Thursday, July 30, 2020

PULSE SECURE MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN BERDASARKAN AWAN, SIFAR KEPERCAYAAN BAHARU UNTUK AKSES SELAMAT BERBILANG AWAN DAN IT HIBRID

Perkhidmatan Pulse Zero Trust Access (PZTA) baharu meningkatkan produktiviti, meringkaskan pengurusan dan menangani risiko siber sementara perusahaan menerima mobiliti tenaga kerja dan pengkomputeran utiliti yang meningkat

SAN JOSE, Calif., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, peneraju pembekal penyelesaian Secure Access ditakrifkan perisian, hari ini mengumumkan pelancaran Pulse Zero Trust Access (PZTA), perkhidmatan akses selamat berdasarkan awan dan berbilang penyewa yang membolehkan organisasi menyediakan pengguna akses mudah dan di mana-mana sahaja kepada aplikasi berbilang awan dan pusat data dengan jaminan Sifar Kepercayaan.

PZTA meringkaskan pengurusan akses dengan kebolehlihatan paparan tunggal, analisis hujung ke hujung, dasar berbutir, peruntukan automatik dan pengurangan ancaman lanjutan yang memperkasa organisasi untuk mengoptimumkan lagi sumber tenaga kerja dan sumber IT hibrid yang semakin mudah alih. 

Sementara perusahaan memajukan mobiliti tenaga kerja dan pendigitalan perniagaan, pengguna memerlukan akses kepada aplikasi pada premis dan awan daripada sebarang peranti, dari sebarang lokasi dan pada bila-bila masa. Sementara itu, serangan siber, pelanggaran data dan kewajipan pematuhan telah berkembang dengan ketara, menjadikan kepercayaan dan kawalan boleh suai adalah penting. PZTA menawarkan pengguna akses aplikasi yang diperkemas serta membolehkan organisasi mengawal selia setiap permintaan dengan mengesahkan identiti, peranti dan kedudukan keselamatan secara automatik sebelum memberikan sambungan langsung yang disulitkan antara peranti pengguna tersebut dengan aplikasi yang terletak dalam awan awam, awan peribadi atau pusat data.

“Peneraju IT memacu transformasi perniagaan dalam era digital hibrid dan pada masa yang sama mempertahankan aset semasa ‘era akses penggunaan hiper-bertumpu’ – untuk mana-mana pengguna, daripada mana-mana peranti, di mana-mana sahaja, kepada sebarang aplikasi pada bila-bila masa. Pulse Zero Trust Access direka bentuk untuk tempat kerja digital yang elastik, menyediakan perkhidmatan disatukan, berdasarkan awan yang mendayakan kebolehcapaian, kecekapan dan pengurangan risiko yang lebih besar,” kata Rohini Kasturi, ketua pegawai produk di Pulse Secure. “Sejak permulaannya, Pulse Secure telah memfokuskan pada penyediaan penyelesaian akses selamat yang meningkatkan produktiviti, kebolehlihatan dan pematuhan semasa syarikat berhijrah kepada awan dan memanfaatkan pengkomputeran utiliti. PZTA merupakan contoh komitmen berterusan kami untuk berinovasi sementara memaksimumkan kefleksibelan pengerahan, skala, saling boleh kendali dan perlindungan pelaburan untuk syarikat daripada semua saiz.”

PZTA adalah berdasarkan platform natif awan, berdasarkan mikroperkhidmatan berbilang penyewa baharu Pulse Secure yang dikerahkan secara global dalam Microsoft Azure Cloud. Perkhidmatan PZTA terdiri daripada Pengawal Pulse ZTA, yang dihoskan dan diurus oleh Pulse Secure, Get Laluan Pulse ZTA Maya yang dikerahkan pelanggan pada premis atau dalam awan, dan Klien Pulse ZTA disatukan yang berjalan secara natif pada peranti Microsoft Windows, Apple macOS dan iOS, dan Google Android setiap pengguna.

Seni Bina, Prestasi, Privasi Data dan Kelebihan Kawalan mudah Suai
Mengikut panduan pasaran Zero Trust Network Access (ZTNA) Gartner:* “ZTNA menambah baik kefleksibelan, ketangkasan dan kebolehskalaan akses aplikasi, membolehkan perniagaan digital berkembang maju tanpa mendedahkan aplikasi dalaman secara langsung kepada Internet, mengurangkan risiko serangan.” Selain itu, “ZTNA menambah baik teknologi VPN tradisional untuk akses aplikasi, dan mengalih keluar kepercayaan berlebihan yang dahulunya diperlukan untuk membenarkan pekerja dan rakan kongsi untuk berhubung dan bekerjasama. Pemimpin pengurusan keselamatan dan risiko seharusnya merintis projek ZTNA sebagai sebahagian daripada strategi SASE [Secure Access Service Edge] atau untuk mengembangkan akses jauh dengan pantas.”

Pulse Zero Trust Access berjajar dengan seni bina Perimeter Ditakrifkan Perisian (SDP) Cloud Security Alliance, menggabungkan pengesahan identiti dan peranti meluas, mengasingkan dataran kawalan dan data, memusatkan pengurusan dasar berbutir, dan mikro-pensegmenan untuk menggagalkan akses tanpa izin dan perambatan serangan.

Walaupun akses setiap peranti pengguna memerlukan pengesahan dan kebenaran eksplisit oleh perkhidmatan Pulse Zero Trust Access, Get Laluan ZTA Pulse dikerahkan dalam persekitaran pada premis dan awan pelanggan yang paling dekat dengan aplikasi atau sumber. Kehampiran ini mengoptimumkan pengalaman pengguna, mengurangkan kependaman dan mendayakan pengerahan IT Hibird pada skala. Oleh sebab trafik aplikasi yang disulitkan hanya mengalir antara Klien ZTA dan Get Laluan ZTA, pelanggan mendapat privasi data dan kedaulatan data penuh.

PZTA mentadbir setiap permintaan dan sesi akses melalui dasar yang telah diatur dan diatur secara berpusat. Membina pada rangka kerja Penilaian Risiko dan Kepercayaan Adaptif Berterusan (CARTA) Gartner, PZTA menambah baik dasar kontekstual dan mementingkan identiti yang dibina pada Analitis Tingkah Laku Pengguna dan Entiti (UEBA) iaitu atribut untuk setiap sesi dipantau dan dinilai, menggunakan algoritma penskoran risiko proprietari untuk mengenal pasti aktiviti yang tidak patuh, hasad dan anomali, dan mengambil tindakan pengurangan ancaman dipercepat.

Penyelesaian Natif Awan, Akses Selamat yang Menyeluruh untuk Pelanggan Sedia Ada dan Baharu
PZTA membolehkan perusahaan daripada sebarang saiz untuk memperoleh Akses Selamat yang menyeluruh dengan perkhidmatan yang ringkas, boleh diskala dan natif awan yang boleh dilaksanakan dalam masa beberapa jam. Penyelesaian ini menyediakan kefleksibelan pengerahan dan pengurusan dasar kohesif untuk perusahaan menghijrahkan aplikasi daripada pusat data kepada awan, sementara menawarkan keupayaan akses selamat yang menyeluruh kepada organisasi dengan persekitaran berbilang awan yang tulen. Ini membolehkan sokongan luas untuk aplikasi legasi dan aplikasi awan popular seperti aplikasi daripada Amazon, Atlassian, Box, Google, Microsoft, Oracle, Salesforce, SAP dan Zoom.

PZTA boleh wujud bersama-sama dengan portfolio penyelesaian akses jauh, mudah alih dan rangkaian Pulse Secure termasuk Pulse Access Suite. Memanfaatkan Klien ZTA Pulse yang disatukan, dan berbilang terowong, pengguna boleh menikmati akses kepada aplikasi yang telus, tidak terganggu dan serentak serta sumber daripada peranti mereka tanpa mengira kaedah akses – SDP, VPN atau NAC. Organisasi memperoleh kecekapan pelaksanaan dan operasi, perlindungan pelaburan dan gabungan alat untuk merealisasikan kos pemilikan keseluruhan yang lebih rendah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13629

SKILLING MEMPERLUASKAN KEHADIRAN GLOBAL MEREKA KE LONDON


Table

Platform tukaran mata wang asing dan perdagangan dalam talian CFD Skilling terus mara dengan pengembangan global 2020 mereka, memperluaskan kehadiran fizikal mereka ke London, United Kingdom. (Foto: Business Wire) 


NICOSIA, Cyprus, 30 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform tukaran mata wang asing dan perdagangan dalam talian CFD Skilling terus mara dengan pengembangan global 2020 mereka, memperluaskan kehadiran fizikal mereka ke London, United Kingdom, di bawah pelantikan kanan baharu mereka, David Berg. David menyertai Kumpulan Skilling pada awal bulan ini sebagai seorang pengarah jualan global dan bertanggungjawab untuk mewujudkan sebuah bahagian berhadapan pelanggan komersial global bagi Skilling di United Kingdom.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat versi lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200729005382/en/

Mengulas mengenai pelantikan itu, Pavel Spirin, Ketua Pegawai Komersial di Kumpulan Skilling Group telah menyatakan:

“London adalah sebuah pusat kewangan global dan satu lokasi utama bagi kami dari segi pertumbuhan dan pengembangan seterusnya. Ia tidak hanya memberikan kami akses kepada, barangkali, kumpulan bakat yang paling berbeza di dunia, tetapi juga menempatkan kami pada kedudukan yang baik untuk membangunkan perhubungan penting di dalam industri itu dengan pelanggan, pembekal, dan pihak berkuasa kawal selia kami. David adalah seorang pekerja penting bagi kami, dan saya sangat teruja untuk melihat pengambilan beliau menjadi kenyataan.”

