Saturday, August 22, 2020

PENYUMBERAN ASIA PASIFIK MEROSOT PADA S2 DISEBABKAN KEBIMBANGAN PANDEMIK

Pasaran serantau merosot sebanyak dua angka, lebih sukar berbanding rekod S2 pada tahun lepas


SYDNEY, Australia, 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Asia Pasifik, rantau penyumberan luar yang terkecil di dunia dari segi nilai hubungan mengalami penurunan terbesar dalam industri pada suku kedua tahun ini, apabila perkhidmatan terurus merosot akibat pandemik COVID-19, menurut laporan keadaan industri terkini daripada Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global.

ISG Index™ yang mengukur kontrak penyumberan luar komersial dengan nilai kontrak tahunan (ACV) sebanyak US $5 juta atau lebih, mendapati pasaran gabungan rantau ini – pasaran perkhidmatan terurus dan pasaran berasaskan awan sebagai perkhidmatan – menurun sebanyak 24 peratus berbanding tahun lepas, kepada US $1.9 bilion disebabkan kebimbangan pandemik dan juga perbandingan yang sukar dengan rekod tinggi pada suku kedua tahun lepas.

Pasaran juga kelihatan merosot di seluruh papan, apabila perkhidmatan terurus jatuh menjunam sebanyak 47 peratus, kepada US $529 juta dengan penurunan sebanyak 42 peratus dalam penyumberan luar IT (ITO), kepada US $477 juta dan penurunan sebanyak 71 peratus dalam penyumberan luar proses perniagaan (BPO) kepada US $52 juta. Penurunan sebagai-perkhidmatan kurang teruk, turun 9 peratus berbanding tahun lepas kepada US $1.4 bilion. Dalam segmen ini, infrastruktur-sebagai-perkhidmatan (IaaS) menurun sebanyak 7 peratus kepada US $1.2 bilion manakala perisian-sebagai-perkhidmatan (SaaS) menurun sebanyak 23 peratus, kepada US $165 juta. Sebagai-perkhidmatan yang lazimnya menguasakan pertumbuhan di rantau ini, mengalami suku tahun paling lemah sejak suku keempat tahun 2018.

“Di Asia Pasifik, kami sudah menjangkakan hasil tidak sekata sepanjang tahun ini, memandangkan saiz relatif pasaran dengan sebagai-perkhidmatan memastikan rantau ini secara umumnya pada landasan meningkat. Namun, bukan pada suku tahun ini,” ujar Scott Bertsch, rakan kongsi dan ketua rantau, ISG Asia Pasifik. “Pandemik ini menyebabkan kemudaratan di rantau, dengan pasaran gabungan kurang 16 peratus dari suku pertama disebabkan aktiviti urus niaga yang semakin perlahan. Walaupun begitu, terdapat urus niaga yang ketara, termasuklah pemilihan IBM dan Red Hat oleh Bharti Airtel untuk membina awan rangkaian telekomunikasinya yang baharu.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13685

No comments:

Post a Comment