Tuesday, December 26, 2017

STARR COMPANIES MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN PICC HEALTH UNTUK MEMBERIKAN INSURANS KEPADA PEKERJA SYARIKAT CHINA YANG BEKERJA DI NEGARA-NEGARA INISIATIF BELT & ROAD

NEW YORK, 26 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Companies hari ini mengumumkan satu kerjasama dengan PICC Health Insurance Company Limited (PICC Health) untuk menyediakan insurans yang terkemuka di dalam industri yang berinovatif bagi pekerja-pekerja syarikat China yang bekerja di luar negara di negara-negara Inisiatif Belt & Road (BRI).
 
PICC Health, sebuah anak syarikat milik People’s Insurance Company (Group) of China Limited, dan People's Daily, akhbar terkemuka di China, telah mengadakan satu forum di Beijing mengenai "Penyelesaian Insurans yang Berinovatif untuk Inisiatif Belt & Road" bersama dengan Kementerian-kementerian China bagi Perdagangan, Hal Ehwal Luar Negeri, Kesihatan Awam, Suruhanjaya Kawal Selia Insurans China dan agensi-agensi kerajaan dan institusi akademik China yang lain. Pada forum itu, PICC Health dan Starr Companies secara rasminya melancarkan satu suite produk dan perkhidmatan insurans yang berinovatif untuk pekerja-pekerja syarikat China yang bekerja di luar negara di negara-negara BRI, dengan menyediakan liputan yang menyeluruh dan perkhidmatan bantuan yang berkualiti tinggi bagi pelanggan berkenaan.
 
Kerjasama yang utama di dalam industri ini menggabungkan kekuatan domestik bagi PICC Health, syarikat insurans kesihatan China yang dominan dengan sebuah pangkalan pelanggan korporat China yang besar, dan pengalaman dan kepakaran global bagi Starr Companies, yang diketuai oleh Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutifnya yang terkenal, Maurice R. Greenberg.
 
Produk utama ini adalah satu penawaran kemalangan dan kesihatan yang khusus yang dibangunkan bersama oleh PICC Health, Starr Property & Casualty Insurance (China) Company Limited, dan anak syarikat Starr Companies Assist Card International. Di samping faedah kepada perubatan dan Kemalangan Tidak Dijangka & Dismembermen, produk itu memberikan kepada pelanggan dengan manfaat dan perkhidmatan yang termasuk pemindahan perubatan dan penghantaran balik, lawatan belas kasihan, keracunan makanan, perlindungan penculikan dan tebusan, serta penyelesaian unik seperti perkhidmatan nasihat pengurusan risiko dan pembayaran perubatan tanpa tunai melalui rangkaian Assist Card International. Sebuah pusat panggilan yang berdedikasi telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan global kepada pelanggan China termasuk yang bekerja di negara-negara BRI.
 
Kerjasama ini di antara kedua-dua pihak menyediakan sokongan kuat bagi pekerja-pekerja syarikat China yang aktif di negara-negara BRI, dengan matlamat untuk membina sebuah “Laluan Sutera yang Sihat.” Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PICC Health di Beijing atau Starr Companies di Shanghai.
 
Maklumat mengenai Starr Companies
 
Starr Companies (Starr) adalah nama pemasaran di seluruh dunia untuk syarikat insurans yang beroperasi dan syarikat bantuan perjalanan dan anak syarikat bagi Starr International Company, Inc. dan untuk perniagaan pelaburan bagi C.V. Starr & Co., Inc. dan anak syarikatnya. Starr adalah sebuah organisasi insurans dan pelaburan yang terkemuka dengan mempunyai kehadiran di lima benua; melalui syarikat-syarikat insurans mereka yang beroperasi, Starr menyediakan produk insurans hartanah, kecederaan, dan kemalangan & kesihatan serta pelbagai perlindungan khas termasuk insurans penerbangan, marin, tenaga dan insurans kecederaan yang berlebihan. Anak syarikat bagi syarikat insurans Starr yang bermastautin di Amerika Syarikat, Bermuda, China, Hong Kong, Singapura dan United Kingdom masing-masing mempunyai penarafan A.M. Terbaik "A" (Cemerlang). Sindiket Starr Lloyd mempunyai penarafan Standard & Poor’s “A+” (Kukuh).
 
Assist Card International, sebuah syarikat bantuan perjalanan global yang utama yang dimiliki oleh Starr Companies, mempunyai satu rangkaian yang luas dengan lebih 40 tahun pengalaman di dalam menyediakan perkhidmatan bantuan di seluruh pelusuk dunia. Assist Card mempunyai sembilan pusat penggera serantau dan lebih 50,000 penyedia perkhidmatan di seluruh dunia, dengan menyediakan pembayaran langsung bagi perkhidmatan perubatan.
 
Maklumat mengenai PICC Health Insurance Company Limited
 
PICC Health Insurance Company Limited telah ditubuhkan pada 31 Mac 2005. Ia adalah merupakan syarikat insurans kesihatan profesional yang pertama yang diluluskan oleh Majlis Negeri dan diluluskan oleh Suruhanjaya Kawal Selia Insurans China. Sebagai sebuah anak syarikat bagi Kumpulan PICC, syarikat itu adalah syarikat insurans kesihatan yang terbesar di Tanah Besar China, dengan 25 cawangan di peringkat wilayah, 109 agensi di peringkat perbandaran, 99 agensi di peringkat daerah dan 97 pejabat perwakilan. Rangkaian pengedarannya meliputi hampir ke seluruh China dan memberi perkhidmatan kepada lebih 100 juta pelanggan.
 
Untuk maklumat lanjut sila layari kami di www.starrcompanies.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10723

Sunday, December 24, 2017

KARNIVAL TELUK YU MERIAHKAN KOMPLEKS KRAF LANGKAWI

LANGKAWI, 22 Dis (Bernama) -- Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pejabat Tourism Malaysia Langkawi, Pejabat Ikhtiar Malaysia Langkawi dan Persatuan Peniaga Pasar Malam Langkawi akan mengadakan Karnival Teluk Yu  mulai 23 hingga 25 Disember 2017, dari jam 10.00 pagi – 6.00 petang bertempat di Kompleks Kraf Langkawi, Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor Pulau Langkawi.
 
Karnival Teluk Yu ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia dan juga pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke Pulau Langkawi untuk menggunakan produk kraf buatan tempatan sebagai gaya hidup dan seterusnya menyemarakkan semangat cintakan seni warisan kraf tempatan terutamanya di kalangan generasi muda.  Karnival Teluk Yu berlangsung selama 3 hari dengan penyertaan seramai 35 orang usahawan kraf dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti :
 
Aktiviti Utama 
- Demonstrasi kraf ~  tempurung, wau, kekunci kayu dan ukiran kayu
- Interaktif kraf  ~ mewarna batik, mewarna seramik dan menghias wau tradisional
- Jualan kraf ~ hasil rimba,seramik, logam, batik dan aneka kraf
 
Aktiviti Tarikan Pengunjung 
-Persembahan Kesenian dan Kebudayaan
-Permainan Tradisional ~ congkak, batu seremban, sumpitan dan lastik
-Pameran Kucing
-Pameran Bonsai
-Demonstrasi Masakan Kuih Tradisional dan Jualan Makanan ~ kuih bakar, bahulu, peneram, loyang, bunga pudak dan karas
 
Adalah diharapkan penganjuran Karnival Teluk Yu dapat menggamit kenangan buat pengunjung tempatan dan pelancong asing yang berkunjung ke Pulau Langkawi.  Di samping merasai keseronokkan membeli-belah pelbagai produk kraf tempatan, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif dan permainan rakyat serta melihat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. 

Sila klik di sini untuk  Poster

Sumber : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NOREHAN BT AB GHANI
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel: 03-2161 3793
Faks: 03-2161 3773

--BERNAMA

Friday, December 22, 2017

CEIS, KUMPULAN HAIKEN AKAN BERSAMA-SAMA MENGUMPUL INDEKS HARGA BERSIRI

BEIJING, China, 22 Dis, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China, sebuah anggota gabungan Agensi Berita Xinhua, telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Kumpulan Haiken pada Isnin untuk bersama-sama mengumpul indeks harga bersiri "Xinhua-Haiken".

Indeks harga bersiri "Xinhua-Haiken" akan merangkumi "Indeks Harga Bersiri Getah Asli China Xinhua-Haiken", "Indeks Harga Lada Hainan Xinhua-Haiken" dan "Indeks Harga Buah Pinang Hainan Xinhua-Haiken."

Dengan sampel yang meliputi keseluruhan rantaian perindustrian, indeks harga bersiri itu, yang akan dikeluarkan dari tahun 2018 pada setiap hari, bertujuan untuk memberikan satu gambaran yang tepat tentang trend harga bagi kesemua pautan di dalam rantaian perindustrian dan menyediakan maklumat yang amat bernilai untuk industri itu.

Khususnya, "Indeks Harga Bersiri Getah Asli China Xinhua-Haiken", yang terdiri daripada empat indeks, menandakan yang pertama seumpamanya yang menghubungkan pengeluaran dan pemasaran getah di China.

Selain itu, kedua-dua pihak akan bersama-sama menerokai penubuhan ekosistem perindustrian bagi getah asli, lada dan buah pinang, mengintegrasikan sumber-sumber sosial dan perindustrian, dan membina platform paling tinggi untuk inovatif industri, penyelidikan dan dialog strategik.

CEIS, sebagai satu daripada penyedia maklumat ekonomi terbesar di China, mempunyai lima platform peringkat kebangsaan termasuk Xinhua Finance, Xinhua Silkroad, Xinhua Credit, Shanghai Petroleum dan Natural Gas Exchange (SHPGX) dan Xinhua Think Tank. Sejak penstrukturan semulanya pada April 2016, CEIS telah melancarkan beberapa siri produk dengan impak yang meluas.

Kumpulan Haiken, sebuah syarikat milik negara sepenuhnya oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Hainan, menawarkan asas industri getah asli, pertanian tropika, pembiakan ternakan, hartanah pelancongan, logistik perdagangan dan perkhidmatan kewangan.

Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=303555 

AHLI BAHARU DILANTIK MENYERTAI LEMBAGA PENGARAH NEURALSTEM

GERMANTOWN, Md., 22 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa Xi Chen, Ph.D., telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa serta-merta. Dr. Chen dilantik oleh Tianjin untuk menggantikan Zhang Zhuo sebagai pengarah untuk Saham Keutamaan Boleh Tukar Siri A.

“Kami mengalu-alukan penyertaan Dr. Chen dalam Lembaga Pengarah,” kata Rich Daly, Pengerusi dan CEO. “Dr. Chen datang kepada kami dengan kepakaran bertahun-tahun dalam pembangunan dan pengurusan terapeutik, sumbangan dan panduan beliau sangat berharga untuk masa depan Syarikat ini.”

Dr. Chen telah berkhidmat sebagai Pembantu Pengurus Besar untuk Pengilangan, Kelengkapan dan Pengurusan di Tianjin Kinnovata Pharmaceutical sejak tahun 2014. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah untuk Jabatan Pemasaran di Tianjin Pharmaceutical Holdings sejak tahun 2012. Sebelum ini, Dr. Chen merupakan Timbalan Pengurus Besar Eksekutif untuk Tianjin Lights Medical Device Co. dan Sekutu Penyelidikan, Pengurus Makmal di University of Ottawa dan Pakar Anestesia di Tianjin Union Hospital.  

Dr. Chen. Memiliki PhD dalam Pengurusan Perusahaan, Ijazah Sarjana dalam Biologi Molekul daripada University of Ottawa dan Ijazah Sarjana Klinikal daripada Tianjin Medical University.  

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok. NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti "harap,” "jangka," "berhasrat," "merancang," "percaya," "mencari" atau "akan." Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga dan sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.


Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com

SUMBER : Neuralstem, Inc.

DENIS DELVAL DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI LFB SA

LES ULIS, Perancis, 22 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 20 Disember, satu perintah daripada Presiden Perancis telah diterbitkan di Le Journal Officiel* yang melantik Denis DELVAL sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi LFB S.A. Perintah ini adalah susulan daripada Mesyuarat Agung LFB SA dan mesyuarat oleh Lembaga Pengarahnya, yang kedua-duanya berlangsung pada 4 Disember, 2017.

Denis DELVAL telah juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi LFB BIOMEDICAMENTS dan Presiden bagi LFB BIOTECHNOLOGIES berkuatkuasa pada 4 Disember, berikutan pemergian Christian BÉCHON dan Denis SOUBEYRAN.

Seorang lulusan dari sekolah perniagaan ESSEC dan INSEAD dengan memiliki PhD di dalam jurusan Farmasi, Denis DELVAL mempunyai pemahaman yang mendalam tentang industri farmaseutikal. Beliau telah memegang jawatan penting di dalam pemasaran, jualan dan strategik di Perancis, Eropah dan di seluruh dunia dan telah mengendalikan perkongsian antarabangsa di dalam pelbagai kumpulan farmaseutikal (Bayer, Fournier Pharma, ALK). Pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar bagi ALK Perancis. Pada tahun 2012, beliau juga menjadi Naib Presiden Kanan bagi syarikat farmaseutikal Denmark yang khusus di dalam rawatan imunoterapi alergi. Denis DELVAL memberi syarahan di sekolah perniagaan ESSEC dan juga merupakan Pengerusi bagi Lecrip.org, sebuah badan pemikir penjagaan kesihatan.

"Saya sangat berbangga kerana dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan LFB dan untuk bekerja bagi syarikat ini yang beroperasi di dalam sebuah sektor yang strategik. LFB menghasilkan terapeutik yang penting untuk kehidupan bagi ribuan pesakit, terutamanya di dalam bidang penyakit yang jarang berlaku. Saya amat menyedari sepenuhnya tentang cabaran-cabaran yang akan datang dan berharap untuk menjanakan  tenaga bagi menjadikan syarikat farmaseutikal ini berjaya di Perancis dan juga di peringkat antarabangsa."

* Jurnal Rasmi bagi Republik Perancis.

Maklumat mengenai Kumpulan LFB

LFB adalah sebuah kumpulan biofarmaseutikal yang membangun, mengeluarkan, dan memasarkan produk ubat-ubatan yang diperolehi daripada bahan hidup untuk rawatan penyakit yang serius dan jarang ditemui di dalam beberapa bidang terapeutik utama, termasuk Hemostasis, Imunologi dan Penjagaan Rapi. LFB adalah pengeluar terkemuka bagi produk ubat-ubatan yang diperolehi daripada plasma di Perancis dan ketujuh di seluruh dunia, dan juga merupakan di antara syarikat Eropah yang terkemuka untuk pembangunan produk atau rawatan ubat-ubatan generasi baharu yang berasaskan pada bioteknologi. Melalui usaha penyelidikan yang berterusan, kumpulan LFB melaksanakan satu strategi pertumbuhan untuk mengembangkan kegiatan mereka di pasaran antarabangsa. Pada hari ini, LFB memasarkan produknya di hampir 60 buah negara di seluruh dunia dengan perolehan global sebanyak €518.9 juta pada tahun 2016. Kumpulan LFB mempunyai lebih 2,300 orang pekerja di seluruh dunia.  
www.groupe-lfb.com

Hubungi
LFB SA
Sandrine Charrières, Tel : +33-(0)1-6982-7280
Naib Presiden Eksekutif Perhubungan Korporat
charrieres@lfb.fr

Sumber: LFB S.A.

STARR COMPANIES MENGUMUMKAN PELANTIKAN STEVE BLAKEY SEBAGAI PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI STARR INSURANCE HOLDINGS, CHARLES DANGELO BERSARA

STARR COMPANIES MENGUMUMKAN PELANTIKAN STEVE BLAKEY SEBAGAI PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI STARR INSURANCE HOLDINGS, CHARLES DANGELO BERSARA

Thursday, December 21, 2017

AJWELP MEMPERKASAKAN USAHAWAN WANITA DI NEGARA ANGGOTA ASEAN

TOKYO, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah menganjurkan Program Hubungan Usahawan Wanita ASEAN-Jepun (AJWELP) ke-2, sebuah program untuk memperkasakan usahawan wanita yang memulakan perniagaan, di Jakarta, Indonesia pada 3 hingga 6 Disember, 2017. Ia telah dianjurkan bersama oleh Kementerian Koperasi dan PKS Indonesia dan Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Indonesia), dengan kerjasama Sekretariat ASEAN, Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN mengenai Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (ACCMSME), Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC), dan Rangkaian Usahawan Wanita ASEAN (AWEN).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10712

KLM MENAMBAH MESEJ TERAUTOMASI KE PERBUALAN PELANGGAN

Langkah seterusnya dalam perkhidmatan media sosial dengan kecerdasan buatan daripada DigitalGenius

AMSTELVEEN, Belanda dan SAN FRANCISCO, 20 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- KLM Royal Dutch Airlines telah mengambil langkah seterusnya dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam perkhidmatan media sosial syarikat tersebut. KLM bekerjasama dengan pendahulu AI, DigitalGenius, untuk menambahkan jawapan terautomasi kepada soalan berulang umum daripada para pelanggan tanpa campur tangan oleh ejen perkhidmatan manusia. Ini memberikan ejen KLM lebih banyak masa untuk fokus pada soalan dalam perbualan dengan pelanggan yang memerlukan pendekatan manusia. KLM merupakan syarikat penerbangan pertama yang menawarkan gabungan antara ejen manusia dan kecerdasan buatan dalam perbualan tunggal di Twitter, Messenger dan WhatsApp.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10707

FORTUM MENGATUR TEKNOLOGI DIGITALROUTE UNTUK MENDAYAKAN PERKHIDMATAN DIPACU DATA YANG MENYOKONG TRANSFORMASI SEKTOR TENAGA

Utiliti Eropah Fortum memacu transformasi digital dalam sektor tenaga, bersama dengan DigitalRoute. Bermula dengan penyelesaian digital untuk perdagangan tenaga, dengan mengatur algoritma pembelajaran mesin berdasarkan Platform Pengoptimuman Data DigitalRoute, syarikat kini mengambil langkah seterusnya dalam membina perkhidmatan dipacu data dalam sektor tenaga.

STOCKHOLM, Sweden, 20 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DigitalRoute, syarikat Integrasi Data dan Pengurusan Data terkemuka, dan pembekal tenaga utama Eropah, Fortum, telah bersama-sama mengumumkan kejayaan menyiapkan projek Proof of Concept. Fortum adalah syarikat tenaga bersih terkemuka yang menawarkan penyelesaian elektrik, pemanasan dan penyejukan serta memacu perubahan untuk dunia yang lebih bersih.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10705

STARR COMPANIES MELANTIK DUTA JOSE L. CUISIA, JR. SEBAGAI PENGERUSI BAGI STARR INTERNATIONAL INSURANCE CAWANGAN FILIPINA

STARR COMPANIES MELANTIK DUTA JOSE L. CUISIA, JR. SEBAGAI PENGERUSI BAGI STARR INTERNATIONAL INSURANCE CAWANGAN FILIPINA

​CHARTBEAT MENGUMUMKAN 100 KISAH PALING MENARIK PADA 2017

​CHARTBEAT MENGUMUMKAN 100 KISAH PALING MENARIK PADA 2017

Tuesday, December 19, 2017

QFPAY DAN UNITED BRANDS (UBPAY) MEMBENTUK USAHA SAMA UNTUK MENTAKRIFKAN SEMULA LANDSKAP PEMBAYARAN MUDAH ALIH MERENTASI UAE

BEIJING & DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- QFPay, syarikat penyelesaian data besar dan teknologi pembayaran mudah alih global yang terkemuka dari China, hari ini mengumumkan satu usaha sama dengan United Brands (UBPAY), sebuah Pembekal Perkhidmatan Pembayaran (PSP) yang berpangkalan di Dubai, untuk mentakrifkan semula landskap pembayaran mudah alih merentasi Emiriah Arab Bersatu dengan menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian pembayaran mudah alih yang dijamin selamat kepada peniaga tempatan yang mensasarkan peningkatan jumlah pelancong China dan Asia di rantau itu.

UB QF PAY adalah usaha sama pertama seumpamanya di UAE dan akan menawarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih kepada beberapa peruncit di Dubai pada Disember 2017.

Menurut Jabatan Pelancongan dan Pemasaran Perdagangan Dubai, China adalah satu daripada lima pasaran sumber yang utama untuk pelawat ke Dubai pada tahun 2017. Pada tahun 2017, bandar raya itu dijangka menarik lebih 740,000 tetamu dari China, peningkatan sebanyak 49% berbanding dengan tahun sebelumnya.

"Dengan peningkatan jumlah pelancong China dan Asia yang melawat bandar raya itu, Dubai adalah sebuah pasaran yang penting dan strategik untuk QFPay," kata Patrick Ngan, Pengasas Bersama dan Presiden bagi QFPay. "Kami amat berbesar hati untuk menubuhkan usaha sama ini dengan UBPAY yang mempunyai rangkaian rakan dan peniaga yang luas di UAE dan merentasi Timur Tengah. Kami berharap dapat menyediakan kepada peniaga di rantau itu dengan penyelesaian pembayaran mudah alih yang selamat dan boleh dipercayai.”

Ahmed Alrafi, Pengarah Urusan UBPAY, berkata, "Pembentukan usaha sama ini dengan QFPay merupakan satu kejayaan penting bagi kami untuk memanfaatkan peluang-peluang pembayaran mudah alih di rantau itu. Kami yakin bahawa perkongsian ini akan memberi manfaat kepada peruncit dan penyedia perkhidmatan dengan membenarkan mereka menerima pelbagai dompet daripada pelbagai pasaran dalam satu penyelesaian tunggal."

Maklumat mengenai QFPay

Beribu pejabat di Beijing, QFPay ditubuhkan pada tahun 2011 dan telah menjadi sebuah penyedia perkhidmatan pembayaran PCI-DSS Tahap 1 untuk tempoh lima tahun berturut-turut. QFPay mempunyai kehadiran perniagaan merentasi Asia dengan pejabat serantau di Bangkok, Dubai, Hong Kong, Kuala Lumpur dan Tokyo.

Maklumat mengenai UBPAY

Dengan beribu pejabat di Dubai, UBPAY (United Brands) adalah sebuah Pembekal Perkhidmatan Pembayaran (PSP) dan sebuah penyedia terkemuka bagi teknologi pembayaran kepada sebilangan besar pelanggan di UAE dan wilayah yang lebih luas.


Hubungi
QFPay
Erica Lam
erica@qfpay.com
atau
UBPAY
Kazim Kirmani
kazim@ubmea.com

Sumber: QFPay

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MELANCARKAN SIRI BAHARU BAGI HDD GENERASI AKAN DATANG 2.5 INCI PRESTASI PERUSAHAAN 10,500 RPM

Menawarkan kapasiti maksimum 2.4 terabait


TOKYO, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan pelancaran Siri AL15SE, penambahan terbaharu kepada barisan pemacu cakera keras (HDD) prestasi perusahaan bagi pelayan misi kritikal dan sistem storan. Penghantaran sampel bermula hari ini.

Siri AL15SE itu bagi pemacu 10,500RPM 2.5 inci[1]  mempunyai sebuah antara muka 12Gbit[2]  SAS. Sebuah model 4K natif (4Kn) dan model 512 emulasi (512e), yang kedua-duanya menampilkan Teknologi Sektor Format Termaju, boleh didapati dalam kapasiti 600 gigabait (GB[3]), 900GB, 1.2 terabait (TB), 1.8TB dan 2.4TB. Sebuah model 2.4TB menawarkan peningkatan kira-kira 33% dalam kapasiti maksimum dari pendahulunya 1.8TB di dalam Siri AL14SE itu. Pemacu itu juga menyampaikan peningkatan kira-kira 15%[4] dalam kadar data yang berterusan, yang menolaknya kepada 260MiB[5]. Peningkatan ini di dalam kapasiti dan kelajuan menyumbang kepada peningkatan kapasiti yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih baik di dalam sistem pelayan dan storan.

Model 512 natif (512n) itu yang dioptimumkan untuk aplikasi legasi dan persekitaran hipervisor boleh didapati di dalam kapasiti 300GB, 600GB, 900GB dan 1.2TB.

Pelanggan juga boleh memilih model yang menyokong Sanitasi Segera Padam (SIE), yang merealisasikan pembatalan pantas bagi data yang direkodkan pada cakera, sekali gus membolehkan untuk pelupusan dan penggunaan semula secara cekap.

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan HDD perusahaan yang lain.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/enterprise-hdd.html

[1] "2.5 inci" menerangkan mengenai faktor bentuk bagi HDD. Mereka tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu.
[2] Kelajuan membaca dan menulis mungkin berbeza bergantung kepada peranti hos, keadaan membaca dan menulis, dan saiz fail.
[3] Definisi bagi kapasiti: Kami mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti storan yang berkurangan. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft dan/ atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza.
[4] Perbandingan dengan kadar pemindahan AL14SE (4Kn dan 512e): 226 MiB
[5] Satu mebibait (MiB) bermaksud 220, atau 1,048,576 bait, dan satu gibibait (GiB) bermaksud 230, atau 1,073,741,824 bait.


* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini boleh jadi tanda niaga bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Produk:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Bahagian Produk Storan
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html


Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di  https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51731838&lang=en


Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGELUARKAN MOSFET KUASA SALURAN N 100V UNTUK APLIKASI PERINDUSTRIAN DENGAN RINTANGAN YANG PALING RENDAH DALAM KELASNYA DI DALAM INDUSTRI

Memperluaskan barisan siri MOSFET kuasa U-MOS IX-H bervoltan rendah

TOKYO, 18 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mula menghantar "TPH3R70APL" dan "TPN1200APL," penambahan 100V baharu kepada siri MOSFET kuasa U-MOS IX-H bervoltan rendah mereka. Peranti baharu itu sesuai untuk aplikasi pembekalan kuasa di dalam peralatan perindustrian.

Direka dengan proses trenc U-MOS IX-H bervoltan rendah yang terkini oleh syarikat itu, yang mengoptimumkan struktur elemen, TPH3R70APL dan TPN1200APL itu menyampaikan rintangan[1] yang paling rendah dalam kelasnya di dalam industri. Di samping itu, jika dibandingkan dengan peranti semasa yang menggunakan proses U-MOS VIII-H, peranti baharu itu mempunyai “RDS(ON) × Qoss” yang lebih rendah, caj output masa rintangan, dan “RDS(ON) × QSW”, caj suis get masa rintangan, angka-angka penting dalam merit bagi MOSFET untuk menukarkan aplikasi[2].

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10699

Friday, December 15, 2017

VANTIS MENJADI RAKAN PERTAMA DI HONG KONG UNTUK PERKHIDMATAN TERURUS NTT COMMUNICATIONS

Memperluaskan tapak kehadiran perkhidmatan terurus NTT Com merentasi Asia

TOKYO & HONG KONG, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), mengumumkan bahawa Vantis Consulting Group (Vantis) telah menjadi rakan pertama di Hong Kong untuk menyertai Program Rakan Perkhidmatan Terurus Global Management One (GMOne)mereka. Perkongsian itu mempercepatkan momentum NTT Com untuk memperluaskan perkhidmatan terurus GMOne merentasi seluruh Asia dan memberi kuasa kepada perusahaan untuk menikmati penyelesaian ICT akhir ke hujung daripada sebuah rakan tempatan yang dipercayai dengan kepakaran khusus di dalam aplikasi awan dan perniagaan.

Pengumuman itu dibina di atas perkongsian sedia ada di antara Vantis dan NTT Com untuk Tempat Pasaran Awan Perusahaan, yang dilancarkan pada tahun lepas. Dengan perjanjian baharu itu, Vantis akan menjual semula perkhidmatan terurus, awan dan penyelesaian hos GMOne milik NTT Com dan seterusnya mengintegrasikan dengan penawaran perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan ICT hibrid perusahaan yang berkembang.

"Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Vantis sebagai rakan pertama kami untuk GMOne di Hong Kong," kata Hirofumi Miyama, Naib Presiden Kanan bagi Perkhidmatan Terurus di NTT Com. "Dengan memanfaatkan rekod prestasi pelaksanaan mereka yang kukuh dan kepakaran tempatan bagi menggerakkan aplikasi perniagaan awan untuk perusahaan, terutamanya aplikasi SAP, kami akan dapat memperluaskan tapak kehadiran kami di Asia dan memastikan pelanggan akhir kami mendapat perkhidmatan yang tepat dan sokongan yang diperlukan mereka di dalam perjalanan migrasi awan mereka."

Perkhidmatan terurus GMOne telah direka bagi menjawab panggilan daripada perusahaan yang mencari untuk menguruskan persekitaran ICT hibrid dan yang semakin ternyahpusat. Firma penyelidikan Gartner1 meramalkan 90% organisasi akan menerima pakai pengurusan infrastruktur hibrid menjelang tahun 2020. Perusahaan juga semakin mencari perkhidmatan terurus berasakan awan dan berautomasi yang tangkas, cekap dan menjimatkan kos untuk meningkatkan daya saing mereka ketika mereka berubah secara digital. Di samping itu, paradigma IT yang baharu, seperti Internet untuk Segala-galanya (IoT), blockchain atau sebuah lejar digital dan kecerdasan buatan (AI), telah menjadikan keperluan ICT lebih kompleks.

Perkhidmatan terurus GMOne membolehkan perusahaan yang berpangkalan di Hong Kong untuk menikmati portfolio perkhidmatan sehenti dan lancar, yang memanfaatkan sumber global NTT Com bagi menguruskan keseluruhan ekosistem ICT hibrid, daripada infrastruktur, aplikasi perniagaan kepada penyumberan luar pintar.

"Kami amat berbangga untuk menjadi rakan pertama di Hong Kong bagi perkhidmatan terurus GMOne milik NTT Com. Perkongsian itu menepati objektif perniagaan kami dan membantu kami untuk memenuhi keperluan ICT oleh kumpulan pelanggan kami yang semakin berkembang. Ia pasti akan membantu kami untuk membina hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan kami yang sedia ada ketika mereka mengubah perniagaan mereka menjadi lebih digital dan menggunakan kemajuan teknologi baharu," kata Dr. Rocky Lam, Ketua Pegawai Eksekutif, Vantis.

1 Gartner, Siaran Media, 5 April 2017 "Gartner berkata satu Anjakan Besar-besaran kepada Perkhidmatan Infrastruktur Hibrid Sedang Dijalankan" https://www.gartner.com/newsroom/id/3666917

Maklumat mengenai NTT Communications

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi kebanyakan perusahaan global. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat 1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.

Sila layari www.ntt.com.hk | www.hknet.com | www.facebook.com/nttca | http://www.linkedin.com/company/ntt-com-asia-limited untuk maklumat lanjut.  

Maklumat mengenai Vantis Consulting Group   

Sebagai sebuah firma perundingan perniagaan, strategi dan teknologi yang terkemuka di Rantau Asia Pasifik, mengenali awal berhubung impak yang signifikan yang akan diterima oleh pengkomputeran awan berhubung bagaimana perniagaan, melaksanakan dan mengurus pelaburan IT.  Vantis Consulting Group adalah sebuah syarikat perunding yang mantap yang menyediakan penyelesaian perniagaan akhir ke hujung dan perkhidmatan Latihan di seluruh Hong Kong, Macau, China, Taiwan dan Rantau Asia Pasifik. Untuk membantu pelanggan mempertajamkan kelebihan daya saing mereka dengan menawarkan perkhidmatan pelaksanaan yang komprehensif bagi penyelesaian perniagaan utama pasaran. Sila layari www.vantissol.com | www.facebook.com/VantisGroup/ | www.linkedin.com/company/vantis-consulting-group untuk maklumat lanjut.

Hubungi
Untuk maklumat lanjut
NTT Communications
Aga Szczesniak
gmone_partners@ntt.com
atau
NTT Com Asia Ltd
Elaine Ng / Priscilla Kwok
+852 3793 0228 / +852 3793 0937
elaine.ng@ntt.com.hk / priscilla.kwok@ntt.com.hk

Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171214006519/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

DTLR MEMILIH SHOPPERTRAK TRAFFIC INSIGHTS UNTUK MENGOPTIMUMKAN PRESTASI KEDAI

Peruncit barangan gaya hidup menggunakan ShopperTrak untuk memahami metrik utama dan maklumat pelanggan dengan lebih baik

CHICAGO, 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tyco Retail Solutions hari ini mengumumkan bahawa DTLR Inc., peruncit barangan gaya hidup A.S., telah memilih penyelesaian analitis trafik dalam kedai ShopperTrak miliknya untuk memberikan maklumat pembeli merentas kesemua 107 buah kedai di 12 buah negeri dan Washington D.C.

Selepas percubaan yang berjaya, DTLR mengerahkan penyelesaian analitis perimeter ShopperTrak dan khidmat nasihat berkaitan untuk menekankan kepentingan trafik pembeli, penukaran dan metrik utama merentas organisasi tersebut. Perkhidmatan khidmat nasihat ShopperTrak termasuk pembahagian kedai, pengelompokan rakan sebaya, penetapan matlamat dan latihan tahap lapangan untuk membantu memahami trafik pembeli dengan lebih baik dan cara untuk memanfaatkan maklumat data baru tersebut.

“Kami mencari vendor yang boleh menawarkan perspektif terhadap aktiviti operasi kami dan memberikan cara yang nyata untuk mengoptimumkan prestasi dalam kedai,” ujar Frank Long, naib presiden operasi kedai di DTLR Inc. “Penyelesaian ShopperTrak milik Tyco Retail Solutions mengatasi yang lain kerana ia bukan sahaja membantu peruncit memahami trafik, tetapi pasukan khidmat nasihat juga berurusan langsung dengan rakan sekerja lapangan dan pimpinan kedai untuk meningkatkan kepintaran operasi peruncitan. Pendekatan tersuai dengan DTLR ini telah mencipta belian seluruh organisasi untuk data dan telah meningkatkan prestasi kedai.”

Pasukan khidmat nasihat Traffic Insight bagi ShopperTrak mengenalpasti peluang dan membuat pengesyoran berdasarkan tahap kedai untuk DTLR, dengan kad markah berasingan dan penglibatan satu-ke-satu dengan pengurus daerah. Hasilnya, pengurus kedai DTLR berpengetahuan tinggi dan diberikan kuasa untuk melaraskan strategi, memberikan latihan berasaskan prestasi dan akhirnya, untuk meningkatkan metrik utama.

“DTLR merupakan rangkaian yang berkembang cepat dengan model perniagaan yang mantap, serta pasukan ShopperTrak teruja untuk membantu mereka mencapai tahap seterusnya dalam operasi mereka,” ujar Bill McCarthy, pengurus besar ShopperTrak Americas. “Peruncit fizikal telah meningkatkan manfaat teknologi untuk mengemukakan kelakuan pengguna yang berubah-ubah dan pilihan yang berkembang. Kami berbangga untuk menyediakan maklumat disengaja kepada kepada jenama yang berfikiran ke hadapan seperti DTLR, yang membolehkan mereka untuk berubah bukan sekadar mengikut perkembangan semasa, tetapi juga dasar mereka.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Tyco Retail Solutions dan ShopperTrak Traffic Insights, sila lawati: www.shoppertrak.com.

Perihal Johnson Controls
Johnson Controls merupakan peneraju teknologi kepelbagaian dan industri berbilang yang berkhidmat kepada para pelanggan di lebih daripada 150 buah negara. Pekerja kami seramai 120,000 mencipta bangunan pintar, penyelesaian tenaga yang berkesan, infrastruktur bersepadu dan sistem pengangkutan generasi mendatang yang bekerjasama dengan lancar untuk mengotakan janji bandar dan komuniti pintar. Komitmen kami ke arah kemampanan bermula sejak tahun 1885, dengan penciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Kami komited dalam membantu pelanggan kami berjaya dan mencipta nilai yang lebih tinggi untuk semua pemegang amanah kami melalui fokus strategik kami dalam bangunan dan platform pertumbuhan tenaga kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti Twitter kami di @johnsoncontrols.

Perihal Tyco Retail Solutions
Tyco Retail Solutions, sebahagian daripada Johnson Controls, merupakan peneraju pembekal Loss Prevention, Inventory Intelligence dan Traffic Insights berdasarkan analitis untuk industri peruncitan. Penyelesaian kami memberikan bayangan masa nyata dan analitis ramalan untuk membantu para peruncit memaksimumkan hasil perniagaan dan meningkatkan pengalaman pelanggan dalam dunia beli belah pacuan digital ini. Peranti perolehan data kami yang lebih daripada 1.5 juta dalam ruang pasaran peruncitan merekod 40 bilion lawatan para pembeli serta menjejak dan melindungi berbilion item setiap tahun. Portfolio peruncitan kami menampilkan Sensormatic® yang terunggul, ShopperTrak® dan jenama TrueVUE™, serta suit penuh penyelesaian teknologi bangunan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati TycoRetailSolutions.com, atau ikuti kami di LinkedInTwitter, serta saluran YouTube channel kami.

