Tuesday, August 15, 2023

EXP REALTY LANGKAU PENCAPAIAN 1,000 EJEN DI AFRIKA SELATAN

BELLINGHAM, Wash., 14 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- eXp Realty®, “the most agent-centric real estate brokerage on the planet™” dan anak syarikat teras bagi eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI), eXp Realty hari ini mengumumkan mereka telah melebihi 1,000 ejen di seluruh Afrika Selatan, mewakili peningkatan lebih 74% daripada seramai 574 ejen pada bulan Julai 2022.

“Ini merupakan detik yang membanggakan untuk eXp Realty Afrika Selatan kerana kami mencapai pencapaian yang begitu besar,” kata Michael Valdes, Ketua Pegawai Pertumbuhan, eXp Realty. “Ejen kami yang berorientasikan cadangan nilai yang menarik dan terus berkembang tanpa henti yang penting kepada ejen dari seluruh dunia dan kami sangat teruja untuk menjadi pusat kepada lebih 1,000 profesional hartanah di Afrika Selatan!” 

Menurut Andrew Thompson, Pengarah dan Ketua Negara eXp Realty Afrika Selatan, eXp Afrika Selatan mempunyai lebih banyak transaksi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas. “eXp Afrika Selatan telah merealisasikan operasi aliran tunai yang positif, bebas hutang dan menguntungkan dalam masa 15 bulan pertama sejak menerima lesennya melalui Pihak Berkuasa Kawal Selia Pengamal Harta pada bulan Disember 2020,” kata Thompson.

“Sejak penubuhannya, eXp kekal komited mengutamakan ejen dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk mencapai potensi penuh mereka. Saya amat berbangga kerana dapat memimpin kumpulan ejen yang luar biasa melalui pengembangan ini dan seterusnya,” tambah beliau lagi.

eXp Afrika Selatan dengan bangganya komited untuk berkhidmat kepada masyarakat, baru-baru ini telah mendermakan sebanyak R350,000 kepada Dr. Imtiaz Sooliman dari Gift of the Givers untuk menyokong komuniti tempatan dan antarabangsa.

Perihal eXp World Holdings, Inc.

eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) ialah syarikat induk untuk eXp Realty®, Virbela dan SUCCESS® Enterprises.

eXp Realty ialah syarikat hartanah bebas terbesar di dunia dengan lebih daripada 88,000 ejen di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Afrika Selatan, India, Mexico, Portugal, Perancis, Puerto Rico, Brazil, Itali, Hong Kong, Colombia, Sepanyol, Panama, Jerman, Republik Dominican, Greece, New Zealand, Chile, Poland dan Dubai dan terus berkembang pada peringkat antarabangsa. Sebagai sebuah syarikat dagangan awam, eXp World Holdings menyediakan peluang unik kepada profesional hartanah untuk memperoleh anugerah ekuiti untuk matlamat pengeluaran dan sumbangan kepada pertumbuhan syarikat secara keseluruhan. eXp World Holdings dan perniagaannya menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian teknologi pembrokeran dan hartanah, termasuk model pembrokeran kediaman dan komersialnya yang inovatif, perkhidmatan profesional, alat kerjasama dan pembangunan peribadi. Pembrokeran berasaskan awan dikuasakan oleh Virbela, platform 3D imersif yang sangat sosial dan kolaboratif, membolehkan ejen lebih berhubung dan produktif. SUCCESS® Enterprises, yang dinaungi oleh majalah SUCCESS® dan ciri-ciri media berkaitannya, telah ditubuhkan pada tahun 1897 dan merupakan jenama dan penerbitan pembangunan peribadi dan profesional yang terkemuka.

Untuk maklumat lanjut, lawati https://expworldholdings.com.

Pernyataan Pelabuhan Selamat

Pernyataan yang terkandung di sini mungkin termasuk pernyataan jangkaan masa depan dan pernyataan prospektif lain yang berdasarkan pandangan dan andaian semasa pengurusan dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, prestasi atau peristiwa berbeza secara material berbanding yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan tersebut. Pernyataan prospektif tersebut hanya berkuat kuasa pada tarikh ini, dan syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyemak atau mengemas kininya. Pernyataan sedemikian bukan jaminan prestasi masa hadapan. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material dan buruk berbanding yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif termasuk perubahan dalam perniagaan atau keadaan pasaran lain; kesukaran mengekalkan pertumbuhan perbelanjaan pada tahap sederhana sambil meningkatkan hasil; dan risiko lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Suku Tahunan yang terkini difailkan pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17357

No comments:

Post a Comment