Thursday, March 31, 2016

OGFICE MENYEDIAKAN BANTUAN PENDIDIKAN KEPADA INDONESIA, MALAYSIA, DAN TIMOR TIMUR MELALUI PROGRAM TAHUN KEWANGAN 2015 MEREKA

Bantuan diberikan kepada Asia Tenggara dan wilayah lain dalam bidang pendidikan,  ahli akademik, sains dan teknologi melebihi 457 juta yen untuk tempoh 24 tahun

OSAKA, Jepun, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Osaka Gas bagi Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa (OGFICE) telah mengumumkan peruntukannya bagi bantuan pelajaran kepada Indonesia, Malaysia, dan Timor Timur melalui program bantuan yang dilengkapkan pada tahun kewangan 2015. Termasuk jumlah bantuan fiskal tahun ini sebanyak 26.77 juta yen, yayasan itu telah menyediakan sejumlah 457 juta yen dalam bentuk bantuan untuk sepanjang tempoh 24 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1992.


Wednesday, March 30, 2016

SYSTEMS MAINTENANCE SERVICES DIBERI PUJIAN DALAM PENYELENGGARAAN LANDSKAP KOMPETITIF PIHAK KETIGA GARTNER

CHARLOTTE, N.C., 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Systems Maintenance Services (SMS) telah dikenal pasti sebagai sebuah Bintang Utama oleh Gartner bagi Pusat Data Pihak Ketiga dan Rangkaian Penyelenggaraan untuk Pusat Data dalam laporan Mac 2016 mereka yang bertajuk "Landskap Berdaya Saing: Pusat Data dan Pembekal Perkhidmatan Penyelenggaraan Rangkaian Pihak Ketiga [ID G00294372]." Laporan itu menyatakan, "Tumpuan bagi dokumen ini adalah pada pasaran Penyelenggaraan Pihak Ketiga (TPM) untuk pusat data dan sokongan rangkaian, di mana penyelenggaraan disediakan secara bebas daripada pengeluar peralatan asal atau OEM." 


Penulis laporan itu, Christine Tenneson, adalah seorang Pengarah Penyelidikan yang menyokong penyelidikan pasukan perkhidmatan Perniagaan dan Teknologi Terurus Gartner. Dalam laporan itu beliau telah mengkategorikan pembekal penyelenggaraan pihak ketiga mengikut kumpulan nama seperti berikut: Bintang Utama, Bintang Meningkat Naik, Pengganggu, Penyokong Setia dan Peserta Perkakasan Sekunder. Bintang Utama dikenal pasti dengan sifat-sifat/ ciri-ciri berikut:

Tuesday, March 29, 2016

AGROBANK TERUS MENYOKONG MAHA 2016 DENGAN TAWARAN HADIAH KERETA PACUAN EMPAT RODA

PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) -- Agrobank hari ini menyatakan komitmen dan sokongannya dengan menyertai pameran “Malaysian Horticulture and Agriculture” (MAHA) 2016 yang akan  berlangsung pada 24 November – 4 Disember 2016 di MAEPS, Serdang.

Seperti penyertaan Agrobank di MAHA tahun lalu, kempen-kempen anjuran Agrobank menawarkan hadiah menarik sebagai daya tarikan  kepada pengunjung untuk datang ke ruang pameran Agrobank serta memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui manfaat berkenaan  produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Agrobank.


“KER1M” MENERBITKAN BULETIN NOSTALGIA YAB DATO' SRI NAJIB 40 TAHUN

PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) -- Pencapaian YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam arena politik dan pentadbiran kerajaan menjadi kebanggaan dan disenangi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Pengerusi Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M), YH Penolong Pesuruhjaya Kehormat (R) Datuk Ranjith, hari ini mengumumkan bahawa KER1M bakal menerbitkan sebuah buletin bertajuk Nostalgia YAB Dato’ Sri Najib 40 Tahun. Buletin ini merupakan satu usaha menaskahkan pengalaman, pencapaian yang telah dilaksanakan dan mengimbau suka duka 40 tahun yang telah beliau lalui.


Monday, March 28, 2016

FIRST ADVANTAGE KELUARKAN TREND PENYARINGAN LATAR BELAKANG 2016 DI RANTAU ASIA PASIFIK

SINGAPURA & SYDNEY & HONG KONG & KUALA LUMPUR, Malaysia & MANILA, Filipina, 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- First Advantage, sebuah syarikat  milik Symphony Technology Group (STG) dan pembekal terkemuka dunia bagi analisis penyaringan dan penyelesaian identiti, hari ini mengumumkan mengenai keluaran Laporan First Advantage berhubung Trend Penyaringan Latar Belakang 2016 bagi Asia Pasifik.

Kajian terkini itu oleh First Advantage mendedahkan makro utama dan trend mikro dan juga memberikan pencerahan kepada organisasi untuk menanda aras program semasa mereka dan membuat pelarasan halus kepada amalan penyaringan mereka yang sedia ada.
                                                                      


Thursday, March 24, 2016

"MAGICTRON" AKAN MENGUBAH TANDA DIGITAL SONY DIGITAL ENTERTAINMENT MEMBANGUNKAN INTERAKSI 4K YANG PERTAMA DI DUNIA

Kami akan menghadiri SXSW 2016 dengan pengalaman promosi baharu!
(2016.3.13-3.16)
TOKYO, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sony Digital Entertainment Services Inc.
Mempamerkan 2 peranti komunikasi sosial yang menghubungkan bandar, telefon pintar dan orang ramai.
Sony Digital Entertainment Services Inc., sebuah syarikat yang mereka bentuk sosial yang menyediakan jenis pengalaman komunikasi baharu melalui telefon pintar, akan buat pertama kalinya menghadiri Pameran Perdagangan SXSW2016 (13 hingga 16 Mac / Lokasi: Austin, TX). Sony Digital akan menyediakan dua pengalaman promosi baharu.

"magictron": interaksi 4K. Merangsangkan pengguna untuk memahami jenama itu secara intuitif.
"magictron" adalah sebuah tanda interaktif di mana pengguna boleh menjadi sebahagian daripada jenama itu dan pada masa yang sama menikmati pengalaman berinteraktif. Dengan teknologi pengecaman imej, pantulan pengguna itu dalam monitor yang besar menghasilkan pelbagai kesan yang kreatif. "magictron" mencipta foto komersil bagi pengguna, yang boleh dikongsi melalui SNS. Satu versi mudah alih "magictron" juga disediakan di laman sesawang SXSW2016 mereka. 

YAMATO TRANSPORT CO., LTD .: PENYEJUKAN ANTARABANGSA TA-Q-BIN DILANCARKAN BAGI MALAYSIA

—Penghantaran Segar bagi setiap musim di Jepun! —

TOKYO, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Anak syarikat Yamato Holdings, Yamato Transport Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Chuo-ku, Tokyo; Presiden: Yutaka Nagano; selepas ini "Yamato Transport") akan memulakan penyejukan antarabangsa TA-Q-BIN, satu perkhidmatan penghantaran alat pendingin air dari rumah ke rumah untuk bungkusan kecil, dari Jepun ke Malaysia pada hari Isnin, 28 Mac, 2016. Ini adalah berikutan perkhidmatan yang telahpun dimulakan ke Hong Kong, Taiwan dan Singapura.


CLINICAL RESEARCH MALAYSIA KURNIA ANUGERAH PENGIKTIRAFAN INDUSTRI KEPADA JEFFREY SCOTT YABLON

Yablon diberi pengiktirafan di Dialog Industri CRM pertama 2016
 
KUALA LUMPUR, Malaysia, March 23 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --Jeffrey Scott Yablon telah menerima Anugerah Pengiktirafan Industri daripada Clinical Research Malaysia atas usaha luar biasanya dalam memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan untuk Penyelidikan Tajaan Industri (Industry Sponsored Research, ISR).


Wednesday, March 23, 2016

KUIS PILIHAN UTAMA PELAJAR LEPASAN SPM, STAM DAN STPM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan Islam di Malaysia yang telah bertapak di Selangor selama 21 tahun. KUIS sentiasa komited untuk menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pusat penyelidikan terbaik yang menekankan Islam sebagai cara hidup (Ad-Deen).

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai pusat sehenti (one-stop-centre) perkhidmatan pengajian tinggi di rantau Asia, KUIS mengorak langkah dengan penuh yakin untuk menjadi pilihan utama bagi calon pelajar tempatan dan antarabangsa. Pelbagai persiapan telah dan sedang dilaksanakan oleh KUIS melibatkan proses memperkasakan falsafah pendidikannya, memperbanyakkan program akademik berkualiti tinggi, meningkatkan kepakaran pensyarah serta menyediakan prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mencukupi dalam menuju sebuah universiti pada masa terdekat.


PILIHANRAYA KAMPUS( MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) 2016/2017 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

KUALA LUMPUR 22 Mac (Bernama) -- Setiap tahun sesebuah universiti di Malaysia pasti akan melalui senario pilihanraya kampus bagi pemilihan dan perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Peranan pilihanraya kampus adalah bagi memilih barisan kepimpinan mewakili mahasiswa-mahasiswa ke peringkat pengurusan tertinggi universiti. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga tidak terlepas dari senario tersebut yang telah berlangsung pada 15 Februari 2016, Isnin, bermula seawal jam 8 pagi sehingga 5 petang. Proses pilihanraya berjalan dengan lancar dan pengiraan undi tamat jam 9.15 malam, diikuti dengan pengumuman keputusan pilihanraya tepat jam 9.40 malam oleh Ybhg. Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa & Alumni), Dr. Mokmin bin Basri.


KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN "PAMERAN MENGALAMI GUNUNG FUJI DAN BUNGA SAKURA"

Melahirkan Kecantikan Jepun melalui Lakuer, Fotograf dan Kesenian Gambar Kertas Jepun

TOKYO, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas bertajuk "Pameran Mengalami Gunung Fuji dan Bunga Sakura" yang memaparkan pelbagai lakuer, fotograf dan kesenian gambar kertas Jepun pada April, 2016. Di samping itu, 11 buah restoran di hotel itu akan menyediakan kepada tetamu dengan makanan yang disediakan khas yang menggambarkan tema ketibaan musim bunga melalui imej Gunung Fuji dan bunga sakura. Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, satu pelan penginapan khas termasuk penginapan semalaman dan satu hidangan khas makan malam SAKURA yang menggabungkan makanan tradisional Jepun sushi, tempura dan shabu-shabu akan dihidangkan kepada pengunjung luar negara.

30 barangan kesenian lakuer yang dipadankan dengan Gunung Fuji dan bunga sakura yang menggabungkan teknik lakuer dan bertatahkan emas, dan dibuat oleh artis lakuer yang menggayakan Wajima - Katsuhiko Urade dan Yuji Tomoda, dan 20 gambar Gunung Fuji dan  bunga sakura dari koleksi Muzium Kesenian Kawaguchiko akan dipaparkan. Di samping itu, 10 barang kesenian gambar kertas Jepun yang direka halus yang menggambarkan tema Gunung Fuji dan bunga sakura juga akan dipaparkan. Pameran itu adalah satu acara percuma yang dianjurkan di lobi yang dibuka kepada kesemua pengunjung.
Di samping itu, 11 buah restoran dan ruang istirehat di Keio Plaza Hotel termasuk restoran masakan Jepun, Perancis & Itali, Cina dan Korea akan menyediakan menu-menu khas yang melambangkan ketibaan musim bunga dan mencerminkan tema Gunung Fuji dan bunga sakura. 

CALVIN KLEIN AKAN MEMBUAT SIARAN DI PERISCOPE DARI PENERBITAN KEMPEN PENGIKLANAN GLOBAL MUSIM LURUH 2016 MEREKA

Jenama akan Menyediakan Akses Yang Tidak Pernah Dibuat Sebelum ini daripada Set

NEW YORK, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE: PVH], hari ini mengumumkan bahawa ia akan menyiarkan elemen-elemen penerbitan kempen pengiklanan multimedia global Musim Luruh 2016 mereka di Periscope semasa proses pembuatan promosi itu.

Bermula hari ini, penonton boleh mengalami penerbitan kempen pengiklananCalvin Klein Musim Luruh 2016 secara tepat masa pada saluran Calvin Klein di Periscope. Bakat pilihan daripada kempen pengiklanan Musim Luruh 2016 akan dipaparkan melalui siaran itu, dan penonton akan mempunyai akses kepada detik-detik di belakang tabir daripada penggambaran itu.


Tuesday, March 22, 2016

LEMBAGA PENGARAH SEYCHELLE MENGUMUMKAN BAHAWA IA TELAH MELUCUTKAN ENCIK CARL PALMER DARIPADA SEMUA TUGAS OPERASI BELIAU DAN TELAH MENYUSUN SEMULA OPERASI SYARIKAT ITU, BERKUAT KUASA SERTA MERTA

SAN JUAN CAPISTRANO, Calif. 22 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Seychelle Water Filtration Products, sebuah DBA bagi Seychelle Environmental Technologies, Inc. (Seychelle atau Syarikat itu) (OTCQB: SYEV), sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan, pemasangan dan penjualan proprietari botol penapisan air mudah alih telah membuat beberapa pengumuman hari ini. Pertama, Lembaga Pengarah Seychelle telah melucutkan Encik Carl Palmer daripada semua tugas operasi beliau dengan Syarikat itu, berkuatkuasa serta merta. Walau bagaimanapun, Encik Palmer kekal sebagai seorang Pengarah. Keputusan oleh Lembaga ini adalah hasil daripada rasa tidak puas hati mereka dengan prestasi masa lampau Encik Palmer berhubung operasi  berterusan dan hubungan dengan pelanggan dan pekerja.

Kedua, berkuatkuasa serta merta, Seychelle telah membuat perubahan operasi seperti berikut. Encik James Place telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, serta terus memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan sebagai Pengarah. Cik Elise Eggett mengekalkan kedua-dua jawatan beliau sebagai Pengawal Korporat dan Pengarah serta kekal sebagai Pengurus Perhubungan Manusia. Di samping itu, Seychelle akan mendapatkan seorang eksekutif kanan baharu untuk menjalankan tugas operasi pengeluaran harian serta seorang individu tambahan untuk membantu dalam usaha itu. Kedua-dua eksekutif kanan yang baharu itu dan Cik Eggett akan melaporkan kepada Encik Place, sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Seychelle. Di samping itu mungkin terdapat juga perubahan operasi tambahan pada masa hadapan.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8811

GLOBAL SWITCH DAN BRUCE SHAW BEKERJASAMA DALAM PERINGKAT AKHIR PUSAT DATA SYDNEY TIMUR

SYDNEY, Mac 18 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Global Switch, pemilik dan operator terkemuka dalam awan berskala besar dan pembawa ruang neutral pusat data di Eropah dan Asia Pasifik, dan Bruce Shaw, sebuah firma perundingan pembinaan multinasional, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menjalin kerjasama buat kali kedua pada pembinaan dua peringkat terakhir bagi pusat data Sydney Timur. Bruce Shaw menyediakan perkhidmatan pengurusan kos sepenuhnya di peringkat pertama Sydney Timur yang menerima Penarafan pingat emas dalam Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED), dan mereka akan terus berbuat demikian pada peringkat akhir projek ini. Pusat data baharu itu terletak di kampus Sydney  Global Switch (1.5 km dari pusat CBD) dan akan akhirnya meliputi 73,000 m2, dengan kapasiti tenaga utiliti 83 MVA.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8804

Monday, March 21, 2016

SOFTBANK MENGELUARKAN FILEM WEB MEREKA "PERKHIDMATAN MUDAH ALIH GAYA DISNEY", "MENAMBAHKAN SEDIKIT RASA MAGIK KEPADA KEHIDUPAN HARIAN ANDA," SASARAN 1,200,000 HALAMAN DILIHAT DICAPAI

TOKYO, 18 Mac, 2016 / Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Filem 90 saat Dibuat dengan Menggunakan Satu Kamera tanpa CG Menunjukkan Wanita Dengan Pantas Menukar Pakaian kepada Apa yang Kelihatan seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Toy Story, Snow White, dan lain-lain. -

SoftBank Group Corp. mengeluarkan satu filem Web bertajuk "Add a little bit of magic to your daily lives" atau “Tambahkan sedikit magik kepada kehidupan harian anda” -- yang bertemakan kepada "Gaya Disney" yang membolehkan pengguna untuk menyesuaikan telefon pintar SoftBank mereka ke dalam dunia Disney -- pada Jumaat, 19 Feb.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8818

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF WESTINGHOUSE MENYANGKAL LAPORAN BLOOMBERG

PITTSBURGH, 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Westinghouse Danny Roderick hari ini mengeluarkan kenyataan berikut untuk menyangkal artikel Bloomberg News yang membayangkan bahawa kewangan Westinghouse kini di bawah siasatan kerajaan.

"Westinghouse menyangkal dengan sekeras-kerasnya laporan Bloomberg baru-baru ini yang mendakwa syarikat itu bermungkinan sedang disiasat oleh agensi-agensi kerajaan. Tajuk berita dan artikel itu ternyata tidak tepat daripada segi fakta dan dibuat secara melulu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8805

Saturday, March 19, 2016

PERNIAGAAN YANG BAHARU DITUBUHKAN DARI BELANDA SALEDUCK MEMBUKA PEJABAT DI KUALA LUMPUR

AMSTERDAM, 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat yang baharu ditubuhkan dan amat berjaya Saleduck, kini telah membuka sebuah pejabat di Asia. Saleduck, yang beribu pejabat di Amsterdam dan dikenali kerana membantu berjuta-juta pengguna mencari tawaran dalam talian, memasuki pasaran global dengan rasa penuh yakin selepas berkembang ke lapan buah negara Eropah pada tahun 2015.

"Dengan jumlah saiz pasaran sebanyak 770 bilion dolar, pasaran e-dagang Asia adalah yang terbesar di dunia. Di samping itu, kadar pertumbuhan pasaran sebanyak 44% adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan benua lain. Oleh itu, ia adalah satu keputusan yang mudah untuk mengembangkan perniagaan kami ke Asia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Domingo Karsten.

Wednesday, March 16, 2016

PH MINERS INC. TAWAR BITCOIN BARU, MINER MATA WANG SIBER LITECOIN

NEW YORK, 16 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- pH Miners Inc. telah melancarkan secara rasmi dua miner mata wang sibernya untuk Bitcoin dan Litecoin, dan menawarkan tawaran istimewa untuk pelanggan yang membuat pembelian sekarang.

Syarikat ini yang berpangkalan di New York City, memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima empat  miner kripto-mata wang pada harga tigaminer—satu nilai hebat dengan mengambil kira produk tersebut telah pun lebih mampu dimiliki berbanding miner paling berkualiti lain dalam pasaran. Pelanggan perlu merujuk kepada pasukan pH Miners untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran tersebut.


AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY, MQA) NAFI TERLIBAT DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN BAGI KALENDAR AKADEMIK APRIL 2016

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menerima beberapa aduan berhubung surat panggilan temuduga bagi kemasukan ke Program Pendidikan bagi Kalendar Akademik 2016 yang didakwa ditawarkan oleh MQA.

Untuk makluman, MQA tidak terlibat dalam penawaran program ini dan tidak pernah berurusan dengan mana-mana ejen bagi tujuan tersebut.



Tuesday, March 15, 2016

PH MINERS INC. LANCAR MINER KRIPTO-MATA WANG KUALITI TINGGI UNTUK BITCOIN, LITECOIN

Syarikat menawarkan diskaun kepada pelanggan yang memesan lebih daripada dua unit pada satu masa

NEW YORK, 14 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dua miner kripto-mata wang daripada pH Miners Inc. memudahkan pengguna untuk memproses transaksi digital dan mengesan pengeluaran syiling digital baharu.

Foto yang mengiringi pengumuman ini disediakan dihttp://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2ffe3690-7578-476a-88b0-86948c274a33.

Miner yang amat berkuasa telah dibangunkan untuk Bitcoin dan Litecoin, dua daripada mata wang siber paling terkenal dalam pasaran global. pH Miners juga menawarkan diskaun istimewa kepada pelanggan yang membeli lebih daripada dua unit pada satu masa.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8789

NTT COMMUNICATIONS LANCAR PROGRAM BAHASA JEPUN DALAM TALIAN UNTUK MENGAJAR PERBUALAN BAHASA JEPUN SECARA PRAKTIKAL KEPADA KAKITANGAN DI PEJABAT-PEJABAT LUAR NEGARA DENGAN MENGGUNAKAN PANGGILAN VIDEO

Tempoh pengajian selama 45 minit boleh diperolehi dari serendah 1,250 JPY dengan menggunakan perkhidmatan persidangan berkualiti tinggi yang memanfaatkan kelebihan NTT Com
 
TOKYO, 15 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah perniagaan penyelesaian ICT dan perhubungan antarabangsa di dalam NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan, berkuatkuasa serta merta, VLJ Online Japanese Conversation atau Perbualan Bahasa Jepun Secara Dalam Talian VLJ, iaitu satu perkhidmatan pembelajaran perbualan Bahasa Jepun melalui panggilan video, sebagai satu produk baharu Pembelajaran secara Pandangan Bahasa Jepun atau Visual Learning .Japanese (VLJ), perkhidmatan mempelajari Bahasa Jepun berasaskan awan dengan menggunakan aplikasi pembelajaran laman sesawang dan telefon pintar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8794

CROWN BIOSCIENCE MEMPEROLEH PRECLINOMICS, MEMPERLUAS PORTFOLIO PENYAKIT KARDIOVASKULAR DAN METABOLIK

SANTA CLARA, Calif. 9 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Crown Bioscience, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Crown Bioscience International (TWSE: tiker 6554), sebuah syarikat penemuan ubat-ubatan dan penyelesaian pembangunan bertaraf global yang menyediakan platform translasi bagi penyelidikan onkologi termaju dan penyakit metabolik, telah mengumumkan pengambilalihan PreClinOmics, Inc., sebuah syarikat praklinikal in vivo yang pakar dalam penyelidikan awal dalam penyakit kardiovaskular dan metabolik (CVMD) serta penyakit buah pinggang. Dengan pengambilalihan ini, CrownBio telah menambahkan beberapa model CVMD yang paling relevan untuk meniru penyakit manusia kepada portfolio mereka. 


"Pengambilalihan PreClinOmics itu akan membolehkan CrownBio mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan dalam pembangunan ubat-ubatan translasi global yang khusus untuk penyakit kardiovaskular dan metabolik," kata Jean-Pierre Wery, Ph.D., presiden bagi Crown Bioscience. "Kami yakin bahawa pengambilalihan itu akan akhirnya menghasilkan di dalam kejayaan yang lebih besar dalam ujian klinikal dan mengurangkan kos pembangunan bagi ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit yang menghasilkan sebahagian daripada kos ekonomi yang paling tinggi di dunia." 

TIFF UMUM WATAK UTAMA DAN BUTIRAN MENGENAI PENERBITAN FILEM OMNIBUS "ASIAN THREE-FOLD MIRROR 2016" DIDEDAHKAN

TOKYO, 14 Mac, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
Pusat Asia Yayasan Jepun dan Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) mengumumkan pada 14 Mac watak-watak utama untuk projek penerbitan bersama filem omnibus "Asian Three-Fold Mirror," yang telah dilancarkan pada tahun 2014, sebagai sebahagian daripada kerjasama di antara Pusat itu dan TIFF. Projek itu bertujuan mengukuhkan interaksi di antara negara-negara berjiran di Asia, serta memperkayakan pemahaman budaya dan menyediakan peluang kepada orang ramai untuk mempertimbangkan identiti dan cara hidup mereka sebagai individu di Asia.

Friday, March 11, 2016

PH MINERS INC. MENGELUARKAN 2 MATAWANG KRIPTO MINER BAHARU

Dibangunkan untuk Bitcoin dan Litecoin, Miner Baharu Menawarkan Standard Kualiti Tertinggi pada Harga Berpatutan untuk Pengguna
NEW YORK, 9 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- pH Miners Inc. telah secara rasminya melancarkan dua miner yang amat berkuasa untuk Bitcoin dan Litecoin, dua matawang kripto dalam dunia.
Syarikat yang membangunkan miner—Bitcoin Miner 25/TH dan Litecoin Miner 1000MH/s—untuk membolehkan pengguna memproses transaksi digital dengan lebih mudah dan memantau dengan cepat pengeluaran wang syiling digital baharu. Setiap miner dijual pada harga $3,000 dan disediakan bersama-sama semua peralatan yang diperlukan, termasuk unik kawalan, pengabelan dan kotak, menjadikannya cepat dan mudah  disediakan dan dikendalikan.

Thursday, March 10, 2016

PENASIHAT SAINS PERDANA MENTERI DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI BERSAMA LEMBAGA PENASIHAT SAINS PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU UNTUK ASIA-PASIFIK

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri dan Pengerusi Bersama Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia (MIGHT) telah dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pengerusi bersama Lembaga Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di bawah Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik (ESCAP). Zakri dan bekas Menteri Sains dan Teknologi Pakistan, Prof Atta-ur-Rahman berperanan sebagai Pengerusi Bersama Lembaga ESCAP yang turut dianggotai oleh 10 anggota yang terdiri daripada pakar-pakar terkemuka dari Australia, China, India, Iran, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Sri Lanka.
ESCAP bertindak sebagai badan pembangunan serantau PBB bagi Asia-Pasifik. Terdiri daripada 53 negara anggota dan 9 Ahli Bersekutu, ESCAP meliputi skop geografi dari Turki di barat ke negara Kiribati di kepulauan Pasifik di timur, dan dari Persekutuan Rusia di utara ke New Zealand di selatan, dan merangkumi 4.1 bilion penduduk atau dua pertiga daripada penduduk dunia. Ini menjadikan ESCAP sebagai suruhanjaya yang paling komprehensif di bawah naungan PBB, dan merupakan suruhanjaya PBB terbesar yang memantau rantau Asia Pasifik dengan lebih daripada 600 kakitangan.


TOTTORI ADAKAN LAWATAN MEDIA KE ATAS PEMBAHARUAN LAPANGAN TERBANG YONAGO KITARO, PERHIMPUNAN MEMPERINGATI SHIGERU MIZUKI

SAKAIMINATO, Jepun, 9 Mac, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Wilayah Tottori, yang dikenali sebagai "Kerajaan Manga," mengadakan satu lawatan media  untuk wartawan asing yang bertugas di kawasan Tokyo pada 8 Mac untuk memperkenalkan Lapangan Terbang Yonago Kitaro yang dinaik taraf dan bagi memperingati artis manga mendiang Shigeru Mizuki melalui satu perhimpunan.



UNIONPAY INTERNATIONAL MEMPERCEPATKAN PENGEMBANGAN QUICKPASS MUDAH ALIH KE LUAR NEGARA - 180,000 TERMINAL POS SIAP SIAGA

SHANGHAI, China, 9 Mac, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Berdasarkan kepada analisis perbelanjaan pelancong China di luar negara, UnionPay International semakin cepat dan tepat mengembangkan perniagaan QuickPass ke luar negara. Hampir 180,000 terminal POS di Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan Singapura menerima kad cip UnionPay yang mempunyai penunjuk "QuickPass" dan pelbagai produk mudah alih QuickPass yang dibolehkan. Volum urus niaga UnionPay QuickPass di luar negara meningkat lapan kali ganda pada tahun 2015, dan sedang berkembang dengan pesat pada tahun ini.
                                                                                                                                                                            

MIDEA PERKENAL M-SMART YANG DIKEMAS KINI, DENGAN MEMBERI PEMILIK RUMAH KUASA KEPADA GAYA HIDUP PINTAR

SHANGHAI, China, 9 Mac, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

-- loT Ekosistem berasaskan kediaman yang Pertama untuk menangani Pergerakan Pintar bagi kenderaan yang berhubungan 

Midea, sebuah syarikat pembuatan gergasi bagi perlengkapan isi rumah, mengumumkan pada 8 Mac mengenai M-Smart yang telah dikemas kini, iaitu satu sistem rumah pintar yang direka untuk kehidupan keluarga pada masa hadapan, pada hari sebelum AWE (Ekspo Perlengkapan & Elektronik Sedunia) 2016, acara yang paling penting dalam industri perlengkapan isi rumah di China.

Wednesday, March 9, 2016

RECALL DIBERIKAN ANUGERAH PLATINUM DAN BERLIAN 2016 DARIPADA HYLAND

Pemimpin Global Diiktiraf kerana Menyediakan Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang Berkaitan dengan Penggunaan Penyelesaian OnBase ECM untuk Tahun Ketiga Berturut-turut

NORCROSS, Ga., 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah pemimpin global dalam penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima anugerah paling tinggi daripada Hyland Software, dengan memperolehi kedua-dua anugerah Berlian dan Platinum untuk tahun ketiga berturut-turut. Anugerah Berlian mengiktiraf Recall sebagai sebuah pembekal cemerlang bagi pengurusan kandungan perusahaan (ECM) bagi penyelesaian OnBase Hyland kepada pelanggan mereka. Anugerah Platinum pula adalah didasarkan kepada prestasi jualan dan kecemerlangan, termasuk perisian, hasil, pemerolehan pelanggan baharu dan jualan bersilang bagi pangkalan pelanggan yang sedia ada.


"Dikhaskan untuk rakan kongsi utama OnBase Hyland, anugerah Berlian dan Platinum itu melambangkan tahap paling tinggi pencapaian dalam menyediakan penyelesaian berinovatif untuk pelanggan," kata Ron McMurtrie, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran Global, Recall. "Pengiktirafan ini dari Hyland menggambarkan komitmen kami yang berterusan untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian yang berkualiti tinggi yang membolehkan mereka menguruskan maklumat yang lebih baik. Melalui perkongsian yang berpanjangan ini, Recall mampu untuk membantu peralihan pelanggan kepada perkhidmatan digital bagi pengurusan maklumat yang lebih baik di samping mengurangkan kos dan mengautomasikan fungsi perniagaan." 

Sunday, March 6, 2016

PKNS Sedia Pelbagai Medium Untuk Tambah Baik Mutu Perkhidmatan Kepada Pelanggan

SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mewujudkan pelbagai medium untuk pelanggan menyalurkan maklum balas serta pandangan bagi menambah baik mutu perkhidmatannya.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim berkata orang ramai boleh menghubungi PKNS Careline melalui Facebook, Twitter, khidmat pesanan ringkas, kod QR, e-mel, talian bebas tol dan sebagainya untuk mendapat maklum balas.

"Selain itu, ia juga bagi meningkatkan penyertaan warga kerja PKNS dalam aktiviti penambahbaikan dalam perkhidmatan yang ditawarkan.

Malah kita juga akan sentiasa menekankan nilai 'customer centric' atau mengutamakan pelanggan dalam diri warga kerja kami," katanya dalam satu kenyataan di sini sempena Hari Mesra Pelanggan 2016 perbadanan itu.

Majlis pelancaran hari mesra pelanggan yang diadakan di Pusat Beli Belah SACC itu disempurnakan oleh Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah.

Ishak berkata objektif penganjuran hari mesra pelanggan berkenaan adalah bagi membuka ruang serta peluang kepada orang ramai mengemukakan aduan dan kehendak mengenai produk serta perkhidmatan secara terus kepada perbadanan itu.

Selain itu katanya, bagi meningkatkan penjualan projek hartanah dan komersial PKNS, perbadanan itu kini memperkenalkan skim 'Cari-cari Pembeli' yang terbuka kepada kakitangan dan orang awam dengan menawarkan insentif yang lumayan jika mereka berjaya mencari pembeli.

"Bagi skim ini, jika rumah berjaya dijual individu itu bernilai RM400,000, peserta skim akan menerima RM2,000 daripada kami namun jumlah insentif berbeza mengikut harga rumah yang berjaya dijual," katanya.

Dalam pada itu, PKNS menawarkan pembelian pemilikan hartanah bernilai RM300 juta kepada orang ramai menerusi 17 produk pada pameran Koleksi Hartanah PKNS 2016 yang berlangsung mulai 19 Feb lepas sehingga esok.

Antara produk perumahan yang sedang dijual adalah Opal Residensi dan Aquavilla di Seksyen 7; Anggun 2 dan Hijauan Enklaf di Setia Alam; Cassia dan Azhara di Antara Gapi; Citrina 3 dan Dillenia di Bernam Jaya; Puteri Daffina 2 di Kota Puteri; Astana Keriung di Rasa, Rawang dan Vega Residensi di Selangor Cyber Valley.

Manakala unit komersil adalah I-Zone di Bandar Sultan Suleiman di Klang; Gapi Avenue 2 dan 3 di Antara Gapi; I-Zone di Rasa, Rawang dan Perdana Avenue di Kuang.

-- BERNAMA




Saturday, March 5, 2016

MIRAIT TECHNOLOGIES MENUBUHKAN ANAK SYARIKAT DI MYANMAR

Kerja pembinaan peluasan untuk peralatan komunikasi mudah alih

TOKYO, 4 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MIRAIT Technologies Corporation (Ibu pejabat: Nishi-Ku, Osaka, Presiden: Kouichi Takahatake) hari ini mengumumkan penubuhan anak syarikat tempatan dengan 100% kepentingan dalam Myanmar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8761

Sistem ePerolehan Kerajaan Kekalkan Pensijilan ISMS

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Infrastruktur sistem perolehan kerajaan, Sistem ePerolehan, berjaya mengekalkan pensijilan ISO/IEC 27001: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) 2013 bagi tempoh tiga tahun lagi berkuat kuasa dari 27 Nov, 2015.
Menurut Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDCSB), ISMS adalah polisi yang sistematik dan berstruktur dalam memastikan data dan maklumat yang berkaitan dengan perolehan sentiasa dalam keadaan yang selamat.

Pelaksanaan ISMS meliputi dasar, proses, prosedur, struktur organisasi serta fungsi perkakasan dan perisian.
Keselamatan infrastruktur sistem perolehan kerajaan itu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mencapai standard antarabangsa dan bersedia berhadapan dengan sebarang ancaman siber, menurut CDCSB dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

CDCSB selaku syarikat bertanggungjawab menyelenggara sistem tersebut sejak 2000 sehingga kini turut terlibat dengan matlamat itu, menurutnya.

Majlis penyampaian ISO/IEC 27001:2013 Sistem ePerolehan diadakan di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada 5 Feb 2016.

"Pengiktirafan ini menunjukkan Sistem ePerolehan telah berjaya mengekalkan kualiti keselamatannya memandangkan ia pernah menerima pensijilan ISMS buat kali pertamanya pada 2012 bagi MS ISO/IEC 27001:2007.

"Pentauliahan pensijilan ini adalah bertepatan dengan inisiatif yang komprehensif dan komitmen tinggi untuk meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan operasi Sistem ePerolehan yang diklasifikasikan di bawah Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII)," menurut kenyataan itu.

Setakat ini, Sistem ePerolehan telah digunakan oleh 2,648 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah kerajaan dan 113,900 pembekal berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Kabinet Malaysia, melalui Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara (NCCMP), yang dibangunkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Februari 2010, telah mengarahkan kesemua sistem yang diklasifikasi sebagai CNII perlu mendapatkan pensijilan ISMS dalam tempoh tiga tahun.

-- BERNAMA


Friday, March 4, 2016

A.M. Best Sahkan Penarafan Kedudukan Kewangan Energas Pada A (Cemerlang)

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- A.M. Best yang berpangkalan di Amerika Syarikat, mengesahkan penarafan kedudukan kewangan syarikat insurans tunggal Petronas, Energas Insurance (L) Ltd, pada A (Cemerlang) dan penarafan penerbit kredit pada "a".

Agensi penarafan itu juga menetapkan unjuran stabil ke atas kedua-duanya.

A.M. Best dalam satu kenyataan hari ini berkata pengesahan penarafan itu mencerminkan permodalan terlaras risiko yang kukuh, prestasi operasi syarikat yang menggalakkan serta program insurans semula yang menyeluruh.

"Penarafan itu juga memperakukan kedudukan strategiknya sebagai syarikat insurans tunggal Petronas, syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

"Energas memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko keseluruhan program kumpulan itu," katanya.

Ia berkata modal dan lebihan Energas telah berkembang mantap sejak lima tahun lepas susulan keputusan taja jaminnya yang menguntungkan manakala pengukuhan kedudukan kewangan seterusnya disokong oleh pengekalan pendapatan, pemilihan risiko serta program insurans semula.

Di samping itu, Energas juga mengekalkan portfolio pelaburan mudah tunai berhemat, katanya.

A.M. Best berkata Energas mengekalkan program insurans semula yang komprehensif dengan sekumpulan panel penginsurans semula, yang dijangkakan terus melindungi permodalannya jika berlaku kerugian besar.

Bagaimanapun ia berkata antara faktor pengimbang penarafan positif ini ialah turun naik prestasi taja jamin dan permodalan Energas hasil daripada kedudukan perniagaan dan ketahanan risiko yang lebih tinggi sejak 2013.

Energas bagaimanapun berada pada kedudukan yang baik pada paras penarafan semasa.

"Tindakan penarafan negatif boleh berlaku jika terdapat kemerosotan prestasi operasi, menyebabkan penurunan ketara paras modal wajaran risiko.

"Selain itu, tekanan penarafan negatif mungkin timbul jika terdapat pergerakan menurun yang ketara dalam profil kredit Petronas," katanya.

-- BERNAMA

Projek Hijau 10 Tahun Untuk Mencantikkan Lagi Zhejiang

HANGZHOU, China, 4 Mac (Bernama) -- Pada 15 Ogos 2005, Xi Jinping, Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (CPC) Zhejiang, telah memeriksa Perkampungan Yucun, Bandar Tianhuangping, Wilayah Anji, Bandar Raya Huzhou di utara wilayah berkenaan. Semasa lawatan pemeriksaan itu, beliau telah memerhatikan, "Pada masa lampau kita berkata kita mahukan air yang jernih dan gunung-ganang hijau dan pada masa yang sama kita mahukan gunung yang dipenuhi emas dan perak. Malah, air sungai yang jernih dan gunung-ganang yang menghijau sebenarnya adalah merupakan gunung yang dipenuhi emas dan perak!"

Masa satu dekad telah berlalu. Adakah harapan dalam kenyataan Xi itu dicapai merentasi ke seluruh wilayah berkenaan?

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1221801

Thursday, March 3, 2016

TRIPWIRE MEMPERLUAS PENGESANAN TITIK AKHIR DAN KEUPAYAAN TINDAK BALAS DALAM TRIPWIRE ENTERPRISE

SAN FRANCISCO, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Petak RSA 3301 - Tripwire, Inc., sebuah pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian perlindungan, keselamatan dan pematuhan titik akhir, hari ini mengumumkan satu rangkaian ciri-ciri pengesanan dan tindak balas (EDR) titik akhir baharu yang proaktif di dalam produk utamanya, Tripwire® Enterprise. Fungsi EDR yang baharu itu boleh menemui dan menilai aset titik akhir keselamatan di atas rangkaian sesebuah organisasi, sekali gus membolehkan pengesanan, analisis dan tindak balas kepada serangan siber secara tepat masa.



Wednesday, March 2, 2016

OPPLE Lighting Berada pada Kedudukan Nombor Satu dalam Senarai Perusahaan LED 100 yang Utama di China pada 2015 dan Disenaraikan di antara Perusahaan Kumpulan Pertama Kualiti Eksport dan Demonstrasi Keselamatan Lampu di China

SHANGHAI, 2 Mac (Bernama) -- Dengan model perniagaan yang baharu dan produk yang berkualiti tinggi, OPPLE Lighting baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah meraih dua anugerah: ia telah disenaraikan pada kedudukan No.1 dalam Senarai Perusahaan LED 100 yang Utama di China dan tersenarai di antara Kumpulan Pertama Kualiti Eksport dan Demonstrasi Keselamatan Lampu di China. Senarai Perusahaan LED 100 yang utama di China pada tahun 2015 telah diumumkan pada Sidang Kemuncak Penggunaan Lampu LED China ke-6 dan Forum Trend Pembangunan Industri LED China yang diadakan oleh China Building Decoration Association di Guangzhou, China, manakala Kumpulan Pertama Kualiti Eksport dan Demonstrasi Keselamatan Lampu di China dipilih oleh Pejabat Persidangan Bersama bagi Pembinaan Produk Industri Pengeksportan (Lampu) Kualiti dan Demonstrasi Keselamatan. Kedua-dua pengiktirafan itu akan membantu OPPLE Lighting mengekalkan kedudukan mereka sebagai pemimpin dalam industri lampu di China dan mengukuhkan imej jenama mereka dalam proses globalisasi.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1221134

PASUKAN UTAMA YAMAHA DAN PROFIL PENUNGGANG UNTUK MUSIM PERLUMBAAN ANTARABANGSA 2016

IWATA, Jepun, Mac, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Yamaha Motor Co. memasuki perlumbaan julung kalinya di Perlumbaan Mendaki Gunung Fuji, hanya 10 hari selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1 Julai, 1955. Sejak itu, sejarah yang dibina melalui pelbagai cabaran kami dalam arena perlumbaan di seluruh dunia telah hadir untuk mewakili sejarah kumpulan Yamaha Motor itu sendiri, dan Semangat Cabaran yang lahir daripada aktiviti-aktiviti perlumbaan ini telah menjadi  bahagian integral budaya korporat kami.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8751

YUPPTV LANCAR SALURAN HIBURAN PREMIUM &TV MELALUI PERKONGSIAN DENGAN ZEE NETWORK

ATLANTA, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- YuppTV, pembekal melalui jaringan internet terbesar di dunia bagi kandungan Asia Selatan, telah mengumumkan perkongsian dengan &TV. Perkongsian YuppTV dengan saluran tersebut akan membolehkan para pengguna untuk menonton campuran fiksyen berkaitan pelbagai dan dinamik, voltan tinggi bukan fiksyen, acara-acara besar dan filem blokbuster dalam Hindi daripada &TV melalui platformnya.

&TV adalah kemegahan GEC Hindi dari barisan saluran '&' daripada syarikat media dan hiburan global Zee Entertainment Enterprises Limited (ZEEL). Dengan perikatan tersebut disahkan, gabungan pengaturcaraan menarik &TV seluruh genre kini tersedia untuk pengguna YuppTV di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8744

NTT COMMUNICATIONS MEMPERTINGKATKAN ENTERPRISE CLOUD UNTUK MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL

Awan hibrid berinovatif menggabungkan ICT tradisional dan awan asli dengan sambungan percuma dan baharu, portal pengurusan semua dalam satu

TOKYO, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE-- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan penambahan dramatik kepada penyelesaian awannya yang berinovatif, Enterprise Cloud. Enterprise Cloud yang dipertingkatkan itu boleh didapati dengan kadar serta merta di Jepun, dan akan dilancarkan di United Kingdom, Singapura, Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Jerman pada tahun ini.

NTT Com melancarkan Enterprise Cloud mereka yang dipertingkatkan itu untuk membantu syarikat perusahaan memenuhi keperluan kompleks bagi transformasi digital - penggunaan teknologi digital merentasi pelbagai aspek perniagaan mereka untuk melepaskan kreativiti, berkembang dengan kadar lebih pantas dan mengekalkan kepimpinan pasaran. Cabaran mereka adalah dua kali ganda. Daripada satu sudut, perusahaan sedang mencari untuk beralih daripada ICT tradisional kepada awan bagi menghasilkan operasi ICT yang lebih berkesan dan mencapai kos yang optimum; di sudut lain pula, dengan didorong oleh teknologi mudah alih, sosial, data besar, IoT atau Internet untuk segala-galanya dan teknologi digital yang lain, mereka menggunakan aplikasi awan asli dan beralih ke arah sebuah budaya DevOps yang menyokong inovasi yang pantas. Bagi memenuhi cabaran ini, Enterprise Cloud milik NTT Com yang dipertingkatkan menyediakan sebuah platform yang menyeluruh bagi kedua-dua ICT tradisional dan awan asli, serta penyambungan rangkaian, perkhidmatan kolokasi dan awan pihak ketiga.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8746

RECALL MEMPERKENALKAN TEKNOLOGI BOLEH PAKAI, MENGEMBANGKAN PROGRAM RFID YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI

NORCROSS, Ga., 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah pemimpin global dalam penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan inovasi terbaharu mereka dalam teknologi RFID dengan pengenalan sebuah program pengimbas RFID boleh pakai di sebuah Pusat Maklumat Recall di Atlanta, Georgia — yang pertama seumpamanya bagi industri pengurusan maklumat. Alat pengimbas itu dipakai oleh petugas Pusat Maklumat dan menyediakan kecekapan yang dipertingkatkan untuk pengauditan dan beberapa proses rantaian penjagaan. Program ini dijangka dikeluarkan kepada lebih banyak pusat di seluruh dunia pada tahun ini.


Tuesday, March 1, 2016

Mitsubishi Tanabe Pharma Corporation Menandatangani Perjanjian Pelesenan Dengan A. Menarini Asia-Pacific Bagi Spedra (Avanafil) Di 10 Buah Negara Di Asia Pasifik

SINGAPURA, 26 Feb (Bernama) -- Mitsubishi Tanabe Pharma Corporation (TSE: 4508), dan A. Menarini Asia-Pacific Holdings Pte Ltd ("Menarini AP") yang berpangkalan di Singapura telah memeterai satu perjanjian pelesenan untuk mengkomersil dan mempromosikan SPEDRA™ (avanafil). Menarini AP akan menerima hak pelesenan eksklusif daripada Mitsubishi Tanabe Pharma Corporation untuk memasarkan Avanafil di China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Menarini AP adalah sebuah ahli Kumpulan Menarini, iaitu syarikat biofarmaseutikal Itali yang terbesar di dunia, dan menyediakan pakar-pakar perubatan dan profesional penjagaan kesihatan dengan maklumat perubatan dan saintifik dengan kecekapan, ketepatan dan standard etika paling tinggi dalam semua proses kerja mereka. Kumpulan Menarini telah dilesenkan untuk memasarkan produk ini di lebih 40 buah negara Eropah, serta Australia dan New Zealand.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1219620

KEPUTUSAN KEWANGAN RECALL - SETENGAH TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015

SYDNEY, 29 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), sebuah pemimpin global dalam penyimpanan dokumen, penyelesaian maklumat digital, perlindungan data dan pemusnahan secara selamat, hari ini mengumumkan keputusan pencapaiannya untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 20151.
 
Dalam tempoh itu, Recall terus melaksanakan pelan strategik mereka dan mencapai pertumbuhan pendapatan mata wang secara berterusan sebanyak +6.7%. Inisiatif kawalan kos mengekalkan margin EBITDA dan menjana peningkatan mata wang yang tetap sebanyak +7.3% dalam keuntungan asas selepas cukai.


SAKSIKAN PERLAWANAN ANTARA INDIA MENENTANG PAKISTAN, SECARA LANGSUNG & EKSKLUSIF DI YUPPTV

ATLANTA, 29 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Selepas satu kemenangan cemerlang ke atas pasukan tuan rumah Bangladesh dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu pada hari Rabu, India akan berdepan dengan musuh tradisi mereka Pakistan pada Sabtu ini, 27 Februari.
 
Kedua-dua pasukan telah tidak beraksi sejak pertarungan mereka pada Piala Dunia 2015 berikutan cadangan mengadakan siri dua hala pada bulan Disember tidak menjadi kenyataan.


KER1M MENANDATANGANI PERJANJIAN BERSAMA NADA CAPITAL BERHAD

KUALA LUMPUR, 29 Feb (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) hari ini telah menandatangani perjanjian dengan Nada Capital Berhad bagi membuka ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam beberapa sektor perniagaan khususnya dalam sektor restoran yang menyediakan peluang pekerjaan seperti tukang masak, pembantu dapur, pelayan pelanggan dan pengurus restoran.
 
Menurut jurucakap Nada Capital Berhad, firma tersebut menjalinkan kerjasama dengan KER1M untuk bersama memainkan peranan membantu usaha persatuan dalam menawarkan peluang kepada rakyat tempatan memperolehi sumber kewangan bagi kategori isirumah yang berada dalam kesusahan, kesempitan atau kemiskinan.


ANUGERAH 'CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY' (CSR) KER1M

PUTRAJAYA, 29 Feb (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) telah melancarkan Anugerah ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada penaja-penaja dan para penyumbang khususnya daripada sektor korporat yang telah banyak membuat program-program CSR .
 
Anugerah ini layak diterima oleh syarikat-syarikat korporat, penaja atau penyumbangan yang mengintegrasikan keperluan ekonomi dan masyarakat persekitaran yang memerlukan bantuan.