Wednesday, August 30, 2023

TRILLIANT MENYEMPURNAKAN LAPAN PENGGUNAAN SUIT TENAGA PRIME PELANGGAN UNTUK MEMBANTU UTILITI MENAMBAH BAIK RESPONS PERMINTAAN DAN PENGESANAN KEHILANGAN KUASA

Pemacu meter baharu ditambahkan ke enjin pengumpulan data yang mempunyai kekuatan 300+-meter pada tahun 2023, menjadikan Trilliant sebagai platform bebas peranti terulung di pasaran untuk utiliti dalam membolehkan Kuasa Pilihan

CARY, N.C., 29 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Trilliant, penyedia penyelesaian antarabangsa terkemuka bagi infrastruktur pemeteran lanjutan (AMI), grid pintar, bandar pintar dan IIoT, mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menyempurnakan penggunaan Suit Tenaga Prime untuk pelanggan kelapan pada tahun 2023. Syarikat itu juga baru-baru ini mengintegrasikan dua pemacu meter baharu ke dalam enjin pengumpulan data agnostik vendor yang menyokong lebih 300 model meter kediaman, komersial dan perindustrian (C&I), menjadikan syarikat tersebut sebagai satu daripada pengumpul data meter paling berkuasa untuk peranti C&I di pasaran.

Platform Suit Kuasa Prime ialah perisian yang mempunyai kebolehskalaan tinggi dan mudah dikonfigurasikan, direka bentuk untuk utiliti, serta merangkumi pengumpulan data meter, penggera dan pemberitahuan, baki tenaga, respons permintaan, pengurusan data dan pengesanan kehilangan kuasa. Dalam lapan bulan pertama tahun 2023, Trilliant berjaya menyempurnakan lapan penggunaan Suit Tenaga Prime untuk utiliti, pihak berkuasa pasaran dan syarikat pengagihan tenaga di seluruh Amerika. Daripada jumlah ini, empat melibatkan penaiktarafan daripada platform versi legasi kepada versi Volumetri Data Tinggi, yang menyediakan pelbagai manfaat, termasuk peningkatan dalam keselamatan, prestasi, produktiviti, kebolehskalaan dan saling kendali.

Pengesanan kehilangan kuasa membantu meningkatkan masa memberikan respons dan meminimumkan gangguan bekalan elektrik
Menurut data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat, gangguan bekalan elektrik berlaku dengan lebih kerap dan berlanjutan lebih lama. Antara tahun 2013 dan 2021, kekerapan gangguan bekalan elektrik di Amerika Syarikat meningkat daripada 1.2 kepada 1.42 peristiwa bagi setiap pelanggan setahun.

Dengan penggunaan aplikasi pengesanan kehilangan kuasa dalam Suit Kuasa Prime, Trilliant membantu satu daripada pelanggan syarikat mengesan 15 peristiwa gangguan bekalan elektrik dalam tempoh 12 bulan yang lepas, menyediakan cerapan awal sebelum kejadian itu berlaku. Ini berjaya mengurangkan masa respons dengan ketara, meminimumkan gangguan bekalan elektrik di seluruh infrastruktur kritikal.

Ini hanya satu contoh cara hasil kerja Trilliant dengan utiliti dapat membantu syarikat itu menerima pakai pendekatan proaktif untuk mengenal pasti dan mengesahkan apabila berlaku kejadian yang sama dengan voltan rendah dan gangguan bekalan elektrik separa atau sepenuhnya. Aplikasi pengesanan kehilangan kuasa menyediakan pemberitahuan yang tepat pada masanya kepada utiliti melalui e-mel (setakat ini pilihan utama untuk utiliti menurut data Trilliant), SMS atau peti masuk setempat untuk memastikan apa-apa isu yang dikesan boleh ditangani dengan segera. Papan pemuka menyediakan cerapan berkaitan penggera dan bekalan elektrik terputus yang terdapat dalam meter supaya utiliti boleh terus memantau situasi dan menguruskan apa-apa kejadian secara proaktif.

Suit Tenaga Prime menambah baik kecekapan operasi untuk utiliti
Selain pengesanan kehilangan kuasa, Suit Tenaga Prime memantau aset tenaga bagi menyediakan utiliti dengan maklumat tentang jumlah beban yang boleh digunakan dan memberikan kawalan langsung ke atas aset tersebut. Suit ini juga membolehkan pengagregatan sumber tenaga teragih (DER), seperti panel solar atau aset tenaga yang mengeksport kuasa ke dalam grid pengagihan tenaga, bertujuan mengimbangi dan mengoptimumkan tenaga dalam grid. Enjin pengumpulan data bebas vendor Trilliant yang terbukti menyokong lebih 300 meter dan model peranti, serta berupaya mengumpul data dari meter pintar di tapak atau dari jauh.

Portfolio meter Trilliant yang luas dipadankan dengan keupayaan syarikat untuk menambah jenis meter baharu dengan pantas bagi membolehkan utiliti menggunakan teknologi dan penawaran meter baharu semasa dilancarkan ke pasaran.

Suit Kuasa Prime turut memasukkan penyelesaian Respons Permintaan Trilliant. Banyak utiliti menawarkan program respons permintaan; pelanggan yang melanggani utiliti tersebut, komited untuk mengurangkan penggunaan kuasa semasa waktu puncak bertujuan mendapatkan insentif kewangan dan bil elektrik lebih rendah. Sambil membantu pelanggan mengurangkan kos, program ini berupaya mengurangkan permintaan puncak untuk kuasa elektrik sebanyak ribuan MW dan membantu menghapuskan keperluan membina loji penjanaan puncak yang mahal.

“Sebagai platform komunikasi agnostik peranti yang membolehkan utiliti dan bandar menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan andal dalam satu rangkaian berkuasa, kami berbangga untuk terus mengintegrasikan lebih banyak pembekal meter dan peranti ke dalam portfolio kami, menawarkan kuasa pilihan kepada pelanggan kami,” kata Greg Myers, Naib Presiden Strategi Produk & Pengurusan Global di Trilliant. “Pertumbuhan pesat DER dan EV mendorong keperluan penyelesaian pemeteran baharu bagi menyokong keupayaan grid untuk mengikut kemajuan, kerana grid tersebut perlu terus menyediakan kuantiti dan kualiti tenaga yang sama seperti dimiliki pengguna dengan grid tradisional.”

Trilliant bekerjasama rapat dengan utiliti elektrik, gas dan air di seluruh dunia bertujuan bekerjasama dan menawarkan penyelesaian, menyokong utiliti tersebut dengan penyelesaian agnostik peranti yang disesuaikan bagi menangani bukan sahaja keperluan semasa masing-masing, tetapi juga keperluan masa depan.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Trilliant membantu utiliti menambah baik program respons permintaan dan pengesanan kehilangan kuasa:
https://trilliant.com/improving-demand-response-programs-and-power-loss-detection-to-minimize-disruptions-and-increase-reliability/

Untuk maklumat lebih lanjut: https://trilliant.com/prime-energy-suite/

Maklumat Tentang Trilliant

Trilliant® memperkasa industri tenaga global dengan satu-satunya platform komunikasi agnostik peranti yang membolehkan utiliti dan bandar menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan andal dalam satu rangkaian berkuasa. Portfolio kami yang dibina khas direka bentuk untuk menawarkan kuasa pilihan, tanpa risiko pelanggan “dikunci” dengan satu pembekal teknologi atau pengilang meter. Kami berbangga menawarkan penyelesaian misi kritikal yang menyokong AMI, Data & Analisis, Pemeteran Pintar, Grid Pintar dan Bandar Pintar. Pelanggan di seluruh dunia mendapat manfaat daripada gabungan unik fleksibiliti, kelestarian dan kebolehskalaan Trilliant yang menghubungkan utiliti dan bandar kepada IIoT dan laluan yang lebih strategik iaitu kepada Peralihan Tenaga. Kunjungi kami di www.trilliant.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17398

No comments:

Post a Comment