Perihal DTLR
DTLR Inc. merupakan peruncit barangan gaya hidup yang merangkumi kasut, pakaian dan aksesori berinspirasikan jalanan yang pantas berkembang. Kedai kami menawarkan pengalaman beli belah yang berbeza dan bertenaga, serta direka untuk kelihatan dan menyerupai kedai khusus yang bebas dan diurus setempat. Kami percaya bahawa kami dalam kedudukan yang unik oleh kerana kepelbagaian barangan kami yang sentiasa berkembang, pilihan meluas jenama yang diingini, pembantu jualan yang bertenaga, suasana peruncitan yang diinspirasikan oleh muzik dan hubungan yang teguh dengan komuniti setempat dimana kami beroperasi. Model perniagaan kami yang berbeza dan budaya berpusatkan komuniti menguatkan lagi imej jenama asli kami dan meletakkan kami sebagai destinasi peruncit terkemuka bagi kasut, pakaian dan aksesori bergaya jalanan. Hasilnya, kami percaya bahawa jenama DTLR, yang digambarkan oleh moto kami yang telah ditanda dagangkan “Your Fashion…Your Lifestyle!” telah diketahui umum dan menjana kesetiaan dan keutamaan antara pelanggan utama kami. Kami kini beroperasi di 107 kedai di 12 negeri dan Washington D.C. Kami juga menjual produk menerusi tapak web e-dagang kami, DTLR.com.

PENERAJU KUNCI PINTAR GLOBAL ASSA ABLOY MENYERTAI LEMBAGA PENGARAH Z-WAVE ALLIANCE

ASSA ABLOY menggalas peranan pemimpin dalam Alliance untuk membantu penerimaan Z-Wave dan untuk menyokong jualan global Kunci Pintu Pintar Z-Wave


FREMONT, Calif., 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Z-Wave Alliance, sebuah konsortium terbuka untuk syarikat peneraju global yang membekalkan standard rumah pintar Z-Wave mengumumkan pada hari ini tentang penyertaan ASSA ABLOY dalam Lembaga Pengarah Alliance. Pemilik jenama kunci yang terkemuka dan dipercayai seperti Yale, Mul-T-Lock dan ABLOY, ASSA ABLOY menyertai ahli utama seperti ADT, Alarm.com, FIBARO, Huawei, Ingersoll-Rand, Jasco Products, LEEDARSON, LG Uplus, Nortek Security & Control, SmartThings dan Sigma Designs.

“ASSA ABLOY sudah pun menjadi peneraju dalam industri kunci pintar dan sedang mengambil langkah untuk menjadi daya global dalam keselamatan pintar dan kawalan akses terhubung,” ujar Mitchell Klein, Pengarah Eksekutif Z-Wave Alliance,“Seluruh Alliance akan memperoleh manfaat daripada sumbangan ASSA ABLOY kepada Lembaga Pengarah dan kepimpinan pada masa hadapan.”

Kumpulan ASSA ABLOY merupakan peneraju global dalam penyelesaian buka pintu dan menghasilkan pelbagai produk untuk pasaran komersial dan pelanggan. Kumpulan tersebut mempunyai produk buka pintu lengkap, penyelesaian dan perkhidmatan untuk pasaran institusi, komersial dan pelanggan serta kedudukan peneraju sedunia dalam bahagian kunci pintu pintar. Kini menawarkan kunci pintu pintar didayakan Z-Wave, ASSA ABLOY mencuri perhatian baru-baru ini dengan pemerolehan August Home, satu lagi ahli Alliance dan pengilang bagi penyelesaian kunci pintar Z-Wave.

“Kami menyokong Z-Wave dengan mantap menerusi kunci pintar Yale kami dan bercadang untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai pembuat keputusan dalam Z-Wave Alliance yang semakin berkembang,” kata Kevin Kraus, Pengarah Sokongan Teknologi dan Integrasi untuk Kediaman Yale di ASSA ABLOY Americas. “Sebagai ahli Lembaga, kami mahu membantu membangunkan keperluan produk Z-Wave global dengan mengembangkan tawaran kunci pintar kami di pelbagai kawasan di seluruh dunia.”

Sebagai ahli utama, ASSA ABLOY akan menyertai pembangunan keperluan produk Z-Wave global dan mempromosikan kunci pintar digital didayakan Z-Wave di seluruh dunia.

Z-Wave Alliance mempunyai lebih daripada 600 syarikat ahli di seantero dunia dan lebih daripada 2100 rumah pintar dan peranti IoT yang diperakui. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Z-Wave Alliance, sila lawati http://z-wavealliance.org. Ikuti Z-Wave Alliance di Facebook, Twitter dan di LinkedIn untuk maklumat terkini.

Perihal Z-Wave

Teknologi Z-Wave® adalah piawaian ITU terbuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (G.9959). Ia merupakan teknologi kawalan rumah wayarles yang terkemuka dalam pasaran hari ini, dengan lebih daripada 2100 produk sah yang boleh saling beroperasi di seluruh dunia. Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 600 buah syarikat di seluruh dunia, piawaian ini merupakan penyumbang utama bagi penyelesaian kehidupan pintar untuk aplikasi bidang keselamatan rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan komersial ringan.

Z-Wave® ialah tanda dagangan berdaftar Sigma Designs (NASDAQ SIGM) dan anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara lain.

Perihal Z-Wave Alliance

Ditubuhkan pada bulan Januari 2005, Z-Wave Alliance merupakan konsortium bagi syarikat terkemuka dalam ruang teknologi rumah yang dikhususkan bagi usaha menjayakan Z-Wave sebagai piawaian bagi produk kawalan rumah wayarles. Ahli utamanya termasuk: ADT, Alarm.com, ASSA ABLOY, FIBARO, Huawei, Ingersoll Rand Nexia Intelligence, Jasco Products, Leedarson, LG Uplus, Nortek Security & Control, SmartThings dan Sigma Designs. Ahli Perikatan ini menerajui pasaran kawalan rumah, menyediakan produk dan sistem yang tercanggih yang menyampaikan keselesaan, kemudahan, pemulihan tenaga, keselamatan dan keterjaminan yang dipertingkatkan.

Perihal ASSA ABLOY

ASSA ABLOY merupakan peneraju global untuk penyelesaian buka pintu yang mengkhusus dalam memenuhi keperluan keselamatan dan keselesaan pengguna akhir. Sejak penubuhannya pada tahun 1994, ASSA ABLOY telah berkembang daripada sebuah syarikat serantau menjadi kumpulan antarabangsa dengan kira-kira 47,000 orang pekerja, dengan operasi di lebih 70 buah negara dan jualan bagi SEK 71 bilion. Dalam segmen keselamatan elektromekanik yang pesat membangun, Kumpulan tersebut memegang kedudukan peneraju dalam bidang seperti kawalan akses, teknologi pengecaman, pengautomasian kemasukan dan keselamatan hotel.

Pernyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan dalam lingkungan makna bagi Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk pernyataan tentang manfaat keahlian Z-Wave Alliance, manfaat penggunaan Z-Wave dalam tawaran produk, termasuk manfaat ciri tertentu peranti Z-Wave yang dipertingkat. Hasil sebenar mungkin berbeza dengan ketara kerana beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerimaan Z-Wave Alliance oleh pengguna dan pelanggan (termasuk manfaat keahliannya), dan teknologi Z-Wave di rantau yang berkaitan, keupayaan Z-Wave Alliance untuk bersaing dengan perikatan yang serupa dalam industri dan berkenaan teknologi Z-Wave untuk bersaing dengan teknologi atau produk lain yang berkaitan di pasaran, jika ada, serta risiko lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan kami kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk laporan yang dibuat pada Borang 10-Q. Pembaca dinasihatkan agar tidak meletakkan kepercayaan yang tidak wajar pada pernyataan masa hadapan ini, yang hanya setakat tarikh yang dinyatakan di sini. Kami tidak memikul apa-apa tanggungjawab untuk menyiarkan kepada umum atau dengan cara lain mendedahkan hasil apa-apa semakan kepada pernyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat kerana peristiwa atau keadaan selepas tarikh tersebut atau untuk mencerminkan peristiwa yang tidak dijangka.

Hubungan Akhbar:
Caster Communications, Inc. Di 401.792.7080
Ashley Daigneault ashley@castercomm.com
Untuk gambar digital, daftar masuk ke www.castercomm.com

SUMBER : Z-Wave Alliance

Thursday, December 14, 2017

HAINAN TERIMA REKOD SATU JUTA KUNJUNGAN KE DALAM NEGARA PADA TAHUN 2017

HAIKOU, China, 14 Dis, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 6 Disember, kunjungan ke dalam negara yang diterima oleh Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan melampaui 1 juta ketika Penerbangan UT725 (Moscow - Sanya) mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix.

Menurut Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan, Wilayah Hainan telah menerima 53,448,000 kunjungan antara Januari dan Oktober tahun ini, dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 12.4%. Ia mencapai jumlah pendapatan pelancongan sebanyak RMB 63.76 bilion, dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 25.4%. Kunjungan ke dalam negara adalah 887,700, peningkatan sebanyak 57.1% berdasarkan pada tahun sebelumnya. Perolehan tukaran asing daripada pelancongan adalah USD 551,626,000, meningkat sebanyak 128.8% tahun ke tahun. Menjelang Disember 2017, kunjungan ke dalam negara bagi Hainan telah melebihi satu juta, sekali gus mencapai matlamat "memperolehi 1 juta kunjungan ke dalam negara menjelang tahun 2020" tiga tahun lebih awal.

Jawatankuasa Wilayah CPC Hainan dan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan telah memberikan kepentingan yang tinggi untuk mengantarabangsakan pelancongan di Hainan, memajukan pengantarabangsaan pasaran pelancongan Hainan, menghasilkan Pelan Pelaksanaan bagi Pelancongan Mengantarabangsakan Wilayah Hainan dan Mengembangkan Pelancongan ke Dalam Negara dan melaksanakan langkah-langkah sokongan untuk memperluaskan pasaran pelancongan ke dalam negara dan dasar subsidi kewangan bagi perkhidmatan penumpang udara awam, dalam usaha untuk merangsangkan semangat dan keyakinan syarikat-syarikat pelancongan wilayah untuk membangunkan pasaran pelancongan ke dalam negara. Pada masa ini, Hainan telah membuka 56 penerbangan terus antarabangsa ke Hainan untuk memastikan pertumbuhan mapan bagi kunjungan ke dalam negara. Di samping itu, Hainan akan mengembangkan dengan cergas laluan udara di luar negara dan membina sebuah hab penerbangan dengan matlamat untuk "membuka 100 laluan udara di luar negara menjelang tahun 2020". Ia akan membangun dan mengantarabangsakan pelancongan ke dalam negara dengan menaik taraf "dasar-dasar bebas visa, saluran udara, jualan dan perkhidmatan" agar dapat menjadikan perkhidmatan pelancongan bagi Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan lebih bersifat antarabangsa dan mempercepatkan pembinaan sebuah pulau resort rekreasi yang bertaraf dunia.

Sumber: Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Hainan

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENAMBAHKAN IC AMPLIFIER KUASA YANG MENGGUNA PAKAI MOS TULEN UNTUK AUDIO KERETA

TOKYO, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation telah menambahkan "TCB001FNG", sebuah produk peletakan permukaan yang baharu, kepada barisan IC kuasa 4 saluran mereka. Berdasarkan kepada pencapaian IC untuk audio kereta yang dijamin selama bertahun-tahun, IC kuasa yang baru itu dikonfigurasikan dengan sebuah proses MOS pelengkap tulen. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.

Seperti produk semasa[1], IC baharu itu menggunakan teknologi penapisan asal Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation untuk mengesan dan menyekat bunyi frekuensi tinggi daripada sumber yang pelbagai seperti telefon bimbit dan cermin pintu elektrik.

Pakej itu adalah sebuah HSSOP jenis rata, yang membolehkan peletakan permukaan. Dalam produk IC audio kereta yang konvensional, sebuah pakej jenis pemasukan plumbum HZIP digunakan secara meluas. Walau bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan penggalakan pakej jenis peletakan permukaan, terutamanya di dalam pasaran bagi produk-produk tulen. Penggunaan pakej peletakan permukaan, dengan kedudukannya yang selamat dengan pematerian balikan, meningkatkan kebolehpercayaan sistem dan prestasi audio kereta itu.
Spesifikasi utama bagi produk baharu
Nombor BahagianTCB001FNG
Output maksimum45Wx4ch (VDD=15.2V,RL=4Ω, Kuasa Maksimum)
Voltan bekalan6V hingga 18V
Voltan imbangi output 90mV
Voltan bunyi output 55µV (BW=DIN_AUDIO)
Fungsi persisian dalaman•Kualiti bunyi yang tinggi, herotan rendah
•Fungsi terbina dalam senyap dan suis bersedia, pengesanan offset, dan pengesanan pendek
•operasi 6V
(keupayaan pengurangan enjin melahu)
•Litar perlindungan terbina dalam (penutupan terma, lebihan voltan, singkat ke Vcc, singkat ke GND, dan singkat output ke output)
PakejP-HSSOP36-1116-0.65-001
Harga500 yen(termasuk cukai)


Nota:
[1] TCB001HQ

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TCB001FNG®ion=jp&lang=ja

Pertanyaan pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur dan Pemasaran
Jualan dan Pemasaran Kumpulan I
Tel: +81-44-548-2826
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171213006280/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

TYCO RETAIL SOLUTIONS MEMENANGI GREEN SUPPLY CHAIN AWARD 2017 DARIPADA SUPPLY & DEMAND CHAIN EXECUTIVE





Pelanggan runcit Tyco, Piazza Italia menyokong inisiatif kemampanan menerusi program edaran semula tag keras yang inovatif 


NEUHAUSEN, Switzerland , 13 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tyco Retail Solutions, sebahagian daripada Johnson Controls, telah diiktiraf untuk komitmennya dalam mempromosi dan menyokong inisiatif mapan para peruncit untuk tahun kedua berturut-turut. Syarikat tersebut merupakan penerima Green Supply Chain Award 2017 Supply & Demand Chain Executive, anugerah kecemerlangan yang membezakan penyedia penyelesaian dan perkhidmatan rantai bekalan yang membantu pelanggan mereka dalam mencapai matlamat kemampanan yang boleh diukur. Anugerah 2017 Tyco merupakan penghormatan sebagai peneraju inisiatif hijau industri dengan pelanggan runcitnya, termasuk Piazza Italia.

Sebagai peneraju terkemuka dalam fesyen, Piazza Italia bertekad untuk memberikan gaya paling terkini kepada para pembeli sementara mengekalkan komitmennya kepada kemampanan. Pada 2013, peruncit tersebut melancarkan program pengetagan sumber dengan tag keras Sensormatic Acousto-Magnetic (AM) Electronic Article Surveillance (EAS) memberikan manfaat nyata dengan menggabungkan pencegahan kecurian visual dengan pengetagan sumber titik pembuatan. Peruncit tersebut kini telah bertukar daripada tag kegunaan tunggal ke tag keras edaran semula, memberikan alternatif mesra alam tag pakai buang daripada sudut pandangan alam sekitar dan operasi perniagaan.

Inisiatif edaran semula dan pengetagan sumber Tyco memberikan manfaat penjimatan hijau dan perniagaan dalam bentuk pengitaran semula dan menerima barang “siap untuk dijual”. Tag diedar, disahkan dan digunakan semula menerusi proses rantai bekalan yang berkesan yang mengedarkan tag di serata dunia pada kos yang rendah, melalui pusat edaran semula yang terletak secara strategik dan berkesan, serta menawarkan peruncit seperti Piazza Italia insentif beli balik untuk mengurangkan kos pemilikan dan memberikan penjimatan yang ketara. Edaran semula tag keras memberikan Piazza Italia penjimatan dengan menyingkirkan proses meletakkan tag pada kedai secara manual, meningkatkan pematuhan pengetagan, mengurangkan pengecutan dan mengurangkan masa kedai jualan.

“Kami percaya bahawa tanggungjawab terhadap alam sekitar bukan sekadar perniagaan yang bagus tetapi juga tanggungjawab sosial. Hari ini, kemampanan adalah fokus utama untuk pelanggan runcit kami seperti Piazza Italia di mana kedai bukan sekadar memberikan perkhidmatan dan keselamatan berkualiti tinggi, tetapi juga untuk menggunakan kaedah yang mesra alam yang berkesan,” ujar Tony D’Onofrio, ketua pegawai pelanggan, Tyco Retail Solutions.

Program edaran semula pengetagan pakaian Sensormatic, yang pertama untuknya, menggunakan semula lebih daripada satu bilion tag pada 2015 dan telah menggunakan semula hampir tujuh bilion semenjak program dimulakan pada 2010, dengan penjimatan hampir 35 juta paun plastik sementara mengurangkan sisa dan kos untuk pelanggan. Hari ini, lebih daripada separuh label jenama Sensormatic digunakan oleh pembuat produk atau syarikat pembungkusan, berbanding di dalam kedai. Program merangkumi penggunaan sumber label pakai buang EAS, serta tag keras AM EAS dan RFID yang boleh digunakan semula. Dengan lebih daripada lima bilion item pakaian ditag hingga kini, pengetagan sumber merupakan program yang dipercayai untuk peruncit di serata dunia sebagai langkah untuk terus bersaing dan mesra alam dalam persekitaran runcit hari ini.

Tahun lepas, kemudahan pembuatan syarikat tersebut di Mexico menerima pengiktirafan sebagai pemenang S&DCE Green Award 2016 bagi usahanya untuk memulihara sumber melalui pembangunan sistem pengurusan tenaga, serta di peringkat nasional dengan Environmental Award 2015 daripada National Council of the Maquiladora dan Export Manufacturing Industry of Mexico. Kemudahan yang sama juga menerima pensijilan ISO 50001:2011 tahun lepas.

Perihal Johnson Controls
Johnson Controls merupakan peneraju teknologi kepelbagaian dan industri berbilang yang berkhidmat kepada para pelanggan di lebih daripada 150 buah negara. Pekerja kami seramai 120,000 mencipta bangunan pintar, penyelesaian tenaga yang berkesan, infrastruktur bersepadu dan sistem pengangkutan generasi mendatang yang bekerjasama dengan lancar untuk mengotakan janji bandar dan komuniti pintar. Komitmen kami ke arah kemampanan bermula sejak tahun 1885, dengan penciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Kami komited dalam membantu pelanggan kami berjaya dan mencipta nilai yang lebih tinggi untuk semua pemegang amanah kami melalui fokus strategik kami dalam bangunan dan platform pertumbuhan tenaga kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti Twitter kami di @johnsoncontrols.

Perihal Tyco Retail Solutions
Tyco Retail Solutions, sebahagian daripada Johnson Controls, merupakan peneraju pembekal Loss Prevention, Inventory Intelligence dan Traffic Insights berdasarkan analitis untuk industri peruncitan. Penyelesaian kami memberikan bayangan masa nyata dan analitis ramalan untuk membantu para peruncit memaksimumkan hasil perniagaan dan meningkatkan pengalaman pelanggan dalam dunia beli belah pacuan digital ini. Peranti perolehan data kami yang lebih daripada 1.5 juta dalam ruang pasaran peruncitan merekod 40 bilion lawatan para pembeli serta menjejak dan melindungi berbilion item setiap tahun. Portfolio peruncitan kami menampilkan Sensormatic® yang terunggul, ShopperTrak® dan jenama TrueVUE™, serta suit penuh penyelesaian teknologi bangunan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati TycoRetailSolutions.com, atau ikuti kami di LinkedInTwitter, serta saluran YouTube channel kami.

​TERADYNE MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN PERKHIDMATAN UJIAN RF BARU DI SIGURD

​TERADYNE MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN PERKHIDMATAN UJIAN RF BARU DI SIGURD

KUIS ANJUR ICONLEE2017, SELESAI PERMASALAHAN UNDANG-UNDANG, EKONOMI DAN PENDIDIKAN

SHAH ALAM, 13 Dis (Bernama) – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) hari ini menganjurkan Persidangan Undang-undang, Ekonomi dan Pendidikan Antarabangsa kali ke-2/2017 (ICONLEE2017) bertujuan mencari solusi secara ilmiah dalam pelbagai permasalahan mencakupi ketiga-tiga aspek berkenaan.

Bertemakan ‘Ke Arah Menggalakkan Pembangunan Mapan Melalui Pengukuhan Peranan Kerjasama Antarabangsa Asean’, sebanyak 65 kertas kerja dibentangkan oleh 65 wakil dari pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa.

Persidangan selama dua hari bermula di sini hari ini yang dikelolakan oleh Fakulti Syariah Undang-undang, Fakulti Pendidikan serta Fakulti Pengurusan dan Muamalah, KUIS dengan kerjasama Universitas Muhammadiyah, Metro Lampung, Indonesia itu dihadiri hampir seratus peserta dari institusi terlibat.

Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan KUIS, Dr Mokmin Basri berkata objektif persidangan  berkenaan antara lain untuk mengumpul para ahli akademik, pembuat dasar dan cendekiawan dari negara serantau bagi berbincang serta mengupas idea-idea baharu dalam menangani isu berkaitan undang-undang, pendidikan dan ekonomi semasa.

“Pembentangan kertas kerja dan perkongsian idea serta solusi berkaitan isu-isu yang timbul juga secara tidak langsung membantu memperkasa ketiga-tiga bidang tersebut seterusnya dapat membangunkan ummah tidak kira peringkat nasional dan antarabangsa.

“Malah, persidangan yang masuk kali kedua penganjurannya selepas di Indonesia tahun lepas, diharap dapat menjadi platform kepada semua peserta untuk terus membuka ruang dan peluang dalam  mengembangkan agama Islam,” katanya dalam ucapan aluan pembukaan persidangan itu.

Perasmian ICONLEE2017 disempurnakan oleh Senator Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty, sebagai mewakili Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada majlis itu juga, tiga daripada 65 kertas kerja telah dipilih sebagai kertas kerja terbaik iaitu bagi  kategori Pendidikan, dimenangi oleh Naquiah Nahar dari Universiti Teknologi Malaysia dengan kupasan tajuk ‘Kompetensi Guru Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Jawi di Sekolah Rendah’.

Manakala kertas kerja terbaik kategori Undang-undang pula adalah milik Mohd Kamarul Khaidzir Saadan Mohamad, Sabri Haron dan Mohd Rofaizal Ibrahim dari KUIS dengan tajuk ‘Hukum Transasksi Harta Orang Hilang Mengikut Perundangan Islam’.

Bagi kategori ekonomi pula, kupasan ‘Issues in Corporate and Syariah Governance Practice in Islamic Financial Instituition: What went wrong?’ oleh Surianom Miskan dari KUIS dipilih sebagai kertas kerja terbaik.

Pemilihan dan penilaian kertas kerja itu dibuat oleh Panel Penilai Kertas Kerja Terbaik KUIS.



-- BERNAMA