Monday, October 7, 2019

TEROKAI DUNIA SECARA LEBIH LUAS DENGAN PELUANG EKSKLUSIF PERJALANAN GLOBAL SEKALI SEUMUR HIDUP VISTAJET

VistaJet World menawarkan perjalanan persendirian dan pengalaman peribadi yang direka bentuk dengan mengambil kira minat Ahli

NEW YORK, 7 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan persendirian global yang pertama dan tunggal hari ini mengumumkan pelancaran VistaJet World yang menawarkan portfolio menyeluruh bagi pengembaraan unik dan berbilang hentian yang diperibadikan mengikut minat Ahli. Untuk menyambut ulang tahun ke-15 syarikat, program ini menampilkan 15 perjalanan eksklusif untuk mengalami lokasi paling terpencil dan pengembaraan mengujakan di seluruh dunia.

Memandangkan populasi UHNW global dijangka meningkat sebanyak 41% dari tahun 2017 sehingga 2022[1], permintaan bagi perkhidmatan, layanan diperibadikan dan keistimewaan pengalaman akan terus meningkat. Penyelidik VistaJet mendapati pilihan dan keutamaan pengguna yang berubah-ubah mentakrifkan semula konsep perjalanan global yang kini dianggap tumpuan kedua paling diminati untuk perbelanjaan pertimbangan[2]. Penghargaan yang tinggi terhadap budaya yang berbeza dan keutamaan merasai pengalaman berbanding membeli-belah telah menarik minat pengembara UHNW untuk mencari pengalaman yang lebih bermakna memandangkan 20% pengembara jet persendirian melakukan sekurang-kurangnya satu perjalanan pengalaman setiap tahun[3].

Perjalanan biasanya dibuat dengan tujuan mencari minat baharu atau mencari pandangan baharu untuk dijadikan minat peribadi. Bagi Ahli VistaJet, sebab yang paling kerap bagi perjalanan santai dengan jet persendirian ialah:

- Kedermawanan – percutian yang menonjolkan pengaruh
- Pengembaraan – dikelilingi pemandangan hebat
- Seni dan muzik – dengan minat khusus terhadap opera
- Alam semula jadi dan haiwan – dengan penekanan terhadap perlindungan
- Menjamu selera – menikmati cita rasa berbeza di seluruh dunia

Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan memberikan ilham pengembaraan perjalanan yang diinginkan, VistaJet menubuhkan Pejabat Persendirian pada tahun 2016 dengan pasukan khas yang memberikan perkhidmatan tempahan khas kepada Ahli dan akses kepada pengalaman yang paling luar biasa di dunia. Kini, dengan kerjasama dengan rangkaian peneraju pakar perjalanan dunia termasuk Blue Marble Private, Based on a True Story, Indagare, Nota Bene Global dan Pelorus, Pejabat Persendirian VistaJet mampu memenuhi permintaan perjalanan yang diperibadikan sempurna yang semakin meningkat menerusi VistaJet World iaitu perkhidmatan baharu yang menawarkan perjalanan yang memperkaya kehidupan bagi semua jenis pengembara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12642

No comments:

Post a Comment