Tuesday, November 27, 2018

WESTEX BY MILLIKEN DAN TEIJIN ARAMID BERPADU TENAGA DI ASIA PASIFIK UNTUK MEREVOLUSIKAN PASARAN FABRIK FR ARAMID

Minda yang paling cerdas di dalam teknologi fabrik FR global menghasilkan keselesaan baharu dalam fabrik pelindungan dilancarkan di OSEA 2018 di Singapura, petak 1Q4-10

SPARTANBURG, S.C. & ARNHEM, Belanda, 27 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, jenama tekstil tahan api (FR) yang terkemuka di Amerika Syarikat Westex™ by Milliken™ dan pengeluar gentian aramid global Teijin Aramid mengumumkan satu perkongsian bersama teknologi dan komersil untuk Asia Tenggara dan Australasia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181126005667/en/

"Bagi Milliken, kerjasama dengan Teijin Aramid adalah satu pertemuan minda," menurut Steve Layton, naib presiden bagi penjualan dan pemasaran untuk Westex by Milliken. "Pergantungan kami kepada penyelidikan dan pembangunan, digandingkan dengan lebih 60 tahun pembuatan dan membekalkan penyelesaian pakar FR, disokong oleh keupayaan teknologi Teijin yang bertaraf dunia dan berdiri sebagai sebuah peneraju global yang dipercayai di dalam gentian FR aramid yang inheren. Dalam masa yang singkat, perkongsian ini telah menghasilkan fabrik FR yang berteknologi maju untuk pelanggan kami yang menghadapi bahaya di tempat kerja seperti kebakaran kilat, dan ini hanyalah satu permulaan."

Dengan menggabungkan lebih 100 tahun dalam inovasi FR, Westex by Milliken dan Teijin Aramid melihat untuk memperbaiki penyelesaian FR berasaskan aramid yang bereputasi baik di pasaran Asia. Sebagai sebuah jenama Milliken & Company, sebuah tekstil perlindungan dan prestasi global, pengeluar penutup lantai dan kimia, fabrik Westex by Milliken mengasaskan pakaian FR yang diharapkan pada setiap hari di seluruh dunia — menggambarkan suatu rekod pencapaian dan kebergantungan yang dipercayai. Westex by Milliken menggunakan legasi Milliken yang mencakupi inovasi lebih daripada 150 tahun dan komitmen yang kuat kepada penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan tekstil FR berjenama yang menjadi pemimpin dalam pelbagai industri perlindungan. Sebagai pengeluar aramid nombor satu dunia, Teijin merupakan yang pertama yang membawa gentian aramid ke pasaran pada awal tahun 1970an dan terus menjadi sebuah peneraju di dalam teknologi gentian FR yang terbaik dalam kelasnya. Teijin telah menunjukkan dedikasinya kepada pasaran penyelesaian berasaskan aramid yang dipacu oleh pretasi di seluruh dunia sepanjang abad yang lalu. 

"Teijin Aramid gembira kerana dapat bergandingan dengan Milliken. Kami tidak sabar-sabar untuk bersama-sama menerokai peluang bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, dengan menggabungkan pemikiran teknikal kami serta kuasa komersil. Pengalaman dan pengetahuan Teijin Aramid yang luas, dan digabungkan dengan kepakaran Westex by Milliken menjadikannya satu kombinasi yang mantap dan unggul," kata Bernd Steinmann, pengurus perniagaan global Teijin Aramid bagi pakaian perlindungan.

Hasil daripada perkongsian itu, Westex by Milliken dan Teijin Aramid dengan bangganya memperkenalkan Westex™ Synergy™ Pro, sebuah fabrik FR aramid yang serba canggih. Dengan mematuhi NFPA 2112 dan NFPA 70E, dan diperakui dengan EN ISO 11611 dan EN ISO 11612 untuk bahaya api kilat industri minyak dan gas, Westex Synergy Pro menawarkan tahap keselesaan paling tinggi di dalam fabrik aramid pelindungan yang terkemuka untuk pakaian FR harian. Eksklusif kepada pasaran Asia Tenggara dan Australasia, Westex Synergy Pro tersedia untuk pembelian bermula 27 November, 2018.

Dikuasakan oleh gentian utama meta-aramid Teijinconex®, Westex Synergy Pro membina di atas kepakaran FR oleh Westex by Milliken yang memenangi anugerah untuk menghasilkan sebuah fabrik aramid yang dipacu oleh prestasi dengan perlindungan FR yang dijamin. Westex Synergy Pro mempunyai kelembutan yang lebih baik dan keupayaan kelembapan yang enam kali lebih baik berbanding dengan fabrik FR aramid terkemuka yang lain. Terdapat dalam pelbagai warna dan dalam kedua-dua berat 160 g/m2 and 200 g/m2, Westex Synergy Pro menjadikan pakaian harian seragam FR satu penyelesaian keselamatan yang mudah dan menarik untuk industri minyak dan gas di Asia Pasifik.

"Perkongsian Westex by Milliken dan Teijin Aramid ini membawa satu era kemungkinan yang baharu untuk pakaian FR bagi Asia Tenggara dan Australasia, yang mana kami diberi penghormatan untuk menerajui tanggungjawab itu," kata Layton.

"Kami melihat perkongsian ini dengan Milliken di Asia Pasifik sebagai satu batu loncatan yang penting untuk pertumbuhan bersama pada masa hadapan," kata Erik Delnoij, naib presiden bagi jualan dan pemasaran untuk Teijin Aramid.

Mereka yang hadir di OSEA 2018 di Singapura boleh mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian ini dan Westex Synergy Pro di tapak pameran 1Q4-10 dan BT3-07.

Maklumat mengenai Teijin Aramid

Teijin Aramid adalah sebuah anak syarikat milik Kumpulan Teijin dan pemimpin dunia di dalam aramid. Produk aramid mereka Twaron®Teijinconex®Technora®  dan polietilena berat molekul ultra tinggi mereka (UHMW-PE) Endumax® adalah terkenal kerana kekuatan, kelestarian, keselamatan, ketahanan haba dan berat mereka yang rendah dan digunakan di dalam pelbagai aplikasi dan pasaran termasuk automotif, perlindungan balistik, marin, kejuruteraan awam, pakaian pelindungan, tali, kabel gentian optik dan minyak & gas. Bahan-bahan berprestasi tinggi ini dihasilkan di Belanda dan Jepun. Untuk maklumat lanjut: www.teijinaramid.com.

Maklumat mengenai Kumpulan Teijin 

Teijin (TSE: 3401) adalah sebuah kumpulan global yang dipacu oleh teknologi yang menawarkan penyelesaian termaju di dalam bidang nilai alam sekitar; keselamatan, dan pengurangan bencana; dan perubahan demografi serta peningkatan kesedaran kesihatan. Bidang utama operasi adalah gentian berprestasi tinggi seperti aramid, gentian karbon & komposit, penjagaan kesihatan, filem, resin & pemprosesan plastik, gentian poliester, penukaran produk dan IT. Kumpulan itu mempunyai kira-kira 170 buah syarikat dan sekitar 19,000 orang pekerja yang berada di lebih 20 buah negara di seluruh dunia. Ia mencatatkan jualan terkumpul sebanyak JPY835 bilion (USD 7.6 bilion) dan jumlah aset JPY 986.2 bilion (USD 9 bilion) pada tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac, 2018.

Sila layari www.teijin.com.

Maklumat mengenai Westex by Milliken

Westex by Milliken, sebuah perniagaan milik Milliken & Company, mempunyai lebih 60 tahun pengalaman di dalam pembuatan fabrik tahan api. Berjuta-juta pakaian yang diperbuat dengan fabrik FR berjenama Westex digunakan di seluruh dunia di dalam industri utiliti, penyelenggaraan elektrik, minyak dan gas, dan logam. Dengan komitmen yang kuat terhadap tempat pasaran pakaian FR dan pemahaman yang mendalam tentang keperluan rantaian bekalan FR dan pengguna akhir, Westex by Milliken mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menawarkan fabrik FR dengan keseimbangan perlindungan, keselesaan dan nilai yang sangat baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.westex.com, dan sertai kami di Facebook,Twitter dan LinkedIn.

Maklumat mengenai Milliken

Milliken telah menyelesaikan masalah harian dengan penyelesaian yang berinovatif untuk selama lebih 150 tahun. Kepakaran penyelidikan, reka bentuk dan pembuatan kami menjangkau ke pelbagai aspek disiplin termasuk bahan kimia khusus, penutup lantai, dan tekstil prestasi dan pelindungan. Komitmen yang tidak pernah goyah terhadap etika membimbing kerja kami untuk mendefinisikan semula cara bagaimana kami menambahkan kekuatan dan perlindungan terhadap produk, bagaimana kami menanamkan kegigihan dan warna ke dalam persekitaran kami, dan bagaimana kami menjaga alam sekitar. Bagi kami, kejayaan adalah apabila penemuan dibuat di dalam Milliken membantu kami mempunyai hubungan yang lebih bermakna dengan dunia. Temui Milliken di www.milliken.com, dan sertai kami di FacebookInstagramLinkedIn, dan Twitter.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11658

No comments:

Post a Comment