Friday, September 30, 2022

MEMBAWA BAHASA CINA DAN BUDAYA TAIWAN KE UNIVERSITI-UNIVERSITI AMERIKA




HSINCHU, Taiwan, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
NTHU baru-baru ini telah menerima sebuah geran daripada Program Kecekapan Bahasa Cina Kementerian Pendidikan (MOE), dan sedang bersiap sedia untuk menghantar guru-guru terlatih khas untuk mengajar bahasa Cina di universiti-universiti terkemuka di Amerika Syarikat, termasuk Universiti Michigan, Ann Arbor. Program itu akan juga membawa pelajar-pelajar di universiti-universiti Amerika Syarikat ke Taiwan untuk belajar bahasa Cina, melibatkan diri di dalam aktiviti kebudayaan, dan membantu di dalam pendidikan dwibahasa di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220928005010/en/

Di samping memperdalamkan pertukaran di antara Taiwan dan Amerika Syarikat, Program itu akan juga membantu meningkatkan kesedaran mengenai Taiwan di universiti-universiti Amerika.

NTHU telah pun menandatangani memorandum kerjasama dengan Universiti Illinois di Urbana-Champaign, Universiti Duke, Universiti Hawaii, dan Universiti Michigan, Ann Arbor, dan telah menghantar guru-guru bahasa Cina ke Amerika Syarikat sejak akhir tahun 2021. Universiti Duke dan Universiti Hawaii telah menghantar enam orang pelajar untuk belajar bahasa Cina di NTHU dengan sokongan daripada Biasiswa Kecekapan Bahasa Cina.

Presiden bagi hal ehwal global Yen Ta-jen (嚴大任)  berkata selain mempunyai pengalaman mengajar yang luas, guru-guru Cina yang dipilih untuk pergi ke Amerika Syarikat juga mahir di dalam hobi-hobi tradisional Cina seperti memotong kertas, mahjong, dan catur, dan ada juga yang mahir di dalam bermain erhu, melukis landskap, dan solekan Opera Peking, yang kesemuanya merupakan bentuk diplomasi kebudayaan yang sangat berkesan.

Chen Jingjia (陳敬佳), yang telah mengajar bahasa Cina di luar negara selama bertahun-tahun, sedang bersedia untuk mula mengajar di Universiti Duke. Chiu Yuting (邱于庭) pada masa ini merupakan seorang pelajar di dalam kumpulan pendidikan bahasa Cina bagi Program Sarjana Antara Disiplin dan Antarabangsa.

Pelajar-pelajar Universiti Duke yang belajar bahasa Cina datang daripada pelbagai jabatan, dengan matlamat pembelajaran yang jelas dan dengan satu sikap yang positif. Chiu akan menambahkan satu modul tentang budaya Taiwan pada semester yang akan datang.

Li Yu-an (李玉安), juga seorang pelajar di dalam kumpulan pendidikan bahasa Cina bagi Program Sarjana Antara Disiplin dan Antarabangsa, akan mengajar bahasa Cina di Universiti Hawaii, di mana kebanyakan pelajar adalah merupakan anak-anak pendatang Cina, malah walaupun mereka hampir tidak boleh berbahasa Cina, mereka mempunyai minat yang mendalam di dalam budaya Cina.

Dua daripada pertukaran pelajar Amerika dari Universiti Duke ialah Cole Walker dan Andrew Yue Qin, kedua-dua mereka sudah boleh bertutur dalam bahasa Cina. Di samping kelas-kelas bahasa Cina mereka di NTHU, mereka juga mempunyai kelas tentang sejarah dan budaya Taiwan, dan telah membuat lawatan lapangan ke Taipei, Tainan dan Hualien.

NTHU telah juga menandatangani perjanjian dengan Institut Teknologi Massachusetts, Universiti Hawaii dan Universiti Illinois di Urbana-Champaign untuk menubuhkan pusat-pusat bahasa Cina, mengatur bagi pertukaran pelajar, dan bersama-sama membangunkan bahan-bahan kursus. Yen Ta-jen berharap program serupa akan dilaksanakan dengan universiti-universiti Eropah dalam masa terdekat. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16366

HYTERA MELANCARKAN RADIO MUDAH ALIH DMR SIRI HM6 UNTUK MEMPERKASAKAN TENAGA KERJA DI JALAN RAYA

 

Hytera Melancarkan Radio Mudah Alih DMR Siri HM6 untuk Memperkasakan Tenaga Kerja di Jalan Raya (Foto: Business Wire) 

Radio Dua Hala Mudah Alih DMR Profesional siri HM6 Hytera yang padat dan serba boleh membolehkan pemandu untuk mendengar dan didengari dengan jelas terhadap bunyi jalan raya serta berhubung dan bekerjasama dengan pasukan dengan lebih baik.

SHENZHEN, China, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), sebuah penyedia global terkemuka bagi teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional, baru-baru ini telah mengembangkan portfolio radio dua hala mudah alih DMR mereka dengan mengeluarkan dua model baharu, HM68X dan HM65X. Sebagai sebahagian daripada Siri H radio DMR generasi baharu Hytera, HM68X/65X direka untuk menyediakan sambungan suara dan data yang boleh dipercayai untuk pekerja di jalan raya, tidak kira mereka pemandu yang menghantar bungkusan, juruteknik yang menyelenggara talian elektrik atau rondaan keselamatan di seluruh kampus.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220927005660/en/ 

Reka bentuk modular dan padat menjadikan radio mudah alih HM6 mudah untuk dipasang, ditanggalkan dan dikendalikan di dalam kenderaan. HM68X dilengkapi dengan kunci dan satu paparan transflektif, yang boleh dibaca dalam cahaya matahari langsung dan di bawah pencahayaan yang lemah. HM65X tidak mempunyai satu paparan atau kekunci pada unit utama; sebaliknya, ia berfungsi dengan satu kepala kawalan yang digenggam dalam tangan (HHCH), yang menjadikan HM65X lebih fleksibel untuk dipasang di bawah tempat duduk, di dalam but kereta, atau di mana sahaja di dalam kenderaan. Dengan menggunakan HHCH, pengguna boleh menghidup dan mematikan radio dengan mudah, menukar saluran dan kenalan, melaraskan bunyi dan melihat mesej.

Radio mudah alih siri HM6 itu menyampaikan audio yang hebat dalam persekitaran yang bising. Pembatalan hingar berasaskan AI menapis gema dan bunyi latar belakang seperti bunyi hon dan enjin. Modul BT 5.0 terbina dalam mereka bukan sahaja memudahkan untuk digandingkan dengan aksesori audio BT, meningkatkan lagi kepelbagaiannya, tetapi juga memudahkan pemprograman tanpa wayar. Memandangkan unit radio boleh dipasang jauh di dalam kompartmen, ciri BT itu adalah penjimat usaha yang hebat apabila radio memerlukan konfigurasi semula.'

Thursday, September 29, 2022

KEDIAMAN BERJENAMA DI VIETNAM MENARIK PEMBELI ANTARABANGSA

Keinginan yang kuat terhadap Marriott Residences & JW Marriott Residences di Grand Marina, Saigon dan The Ritz-Carlton Residences, Hanoi terbukti di acara jualan seluruh dunia



SINGAPURA, 29 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Berita yang cukup baik untuk Druce - agensi jualan antarabangsa bagi Grand Marina, Saigon dan The Ritz-Carlton Residences, Hanoi. Kedua-duanya dibangunkan oleh Masterise Homes dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Marriott International, dua projek ini telah menyaksikan minat pembeli yang kuat daripada pasaran Asia dan Eropah. 

Robert Bartlett, CEO Druce Global, berkongsi: “Kami telah menerima respons yang positif dengan minat yang kuat dalam pelbagai pasaran. Dengan pengalaman kami selama 200 tahun dan harta tanah yang unggul di seluruh dunia, kami tahu bahawa kami dapat menyerlahkan Marriott Residences & JW Marriott Residences di Grand Marina, Saigon dan The Ritz-Carlton Residences di The Grand, Hanoi di seluruh dunia dan ia akan kelihatan jauh lebih baik berbanding dengan kediaman yang tidak berjenama dalam pasaran global. Ini menyerlahkan Vietnam dengan sebaik-baiknya dan menekankan hakikat bahawa pembangunan harta tanah kini telah mencapai piawaian yang paling tinggi dalam pasaran antarabangsa.”

Ini bukan kali pertama Vietnam menarik pembeli asing dalam sektor kediaman berjenama. Pada tahun 2021, Masterise Homes telah berganding bahu dengan Asia Bankers’ Club untuk melancarkan Grand Marina, Saigon di Hong Kong, yang juga telah mencapai hasil jualan yang hebat di tengah-tengah pandemik global.

Kejayaan yang berterusan ini menunjukkan permintaan yang tinggi bagi hartanah pelaburan di Vietnam dan keyakinan pembeli antarabangsa untuk kediaman yang bergabung dengan jenama Marriott International.

Ia merupakan pelaburan yang menjanjikan kejayaan untuk pelabur global. Druce dan juga Asia Bankers’ Club menganggap bahawa kejayaan ini disebabkan oleh dua faktor penting, termasuk lokasinya yang unggul di Vietnam dan kaitannya dengan jenama pemilik hotel yang terkemuka di dunia.

Grand Marina, Saigon yang dwijenama membawa ke Daerah 1 Ho Chi Minh City, unit berjenama daripada dua jenama Marriott International – JW Marriott dan Marriott. Dengan pemandangan tebing utara Sungai Saigon, aset yang menjadi rebutan ini menggabungkan kualiti yang tiada kompromi dan perlengkapan Itali bertaraf dunia, yang dilengkapi dengan perkhidmatan yang dikhususkan dan kemudahan istimewa daripada JW Marriott dan Marriott. Kualiti pembangunan ini disokong oleh jenama Marriott International, rangkaian globalnya dan jaminan pemilikan rumah yang begitu mudah.

Ritz-Carlton Residences yang pertama di Vietnam, iaitu The Ritz-Carlton Residences, Hanoi adalah kompleks pangsapuri berjenama yang eksklusif, menampilkan 104 unit yang terletak di tengah-tengah Old Quarter, hab perniagaan utama bandaraya itu. Terletak di sebuah kawasan yang mempesonakan dengan gaya seni bina, suasana dan sejarah yang menawan hati, The Residences merupakan mercu tanda yang menggabungkan tahap kemudahan moden yang terbaik dengan mutu kerja dan reka bentuk yang bersejarah. Projek ini menarik ramai peminat setia dan pengumpul aset rebutan yang mengaitkan diri mereka dengan gaya hidup jenama yang terkenal itu sambil menampakkan kearifan cita rasa dan ketajaman mata anda dalam memilih hanya yang terbaik.

Pembeli yang cerdik dan pakar minat gaya hidup mewah mempunyai banyak alasan untuk merebut aset ini yang tak lapuk dek zaman. Alasan pertama merupakan prestij yang tidak dapat disangkal dalam memiliki sebuah kediaman berjenama yang diakui di peringkat global. Di samping itu, terdapat daya tarikan pelaburan dalam pasaran hartanah Vietnam.

Sejak tahun 2015 apabila Vietnam membenarkan di sisi undang-undang bagi pemilikan hartanah oleh warga asing, pasaran itu semakin diminati oleh pembeli asing, terutamanya dalam sektor atasan. 

Dung Duong, pengarah eksekutif di CBRE, firma perkhidmatan dan pelaburan hartanah berkata, “Dengan bilangan individu nilai bersih ultra tinggi yang meningkat dengan ketara di Vietnam, dan pelabur asing yang kembali selepas pandemik, hartanah atasan dan mewah akan terus diminati ramai, terutamanya projek yang berjenama baik dengan kualiti produk yang terjamin. Vietnam akan menyaksikan keinginan yang kuat terhadap kediaman berjenama kerana sektor ini masih pada peringkat awal dalam pasaran tempatan dan penentuan harga adalah lebih munasabah berbanding dengan peringkat serantau, yang menawarkan lebih banyak potensi yang menguntungkan.”

Pada tahun 2021, projek kediaman berjenama yang penting bagi Marriott International - Grand Marina, Saigon, menandakan keyakinan antarabangsa dalam asas yang kukuh di negara itu – dan kepentingannya pada peta hartanah global. “Vietnam adalah destinasi yang ceria dan dalam beberapa tahun ini telah mencatat tahap pelancongan yang tertinggi apabila pengembara antarabangsa datang berduyun-duyun ke negara itu dan pengembara domestik mula menemukan banyak tempat yang mengagumkan di kawasan mereka sendiri,” kata Emma Smithson, Pengarah Serantau Operasi Kediaman, Asia Pasifik, Marriott International. “Dengan pembukaan semula sempadan baru-baru ini, kami menaruh harapan agar Vietnam akan bangkit semula dengan pesat, kami teruja untuk berkembang di lebih banyak kawasan di negara yang menawan hati ini.”

Ketika Marriott mengumumkan rancangan untuk mengembangkan portfolionya empat kali ganda di Vietnam dalam beberapa tahun yang akan datang, ia terus menaruh keyakinannya terhadap pembangunan ekonomi yang positif dan juga sektor kediaman berjenama di Vietnam. Ini pasti akan mendorong pembeli.

Foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati di pautan:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/aabcaa96-a051-4823-a0db-66f71e467a72

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/43c97c72-960e-4bb2-ab5d-49022981f289


E-mel: lan.huynh@masterisehomes.com 

SUMBER : Masterise Homes

Wednesday, September 28, 2022

MIGRASI PELABURAN MENYEDIAKAN PELUANG KE SEKOLAH DAN UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

LONDON, 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Henley & Partners telah menyaksikan peningkatan ketara dalam pertanyaan daripada keluarga yang kaya-raya yang ingin mengakses peluang pendidikan antarabangsa premium untuk anak-anak mereka melalui migrasi pelaburan. Lonjakan permintaan dan persaingan untuk mendapatkan tempat di Ivy League, Oxbridge dan universiti terkemuka lain selepas pandemik Covid telah meningkatkan minat dalam program pelaburan yang menawarkan laluan kepada hak permastautinan atau pemerolehan kewarganegaraan di UKASKanadaAustraliaNew ZealandSingapura dan beberapa negara Eropah yang menempatkan institusi pendidikan terkemuka dunia.

Lebih 70% daripada 1,000 buah institusi pengajian tinggi Terbaik yang disenaraikan dalam Kedudukan Universiti Dunia Times Higher Education yang terbaru ini berada di negara-negara yang menganjurkan program migrasi pelaburan dengan 18% daripadanya di AS dan 10% di UK. Dr. Juerg Steffen, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners berkata, mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka telah menjadi motivasi utama bagi para pelabur yang mempertimbangkan permastautinan dan kewarganegaraan melalui pilihan program pelaburan. “Anak-anak kita ialah aset kita yang paling berharga dan menyediakan pilihan persekolahan dan universiti antarabangsa yang terbaik kepada mereka ialah hadiah terhebat yang boleh kita berikan kepada mereka serta merupakan salah satu pelaburan terbaik yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa. Kami meramalkan bahawa tahun 2023 berkemungkinan menyaksikan rekod aliran migrasi para jutawan yang terbesar dengan lebih 125,000 pelabur kaya dan keluarga mereka melakukan penghijrahan. Bahagian Pendidikan Henley & Partners  kami yang baharu telah direka untuk menyediakan para pelanggan dengan semua jenis sokongan dan bantuan yang mereka perlukan untuk mengakses institusi pendidikan terbaik di negara baharu mereka.”

Mendapatkan hak akses yang lebih baik

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa menghadiri universiti Ivy League boleh meningkatkan pendapatan semasa pertengahan kerjaya sebanyak 28.7% dan anak anda mempunyai tiga atau empat kali lebih peluang untuk mendapat kemasukan ke sekolah dan universiti terkemuka dunia jika mereka seorang pemastautin atau warganegara negara tersebut.

John Milne, Ketua Kumpulan Perkhidmatan Pendidikan Henley & Partners berkata firma tersebut telah melantik rangkaian perunding pakar di UK, Amerika Utara, Australia dan Eropah yang boleh menawarkan nasihat pakar tempatan dan tidak berat sebelah kepada pelanggan global. “Pasukan baharu kami menyediakan perkhidmatan penempatan sekolah dan tugas rencam khusus seperti bantuan mendapatkan visa pelajar, kelas bahasa, bimbingan, peperiksaan kemasukan dan pengasuhan anak. Ia juga menawarkan satu penilaian kemahiran akademik dalam talian yang unik untuk kanak-kanak berumur antara enam hingga enam belas tahun — iaitu Penilaian Profil Akademik Henley — untuk memberikan gambaran tentang kemahiran akademik kanak-kanak. Keputusannya boleh digunakan untuk menunjukkan prestasi mereka kepada pihak sekolah pada masa hadapan serta untuk memantau kemajuan akademik mereka dan mengenal pasti bidang yang boleh diperbaiki."

MIGRASI PELABURAN MENYEDIAKAN PELUANG KE SEKOLAH DAN UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

STONEPEAK MEMBENTUK PERKONGSIAN PELABURAN LOGISTIK STRATEGIK DENGAN EQUALBASE

NEW YORK, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Stonepeak, sebuah firma pelaburan alternatif terkemuka yang membuat pengkhususan di dalam infrastruktur dan aset nyata, hari ini mengumumkan bahawa beberapa instrumen pelaburan yang berkaitan mereka telah membentuk satu perkongsian pelaburan strategik dengan Equalbase, sebuah platform pembangunan dan pengurusan bersepadu yang memberi tumpuan kepada sektor logistik merentasi Asia Pasifik yang diketuai oleh satu pasukan dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman industri.

Perkongsian itu akan memudahkan pelaburan di dalam pembangunan projek-projek logistik berkualiti tinggi di seluruh Asia Pasifik dan mempercepatkan pertumbuhan bagi platform Equalbase sebagai sebuah pemaju mapan dan pengurus pakar terkemuka di rantau itu. Tumpuan awal bagi program pelaburan itu adalah di Korea Selatan dan Malaysia, kedua-dua pasaran logistik yang pesat berkembang di mana Equalbase mempunyai satu kehadiran operasi sedia ada dan rekod prestasi membangunkan projek logistik yang berskala besar. Equalbase telah mengenal pasti satu saluran yang menarik bagi projek-projek logistik moden yang berpotensi di rantau itu, termasuk sebuah projek benih yang terletak di kawasan Seoul yang lebih besar yang pada masa ini dikawal oleh penaja Equalbase.

“Kami percaya rantau Asia Pasifik menyediakan peluang yang besar untuk pelaburan dalam aset logistik moden Gred A ketika pasaran itu terus mempamerkan dinamik permintaan bekalan yang menggalakkan dan struktur faktor yang membantu meningkatkan pertumbuhan yang mapan,” kata Pengarah Urusan Kanan dan Ketua bagi Asia dan Timur Tengah bagi Stonepeak, Hajir Naghdy. “Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan pasukan pengurusan berpengalaman Equalbase dalam projek-projek awal di Korea Selatan dan Malaysia, dan untuk meneruskan momentum Stonepeak di Asia Pasifik ketika kami berhasrat untuk mengenal pasti aset dan platform infrastruktur tambahan yang menarik merentasi rantau itu.”

“Pelanggan di Asia terus menghadapi pilihan terhad untuk pembangun dan pengurus logistik pakar yang boleh dengan pasti memenuhi keperluan logistik mereka yang semakin berkembang pada skala, yang kami percaya mewujudkan peluang-peluang menarik untuk pertumbuhan industri yang berterusan,” kata Pengarah Urusan Stonepeak, Michael Chan. “Equalbase mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menyediakan penyelesaian logistik yang berkualiti tinggi dan ditempah, seperti yang digambarkan oleh pangkalan pelanggan mewah mereka. Kami percaya bahawa keupayaan dan pendekatan berpusatkan pelanggan ini digabungkan dengan keupayaan pelaburan dan pengetahuan sektor Stonepeak akan membolehkan perkongsian kami memacukan nilai yang signifikan bagi pemegang kepentingan kolektif kami.”

“Kami gembira kerana dapat menggabungkan tenaga dengan Stonepeak,” kata Christian Bischoff, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif bagi Equalbase. “Kami percaya usaha sama ini akan memberikan kami dengan satu platform pelaburan luar biasa yang akan memberikan kami peluang untuk terus berkembang dan membangunkan aset yang cemerlang dan mapan  bagi  pelanggan kami.”

Maklumat mengenai Stonepeak

Stonepeak ialah sebuah firma pelaburan alternatif terkemuka yang membuat pengkhususan di dalam infrastruktur dan aset nyata dengan kira-kira $51.7 bilion aset di bawah pengurusan. Melalui pelaburan mereka di dalam perniagaan defensif, aset ketara di peringkat global, Stonepeak menyasarkan untuk mencipta nilai bagi pelabur mereka dan syarikat-syarikat portfolio, serta memberi satu kesan positif kepada komuniti di tempat ia beroperasi. Stonepeak menaja instrumen pelaburan yang tertumpu pada ekuiti dan kredit persendirian. Firma itu menyediakan modal, sokongan operasi dan perkongsian yang komited untuk mengembangkan pelaburan secara mapan di dalam sektor sasaran mereka, yang termasuk komunikasi, peralihan tenaga, pengangkutan dan logistik serta infrastruktur sosial. Stonepeak beribu pejabat di New York dan mempunyai pejabat di Austin, Hong Kong, Houston, London dan Sydney. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.stonepeak.com.

Maklumat mengenai Equalbase
Equalbase ialah sebuah pakar aset industri dan komersial yang menyediakan penyelesaian pembangunan, pengurusan dan pelaburan bertaraf global kepada institusi, keluarga dan penasihat mereka. Sebagai sebuah peneraju pemikiran di dalam kejuruteraan dan inovasi yang mapan, Equalbase membantu pelanggan global menyelesaikan isu-isu rantaian bekalan yang menangani persoalan perubahan iklim mereka. Pasukan global Equalbase diasaskan di dalam tiga bidang utama termasuk perkhidmatan pembangunan dan pengurusan, pengurusan dana, dan sains kejuruteraan bangunan dan inovasi untuk aset perindustrian dan komersial. Equalbase beribu pejabat di Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.equalbase.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16343

51TALK SECARA RASMINYA MEMASUKI PASARAN MALAYSIA, MENJADI JENAMA PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS DALAM TALIAN YANG PALING POPULAR

SINGAPURA, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bertempat di lokasi utama iaitu lebuh raya Selangor, Malaysia, satu siri papan iklan yang mengetengahkan "Kursus Bahasa Inggeris Dua Hala dengan Guru Berbangsa Asing" menarik perhatian dari jauh. Ini menandakan kemasukan rasmi 51Talk ke pasaran Malaysia. 51Talk berada di landasan untuk meneroka dan merevolusikan pasaran dan industri pendidikan Bahasa Inggeris dalam talian Malaysia.

51Talk memasuki pasaran Malaysia pada Mac 2020, ketika dunia dilanda pandemik COVID-19 dengan kelas bersemuka tergendala akibatnya. Dengan memanfaatkan mod "Internet + Pendidikan", 51Talk menggunakan kabel rangkaian dan skrin untuk membangunkan mod dalam talian baru untuk mengajar Bahasa Inggeris.

51Talk memilih guru berkualiti di seluruh dunia untuk melaksanakan kelas dua hala mendalam yang diajar oleh guru berbangsa asing. Bukan sahaja kelas-kelas ini dapat mewujudkan persekitaran Bahasa Inggeris yang mendalam dan meningkatkan komunikasi bahasa Inggeris pelajar mengenai kemahiran dengan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan guru berbangsa asing pada usia muda malah mereka juga boleh menggalakkan pelajar untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain, serta meningkatkan aksen, sebutan dan kemahiran berfikir dalam Bahasa Inggeris.

Untuk membantu pelajar memperolehi kemahiran komunikasi lisan yang baik dan mencapai keputusan akademik yang lebih baik, 51Talk menggunakan kaedah pendek, frekuensi tinggi dan berkesan dengan menetapkan tempoh kelas pada 25 minit bersama-sama dengan pra-membaca, ulasan selepas kelas, ujian dan bacaan lanjut untuk memastikan pelajar memperolehi. Ia membantu menyerap semua pengetahuan yang dipelajari daripada kelas untuk keputusan yang lebih baik. Sebaliknya, 51Talk berbangga kerana mempunyai kadar lulus 3%, memilih elemen-elemen terbaik untuk menjamin kualiti pendidikan.

51TALK SECARA RASMINYA MEMASUKI PASARAN MALAYSIA, MENJADI JENAMA PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS DALAM TALIAN YANG PALING POPULAR

Tuesday, September 27, 2022

MAMAKIDDIES BERI 500 KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK SECARA PERCUMA

 KLANG, 22 Sept (Bernama) -- Mamakiddies menawarkan 500 kerusi keselamatan kanak-kanak secara percuma kepada ibu bapa di Malaysia demi menyokong usaha kerajaan menjayakan kempen MYCRS.

Program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan program subsidi kepada golongan B40. Ia merupakan program subsidi kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Pengarah Urusan Mamakiddies, Dr Noohul Basheer menyatakan, “Ramai ibu bapa yang memerlukan kerusi keselamatan ini untuk memastikan anak-anak selamat ketika berada dalam kenderaan semasa perjalanan”. Beliau juga berharap agar Mamakiddies dapat membantu menjayakan hasrat kerajaan untuk menyantuni keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

Program ini akan diadakan pada 25 September 2022 di Dewan Hadhari Sekolah Kebangsaan Meru Jalan Tap, Klang, bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sebanyak 500 kerusi keselamatan kanak-kanak ditawarkan bagi mereka yang telah lulus subsidi MYCRS dan masih belum menebus. Mereka yang layak hanya perlu membawa salinan kad pengenalan penerima yang jelas dan membayar yuran pemprosesan sebanyak RM20.

Disamping itu, Mamakiddies turut mengadakan jualan besar-besaran pada hari tersebut dengan harga istimewa bagi barangan kanak-kanak seperti kerusi keselamatan kanak-kanak, katil bayi, stroller, buaian bayi, set permainan dapur kanak-kanak, dan dollhouse. Alatan memasak untuk ibu bapa, pakaian renang dan lain-lain juga ada disediakan. Mereka yang tidak lulus MYCRS juga boleh mendapatkan kerusi keselamatan pada harga istimewa di sini.

Mamakiddies diasaskan di Southampton, United Kingdom (UK) pada tahun 2005 dan sejak itu telah berjaya berkembang ke Malaysia, Australia, Sri Lanka, Australia (Sydney). Bakal membuka satu lagi cawangan di UAE dengan rakan kongsi di Dubai.

Berkenaan dengan kempen MYCRS, kempen ini akan tamat pada 30 September 2022, jadi Mamakiddies menggesa sesiapa sahaja yang layak dan lulus untuk segera memanfaatkan peluang terakhir kemudahan ini dan menebus subsidi berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila menghubungi atau Whatsapp khidmat pelanggan kami di talian 011-55510173.

Untuk maklumat lanjut mengenai program 500 kerusi keselamatan kanak-kanak percuma boleh layari website di www.mamakiddies.com.my atau terus ke TikTok, Instagram dan Facebook Mamakiddies di @Mamakiddies.my. Maklumat lanjut berkenaan MYCRS secara umum, rujuk pada pautan ini: https://www.mycrs.gov.my/ .

SUMBER: Mamakiddies, MYCRS

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16332

Saturday, September 24, 2022

IDP BAKAL MEMPEROLEH INTAKE EDUCATION

Dua jenama pendidikan antarabangsa yang dipercayai bersatu untuk menjadi peneraju global yang jelas

SYDNEY, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, IDP Education mengumumkan hasrat mereka untuk mengalu-alukan Intake Education, sebuah organisasi pendidikan antarabangsa terkemuka, ke dalam pasukan global mereka.

Bekerjasama rapat dari segi budaya, IDP dan Intake disatukan oleh sokongan berkualiti yang mereka sediakan kepada pelajar antarabangsa, dan perkhidmatan terkemuka yang mereka sediakan sebagai rakan institusi.

Intake membawa kepada IDP tiga dekad kepimpinan industri di dalam sektor pendidikan antarabangsa ke United Kingdom.

Berpusat di 10 buah negara dan dengan bangganya mengutamakan pelajar, pekerja Intake akan membawa kepakaran, pengalaman dan kepelbagaian tambahan kepada pasukan global IDP yang terdiri daripada 5,000 orang pekerja.

Murray Walton, Ketua Pegawai Eksekutif Sementara, IDP, berkata dengan mengalu-alukan Intake ke dalam pasukannya, IDP akan berada pada satu kedudukan untuk membantu pelajar merentasi lebih banyak lokasi mengakses pendidikan antarabangsa. 

PEJABAT PERSEDIAAN HOSPITAL UNIVERSITI TSING HUA DIBUKA SECARA RASMI DI TAOYUAN




HSINCHU, Taiwan, 23 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pada 20 Ogos, Pejabat Persediaan Hospital Universiti Tsing Hua telah dibuka secara rasmi di Bangunan Xinkong di Depoh Qingpu di Taoyuan Metro Corporation, yang terletak hanya satu stesen MRT dari tapak di mana Hospital itu akan dibina.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220922005421/en/

NTHU dan Kerajaan Bandar Raya Taoyuan telah menandatangani satu surat hasrat yang menggariskan rancangan mereka untuk bersama-sama menubuhkan sebuah pusat perubatan bertaraf dunia yang akan memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat; rancangan itu juga termasuk bantuan dalam latihan guru-guru dwibahasa dan sokongan untuk pendidikan sains dan pendidikan eksperimen di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah Taoyuan.

Pejabat Persediaan itu telah dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Bandar bagi Bandar raya Taoyuan, Cheng Wen-tsan dan presiden NTHU W. John Kao.

Datuk Bandar Cheng telah memainkan satu peranan penting dalam peringkat awal projek Hospital itu. Beliau menegaskan bahawa Taiwan mahir di dalam kedua-dua bidang elektronik dan penjagaan perubatan, yang mana kedua-duanya diajar di NTHU, dan itulah sebabnya kenapa beliau menjadi seorang penyokong tegar bagi NTHU melalui semua kesukaran yang timbul di dalam peringkat perancangan itu.

Cheng menekankan bahawa ia akan mengambil masa hanya sepuluh minit bagi sebuah ambulans untuk pergi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan ke bilik kecemasan di hospital baharu itu; dan selain daripada pembedahan kosmetik dan pemeriksaan kesihatan, Hospital itu akan juga menyediakan penjagaan kritikal dan terapi tangkapan neutron boron (BNCT).

Lebih-lebih lagi, Hospital itu dijangka menjadi sebuah pusat terkemuka bagi pembangunan teknologi penjanaan semula sel termaju.

Presiden Kao berkata bahawa ini adalah satu hari yang sangat penting untuk NTHU, memandangkan sekolah itu telah lama menjurus kepada pendidikan perubatan, dan kini impian itu akhirnya menjadi kenyataan, sambil menyatakan bahawa “Hari ini adalah satu peristiwa penting di dalam perjalanan sejauh 50 kilometer ini dari NTHU ke Taoyuan, yang telah berterusan selama kira-kira 66 tahun.”

Kao juga menyatakan bahawa tahun ini boleh dilihat sebagai “tahun perubatan” di NTHU, memandangkan kumpulan pertama pelajar perubatan telah baru-baru ini mendaftar.

Hospital itu akan terletak berhampiran Stesen Hengshan (A16) di laluan MRT Lapangan Terbang, di atas sebidang tanah yang disediakan oleh Bandar raya Taoyuan. Saiz petak itu ialah 7.2 hektar, di mana 5 hektar akan digunakan untuk Hospital itu sendiri, manakala baki 2.2 hektar akan digunakan untuk kemudahan pengajaran dan penyelidikan yang berkaitan.

Naib presiden kanan NTHU Lyu Ping-chiang berkata bahawa perjanjian BOT itu akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, dan pembinaan akan dimulakan pada tahun depan, tidak lama selepas petak itu dipindahkan. Hospital itu dijangka siap pada penghujung tahun 2027 dan dibuka pada tahun 2028.

Hospital itu pada peringkat awal akan mempunyai 200 katil penjagaan akut am, ditambah dengan sebuah unit rawatan rapi, sebuah unit penjagaan pernafasan, bilik-bilik pengasingan tekanan negatif, dan sebuah unit psikiatri untuk kedua-dua pesakit dalam dan pesakit luar, yang kesemuanya akan diperluaskan secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun untuk mencapai jumlah kapasiti 910 katil. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16338

Thursday, September 22, 2022

​TRILLIANT MELAKSANAKAN PENYELESAIAN PEMETERAN AIR PINTAR DI KANADA

Penyelesaian tanpa wayar menyelesaikan ketersambungan dan cabaran meter untuk kompleks rumah bandar Toronto

BANGKOK, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Enlit Asia 2022 – Trilliant, sebuah penyedia penyelesaian antarabangsa terkemuka bagi infrastruktur pemeteran lanjutan (AMI), grid pintar, bandar raya pintar dan IIOT, mengumumkan kejayaan pelaksanaan bagi satu penyelesaian pemeteran air tanpa wayar di Kanada, sekali gus mengesahkan kedudukan mereka untuk menyokong projek-projek pemeteran yang mencabar di mana ketersambungan yang kukuh dan boleh dipercayai diperlukan. Provident, sebuah syarikat perkhidmatan tenaga dan pemeteran kecil di Kawasan Greater Toronto yang mengkhusus di dalam pasaran berbilang kediaman, telah memilih penyelesaian Air Pintar Trilliant untuk sebuah projek di Toronto, Ontario, yang memerlukan satu penyelesaian pemeteran tingkat bawah tanah untuk beberapa rumah bandar.

Pemasangan meter utiliti selalunya boleh menjadi satu proses yang rumit dengan banyak pertimbangan, termasuk cabaran rantaian bekalan, pendawaian bagi peralatan dan faktor lain.

Projek Provident itu menggunakan teknologi Trilliant bagi membolehkan penyambungan meter air ke sebuah unit antara muka meter air (MIU), yang boleh diprogramkan untuk berantara muka dengan mana-mana meter yang tersedia merentasi pelbagai jenama. Titik akses membaca MIU secara tanpa wayar, menghapuskan keperluan untuk mengadakan pendawaian melalui lantai dan dinding.

“Provident komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ralph Simone, Presiden di Provident Energy Management Inc. “Untuk berbuat demikian, kami bergantung kepada teknologi dan penyelesaian termaju seperti platform Air Pintar Trilliant untuk membolehkan perniagaan kami .”

Penyelesaian untuk Provident itu telah digunakan pada platform AMI Trilliant, amat sesuai untuk peranti yang sukar dicapai dan sensitif kepada bateri. Penyelesaian Air Pintar Trilliant ialah satu bahagian penting di dalam inisiatif bangunan pintar Trilliant dan sedang merevolusikan ketersambungan di dalam bangunan sambil memperkasakan pemilik bangunan untuk menguruskan infrastruktur dengan lebih baik tanpa pemasangan wayar yang mengganggu. Tidak seperti penyelesaian lain, MIU secara individu tidak perlu berada berdekatan di antara satu sama lain, hanya perlu berada dalam jangkauan titik akses itu.

Tingkat bawah tanah khususnya memberikan cabaran bagi kebanyakan aplikasi berwayar dan tanpa wayar, terutamanya ketika cuba untuk memasang penyelesaian ketika dalam proses pembinaan. Lazimnya terdapat garis penglihatan yang lemah, yang memerlukan lebih banyak nod, dan isyarat lemah secara keseluruhan. Penyelesaian Trilliant menawarkan liputan dan kapasiti yang ekstrim sambil menyediakan kepada pelanggan dengan keselamatan ketat yang mereka perlu dan harapkan.

“Dalam menggunakan teknologi Trilliant di dalam bangunan, pelanggan boleh mengharapkan ketersambungan yang boleh dipercayai tanpa gelatuk di atas dan penggunaan kuasa yang tipikal bagi peranti RF yang lain. Peranti yang berkuasa bateri memudahkan pemasangan dan menyokong pelbagai pilihan meter, untuk meletakkan pelanggan seperti Provident dalam kawalan sepenuhnya bagi aset mereka,” kata Steven Lupo, Pengarah Urusan, Kanada di Trilliant. “Penyelesaian Trilliant mudah untuk digunakan dalam pembangunan kediaman dan komersial, dan boleh menyediakan ketersambungan bukan sahaja untuk pemeteran air, tetapi juga bagi aplikasi elektrik dan haba, sambil mengurang atau menghapuskan kos overhed, risiko dan penyelenggaraan yang datang dengan pemasangan berwayar.”

Penggunaan di Toronto menunjukkan kemudahan dan kelajuan pemasangan, prestasi dan kebolehskalaan teknologi itu - dan ia direka bentuk untuk berfungsi dengan hampir kesemua  sistem untuk menyediakan satu sumber data yang selamat dan berkuasa. Trilliant telah berjaya melaksanakan penyelesaian yang serupa di Chile, Republik Dominica, Peru, Jepun dan United Kingdom.

Maklumat mengenai Trilliant

Trilliant® memperkasakan industri tenaga global dengan satu-satunya platform komunikasi peranti agnostik yang membolehkan pihak utiliti dan bandar raya untuk menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan boleh dipercayai pada satu rangkaian yang berkuasa. Portfolio kami yang dibina khas telah direka bentuk untuk menawarkan kuasa pilihan, tanpa pelanggan menghadapi risiko “terkunci” dengan satu penyedia teknologi. Kami berbangga untuk menawarkan penyelesaian misi kritikal yang menyokong AMI, Data & Analitik, Grid Pintar dan Bandar raya Pintar. Pelanggan di seluruh dunia mendapat manfaat daripada gabungan unik Trilliant bagi kelenturan, kemapanan dan skalabiliti yang menghubungkan utiliti dan bandar raya ke IIOT dan satu laluan yang lebih strategik kepada Peralihan Tenaga. Layari kami di www.trilliant.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16322

SYARIKAT PERMULAAN KECERDASAN RANGKAIAN YANG DIBOLEHKAN AI BUATAN SENDIRI DI INDIA MENANDATANGANI SATU PERJANJIAN UNTUK MENEMBUSI PASARAN GLOBAL




Table

Pramod Gummaraj, Ketua Pegawai Eksekutif, Aprecomm (Foto: Business Wire)


BANGALORE, India, 22 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aprecomm, syarikat kecerdasan rangkaian terkemuka India, hari ini mengumumkan perkongsian mereka dengan Technology Distribution Specialists (TDS) yang berpangkalan di Singapura untuk pengedaran teknologi Kecerdasan Rangkaian mereka. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, TDS akan disenaraikan sebagai satu daripada rakan pengedar rasmi Aprecomm. TDS akan kini diberi kuasa untuk mengedarkan penyelesaian kecerdasan rangkaian Aprecomm bagi industri komunikasi di seluruh rantau Asia Pasifik.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220921005704/en/

Dengan penglibatan ini, Aprecomm akan memanfaatkan pangkalan pengguna merentasi rantau Asia Tenggara dan Australia-New Zealand. Produk Aprecomm yang dibolehkan AI akan merevolusikan penghantaran rangkaian oleh pembekal perkhidmatan rangkaian termasuk rangkaian gentian, WiFi rumah dan WiFi perusahaan.

Encik Pramod Babu, Ketua Pegawai Eksekutif Aprecomm, berkata, “Kami sedang meneliti  untuk meningkatkan kehadiran global kami dengan pantas dan membantu penyedia perkhidmatan dalam menyediakan perkhidmatan Internet Berkualiti kepada pelanggan akhir. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan TDS bagi berkembang secara agresif di wilayah Asia Tenggara dan Australia New Zealand (ANZ).”

“Kami gembira untuk memasukkan Aprecomm ke dalam portfolio produk TDS,” kata Sergio Ferreira, Pengarah bagi Technology Distribution Specialists (TDS). Beliau menambah bahawa perkhidmatan kecerdasan rangkaian Aprecomm akan menawarkan kepada pelanggan kami dengan satu penyelesaian yang berguna di dalam ruang Wi-Fi, ISP dan TSP. Aprecomm merangkumi sepenuhnya falsafah TDS bagi menghasilkab dan menyokong produk berteknologi tinggi yang memenuhi keperluan unik pelanggan kami di SEA dan APAC.

Dengan perjanjian ini, Aprecomm akan mencapai penembusan yang lebih luas di seluruh APAC. TDS akan mengedarkan Aprecomm Virtual Wireless Expert, sebuah perisian pengalaman yang berkualiti di kalangan rangkaian ISP dan rakan saluran mereka, yang membolehkan pengguna dari pelbagai geografi merentasi rantau APAC untuk menikmati pengalaman internet yang dipertingkatkan.

Encik Guharajan Sivakumar, Ketua Pegawai Teknologi, Aprecomm, berkata, “Kami teruja untuk melihat sambutan yang diterima oleh penyelesaian berasaskan Kecerdasan Buatan kami yang merentasi geografi dan ingin menyediakan pengalaman internet yang dipertingkatkan kepada pelanggan Global dengan TDS sebagai rakan pengedaran kami.”

Maklumat mengenai Aprecomm

Aprecomm ialah sebuah pengubah keadaan bagi industri dengan Timbunan Perisian yang dibolehkan oleh Kecerdasan Buatan (AI) untuk memahami Pengalaman Wi-Fi Pelanggan. Teknologi Aprecomm yang dipatenkan membantu dalam mengesan masalah isu-isu Wi-Fi secara automatik dan proaktif. Dengan cara ini ISP dan Perusahaan akan dapat membetulkannya dengan serta-merta dan meminimumkan masa terhenti secara mendadak. Penyelesaian Aprecomm membantu perusahaan, Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) dan Pembekal Perkhidmatan Teknologi (TSP) meningkatkan standard perniagaan mereka melalui kebolehpercayaan yang lebih tinggi, mengurangkan perbelanjaan dan pulangan pelaburan atau ROI yang pantas.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220921005704/en/

Hubungi

Broadnection
Prashant
E-mel: prashant@broadnection.com
Nombor Telefon: +91- 9582602429

Sumber : Aprecomm

Wednesday, September 21, 2022

CIIE KELIMA ADALAH UNTUK MEMPERLUASKAN SKOP BAGI NEGARA-NEGARA BELT AND ROAD




SHANGHAI, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), pameran perdagangan bertemakan import peringkat kebangsaan yang pertama di dunia, terus menyediakan sebuah platform untuk berkongsi peluang-peluang pasaran di China dengan negara-negara Inisiatif Belt and Road atau BRI.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220919005806/en/ 

CIIE itu, yang telah dilancarkan pada tahun 2018, terdiri daripada sebuah pameran perniagaan, sebuah pameran negara dan Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao.

Ekspo itu telah berkembang dari segi skala dan pengaruh – ruang bagi pameran perniagaan telah meningkat daripada 270,000 meter persegi pada tahun 2018 kepada 366,000 meter persegi pada tahun 2021, manakala tiga edisi yang pertama telah membantu menyalurkan kira-kira $30.5 bilion pelaburan asing ke dalam 622 projek.

Edisi kelima bagi CIIE akan diadakan di Shanghai dari 5 hingga 10 Nov tahun ini seperti yang dijadualkan. Seperti biasa, banyak syarikat akan menghadiri ekspo itu buat kali pertama - mereka termasuk gergasi logam dan perlombongan global Kumpulan Rio Tinto dan syarikat semikonduktor multinasional Jepun Renesas Electronics Corp.

CIIE telah menjadi tempat pilihan bagi syarikat-syarikat untuk mengumumkan ciptaan baharu. Sepanjang empat edisi yang lalu, pempamer telah memperkenalkan lebih daripada 1,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu.

CIIE telah membukakan lagi pasaran China yang luas dan membuat satu perubahan besar di dunia, terutamanya di negara-negara kurang maju, di Eropah Tengah dan Eropah Timur dan mereka yang terlibat di dalam BRI.

Mamani, sebagai contoh, seorang tukang alpaca dari Peru, pernah mencari rezeki dengan menjual karya seni alpaca di gerai tepi jalan beliau, dengan memperoleh pendapatan kurang daripada $20 sehari. Disebabkan oleh CIIE, pesanan dari China kini menjana pendapatan bulanan sebanyak $50,000 bagi beliau, dan pekerjaan yang stabil untuk 200 lagi atau lebih tukang seperti beliau. “Tanpa pesanan dari China itu, ramai tukang seperti saya akan menganggur,” kata beliau.

Kesan limpahan yang mantap dari ekspo itu telah menarik lebih banyak perhatian.

Dalam CIIE keempat, banyak produk dari Trinidad dan Tobago telah menarik perhatian pengguna China. “Kami menjangka akan menghadiri CIIE kelima tahun ini untuk mempamerkan barangan istimewa kami,” kata Analisa Low, yang menyandang jawatan beliau sebagai duta Trinidad dan Tobago ke China, dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dari segi Pameran Perniagaan, CIIE kelima itu sekali lagi akan menampilkan enam ruang pameran — Produk Makanan dan Pertanian, Industri Pintar dan Teknologi Maklumat, Peralatan Perubatan dan Produk Penjagaan Kesihatan, Barangan Pengguna, Perdagangan dalam Perkhidmatan, dan Automobil.

Di samping itu, satu siri acara sampingan seperti aktiviti promosi di negara-negara asing, majlis menandatangani dan forum, telah menjadikan CIIE lebih daripada sekadar sebuah ekspo enam hari, tetapi juga satu cara untuk menukar pempamer menjadi pelabur.

Pastikan anda melayari laman web rasmi CIIE untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang edisi kelima yang akan datang: https://www.ciie.org/zbh/en/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16320

MARY KAY MENCABAR BELIA GLOBAL UNTUK MENANGANI SDG 14: KEHIDUPAN DI BAWAH AIR DALAM CABARAN INOVASI TAHUNAN KETIGA SIRI DUNIA BAGI NETWORK FOR TEACHING ENTREPRENEURSHIP




Persaingan Global Meraikan Keusahawanan Belia dan Kuasa Pemikiran Berinovatif

DALLAS, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, mengumumkan cabaran tahunan Siri Dunia bagi Inovasi (WSI) ketiga mereka dengan kerjasama Network for Teaching Entrepreneurship (NFTE). Persaingan global itu menjemput golongan muda berumur 13-24 tahun untuk menguji kemahiran pemikiran kritis mereka dan terlibat di dalam menyelesaikan beberapa daripada cabaran terbesar yang dihadapi manusia hari ini untuk memajukan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG).
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220915005847/en/ 


Cabaran WSI Mary Kay bermula pada 15 September bersempena dengan Hari Pembersihan Sedunia. Cabaran Mary Kay menggalakkan usahawan muda untuk mengemukakan penyelesaian berinovatif bagi menangani SDG 14 PBB: Kehidupan Di Bawah Air. Khususnya, pelajar dicabar untuk mereka bentuk satu penyelesaian untuk meneruskan pemuliharaan dan/atau perlindungan bagi ekosistem marin dan komuniti pantai dunia.

“Semua kehidupan di Bumi bermula dan bergantung kepada lautan kita. Air ialah sumber yang paling berharga di planet kita, dan ia adalah penting bagi kita untuk bukan sahaja menghormatinya, tetapi juga memainkan peranan kita untuk melindunginya,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay Inc. “Generasi pemikir dan pemimpin global akan datang sedang menangani bidang-bidang kritikal yang membimbangkan ini dan menerajui usaha pemuliharaan. Kami teruja untuk melihat bagaimana belia dunia boleh membantu memajukan ekosistem dan pemuliharaan biodiversiti secara global.”

Monday, September 19, 2022

PASUKAN PENYELIDIKAN ANTARA DISIPLIN NTHU MENEMUI RAHSIA KEPADA KEJAYAAN

Chou Yu-Ju (kiri) dan Kuo Tsung-Han telah mendapati bahawa penguasaan sosial tidak begitu banyak ditentukan oleh siapa yang lebih kuat, tetapi oleh siapa yang bersedia untuk mengalah. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)

HSINCHU, Taiwan, 19 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kunci kepada kejayaan adalah jangan mudah berputus asa! Penyelidikan spesies bersilang yang dijalankan oleh sebuah pasukan penyelidikan antara disiplin di Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) yang diketuai oleh profesor Yu-Ju Chou dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Tsung-Han Kuo dari Institut Sistem Neurosains telah mendapati bahawa hierarki sosial bagi kanak-kanak dan tikus adalah terbentuk serupa pada usia awal. Anehnya, mereka mendapati bahawa hierarki ini tidak ditentukan oleh siapa yang lebih kuat, tetapi oleh siapa yang bersedia untuk mengalah.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220913005090/en/

Penyelidikan mereka telah diterbitkan di dalam iScience, sebuah jurnal kecil di Cell. Mereka mencadangkan bahawa ibu bapa dan guru harus memberi perhatian yang teliti terhadap interaksi sosial di kalangan kanak-kanak, dan memberikan bimbingan dan galakan tambahan kepada kanak-kanak yang penakut atau submisif.

Percubaan yang digunakan untuk mengenal pasti hierarki tikus muda ialah satu “ujian tiub”, di mana seekor tikus dipaksa untuk berundur oleh lawan ke dalam sebuah tiub sempit. Yang menghairankan, hasilnya tidak ditentukan oleh mana-mana tingkah laku tertentu tikus yang dominan, tetapi oleh kecenderungan untuk mengalah di kalangan tikus yang submisif, yang boleh dicirikan sebagai “keputusan oleh yang kalah.”

PASUKAN PENYELIDIKAN ANTARA DISIPLIN NTHU MENEMUI RAHSIA KEPADA KEJAYAAN

ADRIAN RIDGE DILANTIK SEBAGAI NAIB PRESIDEN EKSEKUTIF OPERASI & PEMBUATAN UNTUK NIKKISO CLEAN ENERGY DAN INDUSTRIAL GASES GROUP

TEMECULA, Calif., 19 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Cryogenic Industries Clean Energy & Industrial Gases Group (“Kumpulan”), sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Adrian Ridge telah dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif, Operasi & Pembuatan.


Adrian ialah seorang eksekutif antarabangsa yang berpengalaman selama 30 tahun dengan Atlas Copco dalam pelbagai peranan kepimpinan daripada Pengurusan Perkhidmatan, Pengurusan Pemasaran Produk, Pengurusan Am dan Presiden Global bagi kedua-dua bahagian peralatan Perkhidmatan dan Prime. Beliau ialah seorang Jurutera Mekanikal dengan MBA dalam Perniagaan antarabangsa.

Mempunyai tanggungjawab global selama lebih daripada 20 tahun dan berpangkalan di UK, Ireland, Jepun, Sepanyol dan Belgium, beliau membawa pemahaman yang mendalam tentang cabaran yang akan dihadapi oleh Kumpulan ketika mereka terus mengembangkan jejak antarabangsa mereka. Dalam peranan ini Adrian akan menerajui operasi global, mengarahkan Presiden Unit Fungsian dan Pengurus Besar Kumpulan untuk terus membangunkan dan meningkatkan strategi pembuatan global dan sistem pengurusan kecemerlangan operasi mereka. Beliau juga akan menumpukan pada pengalaman pelanggan, pengurusan rantaian bekalan, jaminan kualiti dan sokongan inisiatif global Kumpulan.

"Adrian bersemangat untuk membangunkan operasi yang memberikan 'pengalaman pelanggan yang unggul'," menurut Peter Wagner, Ketua Pegawai Eksekutif Nikkiso CE&IG. “Beliau tidak sabar untuk menyertai misi CE&IG ‘untuk menyediakan peralatan, teknologi dan perkhidmatan yang inovatif melalui kumpulan syarikat global kami untuk membantu pelanggan kami membuat perubahan!’”

Beliau akan berpangkalan di Belgium dan melakukan perjalanan secara meluas ke lokasi operasi global utama Kumpulan. Dengan tambahan ini, Nikkiso meneruskan komitmen mereka untuk muncul di arena global dan tempatan bagi pelanggan mereka.

PERIHAL CRYOGENIC INDUSTRIES
Cryogenic Industries, Inc. (kini ahli Nikkiso Co., Ltd.) syarikat ahli mengeluarkan dan perkhidmatan kejuruteraan peralatan pemprosesan gas kriogenik (pam, pengembang turbo, penukar haba, dsb.), dan loji pemprosesan bagi Gas Industri, Pencecairan gas asli (LNG), Pencecairan Hidrogen (LH2) dan Kitaran Rankine Organik untuk Pemulihan Haba Sisa. Diasaskan lebih daripada 50 tahun yang lalu, Cryogenic Industries merupakan syarikat induk bagi ACD, Nikkiso Cryo, Nikkiso Integrated Cryogenic Solutions, Cosmodyne dan Cryoquip serta kumpulan yang dikawal secara umum bagi kira-kira 20 entiti pengendalian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.nikkisoCEIG.com dan www.nikkiso.com.

HUBUNGAN MEDIA:
Anna Quigley
+1.951.383.3314
aquigley@cryoind.com 

SUMBER : Cryogenic Industries

Friday, September 16, 2022

EKSPO GLOBAL TAHUNAN MEMPERKASAKAN EKONOMI DIGITAL WILAYAH HEBEI DI UTARA CHINA

SHIJIAZHUANG, China, 15 Sept., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo Ekonomi Digital Antarabangsa China 2022 dijadual diadakan di Shijiazhuang, ibu kota bagi Wilayah Hebei di utara China pada pertengahan November. Persidangan ini akan menyediakan pempamer dengan sebuah platform pameran bertaraf tinggi dan berstandard tinggi serta perkhidmatan rangkaian lengkap seperti paparan pencapaian, pelancaran baharu, rangkaian dan pemadanan, ucapan pada forum, publisiti media dan perkhidmatan reruai, menurut Jabatan Industri dan Teknologi Maklumat bagi Wilayah Hebei.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Hebei telah melihat Ekspo Ekonomi Digital Antarabangsa China sebagai sebuah platform penting untuk menggalakkan perindustrian digital dan pendigitalan industri, memudahkan penyepaduan mendalam bagi ekonomi digital dan ekonomi sebenar, dan menggalakkan pembangunan ekonomi yang mantap dan berkualiti tinggi.

Ekspo itu telah diadakan di Shijiazhuang, masing-masing pada Oktober 2019 dan September 2021, yang membawa dorongan baharu kepada ekonomi digital, ekonomi pameran dan industri berkaitan di Hebei.

Pada ekspo tahun lalu, lebih daripada 180 projek telah ditandatangani dengan jumlah pelaburan lebih daripada 120 bilion yuan. Keghairahan pelaburan oleh pemain pasaran memberi inspirasi kepada imaginasi rakyat tentang potensi pertumbuhan bagi ekonomi digital. Ramai pakar industri mengadakan dialog sepanjang 30 acara yang diadakan dalam tempoh tiga hari, menjanakan idea baharu yang menyegarkan pemahaman orang ramai tentang pembangunan ekonomi digital.

Ekspo Ekonomi Digital Antarabangsa China telah memberikan dorongan kuat bagi  pembangunan pesat dan berkualiti tinggi bagi ekonomi digital Hebei.

Pada tahun 2020, indeks pendigitalan perindustrian Hebei menduduki tempat ke-10 di negara itu, dengan perusahaan di dalam bidang keluli, kereta, petrokimia dan bidang lain bergegas ke arah transformasi digital.

Internet perindustrian wilayah itu membantu memacukan indeks pertumbuhan ekonomi mereka untuk mencapai 73.5 pada tahun 2020, jauh lebih tinggi daripada purata kebangsaan 48.8. Kadar aplikasi bagi platform pengkomputeran awan industri meningkat sebanyak 10.5 peratus, dan kadar pengkomputeran awan bagi peralatan industri perusahaan ialah 15.94 peratus, untuk menduduki tempat kedua di negara itu.
 
Sumber: Jabatan Industri dan Teknologi Maklumat bagi Wilayah Hebei 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16308

Thursday, September 15, 2022

100 SEBAB UNTUK MENCINTAI BEIJING: WARGA SIBER GLOBAL DIJEMPUT UNTUK MEMBUAT VIDEO MENGENAI BEIJING

Pertandingan Video Ketiga mengenai “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” telah dilancarkan pada 8 September, 2022.


BEIJING, 15 Sept., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pertandingan Video Ketiga mengenai “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” telah dilancarkan pada 8 September, 2022. Ditaja oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing dan dianjurkan oleh Pusat Berita dan Maklumat, Agensi Berita Xinhua, peraduan itu direka untuk menarik pengguna Internet dari seluruh dunia untuk berkongsi tanggapan mereka mengenai Beijing dengan video pendek atau kata-kata emas.

Xu Hejian, pengarah bagi Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing, berkata dalam ucapan beliau Pertandingan Video Pendek “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” itu, sebuah acara jangkauan kebudayaan yang dimulakan oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing, telah berjaya diadakan sebanyak dua kali. Ia menarik penyertaan lebih 3,000 rakan asing dari lebih 100 buah negara dan wilayah, dan memperoleh hampir 5,000 hasil karya secara agregat, yang mana banyak video yang sangat baik telah dipilih. Edisi 2022 bagi pertandingan itu yang bertemakan “How YOUNG Beijing Is” terus memperolehi video pendek dari kalangan warga asing yang sukakan Beijing. Pertandingan itu bertujuan untuk bertindak sebagai sebuah platform bagi orang ramai untuk bertukar-tukar perasaan mereka mengenai Beijing.

“Persahabatan, yang terhasil daripada perhubungan rapat di antara orang ramai, adalah kunci kepada perhubungan negara ke negara yang kukuh,” Ma Jianguo, timbalan pengarah bagi Pusat Berita dan Maklumat, Agensi Berita Xinhua, berkata “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” itu adalah sebuah aktiviti untuk membawa orang ramai dari seluruh dunia berhubungan, dan bagi membolehkan orang ramai di seluruh dunia memahami Beijing dengan lebih baik. “Menjelang penganjuran acara itu, ramai rakan asing menghantar video kepada cawangan-cawangan Agensi Berita Xinhua di luar negara, untuk memaklumkan bagaimana dan mengapa mereka mencintai Beijing”.

Beijing adalah sebuah ibu kota purba, yang menjadi saksi kepada lebih daripada 3,000 tahun jatuh bangun sejarah; Beijing juga merupakan sebuah bandar raya moden, penuh bertenaga, dan menyaksikan perubahan pada setiap hari. Sejak akhir Dinasti Ming, Beijing telah menarik rakan-rakan dari seluruh dunia. Orang suka Beijing atas sebab yang berbeza. Ada yang mencintai pemandangan indah Beijing, sebahagiannya pula suka makanan Beijing, sebahagian lagi mengenai vitaliti untuk memulakan perniagaan, dan sebahagian pula mengenai kepelbagaian kebudayaan Beijing.

Peraduan itu mengalu-alukan penyertaan daripada warga siber dari seluruh dunia, termasuk rakan antarabangsa yang menetap di Beijing, pernah ke Beijing, atau mempunyai minat di Beijing. Sesiapa yang berminat boleh menghantar e-mel karya mereka ke lovebeijing2022 @163.com, dan boleh bercakap mengenai tajuk “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing" di Weibo.

Beijing menjemput warga siber global untuk berkongsi cerita-cerita itu.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=429307

Kapsyen: Pertandingan Video Ketiga mengenai “100 Sebab Untuk Mencintai Beijing” telah dilancarkan pada 8 September, 2022.

--BERNAMA