Thursday, May 30, 2019

KERJASAMA ANTARA EFINIX® DAN M31 TECHNOLOGY CORPORATION MEMENUHI KEPERLUAN PENGKOMPUTERAN PINGGIR AI BAHARU

SANTA CLARA, California dan HSINCHU, Taiwan, 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix®, inovator dalam platform produk dan teknologi boleh program dan M31 Technology Corporation (kod saham Taiwan: 6643), penyedia Harta Intelek (IP) silikon global hari ini mengumumkan kerjasama teknologi untuk memenuhi permintaan bagi keperluan pengkomputeran pinggir AI baharu.
 
Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, MIPI D-PHY RX dan TX IP M31 telah disepadukan dalam platform FPGA Trion® Efinix dengan jayanya. Penyepaduan itu menyediakan berbilang set pautan sehala - sehingga enam Gbps setiap pautan - memberikan antara muka jalur lebar tinggi untuk pelbagai pasaran FPGA dipacu AI generasi seterusnya seperti HMI dan paparan, kamera langkau masa, automotif, kamera pengawasan, visi mesin, perubatan dan kamera inframerah.
 
“Hasil kerjasama dua tokoh teknologi baharu, Efinix dan M31, ialah rangkaian FPGA pertama yang menampilkan MIPI D-PHY dengan pengawal CSI-2 terbina dalam tanpa royalti, iaitu antara muka kamera paling popular yang digunakan dalam industri mudah alih,” kata Ming Ng, SVP operasi dan aplikasi Efinix. “Disebabkan penyepaduan teknologi kami, pelanggan kami mempunyai lebih elemen logik yang boleh digunakan untuk inovasi video, kamera dan sensor.”
 
“Seperti MIPI D-PHY RX dan TX, semua IP M31 (seperti USB1.1 hingga USB3.2, PCIe G2 hingga G3, serta MIPI M-PHY) adalah teras IP antara muka yang terbukti silikon di pelbagai faundri dan nod proses,” kata Allen Sha, presiden M31 AS. “Kami berbesar hati melihat Efinix menerima M31 IP dalam penyelesaian FPGA mereka bagi aplikasi kamera mudah alih.”
 
Aplikasi AI pada pinggir memerlukan prestasi tinggi, kuasa rendah dan pengalaman fungsi yang boleh digunakan dengan segera. FPGA Trion dengan MIPI menawarkan fleksibiliti, kuasa rendah, faktor bentuk kecil dan kos rendah tanpa menjejaskan prestasi. Dengan berbilang saluran MIPI TX dan RX, FPGA Trion boleh menjadi hab sistem dengan berbilang kamera dan sensor. Dengan pengawal CSI-2 kukuh terbina dalam, pereka bentuk AI boleh menggunakan semua sumber FPGA untuk mencipta reka bentuk.
 
Produk bersepadu yang diumumkan hari ini telah pun digunakan dalam aplikasi pelanggan yang menampilkan kamera sensor visi dengan keupayaan seperti 3D, pengesanan kedalaman, HDR, 180 darjah dan pemandangan sekeliling.
 
Persidangan Automasi Reka Bentuk
Minggu hadapan, Efinix akan mempamerkan platform FPGA uniknya di Persidangan Automasi Reka Bentuk (DAC) yang diadakan di Las Vegas pada 2-6 Jun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyertaan Efinix di DAC, layari: https://www.efinixinc.com/dac2019.
 
Perihal Efinix
Efinix, merupakan inovator dalam produk yang boleh diprogram, memacu masa depan pengkomputeran AI maju dengan platform Trion™ FPGA. Teras Trion FPGA adalah teknologi Quantum™ FPGA disruptif. Efinix yang memberikan kelebihan 4X Kuasa-Prestasi-Kawasan terhadap teknologi FPGA tradisional. Trion FPGA, yang menawarkan elemen logik 4K hingga 200K, mempunyai faktor bentuk kecil, kuasa rendah, dan harga berpatutan untuk pengeluaran berkapasiti tinggi. Persekitaran Pembangunan Bersepadu Efinity® kami menyediakan suite reka bentuk FPGA lengkap dari RTL ke arus data binari. Dengan kelebihan Kuasa-Prestasi-Kawasan ini, Trion FPGA menangani aplikasi seperti logik tersuai, kiraan pecutan, pembelajaran mesin dan pembelajaran mendalam. Melalui Efinity, para pelanggan kami dengan mudahnya boleh memindahkan FPGA atau sistem penuh ke dalam Quantum ASIC untuk pengeluaran berkapasiti amat tinggi.
 
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.efinixinc.com.
 
Perihal M31 Technology Corporation
M31 Technology Corporation ialah penyedia harta intelek (IP) silikon profesional. Syarikat tersebut ditubuhkan pada Oktober 2011 dengan ibu pejabat di Hsinchu, Taiwan. Kekuatan M31 ialah R&D dan perkhidmatan pelanggan. Dengan pengalaman meluas dalam bidang pembangunan IP, reka bentuk IC dan automasi reka bentuk elektronik, M31 fokus terhadap menyediakan penyelesaian IP antara muka kelajuan tinggi, pengkompilasi memori, pustaka sel standard dan pustaka ESD/IO. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.m31tech.com.
 
Hubungan:
Steve Stratz
Hubungan Awam Relevanz untuk Efinix
206.300.9134
steve@relevanzpr.com
 
Sumber: Efinix, Inc.

