Tuesday, May 31, 2016

TOSHIBA UMUM KETERSEDIAAN SEGERA SUBSISTEM IP BAGI PCI EXPRESS® DAN DDR3 UNTUK PLATFORM LSI YANG LAZIM

TOKYO, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation Storage & Device Solutions Company (TOKYO: 6502) hari ini mengumumkan ketersediaan segera subsistem IP*3 bagi PCI Express *1 dan DDR3 SDRAM *2 yang dibangunkan bersama dengan Northwest Logic, sebuah pembekal terkemuka bagi teras antara muka IP Memori Antaramuka dan PCI Express yang berprestasi tinggi, mudah untuk digunakan dan terbukti silikon. Subsistem ini boleh didapati pada platform LSI yang lazim, termasuk ASIC dan FFSATM *4.
 
Teras PCI Express termasuk patuh piawai, Teras PCI Express 3.0/2.1/1.1 yang berciri lengkap dan berprestasi tinggi, Teras  DMA *5  yang susun-selerak dan Pemacu (Linux® & Windows®). Teras Alat Kawalan DDR3 SDRAM menyediakan sokongan berjalur lebar yang tinggi dengan satu set lengkap teras tambahan pilihan yang termasuk ARM® AMBA® AXI *6, pelbagai port, penyusunan semula*7, ECC *8  ​​dan sokongan ujian memori.


Monday, May 30, 2016

Agropreneur Belia MARDI Pamer Produk

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- MARDI Agropreneurs Products Showcase 2016 akan menjadi platform bagi 32 agropreneur belia mempamerkan produk mereka untuk tempoh dua minggu akan datang.


Acara itu akan berlangsung dari 26 hingga 28 Mei dan dari 2 hingga 4 Jun di Riverwalk Village, Jalan Sultan Azlan Shah (dahulu Jalan Ipoh) di sini yang juga menjadi venue bagi agropreneur muda untuk memperluaskan rangkaian pemasaran mereka.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Sharif Haron berkata, showcase itu memberi peluang kepada agropreneur mendapat maklum balas secara terus dari pengguna mengenai produk mereka.

-- BERNAMA

Saturday, May 28, 2016

Euromonitor International Lancar Pangkalan Data Label Beretika Baharu


KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Euromonitor International hari ini melancarkan pangkalan data label beretika baharu di London susulan perkembangan ke arah kelestarian dan ketelusan label.

Menurut syarikat penyelidikan pasaran global itu, label halal dan vegetarian akan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun melebihi lima peratus antara 2015 dan 2020.

"Ini menjadikan jualan tambahan US$13 bilion bagi label halal dan US$708 juta bagi label vegetarian," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ketua Kesihatan dan Kesejahteraan Euromonitor, Ewa Hudson berkata permintaan daging halal meningkat secara mendadak memandangkan ia adalah perkara penting kepada masyarakat Islam.

"Masyarakat Islam berkembang dengan kukuh di peringkat global dan dijangka mencecah kira-kira 26 peratus daripada jumlah penduduk dunia pada 2030.

"Produk halal dijangka mencecah US$58.3 bilion pada 2020 daripada US$45.3 bilion ketika ini, dipacu oleh kepelbagaian ethnik dan agama," katanya.

Sementara itu, tiga pasaran vegetarian utama yang berkembang pesat antara 2015 dan 2020 adalah China pada 17.2 peratus, Emiriyah Arab Bersatu pada 10.6 peratus dan Australia sebanyak 9.6 peratus.

"Pelabelan produk vegetarian adalah kategori utama pada masa depan memandangkan syarikat berkenaan memperluaskan permintaan pengguna dengan mengelak daripada bahan berasaskan haiwan.

"Peningkatan permintaan dan aliran bagi vegetarian dan protein sayur-sayuran menunjukkan hala tuju pasaran itu ketika ini," kata Hudson.

Pada 2015, pasaran global bagi makanan dibungkus, minuman ringan dan minuman panas berlabel secara beretika, tidak termasuk label persendirian, menyumbang US$793.8 bilion dan dijangka mencecah US$872.7 bilion pada 2020.

-- BERNAMA

Friday, May 27, 2016

KAD UNIONPAY MEMBAWA KESEGARAN BAHARU KEPADA PELANCONGAN KANADA

SHANGHAI, China, 27 Mei, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Adalah difahamkan pada 23 Mei bahawa Kanada baharu sahaja menerima satu kumpulan pelancong yang besar yang terdiri daripada lebih 4,000 orang pelancong perniagaan China. Adalah dijangkakan bahawa kumpulan pelancong ini akan membawa bersama kuasa membeli sekurang-kurangnya 4 juta dolar Kanada. Menurut Toronto Tourism, ini adalah kumpulan pelancong tunggal yang terbesar yang pernah diterima oleh Kanada.
 
Menurut data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pelancongan Kanada, pendapatan tahunan industri pelancongan Kanada pada tahun 2015 mencapai 90 bilion dolar Kanada, dan pelancongan secara langsung telah mewujudkan lebih 630,000 peluang pekerjaan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah pelancong China yang melawat Kanada telah berkembang pada kadar stabil, dan pada tahun 2015 jumlahnya mencecah hampir 500,000 orang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9019

PANASONIC MEMPERBAHARUI BILIK PAMERAN MEREKA DI VIETNAM UNTUK MEMPAMERKAN PENYELESAIAN GAYA HIDUP PREMIUM YANG TERKINI

HANOI, Vietnam, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE-- Panasonic Vietnam (Panasonic) membuka bilik pameran korporat mereka yang baharu diubahsuai, Panasonic Risupia Vietnam, bersempena dengan ulang tahun ke-10 penubuhan syarikat itu, hari ini. Bilik pameran itu telah diubahsuai untuk mempamerkan penyelesaian Gaya Hidup Premium yang terkini dan menyediakan satu pengalaman yang lebih interaktif kepada pengunjung.

Teknologi canggih terkini Panasonic seperti "Skrin Lutsinar" – satu paparan kaca pintar yang mempunyai keupayaan untuk menonjolkan imej dan maklumat seperti program berita dan data cuaca -- dan penyelesaian audio visual yang terkini dipamerkan di pintu masuk yang baharu diubahsuai. Di kawasan bilik pameran itu, pelbagai produk dan penyelesaian syarikat itu, daripada peralatan audio visual untuk peralatan rumah dan produk kecantikan, dipamerkan untuk menyerlahkan persekitaran kehidupan premium yang berkisarkan kepada konsep "keselamatan, keselesaan, kemudahan dan gaya" yang boleh ditawarkan oleh Panasonic kepada pengguna mereka di Vietnam.

GELOMBANG "AI" MENJANGKAU KE INDUSTRI ISI KANDUNGAN - RUANG KHAS "AI WORLD" AKAN DIADAKAN DI DALAM CONTENT TOKYO 2016

TOKYO, 27 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kawasan pameran khas "AI world" akan dilancarkan di dalam CONTENT TOKYO 2016
"AI world", satu kawasan pengumpulan teknologi AI yang terkini & berinovatif, akan diadakan di dalam CONTENT TOKYO 2016 – satu pameran perdagangan B2B yang terbesar di Jepun bagi perniagaan isi kandungan dengan 1,530* pempamer yang diadakan dari 29 Jun hingga 1 Julai di Tokyo.
 
"AI world" dilancarkan sebagai respons kepada permintaan yang kukuh untuk perniagaan isi kandungan AI x
Pada hari ini, ia adalah semakin lazim untuk menggunakan teknologi AI bagi mencipta isi kandungan atau untuk menganalisis data bagi penciptaan isi kandungan. "AI world" telah diputuskan untuk diadakan sebagai tindak balas kepada trend ini dan permintaan daripada industri berkenaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9018

TCL UMUM KEMAJUAN PROJEK LTPS WUHAN CSOT

SHENZHEN, China, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam elektronik pengguna dan komunikasi, mengumumkan baru-baru ini mengenai kemajuan Projek LTPS Wuhan yang dilaburkan bersama oleh anak syarikatnya China Star Optoelectronics Technology (CSOT) dan Hubei Science & Technology Investment Group Co. Ltd.

Menurut pengumuman itu, CSOT dan Hubei Science & Technology Investment Group Co. Ltd. memulakan Project LTPS Wuhan pada tahun 2014 dengan jumlah pelaburan bersama RMB 16 bilion atau AS$2.45 bilion, dan menubuhkan usaha sama Wuhan China Star Optoelectronics Technology untuk mengendalikan projek itu. Projek LTPS Wuhan, yang juga digelar sebagai Project T3, akan menjadi satu garisan pengeluaran baharu bagi panel Gen 6  LTPS (OKSIDA) LCD / AMOLED.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9014

Felda latih 1,100 peneroka perubatan bekam, akupuntur

JEMPOL 22 Mei – Felda bercadang melatih 1,100 warga peneroka yang mahir dalam bidang perubatan bekam dan akupuntur dalam tempoh terdekat.

Timbalan Pengarah Besar Felda (Pembangunan Komuniti), Anuar Malek berkata, usaha itu bertujuan meningkatkan pendapatan warga Felda dalam pelbagai cabang keusahawanan.

Beliau berkata, perkhidmatan perubatan bekam dan akupuntur kini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

‘Ini merupakan kali pertama kita adakan kursus rawatan bekam alHijamah dan akupuntur dengan kerjasama Felda Wilayah Raja Alias.

‘Kita jangka kursus ini akan menarik minat dalam kalangan para peneroka di 11 wilayah Felda di seluruh negara,’ katanya yang ditemui selepas majlis perasmian kursus berkenaan di Dewan Feldajaya Selatan, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Felda, Mohd. Nasir Embong dan Ketua Peneroka Felda Negeri Sembilan, Othman Parman.

Kursus dijalankan oleh kakitangan dari Pusat Rawatan Pancaran Nur, Kuala Lumpur dan kesemua peserta turut menerima kit rawatan bekam.

Jelasnya, kursus yang diadakan itu dihadiri 127 peneroka. 

Anuar berkata, kursus yang diadakan itu dibiayai oleh Felda dan bakal memberi manfaat kepada peneroka untuk berjaya sebagai usahawan dalam bidang berkenaan. 


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA


Thursday, May 26, 2016

NRI ANUSHKA GAIKWAD DARI GLOBAL INDIAN INTERNATIONAL SCHOOL (GIIS) YANG BERPANGKALAN DI SINGAPURA MENDAHULUI DALAM PEPERIKSAAN CBSE 2016 DI SELURUH DUNIA, ANTARA PELAJAR NRI DI SELURUH RANTAU ASEAN & TIMUR TENGAH

SINGAPURA, 25 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Anushka Gaikwad dari Global Indian International School (GIIS), Kampus Queenstown di Singapura mendahului rantau ASEAN pada peperiksaan CBSE Kelas 12 2016 dengan mencatatkan 491 daripada keseluruhan 500 markah atau 98.2%. Shubham Saraf menduduki tempat kedua dengan mencatatkan 490 daripada 500 markah atau 98%.
 
Encik Kamal Gupta, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Wilayah, berkata, "Kami amat berbangga dengan pelajar-pelajar kami. Kesungguhan mereka dan bimbingan baik daripada kalangan guru telah membolehkan GIIS mencatatkam hasil keputusan yang terbaik yang pernah dicapai." Beliau mengulas lanjut, “Sebagai sebuah sekolah yang amat bangga dengan pembangunan holistik, kami melatih pelajar-pelajar kami untuk menjadi pelajar yang berkebolehan dan sebagai pemimpin dengan bantuan model Nine Gems™. Saya percaya bahawa kejayaan para pelajar kami adalah hasil daripada inisiatif kerjasama di antara anggota fakulti dan ibu bapa. Ucapan tahniah daripada saya kepada kesemua anggota pasukan, pelajar dan ibu bapa di atas keputusan yang menakjubkan ini."
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9012

Tuesday, May 24, 2016

PENGURANGAN ASAP DAN MENINGKATKAN EFISIENSI DENGAN LAPISAN ANTI-KOTORAN JOTUN BAGI KAPAL-KAPAL PETRONAS LNG

KUALA LUMPUR, Malaysia, Sandefjord, Norway, 20 Mei (Bernama) -- Petronas telah memilih sistem anti-kotoran Jotun Hull Performance Solutions (HPS) bagi 2 kapalnya yang disewa secara eksklusif daripada MISC. Dengan lapisan anti-kotoran yang dipertingkatkan beserta pakej penuh sensor pengukuran prestasi, akan diaplikasikan terhadap Seri Amanah dan Puteri Zamrud dalam usaha bagi meningkatkan efisiensi kapal, sekaligus mengurangkan kos bahan api dan juga mengurangkan pelepasan karbon dioksida pada kadar 10%.


Jotun adalah sebuah syarikat peneraju didalam pembuatan lapisan anti-kotoran ini, yang mengehadkan pertumbuhan organisma pada badan kapal dan HPS juga dapat memberikan prestasi hidrodinamik yang boleh diukur. Dengan ini, ia dapat memberikan gambaran penuh terhadap prestasi jangka panjang, badan kapal tersebut – termasuk penjimatan bahan api – menunjukkan bukti ROI.

Monday, May 23, 2016

MAA Takaful Rai Peserta Catat Prestasi Tertinggi



KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- MAA Takaful Bhd meraikan pasukan agensinya pada malam Anugerah Agensi 2015 yang diadakan semalam di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya.

Bertemakan, "Hei Matau", kira-kira 800 peserta yang mencapai prestasi tertinggi dari seluruh negara menghadiri acara itu, bersama 160 pemenang anugerah.

Tema tersebut daripada masyarakat Maori, telah menjadi simbol legenda yang melambangkan kekuatan, keazaman, kemakmuran, keamanan dan kesihatan yang baik, menurut syarikat dalam kenyataan Sabtu.

"Acara kemuncak majlis itu adalah anugerah MAA Court of the Table, diberikan kepada Esther Lam, manakala MAA Million Dollar Round Table dianugerahkan kepada Faizah Abd Hamid, Andy Wong, Umi Kalsom Mahyudin dan Khairil Munaziroh Saad.

"Anugerah berprestij lain adalah Top Chief Managing Consultants for the Whole Group diberikan kepada Muhamad Asri Mustaffa, manakala anugerah bagi kategori Direct Group diterima oleh Iznor Mohd Salleh," katanya.

Satu lagi acara, Kongres Jualan Kebangsaan tahunan turut dianjurkan oleh MAA Takaful di Sunway Resort Hotel & Spa, pada 21-22 Mei.

Acara itu, bertemakan "Be A Star - Transform Beyond Normal", amat dinantikan oleh semua pasukan agensi MAA Takaful yang akan menyaksikan kehadiran seramai 1,000 peserta.

"Be A Star", bertujuan memberi motivasi kepada pasukan agensi untuk berjaya dan meningkatkan peranan serta sikap bekerja mereka kepada tahap yang mereka tidak pernah bayangkan.

-- BERNAMA

LKKHPG DINAMAKAN SALAH SATU SYARIKAT TERBAIK UNTUK BEKERJA DI ASIA

HONG KONG, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan LKK Health Products (LKKHPG) telah dinamakan sebagai salah satu daripada "Syarikat Terbaik Untuk Bekerja di Asia 2016", oleh HR Asia Magazine - penerbitan yang paling berwibawa untuk profesional HR di rantau ini - di Majlis Anugerah & Makan Malam Gala yang diadakan pada 29 April di Hotel Renaissance Harbour View, Hong Kong. Anugerah ini merupakan pengiktirafan prestasi luar biasa Kumpulan dalam penglibatan pekerja, pengurusan bakat, serta amalan di tempat kerja.


Sunday, May 22, 2016

PENINGKATAN PRODUKTIVITI MELALUI PROGRAM GROOM BIG

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sebanyak 13 syarikat bumiputera dari pelbagai bidang di seluruh negara dianugerahkan Sijil ‘Groom Big’ selepas berjaya menamatkan siri program kedua anjuran usahasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).


Ketua Pengarah MPC, Dato’ Mohd Razali Hussain berkata, program berkenaan dilaksanakan menggunakan pendekatan Kerangka Kecemerlangan Perniagaan (BEF) bagi membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti syarikat kearah pengurusan yang lebih sistematik.

Friday, May 20, 2016

Jumlah Agihan Zakat Exim Bank Meningkat

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Jumlah agihan zakat Exim Bank Malaysia Berhad untuk membantu golongan asnaf meningkat kepada RM1.2 juta tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norzilah Mohammad berkata peningkatan peruntukan zakat daripada RM277,000 pada 2014 kepada RM1.2 juta tahun ini bergantung kepada lebihan keuntungan yang diperoleh pada tahun lepas.

"Hari ini sejumlah RM44,800 telah diagihkan kepada 60 orang penghuni sekitar Masjid Al-Syakirin, Gombak, yang layak menerima sumbangan zakat menjelang bulan Ramadan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang zakat 2016 di sini hari ini.

Beliau berkata program membantu golongan yang kurang berkemampuan itu, yang bermula tiga tahun lepas, akan turut membina empat buah rumah di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak, dengan kos RM50,000 sebuah, katanya.

Turut hadir Nazir Masjid Al-Syakirin, Prof Madya Dr Saupi Man dan Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Exim Bank Zulkipli Md Yunos.

Norzilah berkata Exim Bank juga turut menyediakan Tabung Rawatan Mawaddah bagi menguruskan bantuan kepada golongan fakir miskin yang memerlukan bantuan kewangan antara RM2,000 hingga RM10,000 kepada pesakit kronik dan kurang upaya.

Sementara itu, seorang penerima bantuan zakat Wainah Hasan, 48, berkata, beliau yang tidak pernah menerima bantuan seperti itu amat bersyukur kerana dapat meringankan beban menanggung anaknya Khairina Putri Sariman, 15, yang menghidap penyakit palsi serebrum.

"Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban bagi menanggung kos rawatan, ubat dan vitamin untuk anak saya,"katanya yang kerap berulang-alik ke Hospital Selayang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan bergantung pada keadaan anaknya untuk mendapatkan rawatan dan ubatan.

Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak hanya menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM500 sebulan, dan tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anaknya sejak 10 tahun lalu.

Beliau yang tinggal di Flat Sri Langkawi 2, turut menghantar anaknya ke sekolah khas Pemulihan Dalam Komuniti Kammi khusus untuk pemulihan.

Seorang lagi ibu tunggal, Ainon Mat Jusoh, 39, berkata beliau rasa dihargai apabila menerima bantuan dan keperihatinan pihak Exim Bank bagi meringankan beban menjaga dua orang anaknya yang masih kecil, katanya.

-- BERNAMA


LEO APOTHEKER MENYERTAI SIGNAVIO SEBAGAI PENGERUSI BUKAN EKSEKUTIF

BERLIN, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --  Signavio GmbH, sebuah pembekal terkemuka bagi perisian proses dan pengurusan keputusan, hari ini mengumumkan pelantikan Léo Apotheker, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SAP dan Hewlett-Packard, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat itu.
Encik Apotheker menghabiskan lebih 20 tahun berkhidmat di syarikat pembuat perisian Jerman SAP dan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu dari tahun 2008 hingga 2010. Dari tahun 2010 hingga 2011, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Hewlett-Packard Inc. Pada masa ini, Encik Apotheker adalah Pengarah Utama bebas bagi Lembaga Schneider Electric SE, sebuah perbadanan Perancis yang disenaraikan di Euro Stoxx 50. 

PANGGILAN UNTUK PENYERTAAN PERTANDINGAN SENI KOMIK ANTARABANGSA KESULTANAN MANGA TOTTORI TAHUNAN KE-5

TOTTORI, Jepun, 19 Mei, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Kerajaan Wilayah Tottori, yang telah melahirkan ramai artis Manga termasuk Shigeru Mizuki, Jiro Taniguchi dan Gosho Aoyama, memanggil penyerahan karya kartun yang menyampaikan mesej kepada dunia bahawa "Kesultanan Manga Tottori wujud di sini" di Jepun, tempat kelahiran seni komik. Pemenang hadiah akan dijemput untuk melawat Wilayah Tottori untuk majlis anugerah. Wilayah itu juga merancang untuk menerbitkan koleksi karya-karya yang memenangi hadiah.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut:
http://www.pref.tottori.lg.jp/246798.htm

NTT COMMUNICATIONS MENANG PERKHIDMATAN TERBAIK BERASASKAN AWAN UNTUK 4 TAHUN BERTURUT-TURUT DI ANUGERAH TELECOM ASIA 2016




TOKYO, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi Perkhidmatan Terbaik Berasaskan Awan untuk Awan Perusahaan pada Anugerah Telecom Asia 2016, dalam satu majlis gala di Kuala Lumpur pada 18 Mei.

"NTT Com telah mendominasi kategori anugerah ini selama empat tahun sekarang kerana ia terus mengambil kesempatan daripada kedudukannya di pasaran dalam menyediakan perkhidmatan awan dibolehkan SDN/NFV pada skala global," kata Ketua Pengarang Telecom Asia John Tanner. "Rentak kemenangan mereka adalah kerana peningkatan seperti integrasi IaaS SDN dibolehkan, seni bina berdasarkan Openstack dan tawaran pengurusan awan hibrid." Kini dalam tahun ke-19, anugerah itu adalah anugerah industri telekom paling lama dan paling berprestij di rantau ini. Mereka memberi ganjaran kepada prestasi inovatif dan cemerlang oleh penyedia perkhidmatan dan eksekutif industri Asia. Para pemenang telah dipilih oleh panel 12 hakim bebas berasaskan inovasi, prestasi kewangan, teknologi, kepimpinan pasaran dan tadbir urus korporat. Anugerah itu disampaikan dalam 18 kategori.

Thursday, May 19, 2016

HERBALIFE MENGHIMPUNKAN RANGKAIANNYA UNTUK BERI INSPIRASI KEHIDUPAN SIHAT DAN AKTIF DALAM USAHA MEMERANGI OBESITI DI ASIA PASIFIK

SINGAPURA, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat nutrisi global, telah menjayakan acara latihan Asia Pasifik tahunannya - Extravaganza 2016 - yang diadakan di Singapura dari 13-15 Mei. Acara tahun ini menyaksikan Herbalife menghimpunkan 10,000 daripada rangkaian ahli bebasnya di Asia Tenggara untuk melanjutkan usaha meluas syarikat tersebut bertujuan untuk memberi inspirasi terhadap tabiat pemakanan yang positif, gaya hidup yang sihat dan aktif, dan  membantu memerangi peningkatan kadar obesiti.

Untuk memperluaskan lagi sokongan latihan kepada ahli-ahli di rantau ini, Herbalife juga memperluaskan skala Extravaganza Asia Pasifik, dengan dua acara tambahan yang diadakan di Bangalore, India dari 13-15 Mei dan di Seoul, Korea dari Jun 17-19.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8996

BPMB TERIMA ANUGERAH BLUEPRINT 2015 DARI RAM

KUALA LUMPUR, Mei 19 (Bernama) -- Rating Services Berhad (RAM) telah menamakan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB atau Bank) sebagai pemenang Anugerah Blueprint 2015 - Pengiktirafan Pengurus Utama untuk Projek Kewangan Mercu Deal sebagai Pengatur Utama Bersama / Pengurus West Coast Expressway Sdn Bhd Jaminan Sukuk Murabahah Program sehingga RM1,000 juta.

West Coast Expressway Sdn Bhd merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan Banting, Selangor ke Changkat Jering, Taiping, Perak dengan jarak 315.8 km beserta 20 plaza tol dan 21 persimpangan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8997

Malaysia Sedia Beralih Kepada Perakaunan Berasaskan Akruan Dalam Pengurusan Kewangan Awam

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pengurusan kewangan awam Malaysia dilihat bersedia untuk beralih kepada perakaunan berasaskan akruan bagi menyediakan penggunaan dan perbelanjawan lebih baik untuk kesejahteraan rakyat pada masa depan.

Pengerusi Institut Kewangan Awam dan Perakaunan Bertauliah (CIFPA), Ian Ball berkata kerajaan komited untuk mengubah sistem itu daripada kaedah berasaskan tunai ketika ini supaya pengurusan kewangan dalam sektor awam menjadi lebih baik.

Beliau yakin sistem pengurusan kewangan Malaysia akan lebih baik jika perubahan itu dilaksanakan secara berterusan dan sepenuhnya.

Selain Malaysia, katanya, negara membangun lain seperti China, India dan Mongolia turut beralih kepada perakaunan berasaskan akruan dalam sistem pengurusan kewangan awam masing-masing.

"Sistem berkenaan adalah setara dengan sistem negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Kanada.

"Kebanyakan kerajaan digalakkan menggunapakai kaedah akruan untuk kebertanggungjawapan dan ketelusan yang lebih baik," katanya kepada Bernama di luar Persidangan Pengurusan Kewangan Sektor Awam 2016 di sini, hari ini.

Pada 2010, kerajaan memperkenalkan Insiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang antaranya meliputi kewangan awam di bawah Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), sebuah badan pemikir bebas yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

SRI kewangan awam itu bertujuan mengukuhkan kewangan kerajaan dalam memastikan kestabilan dan kemampanan dana awam.

Bagi mencapai kejayaan SRI kewangan awam, MPEN mengesyorkan empat langkah dasar fiskal antaranya menggunapakai perakaunan akruan untuk pengurusan fiskal berhemat.

Difahamkan kerajaan akan melaksanakan kaedah akruan ini dalam tempoh terdekat.

Perakaunan berasaskan tunai merupakan kaedah lazim digunakan oleh perniagaan kecil dan beberapa entiti kerajaan, dengan urus niaga dicatatkan apabila wang diterima dan perbelanjaan hanya berlaku apabila ia dibayar.

Bagaimanapun bagi perakaunan akruan, urus niaga diambil kira apabila tempahan atau perkhidmatan dijalankan, tanpa mengambil kira bila pembayaran atau penerimaan wang dibuat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIPFA, Rob Whiteman berkata memandangkan banyak negara telah berubah kepada kaedah berasaskan akruan, Malaysia boleh mempertimbangkan dasar fiskal dalam konteks penuh maklumat kewangan, bukan hanya defisit atau hutang, namun turut melihat kepada lembaran imbangan dan menjadikan ia antara petunjuk fiskal.

"Jadi, belanjawan akan menjadi unjuran secara berkesan, daripada hanya sebagai penyata kewangan kerajaan," katanya.

Seminar setengah hari bertema 'Memacu Penambahbaikan dalam Penyampaian Perkhidmatan' hari ini dianjurkan bersama Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan CIPFA, badan perakaunan untuk sektor awam yang terkemuka dan menyediakan pendidikan, latihan dalam perakaunan dan pengurusan kewangan.

Acara itu menumpukan kepada bagaimana transformasi berterusan Malaysia dan sistem pengurusan kewangan awam global boleh ditingkatkan lagi untuk memberi manfaat kepada rakyat dan negara keseluruhannya.

-- BERNAMA

Wednesday, May 18, 2016

PRA HEALTH SCIENCES DIPILIH SYARIKAT PENYELIDIKAN KLINIKAL ANTARABANGSA TERBAIK

RALEIGH, N.C., May 18 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc., (PRA) (NASDAQ:PRAH) berbesar hati untuk mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf sebagai Syarikat Penyelidikan Klinikal Terbaik bagi tiga tahun  berturut-turut. PRA telah menerima anugerah di majlis Penyelidik Klinikal Antarabangsa Terbaik PharmaTimes yang telah dilangsungkan di London. Anugerah ini menyusuli pengiktirafan terkini PRA sebagai Syarikat Penyelidikan Klinikal Terbaik dalam pertandingan PharmaTimes Americas di mana PRA telah mengungguli enam anugerah berasingan, termasuk dua emas (CRA Berpengalaman dan Perkongsian Strategik—PRA dan CytRx).


Cardpow Lancar Program Rebat Tunai

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- CardPow Sdn Bhd, syarikat baru bermula yang menawarkan diskaun dan ganjaran kepada pembeli, telah melancarkan program rebat tunai, yang memberi rebat tunai kepada pelanggan apabila mereka berbelanja di outlet atau jenama terpilih.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama, Sze Jun King berkata, syarikat itu merancang membantu pengguna menjimatkan wang dengan memberikan mereka diskaun, promosi dan rebat tunai, melalui rangkaian peniaga tempatan dan antarabangsanya.

"CardPow mengambil lebih dua tahun untuk membina, mengubah suai dan berkisar kepada apa yang ada hari ini. Kami gembira untuk melihat ia akhirnya bersedia untuk kegunaan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan.

CardPow berupaya menawarkan ganjaran rebat tunai ke atas pelbagai kategori termasuk fesyen, kecantikan, penjagaan kesihatan, makanan dan minuman, percutian, gajet maklumat dan teknologi, gaya hidup serta aksesori.

Versi beta CardPow dilancarkan pada 1 Februari 2015 hasil bantuan kewangan di bawah Dana Pembangunan Industri Kreatif (CIDF) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

CardPow berkata, pelanggan sentiasa mencari tawaran terbaik dan nilai untuk wang, terutama dalm iklim ekonomi ketika ini dan ia menawarkan situasi menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

"Oleh itu, syarikat berharap untuk pertumbuhan eksponen melalui perkongsian lebih menarik pada masa depan. CardPow akan mengadakan Hujung Minggu Rebat Tunai pada 21 dan 22 Mei 2016," kata Sze.

-- BERNAMA

TURNKEY LENDER LANCAR PLATFORM BARU UNTUK PEMINJAMAN DALAM TALIAN DI SINGAPURA UNTUK SERVIS PASARAN ASIA TENGGARA

SINGAPURA, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Turnkey Lender mengumumkan pelancaran penyelesaian pengurusan pinjaman hujung-ke-hujung yang menyeluruh untuk pinjaman dalam talian, yang membolehkan pengurusan risiko terkini dan automasi keputusan untuk pemberi pinjaman bukan bank.
 
Turnkey Lender, sebuah syarikat yang diiktiraf di peringkat global dalam bidang pengurusan keputusan kewangan dan penyelesaian mitigasi risiko dan perkhidmatan, telah melancarkan platform SaaS yang disasarkan pada talian (dan luar talian) pemberi pinjaman bukan bank yang ingin mengautomasikan keseluruhan proses perniagaan mereka dan untuk meningkatkan kecekapan operasi mereka.
  
"Kita sedang memasuki pasaran Asia sebagai tindak balas kepada permintaan yang semakin meningkat daripada peminjam bukan bank tempatan. Bukan sahaja syarikat mantap menambah saluran dalam talian untuk perkhidmatan mereka, tetapi juga semakin banyak peserta yang baru bermula di dalam bidang ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8995

Tuesday, May 17, 2016

PROMOSI KAD KELUARAN LUAR NEGARA OLEH UNIONPAY INTERNATIONAL DIALU-ALUKAN OLEH PELANCONG KE DALAM NEGARA

SHANGHAI, China, 17 Mei, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dengan perkembangan pesat UnionPay di luar negara, terutamanya pelaksanaan strategi penyetempatannya, kad UnionPay sering digunakan oleh pemegang kad di luar negara yang semakin meningkat. Difahamkan pada 9 Mei itu, menjelang akhir suku pertama 2016, jumlah urus niaga kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah perniagaan antarabangsa UnionPay; angka ini pada akhir tahun 2013 adalah hanya 27%. Bilangan transaksi kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara di tanah besar Cina meningkat sebanyak lebih 30% tahun ke tahun.
 
Sehingga kini, lebih 55 juta kad UnionPay telah dikeluarkan di 40 buah negara dan rantau luar negara. Hong Kong, Macau, Jepun, Korea Selatan, Asia Tenggara, dan pasaran-pasaran sepanjang "Satu Jaluran dan Satu Jalan" adalah rantau-rantau utama di luar negara dari segi pengeluaran kad UnionPay. Pasaran-pasaran ini juga merupakan sumber utama pelancong ke dalam China, menurut Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8990

ENECO MENCAPAI LAKURAN AIR/MINYAK UNTUK KALI PERTAMA MELALUI PENAPIS BAHAN API LAKURAN PLASMA

TOKYO, 16 Mei 2016 / Kyodo JBN-AsiaNet / -

Eneco Holdings, Inc. (https://www.eneco-hd.co.jp/en/), pemaju teknologi emulsi canggih, kini telah berjaya mencampurkan minyak berat LSA dengan air paip pada nisbah 50:50 dengan penggunaan penapis bahan api generasi akan datang, Lakuran Plasma Eneco. Hasil penemuan ini telah disahkan melalui analisis yang disahkan oleh Pusat Analisis Fizikal & Kimia di Yokohama. Ini merupakan satu langkah besar ke hadapan untuk teknologi emulsi dan membolehkan minyak berat LSA untuk dicampur dengan air paip pada nisbah 30:70, bergantung kepada keadaan air yang digunakan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8987

YAMAHA MOTOR MAJU KE PASARAN AFRIKA

LAGOS, Nigeria dan IWATA, Jepun, 16 Mei, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Kilang Pemasangan Motosikal Pertama di Nigeria Menandakan Penglibatan Kedua ke Benua Afrika -

Yamaha Motor Co., Ltd. (Tokyo: 7272) hari ini mengumumkan bahawa CFAO Yamaha Motor Nigeria Ltd, sebuah syarikat usaha sama antara Yamaha Motor dan CFAO SA, membuka kilang pemasangan motosikalnya yang pertama di Afrika dalam kawasan Skim Industri Amuwo Odofin di Lagos, Nigeria pada 13 Mei. Kemudahan itu termasuk sebuah bilik pameran yang mempamerkan barisan luas Yamaha Motor untuk produk-produk pengangkutan tanah dan air.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8991

DATA VPN GLOBAL NTT COMMUNICATIONS ADALAH NO. 1 DALAM KEPUASAN PELANGGAN UNTUK KALI KELIMA BERTURUT-TURUT

TOKYO, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE)-- NTT Communications Corporation(NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa perkhidmatan VPN globalnya, Arcstar Universal One menerima gelaran Kepuasan Pelanggan No.1  daripada firma perkhidmatan pemasaran UK, Ocean82, Ltd untuk kali kelima. Pemilihan itu, yang berasaskan kepada pertumbuhan organik diramalkan dan kepuasan pelanggan secara keseluruhan, telah diterbitkan baru-baru ini dalam "Suara Pelanggan: Data VPN Global, Issue 20," sebuah laporan penandaarasan.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ocean82, Janet Watkin, "Hasil daripada kajian penanda aras global bebas Ocean82 terhadap kepuasan pelanggan dengan data VPN & rangkaian hibrid mendedahkan bahawa NTT Com dinilai sebagai operator global yang terbaik dalam kelas. Pemantauan pembekal perkhidmatan global, untuk menentukan siapa yang dianggap paling berjaya secara keseluruhan itu digabungkan menjadi metodologi yang memberi keutamaan kepada anggapan mengikut apa yang penting kepada pengguna perkhidmatan."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8992

Monday, May 16, 2016

Sistem Jaminan Kualiti Malaysia Diiktiraf Setanding Jerman - MQA


KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Sistem jaminan kualiti Malaysia diiktiraf dunia apabila mendapat pencapaian sangat tinggi dalam satu daripada kategori berdasarkan laporan kajian British Council baru-baru ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa.


Beliau berkata laporan itu, yang bertajuk 'The Shape of Global Higher Education: National Policies Framework for International Engagement', menilai 26 negara dan Malaysia diletakkan sebaris dengan Jerman sebagai antara negara terbaik dari segi dasar keterbukaan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.


"MQA merupakan badan jaminan kualiti nasional yang menyumbang satu daripada tiga petunjuk utama yang diukur iaitu jaminan kualiti dan pengiktirafan.


"Dua petunjuk utama lain ialah keterbukaan mobiliti antarabangsa untuk penuntut dan ahli akademik serta akses dan kemampanan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Rujhan berkata pengiktirafan itu turut disumbangkan oleh pelaksanaan standard dan kriteria jaminan kualiti yang ditanda aras di peringkat antarabangsa seperti yang terkandung di dalam Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) dan Kod Amalan Audit Institusi (COPIA) serta standard program.


Antara kriteria penilaian akreditasi yang dilaksanakan termasuklah aspek kemasukan dan pemilihan pelajar serta pengajaran dan penilaian pelajar yang terpakai kepada semua pelajar tempatan dan antarabangsa.


"COPPA dan COPIA yang dikuatkuasakan pada 2008 telah menggariskan kriteria itu secara jelas dan dijadikan panduan kepada Institusi Pengajian Tinggi dan penawaran program pengajian berkualiti kepada pelajar antarabangsa.


"Kod amalan ini dan beberapa garis panduan jaminan kualiti yang lain turut terpakai terhadap program pengajian yang ditawarkan oleh kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia," katanya.


Selain itu, Rujhan berkata kepakaran MQA dalam aspek jaminan kualiti dan kerangka kelayakan turut diperakui dan menjadi rujukan pelbagai pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa terutamanya di rantau ASEAN.


MQA berperanan aktif dalam jaringan serantau dan antarabangsa dan melakar kecemerlangan di peringkat ASEAN sebagai pengasas dan diberi kepercayaan mengetuai ASEAN Quality Assurance Network (AQAN) sebagai presiden pada 2008 hingga 2014.


Di samping itu, MQA menjadi badan jaminan kualiti pertama di Asia yang diiktiraf mematuhi garis panduan amalan baik International Network for Quality Assurance Agencies in Higher Education (INQAAHE) yang berpangkalan di Barcelona pada September 2014.


"Hasil kajian British Council ternyata mengukuhkan lagi pengiktirafan MQA di persada antarabangsa," kata Rujhan.  


-- BERNAMA

Saturday, May 14, 2016

Fasa Kedua Perumahan Generasi Baharu Felda Bermula Julai - Isa Samad

BERA, 13 Mei (Bernama) -- Pembinaan fasa kedua Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) berharga RM70,000 bakal bermula pada Julai ini di Tanah Rancangan Felda yang dikenal pasti di seluruh negara.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata pembinaan itu akan melibatkan keseluruhan 11,000 unit rumah secara berperingkat dan dijangka siap menjelang penghujung 2017.

"Maklumat awal terdapat pemaju yang memberi jaminan mampu menyiapkan sebuah rumah dalam masa lima hari mengunakan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Semai Bakti Felda Purun di sini, hari ini.

Mohd Isa menambah pihaknya akan memilih pemaju yang benar-benar berkelayakan dan berkemampuan bagi memastikan pembinaan perumahan berkenaan berjalan dengan baik dan mengikut jadual.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 1,480 unit Perumahan Generasi Baharu Felda fasa pertama telah ditawarkan kepada pembeli di seluruh negara.

Baki kira-kira 2,000 unit rumah dalam fasa pertama itu berada dalam pelbagai peringkat pembinaan yang dijangka siap dalam masa terdekat, katanya.

Mengulas mengenai pembinaan Dewan Semai Bakti yang akan dilakukan di seluruh tanah rancangan Felda, Mohd Isa berkata ia membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan Tanah Rancangan Felda secara berterusan.

Sebanyak 217 daripada 317 tanah rancangan di seluruh negara telah memiliki dewan serbaguna itu yang dianggar bernilai kira-kira RM1 juta sebuah, katanya.

-- BERNAMA

ANZ MEMBOLEHKAN PENERIMAAN KOMPREHENSIF BAGI KAD-KAD UNIONPAY MERENTASI 9 NEGARA KEPULAUAN PASIFIK SELATAN - LIPUTAN PENERIMAAN KAD UNIONPAY DI FIJI AKAN MENINGKAT KEPADA LEBIH 90%

SHANGHAI, China, 13 Mei, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 11 Mei, UnionPay International dan ANZ bersama-sama mengumumkan di Fiji bahawa kad-kad UnionPay (nombor kad bermula dengan 62) akan diterima oleh kesemua ATM ANZ dan terminal POS merentasi 9 buah negara kepulauan Pasifik Selatan. Kad cip UnionPay akan diterima buat kali pertama di negara-negara berkenaan. Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif bagi UnionPay International, dan Saud Minam, Pengurus Wilayah ANZ di Fiji, menghadiri majlis menandatangani perjanjian itu. Aiyaz Sayed Khaiyum, Peguam Negara Fiji dan Menteri Kewangan, Faiyaz Siddiq Koya, Menteri Perdagangan Perindustrian dan Pelancongan Fiji, Yolinda Chan, Pesuruhjaya Perdagangan China di Kementerian Perdagangan Fiji dan Truman Bradley, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Fiji hadir untuk memberikan ucapan tahniah.



Friday, May 13, 2016

GLORY GLOBAL SOLUTIONS: PERUNCIT UTAMA SINGAPURA SHENG SIONG MEMBUAT MEMBELI-BELAH LEBIH CEPAT DAN LEBIH MUDAH UNTUK PELANGGAN MEREKA

Pasar Raya menyokong kempen kerajaan untuk menangani kekurangan pekerja melalui pelaksanaan Kios Pembayaran Hibrid baharu yang mudah.
 
BASINGSTOKE, England, 13 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sheng Siong Supermarket, peruncit ketiga terbesar di Singapura, telah memperkenalkan CashInfinity™ Glory iaitu penyelesaian pengurusan tunai tertutup yang dijamin selamat, yang menjadikan membeli-belah lebih cepat dan lebih mudah untuk pelanggan mereka. Penyelesaian dari Glory Global Solutions itu, sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian teknologi tunai, melengkapkan langkah terbaharu Sheng Siong dalam menangani cabaran tenaga kerja di dalam industri itu. Kali pertama digunakan pada Disember 2014, penyelesaian Glory CashInfinity sedang dilaksanakan di kedai-kedai di seluruh pulau itu.


Thursday, May 12, 2016

ACARA "NO LIMITS SPECIAL GINZA & TOKYO" DIADAKAN UNTUK PENGALAMAN PERIBADI DALAM RAYUAN BAGI SUKAN PARALIMPIK!

TOKYO, 10 Mei, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Kerajaan Metropolitan Tokyo telah menganjurkan satu acara khas di Ginza untuk menggalakkan rayuan bagi Sukan Paralimpik.
 
(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102164/201605090430/_prw_OI1fl_2b0Bd848.jpg)
 
 
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102164/201605090430/_prw_OI5fl_0oqO51f3.jpg)
 
 
(Foto3: https://prw.kyodonews.jp/opn/release/201605090430/)
 
 
Kira-kira 22,000 orang pengunjung telah menyaksikan demonstrasi oleh pemenang pingat emas tenis berkerusi roda di Sukan Paralimpik London Shingo Kunieda, Yui Kamiji, dan pasukan kebangsaan ragbi berkerusi roda, yang berada pada kedudukan ke-3 terbaik di dunia.
 
Terdapat gerai untuk menimba pengalaman sendiri bagi lapan acara Paralimpik -- olahraga, powerlifting, bola sepak dengan menutup mata, boccia, bola keranjang berkerusi roda, dan goalball -- dengan atlet-atlet terkemuka menyediakan gambaran mengenai acara-acara itu. Para pelawat ditunjukkan apa yang perlu diperhatikan dalam sukan itu dan bagaimana untuk menikmatinya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8978

Wednesday, May 11, 2016

D'Saji Tawar 11 Venue Untuk Berbuka Puasa

CEO FELDA D'Saji, Ahmad Zaki Abdullah (3 dari kanan) bersama barisan pengurusan dan chef-chef D'Saji ketika memperkenalkan menu utama Bufet Ramadhan 2016.
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Felda D'Saji Sdn Bhd, anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda Bhd dan FELDA, menawarkan 11 venue untuk berbuka puasa bagi pelanggan berkumpulan dan korporat tahun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Felda D'Saji Sdn Bhd berkata kelima-lima venue bagi kumpulan ialah Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak, Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa di Tasik Titiwangsa, Restoran Felda Villa di Jalan Maktab, Asrama Penchala di Kampung Sungai Penchala dan Kajang Prima Avenue dengan RM45 seorang bagi pelbagai sajian.

Bagi pelanggan korporat dengan tawaran RM75 seorang, lokasinya ialah Dewan Merak Kayangan di Jalan Gurney, Dewan Besar Tun Rahah di Jalan Bukit Bintang, Casa Heliconia di Jalan Maktab, Dewan Rafflesia di Tasik Titiwangsa, Dewan Bankuet Menara FELDA di Persiaran KLCC dan Orchard Villa, Gombak.

"D'Saji juga berbesar hati untuk menawarkan ganjaran pelanggan awal yang membuat tempahan dan membuat bayaran penuh bufet Ramadan sebelum atau pada 1 Jun," kata kenyataan itu.

"Untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dan golongan OKU, potongan istimewa ditawarkan untuk membolehkan mereka menikmati sajian sepanjang bulan Ramadan.

"Dua pelanggan bertuah bagi Bufet Ramadan D'Saji akan dipilih dan mereka berpeluang menunaikan umrah tajaan Felda Travel," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO TAWARKAN "BUFET PENCUCI MULUT LITTLE MERMAID" SEBAGAI MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-180 "THE LITTLE MERMAID" YANG DITULIS OLEH HANS CHRISTIAN ANDERSEN

TOKYO, 10 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan “Bufet Pencuci Mulut Little Mermaid” di All Day Dining Jurin dari 1 Jun hingga 30 September, 2016 sebagai memperingati ulang tahun ke-180 cerita dongeng "The Little Mermaid" yang ditulis oleh pengarang Denmark Hans Christian Andersen. Pencuci mulut khas yang berdasarkan tema "The Little Mermaid" itu, termasuk Denmark, laut dan makhluk laut, akan disediakan oleh pembuat pastri dan kek kami yang berkemahiran tinggi.

Bufet pencuci mulut sebelumnya diadakan dari November 2015 hingga Januari 2016 yang bertemakan "Alice’s Adventures in Wonderland" dan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelanggan wanita. Pembuat pastri di hotel kami akan menunjukkan kemahiran mereka dengan mencipta pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat yang dibahagikan kepada lima zon yang berbeza di sebuah kaunter yang berukuran 15 meter panjang bagi pelanggan untuk membuat pilihan pada setiap hari semasa pameran itu dari pukul 3 petang hingga 5.30 petang. Kuih tat dalam bentuk "umang-umang," kek gulung dalam bentuk "belut malung" dan pencuci mulut artistik yang lain yang menggambarkan watak-watak daripada tema lautan, makhluk laut dan musim panas dengan menggunakan crème beri biru, jeli pudina, dan bahan-bahan lain yang unik akan disediakan.

KUMPULAN KEAGAMAAN MENGELUARKAN KENYATAAN ANTARA AGAMA YANG MENGGESA TINDAKAN SEGERA DIAMBIL TERHADAP PENGHAPUSAN SENJATA NUKLEAR DI GENEVA

TOKYO, 6 Mei, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
Pada 2 Mei, satu kumpulan yang terdiri daripada organisasi yang berasaskan pelbagai keagamaan telah mengeluarkan satu kenyataan antara agama yang keras yang menonjolkan kemestian moral dan etika bagi penghapusan senjata nuklear, untuk menandakan permulaan sesi kedua Kumpulan Kerja Terbuka PBB 2016 (OEWG) yang membawa ke hadapan rundingan pelucutan senjata nuklear pelbagai hala yang diadakan di Geneva antara 2 Mei dan 13 Mei.

Kenyataan itu berbunyi: "Senjata nuklear tidak sesuai dengan nilai-nilai yang didukung oleh tradisi agama masing-masing -- hak rakyat untuk hidup secara bermaruah dan selamat; dengan nilai-nilai hati nurani dan keadilan; kewajipan untuk melindungi golongan yang mudah terjejas dan melakukan pengawasan yang akan melindungi bumi ini untuk generasi akan datang."




DANA HUTANG III LP MADISON REALTY CAPITAL DITUTUP DENGAN MEMBERI KOMITMEN $695 JUTA, SEBAHAGIAN BESARNYA MELEBIHI SASARAN AWAL

NEW YORK, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Madison Realty Capital (MRC),sebuah firma ekuiti persendirian hartanah bersepadu menegak yang memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan Amerika Syarikat, mengumumkan penutupan akhir Dana Hutang III LP Madison Realty Capital ("Dana Hutang III MRC"), cabang pelaburan hutang hartanah institusi ketiga firma itu.
 
Adam Tantleff, Prinsipal Urusan bagi MRC, membuat pengumuman itu.
 
Dana ekuiti budi bicara persendirian mengumpul sejumlah $695 juta dalam komitmen modal, dengan sebahagian besarnya melebihi matlamat asal sebanyak $600 juta. MRC memperolehi modal bagi dana itu daripada pelbagai kumpulan pelabur, termasuk dana pencen awam, dana pencen korporat, yayasan dan endowmen, pejabat keluarga, dan pengurus harta.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8972