Saturday, July 31, 2021

KEDAH MELANCARKAN PERMIT PEMBINAAN EKSPRES : E10 MESRA PELABUR

ALOR SETAR, 30 Julai (Bernama) -- Dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi dan produktiviti negeri Kedah, inisiatif E10 telah dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim secara atas talian melalui Facebook rasmi kerajaan Negeri Kedah.


Inisiatif di bawah Kedah Produktif Kedah Digital ini bakal menyaksikan Kedah bangkit dari pandemik Covid-19 dengan memudahcara permit pembinaan kepada pelabur berskala besar yang memilih untuk melabur di Kulim, Kedah.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim inisiatif E10 ini memudahkan dan mempercepatkan proses pembinaan kilang di Kedah.

“Di samping meningkatkan ekonomi serta produktiviti negeri Kedah, inisiatif mesra pelabur ini juga dapat memperkukuhkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan juga menambah peluang pekerjaan baharu di negeri ini,” kata beliau.

Inisiatif E10 adalah inisiatif baharu permit pembinaan secara ekspres dan ditawarkan oleh pihak berkuasa tempatan Majllis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Dalam merangka dan membangunkan inisiatif ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara telah membantu memberi khidmat nasihat dan mengadakan aktiviti libat urus bersama pihak Majlis Perbandaran Kulim, pemain industri dan agensi teknikal bagi memastikan apa yang dirangka ini praktikal dan boleh dilaksanakan berdasarkan peraturan sedia ada.

Beliau turut berkata inisiatif E10 ini pastinya menjadikan Negeri Kedah sebagai negeri pilihan pelabur dan peniaga yang mempunyai kelebihan serta berpotensi sebagai destinasi utama pelaburan di Malaysia. Beliau juga yakin ia akan memberi satu pengalaman baharu yang kondusif dan bakal membawa keuntungan kepada semua pihak.

Hasil pelaksanaan pada hari ini menyaksikan kejayaan  kilang milik ASPEN Glove yang dapat beroperasi dan mendapat sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) serta lesen perniagaan dalam masa 10 bulan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah, turut berkata inisiatif ini adalah sebagai galakan kepada pelabur untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh 10 bulan sahaja atau kurang dari satu tahun. Ia juga sebagai dorongan kepada penggiat industri dan pelabur antarabangsa untuk terus melabur di negeri Kedah dan juga seterusnya di seluruh negara.

MPKK juga akan membantu pelabur untuk mendapatkan CCC dan lesen dlm tempoh tersebut. Tambah beliau, MPKK menggunakan pendekatan kaedah Agile Regulation atau peraturan tangkas yang diperkenalkan oleh MPC. Pendekatan baharu ini penting terutamanya sewaktu pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak merencatkan pelaburan asing di negara ini.

Pendekatan MPC dalam inisiatif ini adalah untuk mengubah cara berfikir, cara bekerja serta menambahbaik penyampaian perkhidmatan peraturan yang lebih berfokuskan kepada kehendak pelanggan kata pengarahnya, Dr. Mazrina Mohd Ibramsah. Walau bagaimanapun perubahan proses kerja dalam inisiatif ini tidak akan sedikitpun melanggar peraturan yang sedia ada.

Pendekatan seperti ini bukan saja menyelesaikan segala masalah birokrasi yang dihadapi sebelum ini malah ia mempercepatkan proses dan paling penting mengutamakan ketelusan.

Dengan pembukaan kilang ASPEN Glove di Kulim Industrial Corridor ini dianggarkan sebanyak 2500 peluang pekerjaan tersedia kepada penduduk setempat. 
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
 
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi. 

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14821

Friday, July 30, 2021

TOSHIBA MELANCARKAN MIKROPENGAWAL ARM® CORTEX®-M4 UNTUK KAWALAN MOTOR SEBAGAI PRODUK PERTAMA DI DALAM KELAS TERMAJU KELUARGA TXZ+TM




TOKYO, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 12 peranti baharu di dalam kumpulan M4K untuk kawalan motor sebagai produk pertama bagi kelas termaju keluarga TXZ+TM , dan akan memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 10 produk lain di dalam kumpulan M4M pada Ogos 2021. Kedua-dua kumpulan M4K dan M4M bagi mikropengawal akan dihasilkan di dalam satu proses 40nm, dan tergolong kepada siri TXZ4A+.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210728005418/en/

Produk ini menggunakan teras Arm Cortex-M4 dengan FPU, berfungsi sehingga 160MHz, dan mengintegrasikan litar kawalan motor A-PMD (pemacu motor termaju yang boleh diprogramkan), pengekod 32-bit A-ENC (pengekod termaju) dan enjin vektor A-VE+ (enjin vektor termaju plus). Peranti ini menyediakan penyelesaian yang sesuai bagi motor AC, motor DC tanpa berus dan pelbagai kawalan penyongsang dengan maksimum tiga unit bagi penukar analog/digital 12-bit berkelajuan tinggi dan beresolusi tinggi.

Peranti di dalam kumpulan M4K itu mempunyai UART, SPI dan I2C yang disatukan sebagai antara muka komunikasi umum, dan kumpulan M4M itu juga mempunyai satu antara muka komunikasi CAN. Kedua-dua kumpulan mempunyai fungsi diagnosis diri untuk ROM, RAM, ADC dan jam, yang membantu pelanggan mencapai pensijilan keselamatan fungsian IEC60730 Kelas B. Kedua-dua kumpulan mencapai penggunaan arus rendah dan kefungsian tinggi dan pada masa yang sama mengekalkan keserasian yang baik dengan kumpulan keluarga M4K(2) TXZTM yang sedia ada.

Dokumentasi, perisian sampel dengan contoh bagi penggunaan sebenar, papan penilaian dan perisian pemacu yang mengawal antara muka bagi setiap periferal disediakan bersama dengan pengiriman komponen. Sebuah persekitaran pembangunan juga disediakan untuk menyokong pelbagai keperluan dalam kerjasama dengan rakan-rakan ekosistem Arm global.

Ciri-ciri utama bagi produk baharu
  • Teras Arm Cortex-M4 berprestasi tinggi dengan FPU, maksimum 160MHz
  • Fungsi kawalan motor dan penyongsang dan antara muka komunikasi
  • Fungsi diagnosis diri untuk keselamatan fungsian IEC60730 kelas B 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14817

ACCELERATE MENGUMUMKAN PELANCARAN PLATFORM DIGITAL

Accelerate ialah lanjutan semula jadi asal dan asas HIMSS sebagai sebuah persatuan yang dipacu oleh ahli

CHICAGO, 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Hari ini, Accelerate telah memasuki ekosistem kesihatan global sebagai platform digital binaan khusus yang memacu transformasi jagaan kesihatan sepanjang tahun dengan menghubungkan profesional kesihatan kepada cerapan daripada rakan sejawat dan peneraju pemikiran, alat pembangunan profesional, peluang rangkaian dan kandungan yang dipilih khas—pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

Pembangunan awal Accelerate datang daripada HIMSS, penasihat global dan peneraju pemikiran yang menyokong transformasi ekosistem kesihatan melalui maklumat dan teknologi.

Accelerate ialah lanjutan semula jadi asal dan asas HIMSS sebagai sebuah persatuan yang dipacu oleh ahli dan merupakan penyelesaian inovatif yang bertujuan untuk menyokong ahli, rakan kongsi dan ekosistem kesihatan global sepanjang tahun.

Hal Wolf, presiden dan CEO HIMSS, menekankan: “Operasi global, pengalaman selama puluhan dekad dan ribuan ahli menyediakan HIMSS dengan skala kritikal dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas yang besar ini. Dengan perhubungan tiada tandingan dalam kalangan pembekal jagaan kesihatan, eksekutif industri dan entiti awam, Accelerate akan menjadi platform digital yang menghimpunkan pelbagai pemegang kepentingan dalam bidang kesihatan.”

Dengan Accelerate, profesional daripada semua bahagian ekosistem jagaan kesihatan mempunyai akses kepada platform yang diperibadikan dan disesuaikan dengan keperluan unik mereka. Organisasi mendapat manfaat daripada cara yang dipertingkat secara radikal untuk mengurus, menyokong dan membangunkan kakitangan dan ahli mereka. Pembekal menikmati akses yang tiada tandingan kepada cerapan pasaran dan juga cara yang inovatif untuk melibatkan diri dengan pelanggan. Selain itu, Accelerate akan bersepadu secara lancar dengan tawaran pihak ketiga yang dipilih khas—dan dengan itu memperkasakan rakan kerjasama peneraju industri untuk mengedarkan produk dan perkhidmatan digital mereka melalui platform tersebut sepanjang tahun.

"Keahlian HIMSS telah meningkat hampir dua kali ganda dalam empat tahun terakhir menjadi 110,000, dengan lebih 36,000 tinggal di luar Amerika Utara. Tahun lalu menyerlahkan komitmen kami dalam memberikan respons dan menyokong komuniti dan misi kami dengan cara yang dinamik dan kami memerlukan keupayaan untuk mencapai dan menyokong ahli kami apabila mereka memerlukannya," kata Wolf. "HIMSS telah mengetuai pelaburan dalam Accelerate dan membantu pelancarannya, dan platform ini akan menjadi aset, yang bukan sahaja untuk ahli HIMSS, tetapi juga kepada ekosistem kesihatan global dalam skala yang besar."

Mulai hari ini, Accelerate tersedia kepada semua ahli HIMSS, pengguna individu, dan juga syarikat, organisasi serta pertubuhan yang berminat untuk mendapatkan akses bagi ahli mereka.

Pihak berkepentingan dijemput untuk menyertai himpunan organisasi yang sudah komited dan menjadi sebahagian daripada pelancaran ini. Untuk maklumat lanjut, lawati www.youraccelerate.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14814

Thursday, July 29, 2021

TETRATE, YANG DIMULAKAN OLEH ISTIO CREATORS, MENGUMUMKAN PEMBUKAAN PEJABAT ASIA PASIFIK DI SINGAPURA

SAN FRANCISCO & SINGAPURA, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Tetrate, peneraju di dalam teknologi rangkaian dan perkhidmatan jaringan yang peka dengan aplikasi, mengumumkan pembukaan sebuah pejabat di Singapura untuk memperluaskan kehadiran syarikat itu di wilayah APAC. Tetrate melantik Karthik Viswanathan sebagai ketua jualan APAC dan Adrian Cole sebagai ketua kejuruteraan untuk membina pasukan mereka di Asia. Viswanathan telah mengembangkan organisasi jualan bagi Cloudhealth (diperolehi oleh VMware) dan Fortinet, dan Cole adalah pengasas bersama dan penyumbang utama untuk projek-projek sumber terbuka seperti JClouds, Spring Cloud Sleuth dan OpenZipkin. Pada awal tahun ini pada Mac, Tetrate telah mengumpulkan $40 juta dalam satu pusingan pendanaan Siri B yang diketuai oleh Sapphire Ventures. Pelabur lain termasuk Scale Venture PartnersNTTVCDell Technologies CapitalIntel Capital8VC, dan Samsung NEXT.


“Kami melihat momentum yang mantap bagi produk Tetrate di rantau APAC dan sekarang adalah masa yang tepat untuk melabur di dalam membina sebuah pasukan jualan dan kejuruteraan yang teguh di Asia,” kata Varun Talwar, Ketua Pegawai Ekskeutif bagi Tetrate. “Pemodenan aplikasi adalah satu fenomena global dan keselamatan kepercayaan sifar untuk perkhidmatan aplikasi dan API menjadi satu kebimbangan umum di kalangan perusahaan. Tetrate Service Bridge dibina khas untuk menyelesaikan masalah ini merentasi seluruh beban kerja dan persekitaran yang heterogen.”

Diamalkan oleh syarikat-syarikat kewangan, kesihatan dan keruncitan Fortune 200, dan organisasi-organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, platform penyampaian aplikasi Tetrate dan produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, membantu mempercepatkan penggunaan awan, transformasi digital dan seni bina kepercayaan sifar. Tetrate, sebuah penyumbang utama kepada Envoy Proxy dan Istio, membantu perusahaan dengan perjalanan penggunaan jaringan perkhidmatan mereka dengan menyediakan sokongan dan kepakaran komersial.

Pengembangan ini di rantau itu mencerminkan cita-cita Tetrate untuk lebih dekat dengan pelanggan global mereka. Pasukan yang berpangkalan di Singapura itu akan termasuk kalangan profesional jualan, pemasaran, kejuruteraan dan kejayaan pelanggan. Ini akan membolehkan pelanggan tempatan dan serantau untuk menerima bimbingan dan sokongan yang lebih pantas. Tetrate akan meneruskan usaha pengembangan mereka dalam beberapa bulan akan datang untuk menambahkan lebih banyak lokasi di Asia.

Maklumat mengenai Tetrate

Dimulakan oleh pengasas Istio untuk membayangkan semula rangkaian aplikasi, Tetrate adalah syarikat jaringan perkhidmatan perusahaan yang menguruskan kerumitan bagi infrastruktur aplikasi awan hibrid moden. Produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, menyediakan satu platform jaringan perkhidmatan yang komprehensif dan bersedia untuk perusahaan yang dibina untuk penggunaan berbilang kluster, berbilang penyewaan, dan berbilang awan. Pelanggan mendapat kebolehcerapan yang konsisten, terbina dalam, keselamatan waktu jalan dan pengurusan trafik di mana-mana persekitaran. Tetrate tetap menjadi sebuah penyumbang utama kepada projek sumber terbuka Istio dan Envoy Proxy. Dapatkan maklumat lanjut di www.tetrate.io.

Sila hubungi kami dengan pertanyaan.

Ikuti kami di Twitter, @Tetrateio

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14804

​BLACK & VEATCH MEMBIMBING TITIK PENGGUNAAN PENGELUARAN HIDROGEN UNTUK KAJIAN BAHAN BAKAR KENDERAAN

 Daya maju bagi potensi pengeluaran hidrogen hijau teragih dalam penyahkarbonan  armada kunci kepada masa depan pengangkutan



OVERLAND PARK, Kan., 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perniagaan Kecerdasan Buatan, Empati telah menugaskan Black & Veatch untuk menyampaikan satu kajian tentang kebolehlaksanaan menggunakan pengeluaran teragih bagi hidrogen hijau untuk menjanakan armada kenderaan. Black & Veatch akan menyediakan satu penilaian ekonomi, logistik dan teknikal di tapak, potensi pengeluaran hidrogen berdasarkan permintaan sebagai sebuah bahan bakar bagi pengusaha armada yang berusaha ke arah nyahkarbon.

Hidrogen adalah sebuah bahan bakar kenderaan yang terbukti. Hidrogen hijau, yang dihasilkan dengan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui, menawarkan kepada operator armada dengan satu jalan untuk mencapai sasaran penyahkarbonan. Kaedah itu adalah untuk pengeluaran hidrogen terpusat, kemudian diangkut untuk penyimpanan di depot armada atau stesen pengisian. Kajian Black & Veatch akan berusaha untuk mengesahkan bahawa pengeluaran hidrogen teragih berskala kecil pada titik penggunaan menawarkan satu alternatif yang berdaya maju dalam mencapai titik harga yang kompetitif.

“Kami akan menetapkan keperluan teknikal dan model ekonomi bagi penjanaan boleh diperbaharui teragih untuk memberi kuasa kepada pengeluaran hidrogen berskala kecil di tapak,” kata Jonathan Cristiani, Jurutera Bahan Bakar Kuasa Termaju, Black & Veatch. “Oleh kerana daya maju komersial memerlukan satu rantaian bekalan yang mampu menyokong satu rangkaian kemudahan hidrogen hijau teragih, kajian kami menangani keseluruhan ‘ekosistem hidrogen,’ dan bukan hanya teknologi itu.”

Kajian itu, yang dijalankan oleh Kumpulan Teknologi Hidrogen Black & Veatch, akan dibina berdasarkan kepada pengalaman syarikat itu di dalam membangunkan infrastruktur bahan bakar kenderaan hidrogen dan aset kuasa hidrogen teragih, serta pengalaman projek yang menjadikan hidrogen sebagai satu bahagian berdaya maju bagi masa depan penyahkarbonan. Kajian itu akan dijalankan bersama dengan satu projek kolaboratif untuk mengintegrasikan platform AI Empati dengan platform Asset 360 Black & Veatch.

“Kami melihat hidrogen hijau sebagai satu bahan bakar digital yang sangat sesuai bagi satu persediaan ternyah pusat seperti rangkaian stesen pengisian atau depot armada. Kami ingin menggunakan teknologi kami di seluruh dunia, dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang paling berinovatif merentasi rantaian bekalan hidrogen,” kata Gopal Ramchurn, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Empati. “Sebagai sebuah rakan teknologi agnostik dengan pengalaman dunia sebenar di dalam hidrogen - dan setiap titik dalam kitaran hayat bagi kuasa teragih dan infrastruktur bahan bakar kenderaan alternatif - Black & Veatch ditempatkan dengan ideal untuk membantu kami melakukannya.”

Untuk menyokong inisiatif penyahkarbonan, dan penggunaan hidrogen sebagai sebahagian daripada strategi penyahkarbonan, Black & Veatch pada tahun 2021 menyertai Majlis Hidrogen dan telah dilantik sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Penasihat Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Tahun ini juga menyaksikan penerbitan e-buku Penyahkarbonan Armada syarikat itu dan panduan Hidrogen 2021: Satu Pelan kepada Tenaga Sifar.

Maklumat mengenai Black & Veatch

Black & Veatch adalah sebuah syarikat kejuruteraan, pemerolehan, perundingan dan pembinaan milik pekerja dengan mempunyai sebuah rekod prestasi inovasi lebih dari 100 tahun di dalam infrastruktur lestari. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami memperbaiki kehidupan manusia di seluruh dunia dengan menangani ketahanan dan kebolehpercayaan bagi aset infrastruktur kami yang terpenting. Pendapatan kami pada tahun 2020 melebih AS$3.0 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan di media sosial.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210728005001/en/

Hubungi

MALCOLM HALLSWORTH | +44 1483 319287 telefon | +44 7920 701764 telefon bimbit| HallsworthM@BV.com
TALIAN KHIDMAT MEDIA 24 JAM  | +1 866 496 9149

Sumber : Black & Veatch

Tuesday, July 27, 2021

AZAM MOTOR TERUS BERDAYA SAING MELALUI RANGKA KERJA KECEMERLANGAN PERNIAGAAN (MBEF)

 PETALING JAYA, 27 Julai (Bernama) -- Syarikat Azam Motor milik sepasang suami isteri yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan seratus peratus pemilikan bumiputera merupakan bengkel pembaikan kenderaan “ONE STOP CENTER” yang terus cemerlang berdaya saing menerajui perusahaan automotif. Beroperasi di Banting, Selangor sebagai ibu pejabat kini mempunyai 3 cawangan iaitu di Salak Tinggi Sepang, Bangi dan Sungai Petani setelah mereka berjaya mengruskan secara holistik melalui pendekatan Rangkakerja Kecemerlangan Perniagaan (MBEF).  

 
Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Azam Motor selepas menggunakan MBEF antaranya ialah Anugerah Syarikat Terunggul 2020 (Perkhidmatan Automotif), Anugerah Ikon Malaysia 2020 (Automotif) dan Pengerusi Persatuan Usahawan Pembangunan Automotif Wanita Malaysia (PUSPAWM). Mereka turut meraih pelbagai pengiktiran yang dianugerahi oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) lagi seperti 5S, High Productive Enterprise 2018 dan APIC 2018.
 
Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) adalah pendekatan holistik yang dibantu oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada organisasi yang bermaksud untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap seterusnya; memperkukuhkan penglibatan dan mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pihak berkepentingan serta lebih berdaya saing di pasaran yang kompetitif. Menurut Pn. Zulaifah Omar, Pengarah Kecemerlangan Organisasi MPC, “MBEF merangkumi tujuh kriteria iaitu Kepimpinan, Perancangan, Informasi, Pelanggan, Tenaga Kerja, Proses dan Hasil. Syarikat Azam Motor mula didedahkan dengan pendekatan MBEF yang bermatlamat untuk memantapkan pengurusan syarikat melalui Program Groom Big anjuran MPC sejak dari tahun 2016. Matlamat program Groom Big ini adalah untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat perusahaan kecil dan sederhana tempatan agar mereka berupaya untuk berdaya saing di peringkat global”. 
 
Menurut Pengarah Urusan Azam Motor, Pn. Mastinah Mohd Sani, “Organisasi cemerlang harus mempunyai tujuh ciri utama iaitu mempunyai matlamat dan hala tuju jelas, sistem komunikasi berkesan, jelas, telus dan proaktif, membudayakan memberi dan menerima maklum balas, menerima dan menghormati perbezaan dalam kalangan pekerja, semangat berpasukan tinggi, mementingkan keterlibatan dan kesetiaan pekerja dan mengutamakan kerjaya serta pembangunan kemahiran pekerja. Kriteria tersebut yang dipelajari dari MBEF digunakan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan seterusnya memacukan prestasi syarikat ke tahap yang ada sekarang”.
 
