Saturday, August 29, 2020

PULSE SECURE NAC EXTENDS ZERO TRUST NETWORK ASSURANCE AS USERS, ENDPOINTS AND IOT DEVICES RETURN TO A HYBRID WORKPLACE

Pulse Policy Secure baharu menyampaikan pematuhan berterusan dengan kebolehlihatan, kawalan, pemulihan dan respons ancaman bagi titik akhir dan IoT yang dipertingkat

SAN JOSE, Calif., 28 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
Pulse Secure hari ini mengumumkan ciri baharu pada penyelesaian Network Access Control (NAC), Pulse Policy Secure (PPS), yang mempertingkatkan kebolehlihatan, pematuhan, pemulihan dan respons ancaman bagi peranti titik akhir dan IoT dengan semakin banyak organisasi melaksanakan fleksibiliti kerja jarak jauh secara meluas dengan pekerja dan peranti yang sedang kembali ke tempat kerja hibrid mereka.

Tersedia secara berasingan atau sebagai sebahagian daripada Pulse Access Suite Plus, Pulse Policy Secure (PPS) ialah penyelesaian NAC taraf perusahaan yang mudah dilaksanakan, diurus dan diskalakan. Keluaran kemas kini tersebut merangkumi lebih daripada 30 ciri dan peningkatan baharu seperti sokongan untuk pengesanan dan respons titik akhir (EDR) tambahan dan vendor IoT / OT termasuk McAfee dan Nozomi.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13705

Friday, August 28, 2020

KERAJAAN MALAYSIA MENJADIKAN TRANSFORMASI DIGITAL SEBAGAI KEUTAMAAN DALAM MENAIK TARAF SERVIS PENYAMPAIAN AWAM

 Solusi bersama daripada Rakyat untuk memacu pendigitalan servis penyampaian kerajaan dalam menangani perubahan situasi operasi pasca pandemik COVID-19

 
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Malaysia akan terus memacu pendigitalan servis penyampaian kerajaan dalam menangani situasi ‘norma baharu’ akibat pandemik COVID-19. Inisiatif yang diumumkan pada 5 Jun 2020 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA), didorong oleh servis penyampaian yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi menangani krisis kesihatan global semasa, PENJANA telah melancarkan beberapa inisiatif untuk merangsang semula aktiviti ekonomi dan menjana pemulihan ekonomi. Salah satu inisiatif baharu yang penting ialah MYHackathon, sebuah projek dengan matlamat segera untuk menaik taraf dengan lebih lanjut servis penyampaian terpilih kerajaan yang terkesan akibat pandemik.

MYHackathon ialah inisiatif pelbagai agensi yang mengujakan, diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan (MOF), serta dikelolakan oleh pasukan gerak kerja diketuai oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dengan sokongan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan UniMAKER. Konsep MYHackathon adalah berdasarkan objektif untuk memastikan keselamatan orang awam dan cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan servis penyampaian kerajaan secara bersemuka. Melalui solusi bersama dan pertukaran idea, MYHackathon secara inklusifnya akan merangsang pembangunan bakat, mencipta peluang dan memperkasakan kehidupan Rakyat. Dengan objektif ini, MYHackathon ialah hasil daripada respon kerajaan terhadap pandemik, serta cabaran ekonomi yang terhasil daripadanya.

Menurut YB Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI, pandemik COVID-19 telah menunjukkan cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya kepada industri, perdagangan, dan komuniti secara menyeluruh.

“Sementara kita terus membudayakan dan beradaptasi dengan norma baharu, adalah penting untuk semua, termasuk Kerajaan, industri, dan individu untuk bekerja seiring bagi mengatasi cabaran-cabaran ini dan bangkit dengan lebih kuat sebagai sebuah negara. Inilah peluang di mana solusi digital dan pemain teknologi berperanan penting memandangkan kita kini menuju ke arah pemulihan ekonomi dan meningkatkan tahap efisien. Dengan matlamat ini, kita telah mengenal pasti lingkungan pernyataan masalah dalam kerajaan yang memerlukan solusi yang konkrit dan implementasi yang pantas. Sasaran ini tentunya menjadikan hidup rakyat Malaysia lebih baik. Kami bersedia untuk mendengar apa yang anda boleh utarakan!”

Walau pun terdapat perkembangan terkini yang signifikan dalam tahap efisien servis awam, MYHackathon akan membantu memacu usaha awal yang dibuat ke arah pendigitalan badan awam untuk memenuhi cabaran norma baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Rafiza Ghazali menyatakan bahawa pendigitalan adalah kritikal untuk pembangunan ekonomi dan sosial. Menerusi pendigitalan, pihak Kerajaan dapat menyediakan servis untuk mengatasi ramalan perubahan oleh orang awam dan perniagaan, terutamanya pada masa belanjawan yang ketat dan meningkatnya cabaran yang rumit.

“MYHackathon menyasarkan untuk menjadi salah satu pemangkin utama dalam revolusi digital untuk negara. Kami mahu hackathon ini memacu pemikiran dan kreativiti, sekaligus mencipta persekitaran positif yang akan mengimplementasikan penggunaan teknologi dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kebajikan awam, penjagaan kesihatan dan logistik. Pendigitalan sepatutnya tidak boleh ditangguhkan kerana situasi semasa yang kita hadapi; sebaliknya ia perlu dipercepatkan. Kita perlu mempercepatkan pendigitalan dengan lebih mendalam untuk memperkemas dan menjadikan proses tersebut automatik, menghubungkan bahagian berlainan dalam kerajaan dengan efisien dan mengurangkan beban masyarakat dan perniagaan untuk mencapai akses servis awam. Secara kritikalnya, kita perlu menggunakan inovasi teknologi ke arah penyampaian servis awam yang berkesan supaya dapat meningkatkan lagi kadar pemulihan ekonomi negara,”

MYHackathon akan dianjurkan menerusi 2 laluan; SPRINT dan MARATHON, dan bakal diadakan di 6 lokasi seluruh Malaysia. Laluan Idea SPRINT akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan mendaftar sebagai individu berpasukan yang terdiri daripada dua hingga lima orang. Laluan MARATHON pula akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam sebuah pasukan yang terdiri daripada dua hingga lima tahun, serta syarikat pemula yang layak. Walau bagaimanapun, laluan MARATHON adalah untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat atau pertubuhan, menerusi anugerah geran.

Hadiah untuk kategori SPRINT merangkumi wang tunai (sehingga RM 10,000) dan hadiah menarik, manakala hadiah untuk kategori MARATHON pula merangkumi geran bersyarat kerajaan berjumlah RM 250,000 daripada Cradle untuk digunakan dalam pembangunan prototaip solusi yang bakal disampaikan.

Tiga pemenang utama daripada setiap pusingan juga akan bersaing untuk pusingan akhir (‘Battle of the Best”) untuk peruntukan pembiayaan tambahan.

Pendaftaran MYHackathon akan dibuka pada 12 September 2020. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang: www.myhackathon.com.my atau emel kepada : hello@myhackathon.com.my

TENTANG CRADLE FUND SDN BHD (CRADLE)

Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) ialah peneraju berpengaruh paling awal di Malaysia untuk syarikat pemula berasaskan teknologi peringkat awal. Misi kami adalah untuk mencipta sebuah ekosistem yang menyokong persekitaran pembangunan perniagaan yang kukuh dan inovatif untuk usahawan teknologi melalui Cradle Investment Programme (CIP). Ditubuhkan pada tahun 2003 dengan mandat untuk membiayai syarikat pemula teknologi mula yang berkaliber tinggi, Cradle telah menyokong lebih daripada 1,000 syarikat berasaskan teknologi Malaysia dalam pelbagai sektor dan memegang kadar pengkomersialan tertinggi dalam kalangan agensi pembiayaan di negara ini.

Cradle juga menjalankan Coach & Grow Programme (CGP), sebuah program bimbingan berteraskan pasaran yang melatih usahawan dan mentadbir program Angel Tax yang direka untuk merangsang dan menggalakkan pelabur persendirian dalam menyokong sektor syarikat pemula teknologi.

Program yang ditawarkan oleh Cradle ini tidak terhad kepada bantuan kewangan, tetapi juga merangkumi sokongan pengkomersialan dan pelbagai servis nilai tambah yang lain untuk memacu pertumbuhan.

Cradle ialah agensi berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cradle.com.my

TENTANG MALAYSIAN GLOBAL INNOVATION & CREATIVITY CENTRE (MaGIC)

MaGIC meneroka dan memperkasakan syarikat pemula teknologi dan pencinta inovasi sosial menerusi kreativiti, adaptasi inovasi dan teknologi, dan membangunkan ekosistem keusahawanan yang rancak dan lestari di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 2014, MaGIC telah menyediakan komuniti syarikat pemula, pelabur dan pemain ekosistem dengan program pembinaan kapasiti, pasaran dan peluang pembiayaan serta bantuan kawal selia yang memberi impak kepada lebih daripada 100,000 usahawan berpengalaman dan beraspirasi dengan nilai ciptaan keseluruhan yang bernilai RM 1.9 bilion. Sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MaGIC memudahkan, memandu dan mengupayakan ekosistem dengan misi untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara inovasi yang membangun. Untuk informasi lebih lanjut tentang MaGIC, sila layari www.mymagic.my

TENTANG UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ialah salah satu daripada beberapa agensi di Malaysia yang ‘memodenkan dan mereformasikan’ sektor awam dalam bahagian reformasi pentadbiran. MAMPU ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mampu.gov.my

TENTANG UNIMAKER

UNIMAKER (University Makers) – adalah sebuah pertandingan inovasi yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sebagai saluran untuk menyuburkan dan memupuk Maker’s Movement dalam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unimaker.my

SUMBER: Cradle Fund Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Caroline Jintoni
Tel: +019 – 293 9096
E-mel: caroline@cradle.com.my

--BERNAMA

Wednesday, August 26, 2020

SOALAN MENGENAI TAKAFUL? TANYA AISYA, PEMBANTU PERIBADI DALAM TALIAN BARU FWD TAKAFUL

FWD Takaful julung kalinya memperkenalkan Aisya, pembantu peribadi dalam talian.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) julung kalinya memperkenalkan pembantu peribadi dalam talian. “Aisya”, yang bermaksud “hidup penuh yakin”, mewakili rakan seharian yang sentiasa bersedia membantu rakyat Malaysia meraikan kehidupan. Aisya bersedia untuk berbual 24/7 di laman web FWD Takaful dengan sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai takaful dan tawaran terkini pelan takaful keluarga.

SOALAN MENGENAI TAKAFUL? TANYA AISYA, PEMBANTU PERIBADI DALAM TALIAN BARU FWD TAKAFUL

Monday, August 24, 2020

DATAIKU MENGUMPULKAN $100 JUTA UNTUK MEMPERLUASKAN KEPIMPINAN DI PASARAN AI PERUSAHAAN

Stripes mengetuai Siri D ketika Tiger Global Management menyertai pelabur sedia ada Battery Ventures, CapitalG, Dawn Capital, FirstMark Capital dan ICONIQ

NEW YORK, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Dataiku, sebuah platform AI Perusahaan dan pembelajaran mesin terkemuka di dunia, mengumumkan satu pusingan pelaburan Siri D bernilai $100 juta yang diketuai oleh Stripes, dengan pelaburan utama oleh Tiger Global Management dan penyertaan daripada pelabur sedia ada Battery Ventures, CapitalG, Dawn Capital, FirstMark Capital dan ICONIQ. Pembiayaan itu diperolehi ketika Dataiku terus mendorong AI di dalam perusahaan, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 300 pelanggan yang memahami bahawa satu strategi AI kolaboratif dan akhir-ke-akhir adalah sangat penting kepada kejayaan mereka.

“Kepimpinan kami di dalam perusahaan AI terus menarik pelabur bertaraf dunia yang memahami bahawa penyelesaian dan pangkalan pelanggan Dataiku adalah benar-benar global dan kami berada pada kedudukan yang unik untuk membantu perniagaan merealisasikan potensi yang belum dimanfaatkan bagi AI untuk mengubah perusahaan itu,” kata Florian Douetteau, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dataiku. “Di dalam sebuah pasaran perniagaan global yang digegarkan oleh perubahan yang telah dibawa oleh tahun 2020, AI telah terbukti menjadi satu elemen penting bagi kejayaan organisasi yang memacukan pertumbuhan perniagaan di dalam setiap pasaran menegak yang utama.”

Dataiku telah ditubuhkan pada tahun 2013 dengan misi untuk membawa pembelajaran mesin dan projek AI keluar dari makmal eksperimen dan memasukkan mereka ke dalam operasi harian yang benar-benar telah menjadi sesuatu yang sangat biasa di dalam sesebuah syarikat. Dataiku memberi perkhidmatan kepada beratus pelanggan di seluruh dunia, termasuk Schlumberger, GE Aviation, Sephora, Unilever, BNP Paribas, Premera Blue Cross, Kuka, dan Santander. Pasukan mereka telah berkembang kepada lebih 450 orang di seluruh dunia di New York, Paris, London, Frankfürt, Dubai, Amsterdam, Sydney, dan Singapura.

“Kemaraan bagi AI di dalam perusahaan telah bergerak dengan pantas daripada pengujikajian kepada pelaksanaan kehidupan sebenar pada skala pada tahun 2020, dan Dataiku berada di barisan hadapan bagi peralihan itu dengan produk yang paling komprehensif, selamat dan siap bagi perusahaan yang kami telah lihat di dalam penyelidikan kami yang sangat luas ke dalam pasaran ini,” kata Ron Shah, Rakan di Stripes. “Apa yang telah kami lihat di Dataiku bukan sahaja satu komitmen untuk membangunkan teknologi kental bagi pelanggan yang merangkumi hampir setiap industri dan geografi utama, tetapi mungkin yang lebih penting lagi, satu pasukan profesional yang berdedikasi dan organisasi global yang berusaha untuk memastikan kepercayaan, keselamatan dan ketahanan melalui pembelajaran mesin. Kami teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan berterusan mereka melalui pelaburan ini,” kata Paul Melchiorre, Rakan Operasi di Stripes.

“Pasaran itu telah berterusan mengesahkan pendekatan usaha sama Dataiku sebagai cara terbaik untuk meraih manfaat daripada AI di sepanjang mana-mana organisasi,” kata Evgenia Plotnikova, Rakan di Dawn Capital. “Dan ketangkasan melalui AI tidak pernah menjadi satu keupayaan yang lebih penting di dalam perusahaan itu.”

Maklumat mengenai Dataiku

Dataiku adalah satu daripada platform AI dan pembelajaran mesin terkemuka di dunia, yang menyokong ketangkasan di dalam usaha data organisasi melalui AI yang kolaboratif, anjal, dan bertanggungjawab, kesemuanya pada skala perusahaan. Beratus syarikat menggunakan Dataiku untuk menyokong operasi perniagaan penting mereka dan memastikan mereka kekal relevan di dalam sebuah dunia yang berubah, termasuk model yang mendorong pengesanan penipuan, pencegahan pengeluaran pelanggan, penyelenggaraan ramalan, pengoptimuman rantaian bekalan, dan banyak lagi. Dataiku dibina untuk syarikat-syarikat yang ingin mendemokrasikan AI merentasi organisasi mereka, membawa ketangkasan dan kesediaan kepada perniagaan melalui penggunaan data oleh semua orang dari penganalisis sehingga kepada saintis data.

Maklumat mengenai Stripes

Stripes adalah sebuah syarikat ekuiti pertumbuhan terkemuka yang membawa satu pendekatan keusahawanan yang unik untuk melabur di dalam perniagaan Perisian dan Pengguna yang pertumbuhan tinggi di seluruh dunia. Selama lebih satu dekad, Stripes telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang menentukan pasaran untuk menyediakan kepada mereka dengan sokongan yang mereka perlukan bagi mempercepatkan pertumbuhan dan mencapai visi jangka panjang mereka. Misi Stripes adalah untuk memiliki satu budaya, satu set sumber dan kepakaran yang menyediakan kepada pengusaha dengan satu kelebihan yang tidak dapat ditandingi di pasaran yang berkembang pesat disebabkan oleh perubahan di dalam teknologi dan tingkah laku pengguna. Untuk maklumat lanjut mengenai Stripes, sila layari https://www.stripes.co/.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200823005026/en/

Hubungi

Laurel Toney
dataiku@strangebrewstrategies.com

Sumber : Dataiku

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Pemandu Trak China Yang Memecut Laju Sepanjang Beberapa Kilometer Dalam Sebuah Trak Yang Bakal Meletup Menerima Sebuah FAW J7 Setelah Nyaris Terbunuh



XINMIN, China, Ogos 21 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Menurut laporan media China, pada 14 Julai 2020, satu insiden yang mendebarkan telah berlaku di Bandar Xinmin Liaoning China: sebuah trak yang sedang terbakar meluncur keluar dari berhampiran sebuah stesen minyak, merentasi jalan ke suatu lokasi yang sejauh mungkin. Badan trak itu hampir sepenuhnya dijilat oleh api besar, ketika nyalaan api melambung pada ketinggian lebih 2 meter, seolah-olah akan meletup pada bila-bila masa. Beberapa minit kemudian, trak itu meletup di luar kawasan pinggir bandar di tengah-tengah asap yang bergulung.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200819005798/en/

Selepas kemalangan itu, Sun Gang, seorang pemandu trak yang melalui detik-detik cemas telah menerima pelawaan bagi satu temu bual. Beliau berkata bahawa kebakaran trak itu adalah berpunca daripada kesilapan dalam kimpalan pembaikan, ditambah dengan kejadian tiba-tiba dan cuaca yang panas terik yang menjadikan kebakaran itu tidak terkawal. Melihatkan insiden letupan yang bakal berlaku, beliau telah mengambil keputusan untuk mempertaruhkan nyawa beliau, menahan bahang api dan gelombang haba yang sedang marak dan memandu kenderaan yang sedang terbakar itu keluar dari bandar itu.

Kejadian itu telah tersebar ke rangkaian sosial oleh warga siber China, dan dengan itu menarik perhatian sosial yang meluas, secara keseluruhan pembacaan dalam talian telah mencapai 100 juta, dan Sun Gang telah dipuji sebagai seorang “pahlawan kontemporari”. Namun, pahlawan ini terjerumus ke dalam satu krisis kehidupan selepas kejadian itu, oleh kerana trak yang meletup itu adalah harta paling mahal bagi seluruh keluarga beliau.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13686

Saturday, August 22, 2020

CLEVERTAP MENAMAKAN ABHISHEK GUPTA SEBAGAI KETUA PEGAWAI PELANGGAN




Veteran Perkhidmatan Profesional SaaS akan Mempelopori proses Onboarding atau membiasakan pelanggan dengan produk atau perkhidmatan baharu dan Mewujudkan Keseronokan Pelanggan

MOUNTAIN VIEW, Calif., 21 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CleverTap, platform kitaran hayat pelanggan dan pengekalan pengguna terkemuka yang dikuasakan oleh AI, hari ini mengumumkan pelantikan Abhishek Gupta sebagai Ketua Pegawai Kejayaan Pelanggan. Encik Gupta membawa bersama lebih 18 tahun pengalaman dalam kejayaan pelanggan dan SaaS yang beliau akan terapkan ke arah mempercepatkan momentum CleverTap sebagai sebuah penyedia utama bagi penyelesaian penglibatan dan pengekalan pelanggan di dalam landskap teknologi pemasaran mudah alih yang kompetitif.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200820005124/en/

“Sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan pelanggan, melabur di dalam pertumbuhan bagi pasukan kejayaan pelanggan kami adalah amat penting,” kata Sunil Thomas, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif di CleverTap. “Abhishek memiliki pengalaman yang luas di dalam kejayaan pelanggan dan rekod prestasi yang terbukti dalam membina pasukan dan proses yang membolehkan syarikat untuk mendapatkan nilai terbaik daripada pelaburan SaaS mereka. Kami teruja kerana mempunyai beliau di CleverTap, dan saya secara peribadi tidak sabar bagi beliau untuk menambahkan kejayaan bagi pasukan Kejayaan Pelanggan kami yang berprestasi tinggi.”

PENYUMBERAN ASIA PASIFIK MEROSOT PADA S2 DISEBABKAN KEBIMBANGAN PANDEMIK

Pasaran serantau merosot sebanyak dua angka, lebih sukar berbanding rekod S2 pada tahun lepas


SYDNEY, Australia, 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Asia Pasifik, rantau penyumberan luar yang terkecil di dunia dari segi nilai hubungan mengalami penurunan terbesar dalam industri pada suku kedua tahun ini, apabila perkhidmatan terurus merosot akibat pandemik COVID-19, menurut laporan keadaan industri terkini daripada Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global.

ISG Index™ yang mengukur kontrak penyumberan luar komersial dengan nilai kontrak tahunan (ACV) sebanyak US $5 juta atau lebih, mendapati pasaran gabungan rantau ini – pasaran perkhidmatan terurus dan pasaran berasaskan awan sebagai perkhidmatan – menurun sebanyak 24 peratus berbanding tahun lepas, kepada US $1.9 bilion disebabkan kebimbangan pandemik dan juga perbandingan yang sukar dengan rekod tinggi pada suku kedua tahun lepas.

Pasaran juga kelihatan merosot di seluruh papan, apabila perkhidmatan terurus jatuh menjunam sebanyak 47 peratus, kepada US $529 juta dengan penurunan sebanyak 42 peratus dalam penyumberan luar IT (ITO), kepada US $477 juta dan penurunan sebanyak 71 peratus dalam penyumberan luar proses perniagaan (BPO) kepada US $52 juta. Penurunan sebagai-perkhidmatan kurang teruk, turun 9 peratus berbanding tahun lepas kepada US $1.4 bilion. Dalam segmen ini, infrastruktur-sebagai-perkhidmatan (IaaS) menurun sebanyak 7 peratus kepada US $1.2 bilion manakala perisian-sebagai-perkhidmatan (SaaS) menurun sebanyak 23 peratus, kepada US $165 juta. Sebagai-perkhidmatan yang lazimnya menguasakan pertumbuhan di rantau ini, mengalami suku tahun paling lemah sejak suku keempat tahun 2018.

“Di Asia Pasifik, kami sudah menjangkakan hasil tidak sekata sepanjang tahun ini, memandangkan saiz relatif pasaran dengan sebagai-perkhidmatan memastikan rantau ini secara umumnya pada landasan meningkat. Namun, bukan pada suku tahun ini,” ujar Scott Bertsch, rakan kongsi dan ketua rantau, ISG Asia Pasifik. “Pandemik ini menyebabkan kemudaratan di rantau, dengan pasaran gabungan kurang 16 peratus dari suku pertama disebabkan aktiviti urus niaga yang semakin perlahan. Walaupun begitu, terdapat urus niaga yang ketara, termasuklah pemilihan IBM dan Red Hat oleh Bharti Airtel untuk membina awan rangkaian telekomunikasinya yang baharu.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13685

Friday, August 21, 2020

MASTERCONTROL MELANCARKAN MANUFACTURING EXCELLENCE™ SECARA GLOBAL UNTUK MEMAJUKAN OPERASI PENGELUARAN DENGAN MEMACU KECEKAPAN DAN KUALITI

Penyelesaian Menyampaikan Persekitaran Pengeluaran Tanpa Kertas yang Merapatkan Jurang antara Kecemerlangan Operasi dengan Pengeluaran Pintar

MELBOURNE, Australia, 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
MasterControl, pembekal penyelesaian perisian yang mendayakan sains hayat dan syarikat dikawal selia yang lain untuk menyampaikan produk yang mengubah kehidupan kepada lebih ramai orang dengan lebih cepat, telah mengumumkan pengeluaran penyelesaiannya yang terkini hari ini, iaitu Manufacturing Excellence™ MasterControl. Selain itu, Platform MasterControl kini tersedia dalam 10 bahasa berbeza.

Dengan Manufacturing Excellence, pengeluar boleh mencipta hubungan dinamik antara sistem perusahaan, sumber data, proses dengan orang ramai untuk pandangan menyeluruh tentang data pengeluaran dan kualiti. Penyepaduan ini meluaskan kelebihan digital pengeluar ke lantai kedai dan menghapuskan masalah berkaitan dengan masukan data, integriti data dan kebolehlihatan data. Dengan menghapuskan kertas dan sistem bersilo, syarikat juga boleh menggunakan data, pendigitalan dan automasi untuk menskala dengan pantas, meningkatkan kualiti produk dan memacu prestasi operasi.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13684

Thursday, August 20, 2020

PTTEP ANUGERAHI HALLIBURTON DENGAN PROJEK TRANSFORMASI DIGITAL

Penyelesai perisian mensasarkan kecemerlangan dalam pengeluaran

Projek ini termasuklah set teknologi DecisionSpace® Halliburton dan perisian pengurusan prestasi perusahaan Honeywell Forge

HOUSTON, 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PTTEP, syarikat eskplorasi dan pengeluaran petroleum kebangsaan di Thailand, menganugerahi Halliburton (NYSE: HAL) dengan satu kontrak untuk membentuk dan melaksanakan siri projek transformasi digital sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecemerlangan Pengeluaran Lanjutan (APEX) syarikat itu. APEX akan mempertingkat kecekapan operasi dan pengeluaran di empat kawasan luar pesisir: Arthit, Kawasan Besar Bongkot Selatan, Kawasan Besar Bongkot Utara dan Lapangan Myanmar Zawtika.

Landmark, sayap perniagaan Halliburton, akan mengatur Set Pengeluaran DecisionSpace® di awan bagi mempertingkat operasi pengeluaran bermula dari bawah lapisan permukaan sehinggalah kepada fasiliti pemprosesan. Platform Perusahaan DecisionSpace® akan diintegrasikan dengan Honeywell Forge, satu penyelesaian perisian analitik yang kukuh bagi menyediakan data masa sebenar dan risikan visual, supaya PTTEP dapat melaksanakan proses kerja yang lebih produktif dan cekap.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13678

Hillstone Networks Mengumumkan Satu Penyelesaian Penyampaian Aplikasi Bagi Jaminan Kesinambungan Perniagaan Dan Pengalaman Pelanggan

 SANTA CLARA, Calif., 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko, mengumumkan pengeluaran global bagi Alat Kawalan Penyampaian Aplikasi Hillstone (ADC), satu penyelesaian berprestasi tinggi yang direka untuk memberikan pengalaman aplikasi yang paling optimum kepada pengguna.


ADC Hillstone menyampaikan aplikasi ketersediaan tinggi dan meningkatkan akses pengguna, produktiviti dan pengalaman secara keseluruhan. Ia menyampaikan migrasi IPv6 dan transformasi HTTPS yang bukan disruptif, dengan prestasi pemprosesan SSL yang ekstrem melalui sebuah teknologi pecutan perkakasan yang khusus. Ia menampilkan penghantaran aplikasi yang selamat akhir ke akhir melalui teknologi keselamatan on-board dan bersama dengan produk keselamatan Hillstone yang lain.

Ciri-ciri dan Faedah Penting

• Opsyen Pengimbang Muatan Fleksibel: Lapisan 4 hingga 7 server pengimbang muatan (SLB), rangkaian pengimbang muatan (LLB) dan server global pengimbang muatan (GSLB) untuk memastikan ketersediaan dan kesinambungan perniagaan.
• Pencepatan Laman Web dan Aplikasi: Mengurangkan pemindahan data, masa muatan, server sambungan dan server membaca/menulis untuk meningkatkan kelajuan tindak balas keseluruhan dan dengan itu, pengalaman pengguna.
• Pemprosesan SSL berasaskan perkakasan: Lepas beban SSL berasaskan perkakasan mengurangkan beban kerja server pengkomputeran untuk prestasi yang lebih baik, membolehkan pemeriksaan penuh bagi trafik untuk meningkatkan keselamatan dan menyediakan transformasi HTTPS dengan hanya sedikit perubahan yang diperlukan.
• Migrasi IPv6 Berimpak Rendah, Lengkap: Menyokong IPv6 dengan hampir tidak memerlukan perubahan rangkaian atau server, meminimumkan kerumitan bagi peralihan kepada IPv6.
• Penyampaian Aplikasi yang Sangat Selamat: Bekerja dengan NGFW Hillstone dan teknologi keselamatan yang lain bagi sebuah keselamatan akhir ke akhir daripada akses kepada pusat-pusat data.
 
“Hillstone memperkenalkan satu peralihan paradigma di dalam pasaran penyampaian aplikasi dengan pelancaran produk ADX siri AX,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama Hillstone Networks. “Beban kerja dan pengguna pada hari ini memerlukan satu penyelesaian yang melengkapkan persekitaran sedia ada dan menangani ketersediaan, kebolehcapaian dan keperluan keselamatan yang tinggi bagi penyampaian aplikasi moden.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13677

CGC MELANCARKAN TABUNG PROJEK USAHAWAN BUMIPUTERA (TPUB-I) 2.0 UNTUK MEMBANTU KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BUMIPUTERA

Dari kiri ke kanan: Pn Zainora – Pengarah, CIDB Wilayah, Datuk Azman Yusoff – Presiden, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Dato’ Ong Eng Bin – Pengarah, CGC, En. Mohd Farid Dato’ Abd Rahman – Yg.Dipertua, Pertubuhan Keusahawanan Telekomunikasi Bumiputera Malaysia, Datuk Mohd Zamree – PCEO, CGC, Datuk David Chua Kok Tee – Pengarah, CGC, Dato’ Hj. Syed Moheeb Syed Kamarulzaman – Pengarah, CGC, En Tukiman Radion – Presiden, Persatuan Kontraktor Kelas F, En Faisal Ismail – Pengarah, CGC, Pn Azrilah Abd Aziz – Pengarah, Bahagian Pembangunan Francais & Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), En Saiful Hisham – Pengurus Kewangan, Persatuan Industri Keselamatan Malaysia.

KELANA JAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah melancarkan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) 2.0 pada hari ini. Sejak 2009, CGC telah diberikan mandat oleh Bank Negara Malaysia untuk mengurus-selia skim TPUB-i bagi membantu kontraktor-kontraktor Bumiputera.

TPUB-i adalah skim pembiayaan khas untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera yang telah mendapat kontrak atau projek dari Kerajaan, Agensi Milik Kerajaan, Syarikat Multi-Nasional atau Syarikat Swasta terpilih. Skim pembiayaan ini disediakan khas untuk syarikat-syarikat didaftarkan di Malaysia dan yang dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya, yang memerlukan bantuan pembiayaan bagi melaksanakan projek yang telah diluluskan. TPUB-i menyediakan Pembiayaan Berjangka-i yang berjumlah sehingga RM5 juta untuk tempoh masa sehingga 5 tahun dengan kadar keuntungan pembiayaan serendah 5% setahun (Tertakluk pada terma dan syarat kelulusan skim TPUB-i 2.0).

Sehingga kini, TPUB-i telah membantu hampir 2,000 kontraktor-kontraktor Bumiputera dengan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan sebanyak RM1.6 bilion. Kontraktor-kontraktor Bumiputera ini terlibat di dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan.

Bagi mengikuti perubahan dalam sektor ekonomi dan pembiayaan, CGC telah mengorak langkah kehadapan dengan memperkenalkan penambahbaikan kepada skim TPUB-i yang dinamakan TPUB-i 2.0.

Secara umumnya, terdapat 30 ciri-ciri yang telah dipertingkatkan untuk skim TPUB-i yang mana tujuh (7) daripadanya adalah ciri-ciri utama baru skim tersebut.
 
Ciri-ciri baru TPUB-i 2.0 ini akan mempertingkatkan dan memperkukuhkan mutu dan kualiti skim ini untuk menjadi lebih mesra pasaran dan dapat memberi lebih banyak pilihan pembiayaan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera. Jika dahulu, kontraktor-kontraktor hanya boleh memohon pembiayaan berjangka, kini dengan penambahbaikan skim, mereka dapat memilih pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan projek, sektor ekonomi dan kondisi perniagaan masing-masing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, “Pelancaran TPUB-i 2.0 ini selaras dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada  29 Mei 2020 dan disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang bermula pada 10 Jun 2020 dan dijangka berakhir pada Hari Kebangsaan Negara kita yang akan datang pada 31 Ogos 2020.

PKPP berteraskan tujuh (7) Strategi dan TPUB-i 2.0 memainkan peranan penting di dalam Strategi PKPP yang ke-4 iaitu Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi.”

Untuk bantuan dan maklumat lanjut mengenai TPUB-i 2.0, PKS boleh melayari www.imsme.com.my, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CGC di 03-7880 0088 atau kunjungi mana-mana 16 cawangan CGC di seluruh negara.

SUMBER : Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohana Arumugam
Naib Presiden
Komunikasi Korporat
Tel: +6017-237-6366
E-mel: mohana.arumugam@cgc.com.my      

Nama: Patricia Liew

Pengurus
Perhubungan Awam & Media
Komunikasi Korporat
Tel: +6012-286-9085
E-mel: patricia.liew@cgc.com.my

--BERNAMA

Wednesday, August 19, 2020

KANDUNGAN VIDEO DISTRIM MENDOMINASI PENGGUNAAN MEDIA DAN HIBURAN DI ASIA-PASIFIK MENURUT INDEKS VIDEO GLOBAL BRIGHTCOVE Q2 2020

Tontonan video sepanjang Suku Kedua meningkat 40% dan TV pintar  berkembang 160% apabila penggunaan terhadap kandungan berita dan hiburan meningkat hampir dua kali ganda semasa pandemik COVID-19

SINGAPURA, 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Brightcove Inc. (NASDAQ: BCOV), peneraju platform teknologi video dunia, hari ini menerbitkan Brightcove Q2 2020 Global Video Index Entertainment and Media Edition, yang mendapati bahawa penstriman OTT akan kandungan hiburan terus mendominasi, biarpun selepas kerajaan melonggarkan sekatan terhadap perintah tinggal di rumah.  Data menunjukkan habit penggunaan media para pengguna berkemungkinan berubah daripada menonton TV linear, memperkukuhkan penstriman sebagai pilihan utama untuk tontonan hiburan.

KANDUNGAN VIDEO DISTRIM MENDOMINASI PENGGUNAAN MEDIA DAN HIBURAN DI ASIA-PASIFIK MENURUT INDEKS VIDEO GLOBAL BRIGHTCOVE Q2 2020

Tuesday, August 18, 2020

THE HEALTH BANK AKAN BEKERJASAMA DENGAN NANOTRONICS HEALTH, LLC, UNTUK MENGEDARKAN VENTILATOR BUKAN INVASIF BUATAN AMERIKA SYARIKAT YANG BERKOS RENDAH UNTUK SOKONGAN PERNAFASAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

 

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu, 18 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Salman Arif, Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Health Bank (THB) Global, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu akan bekerjasama dengan Nanotronics Health, LLC, untuk mengedarkan nHale, sebuah ventilator bukan invasif. Ia akan diedarkan di wilayah Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan (MENASA). Untuk menyokong terapi pernafasan bukan invasif di rantau itu, The Health Bank akan juga melatih profesional perubatan untuk mengendalikan peralatan itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200817005113/en/

“Dalam usaha mencari satu penyelesaian untuk menguruskan simptom COVID-19 melalui kaedah bukan invasif, kami telah menjalin kerjasama dengan Nanotronics Health, LLC, bagi penjualan dan pengedaran nHale. Perkongsian ini membolehkan nHale™ diakses di wilayah Timur Tengah, Afrika Utara, dan Asia Selatan (MENASA), yang memberi manfaat kepada pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan dengan satu penyelesaian berkualiti tinggi yang berpatutan,” kata Zarmina Jafar, Ketua Strategi di THB Global.

Nanotronics Health, LLC, memperoleh Keizinan Penggunaan Kecemasan (EUA) daripada Pentadbiran Makanan & Ubat (FDA) Amerika Syarikat bagi nHale™ untuk digunakan di dalam kemudahan penjagaan kesihatan tradisional, ruang yang diubah untuk penjagaan sebilangan besar pesakit COVID-19, dan pada tetapan di rumah dengan preskripsi seorang doktor. Keizinan ini termasuk penggunaan pilihan bagi oksigen tambahan bersama dengan nHale™ apabila seorang profesional perubatan yang berkelayakan menetapkannya.

Pengudaraan bukan invasif adalah penting untuk penjagaan pesakit COVID-19 di hospital dan seterusnya. Untuk memenuhi keperluan ini, Nanotronics Health, LLC, memanfaatkan kepakaran dalaman Nanotronics yang mendalam, dengan menggabungkan AI termaju, Kawalan Kilang Pintar (IFC) dan kejuruteraan canggih untuk membayangkan, mereka bentuk dan menghasilkan nHale™ dalam tempoh masa kurang dari 90 hari.

“Kami membangunkan nHale untuk memenuhi keperluan segera bagi pilihan pernafasan bukan invasif untuk pesakit yang menghidapi COVID-19,” kata Julie Orlando, Presiden bagi Nanotronics Health, LLC. “Kami mereka bentuk untuk kualiti, keselesaan dan kemudahan penggunaan, untuk menjadikan nHale™ tersedia pada kos yang jauh lebih murah berbanding dengan ventilator bukan invasif yang lain.”

Nanotronics Health, LLC, membangun dan mereka bentuk nHale™ untuk membantu pernafasan secara spontan orang dewasa yang menghidapi penyakit COVID-19. Ini ditujukan untuk digunakan di dalam situasi yang tidak mengancam nyawa, seperti bagi seorang pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan tetapi tidak memerlukan sokongan ventilasi invasif berdasarkan kepada protokol perubatan standard.

Maklumat mengenai The Heath Bank

The Health Bank (THB) adalah sebuah syarikat pengurusan kesihatan global yang berteknologi tinggi yang menawarkan kepada individu, keluarga, dan perbadanan dengan pelbagai perkhidmatan hospital maya untuk menyokong dan menguruskan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Dengan satu tumpuan yang kuat kepada pencegahan dan kesejahteraan, kami memberi kuasa kepada anggota kami untuk bersikap proaktif di dalam mencapai dan mengekalkan satu gaya hidup yang sihat, dan pada masa yang sama mencegah kesakitan dan penyakit, melalui program ketepatan perubatan dan tele-pemantauan kami.

Kepakaran kami di dalam penyampaian penjagaan kesihatan yang diperibadikan menawarkan ketenangan fikiran kepada anggota dan orang yang mereka sayangi ketika menghadapi sebarang cabaran penjagaan kesihatan yang kronik atau akut, tidak kira betapa kompleksnya.

Maklumat mengenai Nanotronics Health, LLC

Nanotronics Health, LLC, adalah sebuah anak syarikat bagi dan dikuasakan oleh Nanotronics. Syarikat itu menggunakan Kawalan Kilang Pintar (IFC) untuk membina dan meningkatkan peralatan perubatan yang berpatutan, mudah diakses dan direka dengan baik. Produk pertama kami, nHale™, sebuah ventilator bukan invasif, diilham, dibina, dan memperolehi Keizinan Penggunaan Kecemasan oleh FDA dalam tempoh 90 hari untuk merawat pesakit yang menderita daripada COVID-19. Setelah mendapat Keizinan Penggunaan Kecemasan, Nanotronics Health, LLC, dengan segera mula menghasilkan dan menghantar peranti.

Maklumat mengenai nHale

nHale™ adalah sebuah peralatan tekanan udara positif dua tahap untuk menyokong terapi respiratori untuk pernafasan secara spontan bagi orang dewasa yang mempunyai berat badan lebih dari 30kg yang menderita daripada penyakit COVID-19. Ia adalah sebuah ventilator bukan invasif yang direka untuk digunakan di dalam situasi yang tidak mengancam nyawa, bagi pesakit yang bernafas secara spontan, seperti seorang pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan tetapi tidak memerlukan sokongan ventilasi invasif berdasarkan kepada protokol perubatan standard.

Mesin itu digunakan di dalam kemudahan penjagaan kesihatan tradisional (contohnya, hospital, kemudahan tempat tinggal yang dibantu, rumah penjagaan) dan juga ruang yang diubah untuk merawat sebilangan besar pesakit COVID-19 (contohnya, pusat konvensyen, asrama universiti, motel, dll.). nHale™ juga ditujukan untuk digunakan di dalam persekitaran rumah dengan preskripsi seorang doktor.

Oksigen tambahan boleh digunakan dengan peralatan nHale™ itu untuk meningkatkan kepekatan oksigen bagi aliran udara yang disampaikan kepada pesakit hanya apabila ditetapkan dan dilatih oleh seorang profesional perubatan yang berkelayakan. Amaran itu harus dipatuhi semasa menggunakan oksigen tambahan dengan peranti nHale™.

Nanotronics Health LLC, sebuah anak syarikat Nanotronics, menggunakan kepakaran dalaman Nanotronics yang mendalam, yang menggabungkan AI termaju, Kawalan Kilang Pintar (IFC), dan kejuruteraan yang canggih untuk membina sebuah mesin yang mudah dihasilkan pada skala dan dengan kos yang rendah untuk meningkatkan akses bagi semua orang Amerika. nHale™ direka untuk keselesaan dan kemudahan penggunaan dengan kemudahan satu butang.

nHale™ telah disahkan oleh FDA di bawah satu Keizinan Penggunaan Kecemasan [EUA]; nHale™ dibenarkan hanya selama tempoh durasi pengisytiharan itu bahawa keadaan yang wujud membenarkan keizinan bagi penggunaan kecemasan bagi peranti itu; nHale™ belum dilepas atau diluluskan oleh FDA.

nHale™ adalah sebuah tanda perniagaan bagi Nanotronics di Amerika Syarikat yang boleh didapati di nanotronics.co/nhale.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200817005113/en/

Hubungi

Zarmina Jafar, Ketua Strategi, The Health Bank
Zarmina@thbglobal.com; +97.15.05.13.13.00

Mary Cunney, Ketua Pegawai Komunikasi, Nanotronics
MCunney@nanotronics.co; 212.401.6209

Sumber : The Health Bank

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG MENCATAT KEMAJUAN DI DALAM PEMBUKAAN, PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR

CHONGQING, China, 17 Ogos, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang semakin mempercepatkan langkah di dalam usaha mereka ke arah sebuah wilayah yang terbuka dan pintar, dengan satu pertunjukan langsung promosi dalam talian yang berinovatif dilancarkan pada 13 Ogos.

Pertunjukan langsung itu telah diadakan di lebih 10 platform media dan memaparkan pelbagai produk pelancongan dan produk kebudayaan kreatif dari Liangjiang, yang telah menarik lebih  20 juta tontonan, demikian menurut Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang.

Pertunjukan langsung itu adalah merupakan satu aktiviti promosi pelancongan kebudayaan berskala besar yang diterajui oleh kerajaan yang telah menarik penyertaan masyarakat yang meluas. Terletak di persimpangan Sungai Yangtze dan Sungai Jialing, Chongqing adalah sebuah destinasi pelancongan yang popular kepada pelancong dari dalam dan luar negara hasil daripada landskap bandar tiga dimensi dan ciri-ciri kebudayaan mereka yang unik.

Sebagai pembangunan nasional yang pertama dan pembukaan kawasan baharu di pedalaman China, Kawasan Baharu Liangjiang berusaha untuk membina sebuah bandar pintar bagi membantu meningkatkan pembangunan pintar Chongqing, menerokai laluan baharu  bagi pembukaan peringkat tinggi, mewujudkan sebuah enjin baharu bagi pembangunan berkualiti tinggi, dan membawa pengalaman baharu bagi kehidupan berkualiti tinggi kepada rakyat mereka.

Liangjiang adalah sebuah tempat terbuka. Menampilkan platform terbuka seperti Pelabuhan Guoyuan, Kawasan Pelabuhan Terikat Lianglu Cuntan dan Bandar Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Yuelai, Kawasan Baharu Liangjiang mempunyai satu rantaian bekalan global dan satu sistem logistik antarabangsa yang maju. Biji kopi mentah, komputer riba dan kereta dapat sampai ke pasaran global dengan pantas melalui sistem pengangkutan pelbagai modal melalui Pelabuhan Guoyuan, Pelabuhan Lianglu Cuntan dan lapangan terbang. Lebih daripada 50,000 produk eksotik dari 20 buah negara tersedia di pusat pameran dan perdagangan komoditi Belt and Road di Kawasan Pelabuhan Terikat Lianglu Cuntan, agar orang ramai di Chongqing dapat membeli produk berkualiti tinggi dari seluruh dunia.

Ini adalah juga sebuah bandar pintar. Di Taman Pintar Lijia, taman pintar pertama di China, kehidupan pintar dipamerkan di merata tempat: kereta penumpang tanpa pemandu berulang-alik di jalan raya; peranti pintar memantau suhu orang ramai dalam tepat masa; robot memainkan muzik merdu. Sebagai tempat tetap bagi Ekspo Pintar China, Bandar Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Yuelai menggunakan teknologi pintar untuk memperkasakan tempat pameran dan menjadi “dewan sambutan” Chongqing untuk menghiburkan pengunjung di seluruh dunia. Zon inovasi kolaboratif Liangjiang terletak di antara gunung dan tasik, menarik lebih 20 buah universiti dan institusi penyelidikan kelas pertama. Ia merancang untuk membina sebuah komuniti penyelidikan dan kehidupan saintifik dan sebuah komuniti pengalaman ekologi yang masing-masing boleh diakses dalam masa lima minit dan sepuluh minit. Zon inovasi itu akan menggabungkan keindahan kedua-dua landskap semula jadi dan sains dan teknologi.

Ini adalah juga sebuah tempat bagi sastera dan seni. Nostalgia bagi penyajak terkenal Yu Guangzhong masih terasa di kota purba Yuelai. Pameran seni dan dewan reka bentuk menjadikan Jinshan Yiku sebagai sebuah daerah seni yang mengikuti perkembangan. Chongqing Happy Valley, taman tema gunung Happy Valley pertama di China, dan stadium sukan lasak terbesar di Asia Taman Chongqing Jihua akan menawarkan pengalaman pelancongan bandar baharu kepada pengunjung di Liangjiang. Terdapat 118 taman di Kawasan Baharu Liangjiang, memungkinkan satu pemandangan landskap yang indah hampir di merata tempat di sebuah bandar yang sibuk.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13673

Monday, August 17, 2020

Pra-Pendaftaran Dibuka Untuk Harry Potter: Puzzles & Spells

  Peminat akan menerima satu berkas bonus yang eksklusif pada pelancaran rasmi permainan itu

SAN FRANCISCO, 14 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih 3-perlawanan magik mereka, Harry Potter: Puzzles & Spells telah membuka pra-pendaftaran di Google Play. Dilesenkan secara rasmi dari Warner Bros. Interactive Entertainment dan diterbitkan di bawah label Portkey Games, peminat boleh melayari www.harrypotterpuzzlesandspells.com dan Google Play untuk membuat pra-pendaftaran bagi permainan itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200813005148/en/

“Dengan Harry Potter: Puzzles & Spells, kami akan menggembirakan peminat dengan watak, bunyi dan kisah yang tidak dapat dilupakan daripada buku-buku dan filem-filem asal itu,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan, Zynga. “Tetapi kami juga membawa lebih banyak dimensi kepada genre 3-perlawanan itu. Pemain akan memperoleh XP dan menjadi lebih hebat, memperoleh dan meningkatkan jampi serapah, terlibat di dalam acara-acara khas dan berhubung dan bersaing di antara satu sama lain melalui ciri-ciri Kelab.”

Pemain yang membuat pra-pendaftaran akan menjadi di antara yang pertama dimaklumkan apabila permainan itu dilancarkan secara rasmi. Sepanjang minggu pertama selepas pelancaran, pemain yang memuat turun permainan itu bagi peranti Android atau iOS mereka akan dengan serta-merta menerima Berkas Selamat Datang, mengalu-alukan mereka dengan hadiah istimewa dan peningkatan kuasa yang akan membantu permainan mereka. Berkas itu akan juga merangkumi satu item khusus untuk avatar dalam permainan mereka, yang mengenal pasti mereka sebagai peminat sejati bagi Dunia Sihir.

Harry Potter: Puzzles & Spells meraikan daya tarikan untuk cabaran dan misteri di dalam Dunia Sihir dengan permainan teka-teki 3-perlawanan pertama mereka untuk peranti mudah alih. Dengan menggabungkan permainan teka-teki 3-perlawanan yang berinovatif dengan magik, pemain akan menemui detik-detik paling ikonik dan wajah-wajah yang tidak dapat dilupakan dari filem-filem asal Harry Potter. Permainan itu akan juga menampilkan rakaman muzik filem asal dan rakaman suara asal dari filem-filem untuk watak-watak termasuk Hagrid, Dumbledore, Profesor McGonagall dan Sorting Hat. Melangkah ke tahap teka-teki yang menarik, pemain akan menggunakan ramuan, jampi serapah dan keupayaan magik dan objek-objek yang lain dalam perjalanan mereka melalui Dunia Sihir. Pemain boleh menyertai sebuah kelab dengan rakan-rakan penggemar dan bekerjasama pada strategi teka-teki, berkongsi kehidupan dan bersaing untuk hadiah-hadiah dalam Acara-acara Kelab eksklusif.

Harry Potter: Puzzles & Spells akan dapat dimainkan bagi peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut dan bagi membuat pra-pendaftaran untuk Harry Potter: Puzzles & Spells, sila layari www.harrypotterpuzzlesandspells.com. Untuk maklumat lanjut dan bagi berhubung dengan peminat lain, ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13670

KAWS DENGAN KERJASAMA ALLRIGHTSRESERVED MEMPERSEMBAHKAN: DETIK BERSEJARAH UNTUK COMPANION DAN MENANDAKAN ULANG TAHUN KE-20 KEWUJUDANNYA

 NEW YORK, 17 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Untuk hentian kelimanya pada 16 Ogos 2020 (10pm EDT) KAWS: HOLIDAY SPACE akan mengembara ke angkasa! Sejak 2018, projek KAWS:HOLIDAY telah mendarat di Seoul, Taipei, Hong Kong dan Jepun yang telah menarik khalayak global. Bekerjasama sekali lagi dengan rakan usaha sama lama AllRightsReserved, KAWS:HOLIDAY kini akan berlepas. Khalayak dari seluruh dunia boleh mengembara bersama COMPANION apabila dia memulakan perjalanan menjangkaui atmosfera kita. Ikuti perjalanan mencergaskan COMPANION apabila dia melihat Bumi dari sudut pandang baharu.  


Untuk <KAWS:HOLIDAY SPACE>, COMPANION akan memakai sut angkasawan dan membawa perum belon ke ketinggian 41.5 kilometer (136,296 kaki) untuk memasuki Stratosfera. Selepas mencapai kelajuan yang amat tinggi, pengembaraan COMPANION akan mencapai kemuncak dengan aktiviti berjalan pada graviti sifar selama 2 jam dalam ruang tidak penduduk sebelum kembali ke Bumi. Keseluruhan proses penjelajahan mengambil masa kira-kira 8 jam dari persediaan untuk pelancaran, berlepas sehinggalah pendaratan.  Penjelajahan ini dirakamkan dengan kamera video panorama 360 darjah yang menangkap detik bersejarah COMPANION dan menandakan kewujudannya yang ke-20 tahun.  

KAWS selalu memikirkan tentang perkara yang boleh dibuat oleh arca. “Terlalu banyak projek telah dibatalkan tahun ini. Saya mahu mencipta arca yang boleh dialami dengan selamat dari rumah. Oleh sebab tahun ini menandakan 20 tahun sejak saya mencipta COMPANION, saya cuba mencari jalan mengatasi semua batasan dan melakukan sesuatu yang istimewa. Saya berasa begitu terbatas beberapa bulan lalu dan mencipta projek seperti ini telah benar-benar memberi saya peluang untuk melepaskan diri.”
 
Siaran Video KAWS:HOLIDAY SPACE  
Pada IG KAWS: @kaws
Pada IG AllRightsReserved: @arr.allrightsreserved
Pada Facebook AllRightsReserved: @AllRightsReserved
 
Artis terkenal antarabangsa KAWS yang telah menempa namanya di Brooklyn, New York, telah mengadakan pameran seni di seluruh dunia. Beliau melukis tengkorak dan mata XX pada peti cahaya pengiklanan, pondok telefon, perhentian bas, yang kemudiannya menjadi tanda pengenalannya.  Karya KAWS mempunyai impak yang kuat terhadap budaya visual kontemporari, dan mempunyai permintaan yang tinggi di Eropah, Amerika dan Jepun.

Ditubuhkan dalam tahun 2003, AllRightsReserved (ARR) merupakan studio kreatif yang berpangkalan di Hong Kong.  ARR memulakan kerjasama jangka panjangnya dengan artis kontemporari Amerika terkemuka dunia KAWS sejak KAWS:PASSING THROUGH pada tahun 2010 dan diteruskan pada KAWS:HOLIDAY-Arca boleh kembung gergasi, COMPANION, yang dipamerkan dalam pelbagai kedudukan santai di lokasi yang berbeza, termasuklah Korea (Julai 2018), Taipei (2019) Januari), Hong Kong (Mac 2019) dan Jepun (Julai 2019).

Six Degrees PR Hong Kong
Telefon #:    852-3150-8280
E-mel:         info@sixdegrees.com.hk

Multimedia yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a59419f2-2ca3-4932-8c9c-09fe612767db

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/00fc20fa-1bd3-4449-a959-4798eeccb2e2

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cdfbd164-7937-406b-a3cf-8036142021c0

Sumber: AllRightsReserved Ltd.

--BERNAMA