Friday, November 30, 2018

KARNIVAL PULAU PELANCONGAN ANTARABANGSA HAINAN 2018 DIBUKA KEPADA PELANCONG DI SELURUH DUNIA

HAIKOU, China, 29 Nov., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 24 November, Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan 2018 (ke-19) bermula di Haikou, dengan memperkenalkan lebih daripada 120 aktiviti bagi pelawat dari dalam dan luar negara, untuk masa bersantai yang tidak dapat dilupakan di Hainan. Gabenor bagi Wilayah Hainan, Encik Shen Xiaoming, mengumumkan pembukaannya. Pada bulan yang akan datang, lebih daripada 120 aktiviti seperti persembahan seni, pertandingan sukan, pameran dan perayaan akan diadakan, dengan membawa pengalaman gembira yang tidak dapat dilupakan kepada pelawat dari seluruh dunia.

Selepas berusaha bertahun-tahun lamanya, Karnival Hainan kini menjadi satu perayaan pelancongan, dan penekanan di dalam pengaruh pelancongan dan budaya global. Karnival ini adalah berskala lebih besar, tahap yang lebih tinggi, dengan lebih banyak penyertaan daripada sebelumnya, dan telah menarik tetamu dari lebih 20 buah negara dan wilayah, dan dari 21 buah wilayah, kota raya dan daerah di China.

"Karnival Hainan itu memperlihatkan pelancongan dan budaya Hainan, dan adalah merupakan perayaan bagi kita semua," Salote Pilolevu Tuita, Puteri bagi Kerajaan Tonga dan Presiden bagi Persatuan Persahabatan Tonga-China, yang datang untuk menghadiri karnival itu, menghargai usaha Hainan untuk membina sebuah pulau peranginan tropika antarabangsa. Encik Vira Rojpojchanarat, Menteri Kebudayaan Thailand, menyatakan bahawa Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan itu terkenal di dunia dan mempromosikan perlindungan dan pembangunan warisan budaya. Thailand telah juga menghantar kumpulan seni untuk memberikan satu persembahan. Duan Qiang, Pengerusi bagi Persatuan Pelancongan Dunia (WTA), berkata bahawa sebagai wilayah pelancongan ke seluruh rantau yang pertama di China, Hainan menikmati momentum yang kukuh bagi pembangunan pelancongan. Beliau percaya bahawa dasar keutamaan kerajaan pusat bagi pembangunan dan pembinaan Hainan akan menyuntik momentum yang teguh ke dalam pembangunan pelancongan Hainan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11667

JAM CITY MEMPERLUASKAN OPERASI GLOBAL KE TORONTO, KANADA, DENGAN PEMEROLEHAN BINGO POP DARI UKEN GAMES

JAM CITY MEMPERLUASKAN OPERASI GLOBAL KE TORONTO, KANADA, DENGAN PEMEROLEHAN BINGO POP DARI UKEN GAMES

SIGMA SYSTEMS BARU DIMASUKKAN KE DALAM KUADRAN MAGIK GARTNER NOVEMBER 2018 UNTUK SUIT APLIKASI KONFIGURASI, HARGA DAN SEBUT HARGA

TORONTO, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog, hari ini mengumumkan bahawa Sigma Systems telah diiktiraf dan diletakkan buat pertama kalinya di dalam Kuadran Magik Gartner November 2018 bagi Suit Aplikasi Konfigurasi, Harga dan Sebut Harga.

Kami percaya bahawa kedudukan Sigma Systems di dalam Kuadran Magik itu mencerminkan kepakaran unik syarikat itu dalam memberikan perkhidmatan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan disokong oleh satu asas yang kukuh bagi CSP global yang besar yang bergantung pada perisian Sigma untuk membuat, menjual dan menyampaikan produk dan perkhidmatan digital yang baharu dengan lebih cepat dan lebih menguntungkan.

Adalah jelas bahawa syarikat-syarikat meletakkan suatu penekanan strategik kepada mengubah cara bagaimana mereka menjual kepada pelanggan mereka, terutama yang menjual kepada pelanggan perniagaan. CPQ adalah satu penggerak utama untuk mengubah pengalaman penjualan, dan satu keperluan yang semakin penting di dalam industri komunikasi.

Tim Spencer, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sigma Systems mengulas:

"Sigma adalah pemimpin di dalam menyelesaikan cabaran kritikal mengenai bagaimana penyedia perkhidmatan digital membuat, menjual, dan menyampaikan produk dan perkhidmatan baru di dalam ruang komunikasi, teknologi tinggi, dan media. Kami percaya penempatan kami di dalam Kuadran Magik ini bagi Suit Aplikasi Konfigurasi, Harga dan Sebut Harga adalah bukti kepada kepakaran kami di dalam membantu penyedia perkhidmatan mengatasi kerumitan unik yang wujud di dalam industri komunikasi dalam menjual dan menguruskan perkhidmatan bagi pelanggan baru dan sedia ada. Ketika pembekal perkhidmatan melihat untuk mengubah pengalaman penjualan mereka, Sigma CPQ harus menjadi satu pertimbangan utama dalam sebarang RFP atau proses penilaian di mana sebuah CPQ khusus bagi industri komunikasi adalah diperlukan."

Bagi pembekal perkhidmatan yang ingin untuk mencipta, menjual, dan menyampaikan secara berbeza, kami menggalakkan anda untuk melihat  Portfolio Cipta-Jual-Hantar kami yang telah memenangi anugerah  bagi produk perisian dan memuat turun satu salinan pelengkap untuk Kuadran Magik Gartner bagi Suit Aplikasi Konfigurasi, Harga dan Sebut Harga.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sigma SystemsSigma CPQ dan bagi mendapatkan Next Done NowTMsila layari kami di www.sigma-systems.com atau hubungi kami di info@sigma-systems.com.

Gartner, Kuadran Magik untuk Suit Aplikasi Konfigurasi, Harga dan Sebut Harga, Christina Klock | Mark Lewis | Melissa Hilbert, 5 November 2018.

Penafian Gartner 

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka, dan tidak memberi nasihat kepada pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang mempunyai penarafan paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat daripada organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan kesemua waranti, yang dinyatakan atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan tertentu.

Maklumat mengenai Sigma Systems (sigma-systems.com atau Twitter @SigmaSystems)

Sigma Systems adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian perisian yang berasaskan katalog untuk komunikasi, media, dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 80 pelanggan di 40 buah negara dengan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah. Portfolio syarikat itu merangkumi ke seluruh perusahaan Katalog, Sebut Harga Konfigurasi (CPQ), produk Pengurusan Pesanan, Peruntukan, Wawasan dan Inventori Portfolio, dan menawarkan satu set perkhidmatan utama yang termasuk perkhidmatan profesional, perkhidmatan awan, dan perkhidmatan yang terurus. Sigma menggunakan satu pendekatan tangkas untuk melaksanakan produk B/OSS mereka bagi pelanggan mereka. Sigma mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia Pasifik, dengan rakan teknologi dan pengintegrasian di seluruh dunia.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181129005222/en/

Hubungi

Chloe Purcell
Pengurus Perhubungan Awam Strategik
Milner Strategic Marketing Ltd.
+44 1473 633123

Glenn Gibson
Naib Presiden Pemasaran
Sigma Systems
+1-416-827-6851

Sumber : Sigma Systems

FDA AS MELULUSKAN ASAI MUTASI LEUKOSTRAT CDX FLT3 INVIVOSCRIBE SEBAGAI CDX DAN UBAT XOSPATA (GILTERITINIB FUMARATE) ASTELLAS UNTUK RAWATAN PESAKIT AML DI AS

Invivoscribe Juga Menerima Pembayaran Ganti Nasional untuk Asai CDx di Jepun


SAN DIEGO, 30 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Invivoscribe berbangga untuk mengumumkan bahawa FDA telah meluluskan Asai Mutasi LeukoStrat CDx FLT3 dan ubat Astellas, XOSPATA (gilteritinib fumarate) untuk rawatan pesakit leukemia mieloid akut (AML) FLT3 positif refraktori/berulang di AS. Selain itu, MHLW Jepun telah mengesahkan pembayaran ganti nasional untuk Asai Mutasi LeukoStrat CDx FLT3 di Jepun.

Invivoscribe telah membangunkan Asai Mutasi LeukoStrat CDx FLT3 dalam kerjasama dengan Astellas sebagai diagnostik sampingan untuk meramal tindak balas pesakit terhadap XOSPATA (gilteritinib fumarate), ubat AML Astellas Pharma.

Kelulusan ini melengkapkan kelulusan Asai Mutasi LeukoStrat CDx FLT3 sebelum ini sebagai diagnostik sampingan untuk RYDAPT (midostaurin), Novartis (Amerika Syarikat dan Eropah), dan XOSPATA (gilteritinib fumarate) untuk Astellas (Jepun). Baru-baru ini, CDx telah dihantar ke PMDA di Jepun dan FDA di AS sebagai CDx untuk meramal tindak balas terhadap ubat Daiichi Sankyo, quizartinib hydrochloride.

Pencapaian ini membantu mengukuhkan lagi Asai Mutasi LeukoStrat CDx FLT3 sebagai piawai emas antarabangsa untuk penilaian FLT3 komprehensif dalam pesakit AML kritikal kerana CDx ini dapat mengenal pasti mutasi ITD dan TKD (termasuk duplikasi dalaman tandem besar), dapat menjana nisbah isyarat piawai untuk mutasi ITD dan TKD, dan tersedia di seluruh dunia.

“Invivoscribe mengalu-alukan peluang untuk menggunakan program Streamlined CDx™ kami untuk bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal global yang berminat untuk membangunkan dan mengkomersialkan diagnostik sampingan, sama ada terapi itu untuk penyakit hematologi atau tumor pejal,” kata Jeffrey Miller, CSO dan CEO Invivoscribe.

Perihal Asai Mutasi Invivoscribe LeukoStrat CDx FLT3 

Asai Mutasi LeukoStrat CDx FLT3 ialah diagnosis in vitro berasaskan PCR yang direka bentuk untuk mengesan mutasi duplikasi dalaman tandem (ITD) dan domain tyrosine kinase (TKD) D835 dan I836 dalam gen FLT3 dalam genom DNA yang diekstrak daripada sel mononuklear yang diperolehi daripada darah periferal atau aspirat sumsum pesakit yang didiagnosis dengan leukemia mielogenus akut. Ujian standard global ini disertakan perisian yang mentafsir data, menjana nisbah isyarat mutan/jenis liar bagi mutasi ITD dan TKD, serta meramalkan tindak balas kepada fumarat gilteritinib dan midostaurin. Asai yang telah disahkan dengan meluas ini membantu menyeragamkan pengesanan mutasi genetik dalam gen FLT3 sebagai salah satu pendorong mutasi dalam Leukemia Mieloid Akut (AML).

Ujian LeukoStrat tersedia sebagai salah satu perkhidmatan ujian menerusi subsidiari Invivoscribe, LabPMM LLC (San Diego, CA, AS), LabPMM GmbH (Martinsried, Jerman) dan LabPMM GK (Bandar Kawasaki, Jepun). Asai Mutasi LeukoStrat CDx FLT3 kini diedarkan di Eropah, bakal tersedia di Jepun pada 2018, dan dirancang untuk diedarkan di Amerika Syarikat dan China pada masa depan.

Perihal Invivoscribe

Invivoscribe ialah syarikat bioteknologi swasta dengan slogan Improving Lives with Precision Diagnostics. Selama 25 tahun, Invivoscribe telah meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menyediakan reagen, ujian dan alat bioinformatik yang berkualiti tinggi dan distandardkan untuk memajukan bidang perubatan kejituan. Invivoscribe mempunyai rekod pencapaian kerjasama yang berjaya dengan syarikat-syarikat farmaseutikal global yang berminat dalam membangunkan dan mengkomersialkan diagnostik sampingan, serta menyediakan kepakaran dalam perkhidmatan kawalan dan makmal. Menyediakan kit boleh edar dan juga perkhidmatan ujian klinikal menerusi subsidiari makmal klinikal yang terletak di serata dunia (LabPMM), Invivoscribe adalah rakan kongsi ideal untuk pembangunan diagnostik menerusi ujian klinikal, penghantaran untuk kawalan dan pengkomersialan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Invivoscribe di support@invivoscribe.com atau lawati www.invivoscribe.com

SUMBER : Invivoscribe, Inc.

Thursday, November 29, 2018

INVIVOSCRIBE MENGHANTAR ASAI MUTASI LEUKOSTRAT CDX FLT3 DI AS DAN JEPUN UNTUK MENYOKONG PENGHANTARAN QUIZARTINIB DAIICHI SANKYO

SAN DIEGO, 28 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dalam usaha untuk menyokong perkongsian yang berterusan dengan Daiichi Sankyo, Invivoscribe berbangga mengumumkan penghantaran Asai Mutasi LeukoStrat® CDx FLT3 ke FDA, AS dan PMDA (Agensi Farmaseutikal dan Peranti Perubatan) Jepun sebagai diagnostik sampingan untuk quizartinib, berikutan permohonan yang dibuat Daiichi Sankyo untuk quizartinib kepada FDA di AS dan PMDA di Jepun.

Invivoscribe menghasilkan Asai Mutasi LeukoStrat CDx FLT3 dalam perkongsian dengan Daiichi Sankyo sebagai diagnostik sampingan yang menghubungkan ujian klinikal QuANTUM-R fasa 3 global (Eropah, Amerika Syarikat, Asia kecuali Jepun) untuk pesakit AML ITD FLT3 berulang/refraktori. Ujian klinikal QuANTUM-R dan kajian fasa 2 label terbuka quizartinib (Jepun) menyokong Permohonan Ubat Baharu (NDA) oleh Daiichi Sankyo ke MHLW/PMDA Jepun MHLW/PMDA dan FDA di AS untuk penggunaan quizartinib dalam merawat pesakit dewasa dengan leukemia mieloid akut (AML) ITD FLT3berulang/refraktori.

Masa penghantaran ini juga menunjukkan kecekapan program Streamlined CDx Invivoscribe, yang menyepadukan aktiviti-aktiviti CDx termasuklah pembangunan, sokongan ujian klinikal dengan pengesanan pesakit yang cepat untuk pendaftaran, sokongan kawalan dan yang penting, pengkomersialan. Selain itu, penghantaran ini melengkapi kelulusan Asai Mutasi LeukoStrat CDx FLT3 sebelum ini sebagai diagnostik sampingan AML bagi menyokong midostaurin untuk Novartis (Amerika Syarikat dan Eropah), dan gilteritinib fumarate untuk Astellas (Jepun). Astellas dan Invivoscribe masing-masing telah menghantar permohonan untuk ubat dan peranti ke CDER dan CDRH di Amerika Syarikat. 

Syarikat Jepun bina kemudahan di Malaysia sokong permintaan logistik rantaian sejuk beku

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Daiwa House Industry Co., Ltd. akan memulakan kerja di kemudahan logistik pelbagai penyewa pertamanya di Malaysia, “D Project Malaysia I” di Shah Alam pada 7 Jan, 2019 bagi menyokong permintaan terhadap logistik rantaian sejuk beku yang meningkat di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengurusan sewaan bagi projek itu akan dikendalikan Daiwa House Malaysia Logistic Sdn. Bhd, anak syarikatnya di Malaysia yang ditubuhkan pada Mei 2018, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Projek tersebut merupakan kemudahan logistik yang boleh menampung pelbagai penyewa untuk menyokong keperluan kemudahan kepelbagaian logistik di Malaysia, iaitu satu mekanisme pengedaran makanan mudah rosak dan makanan sejuk beku bagi memastikan ia berada pada suhu tetap dari tapak pengeluaran ke lokasi penggunaan.
Kemudahan baharu itu meliputi kawasan seluas 30,000 meter persegi, keluasan lantai kira-kira 18,000 meter persegi dan kawasan boleh disewakan seluas 16,500 meter persegi. 
Ia terletak di kawasan berdekatan dengan kilang dan kemudahan logistik di Shah Alam, kira-kira 27 kilometer barat daya dari Kuala Lumpur dan kira-kira 40 kilometer ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 
Syarikat itu telah memajukan bersama “Taman Perindustrian Long Duc” dengan Sojitz Corporation dan Kobelco Eco-Solutions Co., Ltd. di Vietnam pada 2011 dan juga sedang membangunkan beberapa kemudahan logistik di Vietnam, Thailand dan Indonesia.
-- BERNAMA 

