Friday, February 4, 2022

PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT HASIL CAWANGAN TEMERLOH UNTUK TUJUAN SANITASI

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Pejabat HASiL Cawangan Temerloh akan ditutup sementara bermula 3 Februari 2022 (Khamis) sehingga 4 Februari 2022 (Jumaat) bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi. Pejabat HASiL ini dijangka kembali beroperasi pada 7 Februari 2022 (Isnin).
 
Dalam tempoh penutupan sementara ini, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter berkenaan adalah dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula.
 
Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan HASiL yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
 
Senarai tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut:
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15520

No comments:

Post a Comment