Friday, February 26, 2016

UNIONPAY INTERNATIONAL JALIN KERJASAMA DENGAN EMPAT BANK UTAMA DI THAILAND UNTUK MEMBINA SISTEM PENSUISAN KAD BANK TEMPATAN

SHANGHAI, China, 25 Feb., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 24 Februari, UnionPay International, bersama-sama dengan empat bank komersil terkemuka di Thailand, mengumumkan bahawa TPN (Rangkaian Pembayaran Thailand), iaitu rangkaian pensuisan tempatan Thailand yang didasarkan kepada standard teknikal UnionPay, telah secara rasmi dilancarkan. Sebelum ini standard kad IC UnionPay menjadi standard industri perbankan Thailand. Melalui penubuhan sebuah syarikat usaha sama, UnionPay kini menawarkan standard teknikal untuk membina sistem pensuisan kad bank. Pengerusi China UnionPay Ge Huayong, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International Cai Jianbo dan Pengerusi TPN Shoke Na Ranong menghadiri majlis pelancaran tersebut. Buncha Manoonkunchai, Pengarah Dasar Sistem Pembayaran dan Pejabat Pemerhatian di Bank of Thailand, turut hadir dengan melafazkan ucapan tahniah.
 
Pada tahun 2012, bank pusat Thailand telah menetapkan bahawa kesemua urus niaga antara bank tempatan yang dibuat dengan kad debit tempatan perlu diproses di dalam negara. Selepas itu, usaha sama yang diberi nama TPN diwujudkan pada September 2014. Thailand juga mempunyai perancangan untuk mewujudkan sebuah jenama kad debit persendirian TPN dan mengeluarkan kad TPN UnionPay, yang akan digunakan secara mudah pada rangkaian UnionPay di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8726

UNIONPAY INTERNATIONAL WORKS WITH THE TOP FOUR BANKS IN THAILAND TO BUILD THE LOCAL BANKCARD SWITCHING SYSTEM

SHANGHAI, China, Feb. 25, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
On February 24, UnionPay International, together with Thailand's top four commercial banks, announced that TPN (Thai Payment Network), Thailand's local switching network based on UnionPay technical standards, officially went live. Previously UnionPay IC card standard became Thailand's banking industry 
standard. Through the incorporation of a joint venture, UnionPay now offers the technical standard for building the bankcard switching system. China UnionPay Chairman Ge Huayong, UnionPay International CEO Cai Jianbo and TPN Chairman Shoke Na Ranong attended the launching ceremony. Buncha Manoonkunchai, Payment Systems Policy and Oversight Office Director of Bank of Thailand, was present with congratulations.
 
In 2012, the central bank of Thailand stipulated that all local interbank transactions made with local debit cards must be processed locally. Thereafter,the joint venture called TPN was founded in September 2014. Thailand has also planned to create an independent debit card brand TPN and issue UnionPay TPN cards, which will be conveniently used at the global UnionPay network.

http://mrem.bernama.com/viewsm.php?idm=26267

Thursday, February 25, 2016

RM3.7 JUTA DANA WAKAF DIGUNA SETAKAT JANUARI – WAKAF SELANGOR MUAMALAT

PETALING JAYA, 25 Feb (Bernama) — Wakaf Selangor Muamalat menyumbang dana
wakaf berjumlah RM3.7 juta kepada pihak yang memerlukan dalam bidang pendidikan dan kesihatan, setakat Januari lalu.
Pengerusinya Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata sumbangan ini merupakan
sebahagian daripada keseluruhan kutipan dana wakaf bernilai RM7 juta yang
dikutip sejak September 2012.
“Setakat ini, sumbangan kepada bidang pendidikan termasuk bangunan sekolah,
peralatan kelas, van dan projektor manakala bagi bidang kesihatan ialah klinik
bergerak, mesin dialisis, tangki simpanan nitrogen dan pelbagai peralatan
perubatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Wakaf
Selangor Muamalat bernilai RM40,539.20 kepada Sekolah Al-Fatih Putra Heights di
Subang Jaya dekat sini, hari ini.   
Abdul Rahman berkata dengan saiz dana yang terhad, Wakaf Selangor Muamalat
terus komited dalam mencari penerima yang layak dan berusaha membesarkan dana
supaya lebih ramai penerima mendapat manfaat wakaf itu pada masa depan.
Sementara itu, pengetua Sekolah Al-Fatih Datuk Mohd Fadzllee Mustapa berkata
pihaknya menerima sumbangan berupa meja belajar, kerusi, papan putih dan rak
buku.
“Sekolah kami kini memiliki bangunan baharu dan memerlukan pelbagai
kelengkapan baharu dan kami berterima kasih kepada Wakaf Selangor Muamalat yang menyumbangkan kelengkapan tersebut.
“Sumbangan itu bakal memanfaatkan 137 pelajar dari peringkat tadika sehingga
darjah enam,” katanya.
— BERNAMA

Felcra FC Sasar Juarai Liga FAM 2016

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pasukan kelab, Felcra FC meletakkan sasaran untuk muncul juara Liga FAM 2016.

"Melalui perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini, saya lihat Felcra FC mempunyai peluang yang cerah.

"Dengan kerjasama baik daripada barisan kejurulatihan serta pemain, ini bukan impian semata-mata," kata pengurusnya, Mohd Fauzi Mohd Tahir pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felcra FC dengan Pusat Sukan Universiti Malaya dan Kamal Sports Sdn Bhd, di sini Selasa malam.


-- BERNAMA

Wednesday, February 24, 2016

GORDAGEN AKAN MENGUJI TEKNOLOGI PENGHANTARAN UBAT-UBATAN BAHARU DARI UNIVERSITI MONASH

MELBOURNE, Australia, 24 Feb. /Medianet International-AsiaNet/ --

Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat farmaseutikal dan nutraseutikal Australia, dengan sukacitanya mengumumkan satu perjanjian kerjasama penyelidikan dengan Universiti Monash untuk menilai sebuah teknologi penghantaran ubat-ubatan baharu.
 
Projek penyelidikan itu akan menilai kebolehlaksanaan untuk menggunakan sebuah teknologi penghantaran ubat-ubatan novel yang menggunakan limfa yang sedang  menunggu kelulusan paten. Teknologi itu dibangunkan oleh penyelidik diARC Centre of Excellence in Convergent Bio-Nano Science and Technology yang berpangkalan di Institut Monash bagi Sains Farmaseutikal, sebuah institut yang terkemuka di Australia dalam penyampaian ubat dan penemuan ubat-ubatan. Adalah dijangkakan bahawa teknologi itu akan membantu meningkatkan ketersediaan  bio bagi tokotrienol, yang menjadi asas bagi portfolio ubat-ubatan preskripsi di Gordagen.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8722

FELCRA FC SASAR JUARAI LIGA FAM 2016

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pasukan kelab, Felcra FC meletakkan sasaran untuk muncul juara Liga FAM 2016.

"Melalui perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini, saya lihat Felcra FC mempunyai peluang yang cerah.

"Dengan kerjasama baik daripada barisan kejurulatihan serta pemain, ini bukan impian semata-mata," kata pengurusnya, Mohd Fauzi Mohd Tahir pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felcra FC dengan Pusat Sukan Universiti Malaya dan Kamal Sports Sdn Bhd, di sini Selasa malam.

-- BERNAMA


MITEL MENDAYAKAN PERKHIDMATAN SUARA DAN VIDEO MELALUI LTE SELURUH NEGARA DI INDONESIA DENGAN SMARTFREN

Pelaksanaan Pantas Memberikan Kelebihan Pasaran Dahulu apabila Smartfren Memecut Ke Hadapan Mendahului Persaingan
 

OTTAWA, Feb 23 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Mitel® (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), peneraju global dalam perniagaan masa nyata, komunikasi awan dan mudah aliha, mengumumkan pelaksanaan penyelesaian suara dan video melalui LTEnya untuk menyokong pelancaran peranti mudah alih LTE Andromax yang dilancarkan oleh Smartfren baru-baru ini. Smartfren akan bekerjasama rapat dengan Mitel pada pelancaran pesat perkhidmatan mudah alih baharu bermula tahun 2016. Indonesia merupakan kawasan geografi kelima yang memperkenalkan VoLTE daripada Mitel termasuk pelancaran perkhidmatan utama di Amerika Utara bersama T-Mobile AS dan di Eropah bersama 3UK.

Kelajuan pelaksanaan LTE 4G Smartfren telah mengatasi pelaksanaan di rantau lain, menonjolkan potensi besar untuk penyelesaian mudah alih berasaskan perisian di seluruh Asia. Pada waktu pengendali rangkaian mudah alih menghadapi persaingan sengit daripada pemain pasaran yang menimbulkan gangguan dan perkhidmatan aplikasi ekstrem, penyelesaian perisian terunggul Mitel iaitu VoLTE memungkinkan pelaksanaan pantas dioptimumkan untuk memacu inovasi perkhidmatan berterusan dan peluang pendapatan baharu. Penyelesaian tersebut juga menyokong penyampaian perkhidmatan berbilang peranti yang memberikan pengendali keupayaan untuk menawarkan rangkaian IP bersepadu yang lebih mantap merentasi semua titik dan peranti, tanpa mengira teknologi rangkaian akses.

OPPLE LIGHTING MEMASUKI SENARAI PANAS GLOBAL LUX REVIEW BAGI SYARIKAT-SYARIKAT LAMPU 2015

SHANGHAI, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lux Review, sebuah media bebas yang membuat liputan mengenai lampu yang cekap tenaga, baru-baru ini melancarkan Senarai Panas Global Lux Review bagi Syarikat-syarikat Lampu 2015. Sebagai satu daripada syarikat lampu yang terbesar di China, OPPLE Lighting memasukkan senarai panas itu oleh kerana pencapaian mereka yang luar biasa dalam pasaran lampu global. Lux Review menekankan model perniagaan baharu OPPLE dan menegaskan bahawa sebagai satu jenama yang paling besar untuk muncul daripada revolusi LED China pada era 2000-an, OPPLE Lighting telah memulakan satu dorongan global yang memenangi bahagian pasaran daripada nama-nama yang telah lama wujud. Ini adalah satu peristiwa penting dalam sejarah jenama OPPLE dan akan memastikan syarikat itu menyediakan lebih banyak produk lampu yang bertaraf profesional dan tepat.


Tuesday, February 23, 2016

Hujan Lebat Tidak Halang Warga Putrajaya Hadiri Street Dakwah PPZ-MAIWP

PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Hujan lebat tidak menghalang kira-kira 500 warga Putrajaya menghadiri Program Street Dakwah anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Kompleks Futsal 1Malaysia, di sini malam Sabtu.

Program itu diadakan bertujuan menyampaikan dakwah secara santai melibatkan dua topik iaitu adab berjiran dan zikir-zikir.

Selain itu, program tersebut turut memberi peluang kepada hadirin untuk melaksanakan tanggungjawab membayar zakat serta memberi kesedaran terhadap kewajipan itu.

Program yang diadakan sempena acara Kenduri 1Wilayah Persekutuan itu diisi dengan ceramah daripada personaliti agama iaitu Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang dan Ustaz Zulkarnain Hamzah.

Turut memeriahkan program itu ialah penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi, gitaris kumpulan Kamikaze Shamril Mohd Salleh (Sham Kamikaze) dan pelawak Abd Rahman Kasim (Man Raja Lawak).

Program yang berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Hasim Ismail dan Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Che Mat Che Ali.

Sementara itu, Program Kenduri 1Wilayah Persekutan yang diadakan esok (Ahad) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

-- BERNAMA

Monday, February 22, 2016

WILAYAH CHIBA AKAN MEMPROMOSIKAN JENAMA UBI KELEDEK DI MALAYSIA PADA 2016

CHIBA, Jepun, 17 Feb., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Wilayah Chiba, yang terletak bersebelahan dengan ibu negara Jepun Tokyo, kaya dengan sumber semula jadi. Ia menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Disneyland Tokyo yang sangat popular di kalangan pelawat asing ke Jepun.

Wilayah itu, yang berada pada lokasi yang sangat baik, akan mengadakan "Nikmati Ubi Keledek Chiba," satu acara di mana ubi keledek yang lazat akan diperkenal dan dijual kepada pengguna di Kuala Lumpur, Malaysia kemudian pada  Februari tahun ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8706

GLOBAL PAYMENTS UMUM SOKONGAN UNTUK APPLE PAY DI CHINA

BEIJING & ATLANTA, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Global Payments Inc. (NYSE: GPN), sebuah pembekal terkemuka dunia di dalam perkhidmatan teknologi pembayaran, dengan sukacitanya menawarkan kepada peniaga di China dengan keupayaan untuk menerima pembayaran China UnionPay yang dibuat dengan Apple Pay™, yang sedang mengubah cara pembayaran mudah alih dengan satu cara yang mudah, selamat dan bersifat persendirian untuk membayar.
 
Global Payments diaktifkan sepenuhnya untuk penerimaan Apple Pay, sekali gus membolehkan peniaga untuk menawarkan kepada pelanggan mereka dengan kemudahan membayar yang cepat dan mudah dengan Apple Pay di kedai.




Sunday, February 21, 2016

Program Kesatria 1Malaysia Bakal Beri Impak Ekonomi Sebanyak RM1.6 Bilion

PETALING JAYA, 20 Feb (Bernama) -- Program Kesatria 1Malaysia yang diperkenalkan pada 2012 telah menjana 85 konvensyen utama antarabangsa dan bakal memberi impak ekonomi yang dianggarkan sebanyak RM1.6 bilion serta menarik lebih 150,000 delegasi ke negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Tan Sri Dr Ong Hong Peng berkata sumbangan Kesatria, satu program di bawah Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), amat dihargai.

"Dijangkakan konvensyen-konvensyen berkenaan akan membantu meningkatkan kedudukan Malaysia pada skala global dan menyumbang kepada sasaran pelancongan perniagaan kita sebanyak RM3.9 juta kepada pendapatan negara kasar pada 2020," katanya ketika berucap pada majlis 'Kesatria Assembly 005' di sini hari Sabtu.

Antara acara kemuncak majlis itu ialah pengenalan lima Kesatria yang baru dilantik bagi 2016 serta 12 persidangan dunia akan datang untuk tahun ini dan sehingga ke 2020.

Program 1Malaysia Kesatria direka untuk menghargai usaha dan sumbangan pemimpin industri dan institusi masing-masing yang memilih untuk membida dan menjadi tuan rumah konvensyen antarabangsa dan acara perniagaan utama.

Ong berkata konvensyen ini akan melengkapkan usaha kementerian dalam mencapai 30.5 bilion ketibaan pelancong dan RM103 bilion dalam pendapatan pelancongan pada tahun ini.

MyCEB ditubuhkan pada 2009 oleh kementerian untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan jenama pelancongan perniagaan Malaysia bagi pasaran acara perniagaan antarabangsa.

-- BERNAMA


Friday, February 19, 2016

Keio Plaza Hotel Tokyo Anjur Pesta Bufet Pencuci Mulut Strawberi

TOKYO, 19 Feb (Bernama) -- Keio Plaza Hotel (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu acara khas yang diberi nama "Pesta Bufet Pencuci Mulut Strawberi" yang memaparkan pelbagai kek dan pencuci mulut yang menggunakan strawberi lazat dalam suasana gaya bufet di "Jurin" Yang Menyajikan Makanan Sepanjang Hari dari Februari hingga April, 2016.

Jurin Yang Menyajikan Makanan Sepanjang Hari, yang telah dibuka semula pada musim luruh 2014 selepas selesai kerja pengubahsuaian, memulakan satu perkhidmatan bufet pencuci mulut yang telah mendapat sambutan baik. Pembuat pasteri di Keio Plaza Hotel telah mencipta lebih daripada 30 jenis pencuci mulut yang menarik yang akan disajikan antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang pada setiap hari. Dari Februari hingga April, bufet pencuci mulut itu akan menawarkan pencuci mulut yang disediakan khas yang menampilkan strawberi segar, termasuk kek rapuh strawberi dan tart yang sangat popular, strawberi tiramisu yang wangi, manisan buah strawberi sangria, dan pencuci mulut lazat yang lain. Pembuat pasteri kami juga akan mencipta pencuci mulut coklat khas pada Februari, pencuci mulut yang bertemakan hari Easter pada Mac, dan pencuci mulut bunga "Sakura" pada April untuk membantu tetamu kami meraikan ketibaan musim bunga.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1216996

Kertas Penyelidikan Akademik Kini Diterima Untuk Kongres Tenaga Dunia Ke-23 Di Istanbul Dari 9 Hingga 13 Oktober


ISTANBUL, 18 Feb (Bernama) -- Kongres Tenaga Dunia kini menerima kertas penyelidikan akademik untuk mesyuarat 2016 mereka. Tarikh akhir untuk mengemukakan kertas penyelidikan itu adalah pada 30 April.

Mengemukakan kertas penyelidikan kepada Kongres Tenaga Dunia menyediakan satu peluang yang baik untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti tenaga global. Sebanyak 20 kertas penyelidikan akan dipilih untuk dibentangkan pada forum pakar khusus dan diedarkan kepada semua perwakilan dengan menggunakan pemacu kilat USB.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1216788

Thursday, February 18, 2016

SEL BAHAN API HIDROGEN-ATAS-PERMINTAAN PEPEJAL BARU DARIPADA HES ENERGY SYSTEMS MENERBANGKAN UAV ST AEROSPACE UNTUK REKOD 6 JAM

-Skyblade 360 UAV dan sel bahan api kini dipamerkan di Pertunjukan Udara Singapura (gerai ST Engineering) yang sedang berlangsung 

-Penerbangan 300km mewakili satu rekod dunia baru untuk teknologi hidrogen atas permintaan pepejal
 
SINGAPURA, 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah konsortium institusi Singapura dan syarikat swasta termasuk HES Energy Systems, ST Aerospace, DSO National Laboratories, dan Direktorat Sistem dan Teknologi Masa Depan, Kementerian  Pertahanan Singapura, telah bekerja bersama-sama untuk mencapai rekod 6 ketahanan jam, penerbangan 300km pada Skyblade 360 UAV yang ​​dibina di Singapura oleh ST Aerospace. Selain mencapai satu pencapaian besar dalam aspek teknikal dan prestasi bagi sel-sel bahan api hidrogen aktif-atas-permintaan, ia juga merupakan kali pertama di dunia sebuah sel bahan api bergerak di luar peringkat prototaip dan memasuki senarai produk standard pengilang UAV. Skyblade 360 ​​UAV dan sistem sel bahan api kini dipamerkan di gerai ST Engineering pada Pertunjukan Udara Singapura 2016.

NEW SOLID HYDROGEN-ON-DEMAND FUEL CELL FROM HES ENERGY SYSTEMS FLIES ST AEROSPACE UAV FOR RECORD 6 HOURS

-Skyblade 360 UAV and its fuel cell are on display at ongoing Singapore Airshow (ST Engineering booth)

-300km flight represents a new world record for solid chemical hydrogen on demand technology
 
SINGAPORE, Feb 17 (Bernama-BUSINESS WIRE-- A consortium of Singaporean institutions and private sector companies including HES Energy SystemsST AerospaceDSO National Laboratories, and the Future Systems and Technology Directorate of Singapore’s Ministry of Defense, have worked jointly to achieve a record 6 hour endurance, 300km flight on the Skyblade 360 UAV built in Singapore by ST Aerospace. Besides achieving a significant technical and performance milestone for hydrogen-on-demand enabled fuel cells, it is also the first time in the world that a fuel cell moves beyond the prototype stage and enters the standard products list of a UAV manufacturer. The Skyblade 360 UAV and its fuel cell system are currently on display on ST Engineering’s booth at the 2016 Singapore Air Show.

Wednesday, February 17, 2016

CDNETWORKS TERBITKAN ARAH ALIRAN SERANGAN DDOS 2015 DAN PROSPEK UNTUK 2016

- Serangan DDoS Meningkat dalam Saiz dan Kekerapan

SINGAPURA, 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam laporan terbaharu oleh CDNetworks, sebuah penyedia perkhidmatan CDN global, jumlah serangan DDoS pada tahun 2015 meningkat 118% berbanding pada tahun sebelumnya dan ia dijangka meningkat pada tahun 2016.
 
Serangan DDoS (Penafian Perkhidmatan Teragih atau Distributed Denial of Service) berusaha untuk menjejaskan sesuatu perkhidmatan dalam talian dengan membanjirkan trafik daripada pelbagai sumber. Serangan seperti ini boleh melumpuhkan perniagaan dalam talian, sekali gus memberikan kesan negatif terhadap hasil, imej dan operasi sesebuah organisasi.


Tuesday, February 16, 2016

CHRISTOPHER SEAVER SERTAI ROHATYN GROUP SEBAGAI RAKAN KONGSI

Veteran Dalam Industri di Pasaran Asia Pasifik Akan Ditempatkan di Hong Kong
 
NEW YORK, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rohatyn Group ("TRG"), sebuah firma pengurusan aset pasaran baru muncul yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Christopher Seaver telah menyertai firma itu sebagai seorang Rakan Kongsi. Encik Seaver adalah seorang veteran yang mempunyai 24 tahun pengalaman yang luas dalam industri pengurusan aset dalam pasaran Asia Pasifik. Berpangkalan di pejabat TRG di Hong Kong, Encik Seaver akan bertanggungjawab bagi mengawasi inisiatif serantau firma itu di Asia termasuk pembangunan perniagaan baharu dan pengurusan bagi perkongsian strategik baharu dan yang sedia ada. Beliau akan juga berkhidmat sebagai anggota dalam Jawatankuasa Eksekutif TRG.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8702

DRON INTERNET TELAH MENDARAT: H3 DYNAMICS MEMPERKENALKAN DRONEBOX

SINGAPURA, 16 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- H3 Dynamics akan memperkenalkan DRONEBOX, sebuah sistem revolusi yang menumpukan aktiviti perkhidmatan yang dibolehkan oleh dron profesional dengan  Internet Industri untuk Segala-galanya. Selamat datang ke Dron Internet.
 
DRONEBOX adalah sebuah sistem yang merangkumi semua, dan mempunyai kuasa sendiri dan boleh digunakan di mana sahaja, termasuk di kawasan pedalaman di mana aset industri, sempadan, atau pemasangan sensitif memerlukan pemantauan yang berterusan. Direka sebagai satu evolusi ke atas kebanyakan sensor yang tidak diawasi pada hari ini dan kamera CCTV yang dipasang di bandar raya-bandar raya, sempadan, atau kawasan perindustrian besar, DRONEBOX memperkenalkan pembaharuan dengan memberi kebebasan bergerak kepada sensor dengan menggunakan dron sebagai kenderaan mereka. Pengguna kini boleh menggunakan sistem sensor terbang di lokasi yang berbeza, dan mengukur apa sahaja, di mana sahaja, dan bila-bila masa. Mereka menawarkan kereaktifan 24 jam sehari, memberikan maklumat penting kepada pengusaha - walaupun kepada mereka yang berada beribu batu jauhnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8701

Monday, February 15, 2016

​DILIGENT AKAN DIAMBIL ALIH OLEH INSIGHT VENTURE PARTNERS UNTUK $AS 4.90 SESAHAM SECARA TUNAI

Urus Niaga itu Menilaikan Diligent pada $AS 624 Juta
 
Harga Belian Mewakili 31% Premium untuk Prapengumuman Harga Saham Syarikat
 
WELLINGTON, New Zealand & NEW YORK, 15 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Diligent Corporation (NZX:DIL) ("Diligent" atau "Syarikat" itu), pembekal terkemuka bagi kerjasama dalam talian yang selamat dan penyelesaian perkongsian dokumen bagi lembaga pengarah, jawatankuasa dan pasukan kepimpinan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian definitif untuk diambil alih oleh Insight Venture Partners ("Insight"), sebuah firma modal teroka dan ekuiti swasta yang terkemuka di dunia yang melabur dalam syarikat perisian, internet dan perkhidmatan data pertumbuhan tinggi. Di bawah terma perjanjian itu, pemegang saham Diligent akan menerima $AS 4.90 ($NZ 7,391) secara tunai bagi setiap saham Diligent, satu pertimbangan yang menilaikan Diligent pada kira-kira AS$624 Juta (kira-kira $NZ 941 Juta1), termasuk tunai. Lembaga Pengarah Diligent telah sebulat suara meluluskan urus niaga itu dan memutuskan untuk mengesyorkan bahawa pemegang saham supaya mengundi untuk memihak kepada perjanjian itu. Urus niaga itu mewakili premium 31% berbanding penutupan harga saham $NZ 5.64 ($AS 3.741) pada 12 Februari 2016.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8698

Saturday, February 13, 2016

PASSPORT SYSTEMS INC MUNCUL DALAM ARTIKEL BOSTON GLOBE MENGENAI TEKNOLOGI PENGESANAN RADIASI BAHARU

NORTH BILLERICA, Mass., Feb 12 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Passport Systems Inc, salah satu pemaju terkemuka dunia dalam teknologi pengesanan radiasi, muncul dalam sebuah artikel Boston Globe yang membincangkan teknologi canggih syarikat yang akan mengimbas kargo yang tiba di Pelabuhan Boston dan boleh digunakan bagi menjadikan pelabuhan laut lain di seluruh dunia lebih selamat.

Cerita Globe terkini boleh dibaca di http://bit.ly/1me2qtN.

“Misi kami di Passport, dan tanggungjawab kami sebagai jurutera dan saintis, adalah membangunkan produk-produk canggih yang akan meningkatkan keselamatan awam,” kata Dr. Robert Ledoux, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Passport Systems Inc. “Kami memikul tanggungjawab tersebut dengan amat serius.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8692

Friday, February 12, 2016

PENDAPATAN OPERASI YAMAHA MOTORS MENINGKAT 38%

IWATA, Jepun, 9 Feb., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Pertumbuhan Lebih Tinggi Diramalkan untuk tahun 2016 -
 
Yamaha Motor Co., Ltd. (Tokyo: 7272) mengumumkan pada 9 Februari bahawa pendapatan operasi bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember, 2015, melonjak 38.0 peratus kepada 120.4 bilion yen dan jualan bersih meningkat 6.2 peratus kepada 1,615.4 bilion yen.
 
(Dokumen, Foto & Video: http://bit.ly/1nXLHfM)
(YouTube: https://youtu.be/jKVsKoVFUOI)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8694

YUPPTV MEMPEROLEH HAK MEDIA DIGITAL EKSKLUSIF UNTUK PIALA ASIA 2016

Pembekal OTT itu membolehkan penstriman secara langsung untuk kejohanan T20 melalui aplikasi mereka pada pelbagai peranti Internet yang aktif
 
ATLANTA, 12 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- YuppTV, pembekal Over-The-Top (OTT) terbesar di dunia bagi kandungan Asia Selatan, sangat gembira untuk mengumumkan bahawa ia telah mendapat hak media digital untuk Piala Asia T20, 2016 yang akan diadakan pada 24 Februari hingga 6 Mac 2016. Walaupun YuppTV telah mendapat hak eksklusif untuk penstriman Piala Asia 2016 secara langsung di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Eropah, Australia, New Zealand dan Malaysia, peminat kriket di Singapura akan juga dapat menonton kejohanan itu melalui aplikasi YuppTV pada pelbagai peranti Internet seperti TV Pintar, perakam Blu-ray Pintar, alat penstriman media, komputer riba, konsol permainan, telefon pintar dan tablet. Piala Asia 2016 dijadual berlangsung di Dhaka, Bangladesh dengan pasukan T20 India bertemu pasukan negara tuan rumah pada hari pembukaan. Perlawanan yang sangat dinanti-nantikan antara India dan Pakistan dijadual diadakan pada 27 Februari, manakala India menghadapi juara bertahan Sri Lanka pada 1 Mac.



Tawaran Ulang Tahun Ke-25 Regent Seven Seas Cruises: Jimat Sehingga 25% Untuk 25 Pelayaran


SYDNEY, 12 Feb (Bernama) -- Regent Seven Seas Cruises menawarkan penjimatan ulang tahun yang luar biasa sehingga 25% untuk 25 pilihan pelayaran merentasi keseluruhan jadual perjalanan di seluruh Mediterranean, Ibu Negara Baltik, Eropah Klasik dan seterusnya untuk meraikan 25 tahun berada di barisan hadapan dalam sektor pelayaran mewah.

Regent Seven Seas Cruises adalah pemimpin dalam pelayaran ultra mewah yang menyeluruh - dengan menampilkan perkhidmatan yang bersifat sangat peribadi; penginapan suite keseluruhannya; makanan percuma, wain dan alkohol; sebuah kasino gaya Monte Carlo yang eksklusif di atas kapal yang menawarkan blackjack, rolet dan poker; lawatan ke pantai tanpa had secara percuma di setiap destinasi; pelbagai hiburan yang luar biasa dan banyak lagi.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1214910

Thursday, February 11, 2016

NTT COMMUNICATIONS LANCAR PERKHIDMATAN PENYAMBUNGAN KEPENDAMAN ULTRA RENDAH YANG BAHARU ANTARA JPX & SGX

- Kependaman 63.5 milisaat yang tidak pernah ada sebelum ini akan meningkatkan ketangkasan pelabur terhadap perdagangan berfrekuensi tinggi -

TOKYO, 10 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menambahkan satu perkhidmatan baharu penyambungan kependaman ultra rendah antara Japan Exchange Group (JPX) dan Singapore Exchange (SGX). Perkhidmatan penyambungan baharu ini akan menawarkan tahap kependaman paling rendah dalam industri telekom untuk talian sewaan antarabangsa yang secara langsung menyambung kemudahan lokasi bersama bagi JPX dan SGX.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8688

Tuesday, February 9, 2016

WESTERN UNION DAN VIBER MENYEDIAKAN KEUPAYAAN PEMINDAHAN WANG MERENTASI SEMPADAN

Platform WU® ConnectSM Meneruskan Pertumbuhan dan Pengembangan; Menyediakan kepada Pengguna Viber dengan Keupayaan untuk Menghantar Wang ke Lebih 200 Buah Negara dan Wilayah Di Seluruh Pelusuk Dunia 

SAN FRANCISCO, 5 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Western Union Company (NYSE: WU), sebuah pemimpin dalam perkhidmatan pembayaran global, dan Viber, sebuah aplikasi pesanan mudah alih yang terkemuka dengan 664 juta pengguna unik di seluruh dunia, hari ini mengumumkan satu perjanjian untuk menawarkan satu cara yang cepat dan mudah untuk menghantar wang kepada rakan dan keluarga di mana sahaja di dunia dari kemudahan aplikasi Viber. 

Saturday, February 6, 2016

HARRIS CAPROCK DINAMAKAN OPERATOR TELEPORT BEBAS UTAMA UNTUK TAHUN KELIMA BERTURUT-TURUT

HOUSTON, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk tahun kelima berturut-turut, Harris CapRock Communications telah disenaraikan di kedudukan nombor satu di penyenaraian The Independent Top Twenty oleh Persatuan Teleport Dunia (WTA). Syarikat itu juga menduduki tempat keenam di The Global Top Twenty pada tahun 2015 berdasarkan kepada jumlah pendapatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8679

SYNCHRONOSS PERLUAS PENAWARAN PERUSAHAAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENGURUSAN IDENTITI GENERASI AKAN DATANG


Synchronoss memasuki usaha sama dengan Verizon bagi menyampaikan penyelesaian pelbagai faktor untuk menguruskan identiti dalam talian

BRIDGEWATER, N.J., 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperluaskan penawaran perusahaan mereka untuk menyampaikan satu penyelesaian pengesahan pengguna dan pengurusan identiti termaju  kepada perusahaan dan pengguna. Sebagai sebahagian daripada perkembangan ini, Synchronoss telah memeterai satu usaha sama dengan Verizon bagi menyampaikan sebuah penyelesaian pelbagai faktor untuk menguruskan identiti dalam talian. 

Thursday, February 4, 2016

LUXURY CARD LANCAR TIGA KAD LOGAM SERBA CANGGIH DENGAN FAEDAH LUAR BIASA, DIJANAKAN OLEH MASTERCARD

NEWARK, Del. & JACKSON, Wyo., 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Luxury CardTM  telah melancarkan tiga produk baharu kad kredit logam dengan reka bentuk dan pembinaan yang dipatenkan: kualiti paling tinggi MasterCard® Gold CardTM, kad peringkat pertengahan MasterCard® Black CardTM  dan kad peringkat asas MasterCard® Titanium CardTM. 
 
Siaran Berita Pintar ini menampilkan multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:http://www.businesswire.com/news/home/20160203005422/en/
 
Luxury Card adalah satu-satunya program kad kredit di dunia yang menawarkan satu suite lengkap kad logam dan karbon, satu proprietari kad 24K bersadur emas dan penebusan rebat tunai tanpa had sehingga 2%.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8677

​SIDANG KEMUNCAK INDUSTRI KESIHATAN MENCETUSKAN KEGHAIRAHAN PELABUR BERHUBUNG SEKTOR PENJAGAAN KESIHATAN CHINA DENGAN PERTUMBUHAN DUA ANGKA

SHANGHAI, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada musim panas tahun 2015, satu acara telah menarik kehadiran terbesar bilangan orang ramai untuk tempoh satu hari iaitu melebihi 170,000 orang profesional ke Shanghai semata-mata untuk sektor penjagaan kesihatan. Ia adalah satu acara perdagangan mega yang menggabungkan acara perubatan dan farmaseutikal yang utama di China, Sidang Kemuncak Industri Kesihatan.
 
Dengan permulaan rancangan lima tahun ke-13 China pada 2016, program "Kesihatan China 2020" memberi tumpuan kepada membangunkan bersama penjagaan kesihatan, pengeluaran farmaseutikal dan insurans kesihatan, pemisahan preskripsi dan mendispens dan sistem hierarki perubatan telah menjadi satu strategi kebangsaan. Ia diadakan sebagai satu rangsangan tambahan kepada kebanyakan mereka yang sudah mengintai peluang daripada peningkatan penduduk yang semakin tua dan ledakan penduduk yang dijangkakan berikutan perubahan dasar satu anak untuk satu keluarga. Menjelang akhir tahun 2015, lebih 100 buah syarikat yang didagangkan secara tradisinya bukan berorientasikan penjagaan kesihatan di China telah melihat penjagaan kesihatan sebagai satu keutamaan dalam pelaburan dan pembangunan mereka, banyak telah menamakan semula syarikat mereka untuk mencerminkan fokus baharu ini, apatah lagi gergasi terkenal seperti Lenovo, Fosun, dan Wanda Group yang memacukan kepentingan ke dalam beberapa bahagian utama sektor itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8676

Wednesday, February 3, 2016

REVLON LANCAR KEMPEN MEMILIH CINTA

NEW YORK, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Revlon, syarikat kosmetik global yang ikonik, hari ini memperkenalkan kempen mereka MEMILIH CINTA, fasa seterusnya dalam misi jenama LOVE IS ON mereka. MEMILIH CINTA menjemput wanita di seluruh dunia untuk percaya kepada cinta, untuk tidak lagi ragu-ragu dan mengambil peluang agar perasaan berkasih sayang itu benar-benar terjadi.

Untuk memperkenalkan kempen global itu, duta jenama global Revlon muncul di kaca TV yang meraikan langkah-langkah berani ke arah cinta: Olivia Wilde digambarkan membuat langkah menggoda yang pertama; Halle Berry dipaparkan sebagai menghidupkan semangat percintaan; dan Alejandra Espinoza dilihat melafazkan perasaan cintanya. Ini adalah kali pertama ketiga-tiga duta jenama itu dipaparkan bersama-sama dalam satu kempen pengiklanan global. Iklan itu dilengkapkan oleh satu kempen cetak dan digital yang mempersembahkan inspirasi untuk membantu wanita memilih produk Revlon yang terbaik bagi mereka.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8671

RHB BERGABUNG DENGAN FIDESSA MERENTASI ASIA

SINGAPURA, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fidessa group plc (LSE: FDSA) hari ini mengumumkan bahawa RHB Investment Bank (RHB), sebuah bank utama di Malaysia, telah melaksanakan Fidessa sebagai platform dagangan mereka yang strategik merentasi benua Asia.

Platform itu, yang diuruskan oleh Fidessa di seluruh rantau itu, menyediakan keupayaan serba canggih termasuk dagangan algoritma di semua pasaran anggota, IOI pintar dan sebuah sistem pengurusan pesanan berpusat dengan pejabat pertengahan yang bersepadu yang menyokong perniagaan serantau RHB yang semakin berkembang.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8670

SEMUA ORANG BERPAKAIAN ANGGUN SEPERTI DAVID BECKHAM DALAM KEMPEN BAHARU MODERN ESSENTIALS UNTUK H&M

NEW YORK, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ikon gaya David Beckham telah merakamkan kempen terbaharu beliau untuk H&M bagi pelancaran Modern Essentials musim bunga 2016 yang dipilih oleh koleksi David Beckham. Iklan itu telah dirakam di jalan-jalan raya di Lisbon, di mana David menyedari bahawa semua orang mahu berpakaian seperti beliau. Koleksi Modern Essentials baharu yang dipilih oleh David Beckham akan boleh didapati di kedai-kedai terpilih dan secara dalam talian di hm.com bermula pada 18 Februari.

Ini adalah kali kedua David telah bekerjasama dengan pengarah Fredrik Bond, dengan mengambil tema daripada komersial terakhir mereka di mana pelawak Kevin Hart berpakaian sama seperti David. Dalam filem terbaharu ini, David meninggalkan hotelnya untuk mendapati bahawa semua orang di sekelilingnya memakai pakaian yang sama seperti beliau, termasuk anak-anak yang bermain papan selaju, seorang bayi, seorang nenek, dan semua orang di bandar raya itu. Filem itu akan diiringi dengan kempen cetak yang dirakamkan oleh Mario Sorrenti.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8669

SYARIKAT PENERBANGAN ANTARABANGSA PILIH SYNERGY 3 SYNECTICS UNTUK KESELAMATAN INFRASTRUKTUR

SHEFFIELD, England, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu daripada 10 syarikat penerbangan penumpang antarabangsa yang terbaik di dunia telah memilih platform perintah dan kawalan Synergy 3 Synectics untuk melindungi infrastruktur penyelenggaraan mereka.

Dengan kehadiran global yang mengagumkan dan berkembang, syarikat penerbangan itu menerima pakai satu pendekatan bersepadu kepada keselamatan dan pengurusan keselamatan merentasi kemudahan operasi utama di pusat hab Asia Pasifik.
Synergy 3 akan membolehkan syarikat penerbangan itu, yang membawa penumpang dan kargo ke lebih 30 buah negara, untuk mengintegrasi, memantau dan menguruskan data daripada pelbagai peranti subsistem melalui satu kerangka terbuka yang ditawarkan oleh Synergy 3 daripada sebuah pusat keselamatan yang khusus.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8672