Monday, January 29, 2018

​TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MELANCARKAN MOSFET DWI KECIL UNTUK PEMACU GEGANTI

TOKYO, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan pelancaran "SSM6N357R," sebuah MOSFET baharu dengan sebuah diod terbina dalam di antara pangkalan salir dan pangkalan get. Peranti itu sesuai untuk memacukan beban induktif, seperti geganti mekanikal. Penghantaran secara besar-besaran bermula hari ini.
 
SSM6N357R menggabungkan sebuah perintang tarik-bawah, satu siri perintang dan diod Zener, yang mengurangkan kiraan peralatan dan menjimatkan pada ruang papan. Tambahan pula, kerana ia merupakan sebuah produk pakej jenis dwi (2 dalam 1), ia mempunyai kira-kira 42% ruang pemasangan yang lebih kecil berbanding dengan alternatif menggunakan dua produk pakej jenis tunggal SSM3K357R (2.4 x 2.9 x 0.8 mm).
 
Sebuah pakej kelas TSOP6F yang standard industri, sebuah voltan pengoperasian rendah 3.0V dan kelayakan AEC-Q101 menjadikan SSM6N357R sesuai untuk bidang automotif dan banyak aplikasi lain.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10807

​LIGHTBRIDGE DAN FRAMATOME MELANCARKAN ENFISSION UNTUK MENGKOMERSIALKAN BAHAN API NUKLEAR INOVATIF

​LIGHTBRIDGE DAN FRAMATOME MELANCARKAN ENFISSION UNTUK MENGKOMERSIALKAN BAHAN API NUKLEAR INOVATIF

DAVID BINKS, PRESIDEN FEDEX EXPRESS EROPAH DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI TNT, AKAN BERSARA

DAVID BINKS, PRESIDEN FEDEX EXPRESS EROPAH DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI TNT, AKAN BERSARA

FEDEX MENYATAKAN KESANGGUPAN UNTUK MEMPERUNTUKKAN LEBIH $3.2 BILION DALAM KENAIKAN GAJI, BONUS, PEMBIAYAAN PENCEN DAN PELABURAN MODAL AMERIKA SYARIKAT YANG DIPERLUASKAN BERIKUTAN KELULUSAN AKTA POTONGAN CUKAI DAN PEKERJAAN

MEMPHIS, Tenn., 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FedEx Corporation hari ini mengumumkan tiga program utama berikutan penggubalan Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan Amerika Syarikat baru-baru ini:
 
1) Lebih $200 juta dalam peningkatan pampasan, kira-kira dua pertiga daripadanya akan disalurkan kepada anggota pasukan mengikut jam dengan mempercepatkan kenaikan gaji tahunan 2018 dengan enam bulan kepada 1 April dari tarikh biasa pada Oktober. Baki seterusnya akan membiayai peningkatan di dalam pelan insentif berasaskan prestasi bagi kakitangan bergaji.

2) Satu sumbangan sukarela sebanyak $1.5 bilion kepada pelan pencen FedEx untuk memastikan ia kekal sebagai satu daripada program persaraan pembiayaan yang terbaik di negara itu.

3) Melabur $1.5 bilion untuk memperluaskan dengan ketara hab FedEx Express Indianapolis sepanjang tujuh tahun akan datang. SuperHab Memphis akan juga dipermoden dan diperbesarkan dalam satu program utama di mana butiran lanjut akan diumumkan kemudian pada musim bunga ini.
 
FedEx percaya bahawa Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan itu akan berkemungkinan meningkatkan KDNK dan pelaburan di Amerika Syarikat.
 
Syarikat itu tidak membuat perubahan pada pendapatan fiskal 2018 atau panduan perbelanjaan modal yang dikeluarkan pada 19 Disember 2017, akibat daripada tindakan-tindakan ini.
 
Gambaran Keseluruhan Korporat
 
FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan kepada pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan satu portfolio yang luas dalam bidang pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan. Dengan pendapatan tahunan sebanyak $62 bilion, syarikat itu menawarkan aplikasi perniagaan bersepadu melalui syarikat-syarikat operasi yang bersaing secara kolektif dan dikendalikan secara bersama, di bawah jenama FedEx yang dihormati. Secara konsisten disenaraikan di kalangan majikan yang paling dikagumi dan dipercayai, FedEx memberi inspirasi kepada lebih 400,000 anggota pasukan untuk kekal "benar-benar positif" dengan memberi tumpuan kepada keselamatan, standard etika dan profesional yang paling tinggi dan keperluan bagi pelanggan dan komuniti mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana FedEx menghubungkan orang ramai dan segala kemungkinan di seluruh pelusuk dunia, sila layari about.fedex.com.
 
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
 
Sumbangan pencen tambahan itu dijangka dibiayai pada suku ketiga bagi tahun fiskal 2018 melalui sumber-sumber pembiayaan hutang yang sedia ada.
 
Kenyataan tertentu di dalam siaran akhbar ini boleh dianggap sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan, seperti kenyataan yang berkaitan dengan pandangan pengurusan berhubung dengan peristiwa di masa hadapan dan prestasi kewangan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu adalah tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada pengalaman sejarah atau daripada keputusan pada masa hadapan yang dinyatakan atau yang implikasikan oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Potensi risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan ekonomi di pasaran global di tempat kami beroperasi, pelanggaran data yang ketara atau gangguan lain terhadap infrastruktur teknologi kami, kesan yang berterusan daripada serangan siber pada 27 Jun yang menjejaskan TNT Express, keupayaan kami untuk mengintegrasikan dengan jayanya perniagaan dan operasi FedEx Express dan TNT Express dalam jangka masa yang dijangkakan atau pada kos yang dijangkakan, perubahan di dalam harga bahan api atau kadar pertukaran mata wang, keupayaan kami untuk memadankan keupayaan bagi mengalihkan tahap volum, peraturan baharu domestik Amerika Syarikat atau kerajaan antarabangsa, keupayaan kami untuk mengendali, mengintegrasi dan memanfaatkan perniagaan yang diperoleh dengan berkesan, keupayaan kami untuk mencapai matlamat peningkatan keuntungan segmen FedEx Express kami, cabaran perundangan atau perubahan yang berkaitan dengan pengendali pemilik yang dilakukan oleh FedEx Ground dan pemandu yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak mereka, gangguan atau pengubahsuaian di dalam perkhidmatan oleh, atau perubahan di dalam perniagaan atau kekukuhan kewangan oleh, Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat, ketersediaan pembiayaan di atas terma yang boleh diterima oleh kami, kesan daripada sebarang kegiatan pengganas atau konflik antarabangsa, dan faktor-faktor lain yang boleh didapati di dalam siaran akhbar FedEx Corp. dan anak-anak syarikatnya dan pemfailan FedEx Corp. dengan SEC. Sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan hanya berkaitan dengan tarikh ia dibuat. Kami tidak berjanji atau mengandaikan sebarang kewajipan untuk mengemaskini atau menyemak mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa di masa hadapan atau sebaliknya.
 
Hubungi
FedEx Corp.
Patrick Fitzgerald, 901-818-7300

Sumber: FedEx Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180126005307/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10805

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MEMPERKENALKAN PROSES SOI DENGAN BENTUK BUNYI RENDAH UNTUK AMPLIFIER RF BUNYI RENDAH BAGI TELEFON PINTAR

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MEMPERKENALKAN PROSES SOI DENGAN BENTUK BUNYI RENDAH UNTUK AMPLIFIER RF BUNYI RENDAH BAGI TELEFON PINTAR

​PEMIMPIN BUDDHA IKEDA MENGGESA AGAR TUMPUAN HAK ASASI MANUSIA DIJADIKAN KUNCI KEPADA PENYELESAIAN ISU-ISU GLOBAL DAN PENGHAPUSAN SENJATA NUKLEAR

​PEMIMPIN BUDDHA IKEDA MENGGESA AGAR TUMPUAN HAK ASASI MANUSIA DIJADIKAN KUNCI KEPADA PENYELESAIAN ISU-ISU GLOBAL DAN PENGHAPUSAN SENJATA NUKLEAR

Saturday, January 27, 2018

KER1M PELAWA SYARIKAT KORPORAT KERJASAMA TERBIT BUKU MYTN50

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KERIM) mempelawa syarikat-syarikat korporat termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bekerjasama dalam menerbitkan buku MYTN50.
Persatuan itu dalam kenyataan hari ini berkata penerbitan buku tersebut bagi menyokong hasrat kerajaan dalam memperkasakan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar MYTN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020. MYTN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang.
“Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan MYTN50, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan mandat kepada KER1M untuk  mendapatkan          perhatian dan penglibatan sektor korporat sepenuhnya dalam memberikan input-input baru menerajui masa depan negara,” menurut kenyataan itu. 
Kenyataan itu juga memaklumkan setiap  penyertaan dan tajaan yang dibuat layak mendapat        pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Maklumat lanjut untuk menyertai program anjuran KER1M tersebut boleh didapati dengan menghubungi Isma Zaimei Ishak, Nur Shaqhiroh Hussin atau Mastura Umar Baki di talian 03-8861 7557.
TN50 merupakan inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.
Inisiatif itu akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan        dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019. 


-- BERNAMA

Thursday, January 25, 2018

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA MEMBERIKAN PRAKELAYAKAN KEPADA VAKSIN ROTAVIRUS BHARAT BIOTECH, ROTAVAC®

NEW DELHI, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bharat Biotech hari ini mengumumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO Geneva) telah memberikan prakelayakan kepada membangunkan vaksin rotavirus yang pertama di dunia, ROTAVAC®.

Prakelayakan WHO diperlukan untuk agensi-agensi PBB dan Gavi, Perikatan Vaksin untuk membeli vaksin itu dalam kerjasama dengan negara-negara membangun dan akan membantu mempercepatkan ketersediaan ROTAVAC® itu ke negara-negara membangun dengan beban penyakit yang paling tinggi. India telah memperkenalkan ROTAVAC® ke dalam program imunisasi negara mereka pada tahun 2016, dengan ~35 juta dos dihantar sehingga kini.

Rotavirus adalah penyebab utama bagi masalah cirit-birit yang teruk di kalangan kanak-kanak yang berumur kurang daripada lima tahun di seluruh dunia, yang mengakibatkan ~215,000 kematian dan 2 juta dimasukkan ke hospital. Pemvaksinan adalah satu bahagian yang penting dalam usaha kesihatan awam dunia untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari UNDP.

"Kami sangat teruja dan gembira untuk menjadi vaksin rotavirus yang pertama dari dunia membangun dan India untuk menjadi Prakelayakan WHO. Kami berasa bangga untuk mendedikasikan inovasi ini di India dan vaksin Buatan India kepada dunia. Kesan sebenar vaksin itu sudah dapat dilihat, apabila pemvaksinan dilakukan di populasi yang terjejas. Kerajaan India telah memberikan rangsangan besar dengan menjadikan ROTAVAC® tersedia untuk berjuta-juta orang di India," kata Dr. Krishna Ella, Pengerusi dan Pengarah Urusan Bharat Biotech.

"Rekod prestasi Bharat Biotech berhubung vaksin yang menyelamatkan nyawa adalah satu bukti kepada komitmen yang berpanjangan oleh syarikat itu untuk menghasilkan vaksin yang mampu dimiliki untuk negara-negara membangun. ROTAVAC® telah dibekalkan kepada negara-negara yang berpendapatan rendah pada harga $1.0 / satu dos, dengan kemungkinan untuk pengurangan harga sebanyak ~30%, berdasarkan kepada pemerolehan bagi ~100 juta dos kepada negara-negara ini," kata Dr. Krishna Ella.

ROTAVAC® telah dibangunkan hasil daripada satu model kerjasama pelbagai negara – pelbagai rakan bagi pasukan sains selama lebih dua dekad. Perkongsian inovasi sosial awam swasta yang besar ini termasuk Jabatan Bioteknologi Kerajaan India (DBT), Majlis Penyelidikan Perubatan India, Institut Sains India (IISC), Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIMS), Institut Sains dan Teknologi Kesihatan Translasi (THSTI), Persatuan bagi Kajian Gunaan (SAS), Kolej Perubatan Kristian (CMC) Vellore, Hospital Memorial Raja Edwards Memorial (KEM) Pune, Sekolah Perubatan Universiti Stanford, Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH), Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), Universiti Johns Hopkins dan PATH. Perkongsian ROTAVAC® itu telah menghasilkan dalam lebih daripada 15 penerbitan antarabangsa, termasuk penerbitan penting fasa III di Lancet pada tahun 2014.

"Perkongsian pasukan sains yang membangunkan vaksin ini berfungsi sebagai sebuah model yang berguna bagi pihak lain untuk mengikutinya," kata Dr. Roger I. Glass, Pengarah bagi Pusat Antarabangsa Fogarty di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, yang membantu mengemudikan proses tersebut. "Hasilnya adalah sebuah vaksin yang berkesan, namun menjimatkan, yang mempunyai potensi untuk menyelamatkan beribu-ribu nyawa kanak-kanak di Afrika dan di tempat lain." Menurut beliau, Rotavirus bertanggungjawab untuk anggaran 36% daripada kemasukan ke hospital bagi cirit-birit kanak-kanak di seluruh dunia dan untuk anggaran 200,000 kematian di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Prakelayakan WHO untuk ROTAVAC® adalah hasil daripada satu proses pengawalseliaan yang ketat. ROTAVAC® telah dibangunkan sejak tahun 2000 yang memerlukan pelaburan di sekitar USD 200 juta ke arah pembangunan produk dan infrastruktur perkilangan yang khusus. Kemudahan di Lembah Genome mempunyai sebuah kapasiti pengeluaran yang dipasang sehingga 200 juta dos / setahun, dan merupakan sebuah model berskala yang siap untuk memenuhi permintaan dunia.

"Kepimpinan India di dalam membangun dan memperkenalkan vaksin rotavirusnya sendiri adalah dipuji dan menekankan satu komitmen kebangsaan untuk meningkatkan kesihatan bagi anak-anak mereka," kata Duncan Steele, timbalan pengarah bagi pasukan Penyakit Cirit-Birit Enterik di Yayasan Bill & Melinda Gates. "Kemunculan sebuah vaksin yang dihasilkan di dalam negara, rotavirus Prakelayakan WHO menawarkan janji untuk melindungi kanak-kanak di India, Afrika, Amerika dan seluruh Asia daripada penyakit yang melesukan badan ini."

Bharat Biotech telah berjaya membuatkannya dalam saiz kecil jumlah dos bagi ROTAVAC®, kepada 0.5 ml / dos dan disediakan di dalam format yang sedia untuk digunakan, yang tidak memerlukan pembancuhan semula, sama seperti vaksin polio yang diberikan secara oral. Profil produk bagi ROTAVAC® telah direka bentuk secara optimum untuk dunia membangun oleh negara membangun bagi membantu memudahkan pentadbiran, mengurangkan keperluan latihan, dan dengan jejak rantaian bekalan yang paling rendah untuk vaksin rotavirus secara oral di dunia. Jejak rantaian bekalan itu telah dikurangkan kepada ~3 sm3  / dos, yang menghasilkan di dalam penjimatan yang ketara dalam penyimpanan dan kos pengedaran rantaian bekalan. Jumlah dos ml 0.5 ml juga mengurangkan jumlah ludahan oleh bayi apabila vaksin itu diberikan.


Hubungi
Bharat Biotech
Sheela Panicker, +91 984 980 9594
enRight@enrightpr.com

Sumber: Bharat Biotech

Wednesday, January 24, 2018

BLACK HAT ASIA 2018 AKAN MENDEDAHKAN KERENTANAN YANG MENGANCAM PERISIAN APPLE DAN GOOGLE, PERANTI MUDAH ALIH DAN IOT, SISTEM PEMBAYARAN LAGI

Acara keselamatan maklumat terkemuka membawakan program Taklimat dan Latihan ke Singapura pada 20-23 Mac 2018

SAN FRANCISCO, 24 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Black Hat, penyedia acara keselamatan maklumat global terkemuka mengumumkan penekanan Taklimat untuk program Black Hat Asia yang akan datang. Program tersebut yang kembali ke Singapura tahun ini akan menawarkan jadual padat untuk komunitinya, lengkap dengan Taklimat kajian yang tepat pada masanya, Latihan amali, Dewan Perniagaan yang menampilkan penyedia penyelesaian terkemuka dan program khusus tambahan untuk mengetengahkan keperluan komuniti keselamatan maklumat yang lebih besar, daripada kakitangan dan pengurus hingga mereka yang berkhidmat di peringkat eksekutif.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10791



Adik- Beradik Kardashian Dalam Kempen Terkini CK

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Calvin Klein Inc., anak syarikat milik penuh PVH Corp melancarkan kempen pengiklanan multimedia global pakaian dalam terkininya, 'Calvin Klein Underwear' dan Calvin Klein Jeans.

Kempen terbaru itu yang dirakamkan jurugambar Willy Vanderperre, menampilkan adik-beradik Kardashian; Kim Kardashian West, Khloe Kardashian, Kourtney Kardashian, Kendall Jenner dan Kylie Jenner.

Mereka dipaparkan menggayakan 'Calvin Klein Underwear' termasuk pakaian dalam benang kapas moden di samping beberapa daripada mereka memakai Calvin Klein Jeans serta koleksi untuk Musim Bunga/Musim Panas 2018.

Pelancaran berkenaan menandakan perkembangan terkini siri kempen Calvin Klein, Our Family #MYCALVINS, yang dilancarkan pada November lepas.

Dengan sejarah menjangkau lebih 135 tahun, PVH unggul dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang kaya, untuk menjadi satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia.

--BERNAMA 

NEURALSTEM BAKAL MENYERTAI ALAM TERAPI SEL DAN GEN

GERMANTOWN, Md., 24 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa Karl Johe, Ph.D, Ketua Pegawai Saintifik Neuralstem, akan membincangkan NSI-566, program terapi sel stem Syarikat tersebut di Alam Terapi Sel dan Gen di Hyatt Regency, Miami, FL. Pembentangan ini dijadualkan pada hari Rabu, 24 Januari 2018 pada 4:00pm ET.  

Calon produk terapi sel stem Neuralstem, NSI-566 adalah titisan sel stem saraf terbitan saraf tunjang. Neuralstem baru-baru ini melengkapkan penilaian klinikal Fasa 2 NSI-566 untuk rawatan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Syarikat menerima perlantikan yatim oleh FDA untuk NSI-566 dalam ALS dan molekul itu kini sedang dinilai dalam kajian keselamatan Fasa 1 dan Fasa 2 pada 30 orang pesakit. Data menunjukkan bahawa pemindahan intraspina bagi sel adalah selamat dan diterima dengan baik.

NSI-566 juga telah dinilai untuk rawatan lumpuh daripada strok motor kronik serta kecederaan saraf tulang belakang kronik (cSCI). Subjek daripada semua tiga petanda kini dalam tempoh pemerhatian susulan jangka masa panjang untuk terus dipantau keselamatan dan manfaat terapeutik yang ada.

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok. NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "safe harbor" bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti "berharap," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "percaya," "mencari" atau "akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan terhadap perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara ketara berbanding keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga dan sembilan bulan yang berakhir 30 September 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com

SUMBER : Neuralstem, Inc.

SUNGAI LONG MEDICAL CENTER LANTIK CLINIPATH KENDALI MAKMAL PERUBATAN

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) – Sungai Long Medical Center (SLMC) melantik Clinipath Malaysia Sdn Bhd (Clinipath), anak syarikat milik penuh Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics), untuk mengendalikan makmal perubatannya.

Ketua Pegawai  Eksekutif SLMC Dr Mohamed Ali Abu Bakar berkata kerjasama dengan Clinipath itu  akan membolehkan doktor dan pesakit SLMC mengakses lebih 1,300 penyelesaian pengujian patologi Clinipath yang komprehensif dengan  pantas dan mudah.

"Kami mempunyai komitmen yang kukuh dan dedikasi dalam menyediakan penjagaan perubatan dan kesihatan profesional untuk semua pesakit kami di  Bandar Sungai Long dan kawasan sekitarnya.

"Dengan Clinipath mengendalikan makmal perubatan kami adalah seiring dengan wawasan kami untuk menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin kepada pesakit kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi Malaysian Genomics, Sasha Nordin berkata, dengan doktor yang semakin memerlukan  maklumat klinikal untuk mendiagnosis penyakit pesakit mereka dan untuk merawat mereka, ujian patologi lanjut Clinipath dapat membantu para doktor SLMC mengendalikan pemantauan kesihatan dan  memberi rawatan kesihatan yang lebih berkesan kepada pesakit mereka.

SLMC memulakan operasi pada 2012 dan kini menawarkan gabungan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif termasuk kemalangan dan kecemasan, perubatan umum, pembedahan umum, ortopedik, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, ENT dan oftalmologi.


-- BERNAMA

Tuesday, January 23, 2018

REVEAL GROUP BERPADU TENAGA DENGAN ABBYY UNTUK MENINGKATKAN AUTOMASI PINTAR DENGAN OCR TERMAJU DAN TEKNOLOGI PENANGKAPAN PINTAR

Pakar-pakar RPA Global, Reveal Group, telah bekerjasama dengan ABBYY, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian penangkapan pintar, untuk menambahkan penyelesaian RPA tradisional.
 
SYDNEY, 23 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu kerjasama untuk meningkatkan dan mendorong kepada kemungkinan Automasi Proses Robotik (RPA), Reveal Group, pemimpin dunia di dalam transformasi operasi, hari ini mengumumkan perkongsian strategik mereka dengan vendor perisian, ABBYY. Perkongsian dengan Pengecaman Aksara Optikal (OCR) dan pembekal penyelesaian Penangkapan Pintar yang paling maju dan komprehensif di pasaran itu akan meluaskan keupayaan kognitif Reveal Group di dalam RPA untuk pelanggan baharu dan yang sedia ada.
 
Dalam usaha untuk memperluaskan had keupayaan RPA tradisional, langkah Reveal Group untuk mengintegrasikan perisian OCR penangkapan pintar termaju ABBYY ke dalam automasi mereka akan menghapuskan satu daripada senario operasi yang paling mencabar, mahal dan memakan masa: pemprosesan manual bagi dokumen yang diimbas. Perisian penangkapan pintar ABBYY yang terbaik di dalam kelasnya membolehkan pengekstrakan data yang canggih dan automatik yang menghasilkan di dalam output tekstual yang lebih cepat, berkualiti lebih tinggi dan automasi yang lebih mantap.
 
"Reveal Group sedang memanfaatkan ABBYY bagi membolehkan pelanggan kami untuk berada di hadapan dengan RPA termaju, mengintegrasikan teknologi kognitif yang terkini untuk mendapatkan sebuah tenaga kerja robotik yang lebih pintar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Reveal Group, Ian Crouch. "Penangkapan pintar ABBYY yang tiada bandingannya dan keupayaan OCR, dengan digabungkan bersama kepakaran Reveal Group yang terkemuka di pasaran di dalam menyampaikan penyelesaian RPA dan Pengurusan Tenaga Kerja akan membuatnya satu perkongsian yang hebat dan menetapkan satu standard baharu untuk proses mengautomasikan perniagaan."
 
"Kami sangat teruja dengan perkongsian ini, yang akan memanfaatkan Penangkapan Pintar ABBYY yang terbaik di dalam kelasnya dan warisan di dalam linguistik dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan penawaran Automasi Proses Robotik (RPA) bagi Reveal Group," kata Henry Patishman dari ABBYY. "Ketika penerimaan AI semakin diterima dengan pantas, adalah penting bagi perniagaan untuk memacukan inovasi digital dengan penyelesaian RPA yang meningkatkan keupayaan mereka dan menjimatkan wang dan masa."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10785

​ZON PEMBANGUNAN EKONOMI DAN TEKNOLOGI ASEAN GUANGXI: LANGKAH-LANGKAH KE HADAPAN YANG KONSISTEN DI DALAM PEMBAHARUAN, MELAKAR BABAK BAHARU DI DALAM PEMBANGUNAN

​ZON PEMBANGUNAN EKONOMI DAN TEKNOLOGI ASEAN GUANGXI: LANGKAH-LANGKAH KE HADAPAN YANG KONSISTEN DI DALAM PEMBAHARUAN, MELAKAR BABAK BAHARU DI DALAM PEMBANGUNAN

WEDGE HOLDINGS: MEMETERAI PERJANJIAN LESEN UNTUK SISTEM PERMAINAN

WEDGE HOLDINGS: MEMETERAI PERJANJIAN LESEN UNTUK SISTEM PERMAINAN

PATEN AMERIKA SYARIKAT YANG BAHARU UNTUK SOLIDIA TECHNOLOGIES BAGI PRESTASI DAN KEMAMPANAN TERMAJU BAGI BAHAN BINAAN KONKRIT COSUB2/SUB-YANG DIAWET

PATEN AMERIKA SYARIKAT YANG BAHARU UNTUK SOLIDIA TECHNOLOGIES BAGI PRESTASI DAN KEMAMPANAN TERMAJU BAGI BAHAN BINAAN KONKRIT COSUB2/SUB-YANG DIAWET

Monday, January 22, 2018

FORWARD INDUSTRIES MEMPEROLEH INTELLIGENT PRODUCT SOLUTIONS

WEST PALM BEACH, Fla. dan HAUPPAUGE, N.Y., 22 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Forward Industries (NASDAQ:FORD) hari ini mengumumkan pemerolehan Intelligent Product Solutions (IPS), syarikat peneraju industri reka bentuk dan pembangunan produk yang berpusat di Long Island, New York dengan bahan pertimbangan yang terdiri daripada wang tunai, ekuiti dan pendapatan luar jangka.

Pelanggan IPS termasuklah jenama terkemuka dalam elektronik pengguna, peranti perubatan, penyedia penyelesaian perusahaan dan keselamatan serta penyelesaian sambungan Internet Benda, termasuk Google, Physio Control, PepsiCo, Motorola, ABInBev, Zebra dan Charity Water.

Mengulas tentang transaksi tersebut, Terry Wise, CEO Forward Industries berkata, “Saya gembira dan teruja dengan pemerolehan IPS. Syarikat tersebut secara strategiknya sesuai untuk Forward Industries. Kepakaran dan rekod pencapaiannya yang kukuh dalam mereka bentuk produk bersambung/IOT dan membangunkan produk seperti botol pil ‘pintar’ AdhereTech akan menguatkan dan memberi sumbangan yang ketara kepada Forward Industries. Sebagai satu Kumpulan, kami kini mampu menawarkan perkhidmatan reka bentuk, pembangunan, pengilangan dan pengedaran yang lengkap. Masa depan yang cerah menanti kami.”

Menurut Mitch Maiman, CEO bagi IPS, “Forward Industries adalah rakan kongsi ideal untuk IPS kerana kekuatannya dalam produk perubatan. Kami akan terus memberikan perkhidmatan reka bentuk dan pembangunan produk yang terbaik. IPS juga akan terus komited terhadap pasukan kami dan akan mengekalkan pejabat kami di Long Island dan Minneapolis.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang terma transaksi tersebut, sila lihat Borang 8-K yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa pada 18 Januari 2018.

Perihal Forward Industries

Ditubuhkan pada tahun 1962 dan beribu pejabat di West Palm Beach, Florida, Forward Industries ialah pereka bentuk dan pengedar global untuk penyelesaian pembawaan dan keselamatan tersuai. Syarikat tersebut mempunyai rekod pencapaian keupayaan sumber Far Eastern selama lebih daripada 30 tahun. Forward mempunyai subsidiari di Switzerland dan UK. Produk Forward boleh dilihat dalam talian di www.forwardindustries.com

Perihal IPS

IPS, diasaskan pada tahun 2008, adalah sebuah syarikat reka bentuk dan pembangunan produk yang beribu pejabat di New York, dengan pejabat di Minneapolis. IPS menawarkan perkhidmatan reka bentuk produk dan kejuruteraan, termasuk Internet Benda dan penyelesaian teknologi boleh pakai. Keupayaan IPS yang bersepadu penuh termasuk seni reka perindustrian, kejuruteraan elektrik, mekanik dan sistem, kejuruteraan optik, kejuruteraan perisian tahap aplikasi dan perisian tegar tahap rendah, reka bentuk pengalaman pengguna/antara muka (UX/UI), pengurusan dan pemasaran program. Pelanggannya adalah antara jenama terkemuka dalam elektronik pengguna, peranti perubatan, penyedia penyelesaian perusahaan dan keselamatan serta penyelesaian terhubung Internet Benda, termasuk Google, Physio Control, Motorola dan Charity Water.  Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang IPS, lawati www.intelligentproduct.solutions atau hubungi info@ips-yes.com atau @IPSdesigners.

Nota Peringatan Tentang Kenyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan masa hadapan termasuk kenyataan berkenaan sinergi dan peluang daripada pemerolehan syarikat. Perkataan "percaya," "mungkin," "menganggar," "terus," "menjangka," "berniat," "harus," "bercadang," "boleh," "mensasarkan," "berpotensi," "berkemungkinan," "akan," "berharap" dan ekspresi yang serupa, yang berkaitan dengan kami, adalah bertujuan untuk menandakan kenyataan masa hadapan. Kami membuat kenyataan masa hadapan ini terutamanya berdasarkan jangkaan dan ramalan semasa kami tentang peristiwa dan trend kewangan masa hadapan yang kami percaya mungkin mempengaruhi keadaan kewangan kami, hasil operasi, strategi perniagaan dan keperluan kewangan. Hasil yang dijangkakan daripada sebarang atau semua kenyataan masa hadapan ini mungkin tidak akan berlaku. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada hasil dalam kenyataan masa hadapan termasuk keupayaan kami untuk menyepadukan IPS ke dalam Forward dengan jayanya, perubahan yang mempengaruhi perniagaan tempat IPS beroperasi dan saingan daripada pihak ketiga. Maklumat lanjut tentang faktor risiko kami terkandung dalam pemfailan kami dengan SEC, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda mana-mana kenyataan masa hadapan secara umum, sama ada kerana ada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Hubungan:
Mike Matte mewakili Terry Wise untuk Pertanyaan Forward Industries
(561) 465-0031
mmatte@forwardindustries.com

Lisa Hendrickson/LCH Communications untuk Pertanyaan IPS
(516) 767-8390
lisa@lchcommunications.com

SUMBER : Forward Industries, Inc.

SATU TAHUN PERTUMBUHAN LUAR BIASA UNTUK UNIKORN PENERBANGAN PERNIAGAAN GLOBAL

VistaJet pada kedudukan yang ideal untuk merebut bahagian pasaran yang lebih besar pada tahun 2018
  • Menerbangkan lebih 50,000 penumpang dalam masa satu tahun untuk kali pertama
  • Pelaburan daripada Rhône Capital menilai ekuiti syarikat melebihi $ 2.5 bilion - menjadikan VistaJet satu-satunya syarikat dalam pasaran penerbangan perniagaan yang bernilai lebih daripada $ 1 bilion dan salah satu daripada "Unikorn" yang paling bernilai di Eropah.
  • Pertumbuhan dua angka dalam jam penerbangan di AS dan Asia
  • Prestasi pasaran tinggi di Timur Tengah - bilangan pelanggan Program baharu meningkat sebanyak 50% dari tahun ke tahun di rantau ini
  • 45% pelanggan Program AS yang menyertai pada tahun 2017 telah menempah jam tambahan
  • Bahagian pasaran meningkat di semua pasaran, termasuk AS dan Timur Tengah
  • Kini mempunyai 72 pesawat jarak jauh, menjadikannya sebagai salah satu yang terbesar dalam sektor penerbangan swasta
  • Purata masa penerbangan meningkat dan dijangka meningkat lagi pada 2018
  • Fokus untuk mengambil peluang daripada kedudukan utama sektor di Timur Tengah dan membina bahagian pasaran di Amerika Utara dan Asia
DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 19 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan tunggal, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menempuh tahun paling hebat pada 2017, dengan jam penerbangan meningkat dengan ketara dari tahun ke tahun. Ia juga mencapai kemajuan yang ketara pada keutamaan strategik terasnya, meningkatkan bahagian pasaran di seluruh dunia dan mencatatkan pertumbuhan dua angka dalam jam penerbangan di AS dan Asia. Selain itu, berikutan pelaburan daripada dana yang bersekutu dengan Rhône Capital, ekuiti syarikat dinilai tinggi melebihi $ 2.5 bilion, mengukuhkan kedudukan VistaJet sebagai salah satu daripada lima unikorn teratas Eropah daripada segi pendanaan.1

Jika trend semasa berterusan, 2018 dijangka menjadi satu lagi tahun penting bagi syarikat tersebut. Yang utama dalam sektor ini kebiasaannya menjejaki ekonomi global dan dengan melihat pertumbuhan Eropah, AS dan Timur Tengah sekali lagi, permintaan ditetapkan untuk meningkat pada tahun 2018.

Sementara yang lebih belanjawan dalam sektor ini sedang bergelut, dagangan untuk jenama premium seperti VistaJet adalah kuat, kerana ahli perniagaan, syarikat dan UHNWIs menjadi lebih memilih dalam pilihan tempahan mereka.

Sebelum ini pelanggan paling berminat dengan kelajuan dan kecekapan, pada tahun 2018, kunci utama adalah perhatian kepada perincian, perkhidmatan tambahan dan pengalaman yang diperibadikan. Generasi yang membesar dengan dunia di hujung jari mereka semakin mencari pilihan perjalanan yang sesuai dengan gaya hidup, keutamaan dan sikap mereka. Di samping itu, pilihan yang dicipta oleh model pesawat jarak jauh baharu yang menarik seperti Global 7000 hanya akan menambah momentum positif di dalam sektor ini. Pelanggan juga memilih untuk terbang lebih global, yang bermaksud purata jam penerbangan semakin meningkat. Hasilnya, permintaan untuk pesawat yang lebih besar meningkat; dalam pasaran penerbangan swasta, hanya VistaJet yang dapat memenuhi keperluan ini di seluruh dunia.

Dengan pertumbuhan sektor teknologi di Pantai Barat AS dan pertambahan badan usahawan di hab kewangan global utama seperti Dubai, pelanggan penerbangan swasta akan bertukar kepada golongan yang lebih muda pada tahun 2018. Setelah stabil bertahun-tahun, industri penerbangan swasta akhirnya mula berinovasi untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang ini. VistaJet berada di barisan hadapan membuka langkah; penyelesaian Atas Permintaan dan aplikasi Langsung memberikan usahawan ketelusan ke atas harga dan model perniagaannya didasarkan pada akses ke atas pemilikan, pendekatan yang sudah biasa bagi pengguna Uber dan Airbnb.

Lain-lain detik penting 2017 termasuklah:
  • Prestasi VistaJet di Timur Tengah kukuh, dengan jumlah pelanggan Program baharu yang meningkat sebanyak 50% dari tahun ke tahun. Syarikat mencatatkan prestasi kukuh di UAE dan peningkatan pasaran Arab Saudi, Kuwait dan Oman. UAE penyumbang majoriti bagi penerbangan di rantau ini (sebanyak 28%) dan bilangan jam penerbangan (37%).
  • Menjelang 2018, VistaJet melihat trend yang sangat positif di Timur Tengah, dengan kedua-dua jam penerbangan dan jumlah penerbangan meningkat dengan ketara. Pada suku keempat tahun lepas, jumlah penerbangan ke UAE meningkat sebanyak 44% dan ke Oman sebanyak 300%.
  • VistaJet terus mengembangkan bahagian pasarannya di pasaran utama AS dan Asia. Walaupun pasaran di AS secara keseluruhannya berkembang dengan angka tunggal yang rendah, VistaJet menyaksikan peningkatan jam penerbangannya sebanyak 38% dari tahun ke tahun dan jumlah penerbangan sebanyak 49%. Salah satu pemacu utama pertumbuhan ini adalah permintaan yang berterusan di Pantai Barat AS, terutamanya daripada sektor Teknologi.
  • Pertumbuhan yang kuat di Asia dengan jam penerbangan meningkat sebanyak 16%. Negara yang paling cepat berkembang di rantau ini ialah China dan India. Dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan bilangan usahawan global, India dijangka menjadi salah satu pasaran paling menarik untuk sektor penerbangan swasta di dunia dalam tempoh 5 tahun akan datang. Di samping itu, ekonomi di China membuktikan lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan, bermakna sektor penerbangan swasta mungkin berkembang di negara ini sepanjang tahun 2018.
  • VistaJet mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pengendali terkemuka di Eropah pada tahun 2017. Eropah menyumbang 41% daripada jumlah jam yang diterbangkan oleh syarikat dalam tempoh itu, dengan UK menyumbang 26%, Perancis 19% dan Itali 11% daripada penerbangan serantau.
  • VistaJet terus memimpin pasaran pada tahun 2017 daripada segi inovasi dan teknologi. Sepanjang dua belas bulan terakhir, syarikat telah melancarkan VistaJet Direct, keahlian digital baharu mereka yang menawarkan akses keutamaan kepada penerbangan sehala dan tanpa penumpang VistaJet pada kadar istimewa. Tawaran baharu ini dijangka menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang.             
Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet, berkata:

“Tidak syak lagi, tahun lepas merupakan tahun transformasi bagi VistaJet dan titik perubahan dalam sejarahnya. Dengan pelaburan daripada Rhône Capital, kami kini kukuh sebagai salah satu unikorn yang terkemuka dan paling menarik di Eropah dan satu-satunya syarikat dalam pasaran penerbangan perniagaan yang dinilai lebih daripada $1 bilion. 

Kami telah menempuh tahun paling hebat pada 2017. Selain merebut bahagian pasaran daripada pesaing kami dalam semua pasaran utama kami, termasuk pasaran terbesar di dunia - AS, kami memperkukuh kedudukan kami sebagai jenama pilihan untuk ahli perniagaan dan usahawan terkemuka di dunia. Dalam tempoh dua belas bulan terakhir, kami telah menerbangkan lebih Ketua Eksekutif dan Pengerusi ke lebih banyak destinasi daripada yang pernah kami lakukan sebelum ini.

Kami menuju 2018 pada kedudukan yang hebat. Sementara sesetengah pesaing kami yang lebih kecil mendapati dagangan sebagai mencabar, dengan status unikorn kami serta asas operasi yang mantap, kami sangat bersedia untuk memimpin pasaran dan merebut sebarang peluang baharu yang muncul. Kami komited untuk menjadi pemain No.1 dalam setiap pasaran operasi kami dan kami berada di landasan untuk mencapai kemajuan besar dalam tempoh dua belas bulan berikutnya.”

Melihat ke tahun 2018, syarikat itu kekal fokus untuk membina bahagiannya dalam pasaran terbesar di dunia, iaitu Amerika Utara dan Asia, sambil memanfaatkan kedudukannya sebagai peneraju sektor dalam pasaran yang berkembang pesat di Timur Tengah. Model perniagaan langganan VistaJet akan terus menjadi tiang utama dalam perniagaannya, dan dengan lebih banyak pelanggan berbanding sebelum ini yang diharapkan untuk memilih bagi meningkatkan jam mereka pada 2018, trend global daripada pemilikan penuh dan pecahan dijangka berterusan.

Maklumat
Jennifer Farquhar
VistaJet International
T: +44 (0) 203 617 3077
M: +44 (0) 7834 335505
jennifer.farquhar@vistajet.com

James Leviton
Finsbury
+44 207 251 3851
VistaJet@finsbury.com

Perihal VistaJet
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Berbekalkan jet perniagaan perak dan merah syarikat, Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauhnya untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

____________________________
1 https://www.nanalyze.com/2017/10/8-biggest-startups-europe/

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a1dc8290-4e50-47fa-9609-d53531e5fa2a


SUMBER : VistaJet Ltd

Thursday, January 18, 2018

HERBALIFE NUTRITION MENINGKATKAN PROGRAM PEMAKANAN PERIBADI DENGAN PELANCARAN GENE START DI KOREA SELATAN

SEOUL, Korea Selatan, 18 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan matlamat membantu orang ramai hidup lebih sihat dan lebih bahagia, Herbalife Nutrition hari ini melancarkan Gene Start di Korea Selatan, yang pertama di pasarannya untuk memperkenalkan satu perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berinovatif yang menganalisis sifat genetik, tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang melalui penggunaan satu kit ujian genetik mudah alih. Pelancaran Gene Start akan memperkasakan Herbalife Nutrition untuk menyediakan penyelesaian pemakanan peribadi yang lebih komprehensif bagi memenuhi matlamat pemakanan dan kesejahteraan pengguna pada hari ini.

Sejak kebelakangan ini, permintaan bagi pemakanan bersifat peribadi – di mana penyelesaian pemakanan yang disesuaikan diberikan kepada individu berdasarkan faktor genetik, serta maklumat peribadi yang lain – telah semakin meningkat. Tinjauan daripada Kajian Pemakanan Seimbang Herbalife Asia Pasifik juga mendedahkan bahawa lebih satu pertiga daripada responden di Asia Pasifik ingin mendapatkan akses kepada nasihat pakar bagi pelan pemakanan yang bersifat peribadi bagi membolehkan penggunaan tabiat pemakanan yang positif.

"Kami sangat teruja untuk melancarkan Gene Start di Korea Selatan bagi mengambil pemakanan bersifat peribadi ke tahap seterusnya. Dengan disokong oleh kemajuan yang berinovatif di dalam teknologi, Gene Start akan menjadi satu pelengkap kepada pendekatan pemakanan peribadi kami, sekali gus membuka jalan bagi kami untuk menyediakan lebih banyak penyelesaian pemakanan yang disesuaikan bagi setiap pengguna," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife Nutrition.

Bersama dengan Theragen Etex, sebuah syarikat terkemuka dalam sains genomik, perkhidmatan ujian Gene Start akan dapat diperolehi di Korea Selatan melalui ahli persendirian Herbalife Nutrition. Berikutan ujian itu, pengguna akan menerima analisis terperinci mengenai sifat genetik mereka dan pilihan gaya hidup yang dihubung kait. Dengan berbekalkan hasil itu, ahli-ahli Herbalife akan dapat menyediakan program pemakanan bersifat peribadi yang dipertingkatkan kepada pelanggan mereka dan mengesyorkan produk Herbalife Nutrition yang disesuaikan khusus untuk keperluan mereka. Kos bagi ujian itu ialah KRW79, 200 (USD72).

"Pada masa ini, ahli-ahli kami menawarkan kepada pelanggan dengan sebuah program pemakanan yang disesuaikan khas dengan menggabungkan pilihan makanan, senaman dan produk tambahan yang betul. Dengan pelancaran Gene Start itu, ahli-ahli kami akan dilengkapi dengan lebih baik untuk melancarkan program pemakanan peribadi yang lebih komprehensif yang disesuaikan kepada setiap keadaan kesihatan pelanggan pada masa kini, membantu mereka mempercepatkan perjalanan mereka ke arah mencapai matlamat kesihatan peribadi mereka," kata Conchie.

Maklumat mengenai  Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition adalah sebuah syarikat nutrisi bertaraf global dengan matlamat  untuk membuat dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Kami sedang melaksanakan satu misi bagi pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai dengan produk & program pemakanan yang hebat - sejak tahun 1980. Bersama ahli-ahli persendirian Herbalife Nutrition kami, kami komited untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah pemakanan tidak sihat dan obesiti di seluruh dunia, sebuah populasi yang semakin menua, kos penjagaan kesihatan awam yang melambung tinggi dan satu peningkatan di dalam usahawan di semua peringkat umur. Kami menawarkan produk-produk yang disokong oleh sains dan berkualiti tinggi, sebahagian besarnya dihasilkan di kilang yang dikendalikan oleh  Syarikat, bimbingan satu dengan satu dengan ahli persendirian Herbalife Nutrition, dan satu pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih aktif.

Produk sasaran pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kesihatan dan penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif daripada dan melalui ahli-ahli Herbalife Nutrition yang berdedikasi di lebih 90 buah negara.

Melalui usaha-usaha tanggungjawab sosial korporat mereka, Herbalife Nutrition menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife kami untuk membantu membawa pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga berbangga untuk menaja lebih daripada 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy, dan pelbagai pasukan Olimpik.

Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak AS$4.5 bilion pada tahun 2016. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com. Maklumat kewangan boleh diperolehi di ir.herbalife.com.

Hubungi

Pertanyaan Media:
Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Perhubungan Korporat, Asia Pasifik
DID: +852 3589 2643
dalieal@herbalife.com

Sumber: Herbalife Nutrition

1000 ORANG KANAK-KANAK PEREMPUAN DI PAKISTAN AKAN MENERIMA PENDIDIKAN MELALUI BIG HEART FOUNDATION DAN TABUNG MALALA

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 18 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Big Heart Foundation (TBHF), sebuah badan amal kemanusiaan global yang berpusat di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu, sedang membiayai fasa kedua untuk sebuah sekolah bagi kanak-kanak perempuan di Pakistan selaras dengan dedikasi mereka untuk memastikan kanak-kanak mempunyai akses kepada pendidikan, sekali gus membolehkan mereka untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti mereka. Projek itu akan dibiayai oleh ‘Tabung Kanak-kanak Perempuan' TBHF, dengan kerjasama ‘Tabung Malala', yang dilancarkan oleh pemenang Hadiah Nobel dan aktivis pendidikan, Malala Yousafzai.

Inisiatif itu telah diumumkan dengan kehadiran Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi, Utusan Khas Kemanusiaan bagi Big Heart Foundation dan Malala Yousafzai berikutan satu perjanjian yang ditandatangani di Oxford oleh Mariam Al Hammadi, Pengarah TBHF, dan Farah Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Tabung Malala.

Sekolah itu sedang dibina di Lembah Swat, di daerah kediaman Yousafzai di Pakistan. Sumbangan TBHF sebanyak USD 700,000 akan membiayai pembangunan bagi fasa kedua sekolah itu, yang dijangka siap pada April 2018. Ia akan membuka pintunya kepada 350 orang kanak-kanak perempuan yang ditempatkan di 11 buah bilik darjah. Secara beransur-ansur, perkhidmatan pendidikan dan infrastruktur sekolah itu akan berkembang untuk menampung 1,000 pelajar daripada semua gred.

Tabung Kanak-kanak Perempuan TBHF akan juga meliputi sebahagiannya bagi dua tahun pertama kos operasi sekolah, termasuk gaji kakitangan, perbelanjaan perubatan dan keselamatan, pengangkutan, pakaian seragam, buku dan alat tulis.

Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi berkata: "Di bawah visi Yang Mulia Syeikh Dr. Sultan bin Muhammad Al Qasimi, Anggota bagi Majlis Tertinggi Pemerintah Sharjah, dan arahan daripada Isteri beliau, Yang Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi, amiriah bagi Sharjah percaya bahawa mendidik generasi akan datang adalah merupakan satu tanggungjawab asas bagi setiap masyarakat."

Mengulas mengenai perjanjian itu, Malala Yousafzai, berkata: "Saya amat berterima kasih kepada Big Heart Foundation kerana mempercayai impian saya tentang sebuah dunia di mana anak-anak perempuan boleh memilih laluan masa depan mereka sendiri. Dengan sokongan mereka, Tabung Malala dapat menyediakan pendidikan untuk anak-anak perempuan di kampung halaman saya di Lembah Swat di Pakistan."

Pada Jun 2015, Yang Mulia Sheikha Jawaher bint Mohammed Al Qasimi secara rasminya telah melancarkan Big Heart Foundation serentak dengan Hari Pelarian Sedunia. Yayasan itu bertujuan untuk melindungi dan membolehkan anak-anak dan keluarga mereka yang mudah terjejas dan dipinggirkan, dengan menumpukan perhatian terutamanya kepada dunia Arab, tetapi memperluaskan sokongan ke daerah-daerah yang sangat memerlukan.


Hubungi
Fadia Daouk
National Network Communications (NNC)
Telefon Bimbit: +971 52 617 2111

Sumber: Sharjah

NTT COM DIBERIKAN STATUS PLATFORM AWAN EMAS MICROSOFT DI SELURUH DUNIA

Menekankan keupayaan unik NTT Com di dalam menyampaikan pada awan yang terurus

TOKYO, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432) dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah diberikan status Platform Awan Emas Microsoft, akreditasi paling tinggi yang terdapat pada masa ini, untuk kecekapan mereka di dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti, kepakaran dan perkhidmatan terurus yang telah dibeza-bezakan di awan.

"Status emas adalah satu pengiktirafan yang penting di dalam kompetensi kami di dalam arena awan," kata Damian Skendrovic, Ketua Pegawai Eksekutif, NTT Com Perkhidmatan Terurus. "Dengan Kompetensi Platform Awan Microsoft kami dapat membantu perusahaan untuk menguruskan infrastruktur awan hibrid mereka, menyampaikan pada penyelesaian SaaS dan PaaS yang terdapat di tempat pasaran Azure dan Azure Stack yang akan membolehkan pelanggan kami untuk mengoptimumkan pada prestasi dan mencapai matlamat perniagaan mereka,"

Sebagai sebahagian daripada strategi global mereka, NTT Com telah menjadi sebahagian daripada inisiatif pengamal awal untuk Azure Stack selama hampir satu tahun dan pada masa ini memanfaatkan jejak pusat data Nexcenter mereka. Dengan mengambil kesempatan daripada menjadi satu daripada rakan kongsi Microsoft ExpressRoute, dan memanfaatkan perkhidmatan penyambungan awan kependaman rendah kami seperti Multi Cloud Connect dan Perkhidmatan Pertukaran Ditetapkan Perisian, kami telah mencapai penyambungan yang pantas dan selamat kepada Azure, yang membolehkan kami menyediakan penyelesaian Azure yang diuruskan sepenuhnya untuk pelanggan mereka, termasuk SAP pada Azure. Untuk keterangan lanjut sila layari: https://www.ntt-azurestack.com/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10771

Monday, January 15, 2018

PENGERUSI KUMPULAN TIENS LI JINYUAN MENGHADIRI FORUM PEMBANGUNAN GLOBAL PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA CHINA KELIMA

HANGZHOU, China, 15 Jan., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 10 Januari 2018, Forum Pembangunan Global PKS China Kelima dan Forum Inovasi dan Pembangunan Jenama China Kelima telah diadakan di Hotel Intercontinental Hangzhou. Pengerusi Kumpulan Tiens Li Jinyuan, sebagai Naib Presiden Kanan untuk Perikatan Global bagi PKS Wilayah China, menghadiri majlis tersebut dan berbincang dengan pemimpin dan pakar antarabangsa yang lain mengenai peluang-peluang pembangunan PKS yang baharu di seluruh dunia pada 2018 untuk membantu PKS mengumpulkan sumber antarabangsa, berkembang ke dalam pasaran global, dan menemui peluang-peluang untuk kerjasama bagi membangun dan mewujudkan secara bersama platform-platform baharu.
 
Turut hadir adalah Encik Hou Yan, Penolong kepada Presiden bagi Kumpulan Tiens dan Cik Huang Jiazhen, Pengarah Kanan bagi Jabatan Penjenamaan dan Perhubungan Awam Global Kumpulan Tiens.
 
Acara itu telah dianjurkan oleh Perikatan Global bagi PKS, Persatuan Kerjasama dan Pertukaran Antarabangsa Amerika Syarikat-China, dan Projek Inovasi dan Pembangunan Jenama China. Dengan "Era Baharu" sebagai temanya, persidangan itu secara menyeluruh menganalisis perkembangan ekonomi pada tahun 2017 dan secara aktif menerokai trend bagi pasaran China dan antarabangsa pada tahun 2018 untuk memahami dengan pantas peluang-peluang perniagaan global.
 
Sebagai sebuah wakil korporat yang cemerlang di dalam strategi global yang berterusan bagi jenama-jenama kebangsaan China, usahawan yang hadir begitu memuji strategi antarabangsa yang diambil oleh Kumpulan Tiens. Perikatan Global bagi PKS, yang merupakan penganjur bagi persidangan tersebut, berkata Pengerusi Li mengetuai Kumpulan Tiens ke dalam pasaran antarabangsa dengan imej jenama China. Strategi globalisasi dan pencapaian cemerlang oleh Kumpulan Tiens sangat dikenali di dalam negara dan juga di luar negara. Perikatan Global bagi PKS telah melantik Pengerusi Li Jinyuan sebagai Naib Presiden Kanan bagi Wilayah China untuk membantu membimbing dan membantu perusahaan China di dalam menembusi pasaran global dan membentuk imej jenama China.
 
Semasa forum itu, Pengerusi Li Jinyuan telah dijemput untuk mengambil bahagian di dalam satu dialog di antara bekas Perdana Menteri Britain David Cameron dan usahawan-usahawan China. Wang Zhenghua, pengerusi bagi Kumpulan Chunqiu, Li Guangdou, perunding jenama CCTV dan pakar strategi pemasaran jenama yang terkenal, dan Chen Jun, Pengerusi bagi Guo-Chuang Limited bersama-sama dengan David Cameron telah bertukar-tukar idea secara mendalam mengenai globalisasi dan bagaimana kerajaan boleh membantu perniagaan berkembang. Pengerusi Li Jinyuan berkata bahawa acara-acara pada forum itu telah banyak meningkatkan persahabatan di antara China, Britain, Perancis, Korea Selatan, dan negara-negara lain dan telah membentuk satu platform yang sangat baik untuk kerjasama dan pertukaran di antara perusahaan.
 
Semasa majlis makan malam selepas forum itu, Pengerusi Li Jinyuan dan tetamu yang hadir telah bertukar-tukar pandangan secara mendalam berhubung strategi global mengenai kesihatan perniagaan bagi Kumpulan Tiens dan strategi bagi syarikat permulaan yang ketiga untuk mereka. Pengerusi Li Jinyuan berkata bahawa sebagai sebuah konglomerat transnasional yang mengintegrasikan modal industri, modal komersial, dan modal kewangan di dalam pelbagai bidang seperti bioteknologi, pengurusan kesihatan, pelancongan hotel, pendidikan dan latihan, e-dagang, perdagangan antarabangsa, dan pelaburan kewangan, Kumpulan Tiens dibimbing oleh prinsip-prinsip strategik mengenai kepelbagaian perniagaan, integrasi rangkaian, dan sinergi perniagaan. Dengan sebuah visi global yang didasarkan kepada strategi Belt and Road, Kumpulan Tiens akan mempromosikan pelancaran pelbagai model perniagaan di seluruh dunia untuk berkongsi model-model yang berinovatif berhubung pemasaran yang berasaskan ekonomi dan pengalaman pelanggan. Kami akan terus mempromosikan penggunaan untuk mewujudkan kekayaan, mewujudkan kekayaan yang lebih besar bagi perniagaan keluarga, mengintegrasikan sumber-sumber sosial, dan menggabungkan e-dagang dengan kedai-kedai runcit, mencapai peningkatan nilai dan membentuk sebuah perikatan global.
 
Beliau menyatakan bahawa sebuah "China yang sihat" sudah menjadi strategi kebangsaan China. Kumpulan Tiens, sebagai sebuah peneraju di dalam industri kesihatan, mematuhi dasar-dasar kerajaan dan trend umum, mendorong ke hadapan dengan pembangunan industri kesihatan dengan mengoptimum dan mengintegrasikan sumber-sumber rangkaian global Kumpulan Tiens. Pada masa ini, Kumpulan Tiens telah menubuhkan cawangan di 110 buah negara dan wilayah, membahagikan semula pasaran global kepada 21 wilayah dan juga memasuki pasaran baharu di 37 buah negara dan wilayah, seperti Australia, Perancis, Korea Selatan, dan Emiriah Arab Bersatu. Kumpulan Tiens telah membentuk pakatan strategik dengan syarikat-syarikat antarabangsa utama dan telah menetapkan aras berhubung pengantarabangsaan bagi perusahaan China.
 
Sumber: Kumpulan Tiens
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=304749
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10764

Friday, January 12, 2018

SEJAUH MANAKAH ANCAMAN SPECTRE DAN MELTDOWN TERHADAP VOIP ANDA?

Sistem telefoni, perkakasan SBC dan VoIP yang bergantung pada pemproses Intel, AMD dan ARM mempunyai kerentanan keselamatan yang serius

GAITHERSBURG, Md., 12 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Patton Electronics—Pengilang UC, awan dan penyelesaian memboleh IoT untuk rangkaian pembawa, perusahaan dan industri yang berpangkalan di AS—mengumumkan bahawa sistem operasi Patton TIDAK rentan terhadap ancaman keselamatan Spectre dan Meltdown.*

Laporan terkini telah menyedarkan dunia bahawa peranti yang dibina pada pemproses Intel, Advanced Micro Devices (AMD) dan Acorn RISC Machine yang biasa digunakan atau lebih baru Advanced RISC Machine (ARM) mempunyai kerentanan keselamatan yang tinggi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10758

TARIAN NAGA TONGLIANG MEMBUAT KEMUNCULAN BUAT PERTAMA KALI PADA MALAM TAHUN BARU DI TIMES SQUARE

NEW YORK, 11 Jan., 2018/Xinhua Finance Agency-AsiaNet/ --

Tarian Naga Tongliang dari Perbandaran Chongqing di Barat Daya China, yang mewakili satu daripada warisan kebudayaan tak ketara negara China, membuat kemunculannya buat pertama kali di Times Square semasa sambutan Malam Tahun Baru pada Ahad.

Sebuah Naga Tongliang yang berwarna-warni yang panjangnya 15 meter melompat, berguling dan melayang di bawah kawalan lapan orang penari. Dengan diiringi oleh lagu-lagu rakyat tradisional Chongqing, batang-batang naga itu adalah seperti dayung yang dengan pantas menyapu dengan irama yang semakin kuat.

Dengan purata usia 30 tahun, lapan orang penari dari Tarian Naga Tongliang menghabiskan masa satu setengah bulan dalam membuat persiapan untuk sambutan Tahun Baru itu. "Ia adalah satu penghormatan yang besar untuk mengambil bahagian di dalam satu aktiviti seperti itu. Kami dapat meningkatkan lagi pemahaman dunia tentang budaya tradisional China yang cemerlang melalui usaha kami," kata Zhang Shunsheng, ketua pasukan itu, yang juga merupakan seorang waris bagi Tarian Naga Tongliang itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10756

​VIPER NETWORKS MENGUMUMKAN PELANCARAN AKAN DATANG BAHAGIAN KUMPULAN TEKNOLOGI PERLOMBONGAN BLOCKCHAIN DAN KRYPTO

​VIPER NETWORKS MENGUMUMKAN PELANCARAN AKAN DATANG BAHAGIAN KUMPULAN TEKNOLOGI PERLOMBONGAN BLOCKCHAIN DAN KRYPTO

INDEKS HARGA MINYAK CAMELLIA XINHUA-CHANGSHAN DILANCARKAN SECARA RASMI

BEIJING, China, 12 Jan., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Indeks harga minyak camellia Xinhua-Changshan, yang disusun bersama oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) di bawah Agensi Berita Xinhua dan kerajaan daerah Changshan di Wilayah Zhejiang, telah dilancarkan pada 6 Januari.

Indeks harga minyak camellia Xinhua-Changshan mencerminkan perubahan bagi faktor-faktor yang mempengaruhi keseluruhan rantaian industri minyak camellia, yang akan membantu untuk meningkatkan pengaruh dan kuasa penentuan harga bagi industri minyak camellia China di dunia dan juga meningkatkan pendapatan bagi petani-petani minyak camellia, kata Su Huizhi, naib presiden CEIS.

Indeks itu didasarkan pada harga pengeluar bagi syarikat-syarikat minyak camellia di Changshan dan mencerminkan sepenuhnya trend harga bagi bahan mentah (huluan), produk minyak (pertengahan) dan produk sekunder (hiliran). Indeks itu bermula dari 1,000 dengan harga pada November 2015 sebagai data asas.

Sejak tempoh asas itu, indeks itu telah menyaksikan satu pertumbuhan tahun ke tahun. Indeks harga agregat meningkat 79.25 peratus pada Disember, 2017 berbanding dengan tempoh asas itu. Sementara itu, indeks harga bagi bahan mentah, minyak dan produk sampingan masing-masing meningkat 63.37 peratus, 72.68 peratus dan 183.72 peratus.

Liu Zhiwei, Naib Setiausaha Agung Eksekutif bagi Bahagian Minyak Woody di Persatuan Industri Perhutanan China, berkata bahawa indeks harga minyak camelia Xinhua-Changshan memainkan satu peranan penting di dalam memperuntukkan sumber pasaran, meningkatkan kecekapan dalam operasi pasaran, dan meningkatkan pembangunan kualiti tinggi bagi minyak biji oleifera camellia.

CEIS adalah sebuah syarikat milik sepenuhnya Agensi Berita Xinhua, dan mempunyai lima platform peringkat kebangsaan termasuk Xinhua Finance, Xinhua Silkroad, Xinhua Credit, Shanghai Petroleum dan Natural Gas Exchange (SHPGX) dan Xinhua Think Tank. Sejak penstrukturan semulanya pada April 2016, CEIS telah melancarkan beberapa siri produk dengan impak yang meluas.

Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=304699 

CHAMPION MEMBAWA TREND JUBIN MARMAR TERBAHARU KE SINGAPURA

TAIPEI, Taiwan, 12 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Singapura bukan hanya satu daripada daerah kewangan yang paling penting di Asia tetapi juga merupakan sebuah pusat kebudayaan bagi Barat dan Asia. Bandar raya ini mengembangkan trend-trend yang unik kepada satu tahap yang baharu dan Champion amat berbangga untuk membawa trend jubin terkini dalam warna marmar hitam ke Singapura.

Marmar sentiasa menjadi satu bahan utama di dalam reka bentuk dalaman. Koleksi Marmar Hebat Champion adalah satu daripada barisan produk penting yang menggabungkan sifat dengan elemen reka bentuk dalaman. Jubin marmar meresapi ruang dengan satu rupa yang kontemporari dan moden, dan Champion menawarkan pelbagai corak dan ton.

Marquina Hitam, sebuah marmar halus yang jarang ditemui yang berasal dari kawasan Markina di utara Sepanyol, merupakan kemuncak kepada koleksi Champion pada tahun ini. Marquina Hitam adalah sangat jarang dan mahal untuk diperolehi, dan intipati bagi jubin hitam itu adalah sukar untuk dikuasai. Hanya Champion yang berupaya mengeluarkan keaslian kehitaman pada marmar itu, sekali gus mewujudkan penampilan elegan dan menakjubkan untuk setiap ruang.

Sebagai sebuah syarikat jubin dan porselin tingkat satu yang bertaraf dunia, Champion bekerja dengan rakan kongsi yang boleh dipercayai di seluruh dunia untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bagi pelbagai produk. Tahun ini, koleksi marmar terbaharu mereka – Marquina Hitam – boleh didapati di SOON BEE HUAT Concept Boutiques di Singapura.

Maklumat mengenai Champion

Ditubuhkan pada tahun 1972, kumpulan Champion mempunyai sebuah visi korporat yang jelas tentang "Mewujudkan satu Ruang Hidup yang Sensitif." Jenama bertaraf global itu mempunyai sebuah reputasi yang baik untuk produk berkualiti tinggi dan diperakui bagi kemesraan terhadap alam sekitar. Champion adalah peneraju pasaran di Taiwan dan menyokong 600 pengedar di 70 buah negara dengan membawa kualiti ke dalam setiap ruang.
http://www.champion-tile.com

SOON BEE HUAT Toh Guan Concept Boutiques
3A Toh Guan Road East, Singapura 608834
http://www.sbh.com.sg

Hubungi
Media:
Champion Building Materials Group
Allison Fan, +886-37-583775
Pengurus Pemasaran Antarabangsa
Allison.Fan@Champion.com.tw

Sumber: Champion

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN PAMERAN HINA-MATSURI (FESTIVAL ANAK PATUNG PEREMPUAN)

6,800 Perhiasan Penuh dan Mengagumkan dan Setanggi Dipamerkan

TOKYO, 12 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu pameran khas bertajuk “Hina-matsuri (Festival Anak Patung Perempuan Tradisional Jepun),” di mana 6,800 anak patung buatan tangan penuh hiasan dan menakjubkan dan perhiasan tradisional yang lain akan dipaparkan di lobi dari 1 Februari hingga 29 Mac, 2018. Pameran tahun ini juga akan mempunyai satu sudut istimewa yang menyerlahkan sejarah dan tradisi budaya setanggi Jepun.

Setanggi tiba semasa Zaman Asuka Jepun (Dari 592 hingga 710) yang pada asalnya sebagai sebahagian daripada agama Buddha dari luar negara. Lama kelamaan, setanggi menjadi satu bahagian intrinsik bagi amalan hias diri harian bagi rakyat Jepun, dan kemudiannya menjadi satu bahagian penting bagi budaya artistik rakyat Jepun yang membantu untuk mencerminkan suasana lagu dan musim mereka. Golongan bangsawan Jepun mula mencampurkan pelbagai bahan setanggi untuk digunakan sebagai minyak wangi bagi pakaian, dan pahlawan samurai Jepun biasanya menggunakan kayu wangi dalam kehidupan seharian mereka, dan ia berkembang menjadi satu bentuk seni kebudayaan yang bebas. Untuk menggambarkan pelbagai bau setanggi yang digunakan semasa pelbagai tempoh masa ini, “Yamadamatsu Incense-wood Co., Ltd.” yang sudah lama wujud di Kyoto dan Bandar Raya Kyoto akan mengambil bahagian di dalam pameran ini untuk menyediakan barangan kraftangan tradisional yang jarang ditemui dan kayu wangi untuk memperkenalkan sejarah budaya setanggi di Jepun. Kami juga akan menganjurkan bengkel khas bagi para tetamu kami untuk mengetahui tentang uncang wangian dalam budaya Jepun yang biasanya dibawa oleh kaum wanita Jepun dari pukul 11 pagi hingga pukul 4 petang  pada Khamis, 15 Februari 2018 dengan bayaran JPY1,000 untuk setiap peserta.

Selain itu, perhiasan seni hiasan gantung yang dijahit tangan secara khas dengan menggunakan kain sutera yang ditenun halus dari kimono lama oleh artis kuilt Mitsuyo Matsuo dan kira-kira 90 orang anggota Kumpulan beliau. Kerja tangan yang dibuat dengan teliti untuk pameran ini secara simbolik mencerminkan harapan untuk kesihatan dan kebahagiaan anak-anak. Di samping itu, anak patung kayu tradisional Mataro dari Kuil Kamikamo di Kyoto akan juga dipaparkan bersebelahan dengan perhiasan seni hiasan gantung setinggi 3.3 meter yang mengagumkan di kawasan lobi utama untuk mengalu-alukan tetamu ke hotel kami. Para tetamu kami dari seluruh pelusuk dunia amat kagum dengan kehebatan pameran utama ini, yang menawarkan peluang yang paling baik kepada tetamu untuk merakamkan gambar sebagai kenangan dari pameran ini.

Versi Lengkap Siaran Media

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo