Monday, August 7, 2023

TOURISM MALAYSIA ANJUR CUTI-CUTI MALAYSIA KUALA LUMPUR EXPLORE RACE 2023

Dato' Dr Ammar Abd Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Menyampaikan Hadiah Pemenang Kategori Terbuka Cuti-Cuti Malaysia KL Expore Race 2023

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Tourism Malaysia telah menganjurkan Program CutiCuti Malaysia – Kuala Lumpur Explore Race (CCMKLER) 2023 bagi meneruskan promosi dan merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik. Usaha promosi kali ini melibatkan penyertaan seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada penggiat industri, media arus perdana  dan baharu serta orang awam.

Penganjuran Cuti-Cuti Malaysia – Kuala Lumpur Explore Race (CCMKLER) 2023 ini adalah dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Muzium Negara, Sogo KL, Ibis Kuala Lumpur City Centre, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan GMBB Mall. 

CCMKLER 2023 merupakan salah satu inisiatif Tourism Malaysia dalam mempromosikan produk-produk pelancongan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur sebagai tarikan kepada para pelancong antarabangsa amnya dan pelancong domestik khususnya.

Pelepasan para peserta mula di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur dan akan berhenti di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan di sekitar Kuala Lumpur seperti Muzium Negara, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, GMBB Mall dan Menara Kuala Lumpur.

Majlis pelepasan para peserta disempurnakan oleh Encik Azmi Abdullah, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Alsraf Ahmad Mokhtar, Pengarah MaTiC. Manakala upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan juga dihadiri oleh Encik Mohamed Amin Yahya, Pengarah Kanan, Bahagian Domestik dan Acara, Tourism Malaysia.
                 
Para peserta juga menjelajah ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dengan menjalankan aktiviti seperti photo hunting dan aktiviti yang berpandukan kepada klu-klu yang berbentuk think outside the box seperti siri popular Amazing Race. 

Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, penganjuran program seumpama ini dapat meningkatkan lagi semangat penggiat-penggiat industri tempatan untuk mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam mempromosi dan mempelbagaikan produk-produk pelancongan supaya mereka kekal unik, relevan dan berdaya saing.

“Selain itu juga,  program Cuti-Cuti Malaysia Kuala Lumpur Explore Race 2023  ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara pemain industri dan juga media tempatan di kawasan Lembah Klang.”

“Pada tahun 2022, seramai 171 juta pelawat domestik telah direkodkan dengan peningkatan sebanyak 160.1 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu dengan 66 juta pelawat domestik. Ini telah menunjukkan bahawa para penggiat industri perlu bangkit dalam meningkatkan usaha bagi membolehkan industri pelancongan untuk pulih lebih awal, iaitu menjelang penghujung tahun 2023 atau awal tahun 2024.”

Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, and TikTok. 


SUMBER : Tourism Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Sufian Zainuddin
Timbalan Pengarah
Tourism Malaysia Wilayah Tengah
Tel : +603 2161 0166
E-mel : sufian@tourism.gov.my

Nama : Muadz Samat
Penolong Pengarah 
Bahagian Komunikasi Korporat 
Tel : +603 8891 8755
E-mel : muadz@tourism.gov.my  

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment