Tuesday, July 7, 2020

V-KEY: ELEMEN SELAMAT MAYA YANG PERTAMA DI DUNIA V-OS MEMPEROLEH KRITERIA UMUM EAL3+ PADA IOS DAN ANDROID

- V-Key, peneraju dunia di dalam keselamatan digital berasaskan perisian, mengumumkan bahawa V-OS adalah elemen selamat maya pertama yang menerima pensijilan Kriteria Umum EAL3+ pada kedua-dua telefon bimbit iOS Apple dan Google Android.
- Pensijilan EAL3+ itu mencakupi satu rangkaian meluas bagi fungsi kerana V-OS adalah asas bagi semua produk V-Key, memastikan mereka memenuhi standard antarabangsa paling tinggi bagi keselamatan untuk mana-mana penyelesaian perisian.
- Pelanggan boleh mempercayai produk V-Key untuk menyediakan tahap keselamatan siber yang paling tinggi.

SINGAPURA, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --
V-Key mengumumkan bahawa V-OS, teknologi teras V-Key yang dipatenkan, adalah elemen selamat maya yang pertama di dunia untuk mendapat satu penarafan Tahap Jaminan Penilaian Kriteria Umum (EAL) 3+, yang diperolehi daripada Profil Perlindungan Kerajaan Amerika Syarikat bagi Sistem Pengendalian Kegunaan Am.

Encik Er Chiang Kai, Ketua Pegawai Teknologi bagi V-Key, berkata, “Semakin rumit produk itu, semakin banyak keperluan dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengesahkan keselamatan mereka. Hanya beberapa penyelesaian IT yang paling atas yang berjaya mencapai Tahap 3 dengan sebuah Profil Perlindungan yang amat dikenali. Bagi V-OS untuk mencapai tahap jaminan ini adalah satu bukti kepada kekuatan dan kebolehpercayaan bagi produk kami.”

No comments:

Post a Comment