Tuesday, February 28, 2023

PELANCARAN SISTEM PEMANTAUAN GLUKOSA BERTERUSAN DEXCOM G6 DI SINGAPURA

Sistem CGM baharu yang inovatif menghapuskan keperluan mencucuk jari untuk pesakit diabetes

SINGAPURA, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dexcom, Inc. (NASDAQ:DXCM), peneraju global dalam pemantauan glukosa berterusan (CGM) masa nyata untuk pesakit diabetes, hari ini mengumumkan pelancaran Sistem CGM Dexcom G6 di Singapura untuk pesakit diabetes yang berumur dua tahun ke atas serta wanita hamil dan juga pelantikan DKSH Singapore Pte Ltd sebagai penyedia perkhidmatan jualan, pemasaran dan pengedaran.

Dexcom G6 menggunakan sensor dan pemancar yang kecil dan tahan lasak untuk mengukur secara berterusan dan menghantar paras glukosa secara wayarles ke penerima atau peranti pintar yang serasi*, membolehkan pesakit menerima data glukosa masa nyata tanpa perlu mencucuk jari mereka. Sistem ini juga menawarkan makluman dan penggera yang boleh disesuaikan untuk membantu mengelakkan kejadian tahap gula dalam darah jatuh ke paras rendah atau meningkat ke paras tinggi yang boleh membahayakan pesakit.

“Pelancaran Dexcom G6 di Singapura merupakan detik bersejarah bagi syarikat kami,” kata Scott Moss, Naib Presiden Dexcom, Asia Pasifik. “Pelancaran ini menandakan kali pertama CGM Dexcom memasuki pasaran untuk pesakit diabetes di Asia Tenggara, dan dengan pembukaan ibu pejabat serantau kami di Singapura baru-baru ini, kami berharap dapat membawa CGM Dexcom ke pasaran tambahan di rantau ini dalam masa terdekat.”

Aplikasi Dexcom G6 untuk peranti iOS dan Android yang serasi* juga membolehkan pesakit berkongsi maklumat glukosa mereka dengan sehingga sepuluh orang pengikut. Fungsi ini membolehkan ahli keluarga, insan tersayang dan penyedia jagaan kesihatan memantau pesakit dari jauh dengan lebih tenang.

Ciri-ciri Dexcom G6 yang membolehkan pengguna mengawal kesihatan mereka:

• Penghapusan keperluan untuk mencucuk jari untuk penentukuran dan membuat keputusan rawatan diabetes
• Bacaan glukosa berterusan dihantar secara automatik menggunakan teknologi Bluetooth ke mana-mana peranti pintar* yang serasi atau ke alat penerima Dexcom, dalam selang masa lima minit
• Makluman dan penggera yang boleh disesuaikan, termasuk makluman Penting Rendah Tidak Lama Lagi, yang boleh memberi pengguna amaran sehingga 20 minit lebih awal daripada kejadian hipoglisemia penting, supaya mereka boleh mengambil langkah pencegahan
• Perkongsian data masa nyata dengan aplikasi Dexcom G6, membolehkan pengguna berkongsi data glukosa mereka dengan sehingga sepuluh pengikut untuk memantau paras glukosa mereka dari jauh dengan lebih tenang
• Sensor dengan jangka hayat 10 hari membolehkan pemakaian yang lebih lama
• Pemancar nipis dengan profil yang lebih rendah untuk ketahanan yang tidak terlalu menonjol
• Aplikator automatik direka untuk memudahkan sensor dimasukkan dengan hanya satu sentuhan butang
• Penerima yang baru direka dengan paparan skrin sentuh (peranti penerima/paparan adalah aksesori pilihan)
• Membran sensor baharu yang membolehkan penggunaan asetaminofen tanpa sebarang kesan pada bacaan glukosa§

Sistem CGM Dexcom G6 dipadankan kepada aplikasi Dexcom G6 yang tersedia untuk dimuat turun daripada Apple App Store atau Google Play store, untuk digunakan dengan peranti pintar Apple atau Android yang serasi. Sebagai alternatif, pesakit boleh melihat bacaan glukosa pada penerima skrin sentuh Dexcom G6 pilihan yang boleh dibeli secara berasingan.

CGM Dexcom G6 telah diluluskan oleh HSA Singapura pada akhir tahun lalu dan kini boleh diakses oleh warga Singapura bulan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dexcom G6, lawati www.dexcom.com/sg.

Maklumat Mengenai Dexcom, Inc.

DexCom, Inc. membolehkan orang ramai mengawal kesihatan mereka pada masa nyata melalui sistem pemantauan glukosa berterusan (CGM) yang inovatif. Beribu pejabat di San Diego, Calif., dan dengan operasi di seluruh Eropah serta kawasan-kawasan terpilih di Asia/Oceania, Dexcom telah muncul sebagai peneraju teknologi penjagaan diabetes. Dengan mengambil kira keperluan pengguna, penjaga dan penyedia, Dexcom berusaha untuk memudahkan dan menambah baik pengurusan diabetes di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dexcom, lawati https://www.dexcom.com/en-us/about-dexcom.
_________________________

*Untuk mendapatkan senarai peranti yang serasi, lawati www.dexcom.com/compatibility.

Jika makluman dan bacaan glukosa anda daripada G6 tidak sepadan dengan gejala atau jangkaan, gunakan meter glukosa darah untuk membuat keputusan rawatan diabetes.

Aplikasi Follow yang berasingan diperlukan.

§Bacaan G6 boleh digunakan untuk membuat keputusan rawatan diabetes apabila mengambil dos asetaminofen maksimum sehingga 1,000mg setiap 6 jam. Pengambilan dos yang lebih tinggi boleh menjejaskan bacaan G6.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16846

SHENZHEN DAN HONG KONG BEKERJASAMA DI DALAM PENGISYTIHARAN 16 LANGKAH-LANGKAH UNTUK PENCIPTAAN BAGI SEBUAH HAB HARTA INTELEK DAN INOVASI

SHENZHEN, China, 27 Feb., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
16 Langkah-langkah Kerjasama untuk Pembangunan Hab Harta Intelek dan Inovasi Qianhai Shenzhen-Hong Kong (16 Langkah), diisytiharkan bersama oleh Pihak Berkuasa Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong bagi Perbandaran Shenzhen dan Biro Pembangunan Perdagangan dan Ekonomi bagi Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, yang berkuat kuasa pada 23 Februari. Langkah ini bukan sahaja menandakan satu tahap kerjasama yang dipertingkatkan di antara Shenzhen dan Hong Kong di dalam bidang harta intelek (IP), tetapi juga menandakan langkah-langkah termaju Qianhai ke arah kedua-dua "pembinaan bagi sebuah lokasi pilihan utama untuk penyepaduan Hong Kong ke dalam pembangunan nasional" dan sebuah hab harta intelek dan inovasi.

Adalah difahamkan bahawa 16 Langkah-langkah itu merangkumi inisiatif di dalam empat bidang utama: menggalakkan pengharmonian peraturan dan sistem IP di antara Shenzhen dan Hong Kong, menyokong eksploitasi dan transformasi bagi IP Hong Kong di Qianhai, memupuk perkhidmatan IP rentas sempadan, dan membangunkan Hab IP dan Inovasi Qianhai Shenzhen-Hong Kong. Di bawah 16 Langkah-langkah itu, mana-mana pusat pemindahan teknologi, yang ditubuhkan bersama oleh sebuah syarikat terkemuka dan sebuah Universiti atau pusat R&D Hong Kong, akan menerima subsidi dengan 50% daripada perbelanjaan operasi sebenar (sehingga 1 juta yuan setahun). Selain itu, mana-mana penyedia perkhidmatan IP Hong Kong atau antarabangsa yang menetap di Qianhai akan layak untuk mendapatkan subsidi sehingga 2 juta yuan.

Sesetengah penganalisis mengatakan bahawa 16 Langkah-langkah itu akan secara efektif membantu penyedia perkhidmatan IP Hong Kong untuk memanfaatkan pasaran di tanah besar dengan menggunakan Qianhai sebagai sebuah "pangkalan hadapan". Juga perlu dinyatakan, perniagaan industri IP yang sudah berada di Qianhai boleh menggunakan kelebihan dan platform unik Hong Kong untuk berhubung dengan pasaran antarabangsa dan mempercepatkan pembangunan mereka sendiri.

Victor YANG, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Purplevine IP Group (Shenzhen) Co, Ltd., berkata 16 Langkah-langkah itu berkemungkinan akan mempercepatkan proses bagi perniagaan Qianhai di dalam memantapkan kedudukan mereka di kawasan ini.

Victor mencirikan 16 Langkah-langkah itu sebagai berpandangan ke hadapan, dan bahawa ia merangkumi satu perspektif yang lebih luas. Satu arahan panduan penting ialah untuk menggalakkan dan menyokong operasi IP, yang membolehkan nilai IP lebih ditunjukkan di dalam tempat pasaran. 16 Langkah-langkah itu menyediakan inisiatif yang sangat disasarkan. "Melalui reka bentuk bersatu bagi sistem dan peraturan peringkat atasan, 'pulau terpencil' itu telah disambungkan." Penubuhan sebuah hab IP dan inovasi di Qianhai yang dihubungkan dengan Shenzhen, Kawasan Greater Bay (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau, dan secara berkesan ke seluruh dunia, akan menyelesaikan isu bagi perkhidmatan penyambungan dan pengelompokan, yang mengakibatkan di dalam peningkatan kecekapan. Hab baharu itu akan menarik bakat penting untuk memenuhi permintaan bagi profesional perkhidmatan IP yang pakar di dalam undang-undang, teknologi, kewangan, perniagaan, dsb.

Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2022, perniagaan Qianhai memperoleh 21,742 kebenaran paten baharu, mengemukakan 762 permohonan PCT, dan memiliki 11,864 paten penciptaan yang sah. Satu sistem perlindungan holistik, yang meliputi perkhidmatan kehakiman, pentadbiran, timbang tara, notari dan perundangan yang berkaitan dengan harta intelek sedang dibentuk di Qianhai.
 
Sumber: Pihak Berkuasa bagi Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16843

Friday, February 24, 2023

SYNTAGMA CAPITAL MENYERTAI PERUNDINGAN EKSKLUSIF, UNTUK MENGAMBIL ALIH ERASTEEL, BAHAGIAN KELULI BERKELAJUAN TINGGI DAN KITAR SEMULA ERAMET S.A. (EURONEXT PARIS: ERA)

BRUSSELS, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syntagma Capital hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyertai perundingan eksklusif dengan Eramet, untuk mengambil alih Erasteel (https://www.erasteel.com). Perniagaan ini adalah peneraju global dalam metalurgi konvensional dan serbuk keluli berkelajuan tinggi yang digunakan untuk alat pemesinan, penggerudian dan pemotongan berprestasi tinggi.  Selain itu, Erasteel mempunyai keupayaan mengitar semula logam unik di Eropah, yang menawarkan penyelesaian lestari untuk pemulihan bateri, pemangkin dan logam.  Perniagaan ini menggajikan lebih kurang 850 orang pekerja merentasi enam tapaknya di Perancis, Sweden dan China.  Pada tahun 2022, Erasteel menjana pendapatan sebanyak lebih kurang. €275m terutamanya dalam sektor aeroangkasa, automotif dan perindustrian.

Cadangan transaksi, yang akan dikemukakan kepada majlis maklumat dan perundingan kerja yang diperlukan, tertakluk kepada perjanjian muktamad yang akan merangkumi penyempurnaan syarat persetujuan biasa, termasuk kelulusan kawal selia, dan dijangka akan diselesaikan menjelang penghujung separuh pertama 2023.

“Walaupun pasaran M&A amat mencabar, Erasteel mewakili perjanjian kedua kami dalam tahun 2023 dan perjanjian ketiga kami dalam tempoh 6 bulan yang lalu, menunjukkan keupayaan kami untuk menjamin kelajuan dan kepastian bagi penjual.  Kami gembira dengan prospek untuk membangunkan Erasteel selanjutnya di seluruh dunia.  Erasteel juga merupakan usaha ketiga kami dan menguatkan lagi kedudukan kami sebagai Rakan Kongsi pilihan di Eropah untuk usaha yang kompleks” kata Rakan Kongsi Pengurusan Syntagma Sebastian Kiekert Le Moult.

“Kami bertekad untuk memanfaatkan pengalaman global kami dalam logam dan R&D Erasteel yang menyeluruh dan pengetahuan teknikal, keberadaan global dan perhubungan pelanggan yang rapat untuk meningkatkan lagi pertumbuhannya, secara organik dan melalui sasaran M&A. Kami juga bertekad untuk meningkatkan pembangunan bahagian kitar semula Erasteel di Perancis” kata Rakan Kongsi Syntagma Frank Coenen.

Pasukan Syntagma yang terlibat dalam transaksi ini termasuk Sebastien Kiekert Le Moult (Rakan Kongsi Pengurusan), Frank Coenen (Rakan Kongsi), Benjamin Dahan (Rakan Kongsi), Fabio Yamasaki (Prinsipal), Gabriele Lo Monaco (Ahli Bersekutu Kanan).

Syntagma mendapat nasihat daripada Willkie Farr Gallagher (penasihat undang-undang), Lincoln International (Penasihat M&A), PwC (penasihat kewangan) dan Advention Business Partners (penasihat komersial dan strategi).

Tentang Syntagma Capital

Syntagma melabur dalam syarikat yang boleh mendapat manfaat daripada kepakaran operasi secara amali untuk mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan prestasi untuk semua pihak berkepentingan.  Kami adalah operator sebenar dengan pengalaman bekerja dalam dan menguruskan syarikat pada skala global, memanfaatkan sumber dalaman kami untuk membangunkan strategi yang berjaya, melaksanakannya untuk merealisasikan potensinya sepenuhnya dan mencipta nilai jangka panjang yang lestari.  Syntagma melabur dan mengoperasikan syarikat dalam pelbagai industri dengan tumpuan khusus pada pasaran bahan, kimia, industri dan perkhidmatan perniagaan dan termasuk pembuatan, pengedaran, pengangkutan dan logistik, sewaan peralatan, perkhidmatan logam dan industri lain.  Syntagma, sebagai penandatangan UNI PRI, komited kepada standard ESG yang tinggi dalam semua pelaburannya dan berpangkalan di Brussels, Belgium.  Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://syntagmacapital.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16833

SYARIKAT SEWA KERETA SUPER CLASSIC PARADE MELANCARKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN MATA WANG KRIPTO PERTAMA DI UK

LONDON, 23 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Salah satu syarikat sewa kereta super terkemuka di UK baru sahaja melancarkan sistem pembayaran mata wang kripto untuk menyewa supercar terunggul di dunia. Pelanggan kini boleh memilih untuk membayar untuk pilihan lebih daripada 100 kereta super daripada 28 jenama mewah dalam mata wang Bitcoin atau Ethereum serta dalam Pound Sterling. Salah satu kereta yang tersedia di bilik pameran mereka di London, Manchester dan Edinburgh ialah £ 2.4m Bugatti Chiron, yang berharga £ 200,000 sehari untuk disewa, atau 220.75 ETH, atau 11.696 BTC. 

Pengasas dan pemilik Classic Parade, Andrew Brown berkata: "Kami mempunyai pelanggan antarabangsa yang mahu membayar untuk menyewa kereta super kami tanpa kerumitan dan kos kadar pertukaran serta yuran pemindahan. Kebanyakan pelanggan kami mempunyai pegangan yang signifikan dalam mata wang kripto. Oleh itu, pilihan ini amat sesuai untuk mereka. Urus niaga adalah serta-merta dan kami juga boleh mengambil deposit dalam crypto, kemudian kami mengembalikan deposit dengan mudah selepas sewa tamat tempoh."

Pembayaran Crypto dibuat ke dompet selamat Classic Parade dan semua langkah yang diperlukan diambil untuk memastikan keselamatan pemindahan kewangan. Sebaik sahaja dana dipindahkan dan perjanjian sewa ditandatangani, kereta super sama diambil atau dihantar ke alamat pelanggan di UK. 

Andrew Brown menambah: “Kami perlu melalui pemeriksaan identiti biasa yang diperlukan untuk menyewa kenderaan, tetapi langkah ini mudah diproses dan menjadi lebih mudah dengan setiap transaksi berulang. Dengan cara ini, kami juga boleh menyediakan pemeriksaan "kenali pelanggan anda" yang mencukupi." Salah satu kereta Classic Parade yang paling popular untuk sewaan musim panas ialah Lamborghini Huracan Spyder yang berharga £ 1,100 sehari untuk disewa, atau 1.21 ETH atau 0.064 BTC. Andrew Brown berkata: “Kami menjangkakan banyak minat daripada pelabur kripto dalam beberapa bulan akan datang untuk menyewa kereta super kami yang luar biasa. Ramai pelabur masih muda dan mahu menunjukkan kekayaan mereka, oleh itu minat terhadap kereta super sangat tinggi untuk pasaran ini."

Anda boleh melihat semua kereta super dan harganya di https://www.classicparade.co.uk 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16835

LAPORAN PENYELIDIKAN FOURKITES MENYERLAHKAN CABARAN YANG BERKEMBANG DALAM PERKAPALAN LAUT, DENGAN 50 PERATUS PENGIRIM MEMPUNYAI KETERLIHATAN SIFAR KE DALAM PENGANGKUTAN LAUT

Pihak berkepentingan rantaian bekalan menyebut perkhidmatan pelanggan, kekurangan buruh dan kos pengangkutan sebagai kebimbangan utama menjelang 2023

CHICAGO, Feb 23 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Selepas tiga tahun yang turun naik untuk rantaian bekalan global, pihak berkepentingan pengangkutan laut mengalami tekanan akibat perubahan keadaan ekonomi, pengaruh geopolitik dan cabaran buruh menjelang 2023. Itu menurut tinjauan baharu yang dikeluarkan hari ini oleh pembekal keterlihatan rantaian bekalan masa nyata terkemuka FourKites.

Tinjauan itu meninjau lebih 350 profesional rantaian bekalan untuk mendedahkan isu utama yang dihadapi industri perkapalan laut. Tinjauan itu mendedahkan bahawa beberapa tahun kebelakangan ini terdapat gangguan rantaian bekalan — termasuk COVID-19, ketidaktentuan pasaran, konflik politik global, kekurangan bahan dan peristiwa cuaca ekstrem — telah mendorong 73% responden untuk melabur dalam keterlihatan rantaian bekalan, dengan 46% merancang untuk melabur lebih banyak pada 2023.

“Penghantar dan pemain lain dalam ekosistem rantaian bekalan semakin bijak tentang peruntukan dengan memanfaatkan data yang lebih diandalkan dan masa nyata dan bukannya meneka-neka,” kata pakar industri Chris Stauber, Pengasas VentureSoftPM. “Mereka ingin tahu, sebagai contoh, apakah risiko-berbanding-ganjaran jika pergi ke pelabuhan atau negara tambahan untuk memindahkan kontena mereka, atau untuk beralih daripada satu kepada tiga pembekal untuk bekalan mentah. Pelaburan tambahan diperlukan untuk mendapatkan data yang lebih baik, tetapi nilai data tersebut membawa pengurangan yang besar dalam risiko.” 

Wednesday, February 22, 2023

WEMADE MENGEMAS KINI TINGKAT TERTINGGI SEGI EMPAT SAMA AJAIB DAN PUNCAK RAHSIA DALAM MIR4!


Table

Tingkat tertinggi untuk Segi Empat Sama Ajaib dan Puncak Rahsia dikemaskinikan dalam MIR 4 (Grafik: Wemade)


• Menawarkan pelbagai ganjaran untuk pertumbuhan kepada pengguna yang menjalankan misi di tingkat tertinggi Segi Empat Sama Ajaib dan Puncak Rahsia
• Melancarkan ‘Setra Berkilau (Luminous Setra)’, Roh Pemimpin Parti baharu yang mendorong Pertahanan Fizikal dan Pertahanan Jampi dengan ketara
• Sistem pembayaran WEMIX$ untuk mengurangkan risiko akibat turun naik harga pasaran


SEOUL, Korea Selatan, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wemade mengemaskinikan MMORPG MIR4 blokbuster untuk mengembangkan tingkat tertinggi Segi Empat Sama Ajaib dan Puncak Rahsia pada 21 Februari 2023.

Raksasa berkuasa bertelur di tingkat 9 yang baharu ditambahkan akan memberikan peluang kepada watak peringkat tinggi untuk memperoleh banyak EXP. Watak boleh menyertai Ekspedisi untuk mengambil bahagian dalam pelbagai Misi bagi mendapatkan ganjaran yang membantu pertumbuhan watak, seperti “Batu Peningkatan Gelap Legenda (Legendary Darkened Enhancement Stone)”, “Panax Salji Epik (Epic Snow Panax)” dan banyak lagi.

MIR4 memperkenalkan Roh Pemimpin Parti baharu, “Setra Berkilau (Luminous Setra)”. “Setra Berkilau (Luminous Setra)” ialah Roh Cahaya Legenda yang mempunyai kesan unik untuk meningkatkan Pertahanan Fizikal. Pengguna yang telah menyeru Roh ini boleh berkongsi kemahiran Pemimpin Parti dengan anggota parti berdekatan, apabila Pertahanan Fizikal dan Pertahanan Jampi parti meningkat dengan banyak untuk tempoh masa yang ditetapkan.

Sementara itu, acara “Getaran Cinta Manis (Sweet Flutter of Love)” sedang berlangsung hingga 6 Mac 2023. Pengguna boleh menerima pelbagai ganjaran seperti “Batu Peningkatan Naga Kudus Epik (Epic Divine Dragon’s Enhancement Stone)”, “Patung Naga Biru Legenda (Legendary Blue Dragon Statue)” dan banyak lagi, bergantung pada bilangan kehadiran dalam “Acara Daftar Masuk 14 Hari yang Manis (Sweet 14-day Check-in Event)”.

Tambahan pula, MIR4 telah menukar kaedah pembayaran daripada HYDRA kepada WEMIX$. Pengguna boleh menukar HYDRA atau WEMIX$ dalam baki mereka dengan pWEMIX$ untuk membuat pelbagai pembelian seperti Skrol Misi dan banyak lagi di Kedai dalam permainan. Pengenalan WEMIX$ akan mengekalkan nilai pelbagai produk walaupun berlaku turun naik harga pasaran token permainan. Sistem Pembayaran WEMIX$ hanya tersedia dalam versi PC.

Daripada Perjuanganku, Kepada Peperangan Kita! Maklumat terperinci mengenai MIR4 boleh didapati di laman web rasmi.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia: 
https://www.businesswire.com/news/home/53330302/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Wemade Co., Ltd. (112040: KOSDAQ)
Jennifer Jung, Pengurus PR
jennifer@wemade.com
 
Sumber: Wemade Co., Ltd.

Tuesday, February 14, 2023

MARY KAY MENGINSPIRASIKAN GENERASI PEMIMPIN WANITA STEAM AKAN DATANG DI SIDANG KEMUNCAK BELIA

 





Mary Kay Inc. mengalu-alukan kedatangan pelajar dari Sekolah Kepimpinan Wanita Muda Irma Lerma Rangel ke R3 untuk sidang kemuncak bertemakan STEAM dengan menerokai pengalaman wanita dalam bidang STEAM. (Foto: Mary Kay Inc.)



Rangkaian Persediaan Wanita Muda / Pelajar Sekolah Kepimpinan Wanita Muda Irma Lerma Rangel menghadiri Hari istimewa STEAM yang menginspirasikan pemimpin masa depan STEAM

DALLAS, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., penyokong global untuk pemerkasaan dan pendidikan wanita, baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada sekumpulan 25 wanita muda dari Rangkaian Persediaan Wanita Muda (YWPN) Daerah Sekolah Bebas Dallas / Sekolah Kepimpinan Wanita Muda Irma Lerma Rangel untuk penerokaan pendidikan, berinspirasi Wanita dalam STEAM. Acara tersebut membawa kepada sambutan Hari Antarabangsa Wanita dan Remaja Perempuan dalam bidang Sains pada 11 Februari.

Pelajar dalam peringkat umur sekolah menengah menghabiskan masa seharian mereka di Pusat Pembuatan / R&D (R3) Richard R. Rogers Mary Kay di Lewisville, TX, tempat mereka melawat kemudahan canggih dan mempelajari tentang aspek berbeza proses pembuatan berkaitan STEAM dalam syarikat kecantikan global yang kompleks. Sesudah lawatan itu, pelajar mendengar penerangan daripada panel pakar wanita dalam bidang STEAM masing-masing. Panel yang hadir terdiri daripada pakar dalam bidang seperti Inovasi Huluan, Formulasi Produk, Teknologi Maklumat, Penyelidikan Produk, Portfolio & Perancangan Strategi dan Pembangunan Proses. Pada waktu tengah hari, pelajar menyertai makan tengah hari pementoran apabila mereka berpeluang membincangkan laluan kerjaya berbeza untuk wanita dalam STEAM, aspirasi peribadi dan profesional, serta cara kita boleh menggalakkan, menyediakan dan menyokong wanita muda yang menceburi kerjaya dalam bidang STEAM dengan lebih baik.

“Mary Kay komited untuk memperkasa dan memberikan inspirasi kepada generasi wanita akan datang bagi menceburi minat mereka—kerana masa depan ialah STEAM,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains di Mary Kay. “Wanita kurang diwakili dalam tenaga kerja STEAM, tetapi kita boleh merapatkan jurang tersebut dengan menyediakan peluang pembelajaran dan pendedahan awal yang kritikal kepada wanita muda untuk mencari dan menerokai kerjaya STEAM yang diminati.”

Rangkaian Persediaan Wanita Muda ialah agensi bukan untung yang bekerjasama dengan daerah sekolah awam di seluruh Texas untuk mengendalikan rangkaian terbesar sekolah persediaan perempuan, awam, kolej di negara ini. Sekolah YWPN terletak di kawasan kejiranan bandar yang hidup dalam kesusahan dan mempunyai rekod kadar pencapaian akademik, lepasan sekolah menengah dan penerimaan kolej yang terbukti. YWPN membentuk perkongsian awam/swasta pertama dengan Daerah Sekolah Bebas Dallas, membuka Sekolah Kepimpinan Wanita Muda Irma Lerma Rangel pada tahun 2004.

“Kami amat teruja kerana wanita muda kami menyertai hari yang dipenuhi dengan hubungan bermakna dengan wanita dalam STEAM dan berterima kasih kepada Mary Kay untuk peluang ini,” kata Lynn McBee, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Persediaan Wanita Muda. “Pemimpin masa depan ini adalah wanita muda yang bijak dan berbakat. Apabila mendapat pendedahan daripada wanita lain yang berjaya dalam bidang STEAM dan melihat impak yang boleh mereka lakukan, memberikan mereka motivasi tambahan untuk pergi lebih jauh, mencapai lebih banyak dan diharapkan, semoga suatu hari nanti, dapat mengubah dunia melalui STEAM.”

Mary Kay meraikan dan mendorong wanita muda yang bertanggungjawab atas masa depan mereka melalui kepimpinan, inovasi dan keazaman untuk cemerlang dalam bidang STEAM. Wanita hanya membentuk 28% daripada tenaga kerja dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. [1] Dengan menawarkan sokongan berterusan kepada wanita muda dalam bidang STEAM, syarikat meneruskan misi Mary Kay, iaitu menambah baik kehidupan wanita di mana-mana sahaja.

[1]Sumber
Projek Kerjasama Remaja Perempuan Peringkat Kebangsaan (2022). Keadaan Remaja Perempuan dan Wanita dalam Stem. https://ngcproject.org/resources/state-girls-and-women-stem

Maklumat Tentang Mary Kay Inc.

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mendirikan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih 35 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang menumpukan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, menghiasi komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam Twitter.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53320643/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
Komunikasi Global Mary Kay Inc.
newsroom.marykay.com
+1.972.687.5332
media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

BANDAR RAYA LIAOCHENG TELAH MENJALINKAN PERHUBUNGAN YANG MESRA DAN BEKERJASAMA DENGAN PORT VILA, IBU NEGARA BAGI VANUATU




LIAOCHENG, China, 13 Feb., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Baru-baru ini, Bandar raya Liaocheng dan Port Vila, ibu negara bagi Republik Vanuatu, telah mengadakan satu majlis menandatangani bagi perhubungan kerjasama yang mesra di antara satu sama lain.

Li Minggang, Duta Besar Istimewa dan Mutlak bagi China ke Republik Vanuatu, Chen Baiwei, Timbalan Pengarah bagi Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri untuk Kerajaan Rakyat Wilayah Shandong, Steve Kiel, Datuk Bandar bagi Port Vila, Vanuatu, dan Zhang Baishun, Timbalan Setiausaha bagi Jawatankuasa Parti Bandar raya dan Datuk Bandar Liaocheng, telah menghadiri majlis penandatanganan secara dalam talian itu dan menyampaikan ucapan masing-masing. Wang Gang, naib datuk bandar bagi Liaocheng, mempengerusikan majlis menandatangani perjanjian itu.

Pada majlis itu, sebuah video promosi bagi Bandar raya Liaocheng telah dimainkan, dan Zhang Baishun dan Steve Kiel telah menandatangani "Perjanjian Bandar raya mengenai Menjalin Perhubungan Mesra dan Kerjasama", menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Liaocheng.

Bandar raya Liaocheng terletak di barat Wilayah Shandong, China, dengan keluasan keseluruhan 8,628 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 6.5 juta orang, dengan sebuah sejarah yang panjang, pengangkutan air yang panjang, pengangkutan yang mudah dan industri yang lengkap, yang dikenali sebagai "Bandar raya Air Jiangbei, Ibu Negara Purba Terusan" dan "Venice bagi sebelah Timur", dengan banyak kad perniagaan bandar raya nasional seperti bandar raya bersejarah dan kebudayaan nasional, bandar raya pelancongan yang sangat baik di China, bandar raya kesihatan nasional dan sebagainya. Republik Vanuatu terletak di barat Lautan Pasifik Selatan, dan merupakan sebuah kepulauan Melanesia. Sebagai ibu negara, Port Vila ialah "ibu kota yang menawan" bagi Pasifik Selatan, dengan pengangkutan yang mudah dan sumber pelancongan dan perikanan yang kaya.

Peserta sebulat suara bersetuju bahawa Bandar raya Liaocheng dan Bandar raya Port Vila mempunyai kelebihan pelengkap yang jelas, potensi kerjasama yang besar dan masa depan yang cerah, dan berharap agar kedua-dua buah bandar raya itu akan menggunakan majlis penandatanganan ini sebagai satu peluang untuk merancang dan mewujudkan sebuah perhubungan bandar raya berkembar yang lebih menyeluruh dan memacukan kerjasama di antara kedua-dua tempat itu ke satu tahap yang baharu.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Liaocheng 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16801

Saturday, February 11, 2023

RAKAN KONGSI GLOBAL MENGUMUMKAN INOVASI UNTUK PENGURUS MARIN BAGI MEMBANTU LAUTAN KITA DENGAN SOKONGAN SEKTOR SWASTA DARIPADA MARY KAY INC.




