Friday, March 31, 2017

INVIVOSCRIBE MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN KEPADA TUMOR PADU DENGAN ASAI DAN PERKHIDMATAN UNTUK KENAL PASTI DAN PANTAU CAR-T DAN TERAPI IMUNOLOGI TCR

SAN DIEGO, March 30 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Invivoscribe® Technologies Inc., iaitu sebuah syarikat global dengan pengalamannya yang bertahun-tahun dalam penyediaan penyelesaian ujian kebolehklonan dan biopenanda bidang onkologi yang terpiawai antarabangsa, personalized molecular diagnostics® (diagnosis molekular tersuai) dan personalized molecular medicine® (perubatan molekular tersuai), melaporkan bahawa kit Asai LymphoTrack® penjujukan generasi mendatangnya sedang digunakan oleh makmal klinikal LabPMM®, rakan kongsi farmaseutikal, dan pusat kanser untuk mengenal pasti dan memantau sel T reseptor antigen chimera (CAR-T) dan menghasilkan reseptor sel T dalam darah periferal subjek bagi menyokong pembangunan ubat-ubatan terapeutik imunologi dan pembangunan regimen rawatan untuk tumor hematologi dan padu.

Imunoterapi merupakan salah satu bidang perubatan kejituan baru yang paling menarik. Konsep bidang yang sedang berkembang pesat ini adalah dengan menggunakan sistem imun pesakit itu sendiri untuk memantau, menyasar dan menghapuskan sel kanser. Beberapa kaedah terapi imunologi telah menunjukkan nilai klinikal yang berpotensi. Untuk menunjukkan keberkesanan klinikal dan mempercepatkan terapi baharu ini dalam proses agensi kawal selia, ujian yang tepat dan terpiawai perlu digunakan untuk mengukur dan memantau binaan biokejuruteraan ini. Para pemegang syer yang terkemuka telah menggunakan asai terpiawai antarabangsa Invivoscribe untuk memenuhi keperluan ini.

Beberapa Asai LymphoTrack Invivoscribe, yang diformatkan untuk penggunaan pada platform Illumina MiSeq® dan Thermo Fisher Ion PGM, telah direka untuk mengesan susunan gen somatik dalam lokus reseptor antigen. Asai ini juga mengecam elemen tersimpan dalam binaan terapi imunologi CAR-T dan TCR yang dibina dengan biokejuruteraan, lalu membuatkannya sebagai pilihan yang teguh untuk tujuan dwiguna: (1) mengenal pasti dan memantau binaan terapeutik imunologi dalam darah periferal dan (2) mengenal pasti dan memantau klonotip yang berkaitan dengan populasi sel B dan T yang malignan. Kedua-dua keupayaan boleh dicapai serentak menggunakan reagen, perisian bioinformatik dan aliran kerja yang sama.

Selepas dikenal pasti, binaan dan klon malignan ini boleh dijejaki sehingga tahap sensitiviti sebanyak 1 sel dalam sejuta (10-6). Ujian boleh dijalankan sama ada di makmal LabPMM atau di kemudahan penyiasat itu sendiri, dengan analisis bioinformatik dijalankan pada komputer milik pelanggan, bagi memastikan masa pemulangan yang cepat serta perlindungan data.

"Asai kebolehklonan LymphoTrack yang terpiawai antarabangsa dan berdasarkan NGS dengan perisian bioinformatik kami membentuk penyelesaian yang menyeluruh untuk menyokong makmal dan syarikat farmaseutikal yang membangunkan ubat-ubatan dan terapi imunologi baharu. Capaian kepada alat yang berkeupayaan tinggi ini akan memendekkan proses penyediaan ubat-ubatan dan terapi imunologi kepada pesakit.

Yang sama pentingnya, hasil daripada asai terpiawai menjanakan keputusan yang lebih boleh diulang dan boleh dipercayai, lalu membawa kepada rawatan yang lebih baik dan tepat. Rawatan yang ditambah baik ini akan mengubah industri dan memberikan faedah yang besar kepada pesakit dan kepada bidang-bidang diagnosis molekular tersuai dan perubatan kejituan,” kata Dr. Jeffrey Miller, Pengasas, CSO & CEO Invivoscribe.

“Bilangan asai kami dan perisian bioinformatik yang berkaitannya sedang digunakan oleh pusat kanser dan rakan kongsi farmaseutikal yang terkemuka bagi menyokong usaha pengoptimuman rawatan untuk pesakit, dan untuk menyusun, memasukkan dan menjejaki MRD dalam pesakit yang memasuki fasa II dan fasa III kajian klinikal antarabangsa. Visi kami adalah untuk menambah baik penjagaan pesakit dengan membuatkan produk ini boleh dicapai oleh rakan kongsi dan pelanggan kami.”

Mengenai Invivoscribe

Invivoscribe® Technologies Inc. ialah syarikat bioteknologi milik swasta yang berdedikasi untuk menambah baik kualiti penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menyediakan reagen, ujian dan alat bioinformatik yang berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan terkini bagi memajukan bidang personalized molecular diagnostics® (diagnosis molekular tersuai) dan personalized molecular medicine® (perubatan molekular tersuai). Invivoscribe bersijil ISO 13485 dan menyediakan reagen berdasarkan PCR dan NGS yang dikeluarkan dalam kemudahan yang berdaftar dengan FDA. Reagennya merangkumi kit ujian RUO dan IVD bertanda CE, termasuk IdentiClone® dan Asai Dx LymphoTrack® dengan Perisian Dx LymphoTrack®. Asai Dx LymphoTrack adalah berciri CE-IVD untuk kebolehklonan dan pengujian hipermutasi somatik IGHV serta tidak tersedia untuk jualan atau penggunaan di Amerika Utara. Asai LymphoTrack dan penggunaan MRD dan terapeutik imunologi adalah untuk kegunaan kajian sahaja. Bukan untuk kegunaan dalam prosedur diagnosis - Pengesahan AS masih berlangsung. Invivoscribe juga menawarkan MyAML®, MyHEME®, MyMRD®, dan perkhidmatan panel gen tersuai. Apabila digunakan bersama dengan Perisian MyInformatics® milik Invivoscribe, asai ini mengenal pasti dan boleh menjejak mutasi pemacu utama dan juga seni bina subklon serta kewujudan mutasi pemacu baharu dalam pesakit dengan penyakit hematologi. Makmal klinikal Invivoscribe di AS, Eropah dan Jepun menyediakan capaian antarabangsa kepada CLIA terharmoni, CAP, dan pengujian klinikal bertauliah ISO 15189 dan perkhidmatan organisasi penyelidikan kontrak (CRO). Perkhidmatan dan reagen Invivoscribe kini digunakan dalam lebih daripada 650 makmal klinikal dan penyelidikan di 65 buah negara. Invivoscribe mementingkan nilai sistem kualiti sejak dahulu lagi, dengan membangunkan semua produk, termasuk perisian bioinformatik, dengan mematuhi kawalan reka bentuk ISO 13485. Model ini membuatkan asai layak untuk dibeli oleh pihak berkuasa kawal selia di seluruh dunia. Syarikat ini kini mempunyai kerjasama diagnosis iringan yang berterusan dengan Novartis dan Astellas Pharma, Inc. dan dijangka akan mengumumkan kolaborasi tambahan pada tahun 2017. Maklumat tambahan boleh didapati di
www.invivoscribe.com.

MAKLUMAT HUBUNGAN:
Kevin Dobyns
858-224-6600


SUMBER : Invivoscribe, Inc.

Thursday, March 30, 2017

SENARAI KEDUDUKAN J.D. POWER MENYAKSIKAN HOTEL IMPERIAL TOKYO PALING TINGGI DARI SEGI KEPUASAN PELANGGAN

TOKYO, 28 Mac (Bernama-AsiaNet) -- 

Mercu tanda Tokyo, Hotel Imperial yang berusia 126 tahun telah disenaraikan sebagai hotel bertaraf mewah paling tinggi di Jepun bagi kepuasan pelanggan di dalam “Kaji Selidik Indeks Kepuasan Tetamu Hotel Jepun” J.D. Power pada tahun 2016." Hotel Imperial berada di tangga teratas di dalam segmen kadar bilik tetamu yang melebihi 35,000 yen Jepun untuk satu malam, yang pertama sejak kaji selidik itu dimulakan pada tahun 2006. Tetamu mengenalpasti Perkhidmatan Meja Depan Hotel Imperial dan perhatian oleh kakitangannya sebagai titik sokongan. Kualiti perhatian kakitangan diperluaskan kepada pelanggan adalah sangat berpengaruh di dalam membentuk penilaian tetamu tanpa mengira kadar bilik.

(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100617/201703270285/_prw_PI1fl_bOYghFvn.jpg)


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9894

Wednesday, March 29, 2017

BIOLINE MELANCARKAN KIT PENGKUANTITIAN DNA JETSEQ BAHARU

BIOLINE MELANCARKAN KIT PENGKUANTITIAN DNA JETSEQ BAHARU

EKONOMI CHANGCHUN PADA TAHUN INI MENYAKSIKAN SATU PERMULAAN YANG BAIK UNTUK MENYATUKAN PENCERGASAN SEMULA PANGKALAN PERINDUSTRIAN LAMA TIMUR LAUT CHINA

CHANGCHUN, China, 28 Mac (Bernama-AsiaNet) -- 
Dikenali sebagai Bandar Raya Automobil China dan satu daripada pangkalan perindustrian lama Timur Laut China, Jilin Changchun menyaksikan satu permulaan yang baik dengan disokong oleh pembangunan ekonominya yang pelbagai pada tahun ini. Dari Januari hingga Februari, pelaburan aset tetap bandar raya itu meningkat sebanyak 30.3%, jumlah nilai pengeluaran industri mengatasi skala meningkat sebanyak 11.3%. Dalam tempoh kritikal ini pencergasan semula dan pembangunan ekonomi serantau Timur Laut, melalui perubahan dan pembaharuannya yang dramatik dalam gaya bekerja, mekanisme pengurusan dan penguntukan semula perindustrian, keadaan ekonomi dan sosial di bandar raya itu menunjukkan trend baharu dan iklim baharu, potensi pelaburan dan alam sekitar semakin bertambah baik, satu asas yang kukuh bagi pembangunan ekonomi yang mapan untuk dua tahun akan datang sudah tersedia.

Changchun sentiasa menyesuaikan organisasi industri, daripada industri automobil solo yang asal kepada pembangunan serentak yang pelbagai dan berkembang maju bagi segala bentuk ekonomi, rancangannya untuk membina tahap industri strategik baru muncul yang bernilai 6 bilion RMB akan menyediakan dorongan yang lebih banyak bagi pencergasan semula ekonomi, bahagian industri-industri dalam jumlah volum ekonomi akan beransur-ansur meningkat. Industri-industri itu termasuk pembuatan peralatan canggih, maklumat optoelektronik, kesihatan biologi dan farmaseutikal, kenderaan tenaga baharu, bahan-bahan baharu dan industri data besar.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9889

PEMBAYAR CUKAI SYARIKAT WAJIB MENGEMUKAKAN BORANG CP204 DAN CP204A TAHUN TAKSIRAN 2018 SECARA E-FILING

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mengikut peruntukan subseksyen 107C(1A)  Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), setiap pembayar cukai syarikat adalah diwajibkan untuk mengemukakan Anggaran Cukai Yang Kena Dibayar (Borang CP204) dan Pindaan Anggaran (Borang CP204A) bagi Tahun Taksiran 2018 dan seterusnya secara e-Filing.

Justeru, pengemukaan Borang CP204 dan CP204A secara manual (borang kertas) jika dilakukan oleh syarikat adalah DIANGGAP TIDAK DITERIMA bagi maksud di bawah subseksyen 107C(1A) ACP 1967.

Sesebuah syarikat hendaklah mengemukakan Borang CP204 kepada LHDNM tidak kurang daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.


Monday, March 27, 2017

​PASARAN PENJAGAAN KESIHATAN CHINA BAKAL MENYAKSIKAN LONJAKAN DI DALAM PELABURAN DAN PELUANG DALAM TEMPOH 15 TAHUN AKAN DATANG

 Ketika China
melaksanakan inisiatif "China Sihat 2030" dan komited untuk
memperdalamkan pembaharuan struktur sudut penawaran pada tahun 2017,
Healthcare China 2017,
satu persidangan pelaburan penjagaan kesihatan di China, akan
menghimpunkan orang dalam perniagaan untuk membantu peserta industri
berjaya di dalam pasaran penjagaan kesihatan yang pesat berkembang.



SHANGHAI, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada
Oktober lalu, kerajaan China telah meluluskan satu pelan tindakan yang
diberi nama "China Sihat 2030", dengan berikrar untuk membina sebuah
negara China yang sihat dalam tempoh 15 tahun akan datang. Menjelang
tahun 2030, saiz pasaran bagi penjagaan kesihatan dijangka mencapai $2.3
trilion. Inisiatif ini adalah selaras dengan keazaman China untuk
memperdalamkan pembaharuan struktur sudut penawaran pada tahun 2017
dengan mengurangkan dengan ketara lebihan kapasiti, dan meningkatkan
bekalan yang cekap yang memerlukan piawaian yang lebih ketat di dalam
industri penjagaan kesihatan. Tempoh 15 tahun akan datang akan dapat
melihat satu lonjakan dalam pelaburan dan perubahan di dalam industri.




​PASARAN PENJAGAAN KESIHATAN CHINA BAKAL MENYAKSIKAN LONJAKAN DI DALAM PELABURAN DAN PELUANG DALAM TEMPOH 15 TAHUN AKAN DATANG

Friday, March 24, 2017

SERUAN PENYERTAAN DIKELUARKAN UNTUK ANUGERAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA KEEMPAT BELAS

Tarikh Akhir Penyertaan Awal adalah pada 12 April

FAIRFAX, Va., 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stevie® Awards telah mengeluarkan seruan penyertaan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa Tahunan Ke-14, yakni pertandingan anugerah perniagaan yang terkemuka di dunia yang menyambut serahan pencalonan daripada organisasi dari lebih 60 buah negara dan kawasan setiap tahun.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8540ffb4-6337-429d-9f7c-3574f68f49c3

Semua individu dan organisasi dari seluruh dunia -- awam, swasta, untuk keuntungan, bukan untuk keuntungan, besar mahupun kecil -- boleh menyerahkan pencalonan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa. Tarikh penyertaan awal, dengan yuran penyertaan yang lebih rendah, adalah pada 12 April. Tarikh akhir penyertaan muktamad adalah pada 10 Mei, dan penyertaan lewat diterima sehingga 14 Jun disertakan bersama bayaran lewat. Butiran penyertaan boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA.

Panel pengadilan antarabangsa yang terdiri lebih daripada 150 ahli eksekutif akan menentukan pemenang Anugerah Stevie. Keputusan akan diumumkan pada 10 Ogos. Pemenang Anugerah Stevie akan diberikan anugerah semasa jamuan gala di W Hotel, Barcelona, Sepanyol pada 21 Oktober. 

3D SYSTEMS LANCARKAN PLATFORM PEMBUATAN TAMBAHAN BOLEH SKALA, BERSEPADU PENUH YANG PERTAMA DALAM INDUSTRI


Platform baharu akan mengubah pengeluaran bahagian penggunaan akhir tersuai dan rumit besar-besaran di samping menenuhi keperluan ketahanan dan keterulangan bagi persekitaran pengeluaran.

Penghantaran pertama kepada syarikat industri Fortune 50

CHICAGO, March 22 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bagi mencapai strateginya untuk mengubah alir kerja pembuatan 3D, 3D Systems (NYSE:DDD) hari ini mengumumkan platform pembuatan tambahan modular, boleh skala dan bersepadu penuh yang pertama bagi industri. Platform pengeluaran Figure 4 daripada 3D Systems mengeluarkan bahagian plastik lebih 50 kali lebih cepat daripada sistem semasa, lalu memberikan jumlah kos operasi yang lebih rendah di samping menawarkan kaedah yang kompetitif dan mendorong berbanding dengan kaedah konvensional.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4d3900cc-7a84-4f8c-83e2-437897af7887

Berdasarkan teknologi Figure 4 revolusionernya, platform baharu 3D Systems membolehkan pelanggan menyesuaikan konfigurasi dan memilih bahan bagi menangani aplikasi yang khusus.  Konfigurasi merangkumi daripada mesin enjin cetakan tunggal sehinggalah sistem pengeluaran berautomasi penuh dan bervolum tinggi dengan 16 atau lebih enjin cetakan, penghantaran bahan automatik dan pascapemprosesan bersepadu.

Syarikat tersebut baru-baru ini telah menghantar sistem pertama kepada pelanggan industri Fortune 50 dan merancang untuk meningkatkan penghantaran pelanggan khusus sepanjang separuh tahun kedua 2017.

JNTO LANCAR LAMAN WEB "INSENTIF JEPUN" DALAM 4 BAHASA UNTUK MEMPAMERKAN DAYA TARIKAN JEPUN SEBAGAI DESTINASI MICE


TOKYO, 21 Mac (Bernama-AsiaNet) --
Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) telah melancarkan satu laman web khusus untuk insentif-insentif Jepun, dengan menampilkan maklumat mengenai insentif di dalam negara itu. Tapak insentif itu dihoskan dalam laman web MESYUARAT & INSENTIF JNTO Jepun untuk mempromosikan MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran/acara).


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9874

7-Eleven Lancar Peraduan 'Get Aktif With Smurfs!' Bagi Pengguna



KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- 7-Eleven Malaysia menawarkan inisiatif terbaharu kepada pelanggan setianya yang melibatkan peraduan foto dalam talian "Get Aktif with Smurfs", dengan hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi.

Peraduan itu terbuka kepada semua pelanggan 7-Eleven yang bermula sekarang sehingga 1 Mei, 2017, demikian menurut satu kenyataan daripada RedHot Media Sdn Bhd.

Pelanggan dikehendaki membeli rangkaian produk air berlabel jenama Aktif 7-Eleven, sama ada air mineral atau air minuman, dengan pembelian minimum RM5 dalam satu resit.

Kolaj resit itu dengan foto kreatif apa-apa berwarna biru, dan poskan secara terbuka di laman sosial Facebook atau Instagram peribadi dengan hashtags #AktifSmurfs dan #7ElevenMY.

Para peserta boleh meningkatkan peluang mereka untuk memenangi peraduan itu dengan menghantar lebih banyak penyertaan, kata kenyataan tersebut.

Pemenang dengan penyertaan paling kreatif bakal memenangi hadiah pelancongan 7 hari enam malam ke Belgium dan Amsterdam termasuk lawatan ke Smurfs Museum of Brussels bernilai sehingga RM20,000.

Penyertaan 100 yang terbaik seterusnya setiap satu akan menerima Limited Edition Scooter daripada Smurfs: The Lost Village bernilai RM300 setiap satu.

"Pelanggan setia kami adalah keutamaan kami dan sebab itulah mengapa kami muncul dengan slogan "Always There For You," kata Ronan Lee, Pengurus Besar Pemasaran, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dalam kenyataan itu.

Bagi Pengurus Pemasaran Sony Pictures Malaysia, Catherine Chai, beliau berkata, "Kami gembira dapat bekerjasama dengan rantaian kedai serbaneka nombor satu negara itu untk meraikan filem Smurfs: The Lost Village yang akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 April, 2017".

"Kaitan Smurfs kami dengan gaya hidup Aktif adalah bersesuaian kerana slogan hidup Smurfs adalah sentiasa gembira dan sihat," katanya.

Bagi maklumat lanjut mengenai terma dan syarat peraduan itu boleh layari laman web www.7eleven.com.my atau Facebook di 7ElevenMalaysia.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1340589

MICHAEL KORS ACCESS BERKEMBANG DENGAN JAM TANGAN PINTAR BAHARU, APPS BAHARU, MUKA BAHARU DAN PASARAN BAHARU

LONDON, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Michael Kors (NYSE: KORS), sebuah jenama gaya hidup mewah bertaraf dunia, amat berbangga untuk mengumumkan pelbagai produk dan inisiatif baharu yang direka untuk melanjutkan pertumbuhan dan keseronokan yang dijana oleh pelancaran MICHAEL KORS ACCESS pada musim luruh lalu, barisan jenama itu yang terdiri daripada jam tangan pintar dan pengesan aktiviti.

"Ia adalah jelas kepada saya bahawa masa depan fesyen akan menggabungkan reka bentuk yang hebat, gaya peribadi dan teknologi yang berinovatif," kata Michael Kors, "dan sambutan yang luar biasa untuk MICHAEL KORS ACCESS telah mengesahkan bahawa masa hadapan adalah sekarang. Kami teruja kerana dapat menawarkan kepada generasi seterusnya jam tangan pintar dan pelbagai hibrid."

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=9877

Thursday, March 23, 2017

PLATFORM PEMBUATAN PERGIGIAN BAHARU 3D SYSTEMS MEMECUT ANJAKAN BAGIDIGITAL

Platform Figure 4 revolusioner bergabung dengan bahan NextDent memberikan jumlah kos operasi yang ketara daripada di sisi kerusi sehingga makmal.

CHICAGO, 22 Mac (BERNAMA-GLOBE NEWSWIRE) -- 3D Systems (NYSE:DDD) hari ini melancarkan platform pembuatan tambahan generasi mendatang, berdasarkan teknologi Figure 4 dan bahan NextDent syarikat tersebut, yang mampu memberikan rawatan pesakit yang lebih baik, lebih cepat dan lebih boleh diramal dengan jumlah kos operasi yang menggugat yang boleh merevolusikan industri pergigian yang bernilai multibilion dolar.

Syarikat mengharapkan platform baharu dapat mencapai penambahbaikan sehingga 10 kali ganda dalam jumlah kos operasi, bersama dengan masa pembuatan yang lebih singkat dan sisa bahan yang lebih kurang secara ketara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9867

LE CORDON BLEU JEPUN LANCAR DIPLOMA MASAKAN JEPUN, MEMULAKAN PENGAMBILAN UNTUK PENGGAL MUSIM LURUH 2017

TOKYO, 21 Mac (Bernama-AsiaNet) -- Sebagai tindak balas kepada pertumbuhan pasaran antarabangsa yang meningkat dalam masakan Jepun sejak pengiktirafan UNESCO bagi 'washoku' sebagai satu warisan kebudayaan tidak ketara, Le Cordon Bleu Jepun sedang melancarkan satu program diploma masakan Jepun. Sebagai sebuah pemimpin dunia di dalam pendidikan masakan dan hospitaliti, dengan rangkaian lebih daripada 35 institusi di lebih 20 buah negara, Le Cordon Bleu telah mengambil kira lebih 120 tahun kepakaran untuk mewujudkan program baharu ini.
 
(Imej: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201703159946/?images)
 
Program 4 peringkat ini meliputi pelbagai jenis topik secara menyeluruh untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan masakan Jepun yang tulen. Pelajar-pelajar akan memulakan satu pengembaraan untuk mencari sebuah dunia baharu mengenai kemahiran teknikal, kaedah memasak, bahan-bahan pakar, peralatan dan pinggan mangkuk yang digunakan untuk lebih 200 resipi di dalam masakan tradisional, serantau dan moden Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9870

Wednesday, March 22, 2017

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN GUBAHAN BUNGA IKEBANA YANG MENAKJUBKAN OLEH ARTIS HIROKI MAENO

Menghiasi Ruang Lobi dengan Bunga “Sakura” yang Indah

TOKYO, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas gubahan bunga “Ikebana” yang dicipta oleh artis terkenal Hiroki Maeno dari 1 April hingga 16 April, 2017. Sebuah gubahan bunga yang besar berukuran 2.7 meter kali 5 meter yang dihiasi mewah dengan kira-kira 200 dahan bunga "sakura" yang indah, yang merupakan satu daripada lambang simbolik yang paling penting mengenai kecantikan estetik Jepun semasa musim bunga, akan dipaparkan di ruang lobi utama di tingkat tiga bagi tetamu hotel untuk menikmatinya secara percuma.

Artis Hiroki Maeno akan juga mengadakan dua bengkel gubahan bunga Ikebana yang diadakan pada 6 April dari pukul 4 petang dan pukul 6.30 petang di hadapan gubahan beliau yang menawan itu. Tetamu akan dapat melihat bengkel ini oleh kerana ia akan diadakan di ruang lobi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9864

Tuesday, March 21, 2017

TOMI ENVIRONMENTAL SOLUTIONS, INC. MELENGKAPKAN $5.3 JUTA DANA PENEMPATAN PERSENDIRIAN YANG DIKETUAI OLEH DANA INSTITUSI YANG BERPANGKALAN DI HONG KONG

BEVERLY HILLS, Calif., 21 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TOMI Environmental Solutions, Inc. (“TOMI”) (OTCQX:TOMZ), sebuah syarikat dekontaminasi dan pencegahan jangkitan global yang pakar dalam jualan dan perkhidmatan disinfeksi/dekontaminasi, termasuk pengilangan, jualan dan pelesenan kabut/kabus berasaskan hidrogen peroksidanya iaitu SteraMist, yang berdaftar dengan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (“EPA”), mengumumkan hari ini bahawa mereka telah mengumpul hasil kutipan kasar sebanyak $5.3 juta dalam transaksi penempatan persendirian (“Pembiayaan”). TOMI akan menggunakan hasil kutipan tersebut daripada Pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan, pendaftaran produk antarabangsa, pengembangan tenaga jualan dalamannya, pemasaran, perhubungan awam, pengembangan label EPAnya dan untuk modal kerja serta untuk tujuan korporat umum.

Berhubung dengan Pembiayaan, nota janji boleh tukar boleh panggil senior ("Nota") yang dikeluarkan oleh TOMI dengan jumlah pokok agregat sebanyak $5.3 juta. Nota tersebut akan matang pada 31 Ogos, 2018, melainkan ditebus lebih awal, dibeli semula atau ditukarkan. Nota tersebut boleh ditukar pada bila-bila masa oleh pemegang kepada saham biasa pada harga pertukaran $0.54 sesaham. Dari dan selepas 1 September, 2017, TOMI boleh menebus Nota tersebut pada bila-bila masa sebelum tarikh matang pada harga bersamaan 100% daripada jumlah pokok Nota yang akan ditebus ditambah faedah yang terakru dan boleh dibayar pada tarikh penebusan. Faedah pada Nota adalah dibayar dua kali setahun secara tunai pada 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun, bermula pada 31 Ogos, 2017, pada kadar 4 peratus setahun.

Sebagai tambahan, waran tiga tahun ("Waran") yang dikeluarkan oleh TOMI untuk membeli sehingga agregat 833,333 saham biasa pada harga laksana sebanyak $0.69 sesaham. Jika Waran tersebut ditukar sepenuhnya, TOMI akan menerima kira-kira $575,000 dalam dana tambahan.

Sekuriti yang dijual dalam Pembiayaan belum didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti"), atau undang-undang sekuriti negeri dan mungkin tidak ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa pendaftaran dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa atau pengecualian berkenaan daripada keperluan pendaftaran sedemikian.

Siaran akhbar ini telah dikeluarkan mengikut Peraturan 135c di bawah Akta Sekuriti dan tidak boleh dianggap sebagai tawaran menjual atau meminta tawaran untuk membeli sekuriti, mahu pun jualan sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau jualan sedemikian akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi negeri sedemikian.

Dana yang telah membeli majoriti tertunggak pokok di bawah Nota ialah: AP Asia Absolute Return Master Fund Limited, AP Asia Alpha Strategy Master Fund, Kalix Fund Limited dan Light & Salt Fund SP.

Mengenai TOMI Environmental Solutions, Inc.
TOMI Environmental Solutions, Inc. (OTCQX:TOMZ) ialah sebuah syarikat dekontaminasi dan pencegahan jangkitan global, menyediakan penyelesaian alam sekitar mesra alam untuk disinfeksi permukaan dalam bangunan melalui pengilangan, jualan dan pelesenan platform utamanya iaitu Binary Ionization Technology® (Teknologi Pengionan Binari, BIT™), yang telah dicipta di bawah geran pertahanan dengan kerjasama Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA), Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. BIT™ menggunakan Hidrogen Peroksida peratus rendah sebagai satu-satunya bahan aktif bagi mengeluarkan radikal hidroksil (ion OH) dan diwakili oleh jenama produk TOMI™ SteraMist™, yang menghasilkan aerosol pembunuh kuman yang bersifat seperti gas.

Produk TOMI direka untuk memberikan khidmat kepada spektrum struktur perdagangan yang luas merangkumi hospital dan kemudahan perubatan, kapal persiaran, bangunan pejabat, bilik hotel dan motel, sekolah, restoran, untuk keselamatan bukan makanan dalam kemudahan pemprosesan daging dan hasil keluaran, berek tentera, dan kemudahan sukan. Produk dan perkhidmatan TOMI juga telah digunakan di kediaman keluarga tunggal dan kediaman pelbagai unit.

TOMI juga membangunkan program latihan dan protokol aplikasi untuk kliennya dan merupakan anggota dalam kedudukan yang baik bagi Persatuan Keselamatan Biologi Amerika, Persatuan Bank Tisu Amerika, Persatuan untuk Pakar dalam Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi, Persatuan untuk Epidemiologi Penjagaan Kesihatan Amerika dan Persatuan Industri Pemulihan. Untuk maklumat tambahan, sila lawati
www.tomimist.com atau hubungi kami di info@tomimist.com.

Mengenai AP Asset Management (HK) Limited
AP Asset Management (HK) Limited (“APAM”) ialah pengurus pelaburan bagi kedua-dua AP Asia Absolute Return Master Fund Limited dan AP Asia Alpha Strategy Master Fund. APAM pakar dalam strategi pulangan mutlak ekuiti jangka panjang/pendek untuk memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan China.

Mengenai Kalix Fund Limited
Objektif pelaburan Sub-Dana adalah direka untuk memberikan pulangan terlaras risiko yang menarik buat pelabur dengan pelbagai strategi. Sub-Dana boleh melibatkan risiko melebihi purata dan hanya sesuai untuk individu yang boleh menerima kemungkinan kerugian modal. Walau bagaimanapun, pengarah Sub-Dana akan berusaha mengurangkan risiko sedemikian dengan pengurusan risiko yang ketat dan sebarang risiko memadai yang terlibat.

Mengenai Light & Salt Fund SP
Pendekatan pelaburan Light & Salt Fund SP adalah penjejakan bukan indeks didorong asas dengan tumpuan pada syarikat tertumpu Pan-Asia Pasifik modal sederhana hingga besar. Light & Salt Capital Management Limited (“L&S”) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan dan berpangkalan di Hong Kong. L&S bertindak sebagai sebuah platform pengurusan kekayaan bebas yang menyediakan penyelesaian untuk pelbagai keperluan pelaburan kliennya. Pendekatan L&S terhadap pengurusan aset adalah menguruskan aset kliennya secara aktif dengan menggunakan proses yang didorong oleh disiplin pelaburan. Misinya adalah untuk menawarkan perhubungan yang berkualiti berdasarkan kepercayaan, prestasi dan perkongsian matlamat bersama.

Pernyataan Perlindungan Selamat di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995

Pernyataan bertulis dan lisan tertentu yang dibuat oleh kami boleh membentuk "pernyataan yang memandang ke hadapan" seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 ("Akta Pembaharuan"). Pernyataan yang memandang ke hadapan dikenal pasti oleh perkataan dan frasa sedemikian sebagai "kami jangka," "dijangka untuk," "anggar," "dianggar," "pandangan semasa," "kami mengharapkan untuk," "akan bersamaan dengan," "unjur", "unjuran," "diunjur untuk," "ramal," "diramal"," "kami percaya," "mungkin," dan frasa seumpama yang lain. Semua pernyataan yang menangani prestasi operasi, acara, atau perkembangan yang kami jangka atau ramal akan berlaku pada masa akan datang, termasuk pernyataan yang berkaitan dengan pertumbuhan pendapatan, perolehan, pertumbuhan perolehan sesaham, atau unjuran yang sama, adalah pernyataan yang memandang ke hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan. Ia adalah memandang ke hadapan dan hendaklah dinilai berdasarkan faktor risiko penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar kami berbeza dengan ketara daripada hasil yang dijangkakan. Maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini adalah berdasarkan fakta dan keadaan yang diketahui pada masa ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini pernyataan yang memandang ke hadapan ini selepas tarikh siaran ini.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA:
Paul Varga
Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam
(301) 628-2831
pvarga@tomimist.com


SUMBER : TOMI Environmental Solutions, Inc.

PELAJAR-PELAJAR DAN PENDUDUK ASING YANG MENETAP DI WILAYAH CHIBA DILANTIK SEBAGAI "DUTA-DUTA CHI-BA+KUN" UNTUK MEMPERKENALKAN KEINDAHAN CHIBA KE LUAR NEGARA

CHIBA, Jepun, 21 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Kerajaan Wilayah Chiba telah melantik pelajar-pelajar dan penduduk asing yang tinggal di wilayah itu sebagai "Duta-duta CHI-BA+KUN" sejak tahun 2011 untuk memperkenalkan keindahan Chiba ke seluruh pelusuk dunia dengan kerjasama watak maskot wilayah itu CHI-BA+KUN. Duta-duta CHI-BA+KUN telah menggunakan blog-blog peribadi, Facebook dan media lain untuk menyebarkan maklumat dalam bahasa ibunda mereka mengenai keindahan Chiba di dalam bidang seperti pelancongan, masakan dan kehidupan seharian.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9865

Monday, March 20, 2017

SYARIKAT ROBOTIK BAHARU MAKEBLOCK MERAIH LEBIH DARIPADA $30 JUTA DALAM PENDANAAN SIRI B


SHENZHEN, China, 20 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Makeblock Co., Ltd, syarikat baharu pendidikan STEM dan robotik, hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan pusingan Siri B $30 juta dengan penilaian $200 juta yang diketuai oleh Evolution Media China dan Shenzhen Capital Group Co., Ltd. Pendanaan tersebut menyokong perluasan ke dalam pasaran baharu, melanjutkan pembangunan produk dan kepelbagaian sumber perkakasan, perisian dan kurikulum pendidikan STEM untuk pendidik, kanak-kanak dan penggemar hobi.

Ditubuhkan pada tahun 2011 (ditubuhkan sebagai syarikat pada tahun 2013), Makeblock ialah platform pembelajaran pembinaan robotik DIY dan pengaturcaraan terkemuka bagi pembuat, penggemar hobi, pelajar STEM dan pendidik. Makeblock menyediakan lebih daripada 500 bahagian mekanikal dan modul elektronik yang mudah digunakan, perisian pengaturcaraan grafik dan kursus untuk merealisasikan idea dengan mudah. Setelah menarik hati lebih daripda 1,000,000 orang pembuat, pelajar dan pendidik di lebih daripada 140 negara dan semakin bertambah, Makeblock ialah satu daripada syarikat robotik terkemuka yang sedang membuat perubahan, dengan matlamat untuk membuka bidang ini kepada semua orang pada semua tahap kemahiran.

 

IMIMOBILE MENANDATANGANI PERJANJIAN RANGKA KERJA GLOBAL DENGAN TELENOR GROUP

LONDON, 17 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- IMImobile (LSE:IMO), iaitu sebuah penyedia perisian dan penyelesaian komunikasi awan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Global dengan Telenor Group berikutan proses tender yang kompetitif.

Di bawah perjanjian itu, IMImobile akan membekalkan Platform Penghantaran Perkhidmatan Digital awan, Sistem Pemayaan VAS (Perkhidmatan Nilai Tambahan) dan perkhidmatan kepada Unit Perniagaan Telenor merentasi seluruh Telenor Group. Platform ini akan diguna pakai dalam persekitaran awan yang selamat, dan akan menyokong visi jangka panjang Telenor untuk memayakan keupayaan rangkaian serta meningkatkan keberkesanan perniagaan terasnya.

Saturday, March 18, 2017

ACCA Lantik Jeyasothy Palakrishnar Sebagai Ketua Baharu Di Malaysia



KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) telah melantik Jeyasothy Palakrishnar sebagai Ketua Negara ACCA Malaysia, berkuatkuasa 13 Mac 2017.

Jeyasothy berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam strategi perniagaan, jualan dan pembangunan perniagaan di Malaysia serta rantau Asia.

"Saya berharap untuk bekerja dengan rakan kongsi strategik kami untuk membangunkan aliran bakat bagi menyokong ekonomi Malaysia yang progresif," kata Jeyasothy dalam satu kenyataan mengenai peranan baharunya.

Katanya, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 60,000 akauntan bagi membantu mencapai matlamat program Transformasi Ekonomi Negara.

"Tidak ada waktu yang benar-benar lebih baik bagi menyertai kerjaya ini.

Akauntan profesional menikmati ganjaran kerjaya merentasi industri dan negara, seperti yang ditunjukkan oleh anggota ACCA yang kini melebihi 188,000 di seluruh dunia," katanya.

Beliau menegaskan bagaimana kerjaya dalam perakaunan telah menjadi lebih menarik berikutan jangkaan perniagaan ke atas fungsi kewangan mula meningkat dan peraturan perdagangan menjadi lebih kompleks.

Beliau yang pernah menjadi Pengarah Pembangunan Perniagaan di Microsoft, juga pernah menjawat Naib Presiden INTI - Laureate International Universities di mana beliau meneraju program transformasi strategik dalam rekabentuk kurikulum dan penyampaian pendidikan, melalui kerjasama dengan peneraju industri serta majikan.

Pengarah Asia Pasifik ACCA Leong Soo Yee ketika bercakap mengenai pelantikan itu, berkata: "Jeyasothy menyertai ACCA pada masa yang menarik iaitu ketika kami sedang bersedia untuk melancarkan pelan Kelayakan ACCA berdasarkan keperluan majikan.

"Pengalaman beliau dalam penyampaian pendidikan dan perkongsian komersil memiliki nilai tertinggi dalam memacu strategi ACCA untuk menjadi nombor satu dalam membangunkan akauntan profesional yang diperlukan Malaysia dan dunia.


-- BERNAMA

Thursday, March 16, 2017

GESAAN KEPADA SEMUA USAHAWAN DAN INOVATOR AUSTRALIA: BANTU ATASI KEKURANGAN AIR GLOBAL

SYDNEY, Australia, 15 Mac, 2017/Medianet International-AsiaNet/ --

Dengan perkongsian bersama Tata Group dan Australian Aid (Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan inovationXchange, DFAT iXc), XPRIZE - pemimpin dunia di dalam mereka dan mengendalikan pertandingan insentif besar-besaran bagi menyelesaikan cabaran-cabaran besar manusia - mengumumkan pelancaran Limpahan Air XPRIZE  (http://water.xprize.org/), satu pertandingan global bernilai AS$1.75 juta yang bermatlamat untuk mengatasi kekurangan air dunia. Hadiah ini akan memberi insentif kepada pasukan-pasukan untuk bertanding dan membangunkan teknologi cekap tenaga baharu yang direka untuk mengumpulkan air bersih dari atmosfera.


http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=9847

UNISYS MEMPERKENALKAN DIGISTICS(TM) OLEH UNISYS, SEBUAH PENYELESAIAN PENGURUSAN KARGO UNTUK MEMBANTU PENGANGKUT MEMPERTINGKATKAN KETANGKASAN, PEMPROSESAN

BLUE BELL, Pa, AMERIKA SYARIKAT, 15 Mac, 2017/Medianet International-AsiaNet/ --

Pengguna boleh memilih satu penyelesaian menyeluruh atau memilih daripada perkhidmatan khusus berdasarkan kepada keperluan, manakala analisis terbina dalam memacukan wawasan untuk keuntungan yang lebih baik dan pertumbuhan garis atas di masa hadapan

Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini melancarkan Digistics(TM) oleh Unisys (http://www.unisys.com/digistics), sebuah penyelesaian logistik kargo yang holistik dan bersepadu yang membolehkan pengangkut untuk menyelaraskan pengurusan barangan dan mempertingkatkan kecekapan operasi mereka. Digistics membolehkan pengangkut udara untuk memilih daripada satu rangkaian lengkap penawaran atau memilih perkhidmatan kargo tertentu yang mereka perlukan, termasuk pengurusan inventori, tempahan, invois, dan perakaunan. Sistem itu mempunyai analisis platform silang yang membolehkan pengangkut untuk melihat data masa lalu, masa kini dan data ramalan bagi operasi yang dipertingkatkan.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=9846

Wednesday, March 15, 2017

IIPM MEMETERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN MTIB & PENGANJURAN BERSAMA SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN INDUSTRI PERKAYUAN & PERLADANGAN HUTAN

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- International Institute of Plantation Management (IIPM) akan memeterai satu memorandum persefahaman (MOU) perintis dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Tujuan utamanya adalah untuk membina satu landasan perkongsian ilmu dan kepakaran bagi mewujudkan peluang-peluang pendidikan profesional dan latihan formal seperti kursus-kursus jangka pendek khusus untuk menghasilkan tenaga kerja profesional bagi memenuhi keperluan industri perkayuan dan perladangan hutan. Jalinan kerjasama ini juga adalah bertujuan untuk berkongsi khidmat nasihat dan kepakaran dalam aktitiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), membangun program-program baru dan lain-lain kerjasama untuk manfaat kedua-dua belah pihak dan industri.

Merealisasikan pengwujudan kerjasama ini satu Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health and Safety, OSH)  Industri Perkayuan dan Perladangan Hutan anjuran bersama MTIB dan IIPM akan diadakan pada hari Khamis, 16 Mac, 2017 bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor dan akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Jalaluddin Harun, Ketua Pengarah MTIB.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9843

PACE HOLDINGS CORP. TELAH SELESAI GABUNGAN PERNIAGAAN DENGAN PLAYA HOTELS & RESORTS

Syarikat baru bernama Playa Hotels & Resorts dan akan berdagang di NASDAQ di bawah PLYA

Urus niaga menyediakan modal yang besar dan melengkapkan kemampuan untuk melanjutkan kedudukan utama Playa

FAIRFAX, Va., dan FORT WORTH, Texas, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pace Holdings Corp. ("Pace") syarikat pengambilalihan tujuan khas yang ditaja oleh sekutu TPG, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyempurnakan gabungan perniagaan dengan Playa Hotels & Resorts ("Playa"), pemilik terkemuka, pengendali, dan pemaju utama resort merangkumi semua. Dengan penutupan urus niaga ini, syarikat gabungan tersebut dinamakan sebagai Playa Hotels & Resorts dan saham dan waran biasanya akan berdagang pada NASDAQ di bawah simbol ticker PLYA dan PLYAW masing-masing bermula pada Isnin, Mac 13, 2017.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=9840

Tuesday, March 14, 2017

ELASTIC MENCAPAI 100 JUTA MUAT TURUN BAGI ELASTIC STACK

SAN FRANCISCO, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Elastic{ON}17) -- Elastic, syarikat di sebalik sumber terbuka Elastic Stack (Elasticsearch, Kibana, Logstash dan Beats), sambungan komersil X-Pack, dan Elastic Cloud, mengumumkan bahawa ia telah melepasi tanda 100 juta muat turun dan mendedahkan sebuah tatasusunan bagi produk baharu. Meningkat daripada 50 juta muat turun setahun yang lalu dan 20 juta pada tahun sebelumnya, detik penting ini menjadikan Elastic sebagai salah satu daripada penyedia perisian perusahaan sumber terbuka yang paling berjaya. Produk Elastic menyelesaikan dan dibenamkan dalam kes penggunaan misi kritikal seperti carian aplikasi, pengelogan, analisis keselamatan, analisis metrik, analisis pengoperasian serta turut digunakan untuk membina aplikasi data masa sebenar dan boleh skala.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9844

Monday, March 13, 2017

KEPCO DAN PKS KOREA SERTAI 'EPRE MALAYSIA 2017'

"KEPCO dan 12 PKS cemerlang sertai Pavilion Korea di pameran EPRE Malaysia 2017 yang diadakan di KLCC di Kuala Lumpur, Malaysia"

SEOUL, Korea Selatan, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pavilion Korea, dengan disokong oleh KEPCO, menyertai 'EPRE Malaysia 2017’ yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 15 Mac hingga 17 Mac, selama 3 hari.

KEPCO adalah utiliti elektrik terbesar di Republik Korea yang bertanggungjawab bagi penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik dan pembangunan projek-projek berkuasa elektrik. Ia telah berusaha untuk menyokong pertumbuhan perniagaan bersama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemasaran di luar negara. Ia juga menyediakan pelbagai program dan perkhidmatan bagi membangunkan PKS dan menerokai pasaran luar negara.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9831

GLOBAL PULSE PBB DAN WESTERN DIGITAL MENGUMUMKAN CABARAN 'DATA BAGI TINDAKAN IKLIM' KINI DIBUKA UNTUK PENYERTAAN

Cabaran Membolehkan Akses Yang Belum Pernah Diadakan kepada Data dan Peralatan daripada Syarikat-syarikat Terkemuka untuk Menjanakan Penyelesaian Iklim Baharu

NEW YORK, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Global Pulse, inisiatif inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai data besar, dan Western Digital Corporation (NASDAQ: WDC), sebuah pemimpin dunia di dalam teknologi dan penyelesaian penyimpanan data, mengumumkan satu perkongsian hari ini untuk melancarkan cabaran "Data bagi Tindakan Iklim."

Data bagi Tindakan Iklim merupakan satu cabaran inovasi terbuka yang belum pernah diadakan untuk memanfaatkan sains data dan data besar daripada sektor swasta untuk memerangi perubahan iklim. Saintis, penyelidik dan inovator data dari seluruh pelusuk dunia adalah digalakkan untuk memohon dan mengemukakan cadangan mereka di DataForClimateAction.org sebelum 10 April 2017.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9830

Sunday, March 12, 2017

MOSTI Tambah Baik Mekanisme Pembiayaan Dana



MELAKA, 10 Mac (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melaksanakan penambahbaikan mekanisme pembiayaan dana kementerian itu bagi memastikan keberhasilan optimum menerusi projek yang dilaksanakan.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata penambahbaikan yang dijangka diumum pada hujung bulan ini turut bertujuan memastikan lebih banyak projek dapat dikomersialkan menjelang tahun 2020.

"Mungkin ada penjenamaan semula geran di bawah MOSTI bagi menambah kecekapan dalam usaha pembangunan projek penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang disalurkan.

"Penambahbaikan ini dilakukan setelah kita melihat dan mengambil kira pelbagai aspek terhadap keberkesanan hasil pembiayaan dana yang kita berikan kepada pemohon atau penyelidik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Inovasi Sosial MOSTI (MSI) di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut beliau menyerahkan baja organik hasil pembangunan dan penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)bagi penanaman pokok secara organik di Penjara Dusun Dato Murad di sini.

Turut hadir Timbalan Komisioner Penjara (Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan, Vokasional dan Industri) Datuk Mohd Sakeri Dollah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Datuk Norhalim Yunus.

Abu Bakar berkata penyelidik di negara ini disaran memberi tumpuan khusus pada industri pengeluaran makanan organik kerana ia dilihat mempunyai pasaran tersendiri dan permintaan yang meningkat saban tahun.

"Kita lihat industri makanan organik ini semakin berkembang namun tidak ramai pengusaha menjalankan aktiviti pertanian secara organik dan kita juga kurang penyelidik dalam industri ini," katanya.

Beliau berkata MOSTI telah menyalurkan kira-kira RM270,000 bagi program penanaman organik pisang dan herba yang dilaksanakan di empat lokasi negeri ini iaitu Penjara Dusun Dato Murad, Pusat Koreksional Jasin, Klinik Cure and Care 1Malaysia Pulau Sebang dan Kampung Ulu Seraja Parit Melaka, Alor Gajah.

Sementara itu, Norhalim berkata sebanyak 1,000 benih pisang dibekalkan di setiap lokasi projek hasil penyelidikan kultur tisu daripada USM yang telah dibangunkan Neo Pragmatik Sdn Bhd dan akan menggunakan bio baja berjenama Bacto-10 sepenuhnya untuk proses penanaman.

Beliau berkata baja tersebut merupakan hasil penyelidikan UPM dan dikomersialkan oleh Phytogold Sdn Bhd.

"MTDC memainkan peranan dalam mengenal pasti teknologi atau produk daripada syarikat penerima dana yang mampu memberi impak kepada komuniti dari segi meningkatkan taraf hidup serta memenuhi keperluan sosial melalui Program Inovasi Sosial seumpama ini," katanya.

-- BERNAMA

Friday, March 10, 2017

ELASTIC UMUM PENERIMA ANUGERAH PUNCA ELASTIC SULUNG; RAIKAN SEMANGAT DAN KESETIAAN KOMUNITI ELASTIC DAN PROJEK MEREKA MENINGKATKAN KEBAIKAN UNTUK SEMUA

SAN FRANCISCO, 9 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- (Elastic{ON}17) – Elastic hari ini mengumumkan penerima Anugerah Punca Elastik  yang buat julung kali diadakan pada ucap tama perasmian Elastic{ON}17. Keraian semangat dan kesetiaan komuniti Elastic, Anugerah Punca mengiktiraf tiga projek yang menggunakan Elastic Stack dalam meningkatkan kebaikan untuk semua. Para penerima termasuk eHealth Africa untuk pusat panggilan terfokus Ebola dan aplikasi pemantauan kesihatan mereka; IST Research untuk memerangi pengedaran seks dan perdagangan hamba, serta menyokong usaha kemanusiaan dengan teknologi; dan NoSchoolViolence.org bagi mengurangkan keganasan di sekolah dengan Pangkalan Data Keselamatan Sekolah Kebangsaan.

Anugerah Punca Elastic merupakan sebahagian daripada misi Elastic yang bersifat dermawan yang semakin berkembang, yang akan terus berkembang dalam memberikan manfaat kepada pertubuhan bukan berorientasikan keuntungan yang menggunakan perisian Elastic. Dalam tahun pertamanya, Anugerah Punca merangkumi pencalonan daripada pelbagai organisasi yang berusaha untuk meningkatkan keadaan insan, meningkatkan alam sekitar global atau membantu populasi tertentu yang memerlukan. Barisan hakim -- termasuk Steven Schuurman, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Elastic, Shay Banon, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi Elastic dan Leah Sutton, Naib Presiden Sumber Manusia Elastic -- menilai penyertaan berdasarkan kesan dan jangkauan mereka. Setiap pasukan projek yang dipilih menerima tiket persidangan percuma dan penginapan di hotel untuk sehingga dua ahli projek dan akan ditampilkan dalam pelbagai acara khas di Elastic{ON}17.

“Saya sentiasa mengagumi keadaan penggunaan inovatif yang direalisasikan dengan Elastic Stack dan kita telah melihat dengan Anugerah Punca, tiada had untuk orang ramai memanfaatkan teknologi kami bagi meningkatkan kehidupan,” ujar Steven Schuurman, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Elastic. “Kami sungguh berbesar hati dengan pencalonan yang kami terima dan teruja untuk berkongsi kisah kejayaan penerima, dengan harapan memberi sumber inspirasi kepada lebih banyak idea yang membawa perubahandaripada komuniti kami yang luar biasa.” 

Thursday, March 9, 2017

KAJI SELIDIK FROST & SULLIVAN: 90% PEMBEKAL TELEKOMUNIKASI MEMPERCAYAI PLATFORM BERASASKAN AWAN BERSEPADU MEMPERCEPATKAN MASA KE PASARAN

Penyelidikan mendapati bahawa komunikasi disatukan berasaskan awan dan platform kerjasama membolehkan syarikat telekomunikasi untuk kekal berdaya saing dalam pasaran yang pesat berubah

GAITHERSBURG, Md., 8 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Frost & Sullivan dengan kerjasama BroadSoft, Inc. (NASDAQ: BSFT), 90% daripada pembekal telekom mempercayai bahawa platform berasaskan awan bersepadu mempercepatkan masa ke pasaran bagi penyampaian tawaran komunikasi bersepadu kepada pelanggan perniagaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa komunikasi disatukan SaaS yang berasaskan awan bersepadu dan platform kerjasama (UC&C) membolehkan pembekal telekom untuk kekal berdaya saing dalam pasaran yang pesat berubah melalui tawaran yang dipertingkatkan, mengurangkan kitaran jualan dan peluang pendapatan baru.

Hasil penemuan laporan revolusi SaaS dijalankan oleh Frost and Sullivan adalah berdasarkan temu bual mendalam dengan 20 eksekutif kanan di pembekal telekom global utama pada suku keempat 2016. Dari kajian ini, adalah ketara bahawa keutamaan perniagaan pembekal telekom perlu disesuaikan mengikut pasaran UCaaS yang berkembang pesat, kerana 90% daripada responden menunjukkan platform berasaskan awan bersepadu mempercepatkan masa ke pasaran; 63% mempercayai bahawa ia mengurangkan pergantungan kepada sumber yang terhad; dan lebih daripada separuh (52%) percaya bahawa ia membolehkan peralihan daripada CAPEX kepada model SaaS OPEX yang lebih menguntungkan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9818

SIR RICHARD BRANSON MENCABAR PEMIMPIN-PEMIMPIN PERNIAGAAN UNTUK MENGUTAMAKAN PEKERJA


MELBOURNE, Australia, 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sir Richard Branson telah mencabar pemimpin-pemimpin perniagaan untuk mempertingkatkan keadaan kritikal tenaga kerja yang moden itu. Gesaan beliau itu dibuat pada masa apabila 87% daripada pekerja menyendiri dan budaya pejabat sedentari dikaitkan dengan penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung.

Siaran Berita Pintar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
http://www.businesswire.com/news/home/20170308005153/en 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9822

PENGUMUMAN PARA JEMPUTAN KE FELLOWSHIP PENYELIDIKAN JEPUN YAYASAN HAKUHO KE-12

TOKYO, 8 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Yayasan Hakuho, sebuah yayasan diperbadankan berkepentingan awam berpangkalan di Tokyo, Jepun, pada 8 Mac mengumumkan senarai penyelidik yang telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Fellowship Penyelidikan Jepun Yayasan Hakuho ke-12.

- Jemputan:
Selepas saringan ketat, 14 penyelidik telah dipilih dari lapan negara (tanah besar China, Perancis, Jerman, Korea Selatan, Taiwan, UK, Ukraine dan Amerika Syarikat). Lima penyelidik telah dipilih dalam kategori bahasa Jepun dan penyelidikan pendidikan bahasa Jepun, dan sembilan dalam kategori penyelidikan budaya dan kesusasteraan Jepun. Sila lihat lampiran untuk maklumat lanjut tentang penyelidik yang dijemput.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=9823

KEMENTERIAN TENAGA & SUMBER GALIAN INDONESIA DENGAN TEGAS MENYANGKAL ARTIKEL AFP

Jakarta, Indonesia, 9 Mac, 2017, Antara-AsiaNet/--
Jakarta (Antara) – Berhubung dengan artikel dari Agence France-Presse (AFP) bertajuk "Perubahan Dasar Perlombongan Mencetuskan Kekeliruan" yang diterbitkan di channelnewsasia.com (3/5), The Business Times, Singapura (3/6), dan todayonline.com (3/6), kami ingin menyatakan kebimbangan dan bantahan kami sebagai berikut:


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9825

Wednesday, March 8, 2017

TOSHIBA LANCAR PERANTI KUASA PINTAR BERVOLTAN TINGGI 600V/500V DI DALAM PAKEJ BERSAIZ KECIL UNTUK MOTOR KIPAS

TOKYO, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran satu barisan baharu peranti kuasa pintar bervoltan tinggi (IPD) di dalam pakej bersaiz kecil untuk digunakan di dalam pelbagai motor kipas termasuk pendingin hawa, pembersih udara dan pam. Barisan baharu itu terdiri daripada dua produk, 600V/2.5A "TPD4204F" dan 500V/2.5A "TPD4206F," dan penghantaran bermula dari hari ini.

Dengan menggunakan teknologi MOSFET Toshiba yang terbaharu, IPD baharu itu mencapai voltan tinggi dan kehilangan kuasa yang rendah di dalam pakej “SOP30” pelekap permukaan bersaiz kecil yang baharu dibangunkan, berukuran hanya 20.0mm x 14.2mm. Ia mempunyai kira-kira hanya separuh ruang pemasangan bagi pakej [1] semasa Toshiba, yang boleh menyumbang kepada set yang lebih kecil dan lebih nipis.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9819

VISUAL INDUSTRY PROMOTION ORGANIZATION DAN KADOKAWA ASCII RESEARCH LABORATORIES LANCAR "KATALOG KANDUNGAN JEPUN" DI LAMAN WEB

TOKYO, 6 Mac (Bernama-AsiaNet) -- 
 
Visual Industry Promotion Organization (VIPO) mengumumkan pelancaran Katalog Kandungan Jepun, sebuah indeks dalam talian yang memberikan akses yang tersedia mengenai maklumat intelektual yang berkaitan dengan hartanah yang disimpan di dalam lima pangkalan data yang berlainan. Katalog itu memudahkan perolehan bagi hak-hak penggunaan untuk filem-filem, rancangan TV, permainan video, komik, animasi dan watak-watak dan muzik Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9815

TOSHIBA MEMPERLUASKAN BARISAN IC PEMACU LED PENCAHAYAAN DENGAN SEBUAH INPUT WAYAR TUNGGAL

- Barisan baharu IC output 9 dan 24 saluran merealisasikan pengecilan pelbagai modul LED

TOKYO, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB62D787FTG," sebuah IC pemacu LED yang baharu dengan input sebuah wayar tunggal dan output 24 saluran, untuk peralatan hiburan dan aplikasi pencahayaan LED. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada Jun ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9820

XM MELANCARKAN MT5 DENGAN CFD UNTUK SAHAM INDIVIDU

LONDON, United Kingdom, 7 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- XM Group (Trading Point Group), broker FX dan CFD ternama pada hari ini dengan rasminya mengumumkan pelancaran platform MT5 yang menawarkan lebih 300 CFD untuk Saham Individu.

Pada hari ini, 6hb Mac, XM Group (Trading Point Group) dengan rasminya mengumumkan kejayaan pelancaran platform MT5 selepas beberapa siri fasa percubaan untuk memastikan platform tambahan ini berfungsi dengan lancar pada semua sistem sedia ada.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9813

Tuesday, March 7, 2017

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE COMPANY LANCAR INSURANS DAN PERKHIDMATAN KEMALANGAN & KESIHATAN DI ASIA, MENAMAKAN KETUA BAGI BARISAN PRODUK

BOSTON, 6  Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkshire Hathaway Specialty Insurance Company (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperkenalkan Kemalangan Diri Berkumpulan, Kembara Korporat dan Insurans Perubatan Pegawai Dagang di Singapura dan Hong Kong. Syarikat itu juga menamakan Kok Leong Koo sebagai Pengurus Pengunderaitan, Kemalangan & Kesihatan, yang berpangkalan di Singapura, dan Janus Law sebagai Penolong Naib Presiden, Kemalangan & Kesihatan yang berpangkalan di Hong Kong.

Produk Kembara Korporat dan Insurans Perubatan Pegawai Dagang BHSI ini menggabungkan perlindungan dengan akses 24/7 kepada Perkhidmatan Penjagaan dan Rencam BHSI. Perkhidmatan ini termasuk perubatan kecemasan, pemindahan dan bantuan penghantaran balik; rujukan perubatan; bantuan mendapatkan semula bagasi yang hilang; dan sokongan Rencam di seluruh dunia untuk perkara seperti tempahan di saat akhir kepada perkhidmatan penjagaan rumah. Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan baharu syarikat itu juga menawarkan liputan yang luas dengan fleksibiliti bagi pelbagai faedah tambahan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9811

Monday, March 6, 2017

​AKTIVITI YAMAHA MOTORSPORTS UNTUK MUSIM 2017

IWATA, Jepun, 6 Mac (Bernama) -- Yamaha Motor Co., Ltd. (Tokyo: 7272) dengan bangganya membentangkan sambungan strategi Yamaha Racing untuk musim 2017 bagi perlumbaan di atas jalan dan di rupa bumi yang kasar. Yamaha telah menyusun semula strategi global jangka sederhana hingga ke jangka panjang mereka pada tahun 2015 - tahun yang menandakan ulang tahun ke-60 syarikat itu - dan telah terlibat di dalam pelbagai inisiatif korporat di bawah dasar-dasar asas mereka untuk aktiviti perlumbaan: meningkatkan nilai jenama Yamaha, memperoleh teknologi canggih dan menggalakkan perlumbaan motosikal.

(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102500/201703029492/_prw_PI1fl_7n6l2U7g.jpg)

Dengan perancangan-perancangan ini ditetapkan untuk tahun 2016, Yamaha cemerlang di dalam kategori tertinggi dalam perlumbaan. Yamaha menggondol Gelaran Pasukan dan tempat kedua dan ketiga dalam ranking muktamad pelumba bagi Kejohanan Dunia MotoGP,  meraih kemenangan kedua berturut-turut di dalam Kejohanan Dunia Endurance pusingan Suzuka 8 Jam yang berprestij dan mendapat anugerah perlumbaan yang lain, sekali gus memperbaiki teknologinya dan mengembangkan nilai jenama itu.

Saturday, March 4, 2017

Karyaneka Sasar Jualan Lebih RM1 Juta Sepanjang Hari Kraftangan Kebangsaan 2017

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd (Karyaneka) menyasarkan kutipan jualan lebih RM1 juta sepanjang Hari Kraftangan Kebangsaan 2017 (HKK 2017).

Pengurus Pembangunan Perniagaan Karyaneka Mohamed Alias Mohd Ariffin berkata meski pun keadaan ekonomi tidak menentu, kuasa beli orang ramai masih tinggi dan tidak menghalang pihaknya mencapai sasaran tersebut.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1334584


Friday, March 3, 2017

VIDEO YANG DIHASILKAN MENGENAI TASIK BIWA DAN TEMPAT-TEMPAT TERKENAL YANG LAIN DI WILAYAH SHIGA DI JEPUN, DIPAPARKAN DALAM TUJUH WARNA PELANGI BUAT KALI PERTAMA: MERAH, JINGGA, KUNING, HIJAU, BIRU, BIRU NILA DAN UNGU

OTSU, Jepun, 2 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Biro Pelawat Biwako, yang terletak di Wilayah Shiga, yang menjadi sebahagian daripada kawasan Kansai di bahagian barat pulau utama Jepun, telah mengeluarkan sebuah video yang bertajuk "Pelangi-Berwarna, Keindahan SHIGA: Shiga – Biwako." (Biwako atau Tasik Biwa adalah merupakan tasik air tawar yang terbesar di Jepun.)

Pelbagai lokasi dari sekeliling Shiga telah digabungkan di dalam video ini untuk menggambarkan suatu hari yang penuh dengan warna. Banyak tempat-tempat yang terkenal dipaparkan di dalam video itu, mencakupi dari pemandangan Tokong Shirahige yang dicat merah oleh sinaran matahari yang sedang terbenam kepada kehijauan daun teratai yang menyelubungi Taman Kohoku Mizudori. Video itu menunjukkan lokasi-lokasi Shiga yang cantik dan mengagumkan dalam warna pelangi yang jelas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9802