Sunday, July 31, 2016

MPPD TERUSKAN USAHASAMA MANTAP DENGAN IWK

Port Dickson,29 Julai (Bernama) -- Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), hari ini menandatangani perjanjian pembekalan biopepejal dan air kumbahan terawat (bioefluen) sebagai sebahagian usaha untuk merealisasikan pelaksanaan teknologi hijau melalui program 1PBT 1Negeri. Perjanjian tersebut yang disaksikan olen YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan, telah ditandatangani oleh Dato' Ab Khalid bin Mat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Sembilan, dan Datuk Ir Abdul Kadir Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IWK.


Ini merupakan kali ketiga perjanjian sebegini ditandatangani di antara MPPD dan IWK. Perjanjian yang pertama telah berlangsung pada 28 Mac 2012 dan perjanjian kedua diperbaharui pada 7 Julai 2014. MPPD merupakan pelopor kepada penggunaan bioefluen dan biopepejal serta merupakan majlis perbandaran pertama yang menggunakan bioefluen terawat dan biopepejal untuk kegunaan kerja-kerja landskap di bawah kawasan pembandaran. Bagi perjanjian kali ketiga ini , fokus utama adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam menghasilkan baja kompos dari biosolid yang dibekalkan oleh IWK. Ini merupakan salah satu usaha mempelbagaikan dan memperbaharui sumber sedia ada . Pihak  MPPD juga berhasrat mengeluarkan produk ini  sebagai satu tambahan hasil kepada MPPD, di samping penggunaannya dapat diperluaskan di seluruh Port Dickson terutama penggiat landskap . 

Thursday, July 28, 2016

TOSHIBA AKAN MEMULAKAN PENGELUARAN BESAR-BESARAN BAGI PEMACU STEPPING MOTOR 2 SALURAN BIPOLAR DENGAN PENARAFAN MAKSIMUM 40V DAN 2.0A

TOKYO, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions hari ini mengumumkan bahawa pengeluaran besar-besaran "TC78S122FNG," sebuah pemacu stepping motor 2 saluran bipolar yang menawarkan voltan ketahanan output maksimum sebanyak 40V dan arus output 2.0A, akan bermula pada 5 Ogos. Syarikat itu juga menambah "TC78S122FTG" kepada barisan pemacu stepping motor mereka sebagai satu variasi pakej yang ditempatkan dalam pakej QFN yang lebih padat, dengan pengeluaran besar-besaran ditetapkan untuk bermula pada akhir Ogos.
 
Pemacu motor berkelajuan tinggi, berprestasi tinggi diperlukan untuk aplikasi yang termasuk alat pencetak, kamera pengawasan, peralatan automasi pejabat, terminal perbankan seperti ATM, mesin pengenalan wang kertas, mesin hiburan, dan peralatan rumah. Pada masa yang sama, pengecilan peralatan sedang dipercepatkan oleh permintaan pelanggan untuk produk yang menjimatkan ruang dengan reka bentuk yang cemerlang. Langkah-langkah untuk mengurangkan haba yang dihasilkan di dalam peralatan dan penggunaan tenaga yang rendah bagi keseluruhan unit juga semakin penting.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9177

NTT COMMUNICATIONS MEMPERLUASKAN KAWASAN PERKHIDMATAN ENTERPRISE CLOUD DAN FUNGSI-FUNGSI BAGI PERSEKITARAN ICT KONVENSIONAL DAN NATIF AWAN


TOKYO, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperluaskan ketersediaan geografi dan menu perkhidmatan bagi perkhidmatan Enterprise Cloud mereka untuk awan yang dihoskan secara persendirian dan pelbagai penyewa. Tiga bidang perkhidmatan baharu — Jepun Barat ("JP2"), Hong Kong ("HK1”) dan Jerman ("DE1") — boleh didapati dengan kadar segera. Fungsi-fungsi baharu di kawasan Jepun Timur yang sedia ada ("JP1") akan termasuk penambahan berurutan bagi vSphere ESXi dan penyimpanan blok dengan jaminan prestasi IO (lihat lampiran untuk harga).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9175

Wednesday, July 27, 2016

TINJAUAN GLOBAL DIKELUARKAN OLEH LAPORAN ISAPS MENINGKAT MELEBIHI SATU JUTA PROSEDUR KOSMETIK DAN ESTETIK DILAKUKAN PADA 2015

Dunia terus mencari nilai dalam pembedahan plastik estetik seperti yang ditunjukkan oleh bilangan prosedur yang berkembang

NEW YORK, 26 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) yang mencapai seluruh dunia adalah dikenali ramai dengan plastik global dan masyarakat pembedahan estetik. Pengumuman keputusan kajian prosedur yang ditunggu-tunggu menunjukkan peningkatan sebanyak lebih satu juta prosedur yang dilaporkan dari tahun 2014 hingga tahun 2015.

Data mengenai rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang dijalankan pada tahun 2015 telah dijadualkan daripada soal selidik dan dihantar kepada kira-kira 35,000 pakar bedah plastik di dalam pangkalan data proprietari ISAPS. ISAPS adalah satu-satunya organisasi yang mengumpul jenis data ini pada skala global dan kajian itu dilihat sebagai sumber yang berharga dalam bidang estetika. 

Tuesday, July 26, 2016

ISOCOL HOLDINGS AG MEMOHON UNTUK DISENARAIKAN DI BURSA EURONEXT PARIS

ZURICH, Switzerland, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Isocol Holdings AG telah memohon untuk disenaraikan di bursa Euronext Paris (Marché Libre).
 
Penyenaraian yang dicadangkan membentuk sebahagian daripada strategi pertumbuhan global syarikat dan akan membantu memenuhi permintaan kukuh di pasaran Eropah bagi produk utama syarikat iaitu Isocol™ Rubbing Alcohol Antiseptic (Antiseptik Alkohol Gosok).
 
Selama lebih daripada 30 tahun, Isocol™ telah menjadi produk yang perlu dimiliki oleh setiap isi rumah Australia, dengan pelbagai aplikasi dari pencucian am kepada rawatan kulit. Produk-produk Isocol™ dijual menerusi lebih daripada 1,500 pasar raya terkemuka di Australia, termasuk Woolworths, Coles dan IGA, dan juga 4,000 farmasi runcit yang merangkumi rantaian kebangsaan Priceline, Terry White dan Amcal.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9172

Monday, July 25, 2016

ASIAN BANKING SCHOOL DAN OCBC BANK GANDING BAHU TINGKATKAN PIAWAIAN PROFESIONAL BIDANG PENGURUSAN KEKAYAAN

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Asian Banking School (ABS) dan OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) telah berganding bahu untuk meningkatkan tahap penguasaan pegawai bank dalam selok-belok bidang pengurusan kekayaan menerusi program latihan 13-modul yang bermula bulan depan (Ogos).
  
Usaha sama yang belum pernah dilaksanakan ini melengkapkan para pengurus hubungan OCBC Bank dengan ilmu pengurusan terbaik demi manfaat pelanggan dan juga untuk diri mereka sendiri menerusi program mampan yang membina kerjaya dan mengukuhkan perspektif. Program Pengurusan Kekayaan ABS-OCBC akan menyampaikan maklumat tentang trend, cabaran dan peluang dalam industri. 


MDEC Bantu GHL Cari Rakan Kongsi Sesuai Untuk Berkembang



KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), melalui hubungan dan usahanya, membantu GHL Systems Bhd bagi mencari rakan kongsi sesuai untuk berkembang.

Menurut kenyataan MDEC pada Khamis, GHL telah menetapkan visinya untuk menjadi penyedia perkhidmatan pembayaran terbesar di ASEAN.

"Walaupun perniagaan teras GHL termasuk Perkhidmatan Perkongsian dan Perkhidmatan Penyelesaian, pertumbuhannya disokong oleh perniagaan transaksi pemerolehan pembayaran (TPA).

"Perniagaan TPA membolehkan GHL berhubung secara langsung dengan peniaga untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran kad kredit manakala bank berkenaan yang akan mendapat kebenaran bagi transaksi kad kredit," menurutnya.

Menurut MDEC, peralihan tumpuan itu telah mengubah syarikat daripada penjual perkakasan yang memperoleh pendapatan bukan berulang kepada peniaga menerima bayaran kad kredit dari bank yang mengeluarkan kad berkenaan dengan menjana perolehan anuiti berjumlah 94 peratus daripada perolehan keseluruhan kumpulan.

"Baru-baru ini, GHL mengembangkan perniagaan TPA dengan menjalinkan perkongsian dengan Rizal Commercial Banking Corporation, sebagai bank yang menguruskan bayaran melalui kad kredit atau debit bagi pihak peniaga di Filipina.

"Ini yang membantu syarikat mengukuhkan kedudukannya dalam negara," menurutnya.

-- BERNAMA

Friday, July 22, 2016

TRAVELSKY BERALIH KEPADA UNISYS AIRCORE UNTUK MEMODENKAN JUALAN DAN PERKHIDMATAN PENUMPANG SYARIKAT PENERBANGAN BAGI SYARIKAT PENERBANGAN CHINA

BEIJING, China, 20 Julai (Bernama) -- 

Pembekal penyelesaian IT penerbangan yang terkemuka di China memperkemas dan meningkatkan aplikasi jualan dan perkhidmatan penumpang melalui penyelesaian sistem terbuka modular

Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini mengumumkan bahawa TravelSky (http://www.travelsky.net/publish/english/index.html) telah berjaya melakukan peralihan kepada sistem penumpang Unisys AirCore generasi akan datang untuk memperkemas dan memodenkan aplikasi jualan dan perkhidmatan penumpang (PSS) bagi pelanggan syarikat penerbangan mereka.
http://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/transportation-industry-solutions/aircore-airline-passenger-services

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9164

JOY GLOBAL UMUM PERJANJIAN UNTUK DIAMBIL ALIH OLEH KOMATSU DALAM URUS NIAGA TUNAI BERNILAI $3.7 BILION

Menyampaikan premium tunai yang cukup besar kepada pemegang saham Joy Global
Komatsu komited kepada pertumbuhan jangka panjang untuk Joy Global, yang akan beroperasi sebagai anak syarikat berasingan bagi Komatsu

MILWAUKEE, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Joy Global Inc. (NYSE: JOY) ("Joy Global"), sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian perlombongan produktiviti tinggi, hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarahnya telah sebulat suara meluluskan satu perjanjian penggabungan muktamad di mana Komatsu America Corp., sebuah anak syarikat Komatsu Ltd. (TYO: 6301) ("Komatsu"), akan memperoleh Joy Global dalam satu urus niaga yang bernilai kira-kira $3.7 bilion, termasuk hutang tertunggak Joy Global. Di bawah terma perjanjian itu, pemegang saham Joy Global akan menerima $28.30 sesaham dalam bentuk tunai bagi setiap saham tertunggak untuk saham biasa yang dipegang, yang mewakili premium sebanyak 48% kepada jumlah purata wajaran harga penutup bagi saham biasa Joy Global untuk 90 hari perdagangan dan premium sebanyak 41%  kepada jumlah purata wajaran harga penutup saham biasa Joy Global bagi tempoh 60 hari perdagangan sebelum 21 Julai 2016.


GENIEE INC. MENGUMUMKAN NOTIS BAGI SATU PERTAMBAHAN MODAL MELALUI PENGUNTUKAN PIHAK KETIGA DAN PEMINDAHAN SAHAM TERTUNGGAK

TOKYO, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Geniee, Inc. (Ibu Pejabat: Shinjuku-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tomoaki Kudo; kemudian daripada ini, "Geniee") mengumumkan bahawa hari ini ia akan melaksanakan satu kenaikan modal melalui penguntukan pihak ketiga dan pemindahan saham tertunggak yang diperuntukkan kepada Fenox Venture Capital serta BRV Japan Advisers dan dua buah syarikat lain.
  • BRV Japan Advisers Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo; Wakil Pengarah: John Lee; kemudian daripada ini, "BRV")
  • Anchor Advisors Inc. (Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo; Wakil Pengarah: Shinichi Muto; kemudian daripada ini, "Anchor Advisors")
  • Mizuho Capital Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Chiyoda-ku, Tokyo; Presiden: Hajime Saito; kemudian daripada ini, "Mizuho Capital")
  • Fenox Venture Capital (Ibu Pejabat: Lembah Silikon, Amerika Syarikat; Ketua Pegawai Eksekutif: Anis Uzzaman; kemudian daripada ini, "Fenox VC")

1. Tujuan peningkatan modal melalui penguntukan pihak ketiga dan pemindahan saham tertunggak

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9166

Tuesday, July 19, 2016

TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO DALAM PAKEJ DIP8 DENGAN ARUS PEMACU 5A YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI

Barisan produk arus besar dipertingkatkan untuk menggantikan geganti mekanikal di dalam penggunaan industri
 
TOKYO, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan penambahan tiga produk baharu kepada barisan geganti foto mereka yang boleh menggantikan geganti mekanikal dalam aplikasi industri, termasuk arus pemacu besar 5A[1] yang terkemuka di dalam industri bagi geganti foto pakej DIP8. Penghantaran produk baharu itu, "TLP3547", "TLP3548" dan "TLP3549", bermula dari hari ini.
 
"TLP3547" adalah sejenis produk 60V dengan arus pemacu besar 5A (maksimum)[1] yang terkemuka di dalam industri bagi pakej geganti foto DIP8. "TLP3548" adalah sejenis produk 400V dengan arus pemacu 0.4A (maksimum) dan pensuisan berkelajuan tinggi 1ms (maksimum.). "TLP3549" adalah geganti foto yang pertama[2] yang menggunakan struktur super-junction MOSFET, "siri DTMOS", dan adalah sejenis produk 600V dengan pemacu arus 0.6A (maksimum).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9162

Monday, July 18, 2016

LEIGH TERRY DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI IPG MEDIABRANDS APAC

NEW YORK, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketua Pegawai Eksekutif Global IPG Mediabrands Henry Tajer telah mengumumkan pelantikan Leigh Terry sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi IPG Mediabrands di Asia Pasifik. Terry adalah seorang inovator media dan pemimpin yang dipandang tinggi dengan kerjaya beliau menjangkau ke Eropah dan Pasifik.

"Asia Pasifik adalah satu keutamaan penting bagi pelaburan serantau dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Tajer. "Rantau itu terus menawarkan potensi yang besar bagi pelanggan kami dan perniagaan kami dan Leigh memiliki bakat, pengalaman dan wawasan untuk melaksanakan rancangan kami yang telah dirangka."

Beliau berkata, "Leigh adalah seorang eksekutif yang sangat dihormati dan efektif yang telah berada dalam senarai paling dikehendaki kami untuk tempoh yang agak lama dan saya sangat teruja beliau telah memilih untuk menyertai kami."


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9157

MIC Sasar Lebih Banyak Program Peningkatan Ekonomi Masyarakat India

BANTING, 17 Julai (Bernama) -- MIC menyasarkan untuk memperbanyakkan program peningkatan ekonomi masyarakat India selain membantu memperluas pasaran produk keluaran kaum itu bagi meningkatkan pendapatan mereka.


Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata langkah tersebut akan disokong dengan penyaluran pelbagai bantuan dan dana yang diperuntukkan kerajaan untuk kaum India setiap tahun secara lebih komprehensif.




Saturday, July 16, 2016

TOSHIBA LANCAR IC BAHARU BAGI PERANTI PINTAR BLUETOOTH® DENGAN PENGGUNAAN KUASA RENDAH TERKEMUKA DALAM KELASNYA DALAM INDUSTRI

- Menggalakkan Penggunaan Fungsi Komunikasi bagi Peranti Pemacu Bateri Syiling -

TOKYO, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran tiga litar bersepadu (IC) baharu "TC35678FSG", "TC35678FXG" dan "TC35679FSG" sebagai tambahan kepada barisan IC yang menyokong komunikasi Bluetooth® Kuasa Rendah (LE)[1] ver.4.1. Pada  voltan bekalan 3V, IC baharu itu mengambil hanya kurang separuh daripada kuasa produk Toshiba[2] sebelum ini, dan merealisasikan penggunaan semasa yang setanding dengan yang paling rendah di dalam industri[3] itu. Penghantaran sampel bermula hari ini, dengan pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula pada akhir tahun 2016 bagi produk "TC35678FXG" dan pada awal tahun 2017 bagi kedua-dua IC yang lain.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9149

Friday, July 15, 2016

AFLES 2016 Sasar Tingkatkan Pelajar ASEAN Keupayaan Kepimpinan

NILAI, 15 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Pemimpin Masa Depan ASEAN keempat (AFLES 2016) yang dirasmikan hari ini di sini, bertujuan meningkatkan pelajar yang mengambil bahagian dari universiti ASEAN dengan keupayaan kepimpinan.


AFLES 2016 yang berlangsung selama 10 hari bermula Rabu lepas membabitkan 170 delegasi dari 10 negara ASEAN dan Pakistan, berhasrat untuk memupuk, melatih dan mendidik pemimpin masa depan di institusi pengajian tinggi ke arah yang lebih baik saling bergantungan, penggubalan dasar dan masa depan yang mampan.



MEDIA PARTNERS ASIA: INDUSTRI TV BERBAYAR DI ASIA PASIFIK MENGHADAPI PERTUMBUHAN YANG PERLAHAN

HONG KONG & SINGAPURA, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Industri TV berbayar di Asia Pasifik akan berkembang pada kadar purata tahunan 5.8% dari tahun 2016 hingga 2021, menurut satu laporan baharu, Pasaran TV Berbayar & Jalur Lebar Asia Pasifik, yang diterbitkan oleh penganalisis terkemuka industriMedia Partners Asia (MPA).
 
MPA mensasarkan jualan industri TV berbayar merentasi 18 pasaran utama di Asia Pasifik akan meningkat daripada AS$54 bilion pada tahun 2016 kepada AS$72 bilion menjelang tahun 2021, dan seterusnya meningkat kepada AS$81 bilion menjelang tahun 2025. Kadar pertumbuhan pelanggan TV berbayar dan pendapatan bagaimanapun adalah agak perlahan, disebabkan oleh kelembapan ekonomi dan persaingan yang semakin meningkat daripada kedua-dua alternatif yang sah dan tidak sah. Pertumbuhan pelanggan TV berbayar menurun atau mengecut dengan ketara khususnya di Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Singapura.



Thursday, July 14, 2016

HUNTER ULTRASONICS MENGGESA BAGI SATU CARA YANG LEBIH HIJAU UNTUK MEMBERSIHKAN PENAPIS ENJIN DIESEL

Peraturan alam sekitar terlepas sasaran dalam mengurangkan pelepasan karbon pada enjin diesel  

TORONTO, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Peraturan-peraturan, yang mencakupi daripada garis panduan Perjanjian Paris 2015 yang meluas kepada mandat ke atas kenderaan yang tidak berada di jalan raya, kesemuanya bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Namun, seperti mana yang dinyatakan oleh Ken Hunter, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hunter Ultrasonics, dalam satu artikel baru-baru ini, langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran tidak memasukkan satu elemen penting di dalam proses itu –  pembersihan penapis enjin secara tetap dan menyeluruh.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9144

Wednesday, July 13, 2016

NTT COMMUNICATIONS LANCAR PERKHIDMATAN INTERNET DIGI-PATH PREMIER UNTUK PERUSAHAAN DI YANGON, MYANMAR

Memperoleh lesen perkhidmatan komunikasi untuk menyampaikan penyelesaian sehenti ICT
 
TOKYO, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima lesen perkhidmatan rangkaian daripada Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Myanmar dan telah mula menawarkan penyambungan internet yang boleh dipercayai, berkelajuan tinggi untuk kegunaan perusahaan di seluruh kawasan Yangon bagi fasa pertama, berkuat kuasa serta merta.


FOLEY HOAG RAIH KEMENANGAN BERSEJARAH UNTUK FILIPINA DI LAUT CHINA SELATAN

Tribunal Timbang Tara Mengecam "Garisan 9 Sempang" China dan Mengekalkan Hak Maritim  Filipina
 
WASHINGTON, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu tribunal timbang tara antarabangsa hari ini sebulat suara mengekalkan tuntutan Filipina dalam timbang tara yang menarik perhatian ramai terhadap China. Tribunal itu menolak tuntutan China kepada "hak-hak sejarah" di dalam kawasan maritim yang diliputi oleh apa yang dipanggil sebagai "garisan sembilan sempang" sebagai tidak selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut.


C.H. ROBINSON DIUNDI 3PL #1 OLEH PEMBACA INBOUND LOGISTICS UNTUK TAHUN KEENAM

EDEN PRAIRIE, Minn., 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- C.H. Robinson, sebuah peneraju global dalam logistik pihak ketiga (3PL), dinamakan 3PL #1 oleh pembaca malajah Inbound Logistics untuk tahun keenam berturut-turut.

"Pekerja kami berdedikasi dalam menyediakan kepada pelanggan kami, pembawa kontrak, pembekal dan pemangkin dengan penyelesaian dan perkhidmatan untuk menjadikan rantaian bekalan mereka lebih berdaya saing," kata John Wiehoff, ketua pegawai eksekutif C.H. Robinson. "Penghormatan ini adalah untuk pekerja kami — lebih 13,000 orang pekerja di seluruh dunia yang mempamerkan pada setiap hari bagaimana C.H. Robinson percaya dalam membantu pelanggan kami bekerja lebih bijak, dan bukannya lebih kuat."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9143

EKSPO CHINA-ASEAN KE-13 UNTUK TINGKATKAN PELABURAN PERUSAHAAN CHINA DI ASEAN

NANNING, China, 12 Julai (Bernama-AsiaNet) -- 
 
Sekretariat Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) mengumumkan program penggalakan perdagangan dan pelaburan yang akan dilancarkan semasa Ekspo tahun ini pada 5 Julai, untuk menggalakkan strategi “globalisasi" dan pelaburan perusahaan China di negara-negara ASEAN. Persidangan penggalakan pelaburan berprofil tinggi itu mengenai taman-taman perindustrian ASEAN dan simposium mencari pasangan China-ASEAN berhubung projek-projek pelaburan dan pembiayaan akan diberikan keutamaan yang tinggi semasa Ekspo berkenaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9142

Tuesday, July 12, 2016

ACQUIRO BUKA PEJABAT SINGAPURA UNTUK TINGKATKAN KEHADIRANNYA MERENTASI RANTAU ASIA PASIFIK

Lokasi Baharu Mewakili Pelaburan Tambahan oleh Selling Simplified Group untuk Memanfaatkan Peluang yang Berkembang di dalam Segmen Kualiti Data Pemasaran 
 
GREENWOOD VILLAGE, Colo., 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --Dengan piagamnya dan tumpuan untuk meningkatkan kualiti data pemasaran bagi pasukan jualan dan pemasaran pasukan-pasukan pada hari ini, Acquiro, sebuah vendor penyelesaian teknologi pemasaran yang dilancarkan pada awal tahun ini, hari ini mengumumkan pembukaan pejabatnya di Singapura. Acquiro – sebahagian daripada Selling Simplified Group (SSG) – telah ditubuhkan dengan misi membawa kepada penyelesaian kualiti data pasaran yang direka untuk meningkatkan secara mendadak pendapatan sesebuah syarikat dengan mengesah dan memperkayakan data hubungan utama.



UNILEVER JAPAN K.K. LANCAR KEMPEN BAHARU UNTUK MENYOKONG MEREKA YANG MEMAKAI PELINDUNG KEPALA UNTUK BEKERJA

TOKYO, 5 Julai (Bernama-AsiaNet) -- 
 
Unilever Japan K.K. telah melancarkan satu kempen bertajuk "Pelan Pelindungan Penutup Kepala CLEAR. Satu Penghormatan kepada Kesateria Pelindung Kepala." untuk mempromosikan CLEAR, sejenis syampu penjagaan kulit kepala yang merupakan jenama syampu lelaki paling laris di dunia (*1). Kempen itu adalah juga projek pertama di dunia (*2) bagi menggalakkan syarikat-syarikat dan pasukan sukan untuk menyediakan syampu kepada pekerja dan pemain mereka yang memakai penutup kepala untuk tugasan mereka, sekali gus mendedahkan kulit kepala mereka kepada risiko.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9135

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO AKAN BUKA ARAS BAHARU KELAB "PREMIER GRAND" PADA DISEMBER, 2016

Memperkukuhkan Barisan Kemudahan dan Perkhidmatan Atasan

TOKYO, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan memulakan pengubahsuaian 11 bilik suite dan 100 bilik kelab. Pada masa yang sama, satu Ruang Istirahat Kelab atau Club Lounge khas akan dibuka di aras atas tingkat ke-45 di menara utama dan mula beroperasi dari Disember, 2016. Tumpuan khas akan diberikan dalam membuat penambahbaikan yang signifikan kepada kemudahan untuk menghasilkan pengalaman tetamu di hotel kami lebih selesa dan menyeronokkan. Sebanyak JPY 2.5 bilion akan dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9141

Monday, July 11, 2016

TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO UNTUK PENGUJI SEMIKONDUKTOR DALAM PAKEJ PALING KECIL INDUSTRI

Untuk kawalan arus besar 1.5A dan operasi Celsius 110 darjah 

TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation(TOKYO:6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran geganti foto dalam pakej industri paling kecil [1].Penghantaran bermula dari hari ini.


TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO KAWALAN BESAR DALAM PAKEJ KECIL

Barisan untuk 1.7A hingga 4A dalam pakej 2.54SOP4 dan 2.54SOP6
 
TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran geganti foto kawalan arus besar, untuk arus dalam lingkungan 1.7A hingga 4A, dalam pakej kecil 2.54SOP4 dan 2.54SOP6. Penghantaran bermula dari hari ini. Aplikasi bagi barisan baharu untuk empat produk, TLP3106, TLP3107, TLP3109 dan TLP3127, termasuk pengawal logik boleh atur cara (PLC), sistem pengurusan bateri (BMS) dan penyongsang automasi kilang. Geganti foto baharu itu menggunakan MOSFET trenc generasi terkini Toshiba untuk mengawal arus besar pada tahap yang setara yang biasanya dikendalikan oleh geganti mekanikal[1]. Berbanding dengan geganti mekanikal, yang mempunyai hubungan mekanikal, geganti foto mempunyai kelebihan dalam menghasilkan bunyi yang lebih rendah dan tiada kemerosotan yang disebabkan oleh hubungan dengan pemakaian.


MCLAREN-HONDA DAN NTT COMMUNICATIONS MENGUMUMKAN PERKONGSIAN TIGA TAHUN

Rangkaian, awan, penyambungan data dan inovasi lain untuk melonjakkan sempadan sukan permotoran
 
WOKING, United Kingdom & TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --McLaren-Honda, sebuah pelopor selama lebih 50 tahun dalam Formula 1, dan NTT Communications Corporation, penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan permulaan satu perkongsian teknologi selama tiga tahun.


UNIONPAY INTERNATIONAL LANCAR "YOUJIHUA" UNTUK TINGKATKAN PENGALAMAN PENGGUNA MERENTAS SEMPADAN - DISKAUN SEGERA BOLEH DINIKMATI UNTUK KALI PERTAMA

SHANGHAI, China, 6 Julai, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 6 Julai, UnionPay International dan rakan-rakan pertamanya bersama-sama melancarkan "YouJiHua", platform pemasaran merentas sempadan terbuka yang pertama di dunia yang dibangunkan oleh satu skim kad bank. Ge Huayong, Pengerusi China UnionPay, Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, dan pemimpin Bank of China, China Merchants Bank, CYTS, Ctrip, Spring Airlines, SaSa Hong Kong, Prince Jewellery & Watch, LUKFOOK JEWELLERY dan ISA, menghadiri majlis berkenaan.


TOKYO SKYTREE (SM) MENGELUARKAN "TIKET KOMBO FAST SKYTREE" KE DEK PEMERHATIAN BAGI PELAWAT ANTARABANGSA

TOKYO, 8 Julai, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

TOKYO SKYTREE, yang dikendalikan oleh TOBU TOWER SKYTREE CO., LTD., mengeluarkan "Tiket Kombo Fast Skytree" untuk ke dek pemerhatian di menara itu, "Dek Tembo" dan "Tembo Galleria" yang secara eksklusif untuk pelawat dari luar negara pada 1 Julai, 2016. Sistem bayaran masuk telah juga dipermudahkan di bawah tiket baharu itu, yang lebih mudah bagi pelancong ke dalam negara untuk memahaminya.


Tuesday, July 5, 2016

"ANUGERAH PELAJAR CM GATSBY," PERTANDINGAN VIDEO KOMERSIAL UNTUK PELAJAR, AKAN DIPERKEMBANGKAN KEPADA "ANUGERAH KREATIF GATSBY," VENUE YANG LEBIH KREATIF, LEBIH RAPAT DENGAN PENGGUNA!

OSAKA, Jepun, 1 Julai (Bernama-AsiaNet) -- 

- Hasil kerja dipohon dari 10 buah Negara/Wilayah sehingga 31 Oktober, 2016 -

Mandom Corp. yang berpangkalan di Osaka akan mengadakan "ANUGERAH KREATIF GATSBY," satu pertandingan video komersial TV yang memaparkan produk dandanan lelaki berjenama GATSBY. Pertandingan itu telah diadakan dengan diberi nama "Anugerah Pelajar CM GATSBY" sebanyak 10 kali, dan akan dinaik taraf sebagai "ANUGERAH KREATIF GATSBY" pada tahun 2016.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9121

MCMC ANJUR PROGRAM ADVOKASI BERSAMA KOMUNITI

SHAH ALAM, 5 Julai (Bernama) -- Program advokasi bersama komuniti KDB@Ramadan anjuran Pejabat Wilayah Tengah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan asnaf dan mereka yang kurang mendapat perhatian mengenai penggunaan internet yang berhemah.
 
Seramai 52 anak-anak yatim, yatim piatu dan asnaf dari Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Bakti Al Kausar telah hadir pada program advokasi KDB@Ramadan yang berlangsung di Wisma PKPS, Shah Alam.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9126

Monday, July 4, 2016

LEBIH 2000 INSTITUSI PENDIDIKAN LUAR NEGARA TERIMA KAD UNIONPAY UNTUK PEMBAYARAN TUISYEN -- UNIONPAY INTERNATIONAL MENINGKATKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN MEREKA BAGI PELAJAR YANG MENUNTUT DI LUAR NEGARA

SHANGHAI, China, 1 Julai, 2016 /Xinhua-AsiaNet/-- 
Perkhidmatan pembayaran UnionPay untuk pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara telah diperluaskan daripada pembayaran tuisyen kepada semua aspek kehidupan seharian. Pada 1 Julai, UnionPay International mengumumkan bahawa kini lebih 2,000 institusi pendidikan luar negara menerima kad UnionPay untuk pembayaran tuisyen, yang meliputi sekolah-sekolah yang terkenal di destinasi popular, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

Menurut data awam, bilangan pelajar China yang belajar di luar negara telah melebihi 500,000 orang pada tahun 2015, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak kira-kira 14%. China kini merupakan negara sumber terbesar pelajar antarabangsa untuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan Australia. Dalam konteks ini, UnionPay International terus meningkatkan perkhidmatan pembayaran mereka bagi pelajar-pelajar ini.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9124

 

Saturday, July 2, 2016

PENYERTAAN DIPELAWA BAGI FESTIVAL KESENIAN MEDIA JEPUN KE-20

TOKYO, 30 Jun (Bernama-AsiaNet) -- 

Jawatankuasa Eksekutif Festival Kesenian Media Jepun akan menganjurkan Festival Kesenian Media Jepun ke-20. Kami akan menerima penyertaan tidak lama lagi yang memaparkan bentuk baharu ekspresi yang mencerminkan zaman moden kita pada masa ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9114

Friday, July 1, 2016

CABARAN "WASHOKU" SEDUNIA 2016: PENYERTAAN DIPELAWA UNTUK PERTANDINGAN MASAKAN JEPUN BAGI BUKAN WARGANEGARA JEPUN

TOKYO, 30 Jun (Bernama-AsiaNet ) -- Cabaran Washoku Sedunia (WWC) 2016, satu pertandingan "washoku," atau masakan Jepun, yang terhad kepada warga asing, sekali lagi akan diadakan pada tahun ini, yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun. Acara itu bertujuan untuk mengenal pasti individu berbakat yang terlibat dalam bidang masakan Jepun di negara dan wilayah yang berlainan, dan mempopularkan lagi daya tarikan istimewa makanan Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9112

PERISIAN BAHARU UNISYS CLEARPATH FORWARD EPORTAL MEMBERI KUASA "SENTIASA TERBUKA" BAGI APLIKASI AWAN-KE-MUDAH ALIH

BLUE BELL, Pa., 29 Jun (Bernama-AsiaNet)
 
Ketersediaan dan ciri-ciri pembangunan baharu membolehkan pelanggan untuk mengekalkan prestasi tinggi dan membina persekitaran aplikasi hibrid, yang disatukan.
 
Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan ClearPath Forward (TM) ePortal 7.0
(http://www.app5.unisys.com/library/gmMail/emails/documents/CP_
June_2016/whatsnew_june2016.html
)
– edisi terbaharu penyelesaian pemodenan dan pembangunan aplikasi bersepadu, sangat berautomatik syarikat itu untuk memperluaskan aplikasi ke persekitaran peranti mudah alih, aplikasi web dan berorientasikan perkhidmatan (SOA).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9109

BENTLEY DAN SHELL UMUM PERJANJIAN RANGKA KERJA GLOBAL

ProjectWise ConstructSim Meningkatkan Pelaksanaan Pembinaan Projek Modal melalui Pengemasan Kerja Termaju

EXTON, Pa., 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bentley Systems, Incorporated, sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian perisian yang menyeluruh bagi kemaraan infrastruktur, hari ini mengumumkan satu Perjanjian Rangka Kerja Global yang baharu dengan Shell. Perjanjian itu bertujuan untuk meningkatkan pelaksanaan pembinaan projek modal Shell menerusi penyelesaian pengurusan pembinaan 4D/5D automatik yang disediakan oleh Bentley sebagai satu perkhidmatan terurus. Penyelesaian itu, yang didasarkan kepadaProjectWise ConstructSim oleh Bentley, akan digunakan sebagai sebahagian daripada program ProjectVantage Shell. Penawaran yang berinovatif ini, yang memudahkan pakej kerja untuk kejuruteraan, pembinaan, dan pemasangan, mematuhi metodologi Pengemasan Kerja Termaju (AWP) bagi Institut Industri Pembinaan (CII).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9115