Wednesday, November 28, 2018

TEROKAI PAVILION BULUH DI EKSPO FLORA SEDUNIA TAICHUNG

TAICHUNG, Taiwan, 28 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo Flora Sedunia Taichung, yang berlangsung dari 3 November hingga 24 April, 2019 akan menampilkan pembinaan buluh paling tinggi yang pernah dibina di Taiwan bagi penggemar ekspo untuk menerokai dan berinteraksi dengan ruang dalaman buluh.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181127005953/en/

Direka oleh arkitek Chen Yi-chung dari Studio ZUO yang berpusat di Taichung, Pavilion Buluh itu dibina dengan menggunakan buluh, sejenis tumbuhan yang cepat tumbuh dan bahan semula jadi yang boleh diperbaharui dengan nisbah kekuatan-kepada-berat yang tinggi yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Menurut Chen, Pavilion Buluh itu dibina kebanyakannya dengan menggunakan buluh yang ditanam di Taiwan bagi menggantikan konkrit, ke arah berusaha mewujudkan suatu hubungan yang harmoni di antara seni bina dan persekitaran semula jadi dengan menggunakan bahan binaan yang mapan.

Mengambil inspirasi daripada benih, hutan buluh, dan Banjaran Gunung Tengah, pavilion itu adalah sebuah struktur seakan hutan yang dibina dengan buluh yang saling berkait. Ruang seni bina itu akan membolehkan pelawat untuk mengalami kesenian Timur bagi kraf buluh di tengah-tengah hutan buluh itu.

Pada ketinggian 10 meter, bahagian luar pavilion itu yang melengkung juga berintegrasi dengan landskap sekitarnya, termasuk sebuah kolam dan reka bentuk taman buluh Makino, sekali gus menjadikannya sebuah tempat bagi pelawat untuk berhubungan dengan alam semula jadi sambil menerokai atau berehat di dalamnya, kata Chen.

Tambahan pula, Pavilion Buluh itu telah disenarai pendek oleh Anugerah Festival Seni Bina Dunia bagi kategori Pembangunan Diterajui Santai – Projek Masa Hadapan pada tahun ini, yang mengiktiraf kekuatan firma-firma seni bina di Taichung serta usaha penggalakan  Kerajaan Bandar Raya Taichung bagi Ekspo Flora Sedunia.

Kuo Kun-ming, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Bandar Raya Taichung dan ketua eksekutif ekspo, menyatakan bahawa konsep Pavilion Buluh itu adalah untuk menyebarkan benih keajaiban di seluruh Taichung dan mewujudkan memori yang indah bagi bandar raya itu. Dibina dengan menggunakan lebih 300 batang buluh Moso dari Nantou, pavilion itu juga menyampaikan hasrat promosi.

Bersama dengan kesenian pemasangan “Bunyi Mekar” yang terbesar di dunia, serta paparan dinding terbesar, kesenian potongan kertas terpanjang, stadium ekuestrian terbesar, bangunan boleh dibaharui yang pertama yang dibina dengan menggunakan jerami, dan pemenang hadiah utama Leopard Cat Float yang dipamerkan pada Hari Kebangsaan di Taiwan, Pavilion Buluh itu merupakan satu daripada acara utama bagi ekspo flora tahun ini.

Di samping sorotan ini, ekspo flora itu juga mempunyai ciri reka bentuk taman oleh Hong Kong, Malaysia dan Myanmar, untuk menawarkan pemandangan sepintas lalu ciri-ciri tumbuh-tumbuhan dan budaya setiap negara melalui reka bentuk taman dan landskap.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181127005953/en/

Hubungi

Sanlih E-Television Co., Ltd.
Renie Lee +886-937-098-066
renie@mail.sanlih.com.tw

Sumber : Sanlih E-Television Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

AGORAI MENGUMUMKAN PERKONGSIAN STRATEGIK DENGAN NEURAMATIX

Neuramatix akan boleh diperolehi di tempat pasaran kecerdasan buatan Agorai

NEW YORK, 28 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agorai, sebuah platform global yang menyediakan inventori penyelesaian, teknologi, dan data perisian siap guna yang diperlukan untuk mana-mana syarikat yang ingin menyertai ekonomi AI, hari ini mengumumkan bahawa Neuramatix, sebuah penyedia peranti kecerdasan buatan yang dijanakan oleh enjin neural proprietari yang diberi nama NeuraBASE, akan menyertai tempat pasaran AI Agorai.

Melalui perkongsian utama ini, NeuraBASE akan boleh diperolehi kepada peserta di tempat pasaran AI Agorai, termasuk pengguna akhir dan pembina aplikasi. Dengan satu misi untuk menyampaikan akses segera dan tanpa ditapis kepada peranti kecerdasan buatan kepada syarikat-syarikat di seluruh dunia, Agorai berhasrat untuk memperkasakan peserta di tempat pasaran mereka dengan teknologi AI yang terkemuka yang sedia ada.

"Banyak syarikat pada hari ini memberi tumpuan kepada kegunaan teori kecerdasan buatan dan bukannya bagaimana mereka boleh mencipta penyelesaian dengan aplikasi yang praktikal. Neuramatix mempunyai aset teknologi unik yang boleh digunakan untuk membina penyelesaian AI yang canggih dengan faedah perniagaan dunia sebenar yang sedia untuk digunakan," kata Josh Sutton, Ketua Pegawai Eksekutif, Agorai. "Neuramatix adalah sebuah perintis sebenar di dalam industri AI, dan kami sangat gembira kerana kami dapat menyediakan kepada peserta pasaran Agorai dengan akses langsung kepada teknologi berharga mereka."

NeuraBASE Neuramatix melaksanakan sebuah model yang didasarkan kepada satu teori alternatif mengenai bagaimana otak itu berfungsi. Untuk mempamerkan kecerdasan sebenar, sebuah sistem harus dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran berterusan daripada input baharu, dan untuk mengingatkan semula apa yang telah dipelajari sebelumnya. Penyelesaian itu membolehkan mesin untuk melihat corak di dalam data dan menyampaikan maklumat itu dalam cara yang sama sebagaimana otak manusia belajar, menyimpan, mengambil, dan menzahirkan maklumat. Ciri-cirinya yang unik itu membolehkan penciptaan rangkaian neuron, yang lebih besar dan lebih cepat daripada rangkaian neural konvensional. NeuraBASE mempunyai rangkaian aplikasi yang lebih luas termasuk pemprosesan dan penterjemahan bahasa asli celusan tinggi, analisis biomaklumat, sistem kawalan robot, ucapan, analisis semantik, dan banyak lagi.

"Teknologi NeuraBASE kami membolehkan syarikat-syarikat untuk merekabentuk dan melatih rangkaian neuron bagi menyampaikan keupayaan mesin penyesuaian yang canggih tanpa perlu bergantung kepada daya kasar. Kami komited untuk menyediakan kepada syarikat-syarikat dengan akses kepada teknologi canggih ini, dalam cara yang sama Agorai komited untuk menyediakan peserta tempat pasaran mereka dengan akses yang tidak terbatas kepada peranti AI utama di pasaran," kata Robert Hercus, Pengasas & Pengarah, Neuramatix. "Kami gembira untuk bekerjasama dengan Agorai dan membuka senibina NeuraBASE asas kami kepada semua peserta tempat pasaran Agorai supaya mereka dapat menyampaikan penyelesaian pintar."

Agorai dan Neuramatix juga telah memulakan usaha untuk merundingkan satu perjanjian pemerolehan muktamad bagi kesemua aset dan paten yang berkaitan dengan AI yang dimiliki oleh Neuramatix. Adalah dijangkakan bahawa perjanjian ini akan dilaksanakan sebelum pelancaran tempat pasaran Agorai.

Tempat pasaran Agorai dijadual dilancarkan pada awal tahun 2019. Untuk mengambil bahagian di dalam projek perintis itu atau bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.agorai.ai.

Maklumat mengenai Agorai

Agorai adalah sebuah platform global yang menyediakan inventori penyelesaian, teknologi, dan data perisian siap guna yang diperlukan untuk mana-mana syarikat yang ingin menyertai ekonomi AI. Agorai menawarkan satu-satunya tempat pasaran yang bersepadu untuk peranti AI dan aset data yang menjanakan mereka. Platform yang diedarkan itu menyatukan pemilik data dan syarikat-syarikat AI untuk membuat penyelesaian yang dipacu oleh AI yang menyelesaikan masalah perniagaan yang sebenar. Tempat pasaran AI Agorai membolehkan orang ramai membina peranti dan aplikasi AI untuk mengakses dan berkongsi aset yang sebelum ini tidak tersedia kepada mereka dan menyediakan sebuah saluran pengedaran bagi syarikat-syarikat AI untuk mencapai pembeli korporat dan individu. Tempat pasaran data Agorai membantu memindahkan pemilikan data kepada mereka yang menciptanya dan menyediakan akses kepada AI kepada mereka yang memerlukannya, di peringkat global dan secara berskala.

Rangkaian Sosial:

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/agorai
Twitter: @agorai_market
Medium: https://medium.com/@agorai

Penafian:
Maklumat tertentu yang dinyatakan di dalam siaran akhbar ini mengandungi "maklumat yang berpandangan ke hadapan" di bawah undang-undang sekuriti yang berkenaan. Kecuali bagi kenyataan yang berbentuk sejarah, maklumat yang terkandung di sini merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan dan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (i) prestasi yang diunjurkan Agorai dan Tempat Pasaran Agorai; (ii) pelaksanaan perjanjian penetapan dengan Neuramatix dan penutupan urus niaga dengan Neuramatix; (iii) pembangunan yang dijangkakan bagi perniagaan, projek, dan usaha sama Agorai; (iv) pelaksanaan visi dan strategi pertumbuhan Syarikat itu, termasuk berkenaan dengan pertumbuhan global masa hadapan; (v) sumber dan ketersediaan pembiayaan pihak ketiga bagi projek Agorai; (vi) penyiapan projek Agorai yang sedang dijalankan pada masa ini, dalam pembangunan atau yang sedang dipertimbangkan; (vii) keupayaan Agorai untuk melancarkan sebuah platform dan tempat pasaran yang berfungsi; (viii) pembaharuan pelanggan dan pembekal semasa, dan perjanjian bahan yang lain; dan (ix) kecairan masa hadapan, modal kerja, dan keperluan modal. Kenyataan ini tidak menjamin prestasi masa hadapan dan kebergantungan yang tidak sewajarnya tidak harus diletakkan kepada mereka. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu semestinya melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, yang mungkin menyebabkan prestasi sebenar dan keputusan kewangan pada masa akan datang berbeza secara material daripada sebarang unjuran bagi prestasi masa hadapan atau hasil yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Walaupun kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung di dalam siaran akhbar ini didasarkan kepada apa yang diyakini oleh pihak pengurusan sebagai andaian yang munasabah, tidak ada jaminan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu akan terbukti tepat, kerana keputusan sebenar dan peristiwa masa hadapan boleh berbeza secara material daripada yang dijangkakan di dalam kenyataan seperti itu. Agorai tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan yang berpandangan ke hadapan jika keadaan atau anggaran atau pendapat pengurusan perlu diubah, kecuali sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang sekuriti yang berkenaan. Pembaca diingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak sewajarnya terhadap kenyataan yang berpandangan ke hadapan.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181127005893/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Jessica Cardonick
Articulate Communications bagi pihak Agorai
agorai@articulatecomms.com
Pejabat: +1 212 255 0080

Sumber : Agorai

SHARJAH MERAYAKAN GELARAN 'BANDAR RAYA MESRA KANAK-KANAK' UNICEF DALAM KARNIVAL BESAR-BESARAN

- Kanak-kanak Sharjah memaklumkan kepada dunia: 'Adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk hidup di sebuah tempat yang selamat sama seperti kami'

- Lebih 500 orang kanak-kanak sekolah hadir

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 27 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kanak-kanak dan golongan remaja di amiriah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu, telah mengutus sebuah pesanan kepada dunia, dengan berkata: "Adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk bermain, untuk bergembira, untuk belajar, untuk menjadi kreatif, adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk hidup di sebuah tempat yang selamat sama seperti kami. Kanak-kanak di Sharjah menggesa ke seluruh dunia agar setiap bandar raya menjadi sebuah bandar raya yang mesra kanak-kanak."

Gesaan itu dilaungkan semasa Karnival Mesra Kanak-kanak dan Remaja Sharjah Pertama, yang berbetulan dengan Hari Kanak-kanak Universal dan meraikan penganugerahan Sharjah baru-baru ini sebagai sebuah Bandar Raya Mesra Kanak-kanak UNICEF.

Karnival itu menyaksikan jalan-jalan raya di Sharjah menjadi hidup dengan bunyi muzik ketika penghibur jalanan dan lebih 500 keluarga, kanak-kanak, dan wakil-wakil dari organisasi kerajaan mengambil bahagian di dalam perarakan perayaan sejauh satu kilometer di Jalan Al Buhaira Corniche, yang terletak di tengah-tengah amiriah itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11657

MAKANAN CINA YANG KREATIF MENCETUSKAN TUNAS RASA DUNIA

SHENYANG, China, 27 Nov (Bernama) -- Dari 21 - 24 November, 2018 Kejohanan Dunia Masakan Cina "Piala LuHua" (atas), termasuk 240 acara pertandingan, telah diadakan di Shenyang di wilayah Liaoning. Menurut Persatuan Masakan China, lebih daripada 200 golongan memasak elit Cina dari seluruh pelusuk dunia telah menghasilkan lebih daripada 2,000 hasil makanan Cina yang kreatif seperti hidangan panas, hidangan sejuk, pastri dan ukiran makanan pada masa kini.



Di kawasan pameran itu, pelbagai makanan Cina yang kreatif telah dihasilkan. Di kawasan ukiran makanan, sebuah phoenix telah diukir dengan menggunakan sayur-sayuran dalam warna berbeza yang muncul bergetar dengan bulu yang pelbagai warna dan melonjak tinggi di atas Bunga Peony yang diukir dengan lobak putih. Di kawasan hidangan panas, kebanyakan hidangan digandingkan dengan daging dan bahan-bahan vegetarian, hidangan daging merah dan hidangan vegetarian segar yang silih ganti merangsangkan tunas rasa.

Ketua eksekutif bagi Kumpulan LuHua, Xin Xufeng, berkata bahawa rasa mengatasi segala yang  lain di dalam undang-undang makan. "Warna, bau dan rasa" bukan sahaja merupakan pemburuan abadi bagi masakan Cina, tetapi juga pemburuan manusia bagi kehidupan yang lebih baik.

Makanan Cina mempunyai konotasi budaya yang mendalam dengan sejarah yang mencakupi ribuan tahun. Makanan Cina mempunyai pelbagai jenis masakan, dan setiap hidangan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Di wilayah yang berbeza, terdapat beribu-ribu hidangan yang sesuai dengan pelbagai kemahiran memasak dan gaya mereka yang tersendiri. Kesukaan orang ramai terhadap makanan Cina semakin meningkat sejak kebelakangan ini. "Dengan perkembangan globalisasi, pengguna makanan Cina sudah menjelajah ke seluruh pelusuk dunia. Untuk memastikan masakan Cina mempunyai cita rasa antarabangsa, kami lebih memberi perhatian kepada gandingan daging dan sayur-sayuran  dan kesenian plastik sambil pada masa yang sama mengekalkan rasa tradisionalnya," kata Bian Jiang, Naib Presiden bagi Persatuan Masakan China.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11654

Tuesday, November 27, 2018

WESTEX BY MILLIKEN DAN TEIJIN ARAMID BERPADU TENAGA DI ASIA PASIFIK UNTUK MEREVOLUSIKAN PASARAN FABRIK FR ARAMID

Minda yang paling cerdas di dalam teknologi fabrik FR global menghasilkan keselesaan baharu dalam fabrik pelindungan dilancarkan di OSEA 2018 di Singapura, petak 1Q4-10

SPARTANBURG, S.C. & ARNHEM, Belanda, 27 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, jenama tekstil tahan api (FR) yang terkemuka di Amerika Syarikat Westex™ by Milliken™ dan pengeluar gentian aramid global Teijin Aramid mengumumkan satu perkongsian bersama teknologi dan komersil untuk Asia Tenggara dan Australasia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181126005667/en/

"Bagi Milliken, kerjasama dengan Teijin Aramid adalah satu pertemuan minda," menurut Steve Layton, naib presiden bagi penjualan dan pemasaran untuk Westex by Milliken. "Pergantungan kami kepada penyelidikan dan pembangunan, digandingkan dengan lebih 60 tahun pembuatan dan membekalkan penyelesaian pakar FR, disokong oleh keupayaan teknologi Teijin yang bertaraf dunia dan berdiri sebagai sebuah peneraju global yang dipercayai di dalam gentian FR aramid yang inheren. Dalam masa yang singkat, perkongsian ini telah menghasilkan fabrik FR yang berteknologi maju untuk pelanggan kami yang menghadapi bahaya di tempat kerja seperti kebakaran kilat, dan ini hanyalah satu permulaan."

Dengan menggabungkan lebih 100 tahun dalam inovasi FR, Westex by Milliken dan Teijin Aramid melihat untuk memperbaiki penyelesaian FR berasaskan aramid yang bereputasi baik di pasaran Asia. Sebagai sebuah jenama Milliken & Company, sebuah tekstil perlindungan dan prestasi global, pengeluar penutup lantai dan kimia, fabrik Westex by Milliken mengasaskan pakaian FR yang diharapkan pada setiap hari di seluruh dunia — menggambarkan suatu rekod pencapaian dan kebergantungan yang dipercayai. Westex by Milliken menggunakan legasi Milliken yang mencakupi inovasi lebih daripada 150 tahun dan komitmen yang kuat kepada penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan tekstil FR berjenama yang menjadi pemimpin dalam pelbagai industri perlindungan. Sebagai pengeluar aramid nombor satu dunia, Teijin merupakan yang pertama yang membawa gentian aramid ke pasaran pada awal tahun 1970an dan terus menjadi sebuah peneraju di dalam teknologi gentian FR yang terbaik dalam kelasnya. Teijin telah menunjukkan dedikasinya kepada pasaran penyelesaian berasaskan aramid yang dipacu oleh pretasi di seluruh dunia sepanjang abad yang lalu. 

"Teijin Aramid gembira kerana dapat bergandingan dengan Milliken. Kami tidak sabar-sabar untuk bersama-sama menerokai peluang bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, dengan menggabungkan pemikiran teknikal kami serta kuasa komersil. Pengalaman dan pengetahuan Teijin Aramid yang luas, dan digabungkan dengan kepakaran Westex by Milliken menjadikannya satu kombinasi yang mantap dan unggul," kata Bernd Steinmann, pengurus perniagaan global Teijin Aramid bagi pakaian perlindungan.

Hasil daripada perkongsian itu, Westex by Milliken dan Teijin Aramid dengan bangganya memperkenalkan Westex™ Synergy™ Pro, sebuah fabrik FR aramid yang serba canggih. Dengan mematuhi NFPA 2112 dan NFPA 70E, dan diperakui dengan EN ISO 11611 dan EN ISO 11612 untuk bahaya api kilat industri minyak dan gas, Westex Synergy Pro menawarkan tahap keselesaan paling tinggi di dalam fabrik aramid pelindungan yang terkemuka untuk pakaian FR harian. Eksklusif kepada pasaran Asia Tenggara dan Australasia, Westex Synergy Pro tersedia untuk pembelian bermula 27 November, 2018.

Dikuasakan oleh gentian utama meta-aramid Teijinconex®, Westex Synergy Pro membina di atas kepakaran FR oleh Westex by Milliken yang memenangi anugerah untuk menghasilkan sebuah fabrik aramid yang dipacu oleh prestasi dengan perlindungan FR yang dijamin. Westex Synergy Pro mempunyai kelembutan yang lebih baik dan keupayaan kelembapan yang enam kali lebih baik berbanding dengan fabrik FR aramid terkemuka yang lain. Terdapat dalam pelbagai warna dan dalam kedua-dua berat 160 g/m2 and 200 g/m2, Westex Synergy Pro menjadikan pakaian harian seragam FR satu penyelesaian keselamatan yang mudah dan menarik untuk industri minyak dan gas di Asia Pasifik.

"Perkongsian Westex by Milliken dan Teijin Aramid ini membawa satu era kemungkinan yang baharu untuk pakaian FR bagi Asia Tenggara dan Australasia, yang mana kami diberi penghormatan untuk menerajui tanggungjawab itu," kata Layton.

"Kami melihat perkongsian ini dengan Milliken di Asia Pasifik sebagai satu batu loncatan yang penting untuk pertumbuhan bersama pada masa hadapan," kata Erik Delnoij, naib presiden bagi jualan dan pemasaran untuk Teijin Aramid.

Mereka yang hadir di OSEA 2018 di Singapura boleh mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian ini dan Westex Synergy Pro di tapak pameran 1Q4-10 dan BT3-07.

Maklumat mengenai Teijin Aramid

Teijin Aramid adalah sebuah anak syarikat milik Kumpulan Teijin dan pemimpin dunia di dalam aramid. Produk aramid mereka Twaron®Teijinconex®Technora®  dan polietilena berat molekul ultra tinggi mereka (UHMW-PE) Endumax® adalah terkenal kerana kekuatan, kelestarian, keselamatan, ketahanan haba dan berat mereka yang rendah dan digunakan di dalam pelbagai aplikasi dan pasaran termasuk automotif, perlindungan balistik, marin, kejuruteraan awam, pakaian pelindungan, tali, kabel gentian optik dan minyak & gas. Bahan-bahan berprestasi tinggi ini dihasilkan di Belanda dan Jepun. Untuk maklumat lanjut: www.teijinaramid.com.

Maklumat mengenai Kumpulan Teijin 

Teijin (TSE: 3401) adalah sebuah kumpulan global yang dipacu oleh teknologi yang menawarkan penyelesaian termaju di dalam bidang nilai alam sekitar; keselamatan, dan pengurangan bencana; dan perubahan demografi serta peningkatan kesedaran kesihatan. Bidang utama operasi adalah gentian berprestasi tinggi seperti aramid, gentian karbon & komposit, penjagaan kesihatan, filem, resin & pemprosesan plastik, gentian poliester, penukaran produk dan IT. Kumpulan itu mempunyai kira-kira 170 buah syarikat dan sekitar 19,000 orang pekerja yang berada di lebih 20 buah negara di seluruh dunia. Ia mencatatkan jualan terkumpul sebanyak JPY835 bilion (USD 7.6 bilion) dan jumlah aset JPY 986.2 bilion (USD 9 bilion) pada tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac, 2018.

Sila layari www.teijin.com.

Maklumat mengenai Westex by Milliken

Westex by Milliken, sebuah perniagaan milik Milliken & Company, mempunyai lebih 60 tahun pengalaman di dalam pembuatan fabrik tahan api. Berjuta-juta pakaian yang diperbuat dengan fabrik FR berjenama Westex digunakan di seluruh dunia di dalam industri utiliti, penyelenggaraan elektrik, minyak dan gas, dan logam. Dengan komitmen yang kuat terhadap tempat pasaran pakaian FR dan pemahaman yang mendalam tentang keperluan rantaian bekalan FR dan pengguna akhir, Westex by Milliken mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menawarkan fabrik FR dengan keseimbangan perlindungan, keselesaan dan nilai yang sangat baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.westex.com, dan sertai kami di Facebook,Twitter dan LinkedIn.

Maklumat mengenai Milliken

Milliken telah menyelesaikan masalah harian dengan penyelesaian yang berinovatif untuk selama lebih 150 tahun. Kepakaran penyelidikan, reka bentuk dan pembuatan kami menjangkau ke pelbagai aspek disiplin termasuk bahan kimia khusus, penutup lantai, dan tekstil prestasi dan pelindungan. Komitmen yang tidak pernah goyah terhadap etika membimbing kerja kami untuk mendefinisikan semula cara bagaimana kami menambahkan kekuatan dan perlindungan terhadap produk, bagaimana kami menanamkan kegigihan dan warna ke dalam persekitaran kami, dan bagaimana kami menjaga alam sekitar. Bagi kami, kejayaan adalah apabila penemuan dibuat di dalam Milliken membantu kami mempunyai hubungan yang lebih bermakna dengan dunia. Temui Milliken di www.milliken.com, dan sertai kami di FacebookInstagramLinkedIn, dan Twitter.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11658

KERJASAMA JEPUN-INDIA MENGHASILKAN SATU KAEDAH RAWATAN BAHARU BAGI STRIKTUR URETRA LELAKI

KERJASAMA JEPUN-INDIA MENGHASILKAN SATU KAEDAH RAWATAN BAHARU BAGI STRIKTUR URETRA LELAKI

TECHNOLOGY PARK MALAYSIA TERIMA ANUGERAH ZAKAT KEBANGSAAN KATEGORI GLC





PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), taman teknologi dan pusat inkubasi negara, telah memenangi Anugerah Zakat Kebangsaan 2018 untuk kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Anugerah Zakat Kebangsaan tahunan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri.

Untuk anugerah tahun ini, TPM telah diiktiraf kerana memainkan peranan penting dalam mempromosikan nilai-nilai Islam dan tanggungjawab agama di kalangan pekerjanya, menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) peringkat kebangsaan serta pembangunan dan peningkatan kesejahteraan masyarakat.

Selain memainkan peranan penting dalam komitmennya terhadap sumbangan zakat tahunan, TPM juga memastikan para pekerjanya diberikan taklimat berkaitan kewajipan agama melalui sesi tazkirah bulanan.

Bagi anugerah tersebut, Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Encik Sharbani Harun berterima kasih kepada JAWHAR atas pengiktirafan sumbangan dan inisiatif TPM serta perlaksaan program yang berkaitan demi meningkatkan pengetahuan masyarakat di peringkat kebangsaan.

"Kami bertanggungjawab memastikan nilai dan ajaran Islam yang sebenar diwar-warkan kepada semua kakitangan TPM yang bergama Islam. Kami komited untuk melaksanakan beberapa inisiatif CSR inisiatif inovasi sosial untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat kurang bernasib baik.

"Anugerah Zakat Kebangsaan 2018 didedikasikan untuk semua kakitangan TPM dan kami sememangnya amat berbangga apabila menerima pengiktirafan sedemikian," kata Sharbani.

Antara aktiviti utama dan program sosial yang dijalankan oleh TPM ialah:

1.Menjalankan kursus professional kimpalan 6G untuk remaja dan belia dari Kuala Lumpur dan Perak yang kurang bernasib baik bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Perak;

2.Program menyediakan pakaian Hari Raya dan keperluan lain untuk pelajar miskin dan anak yatim di Melaka dan Perak;

3.Mengadakan pameran dan program promosi yang berkaitan dengan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk kanak-kanak sekolah di seluruh sekolah di Malaysia;

4.Penanaman pokok Tecoma untuk menggalakkan pemuliharaan alam sekitar dan sains hortikultur di kalangan kanak-kanak sekolah di SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak.

5.Sumbangan cermin mata kepada pelajar miskin di Sungai Lembing, Pahang;

6.Memperkenalkan dan mempromosikan alat inovasi "MyFon", telefon tanpa tunai yang pertama seumpamanya di Asia, kepada pelajar SMK Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar, Perak; dan

Technology Park Malaysia, agensi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan tekno dan usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri , iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

Dikeluarkan oleh: 
Jabatan Komunikasi Korporat
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Sumber : Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Aniz Adura Abdul Majid
Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepentingan
Tel: 603-8998 2020 / 019-646 6258
Fax: 603-8998 2110

--BERNAMA