Saturday, February 27, 2021

FEATURESPACE MELANCARKAN RANGKAIAN PERILAKU MENDALAM AUTOMATIK

Pemimpin dunia di dalam pencegahan Jenayah Kewangan Perusahaan memperkenalkan satu lapisan pertahanan yang lebih mendalam untuk kad dan pembayaran

LONDON & ATLANTA & SINGAPURA, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Featurespace memperkenalkan Rangkaian Perilaku Mendalam Automatik bagi industri kad dan pembayaran, dengan menyediakan satu lapisan pertahanan yang lebih mendalam untuk melindungi pengguna daripada penipuan, pengambilalihan akaun, penipuan kad dan pembayaran, yang menelan belanja anggaran $42 billion pada tahun  2020.

“Pentingnya pembangunan ini melampaui ruang lingkup dalam menangani jenayah kewangan perusahaan. Ia benar-benar generasi seterusnya bagi pembelajaran mesin,” kata Dave Excell, pengasas bagi Featurespace.

Penciptaannya

Satu kejayaan di dalam teknologi pembelajaran mendalam, penciptaan ini memerlukan satu kaedah yang sepenuhnya baharu untuk merancang dan membina platform pembelajaran mesin. Rangkaian Perilaku Mendalam Automatik adalah satu seni bina baharu berdasarkan kepada Rangkaian Neural Berulang yang hanya tersedia melalui versi terbaharu bagi Hab Risiko ARIC™.

Cabaran dan Penemuannya

Teknologi pembelajaran mendalam mempunyai pelbagai aplikasi, seperti di dalam pemprosesan bahasa semula jadi untuk meramalkan kata-kata berikutnya di dalam sesuatu ayat, bagaimanapun penggunaannya di dalam mencegah penipuan di dalam penipuan kad dan pembayaran belum dapat dioptimumkan untuk melindungi syarikat dan pengguna daripada penipuan kad dan pembayaran. Dengan penciptaan ini, cabaran itu dapat diselesaikan.

Urus niaga adalah sekali-sekala, menjadikan pemahaman kontekstual mengenai masa adalah sangat penting untuk meramalkan tingkah laku. Sebelum ini, untuk membina model pembelajaran mesin yang berkesan untuk pencegahan penipuan memerlukan saintis data mempunyai kepakaran domain yang mendalam bagi mengenal pasti dan memilih ciri-ciri data yang sesuai – satu langkah yang memerihkan, namun penting.

Featurespace Research membangunkan Rangkaian Perilaku Mendalam Automatik untuk mengautomasikan penemuan ciri-ciri dan memperkenalkan sel memori dengan pemahaman natif mengenai pentingnya masa di dalam aliran urus niaga, meningkatkan prestasi terkemuka di pasaran bagi Analitik Perilaku Adaptif syarikat. Mengesan penipuan sebelum wang mangsa keluar daripada akaun adalah barisan pertahanan terbaik terhadap penipuan, pengambilalihan akaun, serangan penipuan kad dan pembayaran. Untuk kumpulan berikut, kelebihan bagi Rangkaian Perilaku Mendalam Automatik termasuk:

Pengguna:
  • Membolehkan urus niaga tulen dengan pengesahan yang dikurangkan; dan
  • Secara automatik mengenal pasti penipuan, pengambilalihan akaun, serangan penipuan kad dan pembayaran sebelum wang mangsa keluar daripada akaun.
Saintis data:
  • Secara automatik menemui ciri-ciri di dalam peristiwa urus niaga;
  • Menolak logik pembelajaran mesin melalui keseluruhan timbunan pemodelan;
  • Memanfaatkan tindakan manusia yang tidak teratur untuk mengenal pasti tingkah laku anomalistik; dan
  • Mengekalkan kesemua penemuan bagi Analitik Perilaku Adaptif Featurespace.
Industri Kad dan Pembayaran:
  • Meningkatkan kepastian skor risiko merentasi semua urus sniaga (pengesanan penipuan semasa urus niaga meningkat dan tingkah laku tulen dikenal pasti dengan lebih tepat bagi memudahkan penerimaan lebih banyak urus niaga);
  • Menyediakan peningkatan prestasi bagi semua jenis pembayaran, termasuk kad dan ACH/BACS, wayar, P2P dan pembayaran yang lebih pantas;
  • Meningkatkan pengesanan bagi penipuan bernilai tinggi, bervolum rendah (dan juga pengesanan bagi penipuan bernilai rendah, bervolum tinggi);
  • Mengurangkan pengesahan langkah demi langkah;
  • Menyediakan dokumentasi tadbir urus model yang ketat, dengan logik yang dapat dijelaskan, pembuatan keputusan yang adil dan kod alasan; dan
  • Menyampaikan pemarkahan tepat masa yang stabil dengan daya pemprosesan yang tinggi dan masa tindak balas kependaman rendah bagi perusahaan yang kritikal perniagaan, walaupun dalam keadaan meluap.
 
Excell seterusnya berkata, “Memandangkan pembayaran tepat masa, transformasi digital dan permintaan pengguna memerlukan pergerakan segera wang, peranan kami adalah untuk memastikan industri itu mempunyai peranti terbaik untuk melindungi organisasi dan pengguna mereka daripada jenayah kewangan. Saya sangat berbangga dengan pasukan penyelidikan kami dan dedikasi mereka terhadap inovasi pembelajaran mesin bagi pihak pelanggan kami.”

Maklumat mengenai Featurespace – www.featurespace.com

Featurespace™ adalah peneraju dunia di dalam pencegahan Jenayah Kewangan Perusahaan untuk penipuan dan Pengubahan Wang Haram. Featurespace telah mencipta Analitik Perilaku Adaptif dan Rangkaian Perilaku Mendalam Automatik, yang kedua-duanya tersedia melalui platform ARIC™, sebuah perisian pembelajaran mesin tepat masa yang mencatatkan skor risiko di lebih 180 buah negara untuk mencegah penipuan dan jenayah kewangan.

Hab Risiko ARIC™ menggunakan pengesanan anomali yang lebih maju dan dapat dijelaskan bagi membolehkan institusi kewangan untuk secara automatik mengenal pasti risiko, mengesan serangan penipuan baharu dan mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan secara tepat masa. Lebih daripada 30 institusi kewangan global utama menggunakan ARIC untuk melindungi perniagaan dan pelanggan mereka. Pelanggan yang diumumkan secara terbuka termasuk HSBC, TSYS, Worldpay, Kumpulan NatWest, Contis, Danske Bank, ClearBank, AK Bank dan Permanent TSB.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14297

VAULT MICRO: CAMERAFI LIVE, SEBUAH APLIKASI PENSTRIMAN LANGSUNG ANDROID, MELANCARKAN CIRI-CIRI PENSTRIMAN MENEGAK DSLR UNTUK E-DAGANG SECARA LANGSUNG




SEOUL, Korea Selatan, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Vault Micro, pembangun bagi aplikasi penstriman langsung CameraFi Live, telah mengumumkan bahawa aplikasi tersebut telah mengeluarkan kemas kini yang menghubungkan DSLR dalam mod potret bagi penstriman e-dagang secara langsung yang berkualiti tinggi. Ini membolehkan pengguna CameraFi Live untuk menggunakan DSLR atau kamkorder mereka untuk menyiarkan video berkualiti profesional bagi membeli-belah langsung secara menegak.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210225005057/en/
 
Pandemik COVID-19 telah mengubah kehidupan kita, termasuk cara kita berbelanja. Oleh kerana akses yang terhad kepada kedai fizikal, orang beralih kepada membeli-belah dalam talian. Pengguna mula menonton video penjualan penstriman langsung untuk mengalami interaksi tepat masa seperti yang biasa mereka lakukan di kedai-kedai tempatan. Apabila trend itu meningkat secara mendadak, peruncit mula mencari penyelesaian penstriman langsung profesional untuk memastikan pelanggan berminat dan menjual lebih banyak produk. Bagaimanapun, pembekal kecil-kecilan tidak dapat dengan mudah menyewa sebuah studio dan membeli peralatan penstriman yang berkualiti tinggi.

Memandangkan kebanyakan video membeli-belah langsung adalah menegak, dan permintaan peruncit untuk penstriman berkualiti tinggi meningkat, CameraFi Live telah dikemas kini untuk menyokong penyiaran menegak DSLR. Tidak seperti telefon pintar, kamera DSLR menggunakan sensor imej besar yang menghasilkan di dalam resolusi dan kejelasan yang lebih baik. Lebih-lebih lagi, DSLR menyokong zum masuk atau keluar dan fokus tajam untuk menunjukkan produk itu secara terperinci. DSLR tersedia dalam pelbagai jarak dan fokus agar penjual dapat menjawab permintaan pelanggan secara fleksibel.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14295

PENGASAS GLAMHIVE STEPHANIE SPRANGERS DAN PENGGAYA SELEBRITI NICOLE CHAVEZ MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK GAYA DAN KECANTIKAN DIGITAL MUSIM SEJUK

                                 



Persidangan itu akan membawa pemimpin di dalam industri gaya dan kecantikan untuk membincangkan bersama mengenai fesyen, kecantikan, dan keusahawanan.


SEATTLE & LOS ANGELES, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) — Glamhive mengumumkan persidangan dalam talian mereka yang keempat yang akan diadakan pada 27 Februari, 2021. Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Musim Sejuk Glamhive itu akan menyatukan pemimpin fesyen dan kecantikan terkemuka, dari penggaya Kristen Bell sehingga kepada pelabur pengasas wanita yang mengubah menjadi pengasas berbilion dolar Cindy Eckert. Pemimpin-pemimpin yang berinovatif itu akan membincangkan mengenai fesyen, kecantikan, keusahawanan, dan banyak lagi. Stephanie Sprangers dan Nicole Chavez akan menjadi hos bersama bagi  acara itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210224005275/en/

“Saya gemar menjadi sebahagian daripada sidang kemuncak gaya & kecantikan Glamhive, terutamanya pada masa yang mencabar ini. Sidang kemuncak itu membawa suatu perasaan kemasyarakatan, yang berkurangan di dalam dunia bagi bakat kreatif, dan saya telah membuat beberapa hubungan yang luar biasa dengan artis lain dalam proses itu,” kata Nicole Chavez, penggaya selebriti. Nicole adalah satu daripada penggaya yang paling diminati pada hari ini. Pelanggan beliau terdiri daripada bintang Senarai-A Kristen Bell, Rachel Bilson, Jessica Simpson, Ellie Bamber, Scarlett Johansson, Catherine Zeta-Jones, dan banyak lagi. Hasil kreatif beliau telah dipaparkan di banyak penerbitan, termasuk W, InStyle, dan Harper’s Bazaar.

“Visi Glamhive adalah untuk memberikan manfaat bekerja dengan seorang penggaya peribadi yang tersedia untuk semua orang, di mana sahaja, dan acara digital kami adalah satu lanjutan yang indah. Sinar harapan bagi tahun lalu adalah bahawa ia membolehkan kami memusatkan sidang kemuncak gaya kami kepada digital, oleh itu membolehkan semua orang, di mana sahaja untuk bertemu dan belajar daripada yang terbaik di dalam perniagaan itu,” kata Stephanie Sprangers, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive. Sprangers adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive, perkhidmatan penggayaan peribadi dalam talian yang membawa pakar penggaya peribadi dan artis solekan – yang direkrut secara langsung dari Hollywood dan Instagram — kepada semua orang. Glamhive telah mengembangkan perisian proprietari yang membolehkan penggaya untuk membawa pelanggan melalui suatu pengalaman penggayaan yang 100% dalam talian, yang membolehkan orang untuk bekerja dengan penggaya di mana sahaja di dunia.

Acara sepanjang hari dan bertiket itu akan menampilkan lebih daripada 60 penceramah. Berikut adalah satu gambaran keseluruhan mengenai beberapa topik yang akan dibahaskan oleh barisan penceramah terkenal ini.  

GAMBARAN RINGKAS TOPIK:

Hari itu akan terdiri daripada 22 segmen merentasi dua trek. Satu gambaran ringkas:

  • Gaya Permaidani Merah: Mewujudkan Detik Gaya Ikonik
  • Trend 2021: Gaya Pasca Pandemik
  • Memenangi Permainan Gaya: Vintaj adalah Senjata Sulit Anda
  • Buku Permainan Penggaya: Cara untuk Memperoleh Gaya Terbaik untuk Hidup Anda
  • Bos Kecantikan: Temu ramah dengan Jamie Kern Lima
  • Panduan Muktamad kepada Rambut “Mudah”
  • Mari Bersosial: Trend Kecantikan Instagram dan TikTok Terbaik
  • Astrologi Fesyen: Bersama Susan Miller
  • Lebih Banyak Daripada yang Disangkakan: Apa Kata Pakaian Anda Mengenai Anda
  • ROI bagi Gaya: Cara Berpakaian Cantik Membuahkan Hasil
  • Bagaimana Saya Membangunkan Ini: Dapatkan Nasihat Baik dari Wanita yang telah Berjaya Menuju ke Puncak

PENCERAMAH:

Penceramah termasuk penggaya selebriti, artis solekan, pembuat imej yang bekerja dengan nama-nama terbesar di Hollywood dan seterusnya, termasuk:

Angelina Jolie, Serena Williams, Mandy Moore, Sarah Jessica Parker, Kristen Bell, Khloe Kardashian, Robert Downey Jr., Keanu Reeves, Sharon Stone, Serena Williams, Miranda Lambert, Julianne Moore, dan banyak lagi.

PENGGAYA SELEBRITI:

Nicole Chavez, Jill + Jordan, Jeanne Yang, Jennifer Rade, Tara Swennen, Janelle Miller, Lindsey Dupuis, Tiffany Gifford, Kesha McLoud, dan Sonia Young.

ARTIS SOLEKAN SELEBRITI + JURUGAYA RAMBUT:

Tommy Buckett, Todd Harris, Diana Madison, Danny Moon, AJ Crimson, dan Helen Reavey.

USAHAWAN, PEREKA BENTUK, DAN PEMIMPIN PERNIAGAAN:

Claire Sulmers (Fashion Bomb Daily), Hillary Kerr (WhoWhatWear), Tara Rudes Dann (L’Agence), Steven Dann (Designer), Cindy Eckert (The Pink Ceiling Fund), Helen Ravey (Act+Acre), Cassandra Cadwell (Violet Grey), Michelle Waugh (Designer), Clarissa Egana (Port De Bras), Amy Rosoff Davis (Celebrity Trainer), Jamie Kern Lima (IT Cosmetics).

PEMUDAH CARA:

Brian Underwood (O Magazine), Brooke Jaffe (Penske Media), Pandora Amoratis (Daily Mail), Andrea Lavanthal (PEOPLE), Robin Nazzaro (O Magazine), Alexis Bennett (Vogue) dan Kibwe Chase-Marshall (The Kelly Initiative).

Tiket ke persidangan itu adalah $149 bagi tiket sepanjang hari. Penaja pembentangan bagi Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Musim Sejuk adalah Mary Kay Inc. dan Mary Kay Global Design Studio.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.glamhive.com/upcoming.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14290

Friday, February 26, 2021

OAG DAN IATA MEMPERKUKUHKAN PERKONGSIAN DATA UNTUK MEMERANGI TURUN NAIK PASARAN DAN JADUAL

Data komprehensif yang dibekalkan oleh platform awan baharu OAG akan membantu memacukan peralatan kecerdasan pasaran Airport IS IATA.

BOSTON, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, penyedia terkemuka dunia bagi data perjalanan dan pandangan telah bersetuju untuk menjalin satu perkongsian dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), untuk menyediakan jadual dan data rujukan melalui platform awan baharu mereka. Sebagai sebahagian daripada perkongsian yang diperkukuhkan di antara dua pemimpin penerbangan itu, OAG juga akan menyediakan IATA dengan satu versi khusus bagi peranti Penganalisis terkemuka di pasaran mereka yang akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada satu ikatan bersama Airport IS dan peralatan lain yang ada di masa hadapan.

Dibangunkan pada platform awan Snowflake, bekalan bagi data rujukan dan jadual memberikan pelanggan dengan data jadual versi terkaya dan terbaharu yang terdapat di pasaran.

“Impak yang berterusan daripada COVID-19 terhadap turun naik trafik telah menjadikannya penting untuk menggerakkan produk kami dengan data terkini yang tersedia,” kata Charles de Gheldere, Pengarah Data Penerbangan di IATA. “Perkongsian kami yang diperkukuhkan  dengan OAG membekalkan pelanggan lapangan terbang kami dengan data yang terkini dan tepat dan platform berasaskan kepada awan yang sangat berinovatif, moden dan fleksibel. Penawaran IATA dan OAG yang digabungkan itu membolehkan lapangan terbang untuk beroperasi dengan lebih bijak dan cekap dan pada masa yang sama mengemudi suatu tempoh yang paling tidak dapat diramalkan di dalam sepanjang hayat industri kami.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14288

MEMBERIKAN GAMBARAN YANG JELAS MENGENAI WIRA BAGI PENYAKIT JARANG JUMPA

 Penyokong kesihatan Australia bergabung dengan pergerakan global untuk meningkatkan kesedaran bagi Hari Penyakit Jarang Jumpa - Ahad 28 Februari



SYDNEY, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan satu misi untuk memperkasakan komuniti penyakit jarang jumpa, Illumina hari ini telah bekerjasama dengan penyelidik perubatan dan keluarga untuk menekankan pentingnya penjujukan genomik dan bagi memberikan perhatian kepada 300 juta orang di seluruh dunia yang hidup dengan penyakit jarang jumpa.

Hari Penyakit Jarang Jumpa adalah satu acara tahunan yang berusaha ke arah akses yang saksama terhadap diagnosis, rawatan, kesihatan, penjagaan sosial dan peluang bagi orang yang hidup dengan penyakit jarang jumpa. Di Australia, terdapat kira-kira 2 juta orang yang hidup dengan penyakit jarang jumpa -- 400,000 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Daripada mereka yang terjejas, ramai yang masih berada di dalam keadaan kegelapan dan tanpa didiagnosis, keluarga seringkali ditinggalkan dalam keadaan tidak menentu; dengan sebahagian besar daripada mereka menghabiskan masa purata sehingga 7 tahun dalam mencarikan jawapan1.

Maree Dalton, seorang rakyat Australia dan ibu kepada seorang kanak-kanak yang hidup dengan penyakit jarang jumpa berkata bahawa “setelah bertahun-tahun mencari satu penjelasan, kelegaan untuk mengetahui nama kepada penyakit itu adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan. Diagnosis tidak hanya memberikan jawapan, ia juga boleh membawa kepada sokongan lebih lanjut dan akses kepada bantuan dan penjagaan kesihatan yang betul.”

“Mempunyai satu diagnosis menawarkan keupayaan bagi keluarga kami untuk berhubung dengan orang lain yang berkongsi pengalaman serupa,” kata Cik Dalton. “Komuniti ini menawarkan satu tunggak sokongan yang tidak ternilai semasa tempoh bergelut atau ketidakpastian.”

Terdapat lebih 7,000 penyakit jarang jumpa yang berbeza yang kronik, progresif, degeneratif, melumpuhkan dan sering kali mengancam nyawa.

Nicole Millis, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Rare Voices Australia berkata: “Ujian gen dan penjujukan genom keseluruhan adalah penting kepada mengesan penyakit jarang jumpa.”

“Memastikan akses yang meluas kepada tindak balas diagnostik khusus seperti ujian genomik adalah penting untuk memastikan diagnosis yang berketepatan pada masanya dan tepat, satu keutamaan bagi Pelan Tindakan Strategik Nasional bagi Penyakit Jarang Jumpa. Di masa depan, perubatan ketepatan yang menggunakan data genomik dan pandangan ke dalam pembangunan bagi rawatan yang disesuaikan akan juga memainkan satu peranan penting di dalam pengurusan penyakit jarang jumpa itu,” kata Cik Millis.
 
Teknologi terkemuka Illumina di dalam pengujian dan penjujukan genomik adalah bertanggungjawab bagi lebih 90% daripada data penjujukan dunia.

“Satu daripada aplikasi penjujukan genomik yang paling berkuasa adalah dalam membantu untuk mengenal pasti penyebab genetik yang mendasari penyakit jarang jumpa bagi seseorang pesakit,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Illumina untuk Asia Pasifik dan Jepun Gretchen Weightman. “Teknologi ini dapat membantu keluarga memahami dengan lebih baik keadaan ini, merangka satu pelan penjagaan yang terbaik untuk keadaan mereka dan dalam kes tertentu, pesakit mungkin mendapatkan rawatan dan yang paling penting, tidak ada sesiapa yang ditinggalkan.”

“Sebagai sebuah syarikat, Illumina berdedikasi untuk memperjuangkan keperluan pesakit dan masyarakat. Usaha kami dalam meningkatkan akses kepada penjujukan genom secara keseluruhan disokong oleh komitmen kami untuk terus membangun dan menyampaikan janji bagi penawar yang berketepatan.”

Pada Hari Penyakit Jarang Jumpa ini, rakyat Australia digalakkan untuk berkongsi gambar ke laman sosial mereka dengan tangan yang dicat, dengan menggunakan hashtag #RareDisease Day dan tag @rarediseaseday, untuk menunjukkan sokongan bagi mereka yang hidup dengan penyakit jarang jumpa.

HARI PENYAKIT JARANG JUMPA

Hari Penyakit Jarang Jumpa diadakan pada hari terakhir pada Februari setiap tahun. Objektif utama bagi Hari Penyakit Jarang Jumpa adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat umum dan pembuat keputusan mengenai penyakit jarang jumpa dan kesannya terhadap kehidupan pesakit. Kempen itu mensasarkan masyarakat umum dan juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pembuat dasar, pihak berkuasa awam, wakil industri, penyelidik, profesional kesihatan dan sesiapa sahaja yang mempunyai minat tulen terhadap penyakit jarang jumpa. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.rarediseaseday.org

ILLUMINA

Illumina meningkatkan kesihatan manusia dengan membuka kuasa bagi genom. Tumpuan kami kepada inovasi telah menjadikan kami sebagai peneraju dunia di dalam penjujukan DNA dan teknologi berasaskan tatasusunan, memberi perkhidmatan kepada pelanggan di pasaran penyelidikan, klinikal dan gunaan. Produk kami digunakan untuk aplikasi di dalam sains hayat, onkologi, kesihatan pembiakan, pertanian dan segmen baharu muncul yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.illumina.com dan ikuti @illumina. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.illumina.com/areas-of-interest/genetic-disease/rare-disease-genomics.html

RARE VOICES AUSTRALIA
 
Rare Voices Australia (RVA) adalah badan puncak bagi rakyat Australia yang hidup dengan penyakit jarang jumpa. RVA memberikan suara yang mantap dan bersatu untuk menyokong bagi dasar serta kesihatan, kecacatan dan sistem lain yang berfungsi untuk orang yang hidup dengan penyakit jarang jumpa. Tumpuan kami yang berpusatkan perhatian melihat kami bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan utama termasuk kerajaan, badan puncak utama, penyelidik, doktor dan industri. Kami menganjurkan hasil terbaik bagi rakyat Australia yang hidup dengan penyakit jarang jumpa. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.rarevoices.org.au
________________
1 Illumina. Penjujukan Genom secara Keseluruhan untuk Penyakit Jarang Jumpa: Satu Sumber Advokasi Pesakit Global.
https://sapac.illumina.com/content/dam/illumina-marketing/documents/company/corporate-citizenship/illumina-global-advocacy.pdf

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210225006322/en/

Hubungi

Illumina
Melinda Hutcheon
858-882-6822
pr@illumina.com

Weber Shandwick
Clare Davies
0402 188 054
clare.davies@webershandwick.com

Sonja Ngenkrajang
0481 132 700
sngenkrajang@webershandwick.com

Sumber : Illumina, Inc.

Thursday, February 25, 2021

HKTB AKAN MENINGKATKAN PEMULIHAN BANDAR RAYA ITU MELALUI PROGRAM PENGLIBATAN GLOBAL "PEMINAT SUPER HONG KONG" YANG BAHARU DENGAN RATUSAN PESERTA DARI 20 PASARAN UTAMA




HONG KONG, 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) hari ini mengumumkan program penglibatan peminat global mereka yang pertama, “Peminat Super Hong Kong”, untuk mempercepatkan usaha promosi mereka sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan pelancongan pasca-Covid-19 yang telah dibangunkan sejak tahun lalu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210209006342/en/

Pada masa sekatan perjalanan antarabangsa yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan ketika dunia berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin dengan harapan dapat mengembalikan keadaan seperti biasa, HKTB sedang memanfaatkan kekuatan masyarakat untuk mengingatkan orang ramai mengapa mereka mencintai Hong Kong dan sedang meningkatkan keterujaan untuk mengunjungi bandar raya itu apabila pintu sempadan kembali dibuka semula.

“HKTB telah merancang lebih awal untuk mempersiapkan undangan terbesar yang sangat dinanti-nantikan bagi mengalu-alukan pengunjung kembali ke Hong Kong,” kata Dr YK Pang, Pengerusi HKTB. “Program ‘Peminat Super Hong Kong’ adalah satu elemen yang padu dan penting bagi rancangan pemulihan HKTB itu, dan satu cara bagi kami untuk menunjukkan penghargaan kepada orang ramai yang mana keghairahan mereka yang terus menerus bagi Hong Kong telah mengekalkan kesedaran bagi bandar raya itu sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14279

LEDDARTECH MELANCARKAN PIXSET, SET DATA LIDAR KILAT BENTUK GELOMBANG PENUH YANG PERTAMA DALAM INDUSTRI

Leddar PixSet ialah set data penderia yang pertama tersedia secara awam untuk penyelidikan dan pembangunan ADAS dan AD yang mengandungi data daripada suit penderia penuh (kamera, LiDAR, radar, IMU), termasuklah data bentuk gelombang penuh daripada penderia LiDAR kilat berkeadaan pepejal 3D

QUEBEC CITY, 24 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, mengumumkan set data penderia yang pertama tersedia secara awam untuk penyelidikan dan pembangunan bantuan pemandu lanjutan dan pemanduan berautonomi yang dikenali sebagai Leddar™ PixSet. Set data ini merupakan set data bentuk gelombang penuh yang pertama seumpamanya dalam industri untuk merangkumi data berbentuk gelombang penuh Leddar™ Pixell LeddarTech, iaitu penderia LiDAR kilat berkeadaan pepejal 3D. LeddarTech akan menawarkan set data yang percuma ini untuk tujuan akademik dan penyelidikan.

Teknik pergabungan penderia digunakan secara meluas untuk meningkatkan prestasi dan keteguhan algoritma visi komputer. Set data seperti Leddar PixSet membolehkan pasukan penyelidikan akademik dan kejuruteraan yang mengkhusus dalam ADAS dan teknologi AD menggunakan set data penderia sedia ada untuk menguji dan membangunkan perisian lanjutan dan menjalankan simulasi tanpa perlu memasang suit penderia baharu dan mengumpulkan set data mereka sendiri.

Kenderaan beralatan telah digunakan dalam pembangunan set data. Pelbagai keadaan telah direkodkan dalam persekitaran bandar berketumpatan tinggi dan subbandar serta di atas lebuh raya. Data diperkuat lagi melalui pendedahan terhadap pelbagai keadaan cuaca, pencahayaan (contohnya, cerah, mendung, hujan), dan iluminasi (contohnya, siang, malam, senja). Leddar PixSet menyediakan maklumat daripada pelbagai situasi, mencipta data dunia nyata untuk bantuan pemandu lanjutan dan pemanduan berautonomi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14285

HANESBRANDS DINAMAKAN SEBAGAI SATU DARIPADA SYARIKAT PALING BERETIKA DI DUNIA PADA 2021

Permohonan pertama syarikat kepada Ethisphere memperoleh ia satu tempat di antara 135 syarikat di seluruh dunia yang diiktiraf kerana kepimpinan di dalam amalan perniagaan beretika

WINSTON-SALEM, N.C., 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HanesBrands (NYSE: HBI), sebuah pemasar global terkemuka yang bertanggungjawab dari segi sosial bagi pakaian asas harian yang berjenama, telah diiktiraf sebagai satu daripada Syarikat Paling Beretika di Dunia 2021 oleh Ethisphere, sebuah pemimpin dunia di dalam menentukan dan memajukan standard bagi amalan perniagaan beretika.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210223005687/en/

HanesBrands adalah satu daripada hanya dua pengeluar pakaian yang diiktiraf di antara 135 buah syarikat yang merangkumi 22 buah negara dan mewakili 47 jenis industri. Proses penilaian Ethisphere termasuk lebih daripada 200 soalan mengenai budaya, amalan persekitaran dan sosial, aktiviti etika dan pematuhan, tadbir urus, kepelbagaian dan inisiatif untuk menyokong satu rantaian nilai yang kukuh. Tahun ini, Ethisphere juga menilai cara bagaimana pemohon menyesuaikan diri dan memberi respons kepada pandemik kesihatan global, keselamatan, ekuiti dan kemasukan dan keadilan sosial.

“Kami mempunyai satu komitmen yang mantap untuk bertindak dengan penuh bertanggungjawab, dan kami sangat berbangga kerana diiktiraf oleh Ethisphere,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Steve Bratspies. “Penghormatan ini adalah hasil daripada 61,000 orang pekerja di seluruh dunia yang komited kepada menjalankan perniagaan kami dalam cara yang betul. Pengguna boleh berbangga bahawa apabila mereka memilih pakaian kami mereka memilih sebuah syarikat yang sangat komited terhadap kelestarian.”

HBI mempunyai satu komitmen yang lama terhadap kepimpinan di dalam amalan perniagaan beretika. Syarikat itu telah baru-baru ini dinamakan sebagai satu daripada 100 syarikat yang paling lestari di negara itu untuk tahun kedua oleh Barron’s dan memperoleh skor kepimpinan tahap A, setelah dua tahun di tahap A-, di dalam Laporan Perubahan Iklim CDP 2020. HBI juga merupakan satu-satunya syarikat pakaian dalam sejarah yang memperoleh Anugerah Kecemerlangan Tenaga Bintang Dikekalkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.

Pada Oktober 2020, HBI mengumumkan matlamat kelestarian global 2030 yang merangkumi pelbagai bidang yang termasuk satu komitmen terhadap sasaran persekitaran yang berasaskan sains, satu matlamat bagi meningkatkan kehidupan bagi sekurang-kurangnya 10 juta orang, dan menangani penggunaan plastik dan bahan mentah secara lestari di dalam produk dan pembungkusan. Matlamat tersebut telah dilancarkan melalui sebuah laman web kelestarian baharu, yang direka untuk meningkatkan ketelusan syarikat dan melaporkan terhadap metrik utama, termasuk kepelbagaian, penanda aras hak asasi manusia dan penilaian risiko bagi pelabur.

“Semasa menangani cabaran-cabaran yang berat pada tahun 2020, kami telah melihat syarikat-syarikat memimpin -- di atas semua institusi lain -- memperoleh kepercayaan pihak berkepentingan melalui ketahanan dan satu komitmen terhadap etika dan integriti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ethisphere, Timothy Erblich. “Penerima Syarikat-syarikat Paling Beretika di Dunia terus menunjukkan satu komitmen yang teguh terhadap nilai-nilai paling tinggi dan memberi kesan positif kepada masyarakat yang mereka layani. Tahniah kepada semua orang di HanesBrands kerana berjaya memperoleh gelaran Syarikat Paling Beretika di Dunia itu.”

Ketahui lebih lanjut mengenai Syarikat-syarikat Paling Beretika di Dunia dan komitmen HanesBrands kepada tanggungjawab.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14284

HILLSTONE NETWORKS MEMECAHKAN RINTANGAN UNTUK KESELAMATAN PUSAT DATA

X8180 menyampaikan prestasi, perkhidmatan keselamatan, dan kecekapan keseluruhan di dalam satu faktor bentuk 3U

SANTA CLARA, Calif., 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian keselamatan rangkaian perusahaan dan pengurusan risiko, mengumumkan satu kejayaan untuk keselamatan pusat data dengan Hillstone Networks X8180. Pelanggan dapat menjamin keselamatan rangkaian mereka dengan prestasi yang lebih tinggi dan kecekapan tenaga yang lebih tinggi dan pada masa yang sama mencapai kebolehpercayaan, skalabiliti dan kebolehsesuaian yang tinggi di dalam satu faktor bentuk yang kecil.

Landskap keselamatan hari ini tidak kurang daripada evolusi malar, ketika pekerja jarak jauh, migrasi awan dan IoT menyebarluas dan meningkatkan permukaan serangan.

“Keselamatan terus menjadi kebimbangan nombor satu bagi perusahaan. Misi kritikal mereka adalah untuk melindungi pusat data, tetapi sama pentingnya adalah untuk menyampaikan kepada realiti pelanggan hari ini,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan pengasas bersama di Hillstone Networks. “Kami mendengar pelanggan kami dan dengan bangganya memperkenalkan x8180, sebuah platform yang teguh tanpa tanda harga yang tinggi.”

X8180 itu mengurangkan CAPEX dan OPEX, tanpa mengorbankan ciri-ciri gred perusahaan. 3RU menyampaikan daya pemprosesan tinggi bagi setiap RU dan penggunaan kuasa rendah bagi setiap daya pemprosesan Gbps, dengan nisbah kuasa-ke-daya pemprosesan sebanyak 2.9 pada di bawah penggunaan kuasa maksimum 1000W. Sesuai untuk penyedia perkhidmatan, perusahaan besar, kerajaan dan rangkaian pembawa, X8180 itu diedarkan sepenuhnya dan menyokong banyak sistem maya dengan pelengkap penuh bagi ciri-ciri untuk melindungi rangkaian pusat data.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14281

Monday, February 22, 2021

MFA AGIH BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN PASCA BANJIR DI PAHANG

 KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Prihatin terhadap nasib mangsa banjir di Pantai Timur, Persatuan Francais Malaysia (MFA) bersama-sama para ahli dan rakan strategiknya mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan kepada 100 keluarga yang terjejas berikutan fenomena banjir yang berlaku pada awal tahun ini.


Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan masih dilaksanakan, MFA telah bekerjasama dengan Pasukan Sukarelawan dari Pahang untuk mengagihkan bantuan tersebut kepada penduduk yang memerlukan.

Pengerusi MFA, Datuk Dr. Hj Radzali Hassan berkata, program bantuan itu antara program aktiviti kemasyarakatan (Franchise CSR Program) yang dilaksanakan setiap tahun oleh MFA bagi meringankan beban yang dialami oleh mangsa banjir, yang turut terjejas akibat penularan Covid-19 selain turut menyokong usaha kerajaan yang telah menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat yang terkesan.

“Bersimpati dengan nasib penduduk yang masih terjejas akibat banjir tersebut, MFA telah menggerakkan inisiatif program bantuan ini di kalangan ahli MFA dan rakan strategik, dan alhamdullilah kami menerima maklumbalas dan sokongan yang positif untuk bersama-sama memberi bantuan pasca banjir ini kepada penduduk yang memerlukan” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan sumbangan bagi program pasca banjir ini adalah bernilai lebih RM70,000 yang terdiri daripada sumbangan tunai, peralatan elektrik, pakaian, perabot, barangan cucian dan beberapa barangan keperluan lain. Semua sumbangan ini adalah hasil keprihatinan daripada Senheng, LaundryBar, Siti Khadijah, Big Bath, Oldtown White Coffee, Qian Hai International Foundation, Rona, MyPhoto2u, Ar-Rahn, Marrybrown, Smart Reader Kids, Tealive, Meranti Tiga Solution, FR Printing & Apparel, Catzonia, Cosmo Pharmacy, penyetpenyet.com dan CIC - Where Leaders Are Born.

"MFA sentiasa cakna dan prihatin ke atas kesukaran yang menimpa rakyat Malaysia akibat bencana yang berlaku dan akan sentiasa mencari peluang untuk menghulurkan bantuan yang sewajarnya pada masa akan datang" katanya. 


SUMBER : Persatuan Francais Malaysia (MFA)

Friday, February 19, 2021

EXPEREO MEMPEROLEH VIDENS IT SERVICES, PAKAR DALAM SD-WAN & SASE GENERASI SETERUSNYA

 AMSTERDAM, 19 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Expereo, pembekal global bagi penyelesaian Internet terurus, akses Awan dan SD-WAN, mengumumkan pemerolehan pembekal penyelesaian SD-WAN & SASE generasi seterusnya Videns IT Services, meningkatkan keupayaan transformasi dan pengurusan rangkaian SD-WAN Expereo untuk pelanggan perusahaan multinasional.


Videns IT Services ialah pembekal perkhidmatan terurus bebas rangkaian yang menyampaikan SD-WAN dan Pinggir Keselamatan Akses Selamat (SASE) terurus sepenuhnya.

Pemerolehan ini menggambarkan cita-cita dan komitmen Expereo untuk meringkaskan rangkaian global dan akses awan dengan rangkaian yang fleksibel, tangkas dan selamat serta penyelesaian akses awan untuk perusahaan multinasional.Pemerolehan Videns akan mengukuhkan tawaran SD-WAN Expereo dengan pengalaman sektor yang mendalam dan pengetahuan dalam penyelesaian SD-WAN dan SASE terkemuka, menambahkan kedalaman dan keluasan kepada penyelesaian rangkaian global dan akses awan generasi seterusnya.

"Kepakaran Videns dibina di atas pelaksanaan SD-WAN untuk pelbagai pelanggan multinasional dan pelanggan perusahaan domestik.Sejak tahun 2012, kami tidak pernah berhenti melabur dalam perkongsian dan teknologi baik yang membolehkan kami menetapkan diri kami sebagai salah satu peneraju dalam perkhidmatan SD-WAN dan SASE Terurus,” kata Ruud van Straaten, Pengarah Urusan Videns.

"Kedudukan peneraju global Expereo dalam perkhidmatan rangkaian terurus yang mengutamakan Internet ialah batu loncatan yang sempurna untuk pasukan Videns mencapai skala dan kehadiran global.Menyertai Expereo akan membolehkan kami untuk terus melabur dan meningkatkan pembangunan penyelesaian SD-WAN dan SASE yang menerajui kelasnya dengan rakan kongsi teknologi kami, terus berkhidmat untuk pelanggan kami dengan kepakaran amalan terbaik kami sepanjang perjalanan transformasi rangkaian mereka,” jelas van Straaten.

"Videns mempunyai sejarah yang kaya dan telah mempunyai kedudukan peneraju pasaran sejak awal dalam perkhidmatan SD-WAN dan SASE terurus.Ahli pasukan, keupayaan dan pengiktirafan pasaran Videns memacu cita-cita kami bagi kepimpinan global kami dalam pasaran SD-WAN dan SASE generasi seterusnya, membimbing klien perusahaan kita melalui cabaran transformasi rangkaian mereka dan menyampaikan penyelesaian akses awan dan rangkaian global yang unggul, tangkas dan cekap kos,” jelas CEO Expereo, Irwin Fouwels.“Videns tidak bercakap kosong sebaliknya menunjukkan prestasi berdasarkan limpahan pengalaman dan kes penggunaan pelanggan; padanan yang hebat dalam setiap aspek dengan Expereo,” tambah Fouwels.

Perihal Videns IT Services

Diasaskan pada 2012, Videns IT Services merupakan pembekal perkhidmatan bebas rangkaian utama bagi penyelesaian SD-WAN dan SASE terurus.Videns ialah alternatif untuk perusahaan yang ingin menggantikan perkhidmatan telekomunikasi tradisional dengan perkhidmatan WAN yang fleksibel, cekap kos, didayakan awan dan selamat.Videns menggabungkan pengetahuan pelanggan yang mendalam dengan pengetahuan pakar SD-WAN dan SASE.Videns menyokong lebih daripada 45 pelanggan perusahaan multinasional dengan 3.500 lokasi pelanggan merentasi 70 negara.

Twitter Linkedin

Perihal Expereo

Expereo merupakan pembekal utama bagi penyelesaian rangkaian terurus, termasuk perkhidmatan ketersambungan Internet Global, SD-WAN dan Pecutan Awan.Expereo merupakan rakan kongsi dipercayai oleh 30% daripada syarikat Fortune 500 dan menguasakan syarikat perusahaan dan laman kerajaan di seluruh dunia, membantu untuk meningkatkan produktiviti perniagaan dengan prestasi Internet yang fleksibel dan optimum.

Pada bulan Feb 2021, Vitruvian Partners sebuah firma pertumbuhan modal dan pembelian antarabangsa telah memperoleh kepentingan majoriti dalam Expereo, berserta firma equiti persendirian Eropah yang terkemuka Apax Partners sas, dan pengurusan syarikat.

Twitter | Linkedin

Conor McGee
conor@grammatikagency.com

SUMBER: Expereo

--BERNAMA

SOPHI.IO DINAMAKAN RAKAN KERJASAMA TEKNOLOGI YANG DITAMPILKAN WORDPRESS VIP

 TORONTO, 19 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- WordPress VIP, pembekal utama WordPress perusahaan, telah menambahkan Sophi.io, sebuah sistem kepintaran buatan oleh The Globe and Mail, kepada program Technology Partnership yang berprestijnya. Sophi menyertai sekumpulan kecil syarikat teknologi perusahaan yang berkhidmat untuk pelanggan VIP dan merupakan rakan kerjasama pertama untuk menyediakan pilihan kandungan automatik dikuasakan AI selain analisis ramalan dan penyelesaian penyekatan berbayar mereka.


“Kami teruja untuk mengalu-alukan Sophi kepada penyepaduan ekosistem perusahaan yang semakin berkembang yang tersedia kepada pelanggan WordPress VIP,” kata Nick Gernert, CEO WordPress VIP. “Kandungan ialah nadi pertumbuhan perusahaan dan rakan kerjasama kami ialah pemain utama yang membolehkan penerbit dan pemasar mencipta pengalaman pelanggan yang bermakna dengan alat penceritaan yang berkesan.”

WordPress VIP menyediakan platform awan WordPress yang diurus sepenuhnya untuk skala, keselamatan, prestasi dan kefleksibelan, selain panduan akhir-ke-akhir dan sokongan secara langsung. Beberapa pelanggan perusahaan mereka antara lain termasuklah Capgemini, Facebook, Microsoft, dan News Corp. 

Greg Doufas, CTO di The Globe and Mail, berkata “Kami teruja untuk membawa Sophi kepada semua pengguna WordPress VIP. Penerbit kandungan adalah sebab Sophi dibangunkan. Kerjasama ini akan membolehkan Sophi mengubah cara penerbit kandungan melakukan perniagaan dan cara pembaca mereka disediakan kandungan mereka yang paling berharga - tempat dan cara mereka paling reseptif terhadapnya. Kami menanti-nantikan hubungan yang kukuh dengan WordPress VIP.”

Suit penyelesaian Sophi yang memenangi anugerah telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal penting yang mentransformasi perniagaan mereka. Suit penyelesaian ini mengandungi alat dikuasakan ML dan NLP yang merangkumi Sophi Automation untuk pemilihan kandungan, dalam penyusunan kandungan, Sophi for Paywalls dan Sophi Analytics – sistem sokongan keputusan untuk penerbit.

Kriteria utama untuk rakan kerjasama teknologi merangkumi kepakaran produk yang jelas dan strategi pasaran yang inovatif. VIP menyaring setiap rakan kerjasama untuk mengenal pasti syarikat dengan rekod prestasi yang terbukti dan pelaksanaan yang memandang ke hadapan bagi penyepaduan WordPress pada skala.

Untuk maklumat lanjut tentang kerjasama Sophi dengan WordPress VIP, sila lawati https://wpvip.com/partner/sophi.

Perihal Sophi.io

Sophi.io (https://www.sophi.io) telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Sophi.io merupakan suit alat dikuasakan AI yang merangkumi Sophi Automation dan Sophi for Paywalls, serta Sophi Analytics sistem sokongan keputusan untuk penerbit kandungan. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk perniagaan anda, seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan. Sophi juga menguasakan peletakan reka letak surat khabar bercetak dan surat khabar elektronik.

Perihal WordPress VIP

WordPress VIP ialah pembekal utama bagi WordPress perusahaan. Platform VIP menyediakan platform pemasaran digital gred perusahaan dan penerbitan dengan WordPress pada terasnya. VIP menyokong platform pemasaran digital utama bagi sesetengah jenama terkenal, termasuk Capgemini, Hachette Book Group, dan Facebook. Klien penerbitan digital kami meliputi landskap media, daripada outlet yang terfokus seperti Quartz, TechCrunch, dan FiveThirtyEight kepada beberapa penerbit dan laman terbesar di dunia seperti News Corp, Rolling Stone, dan Abril. 

Dengan kuasa, kefleksibelan, dan saling kendali yang tiada tandingan, WordPress adalah penyelesaian pengalaman digital terbaik pada skala. Bersama sokongan pakar VIP, infrastruktur terbaik dalam kelasnya dan rangkaian rakan kerjasama yang luar biasa, ini merupakan gabungan yang tiada tandingan.


Orang Hubungan Media
 
Jamie Rubenovitch
Ketua Pemasaran, Sophi.io,
The Globe and Mail
jrubenovitch@globeandmail.com 

SUMBER : The Globe and Mail