Thursday, August 31, 2023

ISETAN MITSUKOSHI HOLDINGS DAN NOMURA REAL ESTATE DEVELOPMENT MENGADAKAN MAJLIS PERASMIAN BESAR-BESARAN PADA 21 JULAI UNTUK "MITSUKOSHI BGC," KEMUDAHAN KOMERSIAL DI MANILA, FILIPINA

TOKYO, 30 Ogos, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd. dan Nomura Real Estate Development Co., Ltd., kedua-duanya berpangkalan di Tokyo, telah mengadakan satu majlis perasmian besar-besaran pada 21 Julai bagi "MITSUKOSHI BGC", sebuah pusat beli-belah yang membentuk sebahagian daripada sebuah projek pembangunan guna campur kediaman dan komersial yang berskala besar yang sedang diusahakan dengan kerjasama pemaju terkemuka Filipina, Federal Land, Inc., di Manila, Filipina.

Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202308238345?p=images
 
Majlis itu telah diadakan dalam suatu suasana dengan sentuhan festival bermusim Jepun "matsuri." Acara itu termasuk satu persembahan gendang Jepun serta sebuah persembahan kaligrafi Jepun. Berdasarkan kepada konsep "GAYA HIDUP MANILA YANG SETERUSNYA," MITSUKOSHI BGC akan terus berusaha untuk menjadikan pusat beli-belah itu sebagai sebuah tempat yang memperkayakan kehidupan harian bagi pengunjung dan penghuni menara kediaman.

Ucapan perasmian besar-besaran
- Toshiyuki Hosoya, Pengarah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Isetan Mitsukoshi Holdings "Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua orang di atas usaha mereka di dalam projek ini. Tahun ini menandakan ulang tahun Mitsukoshi yang ke-350. Sejak ditubuhkan pada tahun 1673, Mitsukoshi telah meneruskan inovasi untuk memperkayakan kehidupan harian bagi pelanggan kami. Dasar kami dicirikan oleh dua ciri: hospitaliti (prinsip yang mengutamakan pelanggan) dan perkongsian (perhubungan yang memberi kebaikan kepada kedua-dia pihak), dan di Filipina, kami akan mengekalkan falsafah perniagaan ini untuk pelanggan dan rakan kongsi perniagaan kami. Saya pasti bahawa satu sensasi baharu akan berlaku semasa anda melawat MITSUKOSHI BGC selepas menikmati suatu pengalaman membeli-belah di gedung membeli-belah Mitsukoshi dan Isetan di Jepun. Saya harap anda akan berkongsi kepercayaan kami bahawa kami mengajukan sebuah budaya, bukan produk."
 
- Eiji Kutsukake, Pengerusi dan Pengarah bagi Nomura Real Estate Holdings, Inc.
"Kami mengambil bahagian di dalam projek ini kerana saya terpesona dengan pertemuan pada tahun 2015 dengan Encik Alfred V. Ty dan semangat beliau untuk projek itu serta kuasa Filipina yang semakin meningkat, dan kami telah mengusahakan projek itu dengan satu keyakinan bahawa pengetahuan dan kepandaian yang dipupuk di Jepun boleh digunakan di luar negara. Saya amat gembira dengan projek ini di Filipina; sebagai contoh, kami akhirnya mengadakan satu majlis perasmian besar-besaran selepas lapan tahun berusaha; kami memenangi pelbagai anugerah untuk projek kediaman kami sejak beberapa tahun yang lalu; penjualan bagi menara kediaman terakhir bermula dan sedang berkembang dengan mantap. Kami akan berusaha untuk membolehkan MITSUKOSHI BGC mewujudkan satu kedudukan unik sebagai sebuah entiti Jepun, bagi mengenali penduduk tempatan, dan untuk menyumbang secara meluas kepada pembangunan BGC dan kawasan lain di seluruh Filipina."
 
Untuk butiran lanjut tentang aktiviti perasmian besar-besaran, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202308238345-O1-36DZHKvB.pdf
 
Maklumat mengenai kemudahan itu:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202308238345-O2-aD3QY6Li.pdf
 
Laman web Rasmi
Isetan Mitsukoshi Holdings: https://www.imhds.co.jp/en/index.html
 
Nomura Real Estate Development: https://www.nomura-re.co.jp/english/ 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17401

Wednesday, August 30, 2023

TRILLIANT MENYEMPURNAKAN LAPAN PENGGUNAAN SUIT TENAGA PRIME PELANGGAN UNTUK MEMBANTU UTILITI MENAMBAH BAIK RESPONS PERMINTAAN DAN PENGESANAN KEHILANGAN KUASA

Pemacu meter baharu ditambahkan ke enjin pengumpulan data yang mempunyai kekuatan 300+-meter pada tahun 2023, menjadikan Trilliant sebagai platform bebas peranti terulung di pasaran untuk utiliti dalam membolehkan Kuasa Pilihan

CARY, N.C., 29 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Trilliant, penyedia penyelesaian antarabangsa terkemuka bagi infrastruktur pemeteran lanjutan (AMI), grid pintar, bandar pintar dan IIoT, mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menyempurnakan penggunaan Suit Tenaga Prime untuk pelanggan kelapan pada tahun 2023. Syarikat itu juga baru-baru ini mengintegrasikan dua pemacu meter baharu ke dalam enjin pengumpulan data agnostik vendor yang menyokong lebih 300 model meter kediaman, komersial dan perindustrian (C&I), menjadikan syarikat tersebut sebagai satu daripada pengumpul data meter paling berkuasa untuk peranti C&I di pasaran.

Platform Suit Kuasa Prime ialah perisian yang mempunyai kebolehskalaan tinggi dan mudah dikonfigurasikan, direka bentuk untuk utiliti, serta merangkumi pengumpulan data meter, penggera dan pemberitahuan, baki tenaga, respons permintaan, pengurusan data dan pengesanan kehilangan kuasa. Dalam lapan bulan pertama tahun 2023, Trilliant berjaya menyempurnakan lapan penggunaan Suit Tenaga Prime untuk utiliti, pihak berkuasa pasaran dan syarikat pengagihan tenaga di seluruh Amerika. Daripada jumlah ini, empat melibatkan penaiktarafan daripada platform versi legasi kepada versi Volumetri Data Tinggi, yang menyediakan pelbagai manfaat, termasuk peningkatan dalam keselamatan, prestasi, produktiviti, kebolehskalaan dan saling kendali.

Pengesanan kehilangan kuasa membantu meningkatkan masa memberikan respons dan meminimumkan gangguan bekalan elektrik
Menurut data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat, gangguan bekalan elektrik berlaku dengan lebih kerap dan berlanjutan lebih lama. Antara tahun 2013 dan 2021, kekerapan gangguan bekalan elektrik di Amerika Syarikat meningkat daripada 1.2 kepada 1.42 peristiwa bagi setiap pelanggan setahun.

Dengan penggunaan aplikasi pengesanan kehilangan kuasa dalam Suit Kuasa Prime, Trilliant membantu satu daripada pelanggan syarikat mengesan 15 peristiwa gangguan bekalan elektrik dalam tempoh 12 bulan yang lepas, menyediakan cerapan awal sebelum kejadian itu berlaku. Ini berjaya mengurangkan masa respons dengan ketara, meminimumkan gangguan bekalan elektrik di seluruh infrastruktur kritikal.

Ini hanya satu contoh cara hasil kerja Trilliant dengan utiliti dapat membantu syarikat itu menerima pakai pendekatan proaktif untuk mengenal pasti dan mengesahkan apabila berlaku kejadian yang sama dengan voltan rendah dan gangguan bekalan elektrik separa atau sepenuhnya. Aplikasi pengesanan kehilangan kuasa menyediakan pemberitahuan yang tepat pada masanya kepada utiliti melalui e-mel (setakat ini pilihan utama untuk utiliti menurut data Trilliant), SMS atau peti masuk setempat untuk memastikan apa-apa isu yang dikesan boleh ditangani dengan segera. Papan pemuka menyediakan cerapan berkaitan penggera dan bekalan elektrik terputus yang terdapat dalam meter supaya utiliti boleh terus memantau situasi dan menguruskan apa-apa kejadian secara proaktif.

Suit Tenaga Prime menambah baik kecekapan operasi untuk utiliti
Selain pengesanan kehilangan kuasa, Suit Tenaga Prime memantau aset tenaga bagi menyediakan utiliti dengan maklumat tentang jumlah beban yang boleh digunakan dan memberikan kawalan langsung ke atas aset tersebut. Suit ini juga membolehkan pengagregatan sumber tenaga teragih (DER), seperti panel solar atau aset tenaga yang mengeksport kuasa ke dalam grid pengagihan tenaga, bertujuan mengimbangi dan mengoptimumkan tenaga dalam grid. Enjin pengumpulan data bebas vendor Trilliant yang terbukti menyokong lebih 300 meter dan model peranti, serta berupaya mengumpul data dari meter pintar di tapak atau dari jauh.

Portfolio meter Trilliant yang luas dipadankan dengan keupayaan syarikat untuk menambah jenis meter baharu dengan pantas bagi membolehkan utiliti menggunakan teknologi dan penawaran meter baharu semasa dilancarkan ke pasaran.

Suit Kuasa Prime turut memasukkan penyelesaian Respons Permintaan Trilliant. Banyak utiliti menawarkan program respons permintaan; pelanggan yang melanggani utiliti tersebut, komited untuk mengurangkan penggunaan kuasa semasa waktu puncak bertujuan mendapatkan insentif kewangan dan bil elektrik lebih rendah. Sambil membantu pelanggan mengurangkan kos, program ini berupaya mengurangkan permintaan puncak untuk kuasa elektrik sebanyak ribuan MW dan membantu menghapuskan keperluan membina loji penjanaan puncak yang mahal.

“Sebagai platform komunikasi agnostik peranti yang membolehkan utiliti dan bandar menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan andal dalam satu rangkaian berkuasa, kami berbangga untuk terus mengintegrasikan lebih banyak pembekal meter dan peranti ke dalam portfolio kami, menawarkan kuasa pilihan kepada pelanggan kami,” kata Greg Myers, Naib Presiden Strategi Produk & Pengurusan Global di Trilliant. “Pertumbuhan pesat DER dan EV mendorong keperluan penyelesaian pemeteran baharu bagi menyokong keupayaan grid untuk mengikut kemajuan, kerana grid tersebut perlu terus menyediakan kuantiti dan kualiti tenaga yang sama seperti dimiliki pengguna dengan grid tradisional.”

Trilliant bekerjasama rapat dengan utiliti elektrik, gas dan air di seluruh dunia bertujuan bekerjasama dan menawarkan penyelesaian, menyokong utiliti tersebut dengan penyelesaian agnostik peranti yang disesuaikan bagi menangani bukan sahaja keperluan semasa masing-masing, tetapi juga keperluan masa depan.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Trilliant membantu utiliti menambah baik program respons permintaan dan pengesanan kehilangan kuasa:
https://trilliant.com/improving-demand-response-programs-and-power-loss-detection-to-minimize-disruptions-and-increase-reliability/

Untuk maklumat lebih lanjut: https://trilliant.com/prime-energy-suite/

Maklumat Tentang Trilliant

Trilliant® memperkasa industri tenaga global dengan satu-satunya platform komunikasi agnostik peranti yang membolehkan utiliti dan bandar menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan andal dalam satu rangkaian berkuasa. Portfolio kami yang dibina khas direka bentuk untuk menawarkan kuasa pilihan, tanpa risiko pelanggan “dikunci” dengan satu pembekal teknologi atau pengilang meter. Kami berbangga menawarkan penyelesaian misi kritikal yang menyokong AMI, Data & Analisis, Pemeteran Pintar, Grid Pintar dan Bandar Pintar. Pelanggan di seluruh dunia mendapat manfaat daripada gabungan unik fleksibiliti, kelestarian dan kebolehskalaan Trilliant yang menghubungkan utiliti dan bandar kepada IIoT dan laluan yang lebih strategik iaitu kepada Peralihan Tenaga. Kunjungi kami di www.trilliant.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17398

Tuesday, August 29, 2023

PROGRAM AMAL KEMASYARAKATAN TERUS DIPERKASA MENERUSI KEJOHANAN GOLF AMAL SRIKANDI HASIL PUTRAJAYA

Negeri Sembilan, 28 Ogos (Bernama) -- Bagi merapatkan hubungan silaturrahim serta sokongan padu terhadap Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berterusan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menerusi Srikandi HASiL telah berjaya menganjurkan Majlis Kejohanan Golf Amal Srikandi HASiL Putrajaya yang berjaya menarik penyertaan seramai hampir 140 peserta.
 
YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dalam ucapannya berkata, dana yang berjaya dikumpul menerusi penganjuran program ini akan disalurkan untuk kegunaan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) serta program-program kemasyarakatan bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan. Sinergi kerjasama ini menjadi medium terbaik kepada HASiL untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.
 
Beliau berharap semoga usaha murni dan cetusan idea oleh Srikandi HASiL Putrajaya menerusi penganjuran Charity Golf ini dapat membuka ruang interaksi dan jaringan kepada pihak YFBM untuk mendapatkan jalinan kerjasama dengan badan korporat lain di masa hadapan.

Turut bersama-sama hadir dalam program ini adalah YBhg. Datuk Abu Tariq bin Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBhg. Dato’ Abdul Khalid bin Yunus, Pengarah Negeri HASiL Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkap Penasihat Srikandi HASiL Wilayah Persekutuan Putrajaya, YBhg. Datin Siti Khalijah binti Ibrahim, Pengerusi Srikandi HASiL Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkap Pengerusi Srikandi HASiL Putrajaya Charity Golf dan YBhg. Profesor Dr. Mohamad Salmi bin Mohd Sohod, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM selaku penganjur bersama program pada 27 Ogos 2023.
 
Sebanyak tiga (3) kategori utama telah dipertandingkan iaitu kategori Terbuka, VIP dan Wanita. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah bagi 12 pemenang bertuah dan acara kemuncaknya adalah penyerahan mock cheque berjumlah RM20,000 kepada YFBM sebagai simbolik penyampaian sumbangan program amal ini.
 
HASiL mengucapkan terima kasih kepada para penaja kejohanan yang terdiri daripada orang perseorangan dan badan korporat.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17391

Monday, August 28, 2023

NIQ MERAIKAN PEMERKASAAN SYARIKAT DENGAN WAWASAN PEMBELI YANG BERPANDANGAN JAUH SELAMA 100 TAHUN




Abad Pelaburan Wawasan, Teknologi dan Bakat untuk Menyediakan Pandangan Penuh Kecerdasan Pengguna

CHICAGO, 28 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NIQ, peneraju global dalam kecerdasan pengguna meraikan ulang tahun  ke-100 mereka hari ini. NIQ ditubuhkan oleh Arthur C. Nielsen, Sr pada tahun 1923, syarikat yang mencipta konsep perkongsian pasaran ini telah berkembang menjadi syarikat peneraju yang berwibawa di dunia pada tingkah laku pembelian pengguna dan wawasan berpacu data serta boleh diambil tindakan — mengukur lebih banyak saluran, pengguna dan negara berbanding dengan mana-mana penyedia yang lain.

Pada awal tahun ini, NIQ telah mengumumkan penggabungan strategik mereka dengan GfK yang selesai dengan berjaya. Dengan penyedia kecerdasan pengguna untuk FMCG, teknologi dan barangan buatan yang meneraju disatukan, syarikat global tersebut mampu menawarkan Full View™, pandangan tingkah laku pembelian pengguna di dunia yang paling menyeluruh dan jelas secara unik. Syarikat yang digabungkan tersebut mempunyai lebih daripada $4 bilion dalam jualan dan lebih daripada 30,000 pelanggan yang meliputi lebih daripada 100 negara. Perkembangan ini hanya ialah perkembangan terkini dan berdekad-dekad dalam pelaburan yang berjaya dalam liputan dan inovasi teknologi yang direka bentuk bagi memberi persediaan terhadap masa hadapan untuk pelanggan melalui liputan saluran yang berbagai-bagai, peralatan kecerdasan perniagaan dan analitik ramalan.

“Tahun ini ialah tahun yang menguja dan membawa transformasi untuk NIQ, sambil kami meraikan sejarah kami sebagai peneraju industri yang lama, kami juga melanjutkan visi kami untuk menjadi pemimpin dalam bab yang seterusnya dalam kecerdasan pengguna,” kata Jim Peck, Ketua Pegawai Eksekutif NIQ. “Kami amat berbangga dengan pencapaian kami dan yakin dalam kedudukan kami sebagai pilihan yang terbaik dan satu-satunya untuk syarikat yang memahami kekuatan data saluran berbagai-bagai dan wawasan yang betul-betul hebat dalam menavigasi landskap pengguna yang menjadi semakin kompleks.”

Untuk 100 tahun yang seterusnya, NIQ akan terus memajukan pengukuran dan menemukan cara pertumbuhan yang baharu dengan membantu penjual runcit dan jenama:
  • Jejak jualan dan kongsi merentasi kedai fizikal, e-dagang dan pelbagai saluran untuk mengenal pasti trend dan memahami prestasi daya saing dan kategori.
  • Fahami tingkah laku pengguna dan pembeli, demografik serta kesetiaan melalui panel pengguna dan keupayaan tinjauan tersuai.
  • Maksimumkan keberuntungan, singkirkan perbelanjaan perdagangan yang membazir dan pastikan harga dan strategi promosi yang sesuai dengan data yang lebih berbutir dan pengesyoran yang lebih tepat.
  • Cipta pertumbuhan yang mampan dengan menambah baik kepelbagaian dan perdagangan.
  • Nilaikan peluang untuk meningkatkan jualan dan tukarkan kesan output, media dan tindakan dalam kedai yang berpotensi kepada kuantiti berdasarkan geografi dan demografik.
  • Cipta pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk pengguna melalui pemeribadian dan pendigitan.
  • Kekalkan jualan dengan mengenal pasti risiko kekurangan stok dan mengurangkan gangguan rantaian bekalan dengan pantas.
  • Rangsangkan pertumbuhan dan percepatkan masa produk ke pasaran dengan menguji, memperhaluskan dan mencipta semula barisan keluaran dengan wawasan pengguna yang mudah untuk diramalkan dan diuji dalam pasaran.

“Sewaktu kami melangkah masuk abad yang seterusnya, kami mempunyai komitmen yang lebih tinggi daripada biasa untuk mengungkil teknologi yang paling maju untuk memperkasakan perniagaan dengan wawasan yang diperlukan oleh mereka untuk berjaya – dan saya amat percaya bahawa perkara yang lebih baik akan berlaku,” tambah Peck.

Perihal NIQ

NIQ ialah syarikat kecerdasan pengguna yang meneraju di dunia, mereka menyampaikan pemahaman tingkah laku pembelian pengguna dan pendedahan cara pertumbuhan baharu yang menyeluruh. Pada tahun 2023, NIQ bergabung dengan GfK dan menyatukan dua peneraju industri dengan pencapaian global yang tiada tandingan. Dengan bacaan jualan runcit yang holistik dan wawasan pengguna yang paling lengkap—disampaikan dengan analitik yang maju melalui platform terkini—NIQ menyampaikan Full View™.

NIQ merupakan syarikat portfolio Advent International dengan operasi dalam 100+ pasaran, meliputi lebih daripada 90% penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati NIQ.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungan

Media
Gillian Mosher (gillian.mosher@nielseniq.com)
 
Sumber: NIQ

Friday, August 25, 2023

MEMPROMOSIKAN DALAM PASARAN SINGAPURA DAN MALAYSIA, HADIAH DAN TAWARAN HEBAT YANG TIDAK TERHINGGA - DOIT TAIPEI MELANCARKAN BEG HADIAH PERJALANAN TAIPEI YANG PENUH DENGAN KHAZANAH

 

Perusahaan pelancongan Singapura dan Malaysia gembira bertemu dengan rakan sejawat dari Taipei. (Foto: Business Wire)

TAIPEI, Taiwan, 25 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jabatan Penerangan dan Pelancongan (DOIT), Kerajaan Taipei City mengetuai tiga aktiviti promosi pelancongan dan pertukaran industri pasca COVID di Singapura dan Malaysia dari 21 hingga 25 Ogos. Pesuruhjaya Chen Shu-Hui secara peribadi telah melancarkan “Beg Hadiah Perjalanan Taipei,” “Pakej Eksklusif Pelancong Singapura dan Malaysia,” dan tawaran istimewa lain, dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelawat dari Singapura dan Malaysia.

Untuk pengembara beragama Islam yang pertama kali melawat Taiwan, DOIT mengesyorkan tarikan bandar klasik seperti Taipei 101, Muzium Istana Negara dan Liberty Square. Untuk pengembara berketurunan Cina dengan kadar lawatan semula yang tinggi, tarikan yang muncul seperti Pusat Muzik Taipei, Pusat Seni Persembahan Taipei dan Rongjin Gorgeous Time merupakan destinasi yang sangat memuaskan. Pesuruhjaya Chen mengingatkan semua orang bahawa Taipei hanya 4 hingga 5 jam dari Singapura/Malaysia, dan kempen ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pengembara ke Taipei yang dijamin sebagai tempat percutian yang penuh dengan keajaiban.

12 perusahaan yang mengambil bahagian dalam kempen ini merangkumi hotel ikonik, daerah komersial, penjual cenderamata, penyedia makanan dan minuman, salun perkahwinan dan jenama kreatif budaya. DOIT menyerlahkan Taipei City dengan menganjurkan pelbagai acara menarik, terutamanya sambutan Ambang Tahun Baharu Taipei pada 31 Disember, yang diakhiri dengan pertunjukan bunga api Taipei 101, menarik ratusan ribu orang menyertai perayaan menghitung detik Tahun Baharu. Berikutan itu, Festival Tanglung Taipei 2024 akan berlangsung pada bulan Februari. Duo ini membentuk pameran utama musim perayaan “Tahun Baharu berganda” klasik Asia. Semua penjelajah antarabangsa dijemput hadir untuk menyertai perayaan yang hebat ini!

Sebagai tarikan, Kerajaan Taipei City mempunyai program tawaran istimewa yang hebat bermula dari 1 September hingga 31 Disember. Hanya beli tiket China Airlines untuk perjalanan dari Singapura/Kuala Lumpur ke Taipei dan terima “Beg Hadiah Perjalanan Taipei” edisi terhad eksklusif yang mengandungi tiket pengangkutan tempatan, kupon hadiah daerah beli-belah dan baucar penginapan hotel Kami juga melancarkan “Pakej Eksklusif Pelancong Singapura dan Malaysia” – dalam tempoh ini, pelancong hanya perlu mengemukakan pasport untuk menikmati mi daging lembu secara percuma, pastri DIY dan tawaran sesi foto salun perkahwinan. Daya tarikan ini memastikan kejutan yang berbeza sepenuhnya untuk setiap lawatan Taipei.

https://www.tpedoit.gov.taipei

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53544333/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi
Shi-Xun Lin, Penolong Bahagian
qa-rellarce@gov.taipei
 
Sumber: Jabatan Penerangan dan Pelancongan, Kerajaan Taipei City

--BERNAMA

Wednesday, August 23, 2023

DUCK CREEK TECHNOLOGIES BEKERJASAMA DENGAN RISK CONTROL TECHNOLOGIES, PENYEDIA PENYELESAIAN PENGURUSAN RISIKO DAN KAWALAN KERUGIAN PENERAJU INDUSTRI

Pelanggan Risk Control Technologies dijemput untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian dengan Duck Creek pada Loss Control Summit yang akan datang di Toronto

BOSTON, 22 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan hartanah dan mangsa (P&C) dan insurans am, dengan sukacita mengumumkan perkongsiannya dengan Risk Control Technologies (“RCT”) , pendahulu dalam perisian pengurusan data risiko untuk pengunderaitan dan pasukan kawalan kerugian. Duck Creek akan menjadi penaja perak persidangan Loss Control Summit untuk profesional kawalan kerugian dari 21-23 Ogos 2023, untuk memulakan perkongsian mereka di Toronto, Kanada.

Di tengah-tengah penyelesaian teras Duck Creek ialah Duck Creek Policy, platform termaju yang menawarkan alatan kod rendah melalui model Perisian sebagai Perkhidmatan(SaaS). Platform ini memudahkan keseluruhan kitaran hayat operasi insurans dan disepadukan dengan lancar dengan kolaborator industri yang dihormati. Melalui synergi ini, syarikat insurans mendapat akses kepada penyelesaian yang meningkatkan prestasi pengunderaitan, kepuasan pelanggan dan kecekapan operasi.

Asas pengurusan kawalan kerugian terletak pada pengurangan risiko awalan dan perlindungan penilaian risiko lanjutan. RCT membolehkan pembawa mengoptimumkan dan meningkatkan perlindungan data risiko mereka secara signifikan di seluruh buku perniagaan mereka. Selain mengurangkan lebih banyak tuntutan, syarikat itu memberi kesan positif kepada kadar pembaharuan mereka sambil turut mewujudkan kecekapan untuk penaja jamin dalam Duck Creek. Semua ini membantu pembawa meningkatkan nisbah kerugian mereka, mengukuhkan penglibatan pelanggan mereka dan memacu kecekapan operasi yang memberi kesan.

“Perkongsian kami dengan pemain terbaik dalam pengurusan kawalan kerugian melengkapkan pelanggan Duck Creek untuk mengoptimumkan kedua-dua kualiti dan tahap perlindungan yang diberikan kepada pemegang dasar,” kata Robert Fletcher, Pengurus Rakan Kongsi Sr, Duck Creek Technologies. “Penyelesaian pengurusan risiko pacuan data RCT adalah penting, terutamanya bagi syarikat insurans yang terlibat dalam menaja jamin harta, mangsa dan barisan perniagaan yang berkaitan dengan pekerja. Kami berharap untuk terus memupuk perkongsian kami dan melibatkan diri dengan pelanggan RCT pada Sidang Kemuncak Kawalan Kehilangan akan datang di Toronto.”

"Kekuatan perniagaan kami di RCT terletak teguh dengan pelanggan inovatif kami dan rakan kongsi peneraju industri kami," ujar David Da Costa, Ketua Pegawai Eksekutif, Risk Control Technologies. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Duck Creek, salah satu peneraju yang paling transformatif dalam pasaran penyelesaian insurans hari ini. Selain kecekapan yang diperoleh dengan menyepadukan, menggabungkan data kawalan kerugian dengan data yang sudah ada dalam Duck Creek, seperti data tuntutan, mewujudkan nilai signifikan yang boleh meramalkan tuntutan dengan lebih baik atau mengoptimumkan harga dalam buku anda. Kami teruja untuk meneruskan perkongsian kami dengan rakan kongsi terkemuka seperti Duck Creek.”

Risk Control Technologies

Risk Control Technologies Inc. (RCT) ialah pembekal utama perisian Pengurusan Risiko dan Kawalan Kerugian kepada industri insurans. Platform RiskHub RCT membantu pengunderaitan menilai risiko dan memanfaatkan alat penilaian risiko yang sesuai berdasarkan kerumitan risiko. RCT membantu lebih 150 organisasi insurans meningkatkan nisbah kerugian mereka, meningkatkan pengekalan pelanggan, melaksanakan kecekapan operasi dan memanfaatkan cerapan data yang berkuasa untuk membolehkan keputusan perniagaan yang lebih baik. Pelanggan RCT termasuk pelbagai jenis organisasi insurans, beroperasi merentasi pelbagai jenis perniagaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.riskcontroltech.com.

Perihal Duck Creek Technologies

Duck Creek Technologies ialah penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan hartanah dan mangsa (P&C) dan industri insurans am. Kami adalah platform di mana sistem insurans moden dibina, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Kesahihan, tujuan dan ketelusan adalah teras kepada Duck Creek dan kami percaya insurans harus ada untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana dan bagaimana mereka amat memerlukannya. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara tersendiri atau sebagai full suite, dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Lawati www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat – LinkedIn dan Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17377

Tuesday, August 22, 2023

FESTIVAL KESENIAN PERIBUMI MALAYSIA 2023 (FESKEP) TONJOL 7 SUKU KAUM SENI BUDAYA MASYARAKAT PERIBUMI

KUANTAN, 21 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Senaman Gerak Sentuhan Kuantan menganjurkan Festival Kesenian Peribumi Malaysia 2023 (FeSKEP) pada 18 hingga 20 Ogos 2023 bermula pukul 10.00 pagi bertempat di Teluk Cempedak, Kuantan. Persembahan Gala pada malam ini dihadiri oleh YB. Cik Leong Yu Man Exco Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan  Negeri Pahang pada 20 Ogos 2023 (Ahad), 8.45 malam.

Objektif utama penganjuran festival ini adalah untuk mengetengahkan keunikan pelbagai etnik, dan budaya masyarakat peribumi dari pelbagai suku kaum dan memupuk semangat perpaduan bersama masyarakat dalam aktiviti seni budaya. Ia turut menjadi salah satu elemen tarikan pelancong kerana program ini mampu memberi impak kepada industri pelancongan negara menerusi penyerlahan seni budaya masyarakat peribumi dalam kalangan masyarakat tempatan. Selain itu, JKKN juga ingin mengangkat serta mengekalkan kesenian dan warisan adat budaya masyarakat peribumi tempatan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa di mata masyarakat.

Festival ini turut memaparkan keunikan budaya masyarakat peribumi dari pelbagai negeri serta mengeratkan hubungan pemimpin setempat dan semangat perpaduan bersama masyarakat dalam aktiviti seni dan budaya.

Festival ini akan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian yang menarik. Antaranya kepelbagaian seni dan budaya masyarakat peribumi iaitu dari Pahang (Semelai dan Jahut), Selangor (mah Meri dan Bah Bola), Negeri Sembilan (Temuan), Kelantan (Bateq) dan Terengganu (Semoq Beri) serta penampilan khas Artis Jemputan Noraniza Idris, Leslie (Pemain Sape),  Artis Budaya Majlis Bandaraya Kuantan (Fauzan Rosli, Ummie dan Rahayu). Selain itu, pengunjung juga dimeriahkan dengan pameran dan jualan dari pelbagai etnik yang dijangka dapat menarik lagi minat pengunjung untuk melihat sendiri hasil tangan masyarakat orang asal. Antara produk jualan yang akan dipamer dan dijual adalah hasil kraftangan seperti bakul dan tikar mengkuang, hasil ukiran tangan, akar kayu dan herba - herba serta peralatan tradisional seperti sumpit. Program ini juga akan mempamerkan produk tradisional Melayu seperti tanjak dan keris, demonstari Ikhtiar Hidup oleh ATM. Selain itu, pelbagai pertandingan bakal diadakan sepanjang dua hari festival berlangsung seperti Battle of The Band, Mewarna, Gadis Cantik & Jejaka Tampan, Permainan Rakyat, Silat Pahlawan, Demonstari Cegah Kebakaran & Pameran Bas Bergerak Bomba, Perkampungan Mini Orang Asli.

“Festival ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat orang asal tempatan dengan penjualan produk mereka, tetapi turut mempromosikan Teluk Cempedak yang juga merupakan pantai ikonik yang popular di Pantai Timur. Melalui program ini juga, JKKN bertanggungjawab untuk menyemarak seni budaya masyarakat peribumi agar terus terpelihara dimasa akan datang”, Kata YBrs Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dalam kenyataannya hari ini.
 
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.
 
Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

SUMBER : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17368

Tuesday, August 15, 2023

EXP REALTY LANGKAU PENCAPAIAN 1,000 EJEN DI AFRIKA SELATAN

BELLINGHAM, Wash., 14 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- eXp Realty®, “the most agent-centric real estate brokerage on the planet™” dan anak syarikat teras bagi eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI), eXp Realty hari ini mengumumkan mereka telah melebihi 1,000 ejen di seluruh Afrika Selatan, mewakili peningkatan lebih 74% daripada seramai 574 ejen pada bulan Julai 2022.

“Ini merupakan detik yang membanggakan untuk eXp Realty Afrika Selatan kerana kami mencapai pencapaian yang begitu besar,” kata Michael Valdes, Ketua Pegawai Pertumbuhan, eXp Realty. “Ejen kami yang berorientasikan cadangan nilai yang menarik dan terus berkembang tanpa henti yang penting kepada ejen dari seluruh dunia dan kami sangat teruja untuk menjadi pusat kepada lebih 1,000 profesional hartanah di Afrika Selatan!” 

Menurut Andrew Thompson, Pengarah dan Ketua Negara eXp Realty Afrika Selatan, eXp Afrika Selatan mempunyai lebih banyak transaksi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas. “eXp Afrika Selatan telah merealisasikan operasi aliran tunai yang positif, bebas hutang dan menguntungkan dalam masa 15 bulan pertama sejak menerima lesennya melalui Pihak Berkuasa Kawal Selia Pengamal Harta pada bulan Disember 2020,” kata Thompson.

“Sejak penubuhannya, eXp kekal komited mengutamakan ejen dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk mencapai potensi penuh mereka. Saya amat berbangga kerana dapat memimpin kumpulan ejen yang luar biasa melalui pengembangan ini dan seterusnya,” tambah beliau lagi.

eXp Afrika Selatan dengan bangganya komited untuk berkhidmat kepada masyarakat, baru-baru ini telah mendermakan sebanyak R350,000 kepada Dr. Imtiaz Sooliman dari Gift of the Givers untuk menyokong komuniti tempatan dan antarabangsa.

Perihal eXp World Holdings, Inc.

eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) ialah syarikat induk untuk eXp Realty®, Virbela dan SUCCESS® Enterprises.

eXp Realty ialah syarikat hartanah bebas terbesar di dunia dengan lebih daripada 88,000 ejen di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Afrika Selatan, India, Mexico, Portugal, Perancis, Puerto Rico, Brazil, Itali, Hong Kong, Colombia, Sepanyol, Panama, Jerman, Republik Dominican, Greece, New Zealand, Chile, Poland dan Dubai dan terus berkembang pada peringkat antarabangsa. Sebagai sebuah syarikat dagangan awam, eXp World Holdings menyediakan peluang unik kepada profesional hartanah untuk memperoleh anugerah ekuiti untuk matlamat pengeluaran dan sumbangan kepada pertumbuhan syarikat secara keseluruhan. eXp World Holdings dan perniagaannya menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian teknologi pembrokeran dan hartanah, termasuk model pembrokeran kediaman dan komersialnya yang inovatif, perkhidmatan profesional, alat kerjasama dan pembangunan peribadi. Pembrokeran berasaskan awan dikuasakan oleh Virbela, platform 3D imersif yang sangat sosial dan kolaboratif, membolehkan ejen lebih berhubung dan produktif. SUCCESS® Enterprises, yang dinaungi oleh majalah SUCCESS® dan ciri-ciri media berkaitannya, telah ditubuhkan pada tahun 1897 dan merupakan jenama dan penerbitan pembangunan peribadi dan profesional yang terkemuka.

Untuk maklumat lanjut, lawati https://expworldholdings.com.

Pernyataan Pelabuhan Selamat

Pernyataan yang terkandung di sini mungkin termasuk pernyataan jangkaan masa depan dan pernyataan prospektif lain yang berdasarkan pandangan dan andaian semasa pengurusan dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, prestasi atau peristiwa berbeza secara material berbanding yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan tersebut. Pernyataan prospektif tersebut hanya berkuat kuasa pada tarikh ini, dan syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyemak atau mengemas kininya. Pernyataan sedemikian bukan jaminan prestasi masa hadapan. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material dan buruk berbanding yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif termasuk perubahan dalam perniagaan atau keadaan pasaran lain; kesukaran mengekalkan pertumbuhan perbelanjaan pada tahap sederhana sambil meningkatkan hasil; dan risiko lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Suku Tahunan yang terkini difailkan pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17357

Monday, August 7, 2023

TOURISM MALAYSIA ANJUR CUTI-CUTI MALAYSIA KUALA LUMPUR EXPLORE RACE 2023

Dato' Dr Ammar Abd Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Menyampaikan Hadiah Pemenang Kategori Terbuka Cuti-Cuti Malaysia KL Expore Race 2023

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Tourism Malaysia telah menganjurkan Program CutiCuti Malaysia – Kuala Lumpur Explore Race (CCMKLER) 2023 bagi meneruskan promosi dan merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik. Usaha promosi kali ini melibatkan penyertaan seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada penggiat industri, media arus perdana  dan baharu serta orang awam.

Penganjuran Cuti-Cuti Malaysia – Kuala Lumpur Explore Race (CCMKLER) 2023 ini adalah dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Muzium Negara, Sogo KL, Ibis Kuala Lumpur City Centre, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan GMBB Mall. 

CCMKLER 2023 merupakan salah satu inisiatif Tourism Malaysia dalam mempromosikan produk-produk pelancongan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur sebagai tarikan kepada para pelancong antarabangsa amnya dan pelancong domestik khususnya.

Pelepasan para peserta mula di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur dan akan berhenti di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan di sekitar Kuala Lumpur seperti Muzium Negara, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, GMBB Mall dan Menara Kuala Lumpur.

Majlis pelepasan para peserta disempurnakan oleh Encik Azmi Abdullah, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar, Pengarah MaTiC. Manakala upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan juga dihadiri oleh Encik Mohamed Amin Yahya, Pengarah Kanan, Bahagian Domestik dan Acara, Tourism Malaysia.
                 
Para peserta juga menjelajah ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dengan menjalankan aktiviti seperti photo hunting dan aktiviti yang berpandukan kepada klu-klu yang berbentuk think outside the box seperti siri popular Amazing Race. 

Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, penganjuran program seumpama ini dapat meningkatkan lagi semangat penggiat-penggiat industri tempatan untuk mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam mempromosi dan mempelbagaikan produk-produk pelancongan supaya mereka kekal unik, relevan dan berdaya saing.

“Selain itu juga,  program Cuti-Cuti Malaysia Kuala Lumpur Explore Race 2023  ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara pemain industri dan juga media tempatan di kawasan Lembah Klang.”

“Pada tahun 2022, seramai 171 juta pelawat domestik telah direkodkan dengan peningkatan sebanyak 160.1 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu dengan 66 juta pelawat domestik. Ini telah menunjukkan bahawa para penggiat industri perlu bangkit dalam meningkatkan usaha bagi membolehkan industri pelancongan untuk pulih lebih awal, iaitu menjelang penghujung tahun 2023 atau awal tahun 2024.”

Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, and TikTok. 


SUMBER : Tourism Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Sufian Zainuddin
Timbalan Pengarah
Tourism Malaysia Wilayah Tengah
Tel : +603 2161 0166
E-mel : sufian@tourism.gov.my

Nama : Muadz Samat
Penolong Pengarah 
Bahagian Komunikasi Korporat 
Tel : +603 8891 8755
E-mel : muadz@tourism.gov.my  

--BERNAMA

SUKAN UNIVERSITI DUNIA FISU KE-31 -- JADIKAN DUNIA SEBUAH TEMPAT YANG LEBIH BAIK DENGAN BELIA YANG PENUH BERTENAGA

 CHENGDU, China, 7 Ogos, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada pertengahan musim panas, Sukan Universiti Dunia FISU ke-31 sedang berlangsung. Seramai 6500 atlet muda dari 113 buah negara dan wilayah berkumpul di Chengdu. Mereka menunjukkan kecemerlangan dan keanggunan pelajar kolej kontemporari kepada dunia, demikian menurut Jawatankuasa Eksekutif bagi Sukan Universiti Dunia FISU ke-31.

Pada detik permulaan malam, pasar kebudayaan di Perkampungan Universiade Chengdu kelihatan penuh berwarna-warni dengan Pitch Pot, Cuju, anyaman... Atlet-atlet kolej dari seluruh dunia berinteraksi di antara satu sama lain dengan penuh minat, bertukar-tukar lencana dan berkongsi kegembiraan.

"Bola itu adalah sangat ringan. Ia sangat menyeronokkan," kata Isa, seorang atlet Libya yang berusia 25 tahun, mengalami Cuju dan dengan pantas dapat menguasai teknik itu. Atlet judo seberat 60 kg itu, menendang perlahan bola buluh itu ke dalam lubang jaring, dengan menyambut mesra atlet dari Itali dan China yang sedang lalu-lalang untuk merasai pengalaman Cuju bersama beliau. Orang muda dari negara asing yang tidak mengenali di antara satu sama lain segera berkumpul dan menikmati banyak keseronokan.

Sejak pembukaan Universiade atau acara pelbagai sukan antarabangsa itu di Chengdu, perkampungan itu telah dipenuhi dengan atlet universiti yang berbeza warna, kewarganegaraan dan bahasa. Semasa Universiade itu, mereka bertemu dan mengenali di antara satu sama lain. Chengdu menjadikan impian menjadi kenyataan. Chengdu akan menjadi satu perhimpunan belia dunia kepada sukan dan impian.

Leonz Eder, pemangku presiden bagi FISU, mengucapkan terima kasih kepada China kerana konsepnya yang mudah, selamat dan menarik di dalam menganjurkan temasya sukan itu, dengan bersungguh-sungguh memenuhi komitmen mereka dan memastikan penganjuran Universiade di Chengdu berjalan lancar. "Selepas mengalami wabak yang begitu lama di mana kami hanya dapat bertemu secara dalam talian, kami sekali lagi datang ke Perkampungan Universiade itu untuk tinggal bersama selama 10 hingga 12 hari. Delegasi dari 113 buah negara dan wilayah itu jelas seronok dapat bersatu semula dan menggunakan peluang itu selepas temasya sukan berkenaan untuk berangkaian di antara satu sama lain." Dari sudut pandangan Eder, ini adalah daya tarikan Universiade itu.

Berkat usaha bersama dari China, Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa dan delegasi dari pelbagai negara dan wilayah, Chengdu Universiade telah menjadi sebuah acara sukan antarabangsa dengan ciri-ciri China, semangat masa dan gaya bagi belia. Di Universiade, simbol kebudayaan China seperti Sunbird dan panda sangat menarik minat atlet muda dari seluruh dunia.

Pembawa obor dari Itali Su Yunzhe telah menyalakan plat obor Sunbird pada majlis perasmian Universiade itu. Beliau dengan bangganya berkata bahawa Sunbird memaparkan watak kerohanian, toleransi dan mengejar cahaya masyarakat China sejak zaman purba, dan merupakan sebuah simbol bagi kekuatan, harapan dan peluang yang baik. "Saya percaya bahawa maksud bagi pembawa obor itu bukan sekadar penyerahan obor itu, tetapi lebih kepada satu transmisi rohani serta transmisi perpaduan, persahabatan dan pertukaran kebudayaan."

Semasa Sukan itu, pertukaran kebudayaan di luar padang berlaku setiap hari. Di Taman Seni Tianfu, "Pameran Dwitahunan Chengdu 2023" mempamerkan 476 hasil karya oleh 235 artis dari 22 buah negara dan wilayah, dengan menarik sejumlah besar penonton China dan rakyat asing.       

"Kesaksamaan dan keterangkuman akan memastikan sebuah dunia yang berwarna-warni. Bersama-sama, kita akan mencipta sebuah masa depan yang lebih baik." Pemain Nepal, Nyachon Kushal berkata bahawa walaupun beliau tewas dalam perlawanan pingpong, beliau telah dapat berjumpa dengan panda gergasi yang disayangi orang di seluruh dunia di Chengdu. Ramai atlet luar negara turut berkongsi kegembiraan dalam melihat panda di Chengdu, kampung halaman bagi panda gergasi.

Tamadun diperkayakan dengan pertukaran dan budaya diperkayakan dengan pembelajaran bersama. Pelajar kolej dari berlainan warna, kewarganegaraan dan bahasa bertemu di Chengdu untuk melihat keharmonian dan kepelbagaian dari perspektif kesaksamaan, keterangkuman dan persaudaraan, untuk menghargai dan belajar daripada budaya yang berbeza, dan untuk menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia dengan daya tenaga  belia mereka.
 
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif bagi Sukan Universiti Dunia FISU ke-31

--BERNAMA

UNIVERSITI KECERDASAN BUATAN ABU DHABI MENUBUHKAN JABATAN ROBOTIK DAN SAINS KOMPUTER YANG BERDEDIKASI UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN GLOBAL YANG SEMAKIN MENINGKAT

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 7 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Universiti Kecerdasan Buatan Mohamed bin Zayed (MBZUAI) telah menubuhkan dua jabatan baharu dan empat program siswazah berkaitan yang didedikasikan untuk robotik dan komputer sains, memenuhi permintaan global yang meningkat untuk disiplin ini, dijangka mencecah USD $225 bilioni dan $140 bilion, masing-masing menjelang tahun 2030ii.

Jabatan baharu ini melengkapkan visi komputer (CV), pembelajaran mesin (ML) dan pemprosesan bahasa semulajadi (NLP) universiti yang sedia ada, yang disenaraikan dalam kalangan 20 teratas di peringkat global oleh CSRankings.

Sejajar dengan pembentukan jabatan-jabatan baharu, universiti telah melancarkan program sarjana dan PhD. dalam robotik dan sains komputer. Program ini akan membantu mengembangkan lagi ekosistem AI yang lebih luas di UAE dan mengukuhkan kedudukannya sebagai hab antarabangsa untuk penyelidikan dan inovasi AI.

Presiden dan Profesor Universiti MBZUAI, Eric Xing, berkata: "Penambahan dua jabatan baharu ini mewakili usaha berkekalan MBZUAI dalam membangunkan asas yang kukuh bagi kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dalam kecerdasan buatan. Universiti itu akan terus membawa masuk ke dalam Abu Dhabi fakulti dan penyelidik yang terkemuka dunia dalam bidang tersebut dan memperkasakan pelajar untuk menjadi perintis dengan kemahiran yang sangat dicari dalam membangunkan alat dan aplikasi AI termaju merentas industri. Memandangkan renAIssance digital yang kita temui, kemahiran dalam bidang ini semakin meningkat dalam permintaan."

Jabatan Robotik akan menumpukan pada penyelidikan yang teliti, berimpak tinggi, asli, menekankan pembelajaran robot dan algoritma robot dan bukannya pembangunan perkakasan robot baharu. Jabatan Sains Komputer akan menyediakan kedalaman teknikal yang tiada tandingan dalam teknologi asas yang telah menimbulkan pertumbuhan dan impak IT yang luar biasa dalam empat dekad yang lalu.

Pemangku Provos MBZUAI, Profesor Timothy Baldwin, berkata: "MBZUAI berada di barisan hadapan pendidikan dan penyelidikan AI, menjadikan program kami tersendiri dan berdaya saing di peringkat global. Jabatan Robotik akan menumpukan pada penyelidikan robotik yang berpusatkan manusia dan autonomi, serta pembangunan generasi pengamal robotik akan datang dengan kemahiran mendalam dalam kedua-dua AI dan robotik, menyokong kerjaya di peringkat termaju dalam bidang akademik, industri dan kerajaan."

Robotik merupakan transfomasi teknologi, merevolusikan sektor-sektor seperti pembuatan, penjagaan kesihatan, pertanian dan pengangkutan. Penyelidikan menunjukkan permintaan yang kukuh untuk kepakaran robotik pada tahun-tahun akan datang, dengan pasaran teknologi robotik yang dijangkakan melebihi nilai US$225.6 bilion menjelang tahun 2030iii. Permintaan ini akan terjejas secara kritikal dengan kekurangan tenaga kerja global yang diramalkan, sehingga 85 juta pekerjaan berpotensi tidak dapat diisi menjelang tahun 2030 disebabkan kekurangan orang mahir untuk mengisinyaiv. Begitu juga, pasaran pekerjaan sains komputer global juga sedang berkembang pesat, dengan unjuran CAGR 14.5% dari tahun 2021 hingga 2027 dan anggaran 3.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2026v.

Permohonan tahun kemasukan 2024 akan dibuka pada 1 September 2023. Untuk maklumat lanjut, layari mbzuai.ac.ae atau hubungi admissions@mbzuai.ac.ae

Keutamaan Penyelidikan
ii Keutamaan Penyelidikan
iii Keutamaan Penyelidikan
iv Korn Ferry
v unjuran pasaran kerja CS (Statistik Dan Trend Pekerjaan Sains Komputer Paling Mengejutkan pada tahun 2023 • GITNUX)

Foto yang disertakan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/eb82e469-758c-46ca-b84c-ddeb1502171d 

Sumber: MBZUAI

--BERNAMA

BLACK & VEATCH AKAN MEMAJUKAN PENERBANGAN NEUTRAL KARBON DI AUSTRALIA, NEW ZEALAND


Syarikat itu menyertai gabungan Bioenergy Australia apabila dana sebanyak $30 juta diumumkan untuk pembangunan bahan api penerbangan mampan


MELBOURNE, Australia, 7 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Black & Veatch, peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur kritikal, telah menyertai Gabungan Bahan Api Penerbangan Mampan Australia dan New Zealand (Sustainable Aviation Fuel Alliance of Australia and New Zealand - SAFAANZ) Bioenergy Australia (BA).

BA ialah persatuan industri negara, dengan lebih 150 ahli, komited untuk mempercepatkan bioekonomi Australia. BA mengasaskan SAFAANZ untuk mewujudkan persekitaran kerjasama untuk memajukan pengeluaran, dasar, pendidikan dan pemasaran SAF di Australia dan New Zealand.

Bahan Api Penerbangan Mampan (Sustainable Aviation Fuel - SAF) dihasilkan dengan memproses sumber boleh baharu seperti sisa buangan minyak masak, minyak tumbuhan dan sisa tanaman pertanian untuk kegunaan dalam kapal terbang komersial. Bahan api itu boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80 peratus berbanding bahan api jet tradisional.

“Elektrifikasi adalah penting untuk banyak tonggak sistem tenaga. Namun begitu, ini hanya sebahagian daripada penyelesaian mengurangkan pelepasan. Industri berat, penerbangan, marin, pertanian dan perlombongan Australia memerlukan pilihan penyahkarbonan yang berpatutan dan segera, seperti bahan api boleh baharu. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan peneraju industri, seperti Black & Veatch, bagi mengenal pasti laluan menghasilkan bahan api dengan harga yang berpatutan dan dengan jumlah yang besar,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Bioenergy Australia, Shahana McKenzie.

“Di samping menyahkarbonkan sektor penerbangan, bahan api mampan akan menyahkarbonkan semua bentuk pengangkutan – individu dan barangan. Dengan menyertai SAFAANZ, Black & Veatch boleh menyumbang dengan penuh bermakna kepada kemajuan bahan api mampan di Australia dan New Zealand, memandangkan pengalaman kejuruteraan dan pembinaan global kami yang luas merentasi bahan api penerbangan, metanol kepada petrol, biogas dan gas asli boleh baharu,” kata Mick Scrivens, Naib Presiden , Pengarah, Australia Pasifik, Black & Veatch.

Kira-kira 2.5 peratus daripada jumlah pelepasan karbon dunia dihasilkan oleh sektor penerbangan global. Di Australia, industri menyumbang kira-kira 1 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau negara.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menganggarkan bahawa SAF boleh menyumbang sekitar 65 peratus daripada pengurangan pelepasan yang diperlukan oleh penerbangan bagi mencapai sifar bersih pada 2050.

Pada masa ini, permintaan untuk SAF melebihi bekalan. Australia, dengan sumber sisa tanaman yang banyak, pertanian dan sisa buangan, mempunyai potensi kukuh untuk memenuhi keperluan bekalan SAF domestik dan global.

Bagi merealisasikan potensi ini, Agensi Tenaga Boleh Baharu Australia (Australian Renewable Energy Agency - ARENA) mengasingkan sejumlah $30 juta (AS$20 juta) pada bulan Julai untuk memudahkan pembangunan industri SAF dengan pengeluaran daripada bahan mentah boleh baharu yang tersedia di dalam negara. Inisiatif Pembiayaan Bahan Api Penerbangan Mampan akan menilai peluang di seluruh rantaian bekalan daripada bekalan bahan mentah boleh baharu kepada pengeluaran bahan api akhir, mengenal pasti keperluan masing-masing untuk membolehkan dan menskalakan industri SAF domestik.

Penggunaan SAF yang lebih luas akan disokong dengan mengatasi halangan, termasuk kemampuan, persaingan untuk bahan mentah, kelestarian, infrastruktur lapangan terbang dan penskalaan pengeluaran yang menjimatkan kos.

Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.

Nota Editor:

• Black & Veatch dan DG Fuels LLC – peneraju baharu muncul dalam bahan api penerbangan mampan (SAF) kemunculan selulosa – telah menandatangani dan memulakan perjanjian pengikatan bagi Black & Veatch melaksanakan laporan kejuruteraan pemuatan bahagian depan (FEL-3) untuk projek pelancaran DG Fuels yang akan ditempatkan di Louisiana, Amerika Syarikat. Laporan yang melibatkan kemudahan pembuatan bahan api rendah pelepasan yang boleh dilaksanakan di St. James Parish di sepanjang Sungai Mississippi yang dijangka siap dalam lapan hingga sembilan bulan, selaras dengan matlamat DG Fuels yang berpangkalan di Washington, D.C. untuk mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) ke atas projek tersebut pada awal tahun 2024.

Maklumat Tentang Black & Veatch

Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global 100 peratus milik pekerja dengan rekod prestasi lebih daripada 100 tahun dalam inovasi infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia dengan menangani kebingkasan dan keandalan aset infrastruktur kami yang paling penting. Hasil yang kami peroleh pada tahun 2022 ialah AS$4.3 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan media sosial.

Maklumat Tentang Bioenergy Australia

Bioenergy Australia (BA) ialah persatuan industri kebangsaan, dengan lebih 150 ahli, komited untuk mempercepat bioekonomi Australia. Misi kami ialah untuk memupuk sektor biotenaga menghasilkan pekerjaan, menjamin pelaburan, memaksimumkan nilai sumber tempatan, meminimumkan sisa buangan dan impak alam sekitar, serta membangunkan dan mempromosikan kepakaran biotenaga negara ke pasaran antarabangsa.

Bioenergy Australia bekerjasama dengan Gabungan Gas Boleh Baharu (Renewable Gas Alliance - RGA), Gabungan Bahan Api Penerbangan Mampan Australia dan New Zealand (Sustainable Aviation Fuel Alliance of Australia and New Zealand - SAFAANZ) dan Gabungan Bahan Api Lebih Bersih (Cleaner Fuels Alliance - CFA). Gabungan ini diasaskan untuk mempercepat pembangunan dan penggunaan Bahan Api Cecair Boleh Baharu dan Biometana bagi digunakan di Australia.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Hubungan Media, Black & Veatch:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | +65 9875 8907 M | Chialp@bv.com
E-MEL MEDIA 24-JAM | Media@bv.com

Hubungan Media, Bioenergy Australia:
SHAHANA MCKENZIE | Bioenergy Australia | +61 439 555 764
 
Sumber: Black & Veatch