toxicology, sebagai Pengarah Bersama Critical Path Institute's Predictive Safety Testing Consortium (PSTC), sebagai Pengerusi Bersama PSTC Nephrotoxicity Biomarker Working Group, dan buat masa ini berkhidmat sebagai Pelapor International Conference on Harmonization S1 Carcinogenicity Expert Working Group, Pengerusi PhRMA Clinical and Preclinical Development Committee's Carcinogenicity Key Issue Working Group, dan Pengerusi FNIH Biomarker Consortium's Clinical Kidney Safety Biomarker Qualification Project Team.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Tentang Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences ialah peneraju utama berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang tereka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, prasediakan, menguji dan mengagihkan model kajian yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang tereka bentuk secara genetik, mikrobiom, model tikus yang imun terhadap onkologi, dan reka bentuk model bersepadu dan perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk menyediakan model haiwan hampir di mana-mana di dunia.

Orang Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

SUMBER: Taconic Biosciences

--BERNAMA

Friday, October 25, 2019

CHICAGO BOOTH BANTU PEMIMPIN-PEMIMPIN ASIA PASIFIK MENGEMUDIKAN PERUBAHAN DIGITAL DENGAN SATU PROGRAM PENDIDIKAN EKSEKUTIF YANG BERINOVATIF

CHICAGO, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pendidikan Eksekutif Pusat Pengajian Perniagaan University of Chicago Booth amat teruja untuk mengumumkan bahawa program Pemikiran Strategik – Hong Kong mereka akan kembali pada 11 dan 12 Februari, 2020. Program yang sangat dicari ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan membantu kalangan eksekutif perniagaan untuk membangunkan ketangkasan strategik bagi menerima perubahan digital dan geopolitik di rantau Asia Pasifik.

Kursus itu membantu kalangan eksekutif mengembangkan kemahiran strategik untuk mengenali bagaimana perubahan industri mempengaruhi perniagaan mereka. Peserta akan belajar cara bagaimana untuk menilai strategi semasa mereka, membangunkan satu pendekatan berasaskan hasil kepada inovasi, dan memperoleh rangka kerja untuk menganalisis arah aliran. Eksekutif muncul dari program itu dengan peranti untuk menguruskan perubahan dengan jayanya dengan membuat perubahan yang diperlukan kepada strategi korporat mereka. Kursus itu diajarkan oleh Marc Knez, Profesor Klinikal bagi Pengurusan Strategik di Chicago Booth dan Pengarah Fakulti bagi Pemikiran Strategik.

“Dalam persekitaran perniagaan yang pesat berubah pada hari ini, kalangan eksekutif perlu mempunyai satu set kemahiran pemikiran strategik yang luas dan mendalam - kedua-duanya di dalam bidang operasi mereka dan di peringkat perusahaan - untuk berjaya dan bertindak balas dengan berkesan terhadap perubahan teknologi dan gangguan,” kata Knez.

Knez mengkhususkan diri dalam merapatkan jurang di antara penyelidikan akademik dan membuat keputusan gunaan dalam konteks perancangan strategi dan strategi teknologi. Penyelidikan akademik beliau dalam membuat keputusan strategik memberi tumpuan kepada analisis pasaran, pembangunan strategi, dan struktur organisasi. Hasil karya beliau telah diterbitkan dalam Harvard Business ReviewJournal of Business, dan Journal of Labor Economics.

Diadakan di kampus pusat pengajian itu di Hong Kong — yang dinamakan The Hong Kong Jockey Club University of Chicago Academic Complex | University of Chicago Francis dan Pusat Rose Yuen — program Pemikiran Strategik itu menyediakan peluang kepada eksekutif untuk bukan sahaja mengukuhkan kelebihan berdaya saing organisasi mereka, tetapi juga untuk memupuk hubungan profesional dengan perniagaan lain di rantau Asia Pasifik melalui kerjasama dan rangkaian bilik darjah. Program ini dikembalikan oleh permintaan popular dan pendaftaran awal digalakkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Pemikiran Strategik Chicago Booth – Hong Kong, sila layari Chicagobooth.edu/STHK.

Maklumat mengenai Pusat Pengajian Perniagaan University of Chicago Booth  

Pusat Pengajian Perniagaan University of Chicago Booth adalah sekolah perniagaan yang kedua tertua di Amerika Syarikat dan yang pertama mengajar untuk kalangan eksekutif. Sebagai sebuah destinasi intelektual, Chicago Booth menarik cendekiawan dan pelajar dari seluruh dunia ke kampus mereka di Chicago (Hyde Parkpusat bandar Chicago), London and Hong Kong. Booth secara konsisten menduduki di antara sekolah perniagaan terulung di dunia, dan graduan mereka termasuk berdozen pemimpin perniagaan terkenal di seluruh Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Sembilan anggota fakulti telah dinamakan sebagai pemenang Hadiah Nobel, tiga daripada mereka pada masa ini mengajar di Booth.
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191016005945/en/


Hubungi

Hubungi Program Pendidikan Eksekutif:
Mark Lewis
Pengarah Eksekutif, Pendidikan Eksekutif
Pusat Pengajian Perniagaan University of Chicago Booth
+1.312.464.8732
exec.ed@chicagobooth.edu

Sumber : Pusat Pengajian Perniagaan University of Chicago Booth 

FESTIVAL JELAJAH HUTAN CHINA 2019, PERSIDANGAN PENGGALAKAN PELANCONGAN KEBUDAYAAN DAERAH GANGZHA TELAH DIADAKAN

NANJING, China, 25 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada Oktober 2019, Festival Jelajah Hutan China, Daerah Gangzha, Persidangan Penggalakan Pelancongan Kebudayaan Bandar raya Nantong telah diadakan di kaki Gunung Langshan, Taman Sukan Binjiang di tebing Sungai Yangtze, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Daerah Gangzha.

Daerah Gangzha terletak di utara Nantong dengan kedudukan geografi yang unggul dan laluan trafik yang mudah. Pada masa ini ia telah membentuk satu rangkaian pengangkutan dengan jalan raya, kereta api dan pengangkutan air yang bergred tinggi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri pelancongan kebudayaan di Daerah Gangzha telah berkembang maju. Daerah itu menggunakan Bandar Perindustrian Kebangsaan Tangzha dan Taman 1985 sebagai pembawa untuk mewujudkan sebuah bandar pelancongan bertaraf  wilayah dengan gaya Gangzha dan pesona perindustrian. Dengan mengambil taman hutan dan taman hiburan ibu bapa-kanak-kanak itu sebagai pembawa, ia menyepadukan perhutanan tani tradisional dan pelancongan moden, dan mewujudkan sebuah kawasan eko-pelancongan hijau yang mengintegrasikan lawatan ke tempat menarik dan rekreasi. Melalui terusan dan Sungai Yangtze, ia akan menghubungkan tarikan pelancong dengan Wanda Plaza, Mixc of China Resources, IKEA, Wal-Mart dan kompleks bandar yang lain. Syarikat-syarikat ini membuatkan gabungan perdagangan jenama dan rekreasi bandar, dan mewujudkan satu penanda aras baharu untuk perjalanan perniagaan di Gangzha, yang boleh didiami, sesuai untuk perniagaan dan bagi perjalanan. Orang ramai dapat melihat pemandangan kehijauan dalam jarak sepuluh meter dan air dalam jarak 100 meter di Gangzha pada hari ini. Persekitaran ekologi telah menjadi sebuah “Kad Bandar Raya” yang indah.

Di tapak, melalui gambar, video, Soalan & Jawapan dan interaksi dalam talian dan luar talian yang lain, Oasis International, Novlion, Ginlan Jia dan hotel-hotel berjenama yang lain di Gangzha kesemuanya telah diperkenalkan ke pentas dengan tempat-tempat pemandangan yang indah seperti Adventure Kingdom, Pekan Purba Tangzha, Bandar Lembah Hijau, Taman Safari Hutan Nantong. Semasa merasai tradisi dan keindahan moden di Gangzha, tetamu juga menikmati persembahan nyanyian dan tarian yang indah yang dipenuhi dengan unsur-unsur Gangzha, seperti “Jalan Lama”, “Muara bagi Sungai Lapan Belas batu” dan “Keindahan Gangzha”.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Daerah Gangzha, Kerajaan Perbandaran Nantong

Thursday, October 24, 2019

70 TAHUN DALAM KEGEMILANGAN -- SHAANXI DALAM PANDANGAN MEDIA LUAR NEGERI 2019 DIADAKAN PADA 14-17 OKTOBER



XI'AN, China, 23 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pada 14 Oktober, 2019, Shaanxi dalam Pandangan Media Luar Negeri 2019, yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi, telah dilancarkan di Xi'an. Sepanjang empat hari, satu kumpulan temu duga, yang terdiri daripada wartawan dari agensi-agensi media luar negeri seperti Agensi Pressphoto Eropah, Televisyen Basque dari Sepanyol, dan Asia Economy dari Korea Selatan, dapat melihat contoh-contoh mengenai pembangunan pesat dan perubahan dalam pembuatan perindustrian dan pertanian di Shaanxi, serta di dalam perlindungan alam sekitar, budaya dan sukan, dan sebagainya.

Kumpulan temu duga itu telah melawat Xi'an, Baoji, Weinan, dan Zon Demonstrasi Industri Teknologi Tinggi Pertanian Yangling, serta beberapa tempat lain. Mereka juga telah melawat ke beberapa perusahaan dan taman-taman, termasuk Kumpulan Kenderaan Komersil Automobil Shaanxi, Pangkalan Perindustrian Tenaga Baharu BYD Xi'an dan Taman Keusahawanan dan Inovasi Peladang Profesional Yangling. Pembangunan bagi industri automobil, penyebaran bagi pertanian moden dan amalan pertanian profesional di wilayah itu telah menarik perhatian khusus dari wakil-wakil media luar negeri.

Di Pangkalan Perindustrian Tenaga Baharu BYD Xi'an, wartawan telah melawat bengkel pengeluaran kereta tenaga baharu. Anggota kumpulan itu telah menikmati satu pandu uji  di dalam kereta tenaga baharu generasi baru BYD -- Tang EV. “Perusahaan-perusahaan ini telah berkembang dengan baik, yang mengagumkan saya,” kata PARK SUN MI, seorang wartawan dari Asia Economy dari Korea Selatan, “Saya telah melakukan satu pandu uji di dalam kereta tenaga baharu BYD. Ia sungguh dinamik dan sangat berkuasa, serta mesra alam sekitar.”

Encik Sin, ketua pemberita dengan KCNA di China, berkata, “Input yang sangat besar ke dalam tenaga baharu di China tidak dapat dipisahkan daripada langkah-langkah perlindungan alam sekitar yang dimulakan oleh kerajaan. Satu pengertian mengenai perkembangan dalam industri kereta Shaanxi telah menunjukkan kepada saya mengenai pertumbuhan ekonomi orang China.”

Di Taman Keusahawanan dan Inovasi Peladang Profesional Yangling, wartawan telah memerhatikan contoh-contoh mengenai perkembangan pertanian moden di China apabila mereka berpeluang untuk merasakan sebahagian daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di rumah hijau. Maryna Belkova dari majalah Rusia dan China berkata: “Di Yangling, saya telah melihat banyak teknologi mengerjakan dan penanaman termaju, dan saya akan melaporkan pemerhatian ini. Saya berharap China dan Rusia akan terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama di dalam bidang pertanian.”

SUMBER: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12714

EFINIX® AKAN MEMPAMERKAN PENYELESAIAN MIPI TRION® DI MIPI DEVCON TAIPEI

Berinovasi untuk memacu produk dan aplikasi pengkomputeran pinggir AI, FPGA Trion merangkumi antara muka CSI-2 MIPI yang sudah keras

SANTA CLARA, Calif., 16 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix®, penginovasi dalam platform dan teknologi produk boleh diprogramkan, hari ini mengumumkan demonstrasi syarikat di MIPI DevCon Taipei akhir minggu ini (Jumaat, 18hb Oktober).

Dengan berbilang alat kawalan penghantar dan penerima Antara Muka Bersiri Kamera 2 (CSI-2) MIPI, D-PHY, dan unsur logik 13K sehingga 120K, FPGA Trion didayakan MIPI Efinix adalah fleksibel, platform boleh diprogramkan yang boleh melakukan pemprosesan video kompleks untuk aplikasi mudah alih, visi mesin, robotik, automotif, dan pengawasan.

FPGA Trion direka bentuk dan dibangunkan untuk menyampaikan pengeluaran volum tinggi bagi produk dan aplikasi yang canggih dalam pinggir, pengiraan dan pemecutan. Pada terasnya ialah seni bina Quantum Efinix, yang menyampaikan kuasa rendah, faktor bentuk kecil dan kelebihan kos.

“FPGA Trion merupakan penggubah keadaan dan kami menanti-nantikan untuk membuat demonstrasi di MIPI DevCon Taipei,” kata Naib Presiden Jualan dan Pembangunan Perniagaan Efinix, Itsu Wang. “Kami yakin masa depan dengan pengkomputeran AI pinggir dan seni bina Quantum disruptif kami sedang membawa FPGA Trion, kini didayakan MIPI, kepada tahap inovasi yang tidak pernah berlaku dahulu.”

FPGA Trion dengan MIPI menyokong pelbagai aplikasi dari penyambungan mudah dan untuk melengkapkan aplikasi AI. FPGA Trion dengan MIPI boleh menyegerakkan dan memproses imej daripada berbilang kamera atau penderia, atau boleh bertindak sebagai hab prapemprosesan atau pemecut perkakasan dalam sistem yang lebih besar.

“FPGA Efinix mempunyai kelebihan ketara pada kuasa, antara muka MIPI keras, dan kos,” kata Chao Yuan dari Opnous, penderiaan pintar dan syarikat teknologi AI yang berpangkalan di China. “Kami memanfaatkan Efinix untuk Visual SLAM (Pemetaan dan Penyetempatan serentak) dalam beberapa produk kami dan menjangkakan penyelesaian FPGA Trion dengan MIPI syarikat dalam pelbagai tawaran masa hadapan.”

Kit Pembangunan MIPI T20 Trion dengan contoh reka bentuk menggunakan papan dan kamera Raspberry Pi tersedia sekarang pada laman web Efinix. https://www.efinixinc.com/t20mipi.

Tentang Efinix
Efinix®, merupakan penginovasi dalam produk boleh diprogramkan, memacu masa depan pengkomputeran AI pinggir dengan platform FPGA Trion®. Pada teras FPGA Trion ialah teknologi FPGA Quantum disruptif Efinix yang menyampaikan kelebihan Bahagian-Prestasi-Kuasa 4X melalui teknologi FPGA. FPGA Trion, menawarkan unsur logik 4K sehingga 200K, mempunyai faktor bentuk kecil, kuasa rendah, dan dihargakan untuk pengeluaran volum tinggi. Persekitaran Pembangunan Bersepadu Efinity® kami menyediakan suit reka bentuk FPGA lengkap daripada RTL sehinggalah aliran bit. Dengan kelebihan Bahagian-Prestasi-Kuasa, FPGA Trion menangani aplikasi seperti logik tersuai, pengiraan pecutan, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. Melalui Efinity, pelanggan kami boleh menghijrahkan FPGA secara lancar atau sistem penuh kepada Quantum ASIC untuk pengeluaran volum ultratinggi.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.efinixinc.com.

Maklumat Hubungan:
Steve Stratz
Relevanz Public Relations untuk Efinix
206.300.9134
steve@relevanzpr.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b284c8d5-d9ad-4f56-8d35-acf8ac8fb541

Sumber: Efinix, Inc.

--BERNAMA

VISTA GLOBAL MEMPERKENALKAN PESAWAT BOMBARDIER GLOBAL 7500, JET PERNIAGAAN TERBESAR DAN BAGI JARAK TERJAUH DI DUNIA

VistaJet bakal menjadi syarikat penerbangan persendirian pertama yang menerbangkan penumpang secara komersial dengan lebih pantas dan jauh di samping menampilkan keselesaan unggul dalam pesawat revolusioner tunggal syarikat itu

LAS VEGAS, 23 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --

• PERTUMBUHAN YANG AGAK BESAR
- Armada sehingga enam pesawat Global 7500
- Pesawat baharu paling revolusioner sepanjang 10 tahun yang lepas dan 10 tahun akan datang

•  PERTAMA DAN SATU-SATUNYA
- VistaJet merupakan syarikat pertama dan satu-satunya yang menawarkan pelanggannya akses kepada armada pesawat Global 7500
- Jet pertama akan tiba pada Januari 2020 di samping lima lagi pesawat tambahan dalam tahun yang sama

• JET PERNIAGAAN UNTUK JARAK TERJAUH DAN TERBESAR
- Sehingga 7,700 batu nautika
- Kabin dengan empat bahagian, termasuk suit kabin khas persendirian kekal

• SATU LAGI PENCAPAIAN VISTA GLOBAL
- Vista Global menyambut pencapaian satu tahun dan terus memacu perubahan radikal dalam industri


“Vista Global ialah kumpulan pertama dan satu-satunya yang menawarkan akses kepada mesin penerbangan perniagaan yang unggul iaitu Bombardier Global 7500. Pesawat 7500 tiada tandingan dari segi kelajuan, ruang dan inovasi. Kebolehan kami untuk menawarkan pesawat ini kepada Ahli memastikan kami terus menerajui transformasi dalam industri penerbangan. Sejak syarikat penerbangan pertama saya iaitu VistaJet diasaskan pada 15 tahun yang lalu, saya telah mencari standard tertinggi untuk menawarkan pengalaman penerbangan terulung kepada pelanggan di samping menjimatkan kos. Kami telah menerajui perubahan dalam industri untuk memberi pelanggan kami armada pesawat dan perkhidmatan terbaik dan hari ini, kami berjaya mengulangi perubahan baharu. Kami sedang mereka bentuk masa hadapan landskap penerbangan. Pengumuman menarik ini dibuat hanya sebulan selepas Vista Global menyatakan komitmen untuk mengubah industri untuk melancarkan Internet jalur KU berkelajuan paling tinggi pada armada pesawatnya.
Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi

Apakah yang diumumkan oleh Vista Global?
Vista Global yang merupakan ekosistem penerbangan persendirian dunia yang pertama hari ini mengumumkan pelaburan sehingga enam pesawat Global 7500 untuk ditambahkan kepada armada pesawat VistaJet dari Januari 2020, sekali gus menjadi syarikat pertama yang menawarkan akses kepada jet perniagaan terbesar dan jarak terjauh yang tersedia di pasaran.

Apakah yang menjadikan Global 7500 penting?
Pesawat 7500 memberi pelanggan Vista Global mesin penerbangan perniagaan yang tiada tandingan. Pesawat itu telah mencatatkan rekod dalam misi penerbangan tanpa henti yang terpanjang iaitu sejauh 8,225 batu nautika serta mencatatkan rekod kelajuan jarak jauh di antara Sydney dan Detroit, Michigan.

Pesawat itu juga telah mencatat rekod kelajuan di antara New York dan Los Angeles yang mencapai kelajuan 0.925 Mach dan mengekalkan kelajuan tersebut selama lebih dua jam dan melengkapkan penerbangan dari pantai ke pantai dalam masa 3 jam 54 minit.

Keupayaan pesawat itu bermakna penumpang boleh terbang sejauh jarak seperti dari Los Angeles ke Hong Kong dalam satu perjalanan dan tiba 21% lebih cepat daripada jet yang kedua terpantas. Pesawat Global 7500 akan memastikan penumpang dapat meneruskan hari mereka dengan lancar.

Apakah maknanya bagi penumpang?
Ketika melakukan perjalanan, penumpang dapat menikmati keselesaan dan ruang terbaik yang pernah disediakan.

Pesawat Global 7500 ialah satu-satunya jet perniagaan dengan empat ruang penumpang termasuk suit kabin persendirian tetap di belakang pesawat.

Ruang penumpang merangkumi meja dengan enam tempat duduk yang menampilkan reka bentuk baharu yang pertama dalam penerbangan perniagaan sepanjang 30 tahun. Tempat duduk yang dipatenkan itu memberi keselesaan dan boleh dibaringkan sepenuhnya.

Dengan ruang saji terbesar dalam penerbangan perniagaan, makanan dapat dihidangkan segar di udara dan penumpang bebas menikmati masakan mengikut menu dan cara yang diilhamkan daripada restoran bertaraf Michelin. Ketepatan sayap direka bentuk untuk kefleksibelan maksimum yang menghasilkan kestabilan yang tidak pernah berlaku dahulu bagi penerbangan yang luar biasa lancar.

Bagaimanakah keadaan ini sesuai bagi misi Vista Global?
Pengumuman hari ini menonjolkan cita-cita Vista Global untuk sentiasa menawarkan teknologi dan pesawat paling inovatif dan terkini kepada pasaran. Dalam masa hanya 12 bulan, syarikat itu telah berjaya memacu perubahan radikal di seluruh industri penerbangan persendirian. Sejak pelancarannya, Vista Global telah mengambil alih dua syarikat, XOJET dan JetSmarter dan melancarkan XO iaitu pasaran penerbangan persendirian global yang pertama di dunia serta mengumumkan kerjasama untuk melancarkan ketersambungan dalam pesawat yang terpantas di dunia.

Bilakah pesawat Global 7500 akan tersedia?
Ahli VistaJet berpeluang mendapatkan segera perkhidmatan penerbangan pesawat Global 7500 bermula Januari 2020. Syarikat itu membangunkan portfolio pesawat 7500 sepanjang tahun dan akan mengendalikan armada enam pesawat selewat-lewatnya pada akhir tahun 2020. Vista Global juga mempunyai pilihan untuk menambahkan pesawat tambahan pada tahun 2021 dan tahun berikutnya dalam jumlah yang sama untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Setahun Pengumuman Vista Global

12 September 2019
Vista Global menampilkan ketersambungan dalam penerbangan terpantas kepada penerbangan persendirian
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2019/09/Vista-Global-In-Flight-Connectivity.pdf

27 Jun 2019
Vista Global memperkenalkan XO, pasaran penerbangan persendirian global
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2019/06/Vista-Global-presents-XO-The-Global-Private-Aviation-Marketplace.pdf

10 April 2019
Vista Global akan mengambil alih JetSmarter – Melaksanakan strategi pendigitalan bagi pasaran penerbangan persendirian Atas Permintaan global
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2019/04/Press-Release_Vista-Global-x-JetSmarter.pdf

20 September 2018
Vista Global mengambil alih XOJET, peneraju syarikat penerbangan perniagaan Atas Permintaan di Amerika Utara yang dilengkapi 43 pesawat dan mengukuhkan kewujudan di seluruh dunia dengan 115 jet perniagaan
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2018/09/Vista-Global_Acquisition-Announcement_FINAL.pdf

11 September 2018
Thomas Flohr melancarkan Vista Global untuk menggabungkan pasaran penerbangan perniagaan yang terpisah dan disokong oleh pelaburan bernilai $200M juta
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2018/09/Launch-of-Vista-Global-Holding.pdf

Tentang Vista Global

Vista Global Holding merupakan ekosistem penerbangan persendirian yang pertama di dunia. Sebagai kumpulan global yang beribu pejabat di DIFC Dubai, Vista Global menyepadukan portfolio unik syarikat yang menawarkan perkhidmatan ringan aset untuk merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan: liputan penerbangan global terjamin dan Atas Permintaan; penyewaan dan pembiayaan pesawat; serta teknologi penerbangan dan pasaran yang canggih. Misi kumpulan adalah untuk menerajui perubahan bagi memberi pelanggan perkhidmatan penerbangan paling maju dan bernilai terbaik, pada bila-bila masa, di mana-mana jua di seluruh dunia. Pengetahuan dan pemahaman Vista Global tentang semua aspek industri menyampaikan tawaran akhir-ke-akhir dan teknologi kepada mana-mana pelanggan penerbangan perniagaan, melalui VistaJet dan perkhidmatan berjenama XO.
Maklumat dan berita lanjut Vista Global di vistaglobal.com.

Maklumat Hubungan: press@vistaglobal.com               

Vista Global Holding Limited ialah syarikat induk bagi kumpulan syarikat VistaJet, termasuk VistaJet Limited, sebuah syarikat pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat 9H yang berdaftar di bawah Pengendali Udara Malta dengan Nombor Sijil MT-17.  VistaJet Limited dan sekutu kumpulan VistaJet bukanlah syarikat pesawat pengangkut udara terus Amerika Syarikat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12713

Wednesday, October 23, 2019

Nippon Express (India) laksana aktiviti sumbangan sosial

KUALA LUMPUR, 22 Okt -- Nippon Express (India) Private Ltd (NE India), subsidiari Nippon Express Co Ltd telah melancarkan aktiviti sumbangan sosial untuk masyarakat setempat.

Berdasarkan cadangan daripada pekerja, syarikat telah menetapkan Sabtu kelima setiap bulan, yang berlaku beberapa kali setiap tahun, sebagai 'hari untuk aktiviti'.

Cawangan utama NE India telah mengadakan perbincangan dan pekerja bebas merancang aktiviti yang akan dilakukan, menurut syarikat dalam satu kenyataan.

Syarikat juga telah memperkenalkan sistem sokongan untuk memudahkan penyertaan pekerja yang menarik kira-kira 80 peratus daripada pekerja mengambil bahagian dalam aktiviti pada Jun dan Ogos.

Antara aktiviti utama adalah lawatan ke rumah anak yatim, sekolah dan kemudahan penjagaan warga emas, mengedarkan makanan di kawasan perumahan pekerja, penyertaan dalam program menghijaukan kawasan dan menderma darah di hospital-hospital kanser.

NE India mengiktiraf aktiviti-aktiviti ini sebagai tanggungjawab sosial korporat dan akan meneruskannya di bawah usaha warga korporat yang baik.

-- BERNAMA

Tuesday, October 22, 2019

SELAYANG PANDANG BAGI INDUSTRI TRANSIT REL GLOBAL YANG BAKAL BERMULA -- EKSPOSISI INDUSTRI TRANSIT REL & PEMBUATAN PERALATAN ANTARABANGSA CHINA PERTAMA YANG AKAN DIADAKAN DI CHANGSHA




CHANGSHA, China, 18 Okt (Bernama) -- Eksposisi Industri Transit Rel & Pembuatan Peralatan Antarabangsa China 2019 (Ekspo InteRail) akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Changsha di Wilayah Hunan di Tengah China dari 18 hingga 20 Oktober, 2019. Bertemakan “Kereta Api Pintar Menghubungkan Masa Depan”, ekspo itu akan mempamerkan teknologi dan inovasi baharu yang bakal ditawarkan oleh sektor transit rel dan pembuatan peralatan global. Daripada lapan pengeluar terbesar dunia bagi kenderaan dan kelengkapan transit rel, CRRC, Bombardier, Siemens, dan Wabtec telah mengesahkan kehadiran mereka, demikian menurut Jawatankuasa Penganjur bagi Eksposisi Industri Transit Rel & Pembuatan Peralatan Antarabangsa China.

Kira-kira 400 pempamer dan lebih daripada 2,500 ahli perniagaan akan berkumpul di dewan pameran yang berukuran 54,000 meter persegi itu, bersama-sama dengan anggaran lebih daripada 20,000 orang hadirin. Bakal dipamerkan adalah kenderaan transit rel dan bahagian bawahnya, reka bentuk kejuruteraan dan perkhidmatan ujian, dan peralatan bagi membina kereta api, terowong, dan jambatan, meningkatkan kemudahan pengangkutan awam bagi sebuah bandar raya pintar, dan meningkatkan pemprosesan dan automasi ketepatan, antara lain. Dalam acara sampingan, satu sidang kemuncak dan sesi mencari padanan akan diadakan bagi kalangan profesional, dan Direktori bagi Permintaan Bakat peringkat Tinggi di dalam Industri Transit Rel dan Pembuatan Peralatan yang pertama seumpamanya akan dikeluarkan.

Semasa ekspo itu, peserta perniagaan akan dijemput oleh pihak penganjur untuk melawat Zhuzhou, sebuah bandar raya Hunan dan syarikat-syarikat penting yang berpangkalan di wilayah itu dengan menaiki kereta api apungan magnetik dan transit cepat rel berautonomi. Acara itu dijangka disertai oleh pegawai-pegawai kerajaan dan wakil-wakil persatuan perniagaan dan perusahaan dari hampir 20 buah negara, termasuk Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom, Romania, Switzerland, Jepun, Korea Selatan, India, Pakistan, Laos, Myanmar, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Singapura, Nigeria dan Ghana.

Sejak tahun 2016, ketika pendahulunya - Ekspo Industri Transit Rel Antarabangsa China (Hunan) - dilancarkan, Ekspo InteRail kini telah muncul sebagai satu-satunya pameran peringkat negeri di China di dalam dunia transit rel dan pembuatan peralatan yang mensasarkan pasaran global. Ini akan membolehkan Hunan untuk membawa bersama lebih banyak sumber yang melibatkan industri-industri ini, agar dapat menjadikan wilayah itu terkenal di seluruh dunia sebagai lembah kuasa China. Ekspo itu diadakan setiap dua tahun dan mengaturkan Pameran Perdagangan Antarabangsa untuk Teknologi Pengangkutan yang diadakan dua tahun sekali, yang berlangsung di Berlin, Jerman.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Eksposisi Industri Transit Rel & Pembuatan Peralatan Antarabangsa China.

Pautan Lampiran Imej: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=347906

-- BERNAMA
 

PLATFORM PEMBANGUNAN UBAT ORGANOID TUMOR DITERBITKAN DARIPADA PESAKIT TELAH DILANCARKAN

Inovasi Peneraju Industri Berjanji akan Menggendalakan Penemuan Ubat Secara Tradisional

SAN DIEGO, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience hari ini mengumumkan pelancaran platform pembangunan ubat organoid tumor baharu dengan potensi untuk meningkatkan kebolehramalan dan kelakuan penemuan ubat praklinikal dengan ketara.

Fasa permulaan pelancaran platform menampilkan model organoid diterbitkan daripada PDX (PDXO) in vitro 3D pertama yang tersedia secara komersial yang dijanakan daripada perpustakaan yang unik CrownBio dengan model 2500+ model xenograf (PDX) yang diterbitkan daripada pesakit.

PDXO adalah setara dari segi biologi dengan model PDX in vivo  yang mempunyai kebolehramalan tinggi, kerana kedua-duanya merupakan model penyakit dipacu sel dasar kanser. PDXO memberikan manfaat tambahan kelajuan dan kebolehskalaan inheren kepada sistem in vitro yang ideal untuk daya pemprosesan tinggi, penyaringan berskala besar dan pengujian serentak bagi berbilang strategi gabungan.

Model in vitro 3D ini telah dibangunkan menggunakan protokol Hubrecht Organoid Technology (HUB) yang terbaik dalam kelasnya, berasal dari makmal Clevers, menjamin keteguhan dan kebolehterjemahan yang terbukti. CrownBio mempunyai lesen eksklusif daripada HUB untuk menyediakan perkhidmatan pembangunan dan pengesahan ubat onkologi praklinikal menggunakan Teknologi Organoid HUB.

Pelancaran awal model PDXO merangkumi lebih daripada 10 jenis kanser. Fasa 2 platform akan menyaksikan organoid diterbitkan daripada pesakit (PDO) HUB tersedia secara eksklusif daripada CrownBio pada S1 2020.

“Di CrownBio, kami telah merintis pembangunan model diterbitkan daripada pesakit” kata Henry Li, ketua pegawai saintifik PhD di CrownBio. “Perpustakaan baharu kami yang mengandungi organoid yang dicirikan dan beranotasi dengan baik berserta model PDX in vivo yang sepadan menawarkan aliran kerja translasi yang tidak pernah berlaku dahulu untuk penemuan ubat praklinikal. Buat julung kali, peralihan yang benar-benar lancar daripada in vitro kepada in vivo boleh dilakukan. Melalui anotasi model kami, terdapat juga peluang untuk penemuan biopenanda automasi bagi meningkatkan keupayaan kami untuk meramal respons pesakit.”

Manfaat lanjut bagi model PDXO berkaitan pesakit termasuk memelihara genom, morfologi dan identiti patofisiologi tumor PDX induknya. PDXO dan PDX juga memaparkan profil farmakologi yang serupa.

“Kami berasa sukacita untuk melihat teknologi Organoid HUB berjaya digunakan pada pembangunan organoid diterbitkan daripada PDX dan dijadikan tersedia kepada industri yang lebih luas oleh CrownBio,” kata CEO HUB Rob Vries, PhD. “Sistem perintis ini menyediakan akses kepada perpustakaan yang telah dikembangkan bagi model in vitro dan in vivo  yang diterbitkan daripada pesakit, membawa populasi pesakit kanser yang lebih luas secara berkesan ke dalam makmal.”

Organoid HUB sudah merupakan alat onkologi praklinikal yang terbukti memberikan pertumbuhan yang konsisten dan stabil melalui laluan dan bacaan cerakin berkualiti tinggi dibandingkan dengan sistem 2D dan 3D standard. Biobank organoid juga boleh diwujudkan tanpa menghilangkan identiti asal untuk membuat susulan atau kajian berulang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12700

Monday, October 21, 2019

Pencalonan dibuka untuk Anugerah Europa Bagi Kemampanan 2019

KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kesatuan Eropah (EU) - Malaysia (EUMCCI) memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang cemerlang dalam amalan kemampanan bagi Anugerah Tahunan Europa Bagi Kemampanan 2019 pada 28 Nov ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Roberto Benetello berkata anugerah kali ketiga itu mengiktiraf kecemerlangan dalam kemampanan termasuk kategori Laporan Kemampanan Terbaik, Inovasi Terbaik Kemampanan, Impak Sosial Terbaik, Impak Persekitaran Terbaik dan Pemimpin Kemampanan Terbaik (dianugerahkan kepada individu).

Beliau berkata anugerah itu menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan melebihi 1,400 pencalonan setakat ini berbanding 95 syarikat tempatan dan antarabangsa pada tahun lepas.

“Para pelabur juga semakin menggalakkan syarikat untuk menyepadukan kemampanan dalam strategi perniagaan teras mereka dan adalah penting untuk syarikat berdiri setanding dengan sektor yang sama bagi ekonomi lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Maria Castillo Fernandez berkata usaha EUMCCI dalam menangani isu kemampanan utama memainkan peranan penting untuk mendorong lebih banyak tanggung jawab korporat dalam pelbagai sektor.

“Sesuatu yang menggembirakan apabila melihat lebih banyak organisasi di Malaysia termasuk syarikat kecil dan sederhana berkongsi matlamat yang sama dalam menguruskan kemampanan dan bekerjasama ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya.

Tarikh akhir untuk menyertai anugerah tersebut adalah pada 13 Nov dan setiap syarikat boleh menghantar maksimum dua kategori anugerah.

Sesiapa yang berminat boleh melayari maklumat di www.europawardsmalaysia.eu.

-- BERNAMA

JAWATANKUASA MELAWAT KOREA: PROMOSI UNTUK TIKET PENERBANGAN, PENGINAPAN, PROGRAM AKTIVITI KINI BERSEDIA UNTUK KOREA GRAND SALE 2020






- Datanglah ke Korea dan Nikmati Membeli-belah, Budaya dan Pelancongan!

SEOUL, Korea Selatan 14 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE)--Korea Grand Sale 2020, satu festival membeli-belah, budaya dan pelancongan tahunan bagi pelancong asing, akan diadakan oleh Jawatankuasa Melawat Korea selama 45 hari dari 16 Januari (Khamis) hingga 29 Februari (Sabtu) tahun depan di seluruh negara itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191007005327/en/

Pengiraan detik pelancaran 100 hari kepada pembukaan besar-besaran bagi acara itu bermula dengan promosi di bawah frasa pemikat “Menjemput Anda ke Korea Grand Sale.”

Promosi tempahan awal menawarkan diskaun sehingga 95 peratus ke atas tiket-tiket yang dijual oleh lapan syarikat penerbangan Korea untuk penerbangan ke Korea dari luar negara pada kira-kira 100 laluan. Promosi hotel itu menawarkan sehingga 80 peratus diskaun serta satu tambahan 10 peratus potongan harga untuk bilik-bilik di kira-kira 200 buah hotel di Korea. Promosi ini akan meningkatkan kegembiraan bagi perjalanan ke Korea.

Banyak program menyeronokkan yang menawarkan pengalaman amali dengan kandungan K-pop, budaya Korea dan kandungan K-Wave (Hallyu) kini disediakan. Ini termasuk program Latihan K-pop Star, program percubaan K-beauty, lawatan gourmet Korea dan aktiviti dalaman / luaran untuk musim sejuk. Pelbagai program ini sudah pasti akan menarik ramai pelancong asing.

Butiran boleh diperolehi di laman web rasmi Korea Grand Sale
(http://www.koreagrandsale.co.kr/en/).

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191007005327/en/

Hubungi

Jawatankuasa Melawat Korea
Kim Mun Joo, Pengurus Pemasaran
+82-2-6272-7307
onlyou6@vkc.or.kr

Sumber: Jawatankuasa Melawat Korea

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Thursday, October 17, 2019

IMIGRASI PENTING UNTUK PRODUKTIVITI DAN PERTUMBUHAN EKONOMI GLOBAL, MENURUT LAPORAN BAHARU GMAC

Dengan memberikan perhatian pada laporan itu, 63 dekan dan Ketua Pegawai Eksekutif mengeluarkan surat terbuka menggesa perubahan dasar yang ketara dalam pendekatan AS Syarikat terhadap imigrasi berkemahiran tinggi

WASHINGTON, 16 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) hari ini mengumumkan Early Warning Signals: Winners and Losers in the Global Race for Talent. Laporan yang menyeluruh ini meneliti peranan imigrasi dalam menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi global, keperluan untuk menyokong mobiliti antarabangsa bagi bakat merentasi sempadan, dan peranan penting yang dimainkan sekolah perniagaan sebagai penyaring kepada imigrasi berkemahiran dan pembangunan bakat. Laporan tersebut menganalisis data di Amerika Syarikat, Kanada, Britain, India dan China, serta meliputi data permohonan kemasukan ke sekolah perniagaan terkini yang dikeluarkan oleh GMAC hari ini melalui Application Trends Survey Report 2019.

“Sekolah perniagaan berada dalam kedudukan unik untuk menjelaskan cara mobiliti bakat berhubung dengan pertumbuhan dan daya tenaga ekonomi melalui penyelidikan dan kepakaran sekolah kami. Namun, sebagai pembangun bakat, kami juga mempunyai data hampir menyamai masa nyata yang menunjukkan aliran baharu bidang yang dipilih oleh bakat,” kata Bill Boulding, Pengerusi Lembaga GMAC dan Dekan Sekolah Perniagaan Fuqua di Universiti Duke. “Kami berpendapat pentingnya kami berkongsi maklumat ini sekarang dengan pembuat dasar di seluruh dunia memandangkan bakat bakal menjadi faktor terpenting dalam menentukan pihak yang menang dan kalah dari segi ekonomi pada masa hadapan. Isu yang kami kemukakan ini penting bukan hanya untuk menyediakan peluang pendidikan merentasi sempadan tetapi juga untuk menggalakkan aktiviti ekonomi nasional yang kukuh dan teguh. “

Bertujuan untuk menarik perhatian terhadap cabaran tertentu yang dihadapi oleh A.S., 63 Ketua Pegawai Eksekutif dan dekan dari sekolah perniagaan yang merentasi bahagian luas di seluruh negara termasuk sektor swasta dan awam telah menandatangani surat terbuka yang menggesa perubahan besar-besaran dalam pendekatan A.S. terhadap imigrasi berkemahiran tinggi. Surat itu menyatakan kebimbangan kerana A.S. tidak mempunyai bakat berkemahiran tinggi yang diperlukan atau kapasiti untuk melatih rakyat yang mempunyai bakat tersebut untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi global.

Untuk menghalang aliran ini daripada berterusan, penandatangan mencadangkan pembaharuan dasar propertumbuhan termasuk:
- Menghentikan had visa “setiap negara”, memodenkan sistem pemprosesan visa dan membuat pembaharuan terhadap program visa H-1B untuk membolehkan bakat yang diperlukan mempunyai peluang munasabah untuk memasuki Amerika Syarikat.
- Mewujudkan “visa nusa teras” untuk menggalakkan imigrasi ke rantau Amerika Syarikat yang boleh menggunakan sebaiknya daya tenaga individu yang berbakat ini.

“Sekolah perniagaan yang berkualiti terus muncul di seluruh dunia dan persaingan menjadi sengit yang menandakan pasaran yang bertenaga,” kata Sangeet Chowfla, Presiden dan CEO GMAC.  “Namun, sekolah perniagaan tidak mempunyai kuasa. Pembuat dasar juga bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mobiliti pelajar. Dengan berbuat demikian, mereka akan membuka peluang inovasi di samping membantu untuk mengekalkan kepelbagaian dalam kelas yang menjadi aspek kritikal dalam pendidikan pengurusan siswazah.”

Penemuan Utama:

Early Warning Signals: Winners and Losers in the Global Race for Talent memberikan pandangan terhadap aliran semasa bakat ke negara tertentu yang memetik data daripada GMAC Application Trends Report 2019, satu laporan pendek tahunan tentang aliran kemasukan program perniagaan siswazah. Rantau yang diminati pelajar untuk melanjutkan pengajian berkemungkinan besar menjadi pemenang dalam pembangunan ekonomi kerana mampu menarik bakat—yang mempunyai kesan terhadap bakat tempatan rantau itu dengan mewujudkan hab inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

Keadaan di Amerika Syarikat

Pada tahun 2019, Amerika Syarikat mengalami penurunan sebanyak 13.7 peratus dalam permohonan antarabangsa ke sekolah perniagaan yang merupakan penurunan lebih teruk berbanding mana-mana negara dalam dunia. Penurunan itu juga terjadi ketika permohonan serupa dicatatkan stabil dan meningkat di bahagian lain dunia. Sebaliknya, program di Kanada dan negara-negara Eropah menyaksikan peningkatan yang kebanyakannya dipacu oleh permintaan antarabangsa yang semakin meningkat. Bagi AS, angka-angka ini merupakan penunjuk yang membimbangkan untuk mobiliti bakat pada masa hadapan terutamanya bagi peneraju perniagaan yang menyatakan bahawa pengambilan dan pengekalan bakat menjadi kebimbangan utama mereka. 

Keadaan di Kanada

Kanada menyaksikan kenaikan sebanyak 8.6 peratus dalam permohonan antarabangsa ke sekolah perniagaan tahun 2019 yang menjadi isyarat positif bagi masa hadapan negara itu dan aliran mobiliti akan datang sementara isyarat positif bagi mobiliti masa hadapan negara itu menjadi trend. Ini berikutan peningkatan rapat sebanyak 16.4 peratus pada tahun berikutnya. Kanada juga menerima 286,000 penduduk tetap pada tahun 2017 dan berhasrat untuk mempunyai 1 juta penduduk baharu menjelang tahun 2021, dengan memberikan tumpuan kepada buruh berkemahiran tinggi. Ini meletakkan negara pada kedudukan untuk mendapatkan manfaat ekonomi bagi tahun dan dekad akan datang.

Keadaan di UK

Tiga antara lima firma di UK melaporkan mengalami waktu sukar untuk mencari bakat pada tahun sebelumnya dan sebanyak 50 peratus menjangkakan keadaan kekurangan tenaga mahir Britain akan bertambah buruk pada masa hadapan. Namun, sebanyak 61 peratus program perniagaan UK melaporkan peningkatan dalam permohonan antarabangsa pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya dan bahagian skor laporan Graduate Management Admission Test (GMAT) yang dihantar kepada program di Britain telah meningkat sedikit pada tahun 2016, menurut laporan yang dikeluarkan oleh GMAC pada Mac 2019.

Keadaan di India

Data permohonan ke sekolah perniagaan menunjukkan pergerakan bakat dari India ke bahagian lain di dunia, dengan minat yang semakin meningkat dalam sekolah domestik. Peratusan warga India yang menghantar skor peperiksaan GMAT ke sekolah perniagaan di Amerika Syarikat jatuh dari 57 peratus dalam ujian pada tahun 2014 kepada 45 peratus dalam ujian pada tahun 2018, menurut data GMAC terbaru. Dalam tempoh yang sama, peratusan warga India yang pengambil ujian GMAT dan menghantar skor ujian ke sekolah di India meningkat dari 15 peratus ke 19 peratus.

Keadaan di China

Menurut GMAC, Application Trends Survey Report 2019, sekolah perniagaan di China menyaksikan peningkatan sebanyak 6.8 peratus dalam permohonan domestik pada tahun ini dan jumlah permohonan domestik meningkat tahun ke tahun sebanyak 73 peratus bagi semua program. Walaupun 86 peratus daripada pemohon program-program ini datang dari rantau itu, profil menaik sekolah perniagaan China mungkin mula menarik lebih banyak calon dari seluruh dunia. China kini mempunyai enam program MBA 50 Teratas Global oleh Financial Times, termasuk sekolah keseluruhan di tempat kelima iaitu China-Europe International Business School (CEIBS). Pada tahun 2009, hanya dua sekolah yang tersenarai dalam 100 teratas di China.

Untuk memuat turun kertas putih GMAC, Early Warning Signals: Winners and Losers in the Global Race for Talent, lawati gmac.com/talentmobility. Untuk Application Trends Survey Report 2019, lawati gmac.com/apptrends2019.

Tentang GMAC

Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah di dunia. Diasaskan pada 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calon untuk menerokai, menilai dan berhubungan antara satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan juga membimbing calon yang ingin menyambung pengajian ke pendidikan tinggi untuk memastikan semua bakat dapat ditemui.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang dan penilaian pembangunan profesional untuk industri yang direka bentuk untuk memajukan seni dan sains kemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan dan diiktiraf oleh lebih 7,000 program di seluruh dunia.

Portal utama kami untuk sumber dan maklumat pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com menerima 6 juta pengunjung setiap tahun dan menawarkan alat padanan Carian Sekolah dan perkhidmatan carian GMASS™ yang memadankan calon dan sekolah perniagaan .

GMAC ialah organisasi global yang mempunyai pejabat di Hong Kong Shanghai, China; Gurugram, India; Singapura; London, Britain; dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com.


Orang hubungan media: 

Lindsey Neary, Edelman
GMAC@Edelman.com atau (202) 243-8574

Geoffrey Basye, Pengarah Perhubungan Media, GMAC
gbasye@gmac.com atau (202) 271-1529

Sumber: Graduate Management Admission Council

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12683

KENYATAAN MEDIA WARIS KAKITANGAN PAS PUSAT LAYAK FAEDAH PERKESO

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Berita kemalangan maut yang menimpa Allahyarham Abdullah bin Atan@Yaakub 51 tahun, seorang Pegawai IT di Pejabat Agung PAS Pusat dan merupakan ahli PAS Kawasan Selayang (DUN Kuang) pada 3 Oktober 2019 yang dimuatnaik ke dalam Facebook Friends of PAS telah mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Motorsikal ditunggangi beliau dilaporkan telah terjatuh dan dirempuh oleh lori di bawah jejantas berhampiran Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. 

Bertindak atas berita yang diperolehi dari laman facebook tersebut, Skuad PERKESO Prihatin Pejabat PERKESO Rawang telah mendapatkan maklumat lanjut dan telah mengunjungi keluarga arwah bagi menghulurkan pertolongan untuk menguruskan tuntutan faedah yang layak diberikan oleh PERKESO. Oleh kerana kemalangan berlaku sewaktu dalam perjalanan untuk ke tempat kerja, waris arwah layak untuk menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO iaitu Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan.

Yang Berhormat Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia dengan diiringi oleh Encik Zamri bin Draman, Pengurus PERKESO Rawang dan Skuad PERKESO Prihatin telah hadir ke kediaman waris pada 14 Oktober 2019 bagi menziarahi serta menyerahkan faedah-faedah PERKESO tersebut kepada keluarga arwah.

Skuad PERKESO Prihatin ditubuhkan bagi memantau dan mengambil tindakan segera bagi kes-kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan dalam media massa yang layak, bukan sahaja yang terpampang di dada-dada akhbar tetapi juga di media sosial. Orang ramai diseru untuk membantu menyalurkan maklumat berkaitan kes-kes kemalangan seperti ini melalui talian 1 300 22 8000 atau emel perkeso@perkeso.gov.my.

Sumber : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

Wednesday, October 16, 2019

SOCIALPETA MEMBANTU JIOS UNTUK MEMBINA SEBUAH PERKHIDMATAN PEMASARAN DATA-DIDORONG

BEIJING, 15 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan perkembangan pesat sains dan teknologi global, “data” telah menjadi asas untuk perusahaan dan individu dalam aktiviti pemasaran rangkaian mereka. Pengurusan perkhidmatan pemasaran hanya dapat dijalani dengan lebih berkesan dengan mengumpulkan dan menganalisasikan data-data seperti trend pasaran, dinamik persaingan dan tingkah laku pengguna.

Oleh itu, platform analisis perisikan pengiklanan terbesar di dunia, SocialPeta, bekerjasama dengan JIOS, untuk memenuhi wawasan yang ingin mempromosikan perkhidmatan pemasaran ke peringkat pembangunan yang lebih profesional dan tepat.

SocialPeta kini telah mengumpul lebih daripada 500 juta data pengiklanan yang meliputi lebih daripada 60 saluran arus perdana di seluruh dunia. Dengan memiliki satu juta data pengiklanan harian, ia boleh membekalkan senarai peringkat pelbagai dimensi seperti senarai pangkat tertinggi, senarai amat disyorkan, dan senarai pengiklan-pengiklan baru. Di samping itu, ia juga mengandungi fungsi seperti data analisis dan memberi cadangan berkenaan bahan kreatif, penulisan iklan popular, penempatan iklan dan penonton, serta syarikat rakan kongsi dan sebagainya, yang bertujuan untuk memahami pasaran dan memudahkan proses pembuatan keputusan pemasaran.

Sebagai institusi latihan pemasaran rangkaian rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Johor, JIOS, berkomited untuk menjadi akademi profesional pemasaran rangkaian di seluruh Asia Tenggara. Ia akan membekalkan pengetahuan, kemahiran, dan cara pemasaran rangkaian praktikal untuk industri SEO, e-dagang, corong pemasaran, penulisan iklan, pemasaran video, pemasaran media sosial dan lain-lain. Dengan memiliki sebuah pasukan pemasaran rangkaian yang besar, JIOS bertujuan untuk mengajar cara memulakan urus niaga dalam talian dan menyediakan khidmat nasihat profesional kepada syarikat yang ingin mengubah transaksi tradisional ke urus niaga elektronik dalam talian. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan promosi rangkaian, pemasaran jenama, dan perkhidmatan lain kepada pelanggan e-dagang global untuk bantu menrealisasikan globalisasi.

Dengan pangkalan data SocialPeta yang luar biasa dan kapasiti analisis yang kuat, JIOS mempercayai bahawa ia dapat meningkatkan keupayaan membuat keputusan selepas menguasai pasaran global dan trend kompetitif yang tepat pada masanya. Sementara itu, ia dapat menaik taraf ketepatan dan kecekapan pemasaran selepas memperoleh bahan kreatif dan draf teks iklan popular. Sebaliknya, ia juga akan meningkatkan daya saing teras JIOS dalam pemasaran rangkaian global serta kemampuan data dan teknikal perkhidmatan pelanggan.

Lebih penting lagi, kerjasama ini juga bermakna bahawa reputasi dan pengaruh sosial SocialPeta akan menjadi semakin dapat dilihat. Bukan sahaja ia telah menjadi rakan kongsi penting dalam syarikat pemasaran digital global tetapi ia juga akan sangat diiktiraf dan dipercayai oleh gergasi industri pemasaran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12671

MAJLIS PENILAIAN & PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH HIJAU 2019

Remaja Sekolah Bertanding Menjadi Pelindung Sungai Klang

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- 16 pasukan finalis daripada 10 buah sekolah menengah kawasan Lembah Klang telah bertanding untuk gelaran “Pelindung Sungai Klang” yang merupakan tema Anugerah Hijau tahun ini.

Anugerah Hijau merupakan pertandingan tahunan anjuran EcoKnights dengan kerjasama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), ERE Consulting Group (ROLPOP Fasa 3A) dan Asia Pasific Environmental Consultants (ASPEC) (ROLPOP Fasa 3B & 4) melalui projek Sungai Nadi Kehidupan untuk memupuk kesedaran dan penglibatan para pelajar sekolah menengah dalam pemeliharan dan pemuliharaan sungai. Sejak bermulanya pertandingan ini, banyak sekolah telah berjaya mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal di kampus masing-masing.

Tahun ini, dua kategori telah dipertandingkan, iaitu Aktif Sepenuhnya (memfokuskan cara pengurusan sisa di sekolah) dan Sememangnya Kreatif (menghasilkan filem pendek tentang sungai). Setiap pasukan telah menghantarkan kertas cadangan mereka dan kemudiannya dipilih untuk menyertai bengkel finalis pada bulan Julai yang lepas. Majlis Penilaian dan Penyampaian Hadiah ini merupakan peringkat terakhir bagi para pelajar melaporkan dan membentangkan hasil pencapaian mereka sebelum pemenang diumumkan.

Pemenang bagi Anugerah Hijau 2019 kategori Aktif Sepenuhnya ialah SMK Aminuddin Baki (Juara), SMK Taman Kosas (Naib Juara) dan SM Sains Alam Shah (Tempat Ketiga), manakala pemenang bagi kategori Sememangnya Kreatif ialah SMK Sungai Besi (Juara melalui filem bertajuk Ngap), SMK Sungai Besi (Naib Juara melalui filem bertajuk Ayah Hero Tragedi,), dan SMK Darul Ehsan (Tempat Ketiga melalui filem bertajuk Perubahan). Selain itu, majlis juga menyampaikan Anugerah Guru Terbaik untuk mengiktiraf guru yang banyak membantu para pelajar untuk menjayakan projek mereka. Pemenang anugerah ini ialah cikgu Mardiah Binti Ab Latiff (SMK Aminuddin Baki, Juara), cikgu Nazihah Binti Idris (SMK Dato Ahmad Razali, Naib Juara), dan cikgu Ayadurai A/L Letchumanan (SMK Darul Ehsan, Tempat Ketiga).

Majlis penyampaian hadiah telah berjaya dilaksanakan oleh Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat, Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Dr. Yasmin Rasyid, Pengasas dan Presiden Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur dan Selangor, diiringi juri-juri Pn. Norhidayah Binti Abu Hassan, Penolong Kanan Pengarah, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Cik Fong Chuen Far, Pengurus Projek ROLPOP Fasa 3A, Dr. Jamie Chong Li Yean, Pengurus Projek ROLPOP Fasa 3B & 4, dan En. Amlir Ayat, Timbalan Presiden EcoKnights. Bersama pada sesi tersebut merupakan guru penasihat dan pasukan finalis daripada SMK Shah Alam, SMK Seri Ampang, SMK Kepong, dan SMK Dato’ Onn.

“Bagi menerapkan budaya bertanggungjawab pada alam sekitar yang masih kita boleh kira sebagai suatu budaya yang baru di negara kita, kita sangat memerlukan komitmen masa oleh setiap pihak, terutamanya generasi baru yang bakal menggalas tanggungjawab untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang,” kata Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat.

Majlis ini telah dilangsungkan di White Box, Publika Solaris Dutamas sempena Festival Eko Filem Antarabangsa Kuala Lumpur ke-12.

Untuk gambar-gambar aktiviti, tekan sini