Projek Merintis Platform Inovatif dan Mudah Diakses dengan Panduan Yang Membantu, Alat Sokongan Keputusan dan Pengetahuan Praktikal untuk Pengamal Marin


VANCOUVER, Kanada, 10 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengurus dan pengamal pemuliharaan lautan, pakar global dan pegawai peringkat tinggi telah bersidang dalam Kongres Kawasan Perlindungan Marin Antarabangsa Kelima (IMPAC5) dari 3-9 Februari di Vancouver, Kanada untuk menyatakan pendirian melindungi lautan.

IMPAC5 terkenal sebagai persidangan terunggul untuk pertukaran pengetahuan dalam komuniti global pengurus, pengamal dan pembuat keputusan pemuliharaan marin. Persidangan ini memberi peluang untuk menyerlahkan sains terkini dan berkongsi pengalaman serta amalan terbaik bagi mengukuhkan pemuliharaan biodiversiti marin dan melindungi warisan semula jadi serta budaya lautan.

Satu simposium di IMPAC5 yang bertajuk “Inovasi dalam Meningkatkan Kawasan Perlindungan Marin (MPA)” telah menyediakan pratonton eksklusif tentang platform dalam talian baharu untuk perancangan dan pengurusan MPA. Platform pembelajaran ini memberi panduan kepada perancang dan pengamal MPA melalui pendekatan praktikal untuk menangani cabaran utama yang dihadapi oleh mereka. Simposium ini memperdengarkan suara dari semua aspek pemuliharaan marin dan menekankan kepentingan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan pengurusan lautan antara semua pihak berkepentingan pada setiap peringkat.

Terdapat keperluan mendesak untuk mengukuhkan usaha kita di seluruh dunia bagi meningkatkan kawasan marin yang dilindungi memandangkan lautan yang dilindungi secara berkesan adalah kurang daripada 3%. Kita juga mesti meningkatkan keberkesanan kawasan perlindungan marin untuk mencapai matlamat pemuliharaan dan kelestarian kawasan ini.  Kerangka Kerja Biodiversiti Global yang diguna pakai baru-baru ini merangkumi objektif utama untuk melindungi 30% daripada kawasan daratan dan marin planet ini dan memulihkan tanah serta pemandangan laut yang telah mengalami degradasi menjelang tahun 2030.

Dr. Lizzie McLeod, Ketua Terumbu Global untuk The Nature Conservancy berkata, “Memperoleh pengajaran dan amalan terbaik di seluruh dunia untuk mencapai sasaran tinggi dalam pengurusan lautan ialah keutamaan pemulihan termasuk penciptaan bersama penyelesaian dengan rakan kongsi utama.”

Dengan memanfaatkan inovasi saintifik dan teknologi baharu serta amalan terbaik global, pengurus marin lebih berkeupayaan menangani ancaman utama yang dihadapi oleh ekosistem marin di seluruh dunia. “MPA amat penting untuk kesihatan dan pembangunan lestari lautan.  Tetapi ia tidak sentiasa berkesan tanpa sokongan yang meluas.  Alat sokongan keputusan yang mendayakan reka bentuk dan pengurusan MPA yang diperbaik, perkongsian pengetahuan dan kolaborasi diperlukan untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada pihak berkepentingan marin demi perlindungan lautan yang lebih baik,” kata Ole Vestergaard, Pegawai Program, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Mary Kay gembira untuk menyokong TNC, dengan kerjasama UNEP dan pakar lain dari seluruh dunia, dalam usaha untuk melindungi aset dunia kita yang paling berharga: lautan,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay. “Organisasi ini berada di barisan hadapan dalam perjuangan untuk memulihara kawasan perairan dan kami berharap dengan sokongan pembiayaan Mary Kay, mereka akan mempunyai alat dan sumber yang diperlukan untuk memastikan lautan kita sihat untuk generasi akan datang.”

Perihal The Nature Conservancy

The Nature Conservancy ialah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi untuk memulihara daratan dan perairan yang amat penting bagi semua kehidupan. Dengan panduan sains, kami mencipta penyelesaian inovatif secara langsung kepada cabaran yang paling besar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh berkembang bersama. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada skala yang belum pernah dihadapi sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara lestari serta membantu menjadikan bandar lebih lestari. Kami bekerja di 79 buah negara dan wilayah serta menggunakan pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Perihal Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP)

UNEP ialah suara global terkemuka tentang alam sekitar. Ia memberikan kepimpinan dan menggalakkan kerjasama dalam penjagaan alam sekitar dengan memberi inspirasi, memaklumkan dan mendayakan negara serta orang untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka tanpa menjejaskan generasi akan datang.

Perihal Mary Kay

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash telah menubuhkan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih 35 buah negara.  Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, perangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan nutrisi dan wangian yang termaju. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini demi hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang bertumpu pada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka.  Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami di FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami di Twitter.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16799

Wednesday, February 8, 2023

NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP SELESAIKAN PENGAMBILALIHAN CRYOTEC ANLAGENBAU GMBH, WURZEN, JERMAN

TEMECULA, Calif., 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Clean Energy and Industrial Gases Group (“Group”), sebahagian daripada Nikkiso Co., Ltd (Japan), dan beroperasi di bawah Cryogenic Industries, Inc. (AS), menyelesaikan pengambilalihan Cryotec Anlagenbau GmbH (Cryotec), terletak di Wurzen, Saxony, Jerman untuk jumlah yang tidak didedahkan.

Sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan loji global, Cryotec menyediakan perancangan, pengurusan projek, perkhidmatan pembuatan, dan kejuruteraan loji pengasingan dan pencairan udara yang dipasang skid/bekas, dan teknologi CO2 yang menawarkan penyelesaian yang disesuaikan kepada pelanggan mereka.

Cryotec akan beroperasi sebagai sebahagian daripada kemudahan Kumpulan GmbH, yang berpangkalan di Neuenburg am Rhine, Jerman.

Kumpulan ini terdiri daripada enam unit perniagaan berfungsi: Pam Kriogenik, Sistem Penukar Haba, Sistem Proses, Bahan Api & Penyelesaian, Infrastruktur Tenaga & Projek Strategik dan Perkhidmatan. Cryotec akan berperanan sebagai pusat kecekapan dan pengeluaran Nikkiso Clean Energy and Industrial Gases Group di Eropah.

