Wednesday, November 7, 2018

LEDDARTECH MENINGKATKAN KEPAKARAN DALAM BIDANG AUTOMOTIF DAN TEKNOLOGI SEMIKONDUKTOR DENGAN PELANTIKAN DUA EKSEKUTIF KANAN

Adrian Pierce menyertai LeddarTech sebagai Naib Presiden Jualan Global dan Pembangunan Perniagaan, serta Michael Poulin dicalonkan sebagai Naib Presiden Pengurusan Produk.


QUEBEC CITY, 7 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri dalam membekalkan platform pembangunan LiDAR automotif yang paling versatil dan boleh skala, suka citanya mengumumkan pelantikan dua eksekutif penting untuk membina momentum syarikat yang kian pesat dalam teknologi LiDAR keadaan pepejal dan terus memacu kepakaran automotif dan semikonduktor ke arah penyesuaian global.

Adrian Pierce telah dilantik sebagai Naib Presiden Jualan Global dan Pembangunan Perniagaan. En Pierce adalah ketua yang mendorong hasil dengan lebih dari 25 tahun kepakaran dalam industri semikonduktor dan antara muka pelanggan automotif. Beliau merupakan pakar rundingan terkemuka dengan dorongan tinggi dalam perkhidmatan pelanggan serta mempunyai kefahaman teknikal yang tinggi bagi keperluan pasaran pelanggan automotif. Kepakaran En Pierce termasuk pernah menyandang jawatan Naib Presiden Jualan & Pemasaran Global, Amerika, untuk NXP Semiconductors. Sebelum bergabung dengan NXP pada Disember 2015, beliau merupakan Naib Presiden bagi Jualan dan Pemasaran Amerika Freescale.

Michael Poulin, Eng., telah dinaikkan pangkat ke Naib Presiden Pengurusan Produk. En. Poulin, menyertai LeddarTech pada 2010 dan memegang jawatan Pengurus Besar Automotif sebelum dinaikkan pangkat ke Naib Presiden. En. Poulin bertanggungjawab mengetuai bahagian pengurusan produk syarikat, yang juga termasuk kejuruteraan aplikasi dan pasukan kepakaran sistem. Pasukan ini berdedikasi dalam memberikan platform LiDAR yang mendayakan pelanggan automotif kami untuk membangunkan penyelesaian LiDAR optimum mereka sendiri. Sepanjang karier beliau, En. Poulin telah memperoleh pengalaman meluas dalam menguruskan pasukan yang telah menjayakan pelbagai produk LiDAR dan produk teknologi maju lain, seperti pengesanan neuro boleh dibenam dan peranti perubatan perangsang neuro dan prostetik bermotor.

“Saya gembira mempunyai En. Pierce dan En. Poulin sebagai sebahagian daripada pasukan Eksekutif LeddarTech,” ujar Frantz Saintellemy, presiden dan COO LeddarTech. “Pengalaman meluas En. Pierce dalam automotif dan industri semikonduktor serta kepakaran En. Poulin dalam teknologi LiDAR automotif menguatkan lagi kepakaran kami. Mereka telah memperoleh reputasi sebagai ketua industri dan kepakaran pengurusan beliau yang hebat serta pengalaman meluas akan memainkan peranan penting dalam mengembangkan pembangunan automotif LiDAR LeddarTech untuk menjadi yang paling dikerahkan dalam aplikasi mudah alih,” beliau menambah.

“LeddarTech kekal komited dalam memberikan platform pembangunan LiDAR yang paling versatil, fleksibel dan boleh skala secara binaan dalam industri kepada pelanggan kami dan saya yakin dengan penambahan dua ketua ini, digabungkan dengan pelaburan lain yang terkini dalam kakitangan pengurusan kanan dan teknikal, LeddarTech akan meningkatkan masa pasaran kami yang telah pun pantas,” ujar Charles Boulanger, CEO LeddarTech. Beliau menambah, “Kami akan terus meningkatkan usaha kami untuk menarik bakat terbaik kepada organisasi daripada segi teknikal dan pimpinan. Saya menjangkakan peningkatan ketara keseluruhan tenaga kerja dalam masa enam ke sembilan bulan seterusnya—dengan penambahan 80 jawatan baru yang akan berfokuskan menyokong pelanggan kami dengan platform pembangunan LiDAR automotif kami.”

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri dalam pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif yang versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif dan SoC yang diluluskan keselamatan fungsian bekerja bersama perisian LeddarSP. Syarikat tersebut juga mengeluarkan beberapa inovasi teknologi dalam aplikasi sensor jauh mobiliti yang canggih. Keselamatan aktif automotif, pemanduan autonomi, pengangkutan pintar, kenderaan dalam bandar dan banyak lagi telah ditingkatkan dengan teknologi LeddarTech dipatenkan.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitter atau YouTube.

LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 ext. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com 

SUMBER : LeddarTech inc.

No comments:

Post a Comment