Tuesday, April 30, 2019

HANGZHOU, CHINA: MENCERITAKAN KISAH-KISAH KETIMURAN YANG MENARIK DENGAN KARTUN DAN ANIMASI

HANGZHOU, CHINA: MENCERITAKAN KISAH-KISAH KETIMURAN YANG MENARIK DENGAN KARTUN DAN ANIMASI

PENAFIAN BERKENAAN NOTIS PENGGANTUNGAN LESEN PELANCONGAN SYARIKAT AL-MUNAWWARAH SERVICES / AMS TRAVEL & TOURS SDN BHD

Alert: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan pengeluaran sebarang notis penggantungan lesen pelancongan kepada syarikat Al-Munawwarah Services / AMS Travel & Tours Sdn Bhd yang menyebabkan sekumpulan jemaah umrah terkandas dan tidak dapat mengerjakan umrah baru-baru ini.

PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan pengeluaran sebarang notis penggantungan lesen pelancongan kepada syarikat AlMunawwarah Services / AMS Travel & Tours Sdn Bhd yang menyebabkan sekumpulan jemaah umrah terkandas dan tidak dapat mengerjakan umrah baru-baru ini. Surat yang telah dikongsikan kepada semua jemaah oleh pihak syarikat tersebut berkaitan penggantungan lesen berkenaan adalah tidak benar dan palsu. Kementerian telah mengambil tindakan dengan melaporkan perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Untuk makluman siasatan dalaman yang dijalankan, syarikat tersebut didapati tidak pernah memohon atau mempunyai sebarang pendaftaran berkaitan perlesenan dengan Kementerian ini. Oleh itu, syarikat tersebut kini sedang disiasat di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam sebarang urusan pembelian dan pembayaran pakej percutian dan umrah dengan menyemak pendaftaran pelesenan syarikat pelancongan terlebih dahulu. Kementerian ini menyarankan orang ramai agar menyemak status lesen syarikat pelancongan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran di mana-mana Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di seluruh negara atau menerusi semakan dalam talian di laman sesawang Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di www.motac.gov.my

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-88917181
Emel: info@motac.gov.my

--BERNAMA

THE WE COMPANY MENGUMUMKAN PENYERAHAN SULIT BAGI DRAF PENYATA PENDAFTARAN UNTUK TAWARAN AWAM PERMULAAN YANG DICADANGKAN

NEW YORK, 30 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The We Company (“WeWork”) mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan secara sulit satu draf penyata pendaftaran yang dipinda pada Borang S-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) yang berkaitan dengan satu tawaran awam permulaan bagi saham biasa mereka. WeWork pada mulanya telah menyerahkan Borang S-1 mereka dengan SEC pada Disember 2018. Proses ini akan membolehkan WeWork untuk membuat keputusan bagi menjadi perniagaan awam, tertakluk kepada pasaran dan syarat-syarat lain.

Siaran media ini tidak merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli sebarang sekuriti. Sebarang tawaran, permintaan bagi tawaran untuk membeli, atau sebarang jualan bagi sekuriti akan dibuat mengikut keperluan pendaftaran bagi Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda (“Akta Sekuriti”). Pengumuman ini dikeluarkan menurut Peraturan 135 di bawah Akta Sekuriti.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190429005696/en/

Hubungi

Media
Press@wework.com

Pelabur
Investors@wework.com

Sumber : The We Company

Monday, April 29, 2019

P&G MENJALIN KERJASAMA UNTUK MENINGKATKAN KESAN ALAM SEKITAR DAN PUNCA PENDAPATAN PEKEBUN KECIL DALAM RANTAIAN PEMBEKALAN MINYAK SAWIT

CINCINNATI, 29 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam meraikan Minggu Bumi dan untuk meneruskan komitmen mereka dalam memacukan sebuah masa hadapan yang lebih mapan, Procter & Gamble Company (NYSE: PG) telah mengumumkan satu kerjasama baharu dengan Institut Inovasi Rangkaian Pembekalan Malaysia (MISI), International Plant Nutrition Institute (IPNI) dan Yara International untuk membantu meningkatkan punca pendapatan bagi pekebun kecil di dalam rantaian bekalan sawit P&G di Malaysia. Selepas kejayaan satu projek perintis yang diadakan antara tahun 2015 dan 2018, Syarikat itu telah memperluaskan program tersebut yang bekerjasama dengan pekebun kecil kelapa sawit persendirian untuk meningkatkan hasil buah mereka secara keseluruhan melalui latihan dan pelaksanaan amalan pertanian yang lebih mapan dan yang terbaik dalam kelasnya.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190426005048/en/

P&G komited untuk mendapatkan sumber kelapa sawit yang bertanggungjawab dan telah mengumumkan peningkatan punca pendapatan bagi pekebun kelapa sawit sebagai satu daripada matlamat kemapanan alam sekitar Cita-cita 2030 mereka. Pada hari ini, pekebun kecil menyediakan kira-kira 40% bekalan minyak sawit dunia, namun kebanyakan daripada mereka mempunyai pengetahuan atau akses yang terhad kepada sumber pertanian untuk membantu memaksimumkan tanaman mereka.

Projek perintis itu memberi tumpuan kepada menilai keupayaan garis pangkal bagi kira-kira 2000 pekebun kecil di negeri Johor, Malaysia. Berikutan kejayaannya, program itu telah berkembang untuk mewujudkan 250 buah ladang pembelajaran yang akan ditanam di dalam sebuah sistem inovasi yang diterajui oleh P&G. Ladang-ladang ini akan berfungsi sebagai pusat sumber komuniti untuk memacukan skala dan penyebaran amalan pertanian yang baik bagi sehingga 10,000 pekebun kecil dalam tempoh lima tahun akan datang. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan hasil sebanyak 30-50%, meningkatkan mata pencarian pekebun kecil dan memastikan amalan yang mapan di dalam rantaian bekalan minyak sawit P&G.

“Kami percaya bahawa kami boleh menjadi satu daya kekuatan untuk kebaikan dan satu daya kekuatan untuk pertumbuhan. Program ini menggambarkan komitmen kami untuk memacukan usaha kemapanan jangka panjang,” kata Jack Ryan, Naib Presiden, P&G Chemicals. “Kami sangat berbangga dengan kerja yang kami lakukan di Malaysia kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan bagi komuniti tempatan dan pengguna global yang kami berkhidmat yang mahukan produk yang lebih mapan.”

Petani dari 250 buah ladang pembelajaran akan mempunyai akses secara langsung kepada pegawai agronomi dan pegawai bidang kemapanan dan menerima sokongan nasihat teknikal secara langsung. Bersama-sama, mereka akan berusaha untuk melaksanakan pengurusan operasi ladang yang terbaik dalam kelasnya termasuk pengoptimuman penuaian, rancangan nutrisi dan pengurusan bajet. Sebagai balasan, pekebun kecil ini akan bertindak sebagai pelatih sumber dan menskalakan usaha kepada petani lain dalam komuniti mereka.

P&G percaya usaha ini membantu memindahkan pekebun kecil ke arah yang betul dan menetapkan mereka untuk kejayaan jangka panjang. Kemapanan bagi sistem itu disokong oleh satu minat dan kepentingan bersama bagi pekebun kecil, pemproses minyak sawit dan rantaian bekalan baja. Matlamat itu adalah untuk meningkatkan produktiviti bagi ladang dan bagi memenuhi permintaan yang berterusan untuk minyak kelapa sawit dan minyak isirung kelapa sawit yang mapan.

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G itu termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai MISI (Institut Inovasi Rangkaian Pembekalan Malaysia)

Terletak di Shah Alam, Malaysia berhampiran Kuala Lumpur, Institut Inovasi Rangkaian Pembekalan Malaysia (MISI) adalah satu daripada enam pusat di dalam Rangkaian MIT Global SCALE (Rantaian Bekalan dan Logistik Kecemerlangan). Institut itu dilancarkan sebagai satu inisiatif bersama di antara Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan kerajaan Malaysia. Rangkaian MIT Global SCALE adalah sebuah persekutuan antarabangsa yang terdiri daripada organisasi penyelidikan dan pendidikan terkemuka, yang berdedikasi kepada pembangunan dan penyebaran inovasi global di dalam rantaian bekalan dan logistik.

Maklumat mengenai Yara

Yara mengembangkan pengetahuan untuk bertanggungjawab memberi makan kepada dunia dan melindungi bumi ini, untuk memenuhi visi kita bagi sebuah masyarakat kolaboratif, sebuah dunia tanpa rasa lapar dan sebuah planet yang dihormati. Untuk memenuhi komitmen ini, kami telah menjadi peneraju di dalam membangunkan peralatan pertanian digital bagi pertanian kepersisan dan bekerja rapat dengan rakan-rakan di seluruh rantaian nilai makanan untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian pemakanan tanaman yang mesra iklim. Di samping itu, kami komited untuk berusaha ke arah pengeluaran baja mineral lestari. Kami memupuk sebuah budaya terbuka bagi kepelbagaian dan kemasukan yang menggalakkan keselamatan dan integriti bagi pekerja, kontraktor, rakan perniagaan kami, dan masyarakat secara keseluruhan. Ditubuhkan pada tahun 1905 untuk menyelesaikan masalah kebuluran yang sedang berlaku di Eropah, Yara mempunyai kehadiran di seluruh dunia dengan kira-kira 17,000 orang pekerja dan operasi di lebih 60 buah negara. Pada tahun 2018, Yara melaporkan pendapatan sebanyak USD 12.9 bilion. www.yara.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190426005048/en/

Hubungi

Hubungan P&G:
Robyn Schroeder
Komunikasi Global P&G
E-mel: Schroeder.rm@pg.com

Sumber : Procter & Gamble
 

JENAMA-JENAMA TERKEMUKA P&G TERMASUK PAMPERS, ARIEL DAN HERBAL ESSENCES MEMPERLUASKAN KEPIMPINAN DI DALAM PENGGUNAAN BERTANGGUNGJAWAB

PARIS, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: PG) hari ini memperincikan hala tuju dan tindakan yang diambil oleh jenama kepimpinan mereka untuk meningkatkan impak positif terhadap masyarakat dan alam sekitar menerusi kriteria “Jenama 2030” mereka. Hari ini pada persidangan Jenama Mapan Paris, pegawai-pegawai kanan Syarikat telah menyampaikan satu rangka kerja yang berpandangan ke hadapan, termasuk strategi berinovasi yang akan memberi inspirasi dan membolehkan penggunaan yang bertanggungjawab bagi lima bilion pengguna yang disampaikan oleh P&G setiap hari. Jenama-jenama terkemuka P&G termasuk Pampers®, Ariel® dan Herbal Essences® sedang berkembang di dalam mengamalkan rangka kerja ini dengan tindakan dan komitmen yang akan membantu mempercepatkan gaya hidup yang mapan.

“Pelanggan tidak lagi mahu berkompromi dengan prestasi untuk terus hidup secara mapan dan mereka mengharapkan jenama-jenama untuk mengambil tindakan yang bermakna dalam menyelesaikan beberapa cabaran yang paling rumit yang dihadapi dunia,” kata Marc Pritchard, Ketua Pegawai Jenama P&G. “Inilah sebabnya mengapa P&G memberi tumpuan kepada mencipta semula pemasaran bagi menggunakan jangkauan dan suara untuk jenama kami sebagai satu daya bagi kebaikan dan satu daya bagi pertumbuhan. Kami mahu jenama-jenama kami berkembang dan mencipta nilai dan pada masa yang sama mempunyai impak yang positif, berjangka panjang dan boleh diukur terhadap masyarakat dan alam sekitar.”

Kriteria Jenama 2030 itu disebarkan dalam dua bidang, setiap satu menggariskan tindakan konkrit yang boleh diambil oleh jenama-jenama untuk menjadi satu “daya bagi kebaikan dan daya untuk pertumbuhan”:
  • Cita-cita Jenama di mana jenama-jenama meletakkan komitmen sosial atau alam sekitar yang strategik di tengah-tengah pengalaman pengguna mereka, untuk membantu menangani satu cabaran masyarakat di mana mereka dapat menyumbang secara unik dan penuh bermakna.
  • Asas-asas Jenama di mana jenama berinovasi merentasi produk dan pembungkusan, memanfaatkan suara mereka untuk menggalakkan kemapanan sosial dan alam sekitar dan telus mengenai bahan-bahan dan sains keselamatan mereka dan pada masa yang sama mengurangkan impak kepada rantaian bekalan mereka.

Contoh-contoh mengenai bagaimana jenama terkemuka P&G sudah mengamalkan kriteria itu menerusi penyataan jelas cita-cita dan melaksanakan pelan mereka termasuk:

Cita-cita Ariel adalah untuk mencipta semula kebersihan yang lebih baik bagi mengurangkan penggunaan sumber sebanyak 50% dalam bidang impak utama seperti tenaga dan air dengan memacukan produk, perkhidmatan dan inovasi pembungkusan. Asas-asas Ariel itu termasuk komitmen pembungkusan terbaru mereka, sebagaimana yang diumumkan hari ini, seperti berusaha untuk membuat kesemua pembungkusan mereka dapat dikitar semula menjelang tahun 2022 dan bagi mengurangkan pembungkusan plastik sebanyak 30% menjelang tahun 2025. Selain itu, Ariel menggunakan suara mereka untuk membantu membentuk suatu masa hadapan yang sama rata melalui kempen seperti “Partage des taches” di Perancis dan “Berkongsi Beban itu” di India, yang menyokong idea bahawa lelaki dan wanita sama berkongsi tugas menguruskan rumah tangga.

Cita-cita Herbal Essences itu adalah untuk membolehkan semua orang menikmati kuasa positif alam semula jadi dan bagi menyokong biodiversiti untuk kepentingan manusia sejagat dan bumi ini. Selain itu, Herbal Essences sedang mengetuai cara untuk berkongsi maklumat komprehensif mengenai ramuan mereka, dengan jelas menerangkan 4 langkah proses keselamatan mereka dan diiktiraf oleh PETA sebagai sebuah jenama yang bebas daripada kekejaman. Herbal Essences bio: pembaharuan adalah jenama penjagaan rambut global yang pertama untuk memiliki botani mereka yang disahkan oleh Royal Botanic Gardens, Kew, sebuah autoriti yang terkemuka di dunia berhubung tumbuh-tumbuhan. Herbal Essences juga memanfaatkan suara mereka untuk menggalakkan pelancaran pembungkusan yang direka untuk membantu mereka yang cacat penglihatan dan botol-botol plastik pantai di pasaran terbesar mereka, Amerika Syarikat.

