Wednesday, February 3, 2021

SPOTIFY DILANCARKAN DI KOREA SELATAN

Perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dilancarkan di tempat kelahiran K-Pop

SEOUL, Korea Selatan, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Spotify (NYSE: SPOT) hari ini melancarkan perkhidmatan mereka di Korea Selatan, dengan memberikan akses kepada pendengar Korea dengan lebih daripada 60 juta trek dan lebih 4 bilion senarai main dari seluruh dunia. Sebagai perkhidmatan langganan penstriman audio yang paling popular di dunia, Spotify menawarkan sebuah antara muka yang sangat mudah, sebuah kerangka teknologi berinovatif, penemuan muzik baharu pada setiap hari dan cadangan algoritma yang diperibadikan kepada cita rasa muzik setiap pendengar. Pelancaran ini membawa jumlah pasaran Spotify kepada 93.

Sebagai pasaran muzik keenam terbesar di dunia*, Korea Selatan adalah satu langkah kritikal yang seterusnya di dalam perjalanan pengembangan global Spotify. Korea Selatan bukan sahaja merupakan antara pasaran yang paling inklusif secara digital di dunia, tetapi ia juga diakui secara meluas sebagai sebuah pusat kebudayaan dan muzik, sebahagiannya disebabkan oleh fenomena K-Pop di peringkat global. Sejak Spotify melancarkan senarai main K-Pop mereka yang pertama pada tahun 2014, bahagian pendengaran K-Pop di platform itu telah meningkat lebih 2,000%. Dengan pelancaran ini, Spotify merancang untuk mempercepatkan pertumbuhan bagi keseluruhan ekosistem penstriman muzik Korea, yang memberi manfaat kepada pencipta, label, pengedar dan peminat.

“Kami selalu ingin berada di tempat di mana pendengar dan artis berada, dan Korea kaya dengan kedua-duanya,” kata Alex Norström, Ketua Pegawai Perniagaan Freemium bagi Spotify. “Pelancaran ini memberikan satu peluang besar bagi kami untuk tidak hanya memajukan misi kami bagi membawa kandungan baharu dan berkualiti kepada lebih banyak audiens, tetapi juga membantu artis Korea tempatan memanfaatkan 320 juta pendengar Spotify di seluruh dunia. Kami berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang bagi artis Korea merentasi semua genre untuk ditemui oleh pendengar di seluruh dunia.”

Spotify telah menyesuaikan pengalaman muzik secara unik bagi setiap pasaran. Sebagai sebahagian daripada pelancaran hari ini, Spotify telah memperkenalkan satu senarai main yang baharu yang dibuat khusus untuk Korea Selatan. Senarai main ini menawarkan muzik terpilih dan terkini dari pasukan pakar muzik Korea kami, merentasi sebahagian daripada genre yang paling popular. Ini termasuk:
Senarai main baharu ini akan bergabung dengan hab genre K-Pop Spotify yang merangkumi pelbagai muzik Korea, termasuk K-pop, Hip Hop, Indie, OST, R&B dan banyak lagi, serta ‘RADAR Korea’, satu senarai main yang menemui K-muzik yang segar dan sebahagian daripada program artis baru muncul global Spotify. Hab itu disetempatkan di lebih 72 buah negara, termasuk Rusia, India, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu.

Di Korea, pendengar baharu boleh mencuba Spotify Premium 7 hari secara percuma di telefon bimbit mereka tanpa maklumat kad kredit dan percuma selama 3 bulan dengan maklumat kad kredit, jika dilanggan sebelum akhir Jun 2021. Pendengar boleh berinteraksi dengan Spotify merentasi sebilangan besar peranti dan integrasi aplikasi termasuk Instagram, Facebook, Samsung mudah alih dan TV, LG TV, Microsoft Xbox, Bose dan banyak lagi.

Aplikasi Spotify tersedia untuk dimuat turun bagi kedua-dua pelan Individu dan Duo Premium. Untuk menikmati muzik mengikut cara yang anda mahu, muat turun aplikasi Spotify hari ini melalui Android atau iOS app store atau dengan melayari ke www.spotify.com/kr-ko/.

Klik di sini untuk gambaran lebih lanjut.

* Menurut IFPI (https://www.ifpi.org/wp-content/uploads/2020/07/Global_Music_Report-the_Industry_in_2019-en.pdf)

Maklumat mengenai Spotify Technology S.A.

Spotify mengubah pendengaran muzik selama-lamanya ketika kami dilancarkan pada tahun 2008. Misi kami adalah untuk membuka potensi bagi kreativiti manusia dengan memberikan satu juta artis kreatif peluang untuk menikmati seni mereka dan berbilion peminat peluang untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripada pencipta ini.

Hari ini, dengan lebih daripada 60 juta trek dan lebih daripada 4 bilion senarai main, kami adalah merupakan perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dengan sebuah komuniti yang melebihi 320 juta pendengar merentasi 93 buah pasaran.

Kami menggunakan laman web Pelabur dan Untuk Rekod kami serta media sosial lain yang disenaraikan di dalam tab “Sumber - Media Sosial” di laman web Pelabur kami untuk mendedahkan maklumat syarikat. Untuk maklumat lanjut, imej, atau untuk menghubungi pasukan akhbar, sila layari https://newsroom.spotify.com/.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210201005846/en/

Hubungi

Media
Eileen Moore
Amerika Syarikat - Spotify: press@spotify.com
Korea - Spotify: koreapress@spotify.com

Sumber : Spotify Technology S.A.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14217

No comments:

Post a Comment