Monday, August 7, 2023

BLACK & VEATCH AKAN MEMAJUKAN PENERBANGAN NEUTRAL KARBON DI AUSTRALIA, NEW ZEALAND


Syarikat itu menyertai gabungan Bioenergy Australia apabila dana sebanyak $30 juta diumumkan untuk pembangunan bahan api penerbangan mampan


MELBOURNE, Australia, 7 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Black & Veatch, peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur kritikal, telah menyertai Gabungan Bahan Api Penerbangan Mampan Australia dan New Zealand (Sustainable Aviation Fuel Alliance of Australia and New Zealand - SAFAANZ) Bioenergy Australia (BA).

BA ialah persatuan industri negara, dengan lebih 150 ahli, komited untuk mempercepatkan bioekonomi Australia. BA mengasaskan SAFAANZ untuk mewujudkan persekitaran kerjasama untuk memajukan pengeluaran, dasar, pendidikan dan pemasaran SAF di Australia dan New Zealand.

Bahan Api Penerbangan Mampan (Sustainable Aviation Fuel - SAF) dihasilkan dengan memproses sumber boleh baharu seperti sisa buangan minyak masak, minyak tumbuhan dan sisa tanaman pertanian untuk kegunaan dalam kapal terbang komersial. Bahan api itu boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80 peratus berbanding bahan api jet tradisional.

“Elektrifikasi adalah penting untuk banyak tonggak sistem tenaga. Namun begitu, ini hanya sebahagian daripada penyelesaian mengurangkan pelepasan. Industri berat, penerbangan, marin, pertanian dan perlombongan Australia memerlukan pilihan penyahkarbonan yang berpatutan dan segera, seperti bahan api boleh baharu. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan peneraju industri, seperti Black & Veatch, bagi mengenal pasti laluan menghasilkan bahan api dengan harga yang berpatutan dan dengan jumlah yang besar,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Bioenergy Australia, Shahana McKenzie.

“Di samping menyahkarbonkan sektor penerbangan, bahan api mampan akan menyahkarbonkan semua bentuk pengangkutan – individu dan barangan. Dengan menyertai SAFAANZ, Black & Veatch boleh menyumbang dengan penuh bermakna kepada kemajuan bahan api mampan di Australia dan New Zealand, memandangkan pengalaman kejuruteraan dan pembinaan global kami yang luas merentasi bahan api penerbangan, metanol kepada petrol, biogas dan gas asli boleh baharu,” kata Mick Scrivens, Naib Presiden , Pengarah, Australia Pasifik, Black & Veatch.

Kira-kira 2.5 peratus daripada jumlah pelepasan karbon dunia dihasilkan oleh sektor penerbangan global. Di Australia, industri menyumbang kira-kira 1 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau negara.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menganggarkan bahawa SAF boleh menyumbang sekitar 65 peratus daripada pengurangan pelepasan yang diperlukan oleh penerbangan bagi mencapai sifar bersih pada 2050.

Pada masa ini, permintaan untuk SAF melebihi bekalan. Australia, dengan sumber sisa tanaman yang banyak, pertanian dan sisa buangan, mempunyai potensi kukuh untuk memenuhi keperluan bekalan SAF domestik dan global.

Bagi merealisasikan potensi ini, Agensi Tenaga Boleh Baharu Australia (Australian Renewable Energy Agency - ARENA) mengasingkan sejumlah $30 juta (AS$20 juta) pada bulan Julai untuk memudahkan pembangunan industri SAF dengan pengeluaran daripada bahan mentah boleh baharu yang tersedia di dalam negara. Inisiatif Pembiayaan Bahan Api Penerbangan Mampan akan menilai peluang di seluruh rantaian bekalan daripada bekalan bahan mentah boleh baharu kepada pengeluaran bahan api akhir, mengenal pasti keperluan masing-masing untuk membolehkan dan menskalakan industri SAF domestik.

Penggunaan SAF yang lebih luas akan disokong dengan mengatasi halangan, termasuk kemampuan, persaingan untuk bahan mentah, kelestarian, infrastruktur lapangan terbang dan penskalaan pengeluaran yang menjimatkan kos.

Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.

Nota Editor:

• Black & Veatch dan DG Fuels LLC – peneraju baharu muncul dalam bahan api penerbangan mampan (SAF) kemunculan selulosa – telah menandatangani dan memulakan perjanjian pengikatan bagi Black & Veatch melaksanakan laporan kejuruteraan pemuatan bahagian depan (FEL-3) untuk projek pelancaran DG Fuels yang akan ditempatkan di Louisiana, Amerika Syarikat. Laporan yang melibatkan kemudahan pembuatan bahan api rendah pelepasan yang boleh dilaksanakan di St. James Parish di sepanjang Sungai Mississippi yang dijangka siap dalam lapan hingga sembilan bulan, selaras dengan matlamat DG Fuels yang berpangkalan di Washington, D.C. untuk mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) ke atas projek tersebut pada awal tahun 2024.

Maklumat Tentang Black & Veatch

Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global 100 peratus milik pekerja dengan rekod prestasi lebih daripada 100 tahun dalam inovasi infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia dengan menangani kebingkasan dan keandalan aset infrastruktur kami yang paling penting. Hasil yang kami peroleh pada tahun 2022 ialah AS$4.3 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan media sosial.

Maklumat Tentang Bioenergy Australia

Bioenergy Australia (BA) ialah persatuan industri kebangsaan, dengan lebih 150 ahli, komited untuk mempercepat bioekonomi Australia. Misi kami ialah untuk memupuk sektor biotenaga menghasilkan pekerjaan, menjamin pelaburan, memaksimumkan nilai sumber tempatan, meminimumkan sisa buangan dan impak alam sekitar, serta membangunkan dan mempromosikan kepakaran biotenaga negara ke pasaran antarabangsa.

Bioenergy Australia bekerjasama dengan Gabungan Gas Boleh Baharu (Renewable Gas Alliance - RGA), Gabungan Bahan Api Penerbangan Mampan Australia dan New Zealand (Sustainable Aviation Fuel Alliance of Australia and New Zealand - SAFAANZ) dan Gabungan Bahan Api Lebih Bersih (Cleaner Fuels Alliance - CFA). Gabungan ini diasaskan untuk mempercepat pembangunan dan penggunaan Bahan Api Cecair Boleh Baharu dan Biometana bagi digunakan di Australia.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Hubungan Media, Black & Veatch:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | +65 9875 8907 M | Chialp@bv.com
E-MEL MEDIA 24-JAM | Media@bv.com

Hubungan Media, Bioenergy Australia:
SHAHANA MCKENZIE | Bioenergy Australia | +61 439 555 764
 
Sumber: Black & Veatch

No comments:

Post a Comment