Tuesday, December 31, 2019

MARY KAY INC. MENDAPAT LEBIH DARIPADA 20 ANUGERAH BERPRESTIJ DALAM KATEGORI PERNIAGAAN, KEWARGANEGARAAN KORPORAT DAN KEPIMPINAN SEPANJANG TAHUN 2019 YANG LUAR BIASA

DALLAS, 31 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada tahun 2019, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka selama puluhan tahun untuk memperkayakan kehidupan kaum wanita di seluruh dunia, menghasilkan produk yang sangat menarik dan membina komuniti yang lebih sihat, lebih mapan. Sebagai mengiktiraf  pencapaian Mary Kay pada sepanjang tahun itu, jenama itu telah membawa pulang lebih daripada 20 anugerah yang menjadi rebutan di dalam kategori perniagaan, kewarganegaraan korporat dan kepimpinan dari pelbagai sumber yang bereputasi baik.

Anugerah-anugerah itu, yang terdiri daripada “Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik untuk Tahun 2019” Forbes kepada “Terbaik dalam Pertunjukan” di Boston College Center untuk Festival Filem Kewarganegaraan Korporat, menyoroti nilai-nilai perniagaan Mary Kay yang teguh dan dedikasi mereka kepada prinsip-prinsip yang ditakrifkan oleh pengasas legenda jenama itu, Mary Kay Ash.

Anugerah-anugerah dalam Tahun 2019 termasuk:

Kecemerlangan dalam Perniagaan
  • Majikan Terbaik untuk Kepelbagaian, 2019 - Forbes
  • Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik, 2019 - Forbes
  • Kedudukan Emas dalam Kategori Pendidikan - Anugerah OMNI  Musim Bunga 2019
  • 50 Teratas Syarikat-syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat dalam Industri Produk Keperluan Rumah dan Peribadi - Majalah HAPPI
  • Anugerah Pemerkasaan DSA, 2019 - Persatuan Jualan Langsung
  • Majikan Global Paling Bereputasi Baik pada 2019 Kajian 100 Tempat Kerja Global - Institut Reputasi
  • Anugerah Pematuhan 2019 - EXPANSION
  • Jenama Utama, 2019 - Majalah VIP
  • Anugerah Keusahawanan Wanita – Forum Woman Who Matters
  • Majalah Terbaik untuk Pelanggan, Mary Kay Russia Applause® - Media Leader
  • Media Pelanggan Terbaik: Media Web, Mary Kay Rusia App MirrorMe™ - Anugerah Media Korporat
Kecemerlangan dalam Kewarganegaraan Korporat
  • Pilihan Peminat, video: Komitmen Mary Kay untuk Menghapuskan Keganasan Rumah Tangga - Boston College Center untuk Festival Filem Kewarganegaraan Korporat Kewarganegaraan Korporat Antarabangsa
  • Terbaik dalam Pertunjukan - Kategori Syarikat Kecil, video: Komitmen Mary Kay untuk Menghapuskan Keganasan Rumah Tangga - Boston College Center untuk Festival Filem Kewarganegaraan Korporat Kewarganegaraan Korporat Antarabangsa
  • Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED) 2019 Pensijilan Perak – Pusat Pembuatan dan R&D Mary Kay Richard R. Rogers
  • Jenama CSR Terbaik dan Anugerah Strategi CSR Terbaik, Mary Kay China - Anugerah Pendidikan CSR China
Kecemerlangan dalam Kepimpinan
  • 10 Ketua Pegawai Eksekutif yang Paling Bereputasi Baik di Dunia, David Hall, Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay, Kajian RepTrak 2019 - Institut Reputasi
  • Wanita Paling Berkuasa 2019 dalam Korporat Amerika, Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran – Majalah BLACK ENTERPRISE
  • Wanita Paling Berkuasa 2019 dalam Korporat Amerika, Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang dan Setiausaha Korporat – Majalah BLACK ENTERPRISE
  • 500 Wanita Paling Berpengaruh di Sepanyol, Gema Aznar, Pengurus Besar Mary Kay Sepanyol - Majalah Yo Dona
  • Pemimpin Perniagaan Wanita Yang Paling Berkuasa, Claudia Maria Cardona, Pengurus Pemasaran, Mary Kay Colombia - Majalah ALO
  • Pengurus Terbaik 2019, Alla Sokolova, Pengurus Besar Mary Kay Russia - Panduan Perniagaan Rusia
  • 250 Utama Pengurus Utama Terbaik, Alla Sokolova, Pengurus Besar Mary Kay Rusia - The Association Managers of Russia and Kommersant Publishing House
Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191230005280/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Monday, December 30, 2019

KEMPEN IMUNISASI POLIO SABAH (KIPS) 2019/2020 DEWAN TAMAN TELIPOK RIA, TAMAN TELIPOK RIA, TUARAN PADA 27 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Pelancaran Kempen Imunisasi Polio Sabah 2019/2020 atau nama pendeknya KIPS 2019/20 merupakan kempen Imunisasi Polio secara besar-besaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk membendung penularan jangkitan Polio di Malaysia, khususnya di negeri Sabah. KIPS dijalankan berikutan satu kes disahkan dijangkiti virus polio di negeri ini yang telah diumumkan oleh KKM melalui satu kenyataan akhbar pada 8 Disember 2019. Kes adalah seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga (3) bulan dari Tuaran.

Kempen Imunisasi Polio Sabah ini menyasarkan semua kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun yang warga negara dan juga bukan warga negara di semua daerah negeri Sabah. Mereka akan diberi imunisasi polio secara oral (oral polio vaccine – OPV). Pemilihan OPV dalam membendung wabak polio ini adalah selaras dengan saranan dalam garispanduan antarabangsa iaitu Standard Operating Procedures: Responding to a Poliovirus Event or Outbreak.

Vaksin OPV ini akan membentuk antibodi dalam usus kanak-kanak. Virus polio yang memasuki badan melalui mulut, kemudian masuk ke perut dan usus akan dibunuh oleh antibodi dalam usus yang telah terbentuk hasil pemberian OPV. Proses ini akan membunuh virus polio sekiranya kanak-kanak dijangkiti.

Pemberian vaksin polio secara oral ini adalah selamat dan dapat memberi imuniti (perlindungan) kepada kanak-kanak terhadap jangkitan polio. Apabila liputan imunisasi OPV ini melebihi 95%, ia akan membentuk imuniti kelompok yang dapat mengurangkan risiko penularan virus polio. Vaksin ini tidak akan diberi  kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit dengan tahap imuniti rendah seperti leukaemia dan lymphoma, serta pesakit yang mengalami kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi. Pada masa yang sama, imunisasi rutin perlu diteruskan kepada kanak-kanak mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan di klinik-klinik kesihatan bagi memastikan perlindungan yang optimum kepada jangkitan polio dan lain-lain penyakit cegahan vaksin.

KIPS 2019/20 akan dimulakan di Daerah Tuaran dan akan dilanjutkan ke seluruh Sabah secara berfasa. Sasaran KIPS 2019/20 adalah anak-anak yang berumur bawah 5 tahun diberikan sebanyak dua dos imunisasi OPV menjelang bulan Jun 2020. Selang masa antara dos pertama dan dos kedua adalah empat (4) minggu.

Beberapa buah pasukan pemberi vaksin, melibatkan seramai 114 orang sukarelawan akan melaksanakan KIPS 2019/20 bermula pada 27 Disember 2019. Pasukan ini bertanggungjawab memberi maklumat kesihatan berkaitan polio dan memastikan ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak berumur bawah 5 tahun hadir ke program ini untuk mendapatkan imunisasi polio. Lawatan rumah-ke-rumah untuk memberikan OPV kepada kanak-kanak yang layak akan dilaksanakan selepas ini secara berfasa, bagi memastikan tiada kanak-kanak yang cicir imunisasi polio.

Pihak KKM berharap agar ibu bapa memberi kerjasama dan sokongan kepada KIPS 2019/20 dengan membenarkan anak-anak mereka mendapatkan dua (2) dos imunisasi OPV. Hanya dengan imunisasi sahaja akan dapat melindungi anak-anak dari dijangkiti virus polio dan mencegah mereka dari kelumpuhan kekal. Langkah pencegahan polio ini juga penting bagi Malaysia mendapatkan semula pengiktirafan negara yang bebas polio dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Saturday, December 28, 2019

GOE: TEPPEN MEMAHKOTAKAN PEMENANG KEJOHANAN DUNIA TEPPEN SEBAGAI JUARA DUNIA YANG PERTAMA DAN MENGUMUMKAN AKUMA SEBAGAI WIRA BAHARU

TOKYO, 27 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kejohanan Dunia TEPPEN 2019 yang pertama telah melabuhkan tirai, dan juara pertama GungHo Online Entertainment (GOE) (TOKYO: 3765) telah dimahkotakan. [Last Guardian].

Dalam kejohanan TEPPEN terbesar yang pernah diadakan, beliau dengan cekap telah mengemudikan dek [MORRIGAN AENSLAND/ Temptation] dan [DANTE/ Devil Trigger] melalui pertandingan itu, dengan menewaskan semua orang dalam laluannya ke puncak.

Untuk kemenangan beliau itu, [Last Guardian] membawa pulang 30 juta Yen (~$280,000) daripada hadiah keseluruhan berjumlah 50 juta Yen (~$460,000) bersama dengan pelbagai hadiah lain yang termasuk sebuah NISSAN Skyline GT [V6 TURBO].

Tempat kedua [tarakoman] memperoleh untuk dirinya 10 juta Yen (~$95,000) di samping pelbagai hadiah lain. GOE mengucapkan tahniah kepada semua peserta di dalam Kejohanan Dunia TEPPEN 2019 di atas pencapaian mereka pada acara itu dan kerana layak ke atas sebahagian daripada pemain TEPPEN terbaik yang pernah beraksi dalam permainan itu di seluruh dunia.

Bukan sahaja ia merupakan trofi pertama yang diberikan, tetapi GOE juga mengumumkan satu daripada watak paling popular — dan paling jahat — dalam sejarah siri Street Fighter yang datang ke TEPPEN! Boleh diperolehi bermula 7 Jan., 2020, Akuma akan membawa gaya pengenalannya yang agresif ke dunia TEPPEN, bersama satu set kad baharu di dalam “The Force Seekers.”

Hantu perkasa dari siri Street Fighter juga nampaknya telah mencemarkan Ryu, yang akan mendapat gambaran legenda Ryu yang Jahat sebagai sebuah kulit Wira yang baharu.

Ketika kita semakin hampir mengakhiri tahun ini, GOE akan memberikan kepada semua orang yang log masuk di antara 24 Dis. dan 7 Jan. dengan peluang untuk membeli Pek Pilihan Tahun Baharu, yang menampilkan semua kad yang terbaik dari pek kad sebelumnya, serta satu peluang pada empat Kulit Wira yang tersedia sekarang! Di samping itu, bonus log masuk baharu akan berakhir pada kira detik penghujung tahun (24 Dis. hingga 1 Jan.) dan tahun baharu (2 Jan. hingga 7 Jan.).

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, 2020 akan memperlihatkan satu cara baharu untuk bermain TEPPEN yang kompetitif. GOE mengumumkan Piala Tahun Baharu TEPPEN 2020, sebuah kejohanan dalam talian dengan hadiah yang luar biasa. Setiap orang yang mengambil bahagian akan mendapat peluang untuk memperolehi Kad Rahsia dengan seni baharu, berdasarkan kepada penempatan mereka. Pemain yang berakhir di tempat ke-5000 dan ke atas akan menerima sebuah Kad Rahsia Albert Wesker, manakala peserta di tempat ke-1000 dan ke atas akan menerima sebuah Kad Rahsia Jill Valentine di samping Kad Rahsia Wesker. Pemain 100 teratas juga akan mendapatkan Kad Rahsia ketiga untuk kick master itu sendiri,  Chun-Li.

Untuk maklumat lanjut mengenai TEPPEN, sila layari laman web rasmi permainan itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12948

LEDDARTECH AKAN MENDEMONSTRASIKAN TEKNOLOGI PENGESANAN DAN PENGELASAN LIDAR AUTOMOTIF DI CES 2020 DI LAS VEGAS



QUEBEC CITY, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala, hari ini mengumumkan mereka akan menyertai, Canadian Automotive Parts and Manufacturers Association(APMA) dan Karma Automotive di CES 2020 sebagai pempamer di reruai 1025 Tech East Westgate dari 7-10 Januari 2020.

APMA ialah persatuan kebangsaan Kanada yang mewakili pengeluar OEM bagi alat ganti, peralatan, alat, bekalan, teknologi lanjutan, dan perkhidmatan untuk industri automotif di seluruh dunia.LeddarTech merupakan ahli persatuan ini sejak 2015.Objektif dasar Pertubuhan ini adalah untuk menggalakkan industri pengeluaran bekalan automotif peralatan asli di kedua-dua peringkat domestik dan antarabangsa.APMA dengan kerjasama Karma Automotive dan LeddarTech Automotive Center of Excellence akan mewakili teknologi yang memajukan laluan kepada pemanduan automotif.

“Usaha APMA dalam mengurus Zon Demo Kenderaan Autonomi Kanada sebagai sebahagian daripada Rangkaian Inovasi Kenderaan Autonomi (AVIN) bernilai $80 juta Kerajaan Ontario akan menerima manfaat yang besar daripada penambahan Revero GT Karma kepada armada kenderaan demo kami” kata En. Warren Ali, Naib Presiden Inovasi APMA.  “Bersama-sama, kami teruja untuk meneroka teknologi baharu yang boleh disepadukan ke dalam platform dan penyelesaian kenderaan masa hadapan.Untuk merealisasikan wawasan Pemanduan Autonomi, kami teruja bahawa LeddarTech, peneraju dalam teknologi LiDAR, bekerjasama dengan kami dalam perjalanan untuk membangunkan kenderaan autonomi mewah Karma” rumus En. Ali.

“LeddarTech berasa gembira untuk menyertai APMA di CES.Kami yakin perkongsian strategik dan kerja sama industri menyampaikan nilai ketara dan manfaat kepada pelanggan dan pengguna akhir kami,” En. Michael Poulin, Naib Presiden Barisan Produk LeddarTech.Beliau meneruskan, “Kami menanti-nantikan untuk mendemonstrasikan teknologi LiDAR kokun Leddar™ Pixell yang memenangi anugerah CES 2020 dengan Karma Automotive dalam Revero GT 2020 mewah mereka.  Kami juga teruja untuk memperkenalkan teknologi Pengelasan Pejalan Kaki LeddarTech, demonstrasi langsung ini dikuasakan oleh LeddarEngine™ mendemonstrasikan dengan lebih lanjut motivasi syarikat kami untuk memimpin dan memajukan sistem bantuan pemandu lanjutan dan pemanduan autonomi” rumus En. Michael Poulin.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12935

Friday, December 27, 2019

EPIQ MENGUMUMKAN PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI KEWANGAN BAHARU

NEW YORK, 18 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Epiq, peneraju utama dalam industri perkhidmatan perundangan, mengumumkan hari ini bahawa Vishal Chhibbar telah menyertai Epiq sebagai presiden dan ketua pegawai kewangan. Chhibbar membawa lebih 30 tahun pengalaman dalam kewangan dan operasi global kepada pasukan kepimpinan Epiq. Beliau akan bertanggungjawab untuk fungsi kewangan, operasi global, dan memimpin transformasi Epiq berterusan untuk menyampaikan penyelesaian nilai tinggi kepada pelanggan kita dengan proses, automasi, dan teknologi bertaraf dunia.

“Vishal mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam membangunkan dan melaksanakan operasi yang terbaik dalam kelasnya” kata Dave Dobson, ketua pegawai eksekutif di Epiq. "Kepimpinan dan kepakaran beliau adalah amat berharga sementara kami terus melaksanakan inisiatif strategik kami dan mengembangkan penyelesaian canggih kami secara global."

Chhibbar mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam pengurusan operasi dan industri perkhidmatan analisis. Dengan rekod pencapaian yang hebat, Chhibbar pernah bekerja dengan syarikat cip biru pada penggabungan, pemerolehan, perancangan kewangan dan strategik, pengurusan usaha sama, pengiraan dan pelaporan Security and Exchange Commission, serta mengurus risiko dalam pasaran pelbagai dan mengembangkan ekonomi.

“Epiq berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan perkhidmatan dipimpin teknologi dalam ruang perundangan,” kata Chhibbar. “Saya teruja untuk menyertai Epiq pada masa kita sedang maju di peringkat antarabangsa dan memimpin pasaran dengan penyelesaian yang mementingkan klien. Saya tidak sabar untuk menggunakan pengalaman kewangan yang luas untuk membantu terus menyampaikan penyampaian penyelesaian yang bernilai dan inovatif kepada klien kami di seluruh dunia.”

Chhibbar baru-baru ini berkhidmat selama 10 tahun sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan untuk EXL Services, syarikat dagangan awam. Sebelum peranannya di EXL, Chhibbar pernah berkhidmat dalam banyak peranan kepimpinan merentasi sektor kewangan, termasuk di GE Capital, American Express Bank, dan Xerox serta mempunyai inisiatif terpimpin di Australia, New Zealand, South Korea, Indonesia, Malaysia, United States, dan India. Vishal merupakan Akauntan Berkanun dan merupakan Ahli Bersekutu Certified Practicing Accountant (CPA) Australia dan diiktiraf Six Sigma Black Belt. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari DAV College, Dehradun, India.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12932

Thursday, December 26, 2019

ETHERSCOPE™ NXG NETALLY KINI LEBIH BAIK: KESELAMATAN DITINGKATKAN, ANALISIS MENYELURUH, DAN CIRI KERJASAMA DITAMBAH BAIK DILANCARKAN HARI INI

Kurang tiga bulan sejak pelancaran EtherScope nXG, NetAlly melancarkan naik taraf perisian tegar pertamanya; kelajuan dipercepat membuktikan nilai pasca struktur lincah syarikat sejak berpisah daripada NETSCOUT®

COLORADO SPRINGS, Colo., 11 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Berkembang pesat sejak pelancarannya pada Oktober, alat analisis rangkaian berwayar/wayarles bersepadu pertama industri, EtherScope nXG NetAlly sudah pun sedang dinaik taraf. Menyampaikan keselamatan ditingkatkan, analisis menyeluruh, kerjasama yang lebih mudah, perisian tegar ini kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma kepada semua pengguna EtherScope nXG sedia ada.

“Kami ingin mewujudkan kadens keluaran mulai sekarang dan menunjukkan ketangkasan dan halaju pembangunan dengan menambahkan kemampuan baharu kunci kepada EtherScope nXG” kata James Kahkoska, CTO di NetAlly. “Antara berdozen ciri yang ditambahkan, ciri kegemaran saya ialah carian penemuan, yang membenarkan pengguna untuk menapis ribuan elemen rangkaian yang ditemui oleh MAC, pengeluar, IP atau nama dengan hanya beberapa aksara.”

EtherScope nXG™ ialah alat analisis rangkaian pegang yang membolehkan jurutera dan juruteknik rangkaian menemui, menganalisis dan menyelesaikan masalah rangkaian perusahaan berwayar dan wayarles dengan pantas—semuanya melalui antara muka pengguna tunggal. Dilancarkan pada Oktober, produk telah dinamakan sebagai finalis untuk “Innovation of the Year” oleh Wi-Fi awards.

Naik taraf yang dilancarkan hari ini dikembangkan daripada keupayaan dibina EtherScope nXG untuk meningkatkan kebolehlihatan rangkaian, mempercepat dan meringkaskan ujian dan analisis serta meningkatkan kerjasama pasukan. Khususnya, kemas kini hari ini:
  • Mengembangkan Ciri Keselamatan – EtherScope nXG kini merangkumi penamaan dan pengesahan peranti yang fleksibel dan ditakrifkan pengguna. EtherScope nXG membolehkan pakar rangkaian untuk mengurus inventori mereka dengan lebih mudah dan mengesan peranti liar dengan lebih pantas—sebelum peranti melakukan kemudaratan terhadap rangkaian.
     
  • Mengukuhkan Pemantauan dan Keupayaan Analisis – EtherScope nXG kini menyediakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi prestasi rangkaian, termasuk analisis trafik VLAN, pengesanan suis terdekat yang ditingkatkan, dan analisis beraliran masa untuk menyiasat kerosakan berselang.
     
  • Meningkatkan Penyelesaian Dari Jauh – EtherScope nXG kini berkongsi lebih banyak maklumat kritikal antara jurutera rangkaian yang berlokasi di pusat dan juruteknik di tapak, melalui terletak secara berpusat jurutera rangkaian dan di situ juruteknik, melalui Link-Live Cloud Servicepercuma NetAlly. Petikan penemuan Wayar atau Wi-Fi ditingkatkan menjangkaui nama dan alamat untuk merangkumi atribut penting, jadi jurutera rangkaian kini boleh "berada di sana untuk setiap tiket" untuk menganalisis infrastruktur rangkaian dan membantu untuk menyelesaikan masalah dari jauh, walaupun isu rangkaian berlaku dalam lokasi jauh terpencil.

“EtherScope nXG merupakan suit ujian dan analisis Wi-Fi dan LAN yang mengagumkan dalam tapak tangan anda sejak Hari 1” kata Lee Badman, arkitek rangkaian wayarles di Wirednot dan pakar industri yang diiktiraf. “Penambahan ciri terkini menjadikan produk yang hebat lebih naik untuk persekitaran kompleks. Saya amat menyukai granulariti khusus VLAN baharu ini, dan nilai Link-Live terus terbukti dengan perisian tegar baru.”

Kemas kini EtherScope nXG baharu ini kini tersedia untuk semua pengguna sedia ada—tanpa bayaran—melalui muat turun melalui udara daripada Link-Live cloud Service percuma atau dengan memuat turunnya kepada kad SD untuk pemasangan manual.

Untuk maklumat lanjut tentang cara EtherScope nXG membantu jurutera rangkaian dan juruteknik lapangan untuk melakukan lebih banyak dengan lebih cepat lagi, sila lawati https://netally.com/products/etherscopenxg.

Perihal NetAlly
Barisan NetAlly® bagi ujian rangkaian dan penyelesaian analisis telah membantu jurutera dan juruteknik rangkaian mengerah, mengurus dan menyelenggara dengan lebih baik rangkaian berwayar dan wayarles hari ini selama berdekad. Sejak mencipta alat analisis rangkaian pegang pertama dalam industri pada tahun 1993, NetAlly terus menetapkan standard untuk analisis rangkaian mudah alih. Dengan alat yang merangkumi LinkRunner®, OneTouch™, AirCheck™, dan banyak lagi, NetAlly meringkaskan kerumitan bagi ujian rangkaian, menyediakan kebolehlihatan segera untuk penyelesaian masalah yang cekap dan mendayakan kerjasama yang lancar antara kakitangan tapak dengan pakar jauh. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mengetahui cara NetAlly membantu pakar rangkaian menyiapkan kerja mereka dengan lebih pantas, lawati https://netally.com/.

“Fluke Networks” dan “NETSCOUT” merupakan tanda dagangan pemegang masing-masing.

Maklumat Hubungan: Dan Klimke, NetAlly
Telefon: +1.425.609.0970
E-mel:  marketing@netally.com

SUMBER: NetAlly

--BERNAMA

Wednesday, December 25, 2019

INVICRO LLC MENGUMUMKAN DR MATTHEW SILVA SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BAHARU DAN DR. JACK HOPPIN DINAMAKAN PRESIDEN BAGI KONICA MINOLTA PRECISION MEDICINE



BOSTON, 24 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Invicro LLC, sebuah syarikat Konica Minolta, hari ini mengumumkan, Dr. Matthew Silva telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu. Dr. Silva akan memikul tanggungjawab kepimpinan hari-ke-hari bagi Syarikat itu dan akan menyertai Lembaga Pengarah Invicro, berkuatkuasa serta merta. Dr. Jack Hoppin, pengasas bersama bagi Invicro, akan beralih  peranan dari jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Invicro kepada menjadi Presiden bagi Konica Minolta Precision Medicine (KMPM). Dr. Hoppin akan kekal di Lembaga Pengarah Invicro, serta terus berkhidmat di Lembaga KMPM.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191223005320/en/

Konica Minolta, Inc. memperoleh Invicro LLC dan Ambry Genetics Corporation pada September 2017 bagi mempercepatkan visi strategik mereka untuk mengubah perubatan diperibadikan melalui penyampaian perkhidmatan diagnostik melalui genetik, pengimejan dan keupayaan patologi digital. Konica Minolta Precision Medicine telah dirasmikan sebagai hasil daripada membawa ketiga-tiga entiti ini bersama.

“Ia adalah satu penghormatan yang ekstrem untuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Invicro, sejak menubuhkan secara bersama syarikat itu pada tahun 2008,” kata Dr. Hoppin. “Ini adalah satu masa yang menarik buat Invicro, Ambry dan KMPM, kerana kami semua bekerjasama untuk menyokong komuniti penyelidikan perubatan menerusi platform teknologi AI bersepadu yang membolehkan ujian dan analisis tahap molekul menawarkan pandangan jauh untuk memajukan perubatan translasi.”

Dalam peranan baharu beliau, Dr. Hoppin akan berusaha untuk sinergikan syarikat-syarikat di bawah KMPM bagi membantu penaja farmaseutikal dan klinisian mempercepatkan pembangunan terapi-terapi sasaran melalui profil genetik dan molekul.

“Saya tidak sabar untuk melihat perjalanan seterusnya untuk KMPM dan Invicro,” kata Encik Kiyotaka Fujii, presiden bagi Konica Minolta Global Healthcare dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi KMPM. “Memandangkan KMPM terus menumpukan perhatian kepada merevolusikan penjagaan kesihatan peribadi melalui kekuatan Konica Minolta, Invicro dan Ambry, Jack akan memainkan peranan penting dalam mengetuai dan merealisasikan misi Konica Minolta Precision Medicine. Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa Matt akan beralih dengan lancar kepada peranan baharu beliau dan terus memimpin Invicro ke dalam kejayaan cemerlang yang baharu yang akan membantu memajukan penemuan dan pembangunan perubatan yang dapat mengubah hidup.”

Dr. Silva akan menjalankan misi strategik Invicro untuk menyokong penemuan ubat dan pembangunan komuniti. Invicro akan terus memanfaatkan pengimejan mereka yang terkemuka di dalam industri, kimia dan kepakaran analisis yang menjangkau penemuan melalui penyelidikan klinikal merentasi pelbagai bidang terapeutik, termasuk sistem saraf pusat, onkologi, penyakit yang jarang berlaku, dan penyakit sistemik yang lain. Di samping itu, Invicro akan terus melabur di dalam platform informatik data mereka, membolehkan pengurusan, visualisasi, dan analisis bagi data pengimejan patologi dan radiologi serta menjamin penjajaran dengan KMPM.

“Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jack kerana menerajui Invicro hingga mencapai kejayaan yang besar sehingga hari ini. Saya merasa terhormat, rendah diri dan sangat teruja untuk mengambil peranan baharu ini dan menjalankan misi itu,” kata Dr. Silva. “Ini merupakan masa yang menarik buat Invicro, ketika kami terus membuat kemajuan yang hebat dengan keupayaan perkhidmatan farmasi kami yang menawarkan pengimejan biopenanda, analisis lanjutan, kimia dan teknologi berinovatif, dan perkhidmatan makmal teras global. Terima kasih kepada pasukan Invicro yang berdedikasi dan penaja farmasi kami — kami bersama-sama membantu pembangunan ubat-ubatan baharu yang akan memperbaiki kehidupan pesakit yang memerlukan.”

Dengan 20 tahun pengalaman pengimejan yang pelbagai, Dr. Silva mula-mula menyertai Invicro pada tahun 2012 dan yang terbaharu adalah Naib Presiden Eksekutif bagi  Aplikasi Saintifik, di mana beliau mengetuai usaha strategik untuk mengembangkan pembangunan ubat onkologi klinikal dan ujian klinikal. Pengalaman industri farmasi Dr. Silva termasuk kedudukan saintifik dan kepimpinan di Vertex, Amgen, Millennium dan Takeda Pharmaceuticals. Dr. Silva memegang ijazah Ph.D. dan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Bioperubatan dari Worcester Polytechnic Institute.

Maklumat mengenai Invicro
Beribu pejabat di Boston, MA, Invicro telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan misi untuk meningkatkan peranan dan fungsi bagi pengimejan dalam penemuan dan pembangunan ubat translasi merentasi semua bidang terapeutik. Hari ini, pasukan pelbagai disiplin Invicro menyediakan penyelesaian kepada syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi merentasi semua peringkat bagi talian paip pembangunan ubat (Tahap 0-IV), semua modaliti pengimejan dan semua bidang terapeutik, termasuk neurologi, onkologi, dan sistemik dan penyakit yang jarang berlaku. Perkhidmatan biopenanda kuantitatif Invicro, analisis lanjutan dan peranti AI, dan perkhidmatan operasi klinikal disokong oleh platform informatik perisian Invicro yang terkemuka di dalam industri, VivoQuant® dan iPACS®.

Sebagai sebahagian daripada organisasi perubatan kepersisan Konica Minolta dan dengan syarikat keluarga (sister company) mereka Ambry Genetics, Invicro membangun dan memanfaatkan pendekatan terkini di dalam biopenanda kuantitatif termasuk pengimejan, patologi kuantitatif dan genomik. Untuk maklumat sila layari www.invicro.com.

Maklumat mengenai Konica Minolta Precision Medicine
Konica Minolta Precision Medicine, Inc. (“KMPM”) yang berpangkalan di Aliso Viejo, CA adalah sebuah anak syarikat milik Konica Minolta, Inc. yang merangkumi Ambry Genetics Corporation dan Invicro LLC. Ditubuhkan pada tahun 2018 di atas kepercayaan bahawa penemuan perubatan yang berinovatif dapat dilakukan dengan menumpukan usaha terhadap peta ekspresi kesihatan, bidang yang belum ditemui di antara kesan genetik dan kesan biologi seseorang individu, dan mengukur kesihatan yang boleh dinyatakan kuantitinya mengikut masa. Platform kecerdasan dan visualisasi kesihatan KMPM menyatukan set data yang paling novel dan pelbagai daripada gen, protein, sel dan tisu dengan analisis yang canggih dan kepakaran saintifik dan perubatan yang terkemuka di dunia, yang membolehkan penjagaan yang lebih preskriptif, proaktif dan pencegahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.KonicaMinoltaPrecisionMedicine.com

Maklumat mengenai Konica Minolta
Konica Minolta, Inc. (Konica Minolta) adalah sebuah syarikat teknologi digital global dengan kekuatan teras di dalam pengimejan dan analisis data, optik, bahan, dan pemfabrikatan nano. Melalui inovasi, Konica Minolta mencipta produk dan penyelesaian digital untuk kebaikan perniagaan dan masyarakat — hari ini dan untuk generasi akan datang. Merentasi Teknologi Perniagaan mereka, Penjagaan Kesihatan, dan perniagaan yang dihadapi oleh Industri, syarikat itu berhasrat untuk menjadi sebuah Penyedia Nilai Penting yang menggunakan kepakaran mereka yang lengkap untuk menawarkan penyelesaian komprehensif kepada masalah pelanggan yang paling mendesak, bekerjasama dengan rakan-rakan untuk memastikan penyelesaian itu mapan, menjangkakan dan menangani isu-isu pada hari esok, dan menyesuaikan setiap penyelesaian untuk memenuhi keperluan yang unik dan khusus bagi pelanggan mereka yang dihargai. Memanfaatkan keupayaan ini, Konica Minolta menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan perubahan aliran kerja untuk pelanggan mereka dan menyediakan penyelesaian perkhidmatan yang canggih dalam era IoT. Beribu pejabat di Tokyo dan mempunyai operasi di lebih daripada 50 buah negara, Konica Minolta mempunyai lebih daripada 43,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada kira-kira dua juta pelanggan di lebih 150 buah negara. Konica Minolta disenaraikan di Bursa Saham Tokyo, (TSE4902). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.konicaminolta.com/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12946

Tuesday, December 24, 2019

BELIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-20 KEPULANGAN MACAU KE CHINA DENGAN PAEANS TERHADAP IKATAN MACAU-ZHUHAI

ZHUHAI, China, 23 Dis., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

20 Disember menandakan ulang tahun ke-20 kepulangan Macau kepada China, dan satu acara persembahan kilat atau flash mob yang bertemakan “Zhuhai dan Macau yang sedang Meningkat, Mengejar Impian di Wilayah Greater Bay” telah diadakan di tempat-tempat seperti Pelabuhan Hengqin di Zhuhai, sebuah bandar raya di Wilayah Guangdong yang berjiran di tanah besar. Menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Zhuhai, lebih daripada 700 orang muda dari Macau dan Zhuhai telah mengambil bahagian dan meraikan kepulangan Macau dan pembangunan bersepadu mereka dengan nyanyian dan tarian jalanan.

Zhuhai, yang terletak bersempadanan dengan Macau, kini telah menjadi pintu masuk dan pendahulu untuk kerjasama di antara tanah besar itu dan Macau. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Macau telah secara aktif diintegrasikan ke dalam pembangunan keseluruhan China dan menggalakkan pembangunan ekonomi sederhana yang dipelbagaikan, yang mana, Kawasan Baharu Hengqin bagi Zhuhai, dipisahkan oleh sebatang sungai dari Macau dengan jarak paling dekat 187 meter, yang kini dianggap sebagai sebuah platform dan penyokong yang penting.

Pada Februari tahun ini, kerajaan China telah mengeluarkan Pelan Rangka Pembangunan untuk Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau, yang bertujuan untuk memperdalamkan secara berterusan kerjasama yang saling menguntungkan dan menggalakkan pembangunan ekonomi serantau yang diselaraskan. Lei Wun Kong, seorang peguam dari Macau telah menyaksikan kerjasama yang mendalam itu di antara ketiga-tiga tempat ini. Pada Julai 2016, firma guaman Lei, telah mewujudkan sebuah firma guaman bersama di Kawasan Baharu Hengqin dengan kerjasama firma-firma guaman dari tanah besar dan Hong Kong. Sejak itu, beliau telah mula berulang-alik antara Zhuhai dan Macau.

Apa yang memungkinkan Lei bekerja merentasi dua bandar raya itu adalah penyambungan infrastruktur dan pelepasan kastam yang mudah dan efisien. “Ia hanya mengambil masa setengah jam dari firma saya di Macau untuk ke pejabat saya di Hengqin.” Yang lebih penting, Guangdong, Hong Kong dan Macau terus memperkukuhkan kerjasama mereka dalam bidang pelaburan, perdagangan, perkhidmatan kewangan, pendidikan sains dan teknologi, dan perkhidmatan sosial, dengan menyediakan firma guaman bersama dengan lebih banyak kerjasama di dalam perkhidmatan undang-undang.

Hari ini, perjalanan di antara dua bandar raya itu untuk bekerja dan menetap telah menjadi satu pilihan bagi ramai orang di Macau. Sebagai satu pembawa penting bagi kerjasama itu dengan Macau, Innovalley HQ telah mengeramkan 375 projek besar atau kecil sejak tahun 2015, dengan 199 dari Macau, dan 23 memperolehi pembiayaan modal teroka, yang berjumlah 433 juta yuan.

Pada tahun 2018, Neildo Choi, seorang usahawan muda dari Macau, bersama-sama dengan pasukan beliau, telah memulakan perniagaan di Innovalley dan melancarkan Discover Macau, sebuah platform pelancongan dalam talian, kini menawarkan 1700 produk berkaitan pelancongan, yang mengambil 90% daripada semua produk pelancongan di Macau. 62% daripada pengguna mereka yang berdaftar berasal dari kluster bandar raya di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau. “Hengqin menyediakan pelbagai struktur HR, ruang fizikal dan sokongan perindustrian kepada perniagaan Macau,” kata Choi.

Semakin ramai penduduk Macau memilih untuk tinggal atau bekerja di Hengqin, Zhuhai telah merangka beberapa dasar yang memudahkan. Bermula dari 1 Julai tahun ini, sebagai contoh, penduduk Macau yang tinggal di Zhuhai secara kekal layak untuk mendapatkan insurans perubatan asas tempatan, yang memudahkan pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan kehidupan mereka. “Sekarang adalah lebih mudah bagi saya untuk berjumpa doktor, dengan lebih banyak hospital untuk dipilih dari dua bandar raya apabila jatuh sakit,” kata Wu Liqing, seorang penduduk Macau yang memperoleh Kad Insurans Kesihatan Zhuhai pada awal Julai.

Sebelum ulang tahun ke-20 pulangan Macau ke China, Kawasan Baharu Hengqin juga telah meraikan ulang tahun mereka yang ke-10. Sejak penubuhannya, Hengqin telah membangunkan enam industri tonggak dengan kerjasama Macau, termasuk inovasi teknologi, kewangan, perubatan dan kesihatan, pelancongan kebudayaan dan pameran, perdagangan dan logistik, dan perkhidmatan profesional untuk membantu mengembangkan pembangunan perindustrian Macau.

Kerjasama Macau-Zhuhai yang semakin mendalam juga akan membantu syarikat-syarikat antarabangsa untuk memasuki pasaran China yang sangat besar, yang sebenarnya paling menarik minat mereka, kata Yang Chuan, pengarah bagi Jawatankuasa Pentadbiran bagi Kawasan Baharu Hengqin. Hengqin menawarkan satu lokasi yang unik di Kawasan Greater Bay, yang menghubungkan kedua-dua Hong Kong dan Macau, dengan itu menyediakan akses yang mudah kepada pertukaran antarabangsa untuk perusahaan asing.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12941

Monday, December 23, 2019

DATO' SERI IVAN TEH TERIMA PENGIKTIRAFAN PAUL HARRIS FELLOW DARIPADA KELAB ROTARY



KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato’ Seri Ivan Teh telah menerima pengiktirafan Anugerah Paul Harris Fellow yang unggul, penghormatan paling tinggi oleh Kelab Rotary itu, pada Jamuan Malam Gala Ulang Tahun Pelantikan ke-92 Kelab Rotary Kuala Lumpur DiRaja baru-baru ini. Diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Teh telah menerima anugerah itu daripada Presiden yang akan bersara Datuk Nelson Kwok Teng Toong. 

Diasaskan pada tahun 1957, anugerah itu memperakui individu yang telah membuat sumbangan yang signifikan dan menyokong usaha-usaha dermawan seperti mengimunkan kanak-kanak daripada penyakit polio dan menyediakan air bersih ke kawasan miskin di seluruh dunia. 

Turut hadir pada malam itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, yang juga menerima pengiktirafan anugerah paling tinggi Paul Harris Fellow. 

Ramai tokoh yang terkenal sepanjang sejarah adalah merupakan penerima lampau Paul Harris Fellowship, termasuk Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter, Presiden Russia Boris Yeltsin, angkasawan Amerika Syarikt James Lovell, Setiausaha Agung PBB Javier Perez de Cuellar, dan Jonas Salk, pencipta vaksin polio. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato’ Seri Ivan Teh berkata, “Saya berasa rendah diri dan berbesar hati untuk menerima pengiktirafan yang luar biasa ini bersama-sama dengan dermawan-dermawan berhati mulia yang lain yang telah banyak menyumbang kepada sebab-sebab yang teladan ini. Saya mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi terhadap Yayasan Rotary kerana mereka telah berusaha keras untuk membasmi penyakit, membekalkan air bersih, dan menyokong program-program pendidikan di seluruh dunia, di antara banyak inisiatif lain. Saya gembira kerana dapat memainkan peranan yang kecil tetapi diharap mempunyai penuh bermakna dalam melaksanakan peranan kami sebagai warga dunia, dan akan terus melakukannya dalam apa jua cara yang saya boleh.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12891

IELTS DILANTIK SEMULA SEBAGAI UJIAN BAHASA YANG DIPERCAYAI OLEH KERAJAAN UK UNTUK VISA

CAMBRIDGE, UK, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Minggu ini, UK Visas and Immigration (UKVI) mengumumkan IELTS, ujian bahasa yang paling dipercayai dunia, akan terus diterima untuk visa UK yang memerlukan pemohon mendemonstrasikan bahasa Inggeris mereka.

Susulan proses tender, IELTS telah dilantik semula sebagai pembekal ujian rasmi untuk visa yang diperlukan sebagai sebahagian daripada permohonan imigrasi UK.

Christine Nuttall, Pengarah Urusan IELTS di Cambridge Assessment English mengalu-alukan pengumuman ini.

“Kami memiliki rekod prestasi yang terbukti bagi menyampaikan IELTS untuk UKVI dengan proses keselamatan utama dunia,” kata Ms Nuttall.

“Pengumuman ini merupakan bukti nilai berterusan dan dipercayai yang diletakkan pada IELTS oleh kerajaan United Kingdom dan pengambil ujian di seluruh dunia.”

“Kami teruja IELTS dapat terus menyediakan get laluan untuk orang yang ingin memenuhi aspirasi mereka di UK,” kata beliau.

Pelantikan semula ini menyerlahkan peranan yang dimainkan IELTS dalam ujian bahasa untuk imigrasi.

IELTS merupakan satu-satunya ujian dipercayai untuk tujuan penghijrahan oleh kesemua empat kerajaan UK, Australia, Kanada dan New Zealand.

IELTS untuk UKVI dan IELTS Life Skills boleh diambil di lebih 110 pusat merentasi rangkaian global IELTS.

Senarai semak visa Kerajaan UK menyediakan lebih banyak maklumat tentang ujian yang diluluskan dan keperluan.

IELTS telah menjadi ujian bahasa Inggeris utama dunia untuk lebih daripada 30 tahun dan dimiliki bersama oleh British Council, IDP: IELTS Australia dan Cambridge Assessment English.

Perihal IELTS

International English Language Testing System (IELTS) merupakan ujian kemahiran bahasa Inggeris yang paling popular di dunia. Lebih 10,000 organisasi mempercayai IELTS sebagai penunjuk yang selamat dan boleh diharap bagi kemahiran bahasa Inggeris untuk pendidikan, imigrasi dan akreditasi profesional. IELTS dimiliki bersama oleh British Council, IDP: IELTS Australia dan Cambridge Assessment English.

British Council merupakan organisasi antarabangsa UK untuk pendidikan dan perhubungan budaya, diwakili di lebih 100 negara dan komited untuk membina kepercayaan melalui pertukaran pengetahuan.

IDP: IELTS Australia ialah subsidiari IDP Education, menawarkan penempatan pelajar di Australia, Ireland, US, Kanada, New Zealand dan UK. IDP: IELTS Australia mengurus pusat ujian IELTS di lebih 60 negara.

Cambridge Assessment English merupakan penyedia ujian utama dunia untuk pelajar bahasa Inggeris, yang diambil oleh lebih 5 juta orang di 140 negara setiap tahun.

IELTS.org

Orang hubungan media

Stacie Bowers, British Council - stacie.bowers@britishcouncil.org

Gracie Daniel, IDP – gracie.daniel@idp.com

Steve McKenna, Cambridge Assessment English – mckenna.s@cambridgeenglish.org

SUMBER: IELTS

--BERNAMA

​PRATONTON FESTIVAL KRAF JOHOR 2019



JOHOR BAHRU, 20 Dis (Bernama) -- Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hari ini mengadakan Pratonton Festival Kraf Johor 2019 bersama Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

PENGANJURAN - Festival Kraf Johor 2019 berlangsung dari 20 hingga 31 Disember 2019, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall. Festival ini diadakan bertujuan untuk mempromosi serta mewujudkan kesedaran di samping memberi maklumat terkini kepada pengunjung mengenai industri kraf tempatan, yang menampilkan kepelbagaian produk kraf berasaskan lima bidang kraf utama iaitu tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf.

KONSEP FESTIVAL KRAF JOHOR 2019 - Berkonsepkan Kraf Cenderamata Untuk Semua, Festival ini disertai seramai 264 usahawan kraf dari seluruh Malaysia dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik diinspirasikan menerusi aktiviti seperti Jualan Produk Kraf, Pameran dan Jualan Produk Baru, Demonstrasi dan Pameran dari Institut Kraf Negara, Sajian Negaraku, Pameran dan Pendidikan Kraf Warisan, Persembahan Kesenian, Aktiviti Galakan Pengunjung dan Aktiviti Pertandingan.

AKTIVITI SEMPENA FESTIVAL KRAF JOHOR 2019 – Aktiviti sempena Festival Kraf Johor 2019 adalah seperti berikut :

i.  Jualan Produk Kraf
ii. Pameran dan Jualan Produk Kraf - Produk Baru, Hadiah dan Cenderamata (VM 2020), Projek Kraf Komuniti Ku dan Projek Semarak Kraf
iii. Perkampungan Seni Kraf Perak, Negeri Kelantan
iv. Padanan Perniagaan
v. Pendidikan Kraf Warisan - Alat Muzik Gambus dan Kuda Kepang
vi. Pertandingan - Ukiran Kayu, Mewarna Batik, Gasing Ligat Tradisional FKJ, Mewarna, Dekorasi Buah Nanas, Fesyen Kraf Cilik, FKJ Idol 2019 dan Foto Viral
vi. Pameran Korporat Institut Kraf Negara
vii. Persembahan Kesenian - Pocket Show @ Buskers, Angklung, Kompang Formasi dan Tarian Irama Malaysia
viii. Sajian Negaraku
ix. Khidmat Iring

KELAINAN AKTIVITI FESTIVAL KRAF JOHOR KALI INI

i.    Perkampungan Seni Kraf Perak Kelantan - Perkampungan Seni Kraf Perak, Negeri Kelantan menghimpunkan seramai 13 usahawan kraf terdiri daripada tukang–tukang kraf yang menghasilkan produk hiasan dan aksesori dari seni pertukangan perak (silverware). Di perkampungan ini, pengunjung berpeluang melihat lebih dekat penghasilan seni kraf perak seperti Filligre, Jewellery dan Wares. Para pengemar kraf perak turut berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan mengilat semula produk kraf perak.

ii.   Produk Baru, Hadiah dan Cenderamata VM2020 - Mengetengahkan pameran dan jualan pelbagai produk kraf rekaan baru dan unik khusus untuk sambutan VM2020.Pameran produk berkonsepkan VM2020 juga turut diketengahkan bagi menarik lagi minat pengunjung dengan penampilan rekaan baru dan unik.

iii.  Pertandingan Ukiran Kayu - Pertandingan membuat Panel Ukiran Kayu anjuran bersama Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR) akan berlangsung selama 3 hari. Pertandingan ini terbuka kepada usahawan kraf dan pelajar IPTA/IPTS.
 
PERAGAAN FESYEN - Pada majlis ini juga, tetamu dipertontonkan dengan persembahan peragaan fesyen sebanyak 36 koleksi rekaan daripada 9 usahawan kraf yang menyertai Festival Kraf Johor 2019 iaitu Jafiqa Couture, Batras Design, Bilion Trading, Noor Arfa Batik, Nolie & Ezryhelmy, TMF Batik, Unique Touch, Pusat Tenun Pahang Felda Chini dan Yayasan Warisan Johor.

HARAPAN KRAFTANGAN MALAYSIA - Penganjuran Festival Kraf Johor 2019 diharap terus mendapat sokongan masyarakat di Negeri Johor dan pelancong dari Singapura khususnya serta seluruh rakyat Malaysia amnya dan semoga sasaran kedatangan pengunjung seramai 135,000 orang dapat dicapai. Adalah menjadi harapan agar Festival Kraf Johor 2019 menjadi destinasi kunjungan utama bagi pelancong domestik dan antarabangsa serta dimanfaatkan oleh masyarakat setempat sempena musim cuti sekolah.

SUMBER: Kraftangan Malaysia 

Friday, December 20, 2019

HAWK SECURITY LIMITED MULA MENJUAL PEMACU SSD LUARAN DILINDUNGI PERKAKASAN DENGAN PENYULITAN GRED TENTERA AES 256 XTS


HONG KONG, 10 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hawk Security Limited mula menjual pemacu SSD luaran dilindungi perkakasan dengan penyulitan gred tentera AES 256 XTS.

Pemacu ini dikenali sebagai Hawk S-Drive. Peranti padat ini dilengkapi USB 3.1 Gen 1 moden, bekas aluminium (84 * 40 * 10 mm) dengan berat sebanyak 42 gram sahaja, dan memori dalaman (daripada 128 GB sehinggalah 2 TB).

Untuk lebih daripada dua tahun, “Hawk Security” telah membangunkan perisian dan perkakasan untuk melindungi privasi pelanggannya dengan berkesan, yang kemudiannya disepadukan ke dalam Hawk S-Drive. Hasilnya, terdapat sistem Hawk Encrypt yang telah dibangunkan – sebuah sistem penyulitan perkakasan pada dasar pengawal cip yang disepadukan dalam papan peranti. Cip ini membolehkan anda menyulitkan data yang mematuhi standard gred tentera AES 256bit XTS, manakala kelajuan tulis/baca sehingga 450 Mb/s.

Peranti juga dilengkapi papan kekunci khas yang diperbuat daripada plastik keras, agar anda boleh mengawal akses kepada data pada peranti dengan mudah. Panjang kod PIN adalah daripada 4 hingga 16 digit. Ini merupakan semua sistem perlindungan asas yang diperlukan: penyekatan automatik (jika tidak aktif untuk lebih daripada 3 jam), auto padam maklumat selepas 10 percubaan pengesahan yang gagal.

Hawk S-Drive kini tersedia untuk jualan runcit bermula dari $179 untuk 128 GB , syarikat menyediakan penghantaran percuma antarabangsa ke seluruh dunia, dan waranti peranti ialah 1 tahun.

Hawk Security menawarkan terma yang saling bermanfaat bagi kerjasama untuk pengedar di seluruh dunia, untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi wakil syarikat.

Orang hubungan:
Sergey Semeykin
PR dan Pasukan Jualan
semeykin@hawksecurity.net 
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0159c95c-3be5-47f0-9dc0-3859f53b124c 

Foto juga tersedia di Newscom, www.newscom.com, dan melalui AP PhotoExpress. 
 
Video yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ad1f8003-fac5-4aee-9611-0fd70eb08b0c 


SUMBER: Hawk Security Limited


--BERNAMA 
 

EPIQ MENGUMUMKAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT BAHARU

Carlos Gonzalez Menyertai Pasukan Kepimpinan Epiq 

NEW YORK, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Epiq, peneraju utama dalam industri perkhidmatan perundangan, mengumumkan hari ini bahawa Carlos Gonzalez telah menyertai ketua pegawai maklumat, yang akan melapor secara terus kepada David Dobson, CEO. Carlos merupakan pemimpin berpengalaman yang membawa 20 tahun pengalaman global, teknologi dalam membina operasi IT boleh skala dan berprestasi tinggi untuk syarikat-syarikat besar termasuklah IBM, American Home Mortgage, dan Allscripts. Beliau memiliki pengalaman yang ketara merentasi infrastruktur, rangkaian, keselamatan dan pengurusan operasi pusat data yang menggunakan berbilang teknologi dengan rekod prestasi meningkatkan kebolehpercayaan dan membentuk kejayaan perusahaan.

“Carlos ialah pemimpin teknologi bertaraf dunia dengan rekod prestasi bagi kejayaan yang hebat.  Strategi kami untuk terus melabur dalam teknologi, orang, dan proses untuk memacu lebih banyak nilai kepada klien kita akan dipercepat dengan penyertaan beliau dalam pasukan kami,” kata David Dobson, ketua pegawai eksekutif Epiq.

“Fokus Epiq untuk menyampaikan penyelesaian teknologi baka terbaik kepada pangkalan klien hebat menarik minat saya menyertai pasukan dan organisasi hebat ini,” kata Gonzalez.  “Saya yakin kita boleh mengembangkan lagi kejayaan teknologi lalu kita sementara menginovasi untuk masa hadapan. Ini membolehkan kita untuk terus meningkatkan penyelesaian dan perkhidmatan yang kita sampaikan kepada klien kita bagi membantu mereka mentransformasikan operasi perniagaan mereka.”

Baru-baru ini, Gonzalez berkhidmat sebagai naib presiden dan ketua pegawai maklumat di Hospital Mount Sinai South Nassau, salah sebuah hospital terbesar di Long Island dan diiktiraf oleh US News & World Report’s 2019-2020 sebagai Hospital Rantau Terbaik. Latar belakang beliau mengurus sistem dan operasi berskala besar telah membantu beberapa operasi berkembang dan mencapai kemajuan dalam teknologi, termasuklah projek untuk meningkatkan kestabilan dan meningkatkan prestasi sementara mengurangkan risiko.

Tentang Epiq
Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan perundangan melakukan tugasan berskala besar dan semakin rumit bagi peguam korporat, firma guaman dan profesional perniagaan dengan kecekapan, kejelasan dan keyakinan. Pelanggan mengharapkan Epiq untuk melancarkan pentadbiran operasi perniagaan, saman secara berkumpulan dan tort berkumpulan, laporan mahkamah, ePenemuan, kawal selia, pematuhan, penstrukturan semula dan hal-hal kebangkrapan. Pakar bidang dan teknologi Epiq menghasilkan kecekapan melalui kepakaran dan memberikan keyakinan kepada pelanggan berprestasi tinggi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di www.epiqglobal.com.

Maklumat Hubungan Akhbar
Shanna Schultz
Epiq
+1 713 933 2922
shanna.schultz@epiqglobal.com 
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/279014ca-1e2e-4765-b2b9-28f003ab72fe 


SUMBER: Epiq Systems Inc

--BERNAMA

Tuesday, December 17, 2019

LEDDARTECH MEMPAMERKAN TEKNOLOGI LIDAR DI CES 2020 DARI 7-10 JANUARI DI LAS VEGAS DALAM KERJASAMA DENGAN KERAJAAN QUEBEC

LeddarTech menyertai kumpulan syarikat yang dihormati di Reruai Kerajaan Kanada dalam kerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan Inovasi Kerajaan Quebec


QUEBEC CITY, 17 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, merupakan peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang mereka bentuk Auto and Mobility LiDAR PlatformTM yang paling serba boleh, dan boleh skala dalam pasaran, hari ini mengumumkan bahawa syarikat akan menyertai delegasi Quebec di CES 2020, mewakili beberapa syarikat paling berinovatif Quebec. Peluang ini ialah hasil inisiatif yang dianjurkan dan dijayakan Kementerian Ekonomi dan Inovasi Quebec di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri En. Pierre Fitzgibbon, dengan kerjasama Kerajaan Kanada.

“LeddarTech teruja dan berbangga dapat menyertai Kerajaan Quebec di Pertunjukan Elektronik Pengguna tahun ini” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi Global untuk LeddarTech.  “Sepanjang 18 bulan yang lepas, LeddarTech telah berkembang ke Eropah, Amerika dan Asia; pengembangan ke pasaran baharu yang berjaya ini merupakan bukti Kanada secara umumnya, dan Quebec khususnya, berada di barisan hadapan bagi inovasi dan sokongan sektor teknologi” rumus En. Aitken.

Lawati LeddarTech di Reruai Kementerian Ekonomi dan Inovasi Quebec yang terletak di 35824 Las Vegas Convention Center, South Hall 4

Jadualkan perjumpaan dengan LeddarTech semasa CES

LeddarTech yang telah memberikan komitmen kepada acara tahunan ini buat beberapa tahun sekarang kembali lagi untuk menyertai CES 2020. Tahun ini, LeddarTech akan mengambil bahagian di beberapa lokasi sepanjang persidangan sementara persidangan ini terus mendapat pengiktirafan dan perhatian untuk penyelesaian LiDAR yang menerajui industri. Tahun ini amat ketara kerana LeddarTech telah dianugerahkan sebagai CES 2020 Innovation Award Honoree dalam Kecerdasan Kenderaan dan Pengangkutan untuk Leddar™ Pixell, LiDAR Kokun dikeluarkan baru-baru ini untuk pasaran kenderaan autonomi.  Dilancarkan pada September tahun ini, Leddar Pixell telah memenangi kedua-dua pujian dan anugerah daripada persatuan industri dan pelanggan seumpamanya.

Manfaat Leddar™ Pixell:
  • Pengesanan objek boleh diharapkan dan Pengguna Jalan Rentan (VRU)
  • Medan pandangan 180° mendatar yang luas
  • Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan
  • Ketahanan yang luar biasa
  • Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
  • Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif
Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine™ unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automotif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

SUMBER: LeddarTech inc.

Monday, December 16, 2019

UPSI PAMER 1000 SPESIMEN ORDER LEPIDOPTERA

TANJONG MALIM, 12 Dis (Bernama) -- Ramai menganggap rama-rama dan kupu-kupu adalah spesis yang sama disebabkan oleh ciri-ciri fizikalnya. Walaupun kedua-dua spesis ini berasal daripada order yang sama iaitu order Lepidoptera, namun hakikatnya masing-masing mempunyai beberapa perbezaan yang ketara.
 
Menurut Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains Matematik (FSM), Dr. Alene Tawang, rama-rama dikenali sebagai spesis serangga nokturnal di mana ia aktif pada waktu malam dan berehat pada waktu siang, manakala kupu-kupu pula adalah spesis serangga ‘diurnal’ yang aktif pada waktu siang dan tidur pada waktu malam.
 
Katanya, bagi mengenali spesis tersebut dengan lebih dekat orang ramai kini berpeluang melihat lebih 1000 jenis spesimen rama-rama dan kupu-kupu yang terdapat di negeri Perak di Muzium Zoologi, FSM, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

“Pameran inisiatif Jabatan Biologi, FSM bertajuk 'Lepidoptera Insecta Perak Darul Rizduan' ini dibuka bermula November 2019 hingga 1 Mac 2020. Antara spesis yang dipamerkan ialah Yellow Grass Tiger, Chocolate Albatross, Red Spotted Blue Bottle, Common Mormon, Peacock Pansy, Common Blue Bottle dan banyak lagi,” katanya.

Berkenaan penubuhan muzium itu katanya, adalah cetusan idea dari Dekan Profesor Madya Dr. Haniza Hanim Mohd Zain dan penyarah-pensyarah di jabatan tersebut bertujuan memberi peluang kepada pelajar dan warga UPSI untuk mengenali khazanah fauna negeri Perak dan Malaysia umumnya.

“Selain menikmati dan menambah ilmu, pengunjung juga dapat mengikuti kursus membuat rantai kunci dan pelekat bermagnet menggunakan serangga terawet.  Ianya sangat sesuai untuk pelajar sekolah khususnya pada musim cuti sekolah ini dan ia merupakan peluang yang bagus untuk mereka datang melawat sambil belajar mengenai fauna yang ada di Perak,” katanya.

Tambah beliau untuk memasuki pameran itu, yuran masuk serendah RM2/orang untuk dewasa, dan RM1/orang bagi pelajar UPSI dan kanak-kanak dikenakan bertujuan menampung kos penjagaan dan pemuliharaan bahan pameran di Muzium Zoologi tersebut.

Orang ramai yang berminat mengunjungi pameran ini boleh menghubungi Dr. Alene Tawang di talian 019 – 788 7084 atau Puan Marina Karunzaman ditalian 012 388 8935.

Sumber: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Friday, December 13, 2019

WAWASAN BAHARU UNTUK PENYELIDIK YANG INGIN MENYEGERAKKAN DATA PENJEJAKAN MATA


Penyepaduan Inovatif bagi Penjejakan Mata dan Data Fisiologi Kini Tersedia daripada BIOPAC

GOLETA, Calif., 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BIOPAC Systems, Inc. kini menawarkan penyelesaian penjejakan mata baharu dengan penyampaian rangsangan yang menyepadukan data fisiologi dengan data penjejakan mata. Perkakasan dan perisian Bar Penjejakan Mata Berdasarkan Skrin, Jauh membenarkan penyelidik menyampaikan rangsangan dan mengumpulkan data penjejakan mata yang digabungkan dengan data fisiologi dalam antara muka tunggal.

Penyelidik kini boleh mengaitkan metrik penjejakan mata standard seperti kedudukan renungan, masa inap, kadar kelip, dan saiz anak mata dengan data fisiologi seperti Kadar Degupan Jantung, EMG, EDA/GSR, dan SCR/SCL. Dengan melihat data disegerakkan dalam satu antara muka, penyelidik boleh membangunkan wawasan yang lebih bermakna dalam eksperimen saintifik mereka dengan lebih mudah.

Bar Penjejakan Mata bukan sentuhan baharu ini tersedia dalam dua saiz dan berbilang pilihan frekuensi untuk resolusi ditingkatkan—40 Hz, 60 Hz, 120 Hz dan 200 Hz. Teknologi anak mata gelap mendayakan penjejakan mata masa nyata pada sebarang skrin komputer. Sistem fleksibel menggunakan kamera inframerah dan menyediakan sumber cahaya sendiri, membolehkannya berfungsi dalam keadaan pencahayaan yang berbeza—cerah di luar, di dalam kenderaan, di dalam bilik yang gelap, walaupun dalam keadaan gelap-gelita. Kotak pergerakan kepala yang besar membenarkan subjek menggerakkan kepala mereka lebih bebas berbanding jika ditambatkan kepada peranti.

Metrik penjejakan mata termasuk metrik Laluan Renungan, Plot Renungan, Peta Haba, Peta Perhatian, Bahagian Penting Ditakrifkan Pengguna (AOI), Plot Skarf, Plot Rentetan, Carta Pai, dan Penunjuk Prestasi Utama (KPI). Data fisiologi boleh merangkumi semua isyarat yang dicatatkan dengan perisian AcqKnowledge BIOPAC, merangkumi ECG, EDA, EMG, SCR, SCL, BP, PULSE, RESP—sehingga 16 saluran input bagi setiap Unit Pemerolehan Data MP160.

“Penjejakan mata adalah metrik yang penting untuk sesetengah jenis penyelidikan—termasuklah psikofisiologi, ergonomik, pengalaman pengguna, reka bentuk, pembangunan produk dan penyelidikan pasaran,” kata CEO BIOPAC Frazer Findlay. “Keupayaan untuk melihat penjejakan mata dan data fisiologi dalam satu antara muka akan meningkatkan kecekapan penyelidikan dan membenarkan penyelidik untuk mengembangkan kajian saintifik mereka.”

Maklumat lanjut tentangSistem Penjejakan Mata BIOPACboleh ditemui pada laman web BIOPAC.

Perihal BIOPAC Systems

BIOPAC diasaskan pada tahun 1985 dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai pilihan utama untuk perkakasan dan perisian sains hayat. Lebih 99% daripada 100 universiti dan syarikat Global Fortune 500 di seluruh dunia bergantung pada BIOPAC untuk kajian sains hayat dan keperluan sistem pengajaran mereka. BIOPAC membuat alat saintifik berkualiti tinggi untuk ukuran dan tafsiran fisiologi. Penyelesaian BIOPAC terdiri daripada penyelesaian pendidikan sehinggalah peranti canggih untuk penggunaan dalam makmal, dunia nyata, dan persekitaran penyelidikan realiti maya. Untuk maklumat lanjut tentang produk BIOPAC lawati www.biopac.com.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8f4910df-8827-4c8e-808d-1c97165d515c

Maklumat Hubungan:
Brenda Dentinger
Pengurus Pemasaran
BIOPAC Systems, Inc.
brendad@biopac.com

SUMBER: BIOPAC Systems, Inc.

--BERNAMA

AVIS DINAMAKAN SYARIKAT SEWA KERETA UTAMA DUNIA DI WORLD TRAVEL AWARDS 2019

BRACKNELL, United Kingdom, 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Jenama sewa kereta utama, Avis telah dinamakan sebagai syarikat sewa kereta utama dunia untuk tahun kedua berturut-turut di Peringkat Akhir World Travel Awards 2019. Anugerah telah diumumkan di upacara anugerah di Muscat, Oman pada 28hb November 2019.

Petang itu menandakan acara klimaks bagi Grand Tour 2019 ulang tahun ke-26 WTA, dengan pemenang bagi enam upacara rantau WTA bertanding untuk gelaran dunia yang menjadi rebutan.

World Travel Awards tahunan ke-26 diiktiraf secara global sebagai program penghargaan yang amat berprestij dalam perjalanan dan pelancongan global. Anugerah diundi oleh pakar perjalanan dan pelancongan serta pengguna di seluruh dunia, dan penghargaan ini mengiktiraf komitmen jenama terhadap kecemerlangan, dengan penghormatan industri mutlak.

Keith Rankin, Presiden, Antarabangsa, Avis Budget Group berkata: “Kami teruja untuk dinamakan sebagai syarikat sewa kereta terbaik dunia. Penghormatan ini merupakan penunjuk terhadap fokus kami untuk menyediakan produk yang terbaik mungkin dan pengalaman kepada pelanggan kami. Kami berbangga dapat menyampaikan perkhidmatan premium, sementara sentiasa berinovasi, berkembang, dan mengguna pakai teknologi terkini untuk mencipta semula pengalaman sewaan, membantu untuk menjadikannya lebih terhubung, diselaraskan dan atas permintaan: seperti yang ditunjukkan dengan pelancaran Aplikasi Avis yang memenangi anugerah kami.

“Anugerah ini juga merupakan bukti kepada ejen yang amat terlatih kami dan pasukan berpengalaman di 5,500 lokasi Avis di seluruh dunia, menyampaikan pengalaman dan kepuasan pelanggan yang semakin bertahap tinggi. Sebagai pembekal penyelesaian mobiliti globa utama, kami bergantung pada kepakaran dan keprofesionalan kakitangan kami. Anugerah ini membantu untuk meraikan kerja keras dan dedikasi terhadap kecemerlangan mereka.”

Perihal Avis
Dengan kira-kira 5,500 lokasi di hampir 170 negara, Avis merupakan salah sebuah pembekal kereta sewa terbesar di dunia yang bertekad untuk mengembangkan penyelesaian mobiliti atas permintaan dan memperibadikan pengalaman pelanggan. Avis dimiliki Avis Budget Group, Inc. (NASDAQ:CAR), yang merupakan syarikat induk bagi Avis, Budget, Zipcar, Payless, Apex Car Rentals, France Cars, Maggiore, Morini Rent dan Turiscar. Melalui jenama mobiliti utama ini, pelanggan boleh mendapatkan hampir sebarang jenis kenderaan (kereta, trak, van), untuk sebarang tempoh masa (minit, jam, hari, bulan), untuk sebarang tujuan (perniagaan, santai), di hampir 11,000 lokasi di kira-kira 180 negara. Untuk maklumat lanjut, lawati www.avis.com dan ikuti @avisinnovation.

Butiran hubungan:

MHP Communications

AvisBudgetGroup@mhpc.com

Sumber: Avis Budget Group, Inc.

--BERNAMA

Thursday, December 12, 2019

MOENGAGE INC. MENCAPAI STATUS KECEKAPAN PENGALAMAN RUNCIT PERKHIDMATAN WEB AMAZON

BENGALURU, India & SAN FRANCISCO 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MoEngage Inc, sebuah platform penglibatan pelanggan pintar, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai Kecekapan Runcit Perkhidmatan Web Amazon (AWS).

Rakan-rakan Kecekapan Runcit AWS telah menunjukkan kecekapan teknikal dan kejayaan  pelanggan yang terbukti merentasi pelbagai bidang penyelesaian yang berinovatif dalam runcit yang merangkumi Data Lakes, AI/ML, Suara, Pengecaman, loT, Perkhidmatan Mikro, dan Transformasi Runcit.

Rakan-rakan Kecekapan Runcit AWS menjalani pengesahan yang ketat oleh AWS untuk memastikan penjajaran dengan amalan terbaik AWS bagi membina infrastruktur awan yang paling selamat, berprestasi tinggi, berdaya tahan dan cekap bagi aplikasi industri - untuk memberikan pelanggan keyakinan yang lebih tinggi apabila membuat keputusan.

AWS membolehkan penyelesaian yang berskala, fleksibel, dan kos efektif daripada syarikat permulaan kepada perusahaan global. Untuk menyokong integrasi dan pengerahan yang lancar bagi penyelesaian ini, AWS telah mewujudkan  Program Kecekapan AWS untuk membantu pelanggan mengenal pasti Rakan-rakan Perundingan dan Teknologi APN dengan pengalaman dan kepakaran industri yang mendalam.

Mencapai Kecekapan Runcit AWS membezakan MoEngage sebagai sebuah ahli Rangkaian Rakan AWS (APN) yang menyampaikan kecekapan teknikal yang sangat khusus.

“MoEngage berbangga untuk mencapai status Kecekapan Runcit AWS,” kata Raviteja Dodda, Pengasas bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, MoEngage. “Pasukan kami berdedikasi untuk membantu syarikat-syarikat mencapai matlamat teknologi mereka dengan memanfaatkan ketangkasan, keluasan perkhidmatan, dan kepesatan inovasi yang disediakan oleh AWS.”

MoEngage memanfaatkan AWS untuk membantu ia menyampaikan pesanan yang bersifat peribadi dan tepat masa pada skala. MoEngage menyampaikan lebih daripada satu bilion komunikasi peribadi setiap hari, dengan memprofilkan lebih 500 juta pengguna dari 35 buah negara.

Dengan menggunakan MoEngage, peruncit boleh memacukan pengekalan yang lebih tinggi, nilai seumur hidup dan ROI pemasaran. MoEngage juga dinamakan dalam Gartner Magic Quadrant 2019 untuk Platform Pemasaran Mudah Alih - dan menerima satu daripada penarafan  yang lebih tinggi bagi kepuasan pelanggan.

Encik Anand Bhaskaran, Ketua, Pemasaran Digital di bigbasket, berkata, “MoEngage telah menjadi sebuah rakan yang sangat kuat dan mantap yang menyokong kami dalam usaha kami untuk menjadi stor runcit dalam talian yang terbaik di India. Pensegmenan mereka yang teguh, personalisasi yang dikuasai oleh AI, dan keupayaan pemasaran rentas saluran memainkan satu peranan penting di dalam membantu bigbasket menyampaikan suatu pengalaman runcit dalam talian yang dikhususkan dan lancar kepada pelanggan.”

Maklumat mengenai MoEngage

MoEngage adalah sebuah platform penglibatan pelanggan pintar, yang dibina untuk dunia mudah alih pertama. Jenama-jenama runcit seperti FuturePay, Tokopedia, bigbasket, antara beberapa pihak lain yang menggunakan MoEngage untuk menyampaikan personalisasi hiper pada skala merentasi saluran-saluran digital.
Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari www.moengage.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191209005796/en/

Hubungi

MoEngage | Suraj Dubey | suraj@moengage.com

Sumber : MoEngage

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

AGROSAVFE MENGUMUMKAN PERUBAHAN NAMA KEPADA BIOTALYS DAN PENGGABUNGAN SUBSIDIARI AS, BIOTALYS, INC.

Identiti korporat baharu menggambarkan misi untuk membentuk masa depan bekalan makanan yang mampan dan selamat

Penggabungan Biotalys, Inc. menyokong strategi pertumbuhan antarabangsa yang bercita-cita

GHENT, Belgium, 11 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- AgroSavfe NV, sebuah syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan biokawalan generasi baharu, hari ini mengumumkan perubahan nama syarikatnya kepada “Biotalys”. Hasilnya, AgroSavfe NV menjadi Biotalys NV, berkuat kuasa serta-merta. Selain itu, untuk menyokong pertumbuhan antarabangsanya dengan lebih lanjut dan untuk menyediakan pelancaran biofungisid pertamanya, dijangka pada tahun 2022 di USA, Syarikat telah menggabungkan Biotalys, Inc. Ibu pejabat Syarikat kekal berpangkalan di hab bioteknologi di Ghent, Belgium.

Patrice Sellès, CEO Biotalys, memberikan komen: “Kami teruja untuk mendedahkan identiti korporat baharu kami, Biotalys, mencerminkan misi kami untuk bekerja ke rantaian bekalan yang lebih mampan dan cita-cita kami untuk mentransformasikan makanan dan perlindungan tanaman dengan pendekatan biokawalan berdasarkan protein yang unik, berkesan dan selamat. Penjenamaan baharu datang pada masa yang menarik sementara kami mendekati peringkat terakhir bagi pembangunan biofungisid pertama kami, BioFun-1, yang dijangka untuk memasuki pasaran AS pada tahun 2022. BioFun-1 pada awalnya akan menyasarkan segmen buah-buahan dan sayur-sayuran, dan mod tindakan uniknya dan ciri-ciri produk akan membolehkan perlindungan tanaman makanan daripada serangga perosak dan penyakit utama, serta melanjutkan hayat simpan untuk mengurangkan sisa makanan, yang merupakan cabaran utama di seluruh dunia.” Beliau menambah: "Penubuhan Biotalys, Inc. sejajar dengan strategi pertumbuhan bercita-cita kami dan akan menyokong penghasilan nilai jangka panjang melalui pengkomersialan produk kami di AS. Kami menanti-nantikan untuk mengembangkan lagi pasukan kami, membina jenama kami di peringkat antarabangsa, dan mempercepat pembangunan penyelesaian biokawalan inovatif kami dalam berbilang penunjuk.”

Syarikat diasaskan pada tahun 2013 di bawah nama AgroSavfe, dan sejak penubuhannya, telah menerima pengiktirafan daripada komuniti pelaburan dan industri sebagai platform unik dan berkuasa bagi pengenalpastian dan pembangunan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein unik dan bersasar merentasi berbilang penunjuk.

Mengembangkan pada kepakaran saintifik dan pengesahan serta penyahrisiko platform, identiti korporat baharu, Biotalys, mencerminkan evolusi semula jadi ke arah mematangkan perniagaan Perlindungan Makanan dan Tanaman, berinteraksi dengan rantaian nilai makanan lengkap dan menawarkan makanan alternatif dan penyelesaian perlindungan tanaman yang menggabungkan prestasi konsisten seperti kimia dengan profil keselamatan biologi.

Perihal Biotalys

Biotalys merupakan syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat.

Berdasarkan platform teknologi perintisnya, Syarikat sedang membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat dengan mod tindakan unik, menangani perosak dan penyakit tanaman utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan.

Biokawalan berdasarkan protein unik Biotalys menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, menjadikannya agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan pra- dan pasca-penuaian. Syarikat berada pada landasan untuk melancarkan biofungisid pertamanya di AS pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran secara global kemudiannya.

Biotalys ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flanders untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul €51 juta setakat ini daripada pelabur antarabangsa pakar. Syarikat berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.biotalys.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Marieke Vermeersch, Perunding Komunikasi Korporat
T: +32 (0)9 261 06 84
E: marieke.vermeersch@biotalys.com

SUMBER: Biotalys

--BERNAMA 

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENERIMA EMPAT SEKOLAH PERNIAGAAN BAHARU UNTUK KEAHLIAN

Sekolah Baharu Mewakili Geografi yang Pelbagai, Membawa Perspektif Penting dalam Menyokong Misi GMAC

RESTON, Va., 10 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah pertubuhan global untuk sekolah perniagaan terkemuka, hari ini mengumumkan empat sekolah baharu yang memperoleh keahliannya. Penambahan Hult International Business School; Maastricht University, School of Business and Economics; Sabanci University, Sabanci Business School; dan Trinity College Dublin, Trinity Business School menjadikan jumlah keahlian GMAC sebanyak 229.

Ahli GMAC melalui proses jemputan sahaja yang ditadbir oleh lembaga pengarah organisasi. Calon kemudiannya akan menyertai proses permohonan komprehensif yang menyatakan komitmen berterusan untuk menyokong misi GMAC: menyediakan alat dan maklumat yang sewajarnya untuk sekolah dan bakat untuk meneroka dan menilai sesama sendiri.

“Jumlah sekolah perniagaan yang berkualiti di seluruh dunia bermaksud bahawa perjalanan seorang calon ke arah ijazah lanjutan tiada sempadan,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC.  “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan institusi ini ke dalam keahlian GMAC kerana mereka mencerminkan globalisasi industri kita.  Setiap sekolah membawa wawasan dan kepakaran unik daripada pengalaman mereka sendiri dan akan menyumbang kepada misi kita secara signifikan.”

Di samping memenuhi kriteria keahlian, setiap sekolah telah membuat ikrar khusus untuk membantu GMAC mencapai misinya.

Hult International Business School
Hult International Business School ialah peneraju pendidikan bukan keuntungan dan sekolah perniagaan A.S. pertama yang memiliki tiga akreditasi. Diberikan kedudukan oleh Financial TimesThe EconomistForbes, dan Bloomberg Businessweek, Hult menawarkan program peringkat siswa, siswazah, dan pendidikan eksekutif dan menganugerahkan ijazah AS dan UK merentasi lokasi kampus globalnya di Boston, San Francisco, London, Dubai, Shanghai, dan New York. Diasaskan oleh salah seorang usahawan paling berjaya Eropah—Bertil Hult—sekolah ini dibina atas kepercayaan bahawa kemahiran perniagaan hanya benar-benar boleh dipelajari melalui tindakan. Dengan memberikan penghayatan kepada pelajar dari seluruh dunia dalam pengalaman praktikal, amali bermula hari pertama, program di Hult membangunkan kemahiran yang majikan dan usahawan paling perlukan. Dengan kerjasama GMAC, Hult akan meneruskan usaha untuk mewujudkan komuniti global yang terdiri daripada graduan yang yakin, berkebolehan, bersedia menghadapi cabaran hari esok.

Maastricht University, School of Business and Economics
Pendekatan baharu dan inovatif dalam pengajaran dan penyelidikan telah memacu reputasi Maastricht University School of Business and Economics sebagai sekolah perniagaan yang bertaraf tinggi.  Terletak di Belanda, Maastricht akan menggunakan pengalaman mereka untuk menyokong misi GMAC dalam membawa inovasi ke pasaran sementara membantu sekolah dan calon berhubung dengan satu sama lain. Mereka berkongsi komitmen GMAC untuk meningkatkan dan menambahkan perkhidmatan yang menyokong dan membina di atas usaha hebat yang dicurahkan oleh sekolah perniagaan untuk membawa masuk kelas yang pelbagai dan berbakat setiap tahun.  Maastricht akan menggunakan ilmu dan kepakaran industri untuk membantu dalam membangunkan bahan pendidikan pengurusan yang memperakui aliran terkini seperti pendigitalan, kemapanan, dan tanggungjawab.

Sabanci University, Sabanci Business School
Ditubuhkan pada 1999 sebagai sekolah pengurusan siswazah dan kemudiannya dikembangkan untuk merangkumi pendidikan peringkat siswa, Sabanci Business School (Sabanci SBS) di Istanbul, Turki dengan pantas telah menjadi salah sebuah sekolah perniagaan terkemuka di rantau itu, dengan kedudukan sebagai salah sebuah sekolah perniagaan terbaik oleh Financial Times. Sentiasa didorong oleh penyelidikan, Sabanci SBS menyediakan pelbagai program mencabar dan inovatif yang menyahut kepada keperluan terkini dan masa hadapan pelajar perniagaan dan juga persekitaran yang akan mereka hadapi kelak. Dalam semua program mereka, Sabanci SOM adalah sangat inovatif, menumpukan untuk membangunkan hubungan rapat dengan komuniti perniagaan, mewujudkan keseimbangan yang wajar antara teori dan amali dalam pengurusan, dan mendidik pengurus yang bertanggungjawab dari segi sosial. Sabanci SBS menyertai Perbincangan Meja Bulat Sekolah Utama GMAC di Turki dan menyediakan pandangan yang bernilai di seluruh rantau mereka.

Trinity College Dublin, Trinity Business School
Trinity Business School terletak di tengah-tengah universiti penyelidikan terkemuka dunia di pusat bandar Dublin, sebuah ibu kota Eropah dan hab perniagaan global. Pendekatan Trinity Business School dalam pendidikan merangkumi penyelidikan antarabangsa dan kepakaran industri dalam pendekatan berdasarkan projek apabila impak pada perniagaan dan masyarakat adalah penting. Trinity Business School menyokong pelajar mereka untuk menamatkan pengajian dengan ‘kompas moral’ dan untuk cemerlang dalam ‘kepimpinan beretika’, membangunkan strategi perniagaan yang menggalakkan sikap beretika dalam kalangan pengguna dan pelabur.  Sebagai sebahagian daripada komitmen Trinity Business School untuk menyumbang kepada masyarakat global, mereka akan menyokong GMAC untuk terus menyampaikan kecemerlangan dalam pendidikan perniagaan dan menyediakan wawasan bernilai dari Ireland dan Eropah untuk membantu memperluas dan meningkatkan penawaran GMAC.

Untuk dipertimbangkan bagi keahlian dalam GMAC, sekolah harus melengkapkan proses permohonan dan mengekalkan proses penerimaan terpilih, menawarkan program siswazah dalam pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara, dan menyokong misi GMAC secara aktif dan menggunakan peperiksaan GMAT atau penilaian GMAC lain sebagai sebahagian daripada proses penerimaan dan pendaftaran mereka. Mereka juga menyertai tadbir urus GMAC, termasuklah mengundi dalam pengundian Lembaga dan perkara lain yang diperlukan oleh Majlis.

Perihal GMAC
Majlis Penerimaan Pengurusan Siswazah (GMAC) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah di dunia. Diasaskan pada 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calon untuk menerokai, menilai dan berhubungan antara satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon yang ingin menyambung pengajian ke pendidikan tinggi untuk memastikan semua bakat dapat dicungkil.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang dan penilaian pembangunan profesional untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, yang direka bentuk untuk memajukan seni dan sains kemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan dan diiktiraf oleh lebih 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT®), untuk kemasukan ke dalam program pengurusan siswazah di India, Nigeria, Filipina, dan Afrika Selatan, dan Penilaian Eksekutif (EA), yang menyokong keperluan penerimaan untuk lebih 160 program di seluruh dunia.

Portal utama kami untuk sumber dan maklumat pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima 6 juta pengunjung setiap tahun dan menawarkan alat padanan Carian Sekolah dan perkhidmatan carian GMASS™ yang menghubungkan calon dan sekolah perniagaan .  Platform ini adalah sebahagian daripada GMAC Connect, sebuah suit perkhidmatan yang membantu sekolah menarik pelajar menerusi penyelesaian perekrutan yang menggabungkan kecerdasan pasaran, data, capaian dan titik hubungan calon.

Syarikat subsidiari GMAC termasuklah syarikat penerbitan dalam talian yang berpangkalan di UK, BusinessBecause, sebuah destinasi yang penuh dengan kandungan yang akan membantu pelajar mengenal pasti sekolah perniagaan yang sesuai semasa pertimbangan kritikal dan fasa pemilihan dalam perjalanan mereka, dan MBA Tour, yang menyokong usaha perekrutan global oleh sekolah perniagaan dengan menganjurkan acara yang menumpukan kepada pendidikan perniagaan di seluruh dunia.

GMAC ialah sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, Singapura, UK dan AS. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com.

Orang hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Perhubungan Media, GMAC
+1 (703) 668-9799 atau gbasye@gmac.com

SUMBER: Graduate Management Admission Council

--BERNAMA