--BERNAMA

INVIVOSCRIBE MENGEMBANGKAN RUANG RANGKAIAN MAKMAL KLINIKAL DAN KEUPAYAAN PENGUJIAN DI SAN DIEGO, JERMAN, JEPUN DAN CHINA. MENAWARKAN PENGUJIAN DISTANDARDKAN KOMPREHENSIF UNTUK SEMUA KEMALIGNAN HEMATOLOGI

SAN DIEGO, 23 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Invivoscribe, Inc., syarikat global bersepadu menegak yang berfokus pada Memperbaiki Kehidupan dengan Precision Diagnostics®, hari ini mengumumkan pengembangan ruang dan keupayaan pengujian dalam rangkaian antarabangsa mereka Makmal klinikal LabPMM® yang diperakui. Tambahan kepada menu pengujian akan termasuk morfologi, IHC, sitometri aliran, serta aliran berbilang parameter- (MPF), dan pengujian penyakit sisa minimum (MRD) spesimen utama berdasarkan NGS. Perkhidmatan baru ini akan terus menyokong diagnosis pesakit dengan pantas, pendaftaran subjek kajian dan susun lapis subjek kajian. Ia akan tersedia pada penghujung tahun ini di San Diego, diikuti oleh makmal di Jepun, Jerman dan China.

“Menu ujian komprehensif kami akan menyingkirkan keperluan rakan untuk memecahkan spesimen utama, mengurangkan waktu putaran dengan ketara dan meningkatkan penerimaan laporan ujian menyeluruh. Ini adalah penting terutama bagi rakan yang melaksanakan ujian klinikal antarabangsa, kerana pendaftaran dalam terapi baris hadapan kerap memerlukan ujian dan pelaporan, yang boleh ditunda jika menggunakan berbilang vendor,” ujar Dr. Jeffrey Miller, CSO & CEO.

“Penjanaan pantas hasil ujian meningkatkan kadar pendaftaran, satu daripada halangan utama dalam melengkapkan ujian klinikal.  Penjanaan hasil ujian distandardkan antarabangsa mengurangkan risiko dengan memastikan kohort adalah homogen dan pendakap adalah seimbang dengan betul. Mengurangkan pemboleh ubah meruntuhkan garis masa untuk hantaran pengaturan dan mempercepatkan kelulusan terapi novel baru. Pesakit yang memerlukan terapi baru dengan segera akan menerima manfaat sepenuhnya,” tambah beliau.

“Sebagai tambahan, agensi pengaturan dan rakan kami meminta gabungan MPF dan Pengujian MRD berdasarkan NGS; perbandingan koheren hasil ujian MRD ini hanya boleh berlaku jika ujian dilakukan secara dalam pada spesimen yang sama, diambil pada masa yang sama, menggunakan ujian distandardkan yang diperakui. Ujian dan perisian berkaitan kami dibangunkan di bawah kawalan reka bentuk untuk memenuhi keperluan pengaturan antarabangsa.”

Makmal LabPMM yang dimiliki sepenuhnya oleh Invivoscribe disahkan mengikut keperluan serantau (cth. CAP, New York State-license, ISO 15189, RiliBĂ„K, Kawasaki City, etc.) dan merupakan satu-satunya makmal rujukan klinikal yang menawarkan ujian dengan Perisian bio informatik yang dibangunkan dan dihasilkan oleh Invivoscribe dalam kemudahan cGMP-nya yang didaftarkan dengan FDA.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12172

IFTAR SERBA DINAMIK SEMARAKKAN RAMADAN TAHUN INI

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh dengan barakah ini, Kumpulan Serba Dinamik telah merencanakan pelbagai akitiviti-aktiviti kerohanian bagi memeriahkan lagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka kepada golongan asnaf, anak-anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Shah Alam, Selangor.

Hampir 100 penerima menerima sumbangan pada tahun ini yang terdiri daripada Pusat Jagaan Sayang, Rumah Amal Al-Firdaus, Teratak Nur Barakah dan Madrasah Nurul Ilmi.

Di dalam usaha meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan, Kumpulan Serba Dinamik telah menyediakan anggaran jumlah sumbangan bernilai hampir RM70,000.00 dan agihan pelbagai juadah kuih raya.

Program tahunan ini merupakan program kali ke-5 yang diadakan sepanjang 10 malam terakhir Lailatur Qadar adalah antara inisiatif syarikat untuk mendekati masyarakat yang melakukan ibadah di bulan mulia ini.

Program tahunan ini juga memberikan pengajaran dan kesedaran serta menanam nilai-nilai positif seperti rasa bersyukur dan sekaligus mengukuhkan iman setiap individu terbabit menjadi seorang insan yang mulia serta mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Turut diadakan juga adalah penyerahan sumbangan 1000 bubur lambuk yang telah diagihkan ke kawasan di sekitar Shah Alam Selangor pada 17 Mei lalu.

Selain itu, Kumpulan Serba Dinamik turut menghargai jasa dan pengorbaan anggota warga kerjanya semasa program berlangsung.

Usaha ini bagi merapatkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dan kakitangan yang kini berjumlah 1250 orang.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik, Dato’ Dr. Ir. Mohd. Abdul Karim Abdullah, warga Serba Dinamik perlu melipat ganda prestasi kerja masing-masing bagi memastikan usaha melaksanakan kerja yang diamanahkan oleh pemegang taruh dapat ditingkatkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Beliau berkata tuntutan beribadah perlu diimbangkan dengan tugasan hakiki yang perlu dilaksanakan kerana kerja juga adalah satu ibadah.

“Justeru usaha memastikan presatsi kerja and etika untuk maju perlu ditingkatkan sempena Ramadan, dan kita jadikan bulan yang mulia ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan”, katanya.

Dato’ Karim berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Serba Dinamik pada Rabu (29 Mei 2019) di hotel terkemuka di Shah Alam Selangor.

Majlis berbuka puasa beramai-ramai ini turut dilanjutkan dengan aktiviti Solat Magrib dan Isyak secara berjemaah.

Turut hadir di Majlis ini termasuk ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Serba Dinamik termasuk Dato’ Mohamed Nor Abu Bakar, Tuan Haji Abdul Kadier Sahib, Pangeran Dato’ Awang Daud Pangeran Awang Putera dan kakitangan pengurusan syarikat.

Sumber: Serba Dinamik

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Syaiful Radzman Osman
Human Capital & General Affairs
Tel: 03-5511 3213
Faks: 03-5511 3212
Emel: radzman@e-serbadk.com
Laman sesawang: https://e-serbadk.com/

--BERNAMA

CHANGCHUN BAKAL MENJADI DESTINASI PELANCONGAN SUKAN YANG UTAMA DI CHINA

CHANGCHUN BAKAL MENJADI DESTINASI PELANCONGAN SUKAN YANG UTAMA DI CHINA

Wednesday, May 29, 2019

OMNICOMM SYSTEMS BERJAYA MELANCARKAN FORUM INOVASI DI ASIA


FORT LAUDERDALE, Fla., 27 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Inovasi ubat baharu, penyelesaian eClinical berpusatkan pesakit dan trend terkini dalam penyelidikan farmaseutikal menjadi agenda teratas di Forum Inovasi Asia, iaitu persidangan pelanggan perdana yang dihoskan oleh OmniComm Systems, Inc. (OTCQX: OMCM), peneraju penyedia teknologi pengurusan data klinikal global. Dihoskan bersama Tri-I Biotech, acara yang bertapak di Shanghai itu telah menarik lebih ramai pengunjung dan penceramah daripada jangkaan.

“Ini ialah acara yang hebat untuk OmniComm di China. Saya gembira melihat pertumbuhan pesat perniagaan OmniComm di rantau ini dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Tri-I atas kerjasama yang hebat selama empat tahun yang lalu,” kata Feng Cheng, GM untuk OmniComm China. “OmniComm mempunyai EDC dan sistem fasa awal terbaik untuk kajian klinikal dan akan terus mengembangkan perkhidmatan dan keupayaan sokongannya demi mengembangkan perniagaannya di China.”

Forum Inovasi Asia menarik ramai wakil daripada hampir 50 organisasi sains hayat. Semasa acara selama dua hari itu, pengunjung mendengar pembentangan daripada tokoh pemikir, penyelidik akademik dan pelanggan OmniComm yang telah mencapai hasil signifikan dalam produktiviti, automasi, kualiti data, keberkesanan pengendalian dan pematuhan dalam pelaksanaan ujian klinikal mereka menggunakan produk EDC OmniComm.

“Kami berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi OmniComm dan bekerja bersama mereka bagi menyediakan perisian klinikal lanjutan kepada pelanggan kami di China,” kata Michael Lee, pengasas dan GM Tri-I “Sebagai syarikat tempatan, kami mempunyai rangkaian serantau kukuh, yang membantu OmniComm berkembang dan menyokong perniagaannya di China. Tri-I mempunyai pasukan seramai hampir 20 orang yang berdedikasi terhadap produk OmniComm. Kami menyediakan kepakaran dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.”

Semasa acara itu, OmniComm menampilkan beberapa produk eClinical, termasuk TrialMaster® Version 5, Acuity Analytics, AutoEncoder, IRTMaster, TrialOne® dan T1xpress.

“Kami berterima kasih kepada pengunjung, penceramah dan Tri-I kerana menyumbang kepada kejayaan Forum Inovasi Asia pertama kami. Acara rangkaian serantau dan global kami direka untuk menyediakan forum untuk pelanggan kami membincangkan topik industri penting, bertukar pandangan dan amalan terbaik dan menunjukkan komitmen OmniComm terhadap inovasi dan pembangunan berterusan dalam industri kajian klinikal,” kata Stephen Johnson, presiden dan CEO OmniComm Systems. 

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMPERKENALKAN SEJARAH KESENIAN TRADISIONAL JEPUN SELAMA 400 TAHUN

Pameran Porselin Arita dan Imari ke-39 – Yang Lama dan yang Baharu Seirama
 
TOKYO, 29 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan “Pameran Porselin Arita dan Imari ke-39 – Yang Lama dan yang Baharu Seirama” dari 1 Julai hingga 5 Ogos, 2019 dengan memperkenalkan kepada tetamu porselin Arita dan Imari, seramik pertama yang diperbuat di pulau selatan Kyushu, Jepun. Porselin “Ko-Imari” (atau Imari lama) yang telah menjadi barang seni popular di kalangan bangsawan Eropah semasa Era Edo pada abad ke-17 dan barang-barang porselin yang indah yang diperbuat oleh pembuat tembikar terkenal yang telah berkembang sepanjang sejarah kesenian itu selama 400 tahun akan dipaparkan. Juga, lapan pembuat porselin moden dan terkenal dari kawasan Arita dan Imari di Wilayah Saga di Kyushu akan mempamerkan produk mereka dan turut tersedia untuk dijual. Di samping itu, tujuh buah restoran kami akan menyajikan makanan yang disediakan khas menggunakan porselin Arita dan Imari. Ramai tetamu boleh membeli produk porselin selepas makan di restoran kami dan benar-benar dapat melihat dan merasakannya.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190528005122/en/
 
Pengeluar ruang dan Pengerusi Persatuan Perancang Parti Jepun Yoko Maruyama dan rakan-rakan bersekutu beliau akan mewujudkan ruang hidang khas yang diselaraskan dengan pinggan mangkuk porselin bagi menunjukkan bagaimana untuk menggabungkan porselin dengan indahnya ke dalam gaya hidup seharian untuk keseronokan peserta pameran.
 
Tahun ini menandakan kali ke-39 pameran ini telah diadakan, dan ia merupakan pantulan kepada minat yang mendalam terhadap produk porselin Arita dan Imari. Pameran ini juga direka untuk menyediakan kepada tetamu antarabangsa kami, yang mewakili lebih dari 75% dari jumlah keseluruhan tetamu, dengan satu peluang untuk mengalami keindahan produk porselin Arita dan Imari yang menjadi tradisional Jepun.
 
Arkib bagi Siaran Media
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
 
Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimonoupacara minum teh kami dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman webYouTubeFacebook atau Instagram kami.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190528005122/en/
 
Hubungi
 
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp
 
Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

MICPA lantik Presiden, Naib Presiden baharu

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) melantik Dr Veerinderjeet Singh sebagai Presiden dan Datuk Gan Ah Tee sebagai Naib Presiden untuk tempoh 2019-2021.

MICPA, dalam kenyataan hari ini, berkata Dr Veerinderjeet dipilih untuk Majlis MICPA pada 2004 dan beliau kini Pengerusi Bukan Eksekutif Axcelasia Inc.

Beliau juga ahli Lembaga Pengarah Malaysian Rating Corporation Bhd, AmBank (M) Bhd dan UMW Holdings Bhd.

Dr Veerinderjeet mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang perakaunan dan cukai serta telah berkhidmat di Jabatan Hasil Dalam Negeri, Universiti Malaya, Arthur Andersen dan Ernst & Young.

Sementara itu, MICPA berkata Gan, yang dipilih untuk Majlis MICPA pada 2008, kini rakan pengurusan BDO di Malaysia dan rakan kanan serantau BDO di ASEAN.

Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 35 tahun dalam pengauditan, perakaunan dan penasihat kewangan. 

Beliau merupakan bekas Presiden Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia (IPAM) dan ahli majlis Institute of Chartered Accountants di England dan Wales, mewakili ASEAN, dan ahli Worshipful Company of Chartered Accountants di England dan Wales.

-- BERNAMA

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MENINGKATKAN KAPASITI UNTUK BEBAN KERJA YANG MEMERLUKAN PRESTASI DENGAN SIRI SSD XG6-P

SSD NVMe Baharu menawarkan sehingga 2TB[1] untuk aplikasi pelanggan atasan dan pergerakan pusat data

TOKYO, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan Siri pemacu keadaan pepejal (SSD) XG6-P, satu derivatif bagi Siri XG6 mereka. Dengan menawarkan kapasiti[2]  sehingga 2,048GB dan lebih 30 peratus lebar jalur menulis berurutan yang lebih tinggi berbanding yang terdahulu[3], XG6-P itu sesuai untuk komputer meja stesen kerja dan sistem permainan mewah, serta pusat data yang mengoptimumkan kos dan infrastruktur tergubahkan. XG6-P akan memulakan pensampelan kepada pelanggan OEM dalam jumlah terhad bermula dari pertengahan Jun.

Memanfaatkan BiCS FLASH™ 3D TLC (3 bit bagi setiap sel) 96-lapisan Toshiba Memory, SSD XG6-P menyediakan kapasiti storan yang tinggi, dan pada masa yang sama mengekalkan janji bagi storan ultra-nipis, berkelajuan tinggi dengan kecekapan kuasa yang luar biasa. Siri XG6-P itu mencirikan antara muka PCIe® Gen 3 x4 lorong (rev 3.1a) / NVMe™ (rev 1.3a) dan menyampaikan sehingga 3,180MB bagi bacaan berurutan dan 2,920MB bagi menulis[4], dan sehingga 355,000 bacaan rawak dan 365,000 menulis rawak IOPS[5]. Selain itu, SSD XG6-P beroperasi pada kurang daripada 5 Watt, dengan memberikan nisbah prestasi-ke-kuasa yang sangat baik ke dalam sebuah jejak yang tumpat dan padat. Dengan mempunyai kapasiti dua kali ganda dari XG6, kelajuan menulis lebih pantas berbanding daripada XG5-P, dan satu lagi sampul kuasa yang lebih rendah dan faktor bentuk yang lebih kecil daripada pusat data kelas XD5, Siri XG6-P yang baharu itu menawarkan satu pilihan storan M.2 NVMe tambahan untuk seterusnya mengoptimumkan penyelesaian pelanggan atau persekitaran pusat data.

SSD XG6-P 2,048GB boleh didapati dalam sebuah faktor bentuk satu muka M.2 2280 (22 x 80mm) dan menawarkan pilihan keselamatan termasuk sokongan TCG Pyrite Versi 1.0 untuk konfigurasi Bukan SED (Pemacu Penyulitan Sendiri) dan sokongan TCG Opal Versi 2.01 untuk SED.

SSD Seri XG6-P akan dipaparkan di Interop Tokyo 2019 di Makuhari Messe, Jepun dari 12 hingga 14 Jun di reruai 5P16 bagi Toshiba Memory.

Nota

[1] Kapasiti sebenar adalah 2,048GB. Sila rujuk kepada nota kaki [2] untuk definisi kapasiti.

[2] Definisi kapasiti: Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait, 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti storan yang lebih kecil. Kapasiti storan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft® dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti diformat yang sebenar mungkin berbeza-beza.

[3] Ujian dalaman oleh Toshiba Memory Corporation membandingkan dengan kelajuan berurutan XG5-P 2TB SSD, XG6-P adalah 32.7% lebih pantas.

[4] Kaji selidik Toshiba Memory Corporation adalah didasarkan pada kelajuan membaca dan menulis berurutan unit bagi 128KiB, dengan menggunakan model XG6-P 2048GB di bawah keadaan ujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail. Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait dan satu kibibait (KiB) sebagai 2^10 bait, atau 1,024 bait.

[5] Kaji selidik Toshiba Memory Corporation adalah didasarkan kepada kelajuan membaca dan menulis bagi 4KiB unit, dengan menggunakan model XG6-P 2048GB di bawah keadaan ujian Toshiba Memory Corporation. Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza-beza, bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail. IOPS adalah Input Output bagi setiap saat (atau jumlah bagi operasi I/O bagi setiap saat).

* NVMe adalah sebuah tanda perniagaan milik NVM Express, Inc.
* PCIe adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar milik PCI-SIG.
* Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Promosi Jualan
Tel: +81-3-6478-2424
https://business.toshiba-memory.com/en-apac/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12188

Tuesday, May 28, 2019

BAHASA MANDARIN DI MANA SAHAJA DI TAIWAN: BELAJAR SATU BAHASA BAHARU SEMASA MENGEMBARA KE LUAR NEGARA

TAIPEI, Taiwan, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat-pusat bahasa Cina Mandarin bagi universiti-universiti Taiwan sedang bekerjasama dengan industri pelancongan untuk menawarkan lawatan-lawatan yang berinovatif yang menggabungkan pengembaraan kebudayaan tempatan dengan pembelajaran bahasa, di mana pengunjung akan menikmati satu perjalanan ke Taiwan yang lebih daripada sekadar bersiar-siar. Berikut adalah beberapa contoh:

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190527005122/en/

Taiwan Utara
  • Tamkang University menawarkan satu lawatan masakan. Peserta membeli-belah untuk bahan-bahan dalam sebuah pasaran tradisional dan mengambil bahagian di dalam satu sesi masak-memasak, kesemuanya dipandukan oleh seorang pengajar bahasa profesional. Dari menerokai persekitaran kehidupan tempatan yang sebenar kepada menikmati makanan ringan yang popular di pasar malam, pelawat akan dapat mengalami cita rasa sebenar bagi Daerah Danshui yang terkenal di New Taipei City!
     
  • Chung Yuan Christian University menawarkan empat lawatan yang agak berbeza. Satu adalah untuk mereka yang suka melawat tapak-tapak bersejarah; satu lagi menerokai estetika bangunan moden dan bersejarah; satu memperkenalkan kebudayaan golongan asli; dan satu lagi menampilkan aktiviti-aktiviti kebudayaan klasik, seperti mendayung perahu naga. Dari pemandangan alam semula jadi dan bersifat kemanusiaan kepada acara-acara tersendiri yang khusus untuk wilayah tertentu, ada sesuatu yang dapat dinikmati bagi setiap orang yang melawat Taoyuan City.
 
Taiwan Selatan dan Tengah
  • Feng Chia University menggabungkan pembelajaran bahasa dengan lawatan kebudayaan yang bertema kepada tarikan-tarikan tempatan seperti Pasar Malam Feng Chia. Pengajar-pengajar bermula dengan mengajar frasa asas yang berkaitan dengan destinasi yang terdapat pada jadual perjalanan, yang kemudian boleh digunakan oleh pelawat untuk kegunaan praktikal dalam kehidupan sebenar sepanjang lawatan mereka ke Taichung City.
     
  • Wenzao Ursuline University of Languages menggabungkan ​​pembelajaran bahasa dengan masakan Taiwan yang lazat. Perjalanan yang tenang ke Fo Guang Shan merangkumi warisan Buddha, mercu tanda seni bina, dan makanan vegetarian, sementara lawatan yang bertemakan Hakka menyediakan bengkel masakan, tapak-tapak kebudayaan Hakka, dan tanah lembap semula jadi. Selain itu, sebagai sebuah negara samudera, Taiwan mempunyai banyak makanan laut. Ini benar-benar merupakan suatu pengalaman Kaohsiung yang direka khas untuk pencinta makanan!

Bagi mereka yang berminat dengan satu pengalaman yang mendalam di Taiwan yang akan memberikan kenangan sepanjang hayat, mengapa tidak mencuba lawatan kebudayaan kami yang sangat memuaskan hati berbanding dengan pakej bersiar-siar yang standard — kesemuanya ketika belajar untuk bertutur satu bahasa yang digunakan oleh 1.2 bilion orang di seluruh dunia.

Log masuk ke https://ogme.edu.tw/ dan tempah lawatan hari ini!

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190527005122/en/

Hubungi

OGME (Pejabat bagi Pendidikan Mandarin Global)
Kuo-Ning Chi, +886-2-2391-1368 sambungan 1360
c1360@csd.org.tw

Sumber : Pejabat bagi Pendidikan Mandarin Global

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

EXPO INDUSTRI DATA BESAR ANTARABANGSA CHINA 2019 DIBUKA DI GUIYANG

EXPO INDUSTRI DATA BESAR ANTARABANGSA CHINA 2019 DIBUKA DI GUIYANG

Saturday, May 25, 2019

PRAPENDAFTARAN UNTUK KARYA AGUNG BERGERAK SAINT SEIYA: AWAKENING BERMULA PADA 24 MEI

Permainan pelakuan peranan gaya anime bakal tiba musim panas ini, YOOZOO Games mendedahkan butiran dan prapendaftaran untuk kerjasama yang sangat dinanti-nantikan itu

SHANGHAI, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di samping pemaju Tencent dan artis dan penulis manga Jepun yang terkenal Masami Kurumada, YOOZOO Games sedang menerbitkan RPG mudah alih yang akan datang Saint Seiya: Awakening. Terkenal dengan karya beliau mengenai manga yang mempunyai aksi berlawan; yang memaparkan budak bishonen dan magik, Masami Kurumada adalah pengasas bagi studio manga Kurumada Productions.

Saint Seiya: Awakening akan melihat untuk mencipta semula komik klasik Jepun yang memaparkan satu kumpulan pahlawan mistik yang dikenali sebagai ‘Santa’. Ia akan dipaparkan dengan grafik 3D berdefinisi tinggi dan, lebih kurang sama dengan jalan cerita dalam komik itu, naratif itu membolehkan anda bermain melalui detik-detik Saint Seiya kegemaran anda. Permainan akan menampilkan pertukaran berasaskan pertempuran dengan watak-watak lain. Dengan senarai beratus-ratus pejuang untuk dipilih, pemain akan mempunyai kebebasan untuk mencipta sebuah pasukan yang unik dengan strategi yang disesuaikan.

Dengan satu gaya seni yang menarik yang mencerminkan karya asal Kurumada, watak-watak dan kemahiran mereka masing-masing kesemuanya adalah didasarkan pada animasi asal. Beberapa daripada artis suara watak terbaik dari Jepun, dari Jun Fukuyama (suara bagi Lelouch dalam Code Geass) kepada Yuki Kaji (Eren Yeager dalam Attack on Titan), membantu untuk melengkapkan satu pakej yang tepat kepada siri asal itu.

Saksikan pengenalan permainan dan video Saint Seiya: Awakening di sini:
https://sssea.gtarcade.com/.

Pengguna Android, pradaftar untuk permainan itu di sini:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tencent.tmgp.ssksea

Pengguna iOS, pradaftar untuk permainan itu di sini:
https://itunes.apple.com/app/saint-seiya-awakening/id1460638219?l=zh&ls=1&mt=8

YOOZOO Games
Laman Rasmi http://www.yoozoo.com/
Portal Permainan Global https://www.gtarcade.com/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12177

Friday, May 24, 2019

"AKAL SUPER" DALAM PERMAINAN KAD DAN BERPAPAN DARI SELURUH DUNIA BERAKSI BERSAMA DI HENGSHUI


HENGSHUI, China, 17 Mei (Bernama) -- Kejuaraan Masters Dunia IMSA 2019 (Hengshui) adalah sebuah acara tahap A antarabangsa yang dihoskan oleh Persatuan Sukan Minda Antarabangsa (IMSA) dan dianjurkan oleh Pusat Pentadbiran Permainan Kad dan Berpapan bagi Pentadbiran Am Sukan China, Biro Sukan Wilayah Hebei, dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Hengshui.

Satu pembukaan besar-besaran bagi acara itu yang bertemakan “Hengshui Yang Indah, Masa Depan Cerah” telah diadakan di Teater Poly Hengshui pada 13 Mei, 2019. Ahli Yang Berhormat bagi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Presiden bagi Persekutuan Xiangqi Dunia, Timothy Fok Tsun-Ting, Presiden IMSA, Chen Zelan, dan Grand Master dan Naib Pengerusi bagi Persatuan Go China, Nie Weiping, serta Masaki Takemiya dan Koichi Kobayashi, Go master bertaraf dunia telah menghadiri majlis perasmian itu.

Acara itu terdiri daripada lima jenis sukan, termasuk permainan Bridge, Catur, Papan Dam, Go, dan Xiangqi dengan 17 disiplin secara keseluruhannya dan akan mempunyai 99 pingat yang terdiri daripada emas, perak dan gangsa. 240 pemain profesional utama dan pegawai dari 49 buah negara dan wilayah berkumpul di Hengshui dan bertarung selama lima hari untuk gelaran itu. Berani untuk diperkatakan bahawa “akal super” bagi permainan kad dan berpapan dunia berkumpul untuk persaingan peringkat tinggi. Peminat permainan kad dan berpapan menjangkakan sesuatu dengan penuh minat untuk persaingan sengit dan kandungan yang indah.

Sumber: Persatuan Sukan Minda Antarabangsa

Thursday, May 23, 2019

PVH CORP. MENAMAKAN STEFAN LARSSON KE JAWATAN PRESIDEN YANG BAHARU DIWUJUDKAN

– Seorang Pemimpin yang Cemerlang, Pelantikan Larsson Mengukuhkan lagi Pasukan Kepimpinan Kanan PVH dan Mewujudkan Perancangan Penggantian Pengurusan Yang Kukuh – 


NEW YORK, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PVH Corp. [NYSE: PVH], satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia dan pemilik bagi jenama-jenama ikonik, termasuk CALVIN KLEIN, TOMMY HILFIGER, Van Heusen, Speedo, dan IZOD, hari ini mengumumkan pelantikan Stefan Larsson ke jawatan Presiden, PVH Corp. yang baharu diwujudkan itu berkuatkuasa pada 3 Jun, 2019. Encik Larsson akan bertanggungjawab bagi mengendalikan perniagaan berjenama dan wilayah PVH, dengan setiap satu daripada tiga ketua pegawai eksekutif bagi jenama-jenama itu dan Presiden-presiden Serantau melapor kepada beliau. Beliau akan melapor kepada Emanuel Chirico, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PVH. Sehubungan dengan pengumuman ini, Encik Chirico telah menandatangani satu perjanjian pekerjaan lima tahun yang baharu dengan Syarikat itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190521005894/en/

Pengarah Pengerusi PVH, Henry Nasella berkata bahawa “Dengan menandatangani perjanjian pekerjaan baharu oleh Manny dan pengambilan Stefan ke jawatan Presiden yang baharu diwujudkan itu, kami percaya bahawa PVH berada pada kedudukan yang sangat baik dari segi kepimpinan dan perspektif penggantian pengurusan untuk terus melaksanakan rancangan strategik kami dengan baik ke arah masa hadapan.”

Encik Larsson telah baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Ralph Lauren Corp., di mana beliau berjaya menumpukan semula syarikat itu tentang apa yang menjadikannya ikonik, meningkatkan prestasi dan menetapkan arah untuk pertumbuhan masa hadapan. Sebelum itu, Encik Larsson berkhidmat sebagai Presiden Global bagi Old Navy, satu cabang bagi Gap Inc., dan telah membantu Old Navy mencatatkan 12 suku tahun berturut-turut bagi pertumbuhan yang menguntungkan, dengan menambahkan $1 bilion dalam penjualan yang menguntungkan. Selama lebih 15 tahun, Encik Larsson adalah merupakan sebahagian daripada pasukan itu yang mengembangkan penjualan peruncit Sweden Hennes & Mauritz (H&M) dari $3 bilion kepada $17 bilion dan memperluaskan operasi syarikat itu dari 12 sehingga kepada 44 buah negara.

“Bakat dan rekod perkhidmatan kendalian Stefan menjadikan beliau satu penambahan yang mantap kepada pasukan pengurusan kanan PVH,” kata Emanuel Chirico, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Beliau sangat dihargai kerana tumpuan strategik beliau, kepimpinan yang terbukti dan pengalaman global di dalam memacukan transformasi dan pembinaan jenama dalam sebuah landskap pengguna yang semakin dinamik dan sentiasa berubah. Sebagai Presiden kami, saya amat yakin bahawa Stefan memenuhi syarat untuk membantu menjanakan pertumbuhan global kami dengan berjaya memimpin jenama dan wilayah kami untuk melaksanakan keutamaan strategik kami, dan menyampaikan pertumbuhan garis atas dan keuntungan dan pulangan yang konsisten kepada pemegang saham kami.”

Stefan Larsson berkata, “PVH adalah sebuah syarikat yang luar biasa dan memiliki sebahagian daripada jenama gaya hidup global yang paling ikonik. Saya telah lama mengagumi apa yang telah dicapai oleh Manny dan pasukan pengurusan PVH, dengan sejarah kejayaan, pengambilalihan transformatif, pembinaan jenama yang luar biasa, reka cipta semula dan inovasi, platform operasi yang kukuh dan perhubungan dengan pengguna mereka. Saya tidak sabar-sabar untuk menyumbang kepada kuasa PVH itu dan bekerjasama dengan seluruh pasukan kepimpinan untuk memacukan perniagaan itu ke hadapan.”
Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik CALVIN KLEINTOMMY HILFIGERVan HeusenIZODARROWSpeedo*, Warner’sOlga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat masa hadapan Syarikat itu yang dibuat menurut peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu secara semula jadi adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang mana kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagian daripadanya mungkin tidak dijangkakan, termasuk, tanpa had (i) rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu mungkin dianggap sebagai sangat berkeumpilan dan menggunakan sebahagian besar aliran tunainya untuk menunaikan keberhutangannya, oleh itu Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengendalikan perniagaannya dengan cara yang dikehendaki atau telah dikendalikan pada masa lalu; (iii) tahap penjualan bagi pakaian, kasut dan produk berkaitan bagi Syarikat itu, baik kepada pelanggan borong dan di gedung jualan mereka, tahap penjualan bagi pemegang lesen Syarikat itu di peringkat borong dan runcit, dan sejauh mana diskaun dan harga promosi di mana Syarikat itu dan pemegang lesen mereka dan rakan perniagaan yang lain dikehendaki untuk terlibat, kesemuanya boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca, perubahan dalam ekonomi, harga bahan api, pengurangan dalam perjalanan, trend fesyen, penyatuan, peletakan semula dan kebankrapan di dalam industri runcit, peletakan semula bagi jenama-jenama oleh pemberi lesen Syarikat itu, dan faktor lain; (iv) keupayaan Syarikat itu untuk menguruskan pertumbuhan dan inventori, termasuk keupayaan Syarikat untuk merealisasikan faedah daripada pengambilalihan, seperti pengambilalihan yang belum selesai yang dikenalpasti dalam siaran akhbar ini; (v) sekatan kuota, pengenaan kawalan perlindungan dan pengenaan duti atau tarif ke atas barang dari negara-negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya menghasilkan barangan di bawah tanda dagangannya, yang mana antara lain, dapat membatasi keupayaan untuk menghasilkan produk di negara-negara yang kos efektif, atau di negara-negara yang mempunyai kepakaran buruh dan teknikal yang diperlukan; (vi) ketersediaan dan kos bagi bahan mentah; (vii) keupayaan Syarikat itu untuk menyesuaikan dengan tepat masa kepada perubahan dalam peraturan perdagangan dan penghijrahan dan pembangunan pengeluar (yang boleh menjejaskan di mana produk-produk Syarikat itu boleh dihasilkan dengan terbaiknya); (viii) perubahan di dalam ketersediaan kapasiti kilang dan penghantaran, kenaikan kadar upah dan kos penghantaran, konflik sivil, peperangan atau tindakan pengganas, ancaman oleh apa-apa ketidakstabilan yang sebelum ini, atau politik atau tenaga kerja di mana-mana negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya atau produk rakan perniagaan lain dijual, dihasilkan atau dirancang untuk dijual atau dihasilkan; (ix) wabak penyakit dan kebimbangan berkaitan kesihatan, yang boleh mengakibatkan kilang ditutup, mengurangkan tenaga kerja, kekurangan bahan mentah dan mengawal rapi atau sekatan barangan yang dihasilkan di kawasan yang dijangkiti, serta mengurangkan trafik dan pembelian pengguna, kerana pengguna menjadi sakit atau membatasi atau menghentikan perbelanjaan untuk mengelakkan pendedahan; (x) pemerolehan dan penyahlaburan dan isu-isu yang timbul daripada pengambilalihan, penyahlaburan dan urus niaga yang dicadangkan, termasuk, tanpa had, keupayaan untuk mengintegrasikan sesebuah entiti atau perniagaan yang diperolehi ke dalam Syarikat itu tanpa kesan buruk yang besar ke atas entiti yang diambil alih, perniagaan yang diperolehi atau operasi Syarikat yang sedia ada, hubungan pekerja, hubungan vendor, hubungan pelanggan atau prestasi kewangan, dan keupayaan untuk beroperasi dengan berkesan dan menguntungkan bagi perniagaan Syarikat itu secara berterusan selepas penjualan atau pelupusan lain bagi sesebuah anak syarikat, perniagaan atau asetnya; (xi) kegagalan oleh pemegang lesen Syarikat itu untuk memasarkan produk berlesen dengan jayanya atau untuk mengekalkan nilai jenama-jenama Syarikat itu, atau penyalahgunaan bagi jenama Syarikat itu; (xii) turun naik yang ketara bagi dolar Amerika Syarikat berbanding dengan mata wang asing di mana Syarikat itu menjalankan urus niaga yang signifikan; (xiii) perbelanjaan pelan persaraan Syarikat itu yang dicatatkan sepanjang tahun dikira dengan menggunakan penilaian aktuari yang menggabungkan andaian dan anggaran mengenai pasaran kewangan, keadaan ekonomi dan demografi, dan perbezaan di antara anggaran dan hasil sebenar menimbulkan kepada keuntungan dan kerugian, yang boleh menjadi ketara, yang dicatatkan dengan serta-merta dalam pendapatan, pada umumnya pada suku keempat tahun berkenaan; (xiv) kesan kepada undang-undang dan peraturan cukai baharu dan disemak semula, terutamanya Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan Amerika Syarikat 2017 yang mungkin tak seimbang menjejaskan Syarikat itu berbanding dengan sesetengah rakan mereka kerana struktur cukai tertentu bagi Syarikat itu dan peratusan yang lebih tinggi bagi pendapatan dan hasil yang dijanakan di luar Amerika Syarikat, dan undang-undang yang digubal di Belanda yang dikenali sebagai “Pelan Cukai Belanda 2019”; dan (xv) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”).

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190521005894/en/

Hubungi

PVH Corp.
Dana Perlman
Bendahari, Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Pelabur
(212) 381-3502
communications@pvh.com

Sumber : PVH Corp.

MAKLUMAN MENGENAI ANUGERAH MEDIA MSOSH 2019

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Dimaklumkan Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) telah memperkenalkan Anugerah Media MSOSH 2019 bagi mengiktiraf karya-karya kewartawanan berkait dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Wang hadiah yang berjumlah RM 12,000 untuk dimenangi bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori media cetak & portal berita dan kategori media penyiaran televisyen & video dalam talian.Penyertaan hanya terbuka pada karya berbahasa Melayu & Inggeris.

Bagi karyawan media yang ingin mengetengahkan karya-karya mengenai KKP yang diterbit atau disiar antara 1 Januari 2018 hingga 30 Mei 2019, boleh muat turun borang melalui pautan berikut:

http://mpi.my/release/msosh-media-award-2019

Tarikh tutup penyertaan adalah 10 Jun 2019. Tiada yuran penyertaan dikenakan.


SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

Tuesday, May 21, 2019

FUSIONEX MENINGKATKAN HASIL UNTUK PENGILANG MULTINASIONAL DENGAN PENYELESAIAN IR 4.0

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah penyedia teknologi data terkemuka yang telah memenangi pelbagai anugerah di dalam teknologi Analisis Data Besar (BDA), Kecerdasan Buatan (AI) dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 telah meraih sebuah kontrak bernilai berjuta-juta dolar untuk meningkatkan daya pengeluaran dan hasil pengeluaran bagi sebuah pengeluar besar melalui penggunaan teknologi IR 4.0.
 
Ditubuhkan empat dekad yang lalu, pelanggan itu menggunakan 10,000 orang pekerja dan mempunyai perolehan tahunan bernilai berbilion dolar. Dalam usaha untuk meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan operasi selanjutnya, Fusionex akan menyediakan kepada pelanggan itu dengan platform Analisis Data Besar, AI dan Kecerdasan Berterusan untuk mengumpul, menyimpan, memantau, dan mengambil tindakan ke atas pandangan yang diperolehi daripada data pengeluaran dari kilang dan loji mereka secara 24/7.
 
Dengan menggunakan penyelesaian canggih Fusionex, pelanggan itu akan dapat menjejaki dan menganalisis parameter seperti suhu, kelembapan, ketidakstabilan tekanan, dan input-output, untuk mendapatkan gambaran yang teguh yang tertanam di dalam pemprosesan pintar pelanggan. Hasilnya, Fusionex berharap untuk meningkatkan hasil pelanggan sebanyak berjuta-juta dolar pada setiap bulan.
 
Fusionex akan memperkenalkan sebuah platform digital yang dikuasakan oleh AI untuk membantu pelanggan mengautomasikan proses pengeluaran, aktiviti penyelenggaraan, dan pencegahan kerosakan mereka.
 
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh berkata, “Teknologi IR 4.0 kami yang dikuasakan oleh AI bersedia untuk membantu pelanggan membuat sistem mereka lebih pintar serta meningkatkan hasil pengeluaran mereka. Kami teruja kerana dipilih oleh pelanggan itu, ketika mereka memulakan satu perjalanan untuk memodenkan operasi mereka, dan pada masa yang sama meningkatkan garis atas dan tahap keuntungan mereka, serta membuat jangkaan mengenai masa hadapan bagi perniagaan mereka.”
 
Maklumat mengenai Fusionex
 
Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik.
 
Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20190520005026/en
 
Hubungi

Angie Lim
angie@adv-fusionex.com
 
Sumber : Fusionex
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA