Monday, November 5, 2018

BELANJAWAN 2019 KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENDAHULUKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA DISOKONG PENUH 100% OLEH PKRM

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) mengalu-alukan laporan belanjawan Negara 2019 yang dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan Saudara Lim Guan Eng. Pengumuman bajet kali ini jelas menerangkan objektif Kerajaan dalam mencari ruang kearah penjimatan perbelanjaan sekaligus meningkatkan keprihatinan terhadap rakyat Malaysia melalui usaha-usaha baru seperti sistem percukaian, tawaran perlindungan insuran, pengecualian cukai, i-Suri dan bantuan sampingan kepada golongan B40 khususnya.
 
Intipati yang terkandung dalam belanjawan 2019 memang jauh lebih berbeza daripada bajet 2018. Ini jelas terbukti bahawa fokus Kerajaan semasa adalah untuk membantu mengurangkan hutang Negara yang tinggi dan melaksanakan beberapa langkah dalam menuntut ketelusan yang dikenalpasti dalam projek-projek Kerajaan dan menghapuskan skandal-skandal yang membawa kemudaratan kepada Negara.
 
PKRM juga berterima kasih kepada Kerajaan PH dalam usaha memperuntukan bajet kebajikan untuk aktiviti kesejahteraan kemasyarakatan. PKRM yang bertanggungjawab dan komited Bersama Kerajaan dalam membantu sama menjayakan usaha-usaha Kerajaan Pakatan Harapan dengan mendapatkan sokongan sektor-sektor korporat serta orang kenamaan yang dapat memberikan sokongan ke atas aktiviti atau agenda dilaksanakan dan juga merupakan tanggungjawab persatuan dalam melengkapkan sebahagian tugasan Kerajaan.
 
Untuk menjayakan cadangan belanjawan 2019 ini, semua pihak harus berganding bahu dan Bersama-sama membantu usaha Kerajaan sehingga kita dapat melihat perubahan. PKRM yakin Kerajaan Pakatan Harapan akan menyusun semula segala usaha-usaha memajukan Negara dan juga mendahulukan rakyat. PKRM yang giat melaksanakan pelbagai aktiviti khas berteraskan kepada Kebajikan Masyarakat berharap sentuhan belanjawan kali ini dijadikan langkah pertama kepada seluruh rakyat mengenali aspirasi Kerajaan Baru dalam menerajui kepimpinan Negara.
 
Sepertimana yang telah diambil maklum oleh Kerajaan, PKRM sedia membantu dalam mengkaji semula segala polisi-polisi pembelian insuran, kontrak dan rundingan yang dibuat sebelum ini yang berkemungkinan tidak berteraskan kepada prinsip ketelusan dan melalui pengalaman berurusan dengan GLC dan GLIC, jurucakap PKRM berkata pihaknya mampu menjimatkan ratusan ribu ringgit dan pulangkan kepada Kerajaan sebagai tanda menyokong usaha menjimatkan perbelanjaan Negara secara keseluruhan.
 
Justeru, PKRM taat setia kepada kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan yang bertindak dengan penuh integriti dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang dipegang oleh setiap portfolio. Sebagai sebuah pertubuhan berteraskan memberikan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, PKRM menyeru pendapat atau idea baru yang dapat membantu kita membentuk sebuah Malaysia yang lebih dinamik dan peka kepada kemajukan serta dapat memajukan taraf Malaysia menjadi setanding dengan Negara yang lebih maju. Segalanya terbukti dengan adanya hubungan kasih sayang dan silaturahim “ RAKYAT MALAYSIA”. Untuk keterangan lanjut sila layari lama sesawang rasmi Https://www.rakyatmalaysia.org.my.
 
Disediakan Oleh : Bahagian Media

SUMBER : Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)

No comments:

Post a Comment