Monday, August 7, 2023

SUKAN UNIVERSITI DUNIA FISU KE-31 -- JADIKAN DUNIA SEBUAH TEMPAT YANG LEBIH BAIK DENGAN BELIA YANG PENUH BERTENAGA

 CHENGDU, China, 7 Ogos, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada pertengahan musim panas, Sukan Universiti Dunia FISU ke-31 sedang berlangsung. Seramai 6500 atlet muda dari 113 buah negara dan wilayah berkumpul di Chengdu. Mereka menunjukkan kecemerlangan dan keanggunan pelajar kolej kontemporari kepada dunia, demikian menurut Jawatankuasa Eksekutif bagi Sukan Universiti Dunia FISU ke-31.

Pada detik permulaan malam, pasar kebudayaan di Perkampungan Universiade Chengdu kelihatan penuh berwarna-warni dengan Pitch Pot, Cuju, anyaman... Atlet-atlet kolej dari seluruh dunia berinteraksi di antara satu sama lain dengan penuh minat, bertukar-tukar lencana dan berkongsi kegembiraan.

"Bola itu adalah sangat ringan. Ia sangat menyeronokkan," kata Isa, seorang atlet Libya yang berusia 25 tahun, mengalami Cuju dan dengan pantas dapat menguasai teknik itu. Atlet judo seberat 60 kg itu, menendang perlahan bola buluh itu ke dalam lubang jaring, dengan menyambut mesra atlet dari Itali dan China yang sedang lalu-lalang untuk merasai pengalaman Cuju bersama beliau. Orang muda dari negara asing yang tidak mengenali di antara satu sama lain segera berkumpul dan menikmati banyak keseronokan.

Sejak pembukaan Universiade atau acara pelbagai sukan antarabangsa itu di Chengdu, perkampungan itu telah dipenuhi dengan atlet universiti yang berbeza warna, kewarganegaraan dan bahasa. Semasa Universiade itu, mereka bertemu dan mengenali di antara satu sama lain. Chengdu menjadikan impian menjadi kenyataan. Chengdu akan menjadi satu perhimpunan belia dunia kepada sukan dan impian.

Leonz Eder, pemangku presiden bagi FISU, mengucapkan terima kasih kepada China kerana konsepnya yang mudah, selamat dan menarik di dalam menganjurkan temasya sukan itu, dengan bersungguh-sungguh memenuhi komitmen mereka dan memastikan penganjuran Universiade di Chengdu berjalan lancar. "Selepas mengalami wabak yang begitu lama di mana kami hanya dapat bertemu secara dalam talian, kami sekali lagi datang ke Perkampungan Universiade itu untuk tinggal bersama selama 10 hingga 12 hari. Delegasi dari 113 buah negara dan wilayah itu jelas seronok dapat bersatu semula dan menggunakan peluang itu selepas temasya sukan berkenaan untuk berangkaian di antara satu sama lain." Dari sudut pandangan Eder, ini adalah daya tarikan Universiade itu.

Berkat usaha bersama dari China, Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa dan delegasi dari pelbagai negara dan wilayah, Chengdu Universiade telah menjadi sebuah acara sukan antarabangsa dengan ciri-ciri China, semangat masa dan gaya bagi belia. Di Universiade, simbol kebudayaan China seperti Sunbird dan panda sangat menarik minat atlet muda dari seluruh dunia.

Pembawa obor dari Itali Su Yunzhe telah menyalakan plat obor Sunbird pada majlis perasmian Universiade itu. Beliau dengan bangganya berkata bahawa Sunbird memaparkan watak kerohanian, toleransi dan mengejar cahaya masyarakat China sejak zaman purba, dan merupakan sebuah simbol bagi kekuatan, harapan dan peluang yang baik. "Saya percaya bahawa maksud bagi pembawa obor itu bukan sekadar penyerahan obor itu, tetapi lebih kepada satu transmisi rohani serta transmisi perpaduan, persahabatan dan pertukaran kebudayaan."

Semasa Sukan itu, pertukaran kebudayaan di luar padang berlaku setiap hari. Di Taman Seni Tianfu, "Pameran Dwitahunan Chengdu 2023" mempamerkan 476 hasil karya oleh 235 artis dari 22 buah negara dan wilayah, dengan menarik sejumlah besar penonton China dan rakyat asing.       

"Kesaksamaan dan keterangkuman akan memastikan sebuah dunia yang berwarna-warni. Bersama-sama, kita akan mencipta sebuah masa depan yang lebih baik." Pemain Nepal, Nyachon Kushal berkata bahawa walaupun beliau tewas dalam perlawanan pingpong, beliau telah dapat berjumpa dengan panda gergasi yang disayangi orang di seluruh dunia di Chengdu. Ramai atlet luar negara turut berkongsi kegembiraan dalam melihat panda di Chengdu, kampung halaman bagi panda gergasi.

Tamadun diperkayakan dengan pertukaran dan budaya diperkayakan dengan pembelajaran bersama. Pelajar kolej dari berlainan warna, kewarganegaraan dan bahasa bertemu di Chengdu untuk melihat keharmonian dan kepelbagaian dari perspektif kesaksamaan, keterangkuman dan persaudaraan, untuk menghargai dan belajar daripada budaya yang berbeza, dan untuk menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia dengan daya tenaga  belia mereka.
 
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif bagi Sukan Universiti Dunia FISU ke-31

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment