Wednesday, November 28, 2018

SHARJAH MERAYAKAN GELARAN 'BANDAR RAYA MESRA KANAK-KANAK' UNICEF DALAM KARNIVAL BESAR-BESARAN

- Kanak-kanak Sharjah memaklumkan kepada dunia: 'Adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk hidup di sebuah tempat yang selamat sama seperti kami'

- Lebih 500 orang kanak-kanak sekolah hadir

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 27 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kanak-kanak dan golongan remaja di amiriah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu, telah mengutus sebuah pesanan kepada dunia, dengan berkata: "Adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk bermain, untuk bergembira, untuk belajar, untuk menjadi kreatif, adalah menjadi hak setiap kanak-kanak untuk hidup di sebuah tempat yang selamat sama seperti kami. Kanak-kanak di Sharjah menggesa ke seluruh dunia agar setiap bandar raya menjadi sebuah bandar raya yang mesra kanak-kanak."

Gesaan itu dilaungkan semasa Karnival Mesra Kanak-kanak dan Remaja Sharjah Pertama, yang berbetulan dengan Hari Kanak-kanak Universal dan meraikan penganugerahan Sharjah baru-baru ini sebagai sebuah Bandar Raya Mesra Kanak-kanak UNICEF.

Karnival itu menyaksikan jalan-jalan raya di Sharjah menjadi hidup dengan bunyi muzik ketika penghibur jalanan dan lebih 500 keluarga, kanak-kanak, dan wakil-wakil dari organisasi kerajaan mengambil bahagian di dalam perarakan perayaan sejauh satu kilometer di Jalan Al Buhaira Corniche, yang terletak di tengah-tengah amiriah itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11657

No comments:

Post a Comment