Beliau turut menyeru syarikat diluar sana untuk menggunakan MBEF untuk menilai kekuatan dan peluang penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat. Fokus MBEF ialah melestarikan organisasi, baik awam atau swasta dengan melahirkan organisasi cemerlang bukan sahaja merujuk kepada keuntungan bagi organisasi perniagaan tetapi mampu kekal relevan dalam mendepani cabaran semasa.
 
 
Mengenai Malaysia Productivity Corporation (MPC)


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.

Dikeluarkan oleh MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION 


SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

Monday, July 26, 2021

FESTIVAL SIMFONI TEBING SUNGAI HUNHE KE-7 BERMULA

 


Table

Festival Simfoni Tebing Sungai Hunhe ke-7 bermula di bandar raya Shenyang.
 

SHENYANG, China, 26 Julai, 2021 /Xinhua-AsiaNet/ -- 
 
Pada jam 19:00 pada 22 Julai, Festival Simfoni Tebing Sungai Hunhe ke-7, yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Shenyang dan Yayasan Pembangunan Simfoni China, dibuka di Pavilion Yunyang di Taman Shenshuiwan di Shenyang.

Dengan bertemakan “Seratus Tahun Kegemilangan dan Hati Berseni kepada Parti itu”, Festival Simfoni itu menjemput lima buah orkestra termasuk Orkestra Simfoni Harbin, Orkestra Simfoni Shanxi, Orkestra Simfoni Antarabangsa Bandar raya Dalian, Opera Tianjin dan Orkestra Simfoni Teater Tari, dan Orkestra Simfoni Shenyang. Ia diadakan oleh Orkestra Simfoni Shenyang dan Jabatan Publisiti bagi Daerah Heping. Sebanyak 6 persembahan simfoni akan diadakan di Pavilion Yunyang dari 22 hingga 30 Julai.

Pertunjukan pertama telah dipersembahkan oleh Orkestra Simfoni Harbin. Artis-artis daripada orkestra itu telah mempersembahkan muzik Cina dan asing seperti “Dongfanghong (Timur itu berwarna Kemerahan)”, “Jantung China” dan “Waltz Jazz” untuk peminat simfoni Shenyang. Suasana adalah hangat, penonton berada dalam suasana yang girang, dan kemahiran yang sangat halus itu mendapat pujian sebulat suara daripada penonton.

Festival Simfoni Tebing Sungai Hunhe ke-7 itu juga telah mendapat perhatian yang meluas daripada komuniti muzik simfoni China. Konduktor China yang terkenal Zheng Xiaoying dan orkestra simfoni dari Shenzhen, Changsha, Sichuan, Ningbo dan wilayah dan perbandaran yang lain telah merakamkan video restu bagi festival muzik itu.

Festival Simfoni Tebing Sungai Hunhe ke-7 itu memperkayakan kehidupan kebudayaan masyarakat dan memperlihatkan pembawaan kebudayaan di bandar raya itu.

Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Shenyang
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=397080
 
   Kapsyen: Festival Simfoni Tebing Sungai Hunhe ke-7 bermula di bandar raya Shenyang.

Wednesday, July 21, 2021

MARY KAY INC. YANG MENYOKONG BAGI MEMAJUKAN PEMERKASAAN EKONOMI WANITA DAN KESAMAAN GENDER MELALUI SATU SIRI KOMITMEN & PERKONGSIAN PENTING DI SELURUH DUNIA

 


Table

Bulan ini, Mary Kay juga menyertai Program “Pemacu bagi perubahan” di Forum Kesamaan Generasi di Paris, Perancis (30 Jun - 2 Julai). (Grafik: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, telah meningkatkan lagi komitmen mereka untuk memajukan kesamaan gender dengan mengeluarkan satu kertas kedudukan yang mengalu-alukan Strategi Kesamaan Gender Suruhanjaya Eropah untuk tahun 2020 – 2025 dan dengan menyertai Gabungan Tindakan Global Forum Kesamaan Generasi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210720005347/en/

Kertas kedudukan itu, yang boleh diakses di sini, menyuarakan strategi bagi Kesatuan Eropah mengenai kesamaan gender. Menurut Kesatuan Eropah: “Strategi itu menyampaikan objektif dan tindakan dasar untuk membuat kemajuan yang signifikan menjelang tahun 2025 ke arah sebuah Eropah yang mempunyai kesamaan gender. Matlamat itu adalah sebuah Kesatuan di mana wanita dan lelaki, gadis dan budak lelaki, dalam semua kepelbagaian mereka, adalah bebas untuk menempuh jalan yang mereka pilih dalam hidup, mempunyai peluang yang sama rata untuk berkembang maju, dan sama-sama mengambil bahagian di dalam dan memimpin masyarakat Eropah kita.”

“Undang-undang diskriminasi, kecenderungan gender dan pengstereotaipan, keganasan terhadap wanita dan gadis - ini semua adalah isu-isu global dan harus ditangani dalam perkongsian bersama sektor awam dan swasta dan organisasi masyarakat sivil di seluruh dunia,” kata Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang & Kepelbagaian di Mary Kay. “Mencapai kesamaan gender adalah sangat penting bagi kelangsungan hidup planet ini dan pembangunan semula ekonomi dan masyarakat yang lebih lestari dan berkembang.”

Bulan ini, Mary Kay juga menyertai Program “Pemacu bagi perubahan” di Forum Kesamaan Generasi di Paris, Perancis (30 Jun - 2 Julai). 26 tahun selepas Perisytiharan Beijing, Forum Kesamaan Generasi itu, yang dikendalikan oleh Wanita PBB dan dihoskan bersama oleh kerajaan Mexico dan Perancis, adalah “detik paling kritikal dalam sebuah generasi untuk melabur di dalam kesamaan gender dan mempercepatkan momentum bagi keselamatan, kepimpinan dan peluang1 ekonomi wanita.”

Julia Simon menyertai sebuah panel bertajuk “Membina sebuah Strategi Transformatif bagi Perolehan Responsif Gender,” yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai halangan yang tidak seimbang dan saling berkaitan terhadap keusahawanan wanita dan menggalakkan perolehan responsif gender. Di peringkat global, 1 dalam 3 perniagaan adalah dimiliki oleh wanita2, namun wanita hanya memperoleh 1% daripada perbelanjaan perolehan oleh kerajaan dan perbadanan besar3. Penceramah berkongsi pandangan dan nasihat konkrit yang dibuktikan oleh perjalanan mereka sendiri tentang cara bagaimana untuk melaksanakan sebuah strategi GRP.

Pada Forum Paris itu, Mary Kay juga menyertai empat daripada Gabungan Tindakan Kesamaan Generasi melalui komitmen dasar, programatik, dan sokongan: Keadilan dan Hak Ekonomi; Tindakan Wanita bagi Keadilan Iklim; Keganasan berasaskan gender dan Inovasi dan Teknologi. 50,000 orang terlibat di dalam Forum itu yang mengumpulkan 1,000 pembuat komitmen, mencatatkan pelaburan sebanyak $40 bilion bagi kesamaan gender dalam menyokong sebuah rancangan 5 tahun untuk bertindak sama merentasi 6 bidang tindakan.

Penglibatan ini adalah yang terbaharu bagi satu siri usaha advokasi Mary Kay dalam menyokong pemerkasaan ekonomi wanita dan kesamaan jantina pada pertemuan peringkat tinggi di seluruh dunia bersama-sama dengan rakan-rakan PBB mereka dan rakan strategik tempatan.
  • Pada 16 Mac, 2021, Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay, telah menyertai mesyuarat Kesamaan Gender Sasaran Kompak Global PBB untuk membincangkan cara bagaimana Mary Kay memberi kuasa kepada usahawan wanita di hampir 40 buah negara. Gibbins menyoroti data yang baharu dikeluarkan oleh Bank Dunia4 yang mendedahkan bahawa, secara purata di seluruh dunia, wanita memiliki tiga perempat hak undang-undang lelaki. Beliau mencabar syarikat-syarikat untuk mengambil satu pendirian terhadap diskriminasi undang-undang dan menyokong bagi reformasi untuk merapatkan jurang agar wanita dapat mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Acara itu telah mengumpulkan lebih 5,000 orang daripada sektor perniagaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, negara-negara anggota, dan organisasi masyarakat sivil dari lebih 100 buah negara, dengan 75% peserta mewakili sektor swasta.
  • Pada 24 Mac, 2021, pada acara sampingan bagi Suruhanjaya mengenai Status Wanita (CSW65), Gibbins telah menyertai sebuah panel yang dihoskan oleh Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) yang bertajuk “Wanita Memimpin Pemulihan Ekonomi Melalui Keusahawanan” di mana beliau menekankan perlunya bagi perkongsian sektor awam-swasta untuk membantu membentuk sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita. Dimulakan oleh Mary Kay dengan kerjasama 5 agensi PBB, Pemecut Keusahawanan Wanita itu ditampilkan sebagai satu contoh bagi impak unik untuk pelbagai perkongsian bagi mempercepatkan perubahan.
  • Pada 26 Mac-4 April, Edita Szabóová, Pengurus Besar bagi Mary Kay Republik Czech dan Slovakia, berkongsi komen di Persidangan Hari Gaji Sama di mana beliau menekankan betapa pentingnya “wanita menyokong wanita,” dan menyoroti usaha Mary Kay dalam memupuk usahawan wanita melalui latihan, kepimpinan, dan bimbingan. “Ketika wanita berkumpul, kita dapat mencapai perkara yang luar biasa untuk kepentingan wanita dan umat manusia secara umumnya. Oleh kerana kita tahu bahawa jika kita mengangkatnya, kita mengangkat kesemuanya. Pada terasnya, Mary Kay mengembangkan dan melatih usahawan, yang seterusnya, membina perniagaan mereka sendiri dan menulis kisah dan legasi mereka sendiri bagi anak perempuan mereka,” kata Szabóová.
  • Pada 15-16 Jun, 2021, di Sidang Kemuncak Pemimpin Kompak Global PBB, Gibbins bercakap pada sesi pentas utama “Wanita dalam Kelestarian: Berinovasi dalam sebuah Dunia Lelaki” yang menganjurkan usahawan wanita sebagai model peranan yang diperlukan oleh ekonomi dan masyarakat. Beliau juga menekankan misi kritikal bagi Pemecut Keusahawanan Wanita yang dimulakan oleh Mary Kay bersama 5 rakan agensi PBB: Wanita PBB, PBB Global Compact, Pusat Perdagangan Antarabangsa, Organisasi Buruh Antarabangsa dan Program Pembangunan PBB. Pemecut itu telah komited untuk mendidik dan memperkasakan 5 juta usahawan wanita dalam tempoh 10 tahun akan datang. “Keusahawanan wanita akan memainkan satu peranan penting di dalam kejayaan pemulihan pandemik itu. Inilah sebabnya mengapa misi Pemecut Keusahawanan Wanita itu sangat bertepatan pada masanya. Dan, inilah sebabnya mengapa usahawan wanita memerlukan satu kerangka kerja sebesar ini,” kata Gibbins. Sidang Kemuncak tahunan itu mengumpulkan lebih 25,000 pemimpin dari bidang perniagaan, kerajaan, PBB, dan masyarakat sivil, untuk meninjau keadaan kemajuan dan bagi memacukan tindakan kolektif ke arah mengurangkan krisis iklim, pandemik global, ketaksamaan ekonomi, dan ketidaksamaan sosial.
  • Pada 6 Julai, di Ekaterinburg, Mary Kay telah menyertai Pameran Perdagangan Perindustrian Antarabangsa INNOPROM-2021 platform perindustrian, perdagangan dan eksport utama di Rusia. Penceramah tetamu pada satu panel yang dihoskan oleh Wanita PBB bertajuk “Program Wanita PBB untuk Promosi dan Pembangunan Keusahawanan Berdasarkan Gender,” Mary Kay menekankan betapa pentingnya strategi perolehan responsif gender dan menekankan bahawa pandemik itu juga membawa satu peluang unik untuk memajukan tindakan dan bagi menyokong perniagaan wanita di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya hampir 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui lebih lanjut di www.marykay.com

1 https://forum.generationequality.org/home
2 Bank Dunia (2020). Tinjauan Perusahaan, Portal Data Gender Bank Dunia yang dipetik oleh Blog Bank Dunia (2020) Usahawan wanita diperlukan – tanpa berlengah!
3 Vazquez dan Sherman (2014). Dipetik oleh Wanita PBB (2017) Kuasa bagi Perolehan: Bagaimana untuk mensumberkan daripada perniagaan yang dimiliki oleh wanita.
4 Wanita, Perniagaan dan Undang-undang, 2021. Satu laporan yang dijalankan di 190 buah negara.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210720005347/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
Marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Tuesday, July 20, 2021

FORUM EKO GLOBAL GUIYANG 2021 BERMULA




GUIYANG, China, 19 Julai, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Berpeganglah kepada dasar bagi pembangunan hijau dan menempuh jalan kepada pertanian moden yang menakjubkan di kawasan pergunungan

Pada 13 Julai, sesi pertanian bagi Forum Eko Global Guiyang 2021 – Pertanian Pintar Meningkatkan Inovasi Pertanian dan Hijau Memimpin Masa Depan Industri itu telah diadakan di Guiyang, menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Bandar dan Pertanian Wilayah Guizhou. Pakar-pakar, cendekiawan dan pemimpin industri terkemuka dari dalam dan luar negara telah membincangkan topik seperti status quo bagi keselamatan makanan global, pembangunan bagi industri Eko hijau dengan berlatar-belakangkan pencergasan semula luar bandar, pertanian pintar membawa kepada pembangunan lestari bagi pertanian hijau, dan jalan menuju kepada pembangunan hijau bagi ciri-ciri pergunungan moden dan pertanian yang cekap.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Guizhou telah mengikuti pemikiran bagi peradaban ekologi, bertegas terhadap pengembangan ekologi, sentiasa meletakkan pembangunan hijau dalam keseluruhan proses bagi pembangunan pertanian, dan terus mengikuti jejak bagi ciri-ciri pergunungan moden dan pembangunan pertanian yang kecekapan tinggi.

Guizhou kini telah mengikuti dengan tegas konsep hijau itu, dengan menerapkan strategi bagi ekologi besar, dan menggalakkan penukaran bagi tanah yang diusahakan kepada hutan. Guizhou menggalakkan pengurusan keseluruhan bagi landskap, hutan, padang, tasik dan rumput dan memberikan manfaat sepenuhnya kepada kelebihan sumber, memperluaskan industri hijau dan menegaskan terhadap perindustrian ekologi agar ia dapat meningkatkan sistem piawaian dan menghasilkan lebih banyak produk hijau.

Guizhou telah merumuskan norma dan standard ekologi yang merangkumi pelbagai industri. Ini juga menggalakkan pembangunan hijau melalui inovasi saintifik dan teknologi, dan melaksanakan “Internet +” dan usaha pengembangan integrasi perusahaan. Guizhou meningkatkan mekanisme pencegahan dan kawalan mereka, mengukuhkan asas hijau, membangunkan pertanian bulat mereka, sehinggakan ia telah menjadi wilayah pertama di China yang mengharamkan penggunaan racun perosak yang larut air.

Pada masa sekarang, pertanian pintar di Guizhou sedang muncul, dan industri hijau semakin mendapat tempat. Dalam melakukan pencergasan semula kawasan luar bandar, Guizhou telah memulakan pada satu perjalanan baharu untuk mengembangkan pertanian moden dan berkecekapan tinggi dengan ciri-ciri pergunungan. Guizhou yang berwarna-warni mempunyai potensi yang besar untuk memanfaatkan pertanian hijau dan industri hijau.
 
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Luar Bandar dan Pertanian Wilayah Guizhou 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14785

Friday, July 16, 2021

MEDIAOCEAN AKAN MEMPEROLEH FLASHTALKING, MENAMBAHKAN PENYELESAIAN PELENGKAP UNTUK MENGUASAKAN $200 BILION DALAM PERBELANJAAN MEDIA TAHUNAN

Syarikat gabungan akan mewujudkan platform teknologi bebas yang paling dipercayai untuk pengiklanan omnisaluran dengan penekanan pada video silang saluran dan kreatif dinamik


NEW YORK, 15 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — Mediaocean, Platform yang kritikal misi untuk pengiklanan omnisaluran, dan Flashtalking, platform pengurusan iklan bebas terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memasuki perjanjian muktamad yang menyaksikan Mediaocean akan memperoleh Flashtalking. Entiti gabungan ini akan menggabungkan penyelesaian terbaik dalam kelasnya untuk penyampaian iklan utama, pemperibadian kreatif, pengurusan identiti dan pengesahan milik Flashtalking dengan sistem moden bagi rekod yang digunakan oleh jenama dan agensi terkemuka di dunia milik Mediaocean.

Pengumuman datang pada titik lengkuk balas kritikal untuk industri pengiklanan tatkala pemasar mencari penyelesaian bebas yang dipercayai untuk mengurus perkembangan syarikat teknologi besar. Pelanggan Mediaocean dan Flashtalking akan menerima manfaat daripada penyelesaian menyeluruh dan memandang ke hadapan untuk perancangan strategik global, pengurusan media omnisaluran, pengoptimuman ekosistem tertutup, dan penyesuaian kewangan merentasi media tradisional, web terbuka, ekosistem tertutup, dan TV yang disambungkan.

“Menyatukan Mediaocean dan Flashtalking merupakan peluang yang hebat untuk pelanggan kita, pekerja kami, dan industri kita secara umumnya,” kata Bill Wise, CEO Mediaocean. “Flashtalking merupakan sumber kebenaran untuk iklan digital dan CTV dan Mediaocean merupakan sistem rekod bagi semua media. Apabila digabungkan, kami akan menyampaikan penyelesaian komprehensif dan memandang ke hadapan untuk pengiklanan omnisaluran. Paling penting sekali, platform kami tidak terjejas oleh pemilikan media agar kami boleh memfokuskan hanya pada memandu keputusan untuk pemasar dan rakan kerjasama agensi mereka.”

“Misi kami untuk membolehkan pemasar menggerakkan pengguna untuk bertindak ialah padanan yang sempurna untuk visi Mediaocean bagi dunia pemasar memasarkan cara pengguna mengguna,” kata John Nardone, CEO Flashtalking. “Sepanjang bertahun-tahun, kami telah membina platform paling dipercayai dan bebas untuk memacu kerelevanan pengiklanan dan meningkatkan prestasi kempen. Bersama-sama, pasukan dan teknologi pelengkap kami akan membantu jenama berjaya pada masa hadapan yang didominasi oleh media bertumpu dan bertaut pada penyelesaian identiti tanpa kuki.”

“Sementara kita terus berinovasi, penting untuk memiliki teknologi yang membolehkan kita memenuhi detik untuk pengguna,” kata Deborah Wahl, CMO General Motors. “Melihat syarikat seperti Mediaocean dan Flashtalking bersatu untuk menyampaikan imperatif pengiklanan omnisaluran amat menggalakkan. Industri memerlukan pemain yang neutral dan bebas dalam ekosistem bagi membolehkan penumpuan media.”

“Gabungan Mediaocean dan Flashtalking menunjukkan pencapaian yang penting sementara industri bergerak ke arah penyelesaian yang terbuka dan saling boleh kendali,” kata Paul Gelb, Ketua Pengaktifan Digital dan Pelaburan di Bayer. “Salah satu peluang terbesar dalam media moden ialah menghubungkan teknologi merentasi perancangan, pembelian, penyampaian iklan dan pengoptimuman kreatif. Dengan Flashtalking, Mediaocean telah meningkatkan saranan nilai yang berkemungkinan untuk pengiklanan omnisaluran.”

Pemerolehan Flashtalking oleh Mediaocean membina pada kerjasama yang syarikat lancarkan pada 2018 untuk menggabungkan data penyampaian iklan ke dalam aliran kerja pembeli media. Entiti gabungan ini akan mewakili platform teknologi pengiklanan dengan lebih daripada $200 bilion dalam perbelanjaan media tahunan dan lebih 1 trilion tanggapan iklan bulanan. Pada awal tahun ini, Mediaocean mengumumkan paradigma produk baharu yang menggabungkan penyelesaian merentasi kepintaran, pengurusan, dan kewangan media. Transformasi produk syarikat dan penekanan pada budaya telah diiktiraf dengan Customer’s Choice designation from Gartner Peer Insights1 dan Best Places to Work by Ad Age.

Industri pengiklanan global ialah pasaran bernilai $700 bilion2 yang menjalani transformasi besar kerana tabiat pengguna dan jangkaan privasi yang berubah. Ini membawa kepada kebangkitan CTV dan ekosistem tertutup yang Mediaocean telah membuat pelaburan besar melalui pemerolehan 4C pada bulan Julai 2020 dan, kini Flashtalking, akan meningkatkan penyelesaian terbaik dalam kelasnya. Syarikat gabungan akan mendayakan beberapa saranan nilai yang inovatif bagi pengiklan dan agensi:

  • Perancangan dan ukuran disatukan bagi media tradisional dan digital termasuk video silang saluran
  • Pengoptimuman kempen dalam penerbangan melalui pengesyoran dan automasi yang dipacu AI
  • Pemperibadian kreatif dipacu data merentasi web terbuka dan ekosistem tertutup
  • Penyelesaian identiti fleksibel untuk mendayakan capaian omnisaluran dalam dunia tanpa kuki serta pematuhan privasi dengan CCPA dan GDPR
  • Cerapan jenama lanjutan dan analitis untuk impak media terhadap penukaran jualan

Terma urus niaga tidak didedahkan. Pemerolehan dijangka akan selesai pada suku tahun ketiga 2021.

J.P. Morgan Securities LLC bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif bagi Flashtalking dan Travers Smith LLP dan Goodwin Procter LLP bertindak sebagai penasihat guaman.

Perihal Mediaocean
Mediaocean ialah platform kritikal misi untuk pengiklanan omnisaluran. Dengan lebih daripada $200 bilion dalam perbelanjaan media tahunan yang diurus melalui perisiannya, Mediaocean menghubungkan jenama, agensi, media, teknologi, dan data. Menggunakan AI dan teknologi pembelajaran mesin untuk mengawal pelaburan pemasaran dan mengoptimumkan hasil perniagaan, Mediaocean menguasakan kempen daripada merancang, membeli dan menjual kepada analisis, invois dan pembayaran. Mediaocean menggaji 1,200 orang merentasi 20 pejabat global dan merupakan sebahagian daripada portfolio Vista Equity Partners. Lawati www.mediaocean.com untuk maklumat lanjut.

Perihal Flashtalking
Flashtalking ialah syarikat penyampai iklan utama bebas global dan teknologi analitis yang terkemuka. Syarikat menggunakan data untuk memperibadikan pengiklanan dalam masa nyata, menganalisis keberkesanannya secara bebas dan mendayakan pengoptimuman yang memacu penglibatan dan pulangan perbelanjaan yang lebih baik untuk jenama global sofistikated. Platform Flashtalking menerajui pasaran dengan produk dan perkhidmatan inovatif untuk memastikan kerelevanan dan cerapan yang boleh diambil tindakan merentasi saluran dan format, dikuasakan oleh penjejakan tanpa kuki yang unik, pengaturan data dan analitis lanjutan. Flashtalking menyokong klien pada persimpangan data, ukuran kreatif dan tidak berat sebelah yang diperibadikan bertembung kepakaran, perkhidmatan dan ekosistem rakan kerjasama yang mendapat untuk memacu pemasaran digital yang berjaya. Syarikat ini ialah sebahagian daripada portfolio TA Associates.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14778

Thursday, July 15, 2021

MARTIN BERNSTEIN MENYERTAI LEMBAGA PENGARAH SYNCHRONOSS

B. Riley Executive Membawakan Kepintaran Kewangan yang Kukuh kepada Lembaga

BRIDGEWATER, N.J., 14 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Martin Bernstein telah menyertai Lembaga Pengarah, berkuat kuasa serta-merta.

Bernstein telah dilantik ke Lembaga Pengarah sehubungan dengan permodalan Synchronoss semula baru-baru ini, dan bertindak sebagai wakil B. Riley Financial, Inc. (NASDAQ: RILY) (B. Riley) iaitu pemegang saham terbesar syarikat.

“Bagi pihak seluruh Lembaga kami, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan Marty ke dalam pasukan kami,” kata Stephen Waldis, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Synchronoss. “Pengalaman Marty yang meluas dalam strategi peruntukan modal, tadbir urus dan pembiayaan korporat akan bermanfaat untuk organisasi kita dengan baik. Saya yakin bahawa pengetahuan beliau yang mengagumkan dan rekod prestasi yang luar biasa bukan sahaja akan memanfaatkan Lembaga kami yang sudah sedia kukuh, saya juga menjangkakan sepenuhnya bahawa impak beliau akan menjadi kunci untuk membantu Synchronoss mencapai objektif pertumbuhan strateginya.”

Bernstein mewakili B. Riley Principal Investments, sekutu B. Riley yang membuat pelaburan terus dalam syarikat yang mempunyai teknologi platform yang terbukti dengan potensi pertumbuhan jangka pendek yang ketara. Buat masa ini, beliau berperanan sebagai Ketua Pelaburan Persendirian di B. Riley dan bertanggungjawab untuk penyumberan, penaja jaminan dan pengurusan pelaburan syarikat di samping mengetuai pengagihan kepada rakan kerjasama pensindiketan. Bernstein mempunyai pengalaman meluas mengetuai pelaburan merentasi teknologi, pengangkutan, automotif, aeroangkasa, kuasa, infrastruktur dan sektor lain.

Bernstein mengomen, “Saya amat bebesar hati untuk menyertai Lembaga Synchronoss selepas bekerja rapat dengan Steve, Jeff, dan seluruh pasukan Synchronoss dalam permodalan semula baru-baru ini. Saya berkongsi keterujaan dan visi pengurusan bagi syarikat, didasarkan dalam inovasi yang berterusan dan suit produk label putih yang terbaik dalam kelasnya untuk menerajui pelanggan telekom. Kami yakin perniagaan Synchronoss berada pada titik lengkok balas dan berada pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan strategi pertumbuhannya susulan pembiayaan semula. Saya tidak sabar untuk terus bekerja dengan pasukan sebagai ahli lembaga sambil kita berusaha untuk mewujudkan nilai bagi pemegang kepentingan dan pelanggan.”

Sebelum menyertai B. Riley pada bulan Mac 2021, Bernstein bersama Anchorage Capital dan bertanggungjawab untuk mengetuai pelaburan merentasi struktur modal, termasuklah ekuiti persendirian, ekuiti persendirian, kredit berbayar, hutang bank, hutang distres, dan situasi penstrukturan semula. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai juruanalisis di Bocage Capital, dan bekerja dalam pasukan pelaburan untuk endowmen di Howard Hughes Medical Institute. Bernstein memperoleh AB dalam sejarah daripada Dartmouth College. Beliau berpangkalan di Connecticut.

Perihal Synchronoss

Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran pendapatan baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk mengimaginasikan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14774

PEJABAT KABINET AKAN MENGANJURKAN EKSPO MASYARAKAT 5.0 UNTUK MEMPAMERKAN TEKNOLOGI TERMAJU DAN PENCAPAIAN JEPUN




Lebih 200 produk canggih dan pencapaian penyelidikan ditumpukan pada Masyarakat 5.0 yang berpusatkan manusia bagi masa hadapan


TOKYO, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pejabat Kabinet bagi Kerajaan Jepun telah mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan Ekspo Masyarakat 5.0 bersama-sama dengan Agensi Jepun bagi Sains dan Teknologi Marin-Bumi (JAMSTEC) dari 15 Julai di TOKYO SKYTREE TOWN® di Tokyo, Jepun. Ini dijangka menjadi ekspo utama Jepun yang pertama yang memberikan tumpuan kepada Masyarakat 5.0. Ekspo itu akan juga dapat ditonton secara dalam talian dengan penerangan dalam pelbagai bahasa bagi audiens global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210713006253/en/

Ekspo itu akan mempamerkan konsep Masyarakat 5.0 yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun sebagai sebuah masyarakat masa hadapan yang sangat diingini. Konsep itu membayangkan pembentukan sebuah masyarakat yang berpusatkan manusia di mana semua industri dan bidang lain bagi masyarakat yang mengguna pakai AI, loT, robot, data besar dan teknologi berinovatif yang lain untuk mengatasi cabaran-cabaran kritikal. Pelan Asas Sains, Teknologi dan Inovasi ke-6 Pejabat Kabinet itu yang meliputi fiskal 2021 sehingga 2025 menetapkan arah bagi dasar-dasar sains, teknologi dan inovasi untuk menjamin kelestarian, kebingkasan dan kesejahteraan bagi pelbagai individu.

Ekspo itu akan membentangkan pencapaian yang dapat dicapai melalui projek-projek nasional yang ditumpukan kepada peningkatan inovasi di dalam masyarakat, termasuk program penggalakan inovasi strategik rentas kementerian (SIP) dan program ImPACT untuk merangsangkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berisiko tinggi dan berimpak tinggi. Aspirasi saintifik dan teknologi Jepun akan disampaikan melalui pelbagai paparan bagi teknologi termaju.

Secara khusus, kira-kira 50 syarikat, universiti dan organisasi terkemuka Jepun akan mempamerkan kira-kira 200 produk dan pencapaian penyelidikan yang dijangka dapat menyumbang bukan sahaja kepada Masyarakat 5.0 tetapi juga kepada Matlamat Pembangunan Lestari PBB. Barang pameran itu akan merangkumi bidang seperti mobiliti, penjagaan kesihatan dan pengasuhan, pembuatan, pertanian, makanan, pencegahan bencana dan tenaga, termasuk:
  • Kapsul pulang pengembara asteroid Hayabusa2
  • Model berskala penuh bagi SHINKAI 6500 bot yang boleh tenggelam yang dipandu sehingga 6,500 meter di bawah laut
  • Kereta terbang SkyDrive
  • Kenderaan berautonomi Honda Legend Tahap-3 dengan pemetaan 3D berdefinisi tinggi
  • Model bagi sistem satelit radar bukaan sintetik kecil bagi pelancaran atas permintaan dan pemerhatian segera
  • HAL cyborg boleh pakai yang menghantar isyarat otak ke otot manusia untuk membantu dengan fungsi fizikal
  • Sistem pencegahan bencana bagi ramalan hujan lebat dan puting beliung dan perkongsian maklumat berasaskan ICT
  • Teknologi pertanian pintar, seperti sebuah sistem bekalan air dan saliran automatik
 Penonton antarabangsa akan dialu-alukan untuk menikmati begitu banyak barang pameran yang dapat dilihat dalam talian melalui peranti mudah alih dan komputer peribadi, dengan disokong dengan penerangan yang terdapat dalam beberapa bahasa. Penganjur dengan senang hati akan mempersembahkan pameran maya itu sebagai satu peluang bagi komuniti global untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsep Masyarakat 5.0 Jepun yang berpandangan ke hadapan.

Barang pameran akan dikumpulkan mengikut tema berikut:

Tahap 1 Prolog

Tema pembukaan itu akan menyajikan satu model berskala penuh bagi bot penyelidikan boleh tenggelam SHINKAI 6500 dan sebuah dunia digital tiga dimensi Dagik Earth, dll. Teknologi berasaskan satelit yang digunakan pada satu asas kerja praktikal dalam pelbagai sektor akan juga diperkenalkan.

Tahap 2 Perbatasan Sains - Angkasa dan Lautan

Barang pameran bagi teknologi penerokaan ruang angkasa bertaraf dunia Jepun akan termasuk model bagi Stesen Angkasa Antarabangsa, Modul Eksperimen Jepun “Kibo”, sebuah enjin roket berskala penuh, dan kapsul pulang Hayabusa2.

Barang pameran bagi teknologi eksplorasi lautan dan simulasi persekitaran Jepun akan termasuk kenderaan dalam air berautonomi untuk meneroka lubang hidroterma dan sumber dasar lautan dan penyelesaian termaju bagi penyelidikan lautan.

Tahap 3 5.0 Masyarakat Masa Depan

Sains dan teknologi yang dibangunkan melalui program SIP dan ImPACT Jepun dan cara bagaimana mereka akan membantu meningkatkan kehidupan dalam lima bidang: 1) jangka hayat 100 tahun, 2) Mobiliti dan interaksi sosial, 3) Infrastruktur bagi kehidupan yang lebih bingkas dan selamat, 4) Manusia- dan gaya hidup mesra bumi dan 5) Pembuatan termaju. Barang pameran akan termasuk penyelesaian berautomatik seperti robot, kenderaan dan dron, sistem pencegahan bencana seperti AI untuk pemeriksaan infrastruktur, boreskop industri robotik, tenaga dan sumber generasi akan datang seperti bahan bakar amonia dan mineral dasar laut, dan bahan termaju seperti sutera labah-labah sintetik dan polimer ultra-nipis yang kuat tetapi fleksibel.

Tahap 4 Trajektori ke arah Masyarakat 5.0

Evolusi bagi peradaban manusia itu akan dibentangkan melalui video dan visual lain yang menggambarkan Masyarakat 1.0 (memburu & berkumpul), 2.0 (pertanian), 3.0 (industri) dan 4.0 (maklumat) serta 5.0 (di TOKYO SKYTREE® Tembo Galleria, titik paling dekat dengan angkasa di Tokyo).

Tahap 5 Teater Masyarakat 5.0

Filem dari Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) dan JAMSTEC akan ditayangkan. Juga, penyelidik dan pakar akan menyampaikan pembentangan mengenai sains, lautan, pencegahan bencana dan ICT untuk teknologi dan inovasi termaju.

Sila muat turun imej rasmi dari sini.

Panduan bagi Ekspo Masyarakat 5.0
Penganjur Pejabat Kabinet dan Agensi Jepun bagi Sains dan Teknologi Marin-Bumi (JAMSTEC)
   
Tempat Kawasan pameran di dalam TOKYO SKYTREE TOWN
  - Pavilion di TOKYO SKYTREE TOWN Sky Arena (4F)
  - TOKYO SKYTREE TOWN Dataran Solamachi (1F)
  - TOKYO SKYTREE Tingkat Kumpulan (1F)
  - TOKYO SKYTREE Tembo Galleria
  - TOKYO SKYTREE TOWN kampus bagi Institut Teknologi Chiba
   
Tarikh 15 Julai hingga 5 September 2021
  - Pameran fizikal oleh perusahaan (15 Julai hingga 19 Julai)
  - Pameran fizikal oleh organisasi lain (15 Julai hingga 28 Julai)
  - Pameran kecil oleh poster dan video (15 Julai hingga 5 September)
  - Pameran maya (17 Julai hingga 5 September) dengan penjelasan dalam pelbagai bahasa
(Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Cina, Arab dan Jepun)
   
Kemasukan Percuma (Kemasukan ke pameran kecil menggunakan tiket, yang dijual di TOKYO SKYTREE Tembo Galleria)
   
Pempamer dan rakan-rakan Sila rujuk kepada senarai di laman web rasmi

mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14775