Thursday, July 15, 2021

PEJABAT KABINET AKAN MENGANJURKAN EKSPO MASYARAKAT 5.0 UNTUK MEMPAMERKAN TEKNOLOGI TERMAJU DAN PENCAPAIAN JEPUN




Lebih 200 produk canggih dan pencapaian penyelidikan ditumpukan pada Masyarakat 5.0 yang berpusatkan manusia bagi masa hadapan


TOKYO, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pejabat Kabinet bagi Kerajaan Jepun telah mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan Ekspo Masyarakat 5.0 bersama-sama dengan Agensi Jepun bagi Sains dan Teknologi Marin-Bumi (JAMSTEC) dari 15 Julai di TOKYO SKYTREE TOWN® di Tokyo, Jepun. Ini dijangka menjadi ekspo utama Jepun yang pertama yang memberikan tumpuan kepada Masyarakat 5.0. Ekspo itu akan juga dapat ditonton secara dalam talian dengan penerangan dalam pelbagai bahasa bagi audiens global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210713006253/en/

Ekspo itu akan mempamerkan konsep Masyarakat 5.0 yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun sebagai sebuah masyarakat masa hadapan yang sangat diingini. Konsep itu membayangkan pembentukan sebuah masyarakat yang berpusatkan manusia di mana semua industri dan bidang lain bagi masyarakat yang mengguna pakai AI, loT, robot, data besar dan teknologi berinovatif yang lain untuk mengatasi cabaran-cabaran kritikal. Pelan Asas Sains, Teknologi dan Inovasi ke-6 Pejabat Kabinet itu yang meliputi fiskal 2021 sehingga 2025 menetapkan arah bagi dasar-dasar sains, teknologi dan inovasi untuk menjamin kelestarian, kebingkasan dan kesejahteraan bagi pelbagai individu.

Ekspo itu akan membentangkan pencapaian yang dapat dicapai melalui projek-projek nasional yang ditumpukan kepada peningkatan inovasi di dalam masyarakat, termasuk program penggalakan inovasi strategik rentas kementerian (SIP) dan program ImPACT untuk merangsangkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berisiko tinggi dan berimpak tinggi. Aspirasi saintifik dan teknologi Jepun akan disampaikan melalui pelbagai paparan bagi teknologi termaju.

Secara khusus, kira-kira 50 syarikat, universiti dan organisasi terkemuka Jepun akan mempamerkan kira-kira 200 produk dan pencapaian penyelidikan yang dijangka dapat menyumbang bukan sahaja kepada Masyarakat 5.0 tetapi juga kepada Matlamat Pembangunan Lestari PBB. Barang pameran itu akan merangkumi bidang seperti mobiliti, penjagaan kesihatan dan pengasuhan, pembuatan, pertanian, makanan, pencegahan bencana dan tenaga, termasuk:
  • Kapsul pulang pengembara asteroid Hayabusa2
  • Model berskala penuh bagi SHINKAI 6500 bot yang boleh tenggelam yang dipandu sehingga 6,500 meter di bawah laut
  • Kereta terbang SkyDrive
  • Kenderaan berautonomi Honda Legend Tahap-3 dengan pemetaan 3D berdefinisi tinggi
  • Model bagi sistem satelit radar bukaan sintetik kecil bagi pelancaran atas permintaan dan pemerhatian segera
  • HAL cyborg boleh pakai yang menghantar isyarat otak ke otot manusia untuk membantu dengan fungsi fizikal
  • Sistem pencegahan bencana bagi ramalan hujan lebat dan puting beliung dan perkongsian maklumat berasaskan ICT
  • Teknologi pertanian pintar, seperti sebuah sistem bekalan air dan saliran automatik
 Penonton antarabangsa akan dialu-alukan untuk menikmati begitu banyak barang pameran yang dapat dilihat dalam talian melalui peranti mudah alih dan komputer peribadi, dengan disokong dengan penerangan yang terdapat dalam beberapa bahasa. Penganjur dengan senang hati akan mempersembahkan pameran maya itu sebagai satu peluang bagi komuniti global untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsep Masyarakat 5.0 Jepun yang berpandangan ke hadapan.

Barang pameran akan dikumpulkan mengikut tema berikut:

Tahap 1 Prolog

Tema pembukaan itu akan menyajikan satu model berskala penuh bagi bot penyelidikan boleh tenggelam SHINKAI 6500 dan sebuah dunia digital tiga dimensi Dagik Earth, dll. Teknologi berasaskan satelit yang digunakan pada satu asas kerja praktikal dalam pelbagai sektor akan juga diperkenalkan.

Tahap 2 Perbatasan Sains - Angkasa dan Lautan

Barang pameran bagi teknologi penerokaan ruang angkasa bertaraf dunia Jepun akan termasuk model bagi Stesen Angkasa Antarabangsa, Modul Eksperimen Jepun “Kibo”, sebuah enjin roket berskala penuh, dan kapsul pulang Hayabusa2.

Barang pameran bagi teknologi eksplorasi lautan dan simulasi persekitaran Jepun akan termasuk kenderaan dalam air berautonomi untuk meneroka lubang hidroterma dan sumber dasar lautan dan penyelesaian termaju bagi penyelidikan lautan.

Tahap 3 5.0 Masyarakat Masa Depan

Sains dan teknologi yang dibangunkan melalui program SIP dan ImPACT Jepun dan cara bagaimana mereka akan membantu meningkatkan kehidupan dalam lima bidang: 1) jangka hayat 100 tahun, 2) Mobiliti dan interaksi sosial, 3) Infrastruktur bagi kehidupan yang lebih bingkas dan selamat, 4) Manusia- dan gaya hidup mesra bumi dan 5) Pembuatan termaju. Barang pameran akan termasuk penyelesaian berautomatik seperti robot, kenderaan dan dron, sistem pencegahan bencana seperti AI untuk pemeriksaan infrastruktur, boreskop industri robotik, tenaga dan sumber generasi akan datang seperti bahan bakar amonia dan mineral dasar laut, dan bahan termaju seperti sutera labah-labah sintetik dan polimer ultra-nipis yang kuat tetapi fleksibel.

Tahap 4 Trajektori ke arah Masyarakat 5.0

Evolusi bagi peradaban manusia itu akan dibentangkan melalui video dan visual lain yang menggambarkan Masyarakat 1.0 (memburu & berkumpul), 2.0 (pertanian), 3.0 (industri) dan 4.0 (maklumat) serta 5.0 (di TOKYO SKYTREE® Tembo Galleria, titik paling dekat dengan angkasa di Tokyo).

Tahap 5 Teater Masyarakat 5.0

Filem dari Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) dan JAMSTEC akan ditayangkan. Juga, penyelidik dan pakar akan menyampaikan pembentangan mengenai sains, lautan, pencegahan bencana dan ICT untuk teknologi dan inovasi termaju.

Sila muat turun imej rasmi dari sini.

Panduan bagi Ekspo Masyarakat 5.0
Penganjur Pejabat Kabinet dan Agensi Jepun bagi Sains dan Teknologi Marin-Bumi (JAMSTEC)
   
Tempat Kawasan pameran di dalam TOKYO SKYTREE TOWN
  - Pavilion di TOKYO SKYTREE TOWN Sky Arena (4F)
  - TOKYO SKYTREE TOWN Dataran Solamachi (1F)
  - TOKYO SKYTREE Tingkat Kumpulan (1F)
  - TOKYO SKYTREE Tembo Galleria
  - TOKYO SKYTREE TOWN kampus bagi Institut Teknologi Chiba
   
Tarikh 15 Julai hingga 5 September 2021
  - Pameran fizikal oleh perusahaan (15 Julai hingga 19 Julai)
  - Pameran fizikal oleh organisasi lain (15 Julai hingga 28 Julai)
  - Pameran kecil oleh poster dan video (15 Julai hingga 5 September)
  - Pameran maya (17 Julai hingga 5 September) dengan penjelasan dalam pelbagai bahasa
(Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Cina, Arab dan Jepun)
   
Kemasukan Percuma (Kemasukan ke pameran kecil menggunakan tiket, yang dijual di TOKYO SKYTREE Tembo Galleria)
   
Pempamer dan rakan-rakan Sila rujuk kepada senarai di laman web rasmi

mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14775

No comments:

Post a Comment