Cita-cita Pampers adalah untuk memberikan berjuta-juta bayi peluang untuk pembangunan sihat yang bahagia, bekerjasama dengan kalangan profesional penjagaan kesihatan, ibu bapa dan NGO. Sebagai sebahagian daripada Asas-asas Jenama 2030 P&G, Pampers sedang memperkenalkan 7 Tindakan untuk Kebaikan’ termasuk tindakan-tindakan konkrit berikut: Meneruskan langkah berinovasi ke arah penyelesaian lampin yang lebih mapan untuk mencapai kemajuan ke arah pengurangan1 30% bahan-bahan lampin yang digunakan oleh setiap bayi sepanjang waktu mereka menggunakan lampin. Dengan inovasi dan menggunakan bahan-bahan secara lebih berkesan, jenama itu telah mengurangkan purata berat bagi lampin mereka sebanyak 18%2 dalam tempoh 3 tahun yang lalu, dengan kekeringan yang dipercayai yang sama. Kitar semula3 utama untuk lampin dan tisu kesat dan komitmen kepada melancarkan kemudahan kitar semula di tiga buah bandar raya menjelang tahun 2021. Dengan kerjasama UNICEF, Pampers telah membantu menghapuskan maternal dan neonatal tetanus di 24 buah negara. Pada Mac 2019 sebuah lagi negara -- Chad, kini telah menghapuskan penyakit ini, membolehkan kira-kira 880,000 nyawa4 yang baru lahir diselamatkan sejak tahun 2006.

“Kriteria Jenama 2030 itu menunjukkan kepimpinan bagi pemimpin-pemimpin jenama dengan menentukan apa yang dimaksudkan dengan sebuah jenama individu bagi membolehkan penggunaan yang bertanggungjawab. Mereka memastikan satu penyatuan yang teliti dan berjangka panjang bagi impak sosial dan alam sekitar yang bermakna dan boleh diukur ke dalam strategi dan pengalaman jenama secara keseluruhan -- berbanding satu inisiatif pemasaran yang ditaja oleh jenama tunggal atau mengaktifkan sebahagian  campuran pemasaran,” kata KoAnn Vikoren Skrzyniarz, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jenama-jenama Lestari.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12087

ANYAMAN BULUH DARI MEISHAN, SATU LAGI ACARA KEMUNCAK PADA PAMERAN HORTIKULTUR ANTARABANGSA PADA 29 APRIL DI BEIJING

BEIJING, 29 April, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pameran Hortikultur Antarabangsa, yang dianjurkan oleh kerajaan China, akan diadakan pada 29 April di Beijing, yang menandakan ekspo antarabangsa peringkat tertinggi dan terbesar di China pada tahun ini. Pameran itu akan berlangsung sehingga 7 Oktober.
 
Menurut penganjur, pameran itu bukan hanya menawarkan kepada pelancong dengan sebuah pesta hortikultur dan taman-taman yang indah, tetapi juga merangkumi perkongsian ideal China bagi pencapaian pembangunan dengan dunia dan usaha ke arah satu gaya hidup hijau. Taman INBAR, yang membuat kemunculan pertama mereka pada pameran itu, adalah contoh unggul bagi ideal ini.
 
Kemuncak bagi taman itu terletak dalam mengeksploitasikan unsur-unsur Meishan sepenuhnya. Meishan, sebuah bandar raya di Wilayah Sichuan, China, 60 kilometer dari ibukota wilayah itu Chengdu, adalah tempat bagi Su Dongpo, gergasi kesusasteraan berprestij China. Dan ia dialu-alukan sebagai “Tempat bagi Seni Anyaman Buluh China” dan “Pusat Antarabangsa bagi Menganyam Buluh”.
 
Dalam pameran itu, dengan bertemakan “Hidup Hijau, Hidup Lebih Baik”, Meishan bergabung tenaga dengan Organisasi Buluh dan Rotan Antarabangsa (INBAR) untuk melaksanakan pelbagai acara dan aktiviti awam untuk menunjukkan persembahan yang unik dan peranan penting buluh dan rotan di dalam meningkatkan persekitaran kehidupan dan kualiti hidup kita.
 
Di antara lebih 3,000 produk buluh dan rotan dari seluruh dunia yang dipamerkan di Taman INBAR, seperti tanglung buluh, lukisan anyaman buluh, barang-barang buluh di atas porselin dan kertas buluh, lebih daripada 70% daripadanya berasal dari Meishan.
 
Judy Zhu, Pengarah bagi Bahagian Rakan Strategik, INBAR, berkata bahawa Meishan telah dipilih sebagai sebuah rakan kerana ia mengambil inisiatif untuk menunjukkan sikap yang baharu dan positif terhadap keterbukaan, dan bagi bergerak ke arah arena antarabangsa melalui industri buluh.
 
Meishan, sebagai sebuah kawasan utama bagi sumber buluh di China, memiliki buluh yang melimpah-ruah. Buluh di sini mempunyai tiub yang panjang, sendi jarang, dan tekstur yang fleksibel dan keras, dengan itu sesuai untuk membuat produk anyaman buluh. Seawal tahun 2008, satu kerjasama dimulakan di antara anyaman buluh Qingshen, yang paling banyak diwakili di antara seni anyaman buluh Meishan, dan Hermes, sebuah jenama mewah Perancis. Barang-barang buluh di atas porselin yang bertaraf tinggi disediakan untuk Hermes dan kerjasama itu telah terjalin sejak itu. Anyaman buluh Qingshen, bersama-sama dengan sutera dan sulaman Sichuan, dipanggil “Tiga Khazanah bagi Pertengahan Sichuan”. Ia adalah merupakan produk yang dilindungi yang disenaraikan oleh China Geographical Indications. Ia meliputi lebih daripada 3,000 sistem produk yang mencakupi 25 jenis, seperti anyaman buluh kapal terbang, anyaman buluh dimensi dan barang-barang di atas porselin. Produk anyaman seperti itu dieksport ke lebih 50 buah negara dan wilayah di Eropah, Amerika Syarikat, Korea dan Jepun.
 
Anyaman buluh hanya menunjukkan satu fakta bahawa penduduk di Meishan menguasai teknik menganyam buluh dengan baik. Semacam kertas isi rumah yang diperbuat daripada serat buluh dan jenama pertama bagi kertas isi rumah yang semula jadi, BABO, di China juga telah secara kreatif dibangunkan oleh penduduk di Meishan. Produk-produk BABO telah lulus ujian gred makanan FDA yang diberi kuasa oleh Amerika Syarikat dan AP yang diberi kuasa oleh Kesatuan Eropah. Mengikut data terkini, keupayaan pengeluaran bagi “kertas buluh” Meishan telah melebihi 200,000 tan, dan produk-produk seperti itu menguasai lebih 20% pasaran domestik China.
 
Selain anyaman buluh dan kertas buluh, penduduk di Meishan juga membawa nilai-nilai buluh yang lain sepenuhnya. Di Daerah Hongya, Meishan, selepas selesai dengan proses yang meliputi memadat dan mengering berulang kali, buluh boleh diubah menjadi bahan yang berprestasi tinggi, keluli buluh, yang mempunyai kekuatan yang sama sebagai plastik bertetulang gentian kaca. Keluli buluh boleh digunakan bukan sahaja untuk struktur bangunan, tetapi juga bagi membina dek, pintu dalaman dan tingkap, dan medan lain, dengan hayat perkhidmatan yang berlarutan sehingga 50 tahun. Pintu bagi Taman INBAR untuk Pameran Hortikultur Antarabangsa bagi sesi kali ini dan “Taman Buah-Buahan” kesemuanya dibina dengan menggunakan keluli buluh Meishan.
 
Sebagai sebuah industri tradisional yang kompetitif di Meishan, industri buluh Meishan telah membangunkan tiga jenama utama, iaitu, “anyaman buluh, kertas buluh dan keluli buluh”. Pada tahun 2018, jumlah nilai pengeluaran bagi industri buluh di Meishan telah mencecah RMB 6 bilion.
 
“Saya lebih suka menjamah makanan tanpa daging daripada hidup di sebuah kawasan yang tidak mempunyai buluh”, begitu yang digubah oleh Su Dongpo, seorang gergasi kesusasteraan berprestij di China. Sepanjang hidup beliau, Su menulis mengenai, makan makanan yang berkaitan dengan dan melukis buluh. Dengan buluh sebagai teman beliau, Su boleh dikatakan sebagai seorang manusia dari zaman kuno dan zaman moden yang menunjukkan keutamaan yang maksimum untuk buluh. Pada masa ini, Meishan, sebuah bandar raya sejarah dan kebudayaan yang terkenal di barat daya China, sedang menarik perhatian seluruh dunia dengan buluh, jambatan yang menghubungkan dunia.
 
Sumber: INBAR 
 
--BERNAMA

AWS LANCAR WILAYAH BAHARU DI HONG KONG

AWS LANCAR WILAYAH BAHARU DI HONG KONG

PERLUAS JARINGAN, LAUNDRYBAR TAMBAH OUTLET BARU KE 500 DI SEGAMBUT

SEGAMBUT, 29 April (Bernama) -- City Coin Laundry Sdn Bhd (LaundryBar) secara rasminya membuka cawangan outlet di M-Avenue, Segambut. Outlet tersebut merupakan outlet yang ke-500 Laundrybar dan salah satu outlet mega bagi syarikat dobi layan diri itu.

Ketua Komunikasi Korporat & Penjenamaan, Mohd Fadzli Ab Rahim berkata, lebih banyak cawangan LaundryBar akan dibuka diseluruh Malaysia dan antarabangsa dan pihaknya merancang untuk membuka 150 cawangan baru menjelang akhir tahun ini.

“Selain itu, pembukaan cawangan baharu ini adalah antara strategi pertumbuhan syarikat untuk menjadi pemain utama industri yang berdaya saing dalam pasaran” katanya ketika ditemui dalam majlis perasmian outlet LaundryBar Mega Store M-Avenue, di Segambut, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan, Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Laundry Sdn Bhd, Paul Ang.

City Coin Laundry Sdn Bhd mempunyai lebih 500 cawangan LaundryBar di pasaran Malaysia di pelbagai lokasi strategik seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan lain-lain negeri. Tambahan pula, syarikat itu juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Thailand, Brunei, Turki dan merancang untuk membuka pasaran baru di beberapa negara lain.

“Francais Laundrybar berjaya sampai ke tahap ini adalah kerana sambutan yang diberikan kepada Laundrybar oleh netizen begitu memberangsangkan berikutan outlet-outlet dibuka di lokasi yang strategik, mesra pengguna serta mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat” tambahnya.

Trend industri dobi layan diri

Mengulas mengenai trend dalam industri dobi layan diri ketika ini, beliau berkata, trend perkhidmatan dobi di Malaysia semakin berkembang dan memberikan banyak pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan perkhidmatan berkonsepkan konvensional atau layan diri yang lebih efisien.

Dengan adanya perkhidmatan dobi, ia membantu pengguna menguruskan kerja rumah dan kewangan dengan lebih baik. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, perkhidmatan dobi layan diri menjadi pilihan utama kerana pelanggan boleh membasuh dan mengeringkan baju dalam tempoh sejam. Malahan, ia membolehkan pengguna berkunjung ke kedai dobi pada bila-bila masa kerana beroperasi selama 24 jam.

Tambahnya lagi, bahan pencuci, pelembut pakaian dan pembasmi kuman yang diberikan secara percuma kepada pelanggan adalah dikilangkan sendiri dan mendapat pengesahan status Halal daripada JAKIM. Ini adalah penting demi menjaga kepentingan dan keyakinan pelanggan terhadap Laundrybar.

Selain itu, konsep perniagaan Laundrybar dijalankan secara sistem francais. Modal yang diperlukan bagi pakej perniagaan francais mereka adalah antara RM300 ribu hingga RM 700 ribu bergantung kepada keluasan kedai dan jumlah mesin. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kelvin Ang ditalian 012-387 4328.

SUMBER : Persatuan Francais Malaysia (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Nama: Mohd Fadzli Ab Rahim
Komunikasi Korporat & Penjenamaan
City Coin Laundry Sdn Bhd

Tel: 012- 251 3328
Laman web: www.laundrybar.com.my/

--BERNAMA

Friday, April 26, 2019

KUMPULAN APTORUM MEWUJUDKAN SMART PHARMA UNTUK MEMBERI TUMPUAN KEPADA PENEMUAN UBAT DIGUNA SEMULA BERKOMPUTER BAGI PENYAKIT ORPHAN ATAU JARANG BERLAKU DAN PENYAKIT TIDAK DIPENUHI

KUMPULAN APTORUM MEWUJUDKAN SMART PHARMA UNTUK MEMBERI TUMPUAN KEPADA PENEMUAN UBAT DIGUNA SEMULA BERKOMPUTER BAGI PENYAKIT ORPHAN ATAU JARANG BERLAKU DAN PENYAKIT TIDAK DIPENUHI

BAONENG TIMES BAY MEMULAKAN SATU ERA BAHARU BAGI ASIA

BANDAR RAYA SHAN TOU, China, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sejak 25 April, penampilan Shantou di China telah dibuat dengan kerap di Lingkaran Perniagaan MBK, Jalan Orchard Singapura dan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, Malaysia, selepas Baoneng Times Bay membuat kemunculan sulung di Skrin NASDAQ di New York Times Square pada 30 Mac. Times Bay, sebuah kompleks pintar yang meliputi lebih dari satu juta meter persegi, sedang membuka satu babak baharu di dalam pembangunan bandar.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20190425006079/en

Chaoshan adalah satu daripada Zon Ekonomi Khas yang paling awal di China. Terdapat tanda-tanda mengenai kebangkitan yang luar biasa bagi bandar raya itu — dari penubuhan Kawasan Eksperimen China yang tunggal di luar negara pada tahun 2014, Maraton Antarabangsa Shantou 2018 dan penawaran yang berjaya untuk Sukan Belia Asia 2021 pada Mac 2019.

Taman Pantai Timur telah baru-baru ini dipilih sebagai tempat utama bagi Sukan Belia Asia, yang membuktikan satu peluang terbaik bagi pembangunan Taman itu. Sebagai usaha hebat bagi Pantai Timur, Baoneng Times Bay melakarkan sebuah gambaran prospek yang cerah mengenai Chaoshan dan membuat orang China yang berada di luar negara amat berbangga dengan kampung halaman mereka.

Kumpulan Baoneng itu, dalam istilah global, kekal berada di hadapan lengkung itu apabila ia berkaitan dengan mahakarya mereka — Baoneng Times Bay. Meliputi lebih dari satu juta meter persegi, Times Bay adalah sebuah kompleks yang menggabungkan kediaman mewah, pusat kebudayaan, hotel bertaraf lima bintang, perniagaan terkemuka, bangunan pejabat 5A, pejabat-pejabat dan rumah-rumah agam yang kreatif, untuk membina sebuah mercu tanda yang bertaraf dunia bagi Shantou.

Selain itu, seorang pereka yang terkenal di dunia Chen Henghuan telah dijemput ke Pusat Budaya Bay yang masyhur itu. Yang sangat sesuai untuk disasarkan adalah untuk mewujudkan sebuah platform bagi komunikasi kebudayaan, paparan bandar masa hadapan, kurasi seni moden, pengalaman pendidikan kanak-kanak dan komunikasi senggang ekologi untuk menyebarkan budaya khas bagi Shantou.

Mengkhususkan diri di dalam kompleks bandar, Baoneng telah membuka pelbagai kemungkinan bagi bandar raya itu. Sepanjang 27 tahun yang lalu, Baoneng telah memperluaskan operasi mereka kepada pembuatan mewah, logistik antarabangsa, pembangunan komprehensif dan mata pencarian rakyat, dengan itu mengintegrasikan pembangunan, perniagaan dan pengurusan. Sementara itu, industri mereka yang kompetitif menggalakkan pembangunan serantau dan menggabungkan sumber bandar untuk kepentingan bagi pembangunan bandar. Baoneng akan membawa lebih banyak peluang bagi kawasan itu dan membina sebuah bandar raya yang menawan di Teluk Chaoshan.

Kemunculan Baoneng Times Bay di Asia Tenggara telah meningkatkan tahap keyakinan bagi Shantou untuk mara ke pentas dunia. Marilah bergabung tangan dan mengukir sebuah masa hadapan yang gemilang buat Shantou!

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
http://www.businesswire.com/news/home/20190425006079/en

Hubungi

Baoxin Group Shantou Company
David Andrew
davidandrew@foxmail.com

Sumber : Baoxin Group Shantou Company

SAKSIKAN SEJARAH PURBA HONG KONG YANG DIJELMAKAN SEMULA

Alami masa silam Cina kuno bandar raya ini dengan empat festival  yang tidak dapat dilupakan pada musim bunga ini
 
HONG KONG, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kaya dengan budaya dan tradisi, Hong Kong meraikan masa silam Cina mereka dengan festival purba yang unik. Kedatangan musim bunga ini, mengimbas  masa silam dengan empat festival yang menarik: Festival  Tin Hau, Festival  Cheung Chau Bun, dan hari ulang tahun kelahiran bagi Buddha dan Tam Kung.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Sila lihat siaran lengkap di sini:
http://www.businesswire.com/news/home/20190417006065/en

“Lembaga Pelancongan Hong Kong dengan rasa bangganya menyokong budaya dan warisan yang menjadikan Hong Kong sebagai sebuah bandar raya yang penuh meriah,” kata Anthony Lau, Pengarah Eksekutif bagi Lembaga Pelancongan Hong Kong. “Kami menjemput pelawat untuk menghayati  festival-festival purba ini, dengan warna-warna yang benar-benar menawan  dan memeriahkan  bandar raya ini.”

Dari paluan gendang yang kuat, gong yang memegunkan dan tarian naga penuh warna-warni untuk mengembirakan orang ramai  dan roti bun Cina yang tinggi menggunung, di sini adalah beberapa perayaan yang tidak dapat dilupakan di Hong Kong:

27 April

Festival  Tin Hau 

Satu festival Tin Hau, Dewi Laut, festival eponim ini memikat ribuan orang kepada Yuen Long yang tenang pada setiap bulan lunar yang ketiga. Sambutan festival  ini berpusat di sekitar perarakan Shap Pat Heung fa pau  (kalungan bunga). Bermula pada pukul 10 pagi, perarakan itu memenuhi jalan-jalan dengan kalungan  bunga yang mewah, penari-penari tradisional, dan kumpulan pancaragam yang penuh bertenaga.

9-13 Mei

Festival  Cheung Chau Bun 

Berlangsung di Pulau Cheung Chau yang menawan, Festival Roti yang terkenal itu telah dinamakan sebagai satu daripada “10 Perayaan Tempatan yang Aneh” oleh Majalah TIME, di atas alasan yangbaik. Mengikut ceritanya, penduduk kampung telah memanggil Pak Tai, sebuah dewa yang kuat, untuk melindungi mereka dari satu wabak yang dahsyat, dan kemudian diarak di jalan-jalan raya untuk menangkis roh-roh jahat.

Selama lebih satu abad, penduduk kampung merayakan festival itu dengan Perarakan Piu Sik (Warna-warna Terapung), patung-patung papier-mâché, persembahan opera Cina, tarian singa, dan makanan yang lazat pada sepanjang minggu.

Di manakah datangnya roti? Setiap tahun, pembekal tempatan menghasilkan puluhan ribu ping on bao, aka “roti bertuah”. Pastikan anda menandakan kalendar anda untuk acara utama itu: Pada 12 Mei pada pukul 11.30 malam, Pertandingan Merebut Roti yang sukar hendak dibayangkan akan berlangsung. Pesaing akan memanjat menara buluh setinggi 14 meter yang dilitupi dengan 9,000 roti tiruan dan berusaha untuk mengumpul sebanyak mungkin roti dalam masa tiga minit!

6-12 Mei

Ulang tahun kelahiran Buddha

Bandar raya ini meraikan Ulang Tahun kelahiran Buddha dengan mengadakan karnival dan pengalaman kerohanian selama satu minggu. Satu ritual biasa adalah 'Memandikan Buddha', di mana penganut mencuci patung Buddha dengan air untuk menunjukkan rasa hormat. Kemudian terdapat Karnival Sambutan untuk Ulang Tahun kelahiran Buddha di Victoria Park, Konsert Amal Hari Lahir Buddha di Coliseum Hong Kong, dan pelbagai acara di Biara Po Lin, di Pulau Lantau yang subur.

12 Mei

Ulang tahun kelahiran Tam Kung

Satu dewa laut yang disembah oleh masyarakat nelayan, Tam Kung terkenal kerana wajahnya yang tidak dimakan usia dan kemampuannya untuk meramal cuaca. Setiap bulan lunar yang keempat, penduduk kampung meraikan dewa itu di Tokong Tam Kung yang berusia satu abad di Shau Kei Wan dengan perarakan tarian singa dan naga tradisional.

Untuk butiran:
http://www.discoverhongkong.com/eng/see-do/events-festivals/chinese-festivals/index.jsp

Untuk foto resolusi tinggi:
https://www.dropbox.com/sh/wpkcyazq7kcbp05/AAC5NXFMYETabqeiheW4KQ_Ka?dl=0

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
http://www.businesswire.com/news/home/20190417006065/en

Hubungi

Hubungan Media 
Vivian Li
Vivian.li@hktb.com

Sumber: Lembaga Pelancongan Hong Kong 

Thursday, April 25, 2019

TOSHIBA LANCAR IC PENGAWAL MOTOR TANPA BERUS TIGA FASA DENGAN PEMACU GELOMBANG SINUS

― Merealisasikan kecekapan tinggi dalam pelbagai putaran tanpa pelarasan fasa ―
 
TOKYO, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengeluarkan dua IC pengawal motor tanpa berus tiga fasa “TC78B041FNG” yang ditempatkan di dalam sebuah pakej SSOP30 dan “TC78B042FTG” di dalam sebuah pakej VQFN32. Kedua-duanya menggunakan InPAC[1], fungsi pelarasan fasa automatik asal Toshiba, untuk menghapuskan pelarasan fasa dan mencapai kecekapan tahap tinggi pada pelbagai kelajuan putaran motor. Ini membolehkan penggunaan mereka dengan pemacu motor pelbagai voltan dan kapasiti arus, dan mereka juga boleh digunakan di dalam kombinasi dengan peranti kuasa pintar pada peringkat output. Pengawal itu sesuai untuk digunakan di dalam peralatan rumah seperti penyaman udara dan pembersih udara, dan peralatan perindustrian. Pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190424006188/en/
 
Pengeluar bagi peralatan rumah dan peralatan perindustrian semakin menggunakan penyongsang untuk mengawal motor kipas, untuk memenuhi permintaan yang kukuh bagi kecekapan tenaga yang lebih baik dan bunyi yang lebih rendah. Secara konvensional, untuk mendapatkan kecekapan peringkat tinggi, adalah perlu untuk menyesuaikan fasa bagi voltan motor dan arus motor bagi motor kipas secara individu.
 
Merealisasikan kecekapan tinggi dalam pelbagai julat kelajuan putaran — dari hampir putaran sifar bagi setiap minit (rpm) pada permulaan hingga kepada kelajuan tinggi sebanyak beberapa 1,000rpm — memerlukan banyak bahagian untuk pelarasan fasa. Ia juga memperkenalkan keperluan bagi sebuah sistem kawalan MCU, dan pembangunannya yang memerlukan masa.
 
Dengan pengenalan InPAC, teknologi kawalan baharu asal Toshiba, yang secara automatik menyesuaikan fasa bagi isyarat Dewan dan arus motor, produk baharu itu memacukan motor dengan kecekapan yang setara dengan sebuah sistem kawalan MCU, melalui pelbagai julat kelajuan putaran. InPAC menjamin kedua-dua pemacu motor kipas yang berkecekapan tinggi dan pemacu gelombang sinus yang mengurangkan bunyi.
 
Di samping itu, memandangkan pelarasan fasa dilakukan secara automatik dengan tetapan yang mudah, masa pembangunan yang diperlukan sebelum ini untuk pelarasan perisian dan MCU telah dihapuskan, sekali gus memperkemaskan aplikasi.
 
Ciri-ciri Utama

(1) InPAC
Mengekalkan kecekapan peringkat tinggi untuk pelbagai julat kelajuan putaran tanpa memerlukan pelarasan fasa.
Pelarasan fasa mudah bagi isyarat Dewan dan arus output merealisasikan pemacuan berkecekapan tinggi.
 
(2) Bunyi rendah dan getaran rendah
Penggunaan sebuah sistem pemacu gelombang sinus dengan bentuk gelombang arus yang lancar mengurangkan bunyi, dan menjanakan bunyi dan getaran yang kurang daripada motor dengan sebuah sistem pemacu gelombang segi empat tepat.
 
(3) Pakej kecil
TC78B042FTG menggunakan sebuah pakej VQFN32 (5mm x 5mm x 1mm) yang boleh dipasang di ruang terhad. Pakej SSOP30 yang popular juga boleh didapati sebagai TC78B041FNG.
 
Penggunaan
Peralatan rumah seperti penyaman dingin dan pembersih udara, dan peralatan perindustrian.
 
Spesifikasi Utama
Table
 
Nota:
[1] InPAC: Kawalan Tahap Pintar, fungsi pelarasan fasa automatik asal Toshiba

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:

TC78B041FNG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78B041FNG&lang=en
TC78B042FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78B042FTG&lang=en

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:

TC78B041FNG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TC78B041FNG.html
TC78B042FTG
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TC78B042FTG.html

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Sistem Peranti II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190424006188/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA