Saturday, February 26, 2022

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI HASIL: PENDUDUK KAMPUNG BANGI, HULU LANGAT DISANTUNI

HULU LANGAT, 25 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menyantuni para penduduk Kampung Bangi yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini dalam Program Khidmat Komuniti HASiL bersempena dengan sambutan Hari Hasil ke-26.
 
Program Tanggungjawab Sosial (Corporate Social Responsibility - CSR) ini merupakan kesinambungan daripada program-program CSR yang telah diadakan sebelum ini dan pada kali ini bantuan yang diberikan kepada penduduk Kampung Bangi, Hulu Langat adalah seperti yang berikut:

a. Sumbangan kewangan kepada 100 keluarga kategori B40 yang dikenalpasti;
b. Bantuan dalam bentuk pembaikan balai raya; dan
c. Sumbangan peralatan sukan iaitu dua unit meja ping pong bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk kampung. 

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adenan Che Semail, Pengarah Jabatan Siasatan yang mewakili YBhg. Datuk Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Encik Rashidin bin Md. Yusoff, Ketua Kampung Bangi dan para penduduk yang telah dikenalpasti sebagai penerima bantuan daripada HASiL.
 
YBhg. Dato’ Adenan Che Semail dalam ucapannya berkata,  HASiL komited meneruskan usaha menyantuni rakyat dengan melaksanakan pelbagai pakej bantuan Kerajaan dan inisiatif tanggungjawab sosial dalam membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik serta melahirkan warga kerja yang prihatin. Pada masa yang sama, HASiL akan melaksanakan fungsi dan peranannya secara adil, profesional, berhemah dan berintegriti untuk mengubah persepsi negatif rakyat serta mengembalikan keyakinan pembayar cukai terhadap HASiL.
 
Diharapkan program seperti ini sedikit sebanyak mampu membantu mengurangkan beban setiap penerima sumbangan yang terkesan dalam tempoh yang mencabar ini selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15600

LIGHTCON MENGUMUMKAN PELANCARAN RASMI 'RISE OF STARS' (ROS)




SEONGNAM, Korea Selatan, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Rise of Stars (ROS), sebuah permainan mudah alih baharu yang dibangunkan oleh LightCON, yang merupakan anak syarikat WEMADE MAX (Ketua Pegawai Eksekutif Bersama: Hyunguk Chang, Gilhyung Lee) (KOSDAQ: 101730), telah dilancarkan secara rasmi pada 25 haribulan.

Dilancarkan di lebih 170 buah negara di seluruh dunia kecuali Korea, China, dsb., permainan itu menyokong lapan bahasa termasuk bahasa Inggeris, Cina Tradisional dan Portugis. Ia boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple App Store.

Permainan blok rantai 4x tulen ini bukan sahaja menampilkan perang besar-besaran masa nyata tetapi juga kapal perang dan planet yang direka dengan teliti yang ditempatkan di alam semesta yang luas.

Permainan itu juga menampilkan ‘Silthereum,’ satu token permainan baharu yang boleh digunakan di dalam permainan itu. Silthereum dibayar sebagai ganjaran untuk pertempuran berskala besar, seperti pertempuran menakluki planet dan pertempuran kongres, dan pengguna boleh mendapatkan token ini melalui perlombongan atau rampasan dengan menggunakan Pengangkut Kapal Perang. Disebabkan ini, satu perjuangan sengit ke atas Silthereum dijangka berlaku di kalangan pengguna.

ROS juga menyediakan sistem Pengangkut Kapal Perang NFT termaju. Pengangkut Kapal Perang, yang merupakan teras bagi ekosistem token, membawa sejumlah besar kapal perang. Item permainan ini memberikan pelbagai manfaat buff atau menjadikan sesuatu elemen lebih berkuasa kepada kapal perang.

Khususnya, melalui dua prajualan Pengangkut Kapal Perang NFT yang diadakan dari 27 Januari, 1504 Pengangkut Kapal Perang telah habis dijual dalam hanya satu minit selepas dibuka.

NFT prajualan itu pada masa ini didagangkan di kalangan pengguna pada harga 15 kali lebih tinggi daripada harga jualan awal, menunjukkan tahap jangkaan pengguna yang tinggi bagi ekosistem token ROS. Dalam jangka panjang, pelbagai kandungan baharu, seperti perkhidmatan pemancangan, akan dibangunkan dan disediakan untuk pengembangan dan penubuhan ekosistem token itu.

Untuk menandakan pelancaran rasmi ROS, beberapa acara telah bermula hari ini termasuk satu acara untuk menjemput rakan-rakan dan satu acara untuk mencapai satu tahap permainan tertentu. Melalui acara itu, sejumlah enam juta token Silthereum akan disampaikan bersama Pengangkut Kapal Perang percuma untuk satu tempoh terhad.

Rujukan

Wemade menawarkan sebuah platform blok rantai global, WEMIX, di mana permainan bagi semua genre boleh diubah menjadi permainan blok rantai. Banyak permainan pada masa ini sedang diservis di WEMIX, dan ia berhasrat untuk servis 100 permainan di mana mata wang utama adalah Token WEMIX sebelum akhir tahun 2022.
 
Pautan video: https://youtu.be/83Y0HxXDl-U 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15604

Friday, February 25, 2022

ERICK THOHIR MEMBUKA JALAN KEPADA TADBIR URUS KORPORAT YANG BAIK


AsiaNet 94680

JAKARTA, Indonesia, 25 Feb., 2022 / Agensi Berita Antara-AsiaNet/ --

Tadbir urus korporat yang baik (GCG) boleh membantu perusahaan milik kerajaan (BUMN) meningkatkan nilai mereka, keyakinan pelabur, membangunkan perniagaan mereka dan menguruskan risiko.
 
Oleh itu, BUMN harus melaksanakan GCG untuk memenuhi tanggungjawab mereka kepada negara, pemegang saham mereka, dan orang ramai, demikian menurut penganalisis.

GCG melibatkan mengawal selia, mengurus dan menyelia satu proses kawalan perniagaan yang mapan untuk meningkatkan nilai saham, sebagai satu bentuk kebertanggungjawaban  kepada pemegang saham tanpa mengabaikan kepentingan pihak berkepentingan, termasuk pekerja, pemiutang dan masyarakat.

Di Indonesia, pelaksanaan GCG telah diberi mandat di semua BUMN di bawah pimpinan Erick Thohir sebagai Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN).

Menurut Thohir, semua BUMN wajib menerapkan lima prinsip GCG yang digariskan di dalam Peraturan Menteri BUMN Nombor PER-09/MBU/2012 berhubung Pindaan kepada Peraturan Menteri BUMN Nombor PER-01/MBU/2011 tentang Pelaksanaan Tadbir Urus Korporat yang Baik di BUMN.

Prinsip GCG yang pertama melibatkan ketelusan di dalam membuat keputusan dan mendedahkan bahan dan maklumat yang relevan berkenaan syarikat itu.

Prinsip kedua adalah kebertanggungjawaban dari segi kejelasan fungsi bagi memastikan pengurusan di dalam syarikat itu berfungsi dengan berkesan.

Prinsip ketiga berkaitan dengan tanggungjawab bagi pengurusan syarikat itu untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang digunakan.

Keempat adalah kebebasan di dalam menguruskan syarikat itu dalam satu cara yang profesional tanpa konflik kepentingan dan tekanan daripada pihak tertentu.

Yang terakhir adalah kesaksamaan atau keadilan dan kesamaan dalam memenuhi hak bagi kepentingan pemegang saham yang timbul berdasarkan kepada perjanjian, undang-undang, dan peraturan.

Di bawah kepimpinan Thohir, beberapa BUMN telah melaksanakan GCG.

Untuk mematuhi prinsip GCG, syarikat tenaga milik negara PT Pertamina telah meningkatkan penglibatan bagi institusi perundangan di dalam proses perniagaan dan projek syarikat mereka.

Menurut Presiden Pengarah Pertamina Nicke Widyawati, sepanjang 2020–2021, syarikat itu telah menjalankan kerjasama strategik dengan beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang, antaranya Polis Negara Indonesia (Polri), Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK), Badan Pengawasan Kewangan dan Pembangunan Kerajaan (BPKP), Pejabat Peguam Negara Indonesia, dan Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah (KPK).

Pertamina dan PPATK menjalin kerjasama di dalam pertukaran data untuk siasatan bagi mencegah dan membanteras pengubahan wang haram atau perbuatan jenayah lain di dalam syarikat itu, kata beliau.

Pertamina akan juga terus bekerjasama dengan BPKP untuk audit syarikat, kata beliau.

Sementara itu, kerjasama syarikat itu dengan Polis Negara melibatkan penyeliaan dan membantu perolehan bagi projek-projek strategik, seperti pembinaan, pembangunan, dan operasi bagi kilang penapisan minyak dan petrokimia.

Pengusaha pelabuhan milik negara PT Pelindo I juga telah melaksanakan GCG melalui kerjasama bersama dengan KPK bagi pengendalian aduan perbuatan jenayah seperti rasuah.

Presiden Pengarah Pelindo I Dani Rusli Utama berkata kerjasama bersama ini adalah selaras dengan prinsip GCG yang diterapkan oleh Pelindo I dalam aktiviti kerja mereka.

Komitmen antirasuah Pelindo I juga telah disepadukan dengan 26 BUMN yang lain melalui Sistem Pemberi Maklumat atau Whistleblower, kata beliau.

Sistem Pemberi Maklumat itu adalah satu aplikasi untuk melaporkan pelanggaran bagi kod etika, peraturan, dan peruntukan undang-undang, kata beliau. Permohonan itu tidak mendedahkan identiti pemberi maklumat dan membantu pelaporan rasuah secara adil, kata beliau.

Kerjasama itu dengan KPK adalah satu bentuk sokongan kementerian kepada BUMN sebagai rakan kongsi dalam mencegah rasuah, kata Thohir.

“Kami komited untuk meneruskan transformasi, ketelusan dan profesionalisme di Kementerian BUMN dan juga BUMN kami. Satu daripada kejayaan kami di dalam ketelusan ialah membuka semua laporan kewangan BUMN kepada Presiden Joko Widodo dan Menteri Kewangan,” kata beliau.

Sepanjang tempoh Thohir, Kementerian BUMN juga telah membuat kejayaan besar yang lain dalam reformasi birokrasi dengan membuat langkah-langkah yang berani. Bagi memudahkan birokrasi, Thohir telah mengurangkan bilangan timbalan daripada tujuh kepada tiga (tumpuan kepada undang-undang, sumber manusia, dan kewangan), dan melantik dua timbalan menteri untuk BUMN yang mengendalikan portfolio bagi 142 BUMN.

Menilai anak-anak syarikat BUMN, beliau telah menegaskan bahawa mereka boleh mengurangkan keuntungan syarikat utama, yang mungkin sudah besar.

Beliau seterusnya berkata bahawa beliau akan mengeluarkan satu peraturan peringkat menteri berhubung penubuhan anak-anak syarikat BUMN.

Akhirnya, model perniagaan bagi setiap BUMN akan ditambah baik, kata beliau. BUMN mesti kembali kepada teras perniagaan mereka untuk mengelakkan perniagaan serupa bertindih di antara satu sama lain, jelas beliau.

Thohir berkata beliau juga akan menggalakkan pengembangan BUMN di pasaran asing untuk meningkatkan pendapatan.

Tambahan pula, syarikat yang bermasalah tidak akan dibubarkan, mengikut dasar sebelum ini, tetapi akan digabungkan, kata menteri itu.

Beliau menegaskan cara bagaimana kementerian beliau berjaya mereka bentuk penggabungan bank-bank Islam milik negara menjadi satu entiti tunggal yang dipanggil Bank Syariah Indonesia, atau BSI.

BSI telah dibentuk melalui penggabungan tiga bank Syariah yang dimiliki oleh Himpunan Bank Milik Negara (Himbara): Mandiri Sharia, BRI Sharia, dan BNI Sharia. Dengan pembentukan BSI, buat pertama kalinya, Indonesia akhirnya mempunyai sebuah bank Islam yang besar, dengan aset berjumlah kira-kira Rp 247 trilion, kata Thohir.

BSI juga telah mendapat kebenaran rasmi daripada Emiriah Arab Bersatu untuk membuka sebuah cawangan di sebuah pusat kewangan Islam mereka, Dubai, kata beliau. Pengiktirafan itu telah membawa BSI selangkah lebih dekat untuk mencapai matlamat mereka untuk menjadi sebuah pemain utama di dalam industri perbankan Islam global, kata beliau.

Menteri itu berkata kementerian beliau juga berjaya menggabungkan empat pengusaha pelabuhan milik negara Pelindo I, Pelindo II, Pelindo III, dan Pelindo IV menjadi sebuah syarikat, dengan setiap pelabuhan beroperasi di kawasan yang berbeza.

Penggabungan Pelindo itu, yang telah diusahakan selama dua dekad, berjaya direalisasikan pada Oktober 2021, kata beliau. Beliau berkata penggabungan itu bertujuan untuk mengurangkan kos logistik di Indonesia, yang masih lebih tinggi berbanding di negara-negara jiran di Asia.

Dengan penggabungan ini, Pelindo telah muncul sebagai pengendali terminal kontena kelapan terbesar di dunia, dengan sejumlah 16.7 juta TEU, dan menjadi satu daripada pemain utama di dalam sektor pelabuhan, dengan aset berjumlah Rp 112 trilion, kata Thohir.

Penggabungan ini juga bertujuan untuk meningkatkan ketersambungan dan kecekapan untuk mengurangkan kos logistik negara dalam usaha memacukan lagi daya saing bagi sektor industri Indonesia, kata beliau.

Pakar sosial Budi Muliawan berkata semua transformasi di BUMN ini direalisasikan melalui pelan strategik dan visi pemimpin yang teratur.

Pemimpin-pemimpin harus boleh menghayati GCG dalam prinsip korporat moden, kata beliau. Dalam menerajui BUMN, pemimpin juga mesti mempunyai rasa krisis dan semangat kekitaan, kata beliau.

SUMBER: Kementerian bagi Badan Usaha Milik Negara

Friday, February 18, 2022

OPTEX MENGUMUMKAN SISTEM PEMANTAUAN PENGGERA BERASASKAN AWAN "AWAN PETA GENIO"

OTSU, Jepun, 17 Feb., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

OPTEX Co., Ltd. telah memperkenalkan Awan Peta GENIO, platform pemantauan penggera pencuri berasaskan awan masa nyata yang pertama di dunia yang menyasarkan pengguna dengan kosnya yang berpatutan dan ciri-ciri yang memuaskan.
 
Imej 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106913/202112034400/_prw_PI1fl_2Tmtw17l.jpeg
 
Imej 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106913/202112034400/_prw_PI3fl_WpZ7pDF2.jpg
 
Awan Peta GENIO adalah satu penyelesaian semua-dalam-satu yang mudah untuk menguruskan aliran kerja keselamatan untuk pemantauan dan pengurusan penggera bagi operasi bersaiz kecil dan sederhana seperti komuniti berpagar, kilang, dan gudang.

Awan Peta GENIO boleh diakses di mana sahaja jika sambungan internet dan pelayar web tersedia, menghapuskan keperluan untuk menyediakan dan menyelenggara rangkaian yang mahal, kompleks, sekali gus menjimatkan wang dan usaha.

Ia menawarkan satu antara muka yang mesra pengguna dan intuitif yang membolehkan pengguna untuk melihat satu senarai peristiwa penggera pada sebuah peta yang dikesan dalam masa nyata, serta mengesahkan butiran seperti bila dan di mana penggera berlaku dan jenis kejadian seperti pencerobohan atau pecah rumah. Ia menyumbang kepada peningkatan kecekapan keselamatan selain menjimatkan kos berbanding dengan penyelesaian konvensional.

Sistem baharu ini, yang dilancarkan di Asia, menyokong pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Thai, Melayu dan banyak lagi.

Ken Arimura, Pengurus Besar bagi Bahagian Jualan Asia Pasifik di OPTEX, berkata: “Ia adalah satu inovasi dalam pemantauan jarak jauh penggera pencuri. Selama beberapa dekad, penggera pemantauan secara konvensional telah dijalankan dengan menggunakan perisian pemantauan yang ditujukan kepada profesional keselamatan atau oleh apa yang dipanggil anunsiator grafik yang terdiri daripada peta paparan LED, tetapi kos dan kerumitannya yang tinggi bagi peralatan itu telah menjadi halangan untuk kegunaan umum yang meluas di banyak tempat. Awan Peta GENIO menyediakan satu penyelesaian untuk masalah tersebut dengan kesederhanaan perisian berasaskan awan yang boleh digunakan pada kos kurang daripada 1/10 bagi aplikasi konvensional. Tidak perlu untuk mengurus tetapan penghala atau untuk mempunyai pengetahuan tentang rangkaian IP yang rumit. Jika anda mempunyai pelayar web, sesiapa sahaja yang mempunyai kebenaran boleh log masuk dan menggunakan perisian itu. Manfaat ini benar-benar boleh dirasai dalam kemudahan bersaiz kecil atau sederhana.”

Halaman produk:
https://www.optex.co.jp/e/products/intrusion-detection/wireless-outdoor-alarm-system-GENIO/genio-map.html?utm_source=article&utm_medium=email&utm_campaign=kyodo202201&utm_id=kyodo202201
 
Maklumat mengenai OPTEX Co., Ltd.
OPTEX Co., Ltd. memulakan sejarah mereka dengan penciptaan sensor pintu automatik inframerah pasif yang pertama di dunia. OPTEX telah menyediakan produk dan perkhidmatan khusus nombor satu di dunia kepada dunia dengan teknologi penderiaan dalam bidang keselamatan, pintu automatik, peralatan industri, alat pengukur, loT dan sebagainya.
 
Sumber: OPTEX Co., Ltd.

--BERNAMA

Thursday, February 17, 2022

ALLVUE SYSTEMS DIPILIH OLEH DO VENTURES UNTUK MENYOKONG KOMUNIKASI PELABUR

Penyelesaian Portal Pelabur Allvue akan mengukuhkan infrastruktur teknologi Do Ventures bagi menyelaraskan pengurusan LP

MIAMI, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allvue Systems (“Allvue”), sebuah penyedia penyelesaian teknologi pelaburan alternatif terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Do Ventures telah memilih penyelesaian Portal Pelabur firma itu untuk menyokong pengurusan LP mereka. Do Ventures adalah sebuah dana modal teroka peringkat awal yang berfungsi sebagai sebuah rakan kongsi strategik bagi syarikat permulaan di Vietnam dan Asia Tenggara.

Penyelesaian Portal Pelabur Allvue akan menyediakan Do Ventures dengan komunikasi yang telus, tepat pada masanya dan cekap dengan LP mereka. Do Ventures akan mempunyai akses kepada papan pemuka yang intuitif dan boleh sangat dikonfigurasikan yang akan membolehkannya berkongsi maklumat secara selamat dengan pelabur dan menyelaraskan operasi apabila bilangan dana, pelaburan dan pelanggan mereka berkembang di peringkat global.

“Ketika perniagaan kami berkembang, adalah penting untuk mencari sebuah rakan kongsi teknologi yang berkongsi semangat perintis kami untuk terus berinovasi bagi meningkatkan kecekapan operasi dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami,” kata Vy Le, Pengasas bersama & Rakan Kongsi Am di Do Ventures. “Penyelesaian teknologi Allvue yang dipacu oleh data, digabungkan dengan pengalaman mendalam mereka di dalam alternatif, akan membolehkan kami untuk meningkatkan komunikasi pelabur melalui sebuah infrastruktur pelaporan yang komprehensif.”

“Dengan sektor modal teroka yang berkembang pesat di Asia Tenggara, Do Ventures mengiktiraf keperluan untuk aliran kerja pengurusan pelabur yang unggul untuk memanfaatkan peluang pelaburan ini dan menguruskan pangkalan pelabur mereka yang berkembang,” kata Edward Bee, Ketua Wilayah bagi APAC di Allvue. “Penyelesaian Portal Pelabur kami akan membolehkan Do Ventures untuk meningkatkan komunikasi LP mereka dan dengan itu mengukuhkan perhubungan dengan pelabur semasa dan bakal pelabur.”

Portal Pelabur Allvue menyediakan rakan kongsi terhad dengan papan pemuka yang boleh disesuaikan dan kaya dengan ciri-ciri yang menggabungkan pengurusan data portfolio syarikat, analisis aliran tunai dan perkongsian dokumen dengan selamat ke dalam satu penyelesaian. Dengan perjanjian ini, Do Ventures menjadi pelanggan pertama Allvue di Vietnam dan rantau ASEAN hanya enam bulan selepas ia melancarkan perniagaan APAC mereka pada Jun 2021 dengan pembukaan pejabat mereka di Singapura.

Maklumat mengenai Allvue

Allvue adalah sebuah penyedia teknologi terkemuka untuk pengurus pelaburan dalam industri pasaran modal dan kredit persendirian. Misi mereka adalah untuk memperkasakan keputusan pelaburan yang unggul dengan menggandingkan penyelesaian perisian berasaskan awan moden dengan keupayaan merentas pelbagai kelas aset. Penyelesaian perisian Allvue melayani keseluruhan kitaran hayat pelaburan dan disepadukan dengan lancar untuk menyediakan satu suite produk yang komprehensif, memberi perkhidmatan kepada pengurus pelaburan bagi semua saiz di seluruh dunia, termasuk rakan kongsi am, rakan kongsi terhad, pentadbir dana dan bank.

Allvue telah ditubuhkan pada 2019 melalui penggabungan Black Mountain Systems dan AltaReturn, dua penyedia penyelesaian teknologi pelaburan terkemuka. Allvue berpusat di Miami, FL dengan lokasi di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. Dengan komitmen terhadap inovasi dan dengan tumpuan kepada berbilang kelas aset, penyelesaian perisian Allvue membolehkan pelanggan mereka mengendali dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dengan mengautomasikan proses manual, meningkatkan ketepatan dan ketekalan data merentasi aliran kerja serta menyampaikan analitik yang dipertingkatkan.

Maklumat mengenai Do Ventures

Do Ventures adalah sebuah dana modal teroka peringkat awal bernilai $50 juta yang berfungsi sebagai sebuah rakan kongsi strategik untuk kedua-dua syarikat permulaan dan pelabur. Dengan disokong oleh LP terkenal termasuk Naver Corporation, Kumpulan SEA, Woowa Brothers dan Vertex Ventures, dana itu mencari peluang-peluang pelaburan dalam syarikat permulaan teknologi yang boleh membangunkan produk dan perkhidmatan yang bermakna untuk meningkatkan taraf kehidupan pengguna di Vietnam dan Asia Tenggara.

Dengan falsafah “Berkembang dengan Melakukannya”, Do Ventures percaya bahawa untuk sebuah syarikat permulaan berkembang pesat, pengasasnya mesti mempunyai keupayaan pelaksanaan yang cemerlang dan bersedia untuk melakukan lebih banyak untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan mengatasi persaingan. Pelaburan terkenal Do Ventures termasuk F99, Palexy, Manabie, MFast, VUIHOC, Bizzi, Validus dan Selly. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15566

Wednesday, February 16, 2022

ASIA PACIFIC ENERGY VENTURES MENGUMUMKAN PELUPUSAN SEBAHAGIAN SUBSIDIARI TWENTY20 ENERGY SYSTEMS




Twenty20 Energy Akan Menjadi Satu Kumpulan Penjanaan Kuasa Antarabangsa, Menawarkan Penyelesaian yang Boleh Dipercayai, Menjimatkan Kos dan Mapan; Tawaran Awam Dirancang untuk Suku Kedua, 2022


SINGAPURA, 15 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Asia Pacific Energy Ventures Pte. (APEV) hari ini mengumumkan bahawa ia akan melupuskan sebahagian subsidiari Twenty20 Energy Systems dengan rancangan untuk mengadakan tawaran awam di Nasdaq pada suku kedua 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220214005213/en/

Twenty20 Energy yang berpangkalan di Singapura telah ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah anak syarikat kepada APEV, dan telah muncul sebagai sebuah penyedia perkhidmatan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC), serta operasi dan penyelenggaraan (O&M) terkemuka. Syarikat itu pakar dalam menyediakan penyelesaian teknologi tenaga yang berinovatif kepada komuniti terpencil dan pesisiran pantai dengan kuasa yang boleh dipercayai, menjimatkan kos dan mapan dalam cara yang meminimumkan kesan alam sekitar.

Geoff Lawrence, sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif bagi APEV, telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Twenty20 Energy, yang bertanggungjawab untuk memastikan penyenaraian awam mereka. Steve Newman telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Asia Pacific Energy Ventures.

“Twenty20 Energy, sebagai sebuah kumpulan yang memberi tumpuan kepada tenaga, bersedia untuk meneruskan projek penjanaan kuasa di peringkat global pada masa ketika banyak negara membangun berusaha untuk mengharmonikan pertumbuhan ekonomi yang dipercepatkan dengan meminimumkan kesan alam sekitar,” kata Lawrence. “Twenty20 bersedia untuk membantu pelanggan kami membebaskan diri mereka daripada pendekatan tenaga yang tidak cekap dan tidak stabil terhadap alam sekitar serta membuka laluan baharu bagi pertumbuhan dalam banyak pasaran baru muncul. Khususnya, kami komited untuk membebaskan komuniti pantai dan terpencil di seluruh dunia daripada pergantungan kepada arang batu dan bahan api diesel ketika mereka bergerak ke arah penyelesaian penjanaan kuasa yang lebih cekap dan mesra alam yang akan meningkatkan kesihatan ekonomi, sosial dan alam sekitar mereka.”

Menyedari permintaan bagi penjanaan kuasa yang boleh dipercayai di negara-negara membangun, APEV menyedari keperluan tersebut boleh dilaksanakan sebaik-baiknya oleh sebuah syarikat yang memberi tumpuan khusus untuk memenuhi permintaan tersebut. Dengan tumpuan kepada penyelesaian tenaga bersih, Twenty20 Energy mempunyai empat keutamaan:
  • Untuk menjadi sebuah syarikat kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) dan pembekal perkhidmatan terkemuka di dalam sektor tenaga
  • Untuk membina, memiliki dan mengendalikan satu portfolio aset tenaga yang mementingkan alam sekitar di peringkat global
  • Untuk menggunakan proprietari FSRP “Power Island” mereka untuk memenuhi keperluan tenaga yang semakin berkembang bagi komuniti pantai dan terpencil di Papua New Guinea dan di seluruh dunia
  • Untuk memanfaatkan teknologi berinovatif bagi menyampaikan penyelesaian yang disesuaikan yang mengurang atau menghapuskan kesan karbon bagi penjanaan kuasa untuk projek mereka sendiri dan pelanggan mereka.
 
Sejak 2014, pengurusan Twenty20 Energy telah memberi tumpuan kepada Papua New Guinea, di mana ia telah berjaya menyampaikan 16 projek tenaga dan pembinaan yang penting di peringkat nasional. Dalam tempoh ini, syarikat itu mewujudkan dua aliran hasil yang boleh dipercayai: kerja projek EPC dan kontrak operasi dan penyelenggaraan jangka panjang.

Twenty20 Energy kini bersedia untuk mengambil kesempatan daripada peningkatan pembangunan ekonomi, pembandaran dan permintaan yang semakin meningkat untuk elektrik di rantau Asia Pasifik yang lebih luas dan di seluruh dunia. Ia mempunyai satu saluran paip projek yang mantap bagi penjanaan kuasa di Papua New Guinea dan di peringkat antarabangsa yang bersedia untuk menyampaikan pertumbuhan perolehan yang kukuh dan berterusan. Hasil yang berkembang akan disokong oleh peluang-peluang projek tambahan yang menawarkan kedua-dua hasil EPC permulaan serta pulangan long tail atau tempoh masa apabila jualan untuk produk biasa boleh mencapai keuntungan melalui pengurangan kos pemasaran dan pengedaran daripada kedua-dua kontrak O&M jangka panjang dan pemilikan projek.

Twenty20 Energy akan menyediakan satu rangsangan ekonomi kepada komuniti terpencil dan perairan pantai yang kurang mendapat perkhidmatan dengan menukarkan kuasa kepada kemajuan. Di samping membolehkan pertumbuhan ekonomi yang mapan, Twenty20 Energy membawa manfaat yang ketara daripada satu perspektif sosial dan alam sekitar. Ia bangga menjadi sebuah majikan yang bertanggungjawab dari segi sosial yang melibatkan tenaga kerja tempatan untuk memastikan semua faedah ekonomi direalisasikan dalam komuniti yang dilayaninya.

Aset Twenty20 termasuk kenderaan dan peralatan industri ringan, injap bekalan gas dan aset paip, satu pangkalan operasi kuasa di Papua New Guinea dan satu penyelesaian Penggasan Semula dan Kuasa Storan Terapung (FSRP) “Power Island” yang ditetapkan untuk menyediakan keperluan tenaga dan elektrifikasi jangka pendek dan jangka panjang bagi Papua New Guinea, dan akan digunakan untuk komuniti kepulauan dan gugusan pulau di seluruh dunia. Power Island FSRP mewakili pendekatan berinovatif itu oleh Twenty20 untuk membawa persekitaran yang “mencabar tenaga.”

Asia Pacific Energy Ventures, bersama dengan anak syarikat PNG mereka Pacific Energy Consulting (PEC), akan terus menjadi sebuah rakan kongsi pelaksanaan perkhidmatan pembinaan dan kontrak untuk Twenty20 Energy pada projek Papua New Guinea mereka. APEV akan juga terus berkhidmat kepada institusi korporat dan kerajaan terkemuka PNG merentasi projek pembinaan dan infrastruktur baharu, dan akan menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan berterusan pada bangunan dan aset sedia ada. PEC mempunyai sebuah pasukan kakitangan nasional dan pegawai dagang yang berdedikasi dan menubuhkan operasi dalam negara termasuk pejabat dan pergudangan, kerja awam dan peralatan pembinaan, dan sebuah armada kenderaan perkhidmatan yang lengkap.

Maklumat mengenai Twenty20 Energy

Twenty20 Energy adalah EPC terkemuka dan pembekal operasi dan penyelenggaraan yang memberi tumpuan khusus kepada sektor tenaga – menerajui peralihan ke arah tenaga rendah karbon. Ia pakar di dalam menyediakan penyelesaian teknologi tenaga yang berinovatif kepada komuniti terpencil dan pesisiran pantai dengan kuasa yang boleh dipercayai, menjimatkan kos dan mapan yang meminimumkan kesan alam sekitar. Twenty20 bersedia untuk mengambil kesempatan daripada peningkatan pembangunan ekonomi, perbandaran dan peningkatan permintaan untuk elektrik di rantau Asia Pasifik yang lebih luas dan di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Asia Pacific Energy Ventures

Asia-Pacific Energy Ventures pakar di dalam perundingan, pembinaan dan kontrak, dengan tumpuan kepada bangunan komersial, perindustrian dan kediaman, pembangunan hartanah, infrastruktur dan projek kuasa. Dengan sebuah pasukan yang berdedikasi dan operasi yang mantap, APEV telah membuktikan keupayaan dan rekod prestasi yang teladan dalam bekerja rapat dengan pelanggan untuk mengenal pasti dan menyampaikan penyelesaian yang menyokong objektif operasi dan mandat projek utama mereka. Perkhidmatan bersepadu APEV membolehkan pelanggan untuk bekerja dengan sebuah rakan kongsi yang dipercayai dalam skop penuh bagi mana-mana projek. Ini boleh termasuk pembangunan penyelesaian awal, kejuruteraan dan reka bentuk, perancangan pelaksanaan projek, kerja sivil dan struktur, elektrik, perlindungan kebakaran, pemasangan perkhidmatan paip dan HVAC, serta perkhidmatan dan penyelenggaraan yang berterusan. Dalam semua perkara, APEV komited terhadap kualiti kerja dan kepuasan pelanggan, dan pada masa yang sama menjadi penggerak di dalam kemajuan Papua New Guinea dan rantau Asia Pasifik yang lebih luas. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15561

Tuesday, February 15, 2022

BEYOND LIMITS MENGUMUMKAN PEMEROLEHAN OAK CONSULTING

Penyedia penyelesaian data awan mempercepatkan kecerdasan perniagaan Beyond Limits dan pertumbuhan kepakaran teknikal di rantau Asia-Pasifik

SINGAPURA, 14 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Beyond Limits, sebuah syarikat perisian AI gred industri dan perusahaan yang dibina untuk sektor yang paling mencabar, hari ini mengumumkan pemerolehan rakan kongsi penyelesaian dan perunding awan yang berpangkalan di Singapura, Oak Consulting.

"Rekod prestasi dan kepakaran Oak Consulting yang luas dalam risikan perniagaan dan perkhidmatan pengurusan data perusahaan menjadikan syarikat itu padanan strategik semula jadi untuk Beyond Limits," kata David Liu, Pengerusi Eksekutif Beyond Limits Asia-Pasifik. “Selain itu, syarikat tersebut berkongsi misi strategik kami untuk mencipta penyelesaian yang meningkatkan bakat dan keupayaan orang ramai dengan teknologi terkini, dan kami sangat teruja untuk mengalu-alukan mereka ke pasukan Beyond Limits.”

Oak Consulting menyediakan penyelesaian kitaran hayat penuh kelas perusahaan daripada strategi hingga ke peringkat pelaksanaan untuk industri kritikal yang antara lainnya termasuk sektor awam, eDagang, penjagaan kesihatan, kewangan dan rantaian bekalan. Firma itu membawakan pengetahuan dan pengalaman industri yang luas dan berdekad lamanya dalam membimbing pelanggan melalui analisis operasi yang disokong oleh perlombongan data, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, serta penggunaan platform teknologi pengurusan awan dan data yang terkini. 

Pemerolehan Oak Consulting mengukuhkan lagi kedudukan dan keberuntungan Beyond Limits di rantau Asia-Pasifik dan mempercepatkan sumber teknikal syarikat untuk menyokong projek pelanggan baharu dan kes penggunaan. Pelanggan semasa dan masa depan di kawasan itu juga akan mempunyai lebih banyak akses segera kepada pasukan berpengalaman untuk memimpin mereka melalui AI, pembelajaran mesin, analisis data dan integrasi pengurusan daripada fasa konsep hinggalah pelaksanaan.

“Sebagai rakan kongsi utama untuk Beyond Limits sejak 2020, kami telah bekerjasama rapat selama bertahun-tahun untuk lebih memahami dan memenuhi permintaan teknologi perniagaan yang berkembang pesat di rantau ini,” kata Victor Ng, Pengarah Urusan Oak Consulting. “Beyond Limits dan teknologi Cognitive AI miliknya berada di kedudukan yang sangat baik untuk membantu memenuhi permintaan ini kerana kecerdasan buatan menjadi semakin sebati dalam operasi perniagaan harian. Kami menantikan kekuatan dan skop perkhidmatan yang dapat kami tawarkan bersama.”

Kakitangan semasa dan pasukan pengurusan Oak Consulting akan kekal di tempatnya dan akan terus menjana peluang segera di bawah jenama Beyond Limits dengan menawarkan produk dan perkhidmatan sedia ada kepada pelanggan dan rakan kongsi. Pengambilalihan ini menghimpunkan dua buah syarikat terkemuka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman industri yang luas dan berdekad lamanya dalam teknologi dan penyelesaian perniagaan. Beyond Limits komited untuk mengembangkan perkhidmatan Oak Consulting untuk mencapai pertumbuhan dramatik pada tahun-tahun akan datang—pertumbuhan yang akan menghasilkan lebih banyak peluang untuk pelanggan Beyond Limits.

Perihal Beyond Limits Asia-Pacific
Beyond Limits Asia-Pacific ialah sebuah syarikat AI berskala perusahaan yang mengoptimumkan operasi, meningkatkan kecekapan dan meningkatkan produktiviti untuk industri yang mencabar termasuk tenaga, pembuatan termaju dan fintech.

Di luar kecerdasan buatan tradisional, produk perisian Beyond Limits dikuasakan oleh teknologi Cognitive AI yang memenangi anugerah, menggunakan pendekatan AI hibrid yang menggabungkan teknik sentrik data dengan pengetahuan manusia terbenam untuk mengesahkan kepercayaan dalam keputusan dipacu perisian, mengurus risiko operasi dan mendorong keuntungan.

Beyond Limits Asia Pasifik beribu pejabat serantau di Singapura dengan operasi di Hong Kong, Shenzhen, Taipei dan Tokyo. Ibu pejabat serantau memacu pelaburan strategik untuk usaha sama dan perkongsian di Asia untuk mengembangkan AI Beyond Limits dalam bidang menegak termasuk perkhidmatan kewangan, dipimpin oleh pejabat Hong Kong, pembuatan termaju, diketuai oleh pejabat Taiwan dan sektor tenaga yang diketuai oleh pejabat Singapura, Shenzhen dan Tokyo.

Diasaskan pada tahun 2014, Beyond Limits memanfaatkan portfolio pelaburan penting bagi teknologi canggih yang dibangunkan di Makmal Pendorong Jet Caltech untuk misi angkasa lepas NASA. Syarikat itu baru-baru ini diberi penghormatan oleh Frost & Sullivan sebagai Syarikat Terbaik Tahunan untuk Anugerah Amalan Terbaik 2021 mereka dan oleh CB Insights dalam Senarai 100 Teratas Pemula Kepintaran Buatan Paling Inovatif 2020 mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.beyond.ai.

Perihal Oak Consulting
Oak Consulting merupakan Penjual Semula Nilai Tambah Tableau Tingkat Perdana dan Penyedia Penyelesaian Awan yang berpangkalan di Singapura dengan pejabat di India dan Malaysia yang menyediakan Pengurusan Data dan Perkhidmatan Perundingan Analitis. Kami pakar dalam industri seperti Penjagaan Kesihatan, Pendidikan, Peruncitan dan e-Dagang, Telko, Kewangan, Perkapalan, Hab Lapangan Terbang, Perkhidmatan Perniagaan dan Sektor Awam.

Firma kami berkembang maju dalam menyampaikan penyelesaian kitaran hayat penuh kelas perusahaan daripada strategi hinggalah ke peringkat pelaksanaan. Kepakaran Oak Consulting terletak pada menangani set data yang besar dan kompleks, menyediakan analitik operasi yang disokong oleh perlombongan data, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin; menggunakan platform teknologi Pengurusan Awan dan Data yang paling terkini di dunia. 

Pasukan kepimpinan kami membawa berdekad pengetahuan dan pengalaman industri yang luas dalam penyelesaian teknologi maklumat dan perniagaan. Bersama pasukan pakar teknologi dan domain perniagaan yang bengalaman, kami bangga menjadi Rakan Kongsi Kolaboratif Secara Progresif untuk bekerjasama di Singapura dan Rantau.​ 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15557

DRUVA MEMPERLUASKAN PROGRAM MSP BERASASKAN SAAS YANG PERTAMA DALAM INDUSTRI KE RANTAU ASIA PASIFIK

Kesederhanaan, Keselamatan dan Skala Program itu Membantu Rakan Kongsi Meningkatkan Kecekapan Operasi dan Mempercepatkan Penerimaan Awan Pelanggan Dengan Sifar Kerumitan atau Kos Infrastruktur



SINGAPURA, 15 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Druva Inc. hari ini mengumumkan pelancaran program Pembekal Perkhidmatan Terurus (MSP) mereka di Asia Pasifik dan Jepun (APJ). Sebagai sebahagian daripada Program Rakan Kongsi Kompas Druva itu, program yang diperluaskan itu direka untuk memperkasakan MSP di rantau itu dan mempercepatkan transformasi awan pelanggan mereka dengan satu perkhidmatan perlindungan data yang berdaya tahan dan dipermudahkan.

Memandangkan tumpuan semasa untuk membina daya ketahanan infrastruktur digital, perusahaan di dalam APJ terus mempercepat dan mengembangkan operasi mereka secara agresif di dalam awan, ketika perbelanjaan untuk perkhidmatan awan terurus dijangka mencecah $37.7 bilion dalam pasaran-pasaran ini menjelang 2025, menurut IDC1. Perniagaan di rantau itu semakin beralih kepada MSP untuk membantu mengemudikan cabaran migrasi awan, mengurangkan kerumitan operasi dan menghapuskan perkakasan yang mahal. Walau bagaimanapun, penawaran perlindungan data semasa di dalam APJ memerlukan infrastruktur yang ketara, yang memerlukan MSP untuk membuat pelaburan modal, menguruskan persekitaran yang kompleks, menangguhkan kitaran jualan dan memampatkan margin operasi.

“Tahun ini kami akan melihat MSP semakin sejajar dengan keputusan pelanggan untuk memacukan pertumbuhan, dan penerimaan teknologi berasaskan awan dan penyelesaian SaaS semakin menjadi sebahagian besar daripada inisiatif IT ini,” kata Scott Morris, Naib Presiden bagi Jualan untuk APJ, Druva. “Ketika penyedia perkhidmatan cuba mengikuti rentak perkembangan, Druva telah membangunkan satu penyelesaian SaaS berbilang penyewa yang disesuaikan untuk membantu MSP berjaya pada masa ini, mengurangkan proses yang memakan masa, pengurusan perkakasan dan penggunaan yang panjang. Kini, MSP dalam APJ boleh memberi tumpuan kepada menyampaikan nilai kepada pelanggan mereka dengan segera, bukan menguruskan infrastruktur.”

Program MSP Druva membawa rakan kongsi mereka dengan sebuah model penghantaran berasaskan SaaS yang menawarkan pengalaman dalam menyepadukan pelanggan dengan sifar sentuhan dengan produk atau perkhidmatan dan tiada infrastruktur untuk dibina atau diselenggara. Dengan memanfaatkan pendekatan yang dipermudahkan ini, penyedia perkhidmatan kini boleh membantu pelanggan mereka berkembang maju melalui perjalanan awan mereka sambil mempercepatkan kitaran jualan, menambah baik masa kepada hasil dan mengekalkan margin berulang yang tinggi. Konsol pusat perkhidmatan yang dibina khas memberikan rakan kongsi dengan keupayaan untuk mengurus tahap perkhidmatan yang unik dengan pelan yang boleh disesuaikan, memperoleh keterlihatan terperinci di dalam penggunaan penyimpanan merentas akaun pelanggan dan menyemak kesihatan akaun dalam masa nyata. Hanya program MSP Druva menawarkan rakan kongsi dengan peluang untuk menjadi perunding awan yang bernilai tinggi sambil menyampaikan perlindungan data awan yang terkemuka di dalam industri.

Faedah untuk Rakan Kongsi MSP

Dengan menyertai program baharu Druva, MSP dalam APJ akan merealisasikan faedah segera seperti:
  • Masa yang dipertingkatkan kepada hasil: Melalui satu pengalaman SaaS tanpa sentuhan yang sepenuhnya, MSP boleh menerima pelanggan baharu dalam masa sepantas 20 minit, memenuhi beban kerja penyewa baharu dengan cepat, dan meningkat atau menurunkan keperluan pelanggan dengan cekap.
  • Margin operasi yang lebih tinggi: Tiada perkakasan untuk diselenggara atau disokong, kurang perbelanjaan reka bentuk bahagian hadapan. Tiada aset terkandas bermakna pelaburan dan penyelenggaraan yang minimum untuk rakan kongsi MSP, dan satu penyelesaian yang tangkas, yang mengutamakan awan untuk pelanggan.
  • Mengurangkan kerumitan operasi: MSP mengelakkan cabaran rantaian bekalan dengan tanpa perkakasan atau pengurusan aset yang diperlukan, menguruskan tahap perkhidmatan yang unik dengan pelan perkhidmatan MSP yang boleh disesuaikan, meningkatkan kecekapan operasi, mengelakkan penalti SLA yang terlepas dan menjalankan perniagaan mereka dengan lebih strategik.
  • Pembezaan pasaran: Jadikan kepercayaan pelanggan sebagai satu keutamaan dengan sebuah platform yang memenuhi keperluan keselamatan dan pematuhan paling ketat di dalam industri seperti pematuhan SSAE18 SOC2 Jenis II, FedRAMP, FIPS, HIPAA, GDPR, TRUST-E dan APPI.
“Penawaran MSP oleh Druva membolehkan kami untuk dengan cepat dan mudah meningkatkan berbilang pelanggan dan memantau pelanggan tersebut merentasi satu platform,” kata Willy Teo, Pengurus Besar, Rugged Asia Pte Ltd. “Arahan kawalan pusat ini memberikan kami segala yang kami perlu tahu bahawa pelanggan kami selamat, terjamin dan kami mempunyai semua data mereka disandarkan dan tersedia. Dan oleh kerana Druva dibina di atas Perkhidmatan Web Amazon dan tersedia sebagai satu perkhidmatan, ia membantu kami menyediakan sebuah perkhidmatan kelas perusahaan yang tidak berintensifkan modal, menjadikannya lebih mudah bagi kami beralih daripada menjadi sebuah penjual semula kepada sebuah MSP Druva.”

Maklumat Tambahan:
1IDC, Ramalan Perkhidmatan Awan Terurus Seluruh Dunia, 2021–2025: Satu Pandangan Pengekstrakan bagi Pasaran Perkhidmatan Penyumberan Luar Teknologi, Doc #US47084421. Diterbitkan 2 September 2021

Maklumat mengenai Druva

Druva membolehkan daya ketahanan siber, data dan operasi bagi setiap organisasi dengan Awan Ketahanan Data, penyelesaian SaaS berskala yang  pertama dan satu-satunya di dalam industri itu. Pelanggan boleh memudahkan perlindungan data secara radikal, memperkemaskan tadbir urus data dan memperoleh keterlihatan dan wawasan data ketika mereka mempercepatkan penggunaan awan. Druva mempelopori satu pendekatan berasaskan SaaS untuk menghapuskan infrastruktur kompleks dan kos pengurusan yang berkaitan, dan menyampaikan daya ketahanan data melalui satu platform tunggal yang merangkumi pelbagai geografi dan awan. Druva dipercayai oleh beribu-ribu perusahaan, termasuk 60 daripada Fortune 500 untuk menjadikan data lebih berdaya tahan dan mempercepatkan perjalanan mereka ke awan. Layari druva.com dan ikuti kami di LinkedInTwitter dan Facebook.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220214005120/en/

Hubungi

Sagar Desai
Ketua APJ, Komunikasi Pemasaran
Druva Inc.
+91.8600105315
sagar.desai@druva.com

Sumber : Druva Inc.

POLONIEX MELANCARKAN PROGRAM PENGEMBARA ANGKASA LEPAS BAHARU DENGAN KOMISEN SEHINGGA 60%

 

Sertai program Pengembara Angkasa Lepas Poloniex untuk menikmati komisen sehingga 60%

BANDAR RAYA PANAMA, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Poloniex, sebuah pertukaran mata wang kripto global, hari ini mengumumkan program Pengembara Angkasa Lepas mereka yang serba baharu, yang mendapatkan pemimpin komuniti, peniaga, pempengaruh, serta pencinta dan peminat kripto sebagai duta untuk membantu menghubungkan Poloniex dengan lebih banyak komuniti dan menjanakan kesedaran jenama di seluruh dunia.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220208005142/en/

Program Pengembara Angkasa Lepas itu mengintegrasikan program sukarelawan dan rujukan sebelum ini. Ia bertujuan untuk melibatkan bakat-bakat tempatan di wilayah yang berbeza untuk berkembang bersama dan berkongsi keuntungan daripada pembangunan berterusan Poloniex. Terutamanya, program baharu ini menampilkan satu sistem komisen yang lebih bermurah hati dan menarik.

Berdasarkan kepada bilangan rujukan dan volum urus niaga, terdapat empat tahap Pengembara yang berbeza, iaitu Saintis Roket, Penjelajah Bulan, Pengembara Marikh dan Kapten Matahari. Kadar komisen adalah sehingga 60%, dengan komisen peringkat ke-2 tersedia untuk Kapten Matahari. Klik di sini untuk butiran lanjut.

“Meneroka dunia kripto adalah seperti satu perjalanan angkasa lepas, penuh dengan perkara yang tidak diketahui, kemungkinan dan keseronokan,” kata Eddie Jiang, Ketua Pemasaran bagi Poloniex. “Untuk menampung perkembangan pesat Poloniex di dalam pasaran global, kami melancarkan program baharu ini. Kami sangat menghargai sumbangan setiap orang, dan mengharapkan lebih ramai bakat menyertai kami.”

Pengembara Angkasa Lepas Poloniex bertindak sebagai jambatan di antara pengguna dan pertukaran itu, dan harus juga membantu dalam pembangunan Poloniex dalam pelbagai cara berasaskan kepada kepakaran mereka sendiri, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan komuniti, penciptaan kandungan, organisasi acara dan promosi media sosial. Pengembara akan menerima ganjaran tambahan daripada Poloniex semasa proses tersebut, seperti hadiah istimewa, jemputan kepada acara eksklusif dan sokongan belanjawan kempen dalam talian & luar talian.

Sementara itu, dengan bekerjasama rapat dengan dan disokong oleh pertukaran terkemuka, ini merupakan satu peluang yang baik bagi Pengembara untuk memperoleh pengalaman yang berharga, mendalami pengetahuan, mengembangkan rangkaian profesional dan merealisasikan visi peribadi di dalam industri mata wang kripto.

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut atau kemukakan permohonan anda terus untuk Pengembara Angkasa Lepas Poloniex. 

Monday, February 14, 2022

KENYATAAN MENGENAI HARI ANTARABANGSA WANITA DAN GADIS DALAM SAINS 2022 OLEH LUCY GILDEA, KETUA PEGAWAI INOVASI DI MARY KAY INC.

Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains di Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di bawah ini adalah satu kenyataan oleh Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains di Mary Kay Inc., bersempena dengan Hari Antarabangsa Wanita dan Gadis dalam Sains 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220211005050/en/

Dalam satu kajian penting yang dijalankan di antara 1966 dan 1977, hampir 5,000 orang kanak-kanak telah diminta melukis seorang saintis. Daripada lukisan tersebut, hanya 0.6% menggambarkan saintis wanita. Kajian yang serupa, dan lebih terkini telah menunjukkan peningkatan, dengan 28% kanak-kanak zaman moden melukis saintis wanita apabila diberikan tugasan yang sama.

Ia adalah kemajuan. Tetapi kita belum lagi berada di sana.

Mary Kay Inc. membayangkan satu masa depan di mana lebih ramai saintis wanita wujud bukan sahaja di atas kertas, tetapi di dalam dunia nyata. Itulah sebabnya, pada Hari Antarabangsa Wanita dan Gadis dalam Sains ini, kami menggesa semua kerajaan, institusi pendidikan dan rakan sejawat kami di dalam sektor swasta untuk melabur di dalam, menggalakkan dan menyokong lebih ramai wanita dan gadis di dalam pendidian STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Lebih ramai gadis dalam pendidikan STEM membawa kepada satu peningkatan dalam wanita yang menerima kerjaya STEM. Seterusnya, ini menyediakan akses kepada lebih banyak peluang yang sama rata bagi wanita, mengecilkan jurang gaji jantina, meningkatkan ekonomi dan menghapuskan berat sebelah dalam bidang saintifik.

Itulah sebabnya Mary Kay menyokong pelajar minoriti di dalam pengajian STEM dengan melabur berjuta-juta dolar di dalam projek seperti Akademi bagi Sains Pemasaran, Persatuan Dermatologi Penyiasatan dan Biasiswa Madam C.J. Walker.

Itulah sebabnya setiap tahun, Yayasan Mary Kay AshSM menyokong pembangunan saintis wanita dengan geran penyelidikan yang membantu dalam mencari penawar untuk kanser yang menjejaskan wanita secara khusus.

Setiap hari, melalui inovasi dan sains, wanita di seluruh dunia sedang menyelesaikan sebahagian daripada masalah kami yang paling kompleks — tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengiktiraf sumbangan mereka, memberi mereka satu suara dan meningkatkan perwakilan mereka di dalam bidang STEM.

Di masa hadapan, apabila kami meminta gadis muda untuk melukis seorang saintis, harapan saya ialah mereka akan melukis diri mereka sendiri.


PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT HASIL CAWANGAN KENINGAU UNTUK TUJUAN SANITASI

 KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Pejabat HASiL Cawangan Keningau akan ditutup sementara bermula 14 Februari 2022 (Isnin) sehingga 18 Februari 2022 (Jumaat) bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi. Pejabat HASiL ini dijangka kembali beroperasi pada 21 Februari 2022 (Isnin).

 
Dalam tempoh penutupan sementara ini, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter berkenaan adalah dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula.
 
Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan HASiL yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
 
Senarai tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut:
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/


Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 
Tarikh: 13 Februari 2022 


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Saturday, February 12, 2022

MANCHESTER UNITED MEMILIH TEZOS SEBAGAI RAKAN BLOK RANTAI DAN KIT LATIHAN RASMI

MANCHESTER, England, 11 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Manchester United (NYSE: MANU; “Syarikat” itu, “Kelab” itu, dan “Kumpulan” itu) hari ini telah mengumumkan satu perkongsian berbilang tahun yang penting yang akan menyaksikan Tezos, satu daripada blok rantai termaju dan mapan di dunia, dipaparkan pada rangkaian kit latihan lelaki dan wanita Kelab itu.

Kit latihan berjenama Tezos akan dipakai oleh skuad utama pasukan itu buat kali pertama sebelum perlawanan hujung minggu ini menentang Southampton, untuk memperkenalkan peminat Manchester United kepada perkongsian itu dan teknologi Web3 melalui blok rantai Tezos.

Tezos berada di barisan hadapan dalam revolusi blok rantai dunia yang membolehkan interaksi digital yang pantas, selamat dan cekap tanpa memerlukan perantara.

Sebuah blok rantai proof-of-stake atau satu mekanisme konsensus mata wang kripto yang asli, Tezos telah dibina dengan sebuah reka bentuk yang cekap tenaga yang membolehkannya untuk beroperasi dalam satu cara yang lebih bersih dan mesra alam berbanding dengan blok rantai yang lain.

Tezos juga berbeza dengan blok rantai yang lain kerana ia boleh berkembang dengan lancar, dengan kemas kini yang berkala yang direka dan diluluskan oleh komuniti global mereka yang terdiri daripada pengguna dan pembangun.

Victoria Timpson, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Perikatan dan Perkongsian Manchester United, berkata: “Ini adalah satu perkongsian yang sangat menarik bagi Manchester United kerana ia menyelaraskan kami dengan satu daripada blok rantai yang paling maju, boleh dipercayai dan mapan dalam sebuah bidang teknologi yang menjanjikan untuk benar-benar merevolusikan cara semua orang, termasuk Kelab itu dan peminat kami, boleh berinteraksi.

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan satu daripada blok rantai yang paling mesra alam, dengan menggunakan teknologi yang cekap tenaga, mengehadkan pelepasan karbon dan mengurangkan kos, selaras dengan usaha lebih luas Kelab itu untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar.

“Perkongsian adalah teras bagi kekuatan kami sebagai sebuah kelab, menyokong pemacu bagi kejayaan di atas padang, dan kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Tezos sebagai peneraju industri terkini untuk menyertai keluarga rakan kami.”

Edward Adlard, Ketua bagi Penerimaan dan Pembangunan Perniagaan, Tezos Ecosystem berkata: “Sepanjang sejarah mereka, Manchester United telah sentiasa berkembang, dengan sokongan komuniti peminat dan rakan kongsi global mereka yang besar dan pelbagai. Tezos akan membolehkan Manchester United untuk menggunakan blok rantai  dan Web3 bagi mengubah penglibatan peminat, pemain, pasukan dan rakan kongsi.

“Keputusan oleh kelab bola sepak terhebat dunia itu untuk memilih Tezos sebagai blok rantai pilihan mereka adalah pengesahan selanjutnya bahawa reka bentuk yang difikirkan dengan teliti dipadankan dengan keselamatan yang kukuh, bayaran gas yang rendah dan inovasi yang diterajui komuniti merupakan faktor penting yang mendorong gelombang penerimaan seterusnya di dalam revolusi digital.”

Sebagai tambahan kepada penjenamaan Tezos pada kit latihan Kelab itu, perkongsian itu akan juga merangkumi beberapa pengalaman baharu peminat yang dibina di atas blok rantai Tezos dan satu ikrar untuk menyokong Yayasan Manchester United dengan sumbangan yang berterusan dalam tez, mata wang asli bagi blok rantai Tezos, untuk melatih, mendidik dan memberi inspirasi kepada golongan muda di dalam komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut tentang perkongsian itu dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai blok rantai, klik di sini www.manutd.com/en/Partners/Global/Tezos atau www.tezos.com/manutd

Maklumat mengenai Manchester United

Manchester United adalah satu daripada pasukan sukan yang paling popular dan berjaya di dunia, beraksi pada satu daripada sukan penonton yang paling popular di Bumi. Melalui warisan kami selama 144 tahun, kami telah memenangi 66 trofi, yang membolehkan kami untuk membangunkan jenama sukan terkemuka dunia dan sebuah komuniti global dengan 1.1 bilion peminat dan pengikut. Komuniti kami yang besar dan bersemangat menyediakan Manchestar United dengan sebuah platform di seluruh dunia untuk menjanakan hasil yang besar daripada pelbagai sumber, termasuk penajaan, perdagangan, pelesenan produk, media baharu & mudah alih, penyiaran dan hari perlawanan.

Maklumat mengenai TEZOS

Tezos adalah wang pintar, yang mentakrifkan semula apa yang dimaksudkan untuk memegang dan menukar nilai dalam sebuah dunia yang dihubungkan secara digital. Sebuah blok rantai Proof of Stake yang boleh ditingkatkan sendiri dan cekap tenaga dengan rekod prestasi yang terbukti, Tezos dengan lancar menerima pakai inovasi hari esok tanpa gangguan rangkaian pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tezos.com.

Maklumat mengenai YAYASAN TEZOS

Yayasan Tezos adalah sebuah yayasan Switzerland yang tidak mencari keuntungan yang menyokong pembangunan dan kejayaan jangka panjang bagi protokol Tezos, sebuah blok rantai yang cekap tenaga dengan keupayaan untuk berkembang dengan menaik taraf dirinya sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tezos.foundation.

Maklumat mengenai Yayasan Manchester United

Yayasan Manchester United menggunakan bola sepak bagi melibatkan dan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk membina kehidupan yang lebih baik buat diri mereka sendiri dan menyatukan masyarakat di mana mereka tinggal. Kakitangan yang berdedikasi menyampaikan bimbingan bola sepak, program pendidikan dan pembangunan peribadi, bagi menyediakan golongan muda dengan peluang untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Ketahui lebih lanjut: www.mufoundation.org 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15553

Thursday, February 10, 2022

MUZIUM NASIONAL BAGI SENI LUKIS MODEN, TOKYO MELANCARKAN PROGRAM PERBUALAN DALAM BAHASA INGGERIS

TOKYO, 10 Feb., 2022 /Kyodo JBN*AsiaNet/--

Muzium Nasional bagi Seni Lukis Moden, Tokyo (MOMAT) di Jepun telah melancarkan “Let's Talk Art! Online,” (“Mari Berbicara mengenai Seni Lukis! Dalam Talian”) sebuah program perbualan dalam talian dalam bahasa Inggeris, pada 2 Februari, 2022.
Permohonan diterima melalui Viator.
 
Tidak seperti lawatan berpandu di mana orang ramai hanya mendengar kepada penerangan tentang karya seni, “Let's Talk Art!” adalah satu program pengalaman di mana peserta berinteraksi di antara satu sama lain di bawah bimbingan seorang fasilitator, mendalami pemahaman mereka tentang karya seni dan budaya Jepun. MOMAT telah menjalankan program ini untuk pelawat muzium, tetapi sekarang memandangkan ia sukar untuk melancong ke Jepun, muzium itu telah melancarkan satu versi baharu dalam talian bagi program itu supaya orang ramai boleh turut serta dari mana sahaja di dunia.

MUZIUM NASIONAL BAGI SENI LUKIS MODEN, TOKYO MELANCARKAN PROGRAM PERBUALAN DALAM BAHASA INGGERIS

Wednesday, February 9, 2022

PENYELESAIAN AUTOMASI FUTUREDIAL MEMPROSES LEBIH 231 JUTA TELEFON MUDAH ALIH TERPAKAI DI SELURUH DUNIA

Penerimagunaan perisian robotik dan automasi FutureDial yang semakin berkembang oleh Pengendali Wayarles, Pembekal Logistik Pihak Ketiga (3PL) dan Pengitar Semula Peranti Mudah Alih melonjakkan volum Telefon Pintar iPhone dan Android terpakai yang diproses untuk dijual semula pada tahun 2021

SUNNYVALE, California, 8 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 FutureDial Incorporated terus menerajui dalam menyediakan penyelesaian pemprosesan peranti mudah alih untuk Pengendali Wayarles, Syarikat Beli Balik & Tukar Beli Peranti Mudah Alih, Pengitar Semula Telefon Mudah Alih dan Pembekal Logistik Pihak Ketiga (3PL) pada tahun itu. Syarikat itu turut mengumumkan bahawa penyelesaian perisian robotik dan automasinya telah digunakan oleh pelanggan dalam rantaian bekalan mudah alih untuk mengosongkan data, menguji kefungsian dan menggred sejumlah lebih 231.4 juta telefon pintar Android dan iPhone terpakai di seluruh dunia, untuk dijual semula di pasaran sekunder. Di samping itu, jumlah bilangan ujian kefungsian menggunakan perisian dan robotik FutureDial untuk jaminan mutu yang dilakukan pada telefon pintar iPhone dan Android terpakai telah melebihi 400 juta ujian. Pada suku keempat 2021 sahaja, FutureDial melaporkan bahawa volum pemprosesan dengan pelanggan meningkat lebih 50%.

Dalam pasaran logistik songsang yang semakin berkembang dalam rantaian bekalan mudah alih, FutureDial merupakan penyedia pilihan utama untuk penyelesaian pemprosesan automatik bagi telefon mudah alih terpakai, serta untuk sistem pengurusan data bagi operasi pemprosesan telefon tersebut. Pasaran yang lumayan ini terus berkembang apabila harga jualan purata telefon pintar generasi kedua dalam pasaran hari ini menghampiri purata AS$180, mewakili anggaran jumlah nilai pasaran tersedia melebihi AS$52.7 bilion. Bahagian pasaran telefon pintar terpakai di Amerika Utara telah mencecah 24.4% dan dijangka berkembang hingga 27% menjelang 2024.

Meningkatkan Aliran Kerja dan Keuntungan dengan Pengautomasian
Sedang pasaran berkembang, pengendali logistik songsang dan pengendali wayarles bagi peranti mudah alih dicabar dari segi kemampuan untuk memproses jutaan model telefon yang ditukar beli atau dikembalikan setiap tahun. Langkah ini menjadi semakin sukar apabila proses manual semasa tidak boleh diskala dengan mudah dan wujudnya kesukaran dalam pasaran buruh pada masa ini. FutureDial bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat ini berasaskan matlamat mereka untuk pengautomasian dan kadar evolusi yang mereka ingini melalui kitaran hayat automasi. Penyelesaian yang disediakan oleh FutureDial terdiri daripada pelaksanaan stesen tunggal hinggalah penyelesaian bersepadu menyeluruh yang mengautomasikan dan menyelaraskan titik sentuh dan aliran kerja dan merangkumi barisan pemprosesan peranti mudah alih di tapak pelanggan. Mengautomasikan proses-proses ini di pusat pemprosesan menghasilkan penjimatan kos yang ketara bagi syarikat-syarikat itu, yang membolehkan mereka menjana lebih banyak pendapatan bagi setiap telefon yang dijual semula.

Automasi Proses Mencapai Harga Boleh Diperakui bagi Telefon Terpakai
"Pencapaian melangkaui 231 juta telefon mudah alih yang diproses oleh penyelesaian robotik dan perisian kami ini menunjukkan pertumbuhan pesat yang kami saksikan dengan pelanggan apabila mereka menerima, melaksana dan menskalakan pengautomasian proses," kata Frank Harbist, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FutureDial. "Penyelesaian robotik dan perisian kami yang modular dan bersepadu sepenuhnya menangani keperluan unik pelanggan untuk penerimaan, pengosongan data, ujian kefungsian dan penggredan telefon pintar dan tablet secara kosmetik untuk dijual semula. Pendekatan automasi proses dan orientasi kitaran hayat kami memperkasakan pelanggan untuk mencapai ujian yang konsisten, tepat dan dapat diperakui serta penggredan harga jualan semula jutaan telefon terpakai, dan oleh itu dapat mencapai matlamat perniagaan mereka."

Tentang FutureDial
Ditubuhkan pada tahun 1999, FutureDial merupakan pembekal terkemuka bagi penyelesaian pemprosesan untuk rangkaian bekalan logistik songsang peranti mudah alih. SMART Processing Platform™ yang mudah digunakan, diperakui oleh ADISA dan automatik daripada FutureDial mengurangkan bilangan sentuhan pengendali, menjimatkan masa dan wang bagi syarikat Beli Balik Tukar Beli Peranti Mudah Alih, Pembekal Logistik Pihak Ketiga (3PL), Pengendali Wayarles dan Pengeluar Peranti Mudah Alih (OEM). Dengan mempermudah dan mengautomasikan proses, menyatukan aliran kerja dan memberikan gambaran tentang operasi perniagaan, FutureDial menjadikan syarikat-syarikat perniagaan ini lebih cekap, dapat menjana keuntungan dan responsif terhadap keperluan pelanggan mereka. Lawati http://www.futuredial.com atau e-mel sales@futuredial.com . 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15535

Monday, February 7, 2022

LEDDARTECH MENGUMUMKAN USD 140 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SERIES D DIGABUNGKAN DENGAN FASILITI HUTANG

Pembiayaan terkini menyokong usaha pertumbuhan dan pembangunan LeddarTech yang dipercepatkan untuk penyelesaian automotif gabungan sensor dan persepsi proprietarinya yang unik.

QUEBEC CITY, 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, syarikat peneraju global dalam menyediakan teknologi penderiaan ADAS dan AD yang paling fleksibel, teguh dan tepat, dengan sukacitanya mengumumkan pusingan pembiayaan yang berjaya dengan pelaburan sebanyak AS$ 140J, yang terdiri daripada penutupan pertama Series D sebanyak AS$ 116J dan fasiliti hutang sebanyak AS$ 24J.

FS Investors mengetuai pusingan pembiayaan dengan penyertaan Investissement Québec, BDC Capital, Go Capital, dana tertentu yang diuruskan oleh Fidelity Investments Canada ULC, Fonds de solidarité FTQ, Export Development Canada, ams OSRAM, Desjardins Capital, UI Investissement, Cowen Investment II LLC dan pengurusan LeddarTech yang lain. Fasiliti hutang dijamin dengan Desjardins Group.

Pelaburan ini akan mempercepatkan pembangunan dan pengkomersialan bagi penyelesaian LeddarTech. Di samping itu, LeddarTech akan menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan sumber kejuruteraan bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan automotif OEM dan Tahap 1-2 global yang terlibat secara aktif dengan syarikat untuk penyelesaian gabungan sensor dan penderiaan persepsi.

"Keputusan kami untuk bekerjasama dengan LeddarTech bermula dengan pengenalan kami kepada pasukan pengurusan kanan korporat. Secara individu, pasukan kanan mempunyai pengalaman yang lama dalam industri teknologi. Selain itu, ramai yang telah bekerja dengan syarikat teknologi automotif dan penderiaan global utama," ujar Nick Stone, pengasas dan rakan kongsi FS Investors. "Proses usaha wajar yang meluas dan pengesahan pelanggan yang kukuh mengesahkan bahawa penyelesaian unik LeddarTech adalah yang terbaik dalam pasaran untuk membuka kunci penggunaan besar-besaran bagi ADAS dan AD dengan memecahkan pergantungan perisian biasa terhadap perkakasan dalam penderiaan," menurut En. Stone, menyimpulkan bahawa : "Penyelesaian LeddarTech, yang dipanggil LeddarVision™, menyediakan kefleksibelan kepada pelanggan untuk menskala dengan pantas bagi semua model kenderaan dan menyampaikan ke pasaran dengan lebih pantas dengan prestasi yang lebih baik pada kos yang lebih rendah."

"Kejayaan pusingan ini adalah bukti pertumbuhan dan pengiktirafan industri yang telah dicapai oleh LeddarTech. Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan FS Investors sebagai pelabur terkini kami, yang membawa pengalaman dan kepakaran luas dalam sektor teknologi terkawal," kata Charles Boulanger, Ketua Pegawai Eksekutif LeddarTech. "Saya kagum dengan kualiti dan ketelitian usaha wajar mereka dan pemahaman luar biasa mereka terhadap pasaran ADAS dan AD, yang mengesahkan nilai bagi penyelesaian perisian unik kami. Saya dan pasukan kami berharap dapat bekerjasama dengan FS Investors, pelabur baharu kami yang lain dan rakan kongsi kami yang sedia ada untuk membolehkan pelanggan kami menggunakan penyelesaian ADAS dan AD kami yang boleh dipercayai dan berkesan kos bagi semua jenama dan pasaran mereka," kata Encik Boulanger.

Cowen dan Desjardins Capital Markets bertindak sebagai penasihat bersama dalam pusingan pelaburan ini.

Perihal LeddarTech

Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi sebuah syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan, gabungan dan persepsi yang kritikal di seluruh rantaian nilai. Syarikat tersebut menawarkan penyelesaian yang berkesan kos dan boleh skala seperti LeddarVision™, gabungan penderia data mentah dan platform persepsi yang menjana model persekitaran 3D yang menyeluruh dengan konfigurasi berbilang penderia untuk menyokong autonomi penuh Tahap 2+ hingga Tahap 5. Platform ini boleh skala untuk menyokong semua tahap automasi kenderaan. Selain itu, LeddarTech menyokong pembuat LiDAR dan penyepadu sistem automotif Tahap 1-2 dengan LeddarSteer™, peranti stereng palang digital dan penyelesaian pembangunan LiDAR XLRator untuk pembangunan LiDAR keadaan pepejal gred automotif berasaskan LeddarEngine™ dan komponen teras daripada rakan kongsi semikonduktor global. Syarikat ini bertanggungjawab ke atas beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih daripada 100 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan di LinkedInTwitterFacebook dan YouTube. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15533