Skilling sudah memperoleh satu kebenaran FCA Cawangan United Kingdom pada awal tahun ini, untuk terus beroperasi di United Kingdom selepas Brexit, dan akan pada mulanya membuka sebuah pejabat perwakilan di London bagi membantu matlamat pengambilan dan strategi segera mereka pada tahun 2020, dengan penilaian selanjutnya akan menyusul pada akhir tahun ini.

David menyertai Skilling dengan mempunyai lebih 13 tahun pengalaman industri setelah sebelum ini berkhidmat dalam pelbagai peranan kanan jualan dan komersial di ActivTrades, ATFX, eToro, Kumpulan London Capital, antara lain.

“Saya amat teruja kerana dapat menyertai Skilling pada tahap yang menarik di dalam kitaran pertumbuhan syarikat itu dan berharap dapat memacukan operasi jualan dan komersial dari London dengan penawaran dan inisiatif produk baharu,” kata David, ketika mengulas mengenai peranan baharu beliau di Kumpulan Skilling.

Ditubuhkan pada tahun 2016, Skilling memegang lesen CySEC dan FSA Seychelles, dan satu kebenaran FCA Cawangan United Kingdom. Platform perdagangan itu terutamanya beroperasi di Eropah, tetapi berkembang ke pasaran bukan Eropah pada awal tahun ini dengan pemerolehan lesen FSA Seychelles dan penambahan platform perdagangan MetaTrader 4.

Memperdagangkan produk kewangan dengan margin membawa satu risiko yang tinggi.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200729005382/en/

Hubungi

Kumpulan Skilling
Pavel Spirin
Ketua Pegawai Komersial
marketing@skilling.com

Sumber : Skilling

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KORPORAT PAAB PRIHATIN 2020

PAAB AGIH SUMBANGAN KORPORAT RM40,000
 
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan mengagihkan sumbangan korporat berjumlah RM40,000.00 kepada lapan penerima terpilih iaitu:  


Wednesday, July 29, 2020

OZOW - MEMBUKA JALAN UNTUK PERBANKAN TERBUKA DI AFRIKA



Menambah lebih 100,000 pengguna baharu sebulan di Afrika Selatan dan Namibia sahaja, Ozow kini mengambil langkah untuk membawa platform pembayaran mereka ke seluruh Afrika dan dunia. 

JOHANNESBURG, Afrika Selatan, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
“Dalam sebuah ekonomi global yang sentiasa berubah, secara tradisional dikuasai oleh bank-bank besar sejak tahun 1472, (sesuatu yang tidak mungkin berubah dalam beberapa dekad akan datang), Ozow berada pada kedudukan sebagai sebuah pengganggu untuk mencabar status quo itu. Ozow sedang mengetuai cara dengan sebuah platform Perbankan Terbuka di Afrika, dan pertumbuhan yang mengejutkan bagi perniagaan itu sepanjang 6 tahun yang lalu  menceritakan kisah mengenai satu permulaan yang berkembang pesat hampir-hampir  menakluki benua Afrika dengan pantas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Ozow, Thomas Pays. “Sebagai sebuah syarikat yang dipimpin oleh pasaran, kejayaan Ozow telah berkembang untuk menyaksikan mereka menguasai keseluruhan pasaran (mewakili lebih 70% daripada pasaran EFT segera di Afrika Selatan), dari kawasan bandar yang serba kekurangan dan kawasan luar bandar kepada LSM paling tinggi. Pengguna semua memperhatikan bahawa platform pembayaran itu adalah alternatif yang lebih baik, lebih selamat, dan lebih mudah berbanding penggunaan kad atau pembayaran EFT manual.”
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200727005804/en/ 

Terdapat lebih 49 juta akaun bank di Afrika Selatan sahaja – pengguna hanya memerlukan satu cara yang mudah untuk membayar daripada mereka. Di sinilah platform pembayaran dalam talian yang selamat Ozow sedang mengetuai inovasi pembayaran.

“Pengguna, pedagang, dan bank di Afrika Selatan dan Namibia sekarang memperakui Ozow sebagai cara cepat dan dipercayai untuk membuat pembayaran,” kata Pays. “Oleh kerana kebanyakan orang di rantau itu masuk dalam talian terutamanya melalui peranti mudah alih mereka (perkara yang sama berlaku di seluruh Afrika) – dan selalunya prabayar untuk masa siaran/data – kelajuan urus niaga adalah penting. Kami komited untuk membolehkan pembayaran dibuat dalam beberapa saat.”

Keluaran produk terbaharu Ozow dalam bentuk satu inovasi yang pertama di dunia yang masih menunggu kelulusan paten yang disebut PIN Ozow telah juga menyebabkan di dalam peningkatan pertumbuhan bagi perniagaan itu. Teknologi ini memberi kuasa kepada seorang pengguna untuk mentokenkan pembayaran dan melakukan mana-mana pembelian berulang dengan memasukkan PIN 4 digit dengan mudah. Inovasi yang pertama di dunia ini telah secara agresif menguasai sebahagian besar pasaran pembayaran tunai, kad, dan opsyen pembayaran alternatif dengan memberi kuasa kepada pengguna untuk melakukan urus niaga pada bila-bila masa, di mana sahaja dalam talian, atau di titik penjualan, tanpa memerlukan sebarang aplikasi atau pendaftaran.

“Sebagai sebuah syarikat pembayaran terkemuka pasaran di Afrika, kami telah mengutamakan keperluan pelanggan kami terlebih dahulu, yang mengakibatkan di dalam satu peningkatan lebih 50% dalam pembayaran berulang sejak pengenalan teknologi baharu ini,” kata Pays. Ozow boleh juga digunakan untuk e-pembilan dengan bekerjasama dengan SAGE dan Xero, pembayaran SMS melalui semua rangkaian utama, dan kod QR. Perkhidmatan itu tersedia di lima dari 11 bahasa rasmi Afrika Selatan, dengan rancangan untuk menambahkan bahasa lain dalam beberapa bulan akan datang.

Dari perspektif pedagang, Ozow bertindak sebagai satu lapisan keselamatan tambahan kepada infrastruktur perbankan yang sedia ada, untuk memastikan semua urus niaga menjadi sangat selamat sepanjang masa dan menyediakan satu persekitaran yang telah terbukti lebih selamat daripada sebarang mekanisme pembayaran yang lain. Apabila satu pembayaran telah disahkan, ia tidak boleh ditarik balik, dengan menggunakan satu arahan digital tepat masa yang dikeluarkan oleh pemilik bagi akaun sumber itu.

Ozow telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Mitchan Adams dan Lyle Eckstein (kedua-duanya rakyat Afrika Selatan) bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Thomas Pays, seorang rakyat Perancis yang telah menetap di Afrika Selatan selama lebih 16 tahun.

Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan Ozow menjadi jenama pembayaran yang paling dipercayai di kalangan pengguna yang telah mengembangkan satu ikatan emosi yang kuat terhadap jenama tersebut, yang memperkasakan ramai orang untuk berurus niaga secara digital buat kali pertamanya.

Nilai syarikat dan budaya yang telah dibangunkan oleh Ozow memberi tumpuan kepada memperkasakan pemegang saham mereka dan untuk memberi impak. Pada April tahun lalu, Ozow telah memperkenalkan satu kempen “0% yuran” untuk NPO/NGO dan juga PKS, sekali lagi menerajui cara di dalam pasaran sebagai sebuah perniagaan yang bertanggungjawab secara sosial, dengan memberikan nilai kepada pengusaha (satu elemen yang kritikal bagi ekonomi Afrika Selatan) yang sering kali meletakkan keperluan pelanggan lebih tinggi daripada keperluan mereka sendiri.

“Hari ini, Ozow adalah sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 50 orang yang berkongsi satu visi untuk membawa penyelesaian pembayaran kami yang pantas dan mudah ke benua Afrika dan pada akhirnya ke seluruh dunia. Melalui Ozow, dalam sebuah pasaran di mana lebih ZAR9,7 trilion dipindahkan melalui pembayaran “bank ke bank” setahun, lebih dari 11 kali penguasaan pasaran bagi pembayaran kad, prospek bagi penyertaan kewangan untuk semua adalah hampir tiada batasnya,” kata Pays.

“Pendekatan kami adalah terbuka sepenuhnya, dan kami ingin menjalin kerjasama dengan bank dan penyedia pembayaran yang lain di setiap pasaran yang kami sertai,” kata beliau. “Kami telah berusaha untuk memastikan teknologi kami sudah berupaya untuk bertukar dalam saiz atau skala, dan kami percaya saat itu kini telah tiba.”

Tuesday, July 28, 2020

STUDIO SHIZUKUISHI GRAND SEIKO MEMBUKA PINTUNYA

TOKYO, 28 Julai (Bernama) -- Seiko Watch Corporation membuka satu lembaran baharu di dalam sejarahnya selama 60 tahun bagi jenama Grand Seiko dengan pembukaan rasmi sebuah studio yang serba baharu yang didedikasikan kepada pengeluaran jam tangan mekanikal Grand Seiko.

Studio itu telah diisytihar dibuka pada 20 Julai 2020, dalam satu upacara yang berlangsung serentak di bangunan Wako, sebuah penubuhan runcit bagi Seiko Holdings Corporation, di Tokyo dan di studio itu di Shizukuishi, Wilayah Iwate, di timur laut Jepun. Di Tokyo, Shinji Hattori, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Seiko Watch Corporation, telah disertai oleh arkitek terkenal studio itu, Kengo Kuma, manakala, di Shizukuishi, Gabenor bagi Wilayah Iwate, Takuya Tasso, mengambil bahagian bersama-sama dengan pengarah-pengarah studio itu.

Imej 1: Studio Shizukuishi Grand Seiko
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102037/202007202222/_prw_PI4fl_3YSON86r.jpg

Ketika beliau mengumumkan pembukaan studio itu, Shinji Hattori berkata, “Studio itu menyediakan persekitaran yang sangat sesuai bagi tukang kraf lelaki dan wanita kami untuk menghidupkan jam-jam tangan mekanikal Grand Seiko dan bagi pembuat jam generasi akan datang dilatih dan kemahiran mereka dikembangkan. Ia merangkumi falsafah Grand Seiko, Sifat Masa, dan merupakan bukti yang jelas kepada dunia mengenai dedikasi kami kepada seni pembuatan jam mekanikal.”

Menjelaskan reka bentuk beliau bagi studio itu, Kengo Kuma berkata, “Pandangan Grand Seiko tentang kepentingan alam semula jadi digambarkan di setiap sudut bagi reka bentuk dan pembinaannya. Saya amat menikmati cabaran dalam membuat bilik bersih itu, di mana jam tangan dengan ketepatan paling tinggi dipasang, dari kayu. Untuk mengimbangkan bahan-bahan semula jadi dengan keperluan teknikal berteknologi tinggi bilik itu adalah satu tugas yang baharu dan menarik minat.”

Imej 2: Bilik bersih itu di mana jam tangan dipasang
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102037/202007202222/_prw_PI1fl_n0ksRHpF.jpg

Imej 3: Hi-beat 36000 80 Hours adalah ciptaan baharu yang pertama yang dibuat di studio baharu itu.
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102037/202007202222/_prw_PI18fl_W0bV5SOS.jpg

Imej 4: Shinji Hattori (kanan) dan Kengo Kuma (kiri) bersama-sama hadir pada majlis itu di Tokyo.
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102037/202007202222/_prw_PI19fl_uYqj3rS4.jpg

Studio itu juga menggabungkan sebuah ruang pameran di mana pengunjung boleh mengasyikkan diri mereka di dalam sejarah Grand Seiko dan menerokai cici-ciri pembuatan bagi jam tangan mekanikal Grand Seiko. Acara-acara akan diadakan di mana pengunjung boleh mencuba untuk memasang sebuah jam tangan mekanikal di satu ruang khas yang dikenali sebagai Bilik Seminar Studio.

Sebuah ruang istirahat di tingkat dua mengandungi sebuah pameran yang menerangkan mengenai dunia Grand Seiko dan akan juga mempamerkan “konsep penciptaan” yang pertama bagi jenama itu.

Di samping itu, sebuah jam tangan Grand Seiko yang dibuat secara eksklusif untuk, dan di studio itu, akan dipaparkan dan tersedia untuk pembelian. Ia adalah satu Hi-beat 36000 edisi terhad.

Imej 5: Dail jam tangan itu yang diilhamkan oleh landskap hijau yang kaya yang menyelubungi studio itu
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102037/202007202222/_prw_PI20fl_97SQek3p.jpg

Untuk maklumat, sila layari laman web di bawah.
URL: https://www.grand-seiko.com/global-en/special/studio-shizukuishi/

Untuk melihat sebuah video Studio Shizukuishi Grand Seiko, sila klik di sini:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202007202222-O1-6P5xjQ53.mp4

Untuk melihat imej lain mengenai studio itu dan Shizukuishi, sila klik di sini:
https://kyodonewsprwire.jp/release/202007202222?p=images

Maklumat mengenai Grand Seiko
Grand Seiko diwujudkan pada tahun 1960 dengan satu matlamat untuk mencipta jam tangan yang terbaik yang termampu oleh syarikat itu. Sejak Grand Seiko yang pertama, setiap jam tangan telah mencapai tahap ketepatan, mudah baca, ketahanan dan kemudahan penggunaan yang paling tinggi. Grand Seiko telah berakar umbi di dalam warisan Jepun, dan falsafah jenamanya, “The Nature of Time,” meraikan kerohanian masa Jepun yang diilhamkan dengan mendalam oleh alam dan dihidupkan oleh “takumi” (tukang kraf), pencari kemahiran yang berdedikasi.

Sumber: Seiko Watch Corporation

--BERNAMA

Setiausaha Elaine Chao Memperkenalkan Dokumen Panduan Untuk Kawal Selia Bagi Gelunghiper Lebih Awal Daripada Jadual Dan Menetapkan Kelayakan Untuk Pembiayaan Projek

Pengumuman menunjukkan komitmen USDOT untuk memajukan teknologi pengangkutan generasi yang seterusnya

WASHINGTON, 27 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Setiausaha Jabatan Pengangkutan AS (USDOT) Elaine Chao dan Non-Traditional and Emerging Transportation Technology (NETT) Council memperkenalkan dokumen panduan tentang rangka kerja peraturan yang jelas untuk gelunghiper di Amerika Syarikat.

“Panduan ini merapatkan jurang antara penginovasi dengan pengawal selia, mengutamakan keselamatan semasa pembangunan tanpa menghalang inovasi, dan mempromosikan kesedaran bersama antara industri dengan kerajaan,” kata Setiausaha Elaine Chao semasa acara yang distrim secara langsung.

Dokumen panduan kawal selia untuk gelunghiper merupakan yang pertama seumpamanya, membuktikan lagi bahawa AS berhasrat menjadi peneraju industri.

“Gelunghiper menawarkan peluang yang benar-benar unik untuk meneraju dunia dalam pengangkutan abad ke-21,” kata Sir Richard Branson, Pengasas Virgin Group. “Visi yang kukuh diperlukan untuk berpisah daripada inersia status quo dan merebut peluang ini. Pengumuman hari ini akan membantu untuk membina landasan bagi Amerika Syarikat menjadi peneraju.”

Virgin Hyperloop telah bekerja secara rapat dengan NETT Council sepanjang setahun setengah yang lepas sejak penubuhannya pada Mac 2019, untuk memajukan teknologinya dan memastikan mereka dapat mengerahkan gelunghiper dengan selamat dan pantas.

Pengumuman bersejarah ini bukan sahaja menyediakan laluan untuk kawal selia dan pengerahan gelunghiper di AS, tetapi juga menetapkan kelayakan gelunghiper untuk pembiayaan persekutuan gelunghiper untuk projek. 

“Kami juga telah menentukan bahawa projek gelunghiper ini adalah sama layak untuk geran seperti mana-mana projek maglev atau pengapungan magnetik,” kata Finch Fulton, Timbalan Penolong Setiausaha untuk Dasar Pengangkutan semasa acara yang distrim secara langsung. “Ini merangkumi Program Federal Railroad Administration Consolidated Rail Infrastructure and Safety Improvements (CRISI), geran BUILD dan INFRA Pejabat Setiausaha, dan program seumpamanya. Hal ini bermakna mereka juga akan layak untuk sesetengah pinjaman dan program pinjaman Jabatan.”

“Setiausaha Chao dan NETT Council sedang bekerja pada kadar yang luar biasa untuk memastikan Amerika Syarikat berada pada barisan depan pembangunan gelunghiper,” kata Jay Walder, CEO Virgin Hyperloop. “Jelas bahawa USDOT berkongsi visi kami untuk pembangunan infrastruktur sebagai cara negara bukan sahaja membina semula, tetapi berkembang sementara kita bangkit dari krisis ini.”

Sebagai kategori pengangkutan yang serba baru, gelunghiper akan memberikan peluang pertumbuhan yang eksponen untuk pekerjaan pengeluaran dan pembangunan yang silang industri - merentasi pembinaan, aeroangkasa, landasan, automotif, penerbangan, kenderaan elektrik, dan kawalan berautonomi. Bulan lepas, Virgin Hyperloop mengumumkan perkongsian dengan Spirit AeroSystems, salah sebuah pengeluar aeroangkasa terbesar dunia. Jurutera, perancang, pembina, pakar rantaian bekalan dan pensijilan, dan juruteknik Spirit AeroSystems akan memanfaatkan kepakaran industri aeroangkasa yang berkaitan untuk menghasilkan bogi gelunghiper - contoh jelas peluang bersebelahan dalam sektor ini.

Perihal Virgin Hyperloop
Virgin Hyperloop ialah satu-satunya syarikat di dunia yang telah berjaya menguji teknologi gelunghiper pada skala, melancarkan kaedah pengangkutan awam baharu yang pertama dalam tempoh lebih 100 tahun. Syarikat ini berjaya mengendalikan kenderaan gelunghiper pada skala penuh menggunakan pendorongan elektrik dan pengapungan elektromagnet di bawah keadaan hampir vakum, merealisasikan bentuk pengangkutan baharu yang asas yang lebih pantas, lebih selamat, lebih murah dan lebih mampan berbanding bentuk sedia ada. Syarikat kini bekerjasama dengan kerajaan, rakan kongsi dan pelabur di seluruh dunia untuk menjadikan gelunghiper realiti dalam beberapa tahun, bukan dekad. Ketahui lebih lanjut tentang teknologi, visi dan projek Virgin Hyperloop yang sedang berlangsung di sini.

Orang Hubungan Media

Ryan Kelly
Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
press@virginhyperloop.com
+1 (610) 442-1896

SUMBER: Virgin Hyperloop One
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13617

​PELANCONGAN BERANSUR PULIH DI IBU KOTA PURBA XI'AN



XI'AN, China, 27 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --


Ketika wabak di China terus bertambah baik ekoran langkah-langkah pencegahan dan kawalan domestik yang berkesan, industri pelancongan secara beransur-ansur pulih di ibu kota purba Xi'an, setelah mengalami penurunan selama lebih tiga bulan. Pada 19 Julai, Kerajaan Rakyat Perbandaran Xi’an telah mengadakan satu sidang media dan mengumumkan penyambungan semula sepenuhnya pelancongan antara wilayah di ibu kota purba itu. Untuk memenuhi keperluan berterusan bagi pencegahan dan pengawalan COVID-19, langkah-langkah termasuk aliran pelancong yang terhad, tempahan lawatan dan syif secara berperingkat kini dikenakan di semua tempat pemandangan indah di Xi’an. Jumlah pelancong tidak akan melebihi 50% daripada kapasiti maksimum.

Berkuatkuasa serta-merta, lebih daripada 570 agensi pelancongan dan pengusaha pelancongan dalam talian di Xi’an telah menyambung semula penawaran lawatan secara berkumpulan, dan dari 20 Julai, 135 pawagam akan kembali beroperasi, yang akan diatur secara terancang. Di samping itu, Xi'an telah melancarkan satu siri faedah pelancongan kebudayaan. Memperluaskan pada keputusan sebelumnya bahawa 34 tempat pemandangan indah akan dibuka kepada kakitangan perubatan secara percuma sepanjang tahun, dari 1 Ogos, Tang Paradise (Tarikan Pelancongan Kebangsaan 5A di China), Resort Pelancongan Kebudayaan Ekologi Louguantai dan lebih 80% daripada muzium di bandar itu akan dibuka kepada orang ramai secara percuma.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13615

Monday, July 27, 2020

PROGRAM KHAS KHAIRA PPZ LABUAN

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menyerahkan sumbangan kepada penerima sumbangan Program Bakul Rezeki Khaira PPZ sambil disaksikan Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.   



LABUAN, 27 Julai (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi program tanggungjawab sosial korporat iaitu Khaira PPZ telah mengadakan Program Khas Khaira PPZ di Labuan selama dua hari bermula 25 dan 26 Julai 2020.
 
Program ini bertujuan memberikan bantuan tambahan dan motivasi kepada golongan yang memerlukan di Wilayah Persekutuan Labuan di samping menyebarluaskan lagi dakwah zakat. Ia juga merupakan kesinambungan usaha PPZ-MAIWP menerusi Musaadah Khaira PPZ untuk membantu golongan yang memerlukan dalam menempuhi fasa pemulihan penularan wabak COVID-19.
 
Dua program khusus telah dirangka di bawah Program Khas Khaira PPZ pada kali ini iaitu Program Usrah Saeedah dan Program Bakul Rezeki Khaira PPZ.
 
Menerusi Program Usrah Saeedah, pasukan PPZ-MAIWP Cawangan Labuan telah mengenal pasti 10 keluarga untuk dibantu dengan anggaran keseluruhan sumbangan sebanyak RM100,000 yang terdiri daripada bantuan keperluan asasi, perubatan, peralatan, kenderaan, menyedia dan membaik pulih rumah, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain mengikut keperluan masing-masing. Manakala bagi Program Bakul Rezeki Khaira PPZ, seramai 10 orang menerima sumbangan berbentuk barangan runcit bernilai RM100 serta wang tunai bernilai RM300.
 
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff berkata selain fokus menjalankan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan, PPZ-MAIWP juga cakna akan keperluan semasa yang diperlukan oleh mereka yang terjejas terutamanya dalam fasa pemulihan COVID-19 ini.
 
“Semoga Program Khas Khaira PPZ ini dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan selesa. Kami di PPZ-MAIWP menyambut baik sebarang kolaborasi dari syarikat-syarikat korporat untuk bersama-sama menjalankan program CSR bersama kami bagi membantu mereka yang memerlukan.”
 
“Dikesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua umat Islam di Wilayah Persekutuan yang layak berzakat untuk terus menunaikan zakat di PPZ-MAIWP kerana melalui zakat tersebut asnaf-asnaf di Wilayah Persekutuan dapat meneruskan kehidupan dan bangkit menjadi lebih baik.”, katanya.
 
Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohd Ajib Ismail,  Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islam Malaysia, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mahadi Sukarno.

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat" 


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat – MAIWP​


PENYERAHAN BAHAN TERBITAN IKIM KEPADA 3 INSTITUSI ISLAM UZBEKISTAN PERLUAS HUBUNGAN STRATEGIK DI PERINGKAT ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Satu sesi penyerahan bahan penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kepada pihak Kedutaan Uzbekistan telah diadakan pada 10 Julai 2020. Sesi penyerahan berkenaan adalah kesinambungan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan tiga institusi Islam yang penting di Uzbekistan iaitu Center of Islamic Civilization, Imam Bukhari International Research Centre dan International Islamic Academy of Uzbekistan pada 4 Jun 2020.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid kepada Kedutaan Besar Uzbekistan di Malaysia H.E. Mr. Ravshan Usmanov. Antara bahan terbitan IKIM yang telah disampaikan adalah jurnal TAFHIM IKIM: Journal of Islam and the Contemporary World (Vol.12, No.1 & No. 2), buku Islam & Higher-Order Thinking An OverviewGood Governance Adab-Oriented Tadbīr in Islam, An Islamic Paradigm in Economics: Vision and MissionReligion, Dialogue and Peaceful CoexistenceHarmony between Religion & Science: An Islamic Perspective dan Islamic Scientific Tradition in History.

Memorandum Persefahaman ini melibatkan kerjasama antara kedua-dua pihak dari Malaysia dan Uzbekistan dalam beberapa aspek penting seperti pertukaran pakar akademik dan hasil penyelidikan, penganjuran bersama aktiviti ilmu seperti persidangan dan simposium, kerjasama projek penyelidikan serta pertukaran hasil penerbitan.

Turut hadir di pihak IKIM ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Datuk Dr.  Azizan Baharuddin, dan Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM.
 
Unit Perhubungan Korporat
24 Julai 2020

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel: 
03-6204 6329/ 03-6204 6330/ 03-6204 6331

Nama: Pn. Zarita Bt Kasim     
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992

E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

Friday, July 24, 2020

PROCTER & GAMBLE DAN IOC MENGUMUMKAN SATU TEMPOH LANJUTAN KEPADA PERKONGSIAN OLIMPIK SELURUH DUNIA MEREKA HINGGA TAHUN 2028



- Dalam satu perkongsian yang pertama seumpamanya yang didorong oleh kewarganegaraan, P&G dan IOC berikrar untuk mengambil tindakan bagi mencapai kemajuan di dalam bidang utama: kesamaan dan penyertaan, kelestarian alam sekitar dan impak komuniti
Atlet untuk Dana Baik diwujudkan untuk memberi sokongan kepada atlet yang memajukan usaha penting terhadap nilai-nilai yang dikongsi bersama
- Perjanjian merangkumi hak global kepada IPC dan Sukan Paralimpik untuk pertama kalinya
- Untuk menandakan satu tahun lagi, P&G melancarkan siri filem baharu Ukuran bagi Keunggulan, yang meraikan atlet Olimpik dan Paralimpik dan mereka yang menaruh harapan dengan rasa cinta


CINCINNATI, 23 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketika dunia menandakan satu tahun lagi sehingga berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Procter & Gamble (NYSE:PG) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan komitmen syarikat itu kepada Pergerakan Olimpik dan Paralimpik, dengan pengesahan bagi Perkongsian Seluruh Dunia untuk empat Sukan Olimpik dan Paralimpik seterusnya. Membina di atas kejayaan perkongsian selama 10 tahun yang lalu dan nilai-nilai yang dikongsi oleh kedua-dua organisasi untuk meningkatkan kehidupan dan mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik, P&G dan IOC komited kepada perkongsian yang pertama seumpamanya, yang dipacu oleh kewarganegaraan untuk memajukan usaha penting di dalam bidang-bidang utama – kesamaan dan penyertaan, kelestarian alam sekitar dan impak komuniti – sehingga Los Angeles 2028. Buat pertama kalinya, P&G telah juga memperoleh hak pemasaran global kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Sukan Paralimpik melalui perjanjian kerjasama jangka panjang IOC-IPC, di mana IOC menyelia program komersial IPC dan Sukan Paralimpik.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13612

Thursday, July 23, 2020

OpenGate Capital Mengalu-alukan Ahli Lembaga Penasihat Baharu

LOS ANGELES, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — OpenGate Capital, sebuah firma ekuiti persendirian global, hari ini mengumumkan bahawa pihaknya mengalu-alukan tiga ahli baharu ke Lembaga Penasihatnya termasuk Encik Randall Aardema, Encik Matthew Pearlson, dan Encik Randy Teo. Lembaga Penasihat OpenGate memberikan panduan kepada strategi pelaburan dan operasi global firma itu dan terdiri daripada profesional yang berpengalaman di dalam bidang kepimpinan, teknologi, inovasi, kewangan, dan operasi.
Andrew Nikou, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OpenGate Capital berkata, “Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan ahli-ahli terbaharu ke Lembaga Penasihat kami. Randall, Matthew, dan Randy adalah profesional yang luar biasa di dalam bidang mereka dan membawa kelebaran dan kedalaman pengalaman yang akan memanfaatkan usaha pasukan dalaman kami untuk terus memperoleh peluang-peluang pelaburan yang menarik dan memacukan prestasi unggul merentasi portfolio global kami.”
Ketiga-tiga penasihat baharu itu memberikan kepakaran yang diperolehi daripada pengalaman mereka dengan organisasi terkemuka di seluruh Amerika Syarikat dan Asia.

• Randall Aardema adalah seorang pakar operasi dan menasihati pasukan Operasi OpenGate mengenai pembuatan dan pengurusan rantaian bekalan merentasi pelaburan Amerika Utara bagi firma itu. Aardema pada masa ini merupakan pengasas dan presiden bagi Kumpulan Aarwood, sebuah syarikat perunding persendirian yang membantu perniagaan mencapai dan mengekalkan kecemerlangan operasi.
• Matthew Pearlson adalah seorang pakar teknologi di dalam Perindustrian, Alam Sekitar, dan Pembuatan 4.0. Beliau menasihati syarikat-syarikat portfolio OpenGate mengenai penerapan teknologi baharu dan melakukan usaha wajar terhadap peluang-peluang pelaburan. Pearlson pada masa ini memegang jawatan sebagai seorang Pakar Penyelidikan di Jabatan Aeronautik dan Astronautik di MIT, dan sebagai seorang Jurutera Umum di Pusat Sistem Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat DOT Volpe di Cambridge, Massachusetts.
• Randy Teo adalah seorang pakar operasi dan memberi nasihat mengenai usaha pengembangan perniagaan yang berkaitan dengan OpenGate di Asia, dan kegiatan operasi di rantau itu untuk syarikat-syarikat portfolio OpenGate. Beliau memiliki pengalaman luas di dalam operasi, M&A, dan pengembangan perniagaan dan pada masa ini merupakan seorang Rakan Pengurusan di T3each Global Ventures LLP, sebuah pejabat keluarga di Singapura yang memberi tumpuan kepada pelaburan impak dan pembiayaan inovasi di dalam platform kesihatan dan pendidikan.

Maklumat mengenai OpenGate Capital
OpenGate Capital adalah sebuah firma ekuiti persendirian global yang memberi pengkhususan di dalam pemerolehan dan operasi perniagaan untuk mewujudkan nilai baharu melalui peningkatan operasi, inovasi, dan pertumbuhan. Ditubuhkan pada tahun 2005, OpenGate Capital beribu pejabat di Los Angeles, California dengan mempunyai sebuah pejabat Eropah di Paris, Perancis. Kalangan profesional di OpenGate mempunyai kemahiran kritikal untuk memperoleh, mengendali, dan mengembangkan perniagaan yang berjaya. OpenGate Capital, melalui pelaburan legasi dan dana mereka, telah melaksanakan lebih daripada 30 pengambilalihan termasuk pembentukan korporat, pembelian pengurusan, situasi khas, dan urus niaga dengan penjual persendirian merentasi Amerika Utara dan Eropah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OpenGate, sila layari www.opengatecapital.com.

Wednesday, July 22, 2020

LAGU TEMA BAGI SUKAN PANTAI ASIA KE-6 DIKELUARKAN DI SANYA

SANYA, China, 22 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ -- 

Pada malam 19 Julai, lagu tema bagi Sukan Pantai Asia ke-6, serta slogannya, nama panggilan, lambang dan lagu tema bagi sukarelawan, telah dikeluarkan di Sanya, China.

Pada majlis bagi ulang tahun pertama penubuhan Jawatankuasa Penganjur dan program penggalakan kebudayaan bagi ABG, Zheng Hai, penulis lirik bagi lagu tema itu, berkata bahawa lagu itu memetik slogan Bahasa Inggeris bagi Sukan itu, “See ya in Sanya”, yang menonjolkan elemen antarabangsa dan menyampaikan undangan ikhlas kepada atlet dan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

“Melodi bagi lagu itu adalah sangat konsisten dengan ciri-ciri geografi Hainan, yang mengingatkan orang ramai mengenai pasang surut lautan yang menakjubkan,” kata Chen Chusheng, penyanyi bagi lagu tema itu.
 
Pada hari yang sama, slogan, nama panggilan, lambang dan lagu tema bagi sukarelawan ABG telah dikeluarkan. Slogan sukarelawan itu adalah “Berjumpa di ABG, Bawa kasih sayang kepada Dunia”, yang membayangkan bahawa ABG membawa sukarelawan dari semua lapisan masyarakat bersama di Sanya. Ia menyokong konsep untuk “menjadikan perkhidmatan sukarelawan sebagai satu fesyen” dan bertujuan untuk menjadikan atlet dan pelancong dari seluruh Asia merasakan keghairahan, kasih sayang dan kehangatan Sanya. Nama panggilan bagi sukarelawan adalah “Deer Brother” dan “Deer Sister”, yang tidak hanya termasuk rusa Eld Hainan, yang merupakan prototaip bagi maskot ABG “Yaya”, tetapi juga menggabungkan dialek tempatan “Age” (saudara lelaki) dan “Amei” (saudara perempuan) yang tersendiri. Nama panggilan itu adalah menarik dan mudah untuk disebarkan. Lambang sukarelawan, yang didasarkan kepada lambang ABG, direka dengan satu tambahan “hati yang penyayang”, yang menggemakan slogan sukarelawan dan menyampaikan persepsi sukarelawan bagi “mencintai ABG”. Lagu tema bagi sukarelawan, yang berjudul “Meet with You and Warm You Up”, telah diciptakan dalam gaya sebuah lagu pop lirik dengan bertujuan untuk mempromosikan semangat sukarelawan bagi “Dedikasi, Persahabatan, Saling Membantu dan Kemajuan”, dengan jelas menunjukkan perilaku bagi sukarelawan ABG.
 
Menurut Jawatankuasa Penganjur bagi Sukan Pantai Asia Keenam (SABGOC), usaha bagi mencari slogan, nama panggilan, lambang dan lagu tema untuk sukarelawan bagi ABG ke-6 telah dimulakan pada November 2019, dan lebih 900 permohonan diterima. Karya-karya ini telah dikaji semula oleh pakar-pakar, dan karya-karya yang dipilih telah melalui beberapa pengoptimuman dan pengubahsuaian.
 
Sumber: SABGOC 

Pautan Lampiran Imej: Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=367755 

Kapsyen: Lagu tema bagi Sukan Pantai Asia ke-6 dikeluarkan di Sanya, China.

Tuesday, July 21, 2020

"A BITE OF DONGGUAN" MENJADI SATU HIT DI INTERNET DI CHINA, MENUNJUKKAN UNSUR KEMANUSIAAN TERHADAP "KILANG DUNIA" ITU

DONGGUAN, China, 21 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, dokumentari A Bite of Dongguan telah disiarkan di Internet di China, yang menggambarkan budaya makanan di bandar Dongguan. Ia telah dirancang oleh Pejabat Penerangan bagi Perbandaran Dongguan, dan dihasilkan oleh pasukan dokumentari makanan dan kebudayaan terkemuka di China. Sekarang, menunjukkan unsur kemanusiaan terhadap “kilang dunia” itu, ia telah menerima hampir 100 juta ulasan dan mendapat perhatian yang meluas.

Dokumentari itu menyajikan lebih daripada 130 jenis bahan dan hidangan tempatan Dongguan. Melalui satu siri watak dan cerita yang meriah betul, ia memaparkan budaya makanan yang pelbagai bagi bandar pembuatan itu, dengan memperlihatkan tradisi yang terpelihara dengan baik semasa pembangunan pesat di bandar itu dan mempamerkan sikap masyarakat tempatan untuk hidup.

“Dongguan, kilang dunia itu, tidak meninggalkan budaya mereka sendiri ketika sedang membangun. Kami berharap melalui makanan, penduduk tempatan dapat memberikan perhatian kepada nilai gaya hidup dan tabiat makan mereka, dengan itu dapat mencari identiti mereka, sementara orang bukan tempatan dapat mengetahui Dongguan daripada perspektif lain,” kata Li Jie, penerbit dokumentari itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13607

Friday, July 17, 2020

KUMPULAN T.Y. LIN INTERNATIONAL MENGALU-ALUKAN NIEK NIËNS SEBAGAI KETUA PEGAWAI OPERASI BAGI WILAYAH ASIA PASIFIK



SAN FRANCISCO, 16 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan T.Y. Lin International (TYLI), sebuah syarikat perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia, mengalu-alukan Niek Niëns sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Wilayah Asia Pasifik untuk Kumpulan TYLI. Berpusat di Singapura, Niëns akan membantu membangun dan memimpin arah, strategi, dan inisiatif pertumbuhan bagi wilayah tersebut, serta mengawasi pengembangan perniagaan, layanan pelanggan, kecemerlangan teknikal dan operasi, manusia, dan inisiatif keselamatan. Wilayah Asia Pasifik bagi Kumpulan TYLI merangkumi 2,100 orang profesional yang bekerja ke atas projek merentasi China, Taiwan, Singapura, Malaysia, Vietnam, dan Indonesia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200715005285/en/

Niëns menyertai Kumpulan TYLI dengan memiliki lebih dari 17 tahun pengalaman di dalam bidang kejuruteraan, kepimpinan operasi, perkhidmatan perundingan, dan pengurusan projek untuk infrastruktur pengangkutan, bangunan, program alam sekitar, dan rawatan/struktur air. Peranan beliau sebelum ini termasuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk rantau Asia bagi sebuah syarikat reka bentuk dan perundingan global, di mana beliau mengawasi operasi harian, peningkatan operasi, keuntungan, pengembangan perniagaan dan pelanggan, pengurusan Kualiti, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (QHSE), dan pencapaian projek/program di China, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina, dan India. Beliau juga bertanggungjawab secara langsung untuk semua Reka Bentuk & Kejuruteraan dan aktiviti di rantau Asia.

Pencapaian lampau Niëns termasuk pencepatan dan peningkatan bagi kerjasama di antara pusat-pusat reka bentuk dan kejuruteraan di Hong Kong dan Singapura dan pusat-pusat kecemerlangan global di Filipina dan India untuk memimpin kerja reka bentuk digital bagi pelanggan global/Asia. Beliau juga mengarahkan sebuah perniagaan reka bentuk berskala besar, kejuruteraan, dan seni bina lanskap merentasi wilayah Asia.

Selain itu, Niëns telah mengetuai sebuah program pengurusan perubahan besar merentasi Asia, di mana beliau berjaya meningkatkan keuntungan projek dengan memperkenalkan peningkatan yang signifikan di dalam proses dan kemahiran pengurusan projek. Sebelum bekerja di Asia, Niëns bekerja di dalam sebuah peranan yang serupa merentasi Eropah di sembilan negara yang berbeza, termasuk di Belanda.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13596

P&G MENYOKONG PENYELESAIAN IKLIM SEMULA JADI UNTUK MEMPERCEPATKAN KEMAJUAN PADA PERUBAHAN IKLIM DAN AKAN MENJADIKAN OPERASI NEUTRAL KARBON UNTUK DEKAD INI

Mengurangkan Pelepasan GHG sebanyak 50% dan Membeli 100% Tenaga Elektrik Boleh Diperbaharui untuk semua Tapak Pembuatan menjelang Tahun 2030

dan

Memajukan Penyelesaian Iklim Semula Jadi yang Memberi Manfaat Karbon yang Sama dengan Baki Pelepasan GHG daripada Operasi

CINCINNATI, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: PG) mengumumkan satu komitmen baharu untuk memastikan operasi global mereka menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu menerusi satu siri campur tangan yang melindungi, meningkatkan dan memulihkan alam semula jadi. Menyedari dekad berikut merupakan satu jendela yang kritikal bagi dunia untuk mempercepatkan kemajuan terhadap perubahan iklim, P&G akan melangkaui Sasaran Berasaskan Sains mereka yang sedia ada untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 50% dengan tambahan mengembangkan satu portfolio bagi penyelesaian iklim semula jadi. Usaha ini akan memberikan satu manfaat karbon yang mengimbangkan sebarang sisa pelepasan sepanjang tempoh 10 tahun akan datang, yang membolehkan operasi P&G untuk menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu. Berdasarkan kepada anggaran semasa, Syarikat itu akan perlu mengimbangkan ~30 juta metrik tan karbon dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

Keutamaan P&G adalah untuk terus mengurangkan pelepasan. P&G mempunyai satu matlamat sedia ada untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 50% dan membeli 100% elektrik yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2030 dan berada di landasan yang tepat untuk memenuhi komitmen tahun 2030 mereka. Di samping itu, P&G akan terus melaksanakan projek angin, solar dan geoterma yang baharu untuk mempercepatkan lagi peralihan kepada boleh diperbaharui. Usaha ini adalah selaras dengan apa yang diperkatakan oleh sains iklim yang diperlukan untuk membantu memastikan Syarikat itu melaksanakan peranan mereka untuk mengehadkan peningkatan suhu global dan akan meneruskannya selepas tahun 2030. Namun, berdasarkan kepada teknologi masa kini, terdapat beberapa pelepasan yang tidak dapat dihapuskan menjelang tahun 2030. Dengan melabur di dalam penyelesaian iklim semula jadi, Syarikat itu akan mempercepatkan impaknya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

P&G MENYOKONG PENYELESAIAN IKLIM SEMULA JADI UNTUK MEMPERCEPATKAN KEMAJUAN PADA PERUBAHAN IKLIM DAN AKAN MENJADIKAN OPERASI NEUTRAL KARBON UNTUK DEKAD INI

Thursday, July 16, 2020

Spotify Dilancarkan Di Rusia Dan 12 Pasaran Tambahan Di Eropah

Perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia kini tersedia kepada lebih 250 juta orang di Eropah ketika Spotify berkembang ke-92 pasaran di seluruh dunia

Spotify tersedia secara percuma, dengan menawarkan penemuan muzik peribadi yang tiada tandingannya

MOSCOW, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Spotify (NYSE: SPOT) hari ini melancarkan perkhidmatannya di 13 pasaran baharu merentasi Eropah termasuk Rusia, satu daripada 20 pasaran penstriman terbesar di dunia. Sebagai perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia, dengan pengembangan hari ini, Spotify kini menjangkau ke 92 pasaran pada masa ini di seluruh dunia.

13 pasaran baharu Spotify termasuk: Albania, Belarus, Bosnia & Herzegovina, Croatia, Kazakhstan, Kosovo, Moldova, Montenegro, Macedonia Utara, Rusia, Serbia, Slovenia, Ukraine.

Sebagai platform terkemuka yang memacukan penemuan muzik di lebih banyak jenis peranti berbanding dengan perkhidmatan lain, pengembangan Spotify di Eropah hadir ketika pengguna di wilayah itu menerima dengan tangan terbuka penstriman. Menurut Persekutuan Antarabangsa bagi Industri Fonografi (IFPI), Rusia adalah pasaran penstriman ke-17 terbesar di dunia dan dengan pantas bakal menjadi pasaran penstriman ke-10 terbesar menjelang tahun 2030. Lebih daripada 87 peratus peminat di Rusia kini mengakses muzik melalui penstriman, berbanding dengan 61 peratus penerimaan di seluruh dunia, dan 68 peratus penerimaan di Amerika Syarikat, menurut IFPI. Mulai hari ini, Spotify menawarkan kedua-dua perkhidmatan Percuma dan Premium mereka di setiap 13 pasaran baharu mereka.

“Pelancaran hari ini membuka ruang bagi hampir 250 juta peminat untuk mula menemui muzik baharu dari seluruh dunia di Spotify, dan bagi artis di rantau itu untuk menjangkau khalayak peminat global yang semakin berhubung,” kata Gustav Gyllenhammar, Naib Presiden Spotify, Pasaran dan Pertumbuhan Pelanggan. “Pelancaran di 13 pasaran ini adalah satu detik yang penting di dalam perjalanan Spotify, terutama ketika kami mengalu-alukan peminat dan artis di pasaran muzik yang berkembang seperti Rusia, di mana penstriman sedang diterima secara meluas dan di mana kami melihat satu peluang yang signifikan untuk Spotify.”

Sebagai sebahagian daripada pengembangan Spotify yang diumumkan hari ini, ia telah memperkenalkan 200 senarai audio baharu yang menampilkan artis dari seluruh wilayah itu yang tersedia untuk peminat di seluruh dunia. Untuk menonjolkan budaya muzik Rusia yang kaya, misalnya, Spotify telah menambahkan hampir 100 senarai audio, termasuk senarai audio dalam talian yang disusun secara editorial seperti Hip-Hop Cannon dan New Music Friday Russia, dan senarai audio “This Is” yang menampilkan artis-artis popular Rusia. Senarai audio Spotify yang diperibadikan seperti Release Radar, Daily Mix, dan Discover Weekly, yang dimaklumkan oleh tabiat mendengar bagi peminat individu, kini juga tersedia dalam bahasa Rusia.

Aplikasi Spotify tersedia untuk dimuat turun secara percuma atau dengan satu peningkatan kepada Spotify Premium, termasuk Pelan Individu, Keluarga, Pelajar (pasaran terpilih) dan Duo Premium. Untuk menikmati muzik mengikut cara anda, muat turun aplikasi Spotify hari ini melalui app store Android atau iOS atau dengan melayari www.spotify.com/free.

Klik di sini untuk imejan lanjut.

SPOTIFY DILANCARKAN DI RUSIA DAN 12 PASARAN TAMBAHAN DI EROPAH

Wednesday, July 15, 2020

OVID THERAPEUTICS DAN ANGELINI PHARMA MENANDATANGANI PERJANJIAN LESEN EKSKLUSIF UNTUK MEMBANGUNKAN, MEMBUAT DAN MEMPERDAGANGKAN OV101 BAGI RAWATAN SINDROM ANGELMAN DI EROPAH

  • Angelini Pharma mendapat hak pembangunan, pembuatan dan pemerdagangan yang eksklusif terhadap OV101 (gaboxadol) sebagai rawatan berpotensi untuk sindrom Angelman di Kesatuan Eropah dan negara lain di Kawasan Ekonomi Eropah, dan juga Switzerland, Turki, United Kingdom serta Rusia
  • Ovid Therapeutics akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak $20 juta dan bayaran tambahan sehingga $212.5 juta selepas kemajuan pembangunan, pengeluaran dan jualan berjaya dicapai selain royalti dua digit pada jualan bersih jika berjaya diperdagangkan
     
  • Angelini Pharma akan melaksanakan perjanjian melalui sekutu baharunya Angelini Pharma Rare Diseases AG
     
  • Ovid bakal menganjurkan panggilan persidangan dan siar web hari ini pada 8:15 a.m. EDT

NEW YORK dan ROME, 15 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ovid Therapeutics Inc. (NASDAQ: OVID, kemudian dari ini “Ovid”), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang komited untuk membangunkan ubat yang mengubah kehidupan orang yang mengalami penyakit neurologi yang jarang berlaku, dan Angelini Pharma S.p.A. (kemudian dari ini “Angelini Pharma”), sebuah syarikat farmaseutikal dimiliki keluarga dari Itali komited untuk membantu pesakit dengan fokus yang tetap dan umum terhadap Kesihatan Mental, Penyakit Jarang Berlaku dan Kesihatan Pengguna, mengumumkan perjanjian yang menyatakan bahawa Angelini Pharma akan bertanggungjawab untuk membangunkan, membuat dan memperdagangkan OV101 (gaboxadol) sebagai rawatan berpotensi untuk sindrom Angelman di Kesatuan Eropah dan negara lain di Kawasan Ekonomi Eropah, dan juga Switzerland, Turki, United Kingdom serta Rusia. Angelini Pharma akan melaksanakan perjanjian melalui sekutu baharunya Angelini Pharma Rare Diseases AG. OV101 dipercayai merupakan satu-satunya agonis reseptor GABAA delta (δ) terpilih yang sedang dibangunkan dan kini sedang dinilai dalam percubaan NEPTUNE Fasa 3 yang penting dalam sindrom Angelman, dengan hasil terbaik yang dijangka diperoleh pada suku keempat tahun 2020.

Mengikut terma perjanjian tersebut, Ovid akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak $20 juta dan layak untuk menerima sehingga $212.5 juta bayaran tambahan selepas kemajuan pembangunan, pembuatan dan jualan berjaya dicapai bagi petunjuk awal (sindrom Angelman) serta royalti dua digit pada jualan bersih jika OV101 berjaya diperdagangkan. Ovid akan mengekalkan semua hak komersial A.S. dan dunia terhadap OV101.

“Kami teruja untuk menyertai kerjasama strategik dengan Angelini Pharma dengan matlamat untuk membawa OV101, jika diluluskan, kepada komuniti Angelman di Eropah dengan secepat mungkin. Angelini Pharma ialah rakan kongsi yang ideal untuk Eropah kerana mereka mempunyai pengetahuan serantau yang mendalam, sebuah infrastruktur mantap dengan sejarah pelancaran produk yang berjaya dan komitmen untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti pesakit yang mereka layani,” kata Jeremy Levin, DPhil, MB, BChir, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ovid Therapeutics. “Mencari rakan kongsi yang betul untuk membawa OV101 kepada komuniti Angelman secepat mungkin merupakan sebahagian daripada strategi global kita. Kami percaya bahawa kerjasama ini dengan Angelini akan membantu dalam memaksimumkan nilai komersial yang berpotensi bagi OV101 dan mencapai objektif strategik kita di kawasan penting ini."

Hari ini ialah hari yang akan kami ingati. Melalui kerjasama kami dengan Ovid Therapeutics, kami meletakkan asas untuk membangunkan penyelesaian kesihatan inovatif untuk penyakit yang jarang berlaku, selaras dengan strategi baharu Angelini Pharma,” kata Pierluigi Antonelli, CEO Angelini Pharma. “Unit perniagaan baharu Angelini Pharma Rare Diseases AG akan menyumbang kepada pembangunan, pendaftaran, pengeluaran dan, jika diluluskan, pemerdagangan OV101 di Eropah, ubat Ovid Therapeutics yang sangat menggalakkan sedang dinilai dalam percubaan klinikal Fasa 3 untuk rawatan sindrom Angelman. Setakat ini, tiada rawatan berkesan untuk penyakit genetik yang jarang berlaku ini, dicirikan dengan kecacatan psikomotor yang teruk, yang menunjukkan tanda sejak zaman kanak-kanak. Memenuhi komitmen kami membanggakan kami daripada kedua-dua perspektif impak saintifik dan sosial.”

"Sebagai pemegang saham dan pegawai eksekutif Angelini Holding, kami terus melabur dalam bidang farmasi yang hari ini mewakili separuh daripada perolehan Kumpulan kami,” komen naib presiden eksekutif Thea Paola Angelini dan CEO Sergio Marullo di Condojanni. “Strategi pembangunan global dan pengantarabangsaan kami memfokuskan pada bidang perniagaan dengan potensi pertumbuhan yang tinggi. Secara khususnya, kami menilai secara teliti semua peluang yang boleh wujud bukan sahaja dalam penjagaan kesihatan tetapi juga dalam sektor pengguna dan jentera."

Rothschild & Co berperanan sebagai penasihat kepada Ovid dalam perjanjian kerjasama tersebut.

Perihal Sindrom Angelman
Sindrom Angelman ialah keadaan genetik yang jarang berlaku yang dicirikan dengan pelbagai tanda dan simptom. Ciri sifat keadaan ini termasuklah pertumbuhan yang lambat, kecacatan intelektual, gangguan pertuturan yang teruk, masalah dengan pergerakan dan keseimbangan, sawan, gangguan tidur dan keresahan. Sebab paling lazim bagi sindrom Angelman ialah kehilangan fungsi gen yang mengekod ligase protein ubikuitin E3A (UBE3A) yang berperanan penting dalam komunikasi sel saraf, lalu mengakibatkan perencatan tonik yang terganggu. Individu dengan sindrom Angelman biasanya mempunyai jangka hayat biasa tetapi tidak dapat hidup secara berdikari. Oleh itu, mereka memerlukan sokongan berterusan daripada rangkaian pakar dan penjaga. Sindrom Angelman menjejaskan kira-kira 1 dalam 12,000 hingga 1 dalam 20,000 orang di seluruh dunia.

Tiada terapi yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. (FDA), Agensi Perubatan Eropah atau seluruh dunia untuk sindrom Angelman dan rawatan biasanya terdiri daripada intervensi tingkah laku dan pengurusan farmakologi simptom.

Sindrom Angelman dikaitkan dengan pengurangan dalam perencatan tonik, iaitu satu fungsi reseptor GABAA delta (δ) terpilih yang membolehkan otak manusia mentafsirkan isyarat neurologi eksitatori dan perencat dengan betul tanpa terlebih beban. Jika perencatan tonik berkurangan, otak akan dibanjiri isyarat dan kehilangan keupayaan untuk mengasingkan hingar latar daripada maklumat kritikal.

Perihal OV101 (gaboxadol)
OV101 dipercayai sebagai satu-satunya agonis reseptor GABAA delta (δ) terpilih dalam pembangunan dan ubat percubaan pertama untuk menyasarkan gangguan perencatan tonik secara khusus, iaitu proses penting fisiologi otak yang dianggap sebagai sebab di sebalik gangguan perkembangan neurologi tertentu. OV101 telah didemonstrasikan di dalam kajian makmal dan model haiwan untuk mengaktifkan reseptor GABAA delta (δ) terpilih secara khusus, yang ditemukan di ruang sinaps luar (di luar sinaps) dan oleh itu memberikan impak kepada aktiviti neuronal melalui modulasi perencatan tonik.

Ovid sedang membangunkan OV101 untuk rawatan sindrom Angelman dan sindrom Fragile X yang berpotensi untuk memulihkan semula perencatan tonik lalu menangani beberapa simptom penting dalam keadaan penyakit ini. Dalam kedua-dua sindrom ini, patofisiologi yang tersembunyi termasuklah gangguan perencatan tonik yang dimodulasi melalui subunit δ pada reseptor GABAA . Dalam kajian praklinikal, diperhatikan bahawa OV101 mengurangkan simptom sindrom Angelman dan sindrom Fragile X. Sebatian ini juga telah diuji sebelum ini pada lebih 4,000 pesakit (lebih daripada 1,000 tahun pendedahan pesakit) dan diperhatikan sebagai memiliki profil keselamatan dan bioketersediaan yang diingini. Ovid sedang menjalankan percubaan klinikal Fasa 3 yang penting dengan OV101 bagi sindrom Angelman (NEPTUNE) dan telah melengkapkan percubaan klinikal pencarian isyarat Fasa 2 dengan OV101 bagi sindrom Fragile X (ROCKET).

OV101 telah menerima Rare Pediatric Disease Designation daripada FDA untuk rawatan sindrom Angelman. FDA juga telah memberikan designasi Orphan Drug dan Fast Track untuk OV101 untuk kedua-dua rawatan sindrom Angelman dan sindrom Fragile X. Selain itu, Suruhanjaya Eropah (EC) telah memberikan designasi ubat yatim kepada OV101 bagi rawatan sindrom Angelman. Pejabat Paten dan Tanda Dagangan A.S. telah memberikan paten kepada Ovid yang ditujukan untuk kaedah merawat sindrom Angelman dan sindrom Fragile X menggunakan OV101. Paten yang dikeluarkan akan tamat tempoh pada tahun 2035 tanpa lanjutan kawal selia.

Maklumat Panggilan Persidangan dan Siar Web Ovid
Ovid Therapeutics akan menganjurkan panggilan persidangan langsung dan siar web hari ini pada 8:15 a.m. Waktu Timur. Siar web langsung ini boleh diakses dengan melayari bahagian Investors pada laman web Syarikat di https://investors.ovidrx.com/news-events/presentations-events. Secara alternatif, sila hubungi 866-830-1640 (A.S.) atau 210-874-7820 (antarabangsa) untuk mendengar panggilan persidangan langsung. Nombor ID persidangan untuk panggilan langsung ialah 5579257. Main semula siar web akan tersedia pada laman web Syarikat selepas panggilan persidangan langsung.

Perihal Ovid Therapeutics
Ovid Therapeutics Inc. ialah syarikat biofarmaseutikal yang berpangkalan di New York yang menggunakan pendekatan BoldMedicine® untuk membangunkan ubat yang mengubah kehidupan pesakit yang mengalami gangguan neurologi yang jarang berlaku. Ovid mempunyai rangkaian meluas bagi ubat yang berpotensi menjadi pertama seumpamanya. Ubat percubaan paling maju Syarikat ini, OV101 (gaboxadol), kini dalam pembangunan klinikal untuk rawatan sindrom Angelman dan sindrom Fragile X. Ovid juga sedang membangunkan OV935 (soticlestat) dalam kerjasama dengan Takeda Pharmaceutical Company Limited untuk potensi rawatan ensefalopati epilepsi dan perkembangan (DEE) yang jarang berlaku. Untuk maklumat lanjut tentang Ovid, sila lawati www.ovidrx.com.

Perihal Angelini Pharma
Angelini Pharma, dimiliki oleh Angelini Holding, ialah sebuah Syarikat farmaseutikal yang komited untuk membantu pesakit dengan fokus yang berterusan dan umum pada Kesihatan Mental, termasuk Kesakitan, Penyakit Jarang Berlaku dan Kesihatan Pengguna. Angelini Pharma mempunyai program R&D yang meluas dan diiktiraf, loji pengeluaran "Bertaraf Dunia" dan aktiviti pemerdagangan antarabangsa bagi bahan aktif dan ubat peneraju pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.angelinipharma.com

Perihal Angelini Holding
Angelini Holding ialah syarikat induk bagi kumpulan antarabangsa yang beroperasi dalam sektor farmaseutikal dan barangan pengguna. Diasaskan di Itali pada tahun 1919, hari ini kumpulan Angelini beroperasi di 17 negara dengan kakitangan seramai 5,600 dan perolehan sebanyak €1,7 bilion. Selain sektor Farmaseutikal, kumpulan Angelini beroperasi di bidang perniagaan Penjagaan Peribadi dan Rumah melalui Fater, satu usaha sama dengan Procter & Gamble, dalam bidang Jentera, sekali lagi dalam usaha sama dengan P&G dengan kumpulan yang beroperasi dalam automasi dan robotik untuk barangan industri barangan pengguna Fameccanica, dalam Pembuatan Minyak Wangi dan Penjagaan Kulit dan Perlindungan dari Cahaya Matahari dengan Angelini Beauty. Angelini Holding baru-baru ini juga telah memasuki pasaran makanan Bayi melalui MadreNatura, usaha sama dengan Hero Group, yang menawarkan 100% produk makanan bayi organik.

Pernyataan Prospektif Ovid Therapeutics
Siaran akhbar ini merangkumi pendedahan yang mengandungi pendedahan tertentu yang mengandungi “pernyataan prospektif,” termasuk, tanpa batasan, pernyataan berkenaan: memajukan pembangunan dan pemerdagangan OV101, manfaat berpotensi dan nilai OV101; jadual pelaporan jangkaan bagi data klinikal untuk OV101; dan potensi manfaat dan hasil daripada kerjasama ini. Anda boleh mengenal pasti pernyataan prospektif kerana pernyataan tersebut mengandungi perkataan seperti “akan,” “nampaknya,” “yakin” dan “jangkakan.” Pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan dan anggapan terkini Ovid. Oleh sebab pernyataan prospektif berkaitan dengan masa hadapan, pernyataan tersebut tertakluk pada ketidakpastian yang wujud, risiko dan perubahan dalam keadaan yang mungkin berbeza secara material daripada keadaan yang dimaksudkan oleh pernyataan prospektif itu yang bukan pernyataan fakta sejarah mahu pun menjamin atau memastikan prestasi masa depan. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada yang terkandung dalam pernyataan prospektif ini merangkumi ketidakpastian dalam pembangunan dan proses kelulusan kawal selia, dan hakikat bahawa data awal daripada percubaan klinikal mungkin tidak mewakili dan juga tidak menjamin hasil akhir percubaan klinikal dan tertakluk pada risiko bahawa satu atau lebih hasil klinikal mungkin berubah secara material semasa pendaftaran pesakit berterusan dan/atau lebih banyak data pesakit tersedia. Risiko tambahan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar menjadi berbeza secara material berbanding yang terkandung dalam pernyataan prospektif tersebut dinyatakan dalam pemfailan Ovid dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di bawah kapsyen “Risk Factors”. Risiko tersebut mungkin dikuatkan oleh pandemik COVID-19 dan potensinya menjejaskan perniagaan Ovid dan ekonomi global. Ovid tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif yang terkandung di sini untuk menggambarkan sebarang perubahan dalam jangkaan, walaupun maklumat baharu akan tersedia.

Maklumat Hubungan Ovid Therapeutics

Pelabur dan Media:
Ovid Therapeutics Inc.
Hubungan Pelabur & Perhubungan Awam
irpr@ovidrx.com

Atau

Pelabur:
Steve Klass
Burns McClellan, Inc.
sklass@burnsmc.com
(212) 213-0006

Media:
Katie Engleman
1AB
katie@1abmedia.com

Maklumat Hubungan Angelini Pharma:
Daniela Poggio
Ketua Komunikasi Global Angelini Pharma
+39 348 6558882
daniela.poggio@angelinipharma.com

Maklumat Hubungan Angelini Holding:
Pengarah Perhubungan Institusi & Luaran Angelini Holding
+39 348 6707240
alessandra.favilli@angeliniholding.com


SUMBER : Ovid Therapeutics Inc.