“Nikkiso akan mempromosikan dan menjual penyelesaian berpakej pintar secara global daripada Cryotec yang mengurangkan dan memulihkan pelepasan karbon dioksida, dan seterusnya menyokong matlamat kelestarian Kumpulan ini. Cryotec akan mempunyai akses penuh kepada teknologi inovatif yang dibangunkan di California dan tempat lain dalam Nikkiso Group dan menawarkan pakej, penyelesaian dan stesen setempat untuk LH2 (Hidrogen Cecair) LNG (Gas Asli Cecair), ammonia, dan aplikasi storan tenaga kriogenik di Jerman dan Eropah. Kami akan menyokong pertumbuhan Cryotec, dengan menambah sumber dan meningkatkan aktiviti pembuatan dan pemasangan kami di Saxony dan membekalkan penyelesaian Cryotec ke Jerman dan pasaran global”, menurut Peter Wagner, Ketua Pegawai Eksekutif Cryogenic Industries dan Presiden Kumpulan.

Perdana Menteri Saxony, Michael Kretschmer menyatakan: "Pengambilalihan Cryotec Anlagenbau oleh Nikkiso mengukuhkan pengantarabangsaan syarikat Saxon tradisional dari Wurzen. Nikkiso mempunyai pengalaman global dalam tenaga boleh diperbaharui, hidrogen dan penyimpanan tenaga. Tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen hijau memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran tenaga dan iklim di Saxony. Negeri Bebas Saxony sudah pun menjadi lokasi penting untuk penyelidikan dan aplikasi teknologi hidrogen. Saya gembira kerana Nikkiso akan menyumbang kepakarannya kepada Saxony pada masa hadapan."

“Nikkiso akan dapat membantu merealisasikan projek ini serta membekalkan dan menservis stesen pengisian hidrogen cecair dan LNG di Pasaran Eropah”, menurut Ole Jensen, Naib Presiden, Eropah. “Pengambilalihan ini mewakili komitmen kami dan menyokong sasaran Kesatuan Eropah untuk menjadi neutral iklim menjelang tahun 2050.”

Pembelian itu berkuat kuasa 3 Februari 2023.

PERIHAL Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group
Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group adalah sebahagian daripada Industrial Division of Nikkiso co. Lt. Jepun. Kumpulan ini beroperasi di AS, di bawah Cryogenic Industries, Inc. (ahli Nikkiso Co., Ltd.). Syarikat ahli Kumpulan ini mengeluarkan dan perkhidmatan kejuruteraan peralatan pemprosesan gas kriogenik (pam, pengembang turbo, penukar haba, dsb.), dan loji pemprosesan bagi Gas Industri, Pencecairan Gas Asli (LNG), Pencecairan Hidrogen (LH2) dan Kitaran Rankine Organik untuk Pemulihan Haba Sisa. Diasaskan lebih daripada 50 tahun yang lalu, Cryogenic Industries merupakan syarikat induk bagi ACD, Nikkiso Cryo, Nikkiso Integrated Cryogenic Solutions, Cosmodyne dan Cryoquip serta kumpulan yang dikawal secara umum bagi kira-kira 20 entiti pengendalian.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.NikkisoCEIG.com dan www.nikkiso.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16788

IDC MARKETSCAPE MENAMAKAN MEDIDATA SEBAGAI PENERAJU DALAM PENILAIAN VENDOR PENYELESAIAN PEMANTAUAN BERASASKAN RISIKO R&D SAINS HAYAT

IDC MarketScape menyatakan:

· “Pertimbangkan Medidata apabila mencari platform teknologi berasaskan awan modular yang disatukan, pelaksanaan dan penyepaduan teknologi, pustaka penunjuk risiko utama (KRI), kepakaran domain RBQM mantap, latihan dan pemilihan tapak pintar untuk RBQM.”
· “Model analitik Medidata dibentuk berdasarkan set data penanda aras sejarah dan industri yang kaya merentasi ribuan percubaan dan tapak, memberikan gambaran merentasi kitaran hayat percubaan.”

NEW YORK, 7 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, sebuah syarikat Dassault Systèmes, mengumumkan bahawa syarikat ini diberi kedudukan sebagai Peneraju dalam “Penilaian Vendor Penyelesaian Pemantauan 2022 Berasaskan Risiko R&D Sains Hayat di Seluruh Dunia (dok #US48061722) oleh IDC MarketScape.” Penilaian IDC MarketScape menilai keupayaan RBQM (Pengurusan Kualiti Berasaskan Risiko) menyeluruh Medidata termasuk Medidata Detect, yang memberikan keupayaan kepada pasukan operasi klinikal untuk memantau dan mengurangkan risiko kepada integriti data dan keselamatan pesakit secara proaktif.

“Kedudukan kami dalam IDC MarketScape diperoleh daripada kejayaan yang diperoleh oleh pelanggan kami dengan analitik Medidata yang terbaik dalam industri, Detect, dan tawaran Perkhidmatan Profesional kami,” kata Fareed Melhem, naib presiden kanan, Medidata Al. “Ujian klinikal adalah lebih cepat dan memberikan data yang lebih menyeluruh berbanding sebelum ini, memerlukan anjakan seismos dalam cara pasukan operasi klinikal dan pengurusan data boleh–dan seharusnya–memantau dan menganalisis data tersebut untuk mendapatkan gambaran tentang tindakan yang boleh dilaksanakan.”

MIR4 MERAIKAN ACARA 'GETARAN CINTA MANIS' ('SWEET FLUTTER OF LOVE')!

 

MIR4 mulakan acara ‘Getaran Cinta Manis’ (‘Sweet Flutter of Love’) dari 7 Februari (Grafik: Wemade)

  • Pelbagai acara bermula pada 7 Februari dengan peluang untuk mendapatkan banyak item
  • Pelancaran serbuan baharu ‘Arena yang Dilupakan’ (‘Forgotten Arena’) dan ketua serbuan ‘Asura dari Syurga’ (‘Heavenly Asura’)
  • ‘Komet Si Tanduk Merah’ (‘Redhorn Komet’) dikemaskinikan: Roh baharu yang meningkatkan Serangan Fizikal
 
SEOUL, Korea Selatan, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MMORPG MIR4 blokbuster Wemade memulakan acara ‘Getaran Cinta Manis’ (‘Sweet Flutter of Love’) pada 7 Februari.

Mula-mula, ‘Acara Daftar Masuk 14 Hari yang Manis’ (‘Sweet 14-day Check-in Event’) akan berlangsung hingga 6 Mac. Pengguna boleh mendapatkan 'Batu Peningkatan Naga Kudus Epik’ (‘Epic Divine Dragon’s Enhancement Stone’), 'Patung Naga Biru Legenda’ (‘Legendary Blue Dragon Statue’) dan lebih banyak ganjaran bergantung pada bilangan hari mereka telah mendaftar masuk.

Dan ‘Kedai Tukaran Jeli Kacang Merah Cupid Biyoho’ (‘Cupid Biyoho’s Red Bean Jelly Exchange Shop’) akan dibuka hingga 20 Februari. Pengguna boleh mengunjungi NPC '[Cupid] Biyoho' di bandar besar untuk menukar ‘Jeli Kacang Merah’ (‘Red Bean Jelly’) yang diperoleh daripada memburu dengan 4 jenis kotak hadiah mengandungi pelbagai item seperti ‘Tiket Penyeruan’ (‘Summon Tickets’), ‘Batu Peningkatan’ (‘Enhancement Stones’) dan banyak lagi.

MIR4 melancarkan serbuan baharu, ‘Arena yang Dilupakan’ (‘Forgotten Arena’), dengan kemas kini ini. Dalam ‘Arena yang Dilupakan’ (‘Forgotten Arena’), raksasa yang bertelur di banyak kawasan, serta ketua raksasa ‘Raja Khinzir Perang’ (‘Warswine King’) mesti dikalahkan. 5 watak boleh digabungkan untuk menyertai serbuan bagi mendapatkan ‘Batu Peningkatan Gelap Legenda’ (‘Legendary Darkened Enhancement Stone’), ‘Batu Peningkatan Naga Kudus Epik’ (‘Epic Divine Dragon’s Enhancement Stone’) dan ‘Patung Naga Biru Legenda’ (‘Legendary Blue Dragon Statue’), sebagai ganjaran kerana menyempurnakan serbuan untuk kali pertama bagi mereka.

Ketua serbuan ‘Asura dari Syurga’ (‘Heavenly Asura’) baharu, juga telah dilancarkan. '‘Asura dari Syurga’ (‘Heavenly Asura’) ialah ketua baharu yang ke-11 dan memerlukan kerjasama 15 pengguna untuk mengalahkan pihak lawan. Ketua ini menggunakan kuasa yang lebih kuat seperti mengurangkan Pertahanan Fizikal dan Pertahanan Jampi pengguna untuk suatu tempoh masa yang ditetapkan dan menyeru Loceng Kemusnahan dan Loceng Pemulihan.

‘Komet Si Tanduk Merah’ (‘Redhorn Komet’) Roh Epik baharu juga telah ditambahkan. Ini merupakan Roh Bumi yang meningkatkan Serangan Fizikal pemiliknya dan meningkatkan kuasa Antisyaitan dan Rangsangan EXP Pemburuan apabila digunakan.

Dan, pada 21 Februari, Tahap Maksimum Segi Empat Sama Ajaib dan Puncak Rahsia dalam Portal akan ditingkatkan.

Daripada Perjuanganku, Kepada Peperangan Kita! Maklumat terperinci mengenai MIR4 boleh didapati di laman web rasmi.

Rujukan
Laman web Rasmi MIR4: https://mir4global.com/
Komuniti Rasmi MIR4: https://forum.mir4global.com/

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53304894/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Wemade Co., Ltd. (112040: KOSDAQ)
Jennifer Jung, Pengurus PR
jennifer@wemade.com
 
Sumber: Wemade Co., Ltd.

--BERNAMA

Friday, February 3, 2023

HYTERA MELANCARKAN KAMERA KOMPAK DIPAKAI PADA BADAN DENGAN RESOLUSI 2K





Kamera Badan Mini GC550 2K Hytera membawakan resolusi 2K dan pelbagai fungsi video profesional dengan saiz kompak.


SHENZHEN, China, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, pada hari ini melancarkan model Kamera Kompak Dipakai pada Badan (BWC) terkini, Kamera Badan Mini GC550 2K. GC550, direka bentuk dengan perhatian intensif kepada ergonomik, ialah alat hebat bagi menggalakkan ketelusan di tempat kerja dan keselamatan kakitangan untuk penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan.

GC550 yang kompak dan ringan menangkap setiap kejadian dalam medan pandangan super-lebar 150°. Dilengkapi dengan pemproses paling berkuasa di pasaran, GC550 boleh menyampaikan video 2K yang ultra jelas pada 30 fps. Setiap bingkai video adalah sangat cantik dengan perincian yang dihalusi. Teknologi penglihatan malam cahaya bintang membolehkan anda merakam rakaman yang tajam dan berwarna-warni di bawah keadaan cahaya yang sangat malap, sebagai contoh, pada waktu malam.

Kamera badan ialah alat penting untuk sebahagian besar misi dan senario kritikal perniagaan. Rakaman yang lebih tajam, jelas dan lancar menambah baik keaslian rekod untuk tujuan semakan kerja dan mengumpul bukti,” kata Ke Wang, Naib Presiden di Hytera. “GC550 direka bentuk untuk menangkap perincian halus sebagai bukti untuk siasatan undang-undang dan prosiding mahkamah. Pada masa yang sama, ia cukup bersesuaian dari segi kemudahan apabila dipakai dan dibawa.”

Setiap saat dikira apabila pegawai merakamkan kejadian atau interaksi. Bateri sandaran terbina-dalam memberikan pengguna tambahan 5 minit untuk menukar bateri utama di dalam medan dan sementara itu membolehkan rakaman dilakukan tanpa gangguan. Jika GC550 mengesan berlaku kejatuhan atau impak secara mengejut semasa merakam, ia akan menyimpan rakaman yang sedang berjalan secara automatik dan memastikan perkara yang telah dirakam dalam keadaan selamat dan jelas.

Berat GC550 hanya 115g, membolehkan ia dipakai pada epaulet atau poket hadapan dengan klip boleh putar 360°. Pengguna boleh memutarkan kamera badan dengan mudah dan mencari sudut rakaman terbaik tanpa perlu menanggalkannya. Suis gelongsornya membolehkan permulaan pantas untuk merakam dalam kecemasan dan secara intuitif menunjukkan status rakaman melalui kedudukannya. Pengguna boleh kekal fokus pada keadaan tanpa perlu memberikan perhatian yang keterlaluan kepada kamera badan mereka.

Tarikh ketersediaan produk baharu mungkin berbeza mengikut negara masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang Kamera Badan Mini GC550 2K Hytera, sila kunjungi: https://www.hytera.com/en-products/body-worn-camera/body-worn-camera/gc550/

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53208375/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Lele.yao@hytera.com
 
Sumber: Hytera Communications Corporation Limited

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16771