Saturday, November 17, 2018

FINTERRA DIBERI PENGHORMATAN PADA MEJA BULAT WIEF-UEF DI CHENNAI

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) – Syarikat teknologi kewangan (FinTech) permulaan, Finterra, diberi penghormatan sebagai penyedia penyelesaian kewangan Islam pertama berasaskan Blockchain, pada meja bulat Forum Ekonomi Islam Dunia dan United Economic Forum (WIEF-UEF) yang julung kali diadakan di Chennai, India, baru-baru ini.

Dalam kenyataan, syarikat itu berkata pengasasnya, Hamid Rashid turut membuat pembentangan pada Meja Bulat, mengenai bagaimana teknologi Blockchain dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan modal melalui pendanaan awam bagi pembangunan hartanah Endowment/WAQF di India.

Penyelesaian WAQF Chain Finterra diiktiraf di peringkat global untuk menangani kemasukan kewangan bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk menyertai sistem kewangan global.

“Penyelesaian WAQF Chain menyediakan pelaburan mampan dari segi etika dan sosial dalam WAQF Asset Development, membantu pengguna mencapai kebebasan kewangan, mewujudkan kebebasan dan kekayaan, disebabkan kemajuan teknologi dalam seni bina blockchain,” kata Hamid.

Anjuran bersama United Economic Forum Chamber of Commerce dan Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia, Meja Bulat itu bertujuan untuk memahami jika Kewangan Islam boleh menjadi penyelesaian kepada “Kewangan Inovatif dan Alternatif bagi Perniagaan dan Pembangunan Infrastruktur di India”.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment