Tuesday, August 11, 2020

PRUMO, BP DAN SIEMENS MENJALIN PERKONGSIAN DENGAN SPIC BERHUBUNG PROJEK-PROJEK TENAGA DI BRAZIL

 

  • SPIC akan memperoleh 33% dalam projek LNG-kepada-kuasa 3 GW GNA I dan GNA II
  • Mengikat perjanjian untuk mengambil bahagian di dalam projek-projek pengembangan masa hadapan GNA III dan GNA IV sebagai sebahagian daripada strategi hab kuasa dan gas domestik 6.4 GW di Pelabuhan Açu

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Prumo, sebuah syarikat sendirian berhad Brazil yang dikendalikan oleh EIG Global Energy Partners, bp dan Siemens telah menandatangani satu perjanjian dengan SPIC Brasil. Di bawah perjanjian itu, SPIC akan di peringkat awal memperoleh 33% daripada projek LNG-kepada-kuasa GNA I dan GNA II, yang terletak di Pelabuhan Açu, Rio de Janeiro. SPIC telah juga mengikat satu perjanjian untuk mengambil bahagian di dalam projek pengembangan masa hadapan GNA III dan GNA IV, yang dijangka akan dipacu oleh satu gabungan LNG dan gas domestik daripada simpanan pra-garam Brazil yang luas.

Penutupan perjanjian itu, yang dijadualkan pada suku keempat tahun 2020, adalah tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat tertentu yang lazim untuk urus niaga jenis ini, antara lain.

GNA I dan GNA II adalah projek gas-kepada-kuasa yang terbesar di Amerika Latin, dengan 3 GW bagi kapasiti yang dipasang — cukup untuk membekalkan tenaga bagi sehingga 14 juta isi rumah. Kompleks itu juga termasuk sebuah terminal LNG dengan jumlah kapasiti 21 juta m3/ hari. GNA I, yang mempunyai kapasiti yang dipasang sebanyak 1.3 GW, dijangka akan memulakan operasi pada separuh pertama tahun 2021. Perjanjian itu meningkatkan potensi bagi perluasan projek GNA III dan GNA IV, strategi hab gas domestik dan projek yang boleh diperbaharui. Jumlah anggaran pelaburan yang dirancang di dalam kompleks gas dan kuasa GNA itu adalah kira-kira AS$ 5 bilion.

Sumbangan SPIC Brasil kepada perkongsian ini ditumpukan kepada kepakaran mereka di dalam strategi operasi dan pengurusan projek di Brazil. Siemens – melalui cabang pembiayaan mereka, Siemens Financial Services, dan dalam kerjasama erat dengan Siemens Energy – akan menyumbangkan modal, teknologi inovatif dan kepakaran mereka di dalam menguruskan projek-projek yang serupa. Sebagai tambahan, bp akan menyumbangkan portfolio global LNG mereka yang bertindak sebagai sebuah pembekal gas bersepadu dan berinovatif yang penting dan Prumo menyumbangkan keseluruhan infrastruktur pelabuhan, operasi, pembangunan dan integrasi projek. Perkongsian itu memudahkan pengembangan bagi pelbagai projek dan menunjukkan satu komitmen untuk menyiapkan pelaburan yang sedang dibangunkan itu.

BofA Securities dan Lakeshore Partners bertindak sebagai penasihat kewangan bagi GNA dan penaja mereka. Itaú BBA bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif bagi SPIC. Mattos Filho bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi GNA dan penaja mereka. Trench Rossi Watanabe bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi SPIC.

Siemens AG (Berlin dan Munich) adalah sebuah syarikat teknologi berkuasa besar global yang melambangkan kecemerlangan kejuruteraan, inovasi, kualiti, kebolehpercayaan dan keantarabangsaan selama lebih 170 tahun. Syarikat itu aktif di seluruh pelusuk dunia, dengan memberi tumpuan kepada bidang penjanaan dan pengedaran kuasa, infrastruktur pintar bagi bangunan dan sistem tenaga yang diedarkan, dan automasi dan digitalisasi di dalam industri proses dan pembuatan. Melalui syarikat terurus secara berasingan Siemens Mobility, sebuah pembekal utama bagi penyelesaian mobiliti pintar untuk pengangkutan rel dan jalan raya, Siemens sedang membentuk pasaran dunia untuk perkhidmatan penumpang dan pengangkutan. Disebabkan oleh saham majoriti mereka di dalam syarikat-syarikat tersenarai awam Siemens Healthineers AG dan Siemens Gamesa Renewable Energy, Siemens juga merupakan sebuah pembekal terkemuka di dunia bagi teknologi perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan digital serta penyelesaian yang mesra alam sekitar bagi penjanaan kuasa angin darat dan luar pesisir. Pada tahun fiskal 2019, yang berakhir pada 30 September, 2019, Siemens telah menjanakan pendapatan €86.8 bilion dan pendapatan bersih €5.6 bilion. Pada akhir September, 2019, syarikat itu mempunyai kira-kira 385,000 orang pekerja di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh diperolehi di Internet di www.siemens.com.

Siemens Financial Services (SFS) – cabang pembiayaan bagi Siemens – menyediakan penyelesaian kewangan perniagaan-ke-perniagaan. Satu gabungan unik bagi kepakaran kewangan, pengurusan risiko dan pengetahuan industri membolehkan SFS untuk mewujudkan penyelesaian kewangan berinovatif yang disesuaikan. Dengan ini, SFS memudahkan pertumbuhan, mewujudkan nilai, meningkatkan daya saingan dan membantu pelanggan mengakses teknologi baharu. SFS menyokong pelaburan dengan pembiayaan dan pemajakan peralatan, pinjaman korporat, pelaburan ekuiti dan projek dan pembiayaan berstruktur. Penyelesaian perdagangan dan pembiayaan belum terima melengkapkan portfolio SFS. Dengan satu rangkaian antarabangsa, SFS disesuaikan dengan baik dengan keperluan undang-undang khusus negara dan dapat menyediakan penyelesaian kewangan secara global. Di Siemens, SFS adalah sebuah penasihat pakar untuk risiko kewangan. Siemens Financial Services mempunyai ibu pejabat global mereka di Munich, Jerman, dan mempunyai hampir 3,000 orang pekerja di seluruh dunia. www.siemens.com/finance.

SPIC Brasil, anak syarikat milik State Power Investment Corporation (SPIC), sebuah syarikat penjana tenaga global dan projek berkaitan. Di Brazil, ini diterjemahkan ke dalam penyatuan di antara kepakaran dan kekuatan kewangan bagi sebuah kumpulan Cina yang besar dan perintis Australia selama lebih 20 tahun pengalaman di dalam tenaga yang boleh diperbaharui. Pada masa ini, SPIC Brasil mengendalikan Loji Kuasa Hidroelektrik São Simão, di sempadan di antara negeri Minas Gerais dan Goiás, Ladang Angin Millennium dan Ladang Angin Vale dos Ventos di Negeri Paraíba. Di Brazil, syarikat itu mempunyai kira-kira 160 orang pekerja, yang terletak di São Paulo (SP), Natal (RN), São Simão (GO) dan Mataraca (PB). SPIC Global mempunyai jumlah kapasiti terpasang sebanyak 151 GW. Ia mempunyai lebih daripada 130,000 orang pekerja di 64 buah negara di mana ia beroperasi.

Prumo adalah kumpulan ekonomi pelbagai perniagaan yang bertanggungjawab untuk pembangunan strategik bagi Pelabuhan Açu. Kami dikendalikan oleh EIG Global Energy Partners, sebuah dana yang berpusat di Amerika Syarikat yang memberi tumpuan kepada tenaga dan infrastruktur, dan oleh Mubadala Investment Company, sebuah pelabur aktif dan berinovatif yang memperuntukkan modal di dalam pelbagai segmen.

Melalui 6 buah syarikat Kumpulan itu (Porto do Açu Operações, Ferroport, Açu Petróleo, GNA, Dome dan BP Prumo) dan pelanggan dan rakan kami, Pelabuhan Açu menyokong segmen minyak & gas, logistik pelabuhan dan perlombongan. Infrastruktur mereka mempunyai potensi yang unik untuk menyokong perniagaan baharu dan beberapa bidang industri yang lain.

Berpandukan oleh perspektif strategik Prumo, Açu kini merupakan satu daripada perusahaan terbesar dan paling berpotensi di Brazil. Dengan keselamatan dan kecekapan operasi yang digabungkan dengan kekuatan visi jangka panjang Kumpulan itu dan kedudukannya yang dekat dengan lembangan penerokaan minyak utama, Açu sedang bergabung untuk menjadi penyelesaian terbaik bagi tuntutan yang paling mencabar.

bp adalah sebuah perniagaan tenaga bersepadu yang mempunyai operasi di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Australasia, Asia dan Afrika. Kami beroperasi di 79 buah negara. Dengan pengalaman lebih dari 100 tahun di dalam dunia tenaga, kami memahami pasaran tenaga dengan mendalam, dan telah membangunkan kemampuan unik di dalam perdagangan, pemasaran, teknologi dan inovasi. Tujuan baharu bp adalah membayangkan  semula tenaga untuk manusia dan planet kita – agar bp dapat menjadi sebuah syarikat sifar bersih menjelang tahun 2050 atau lebih awal, dan untuk membantu dunia mencapai sifar bersih.

EIG Global Energy Partners (“EIG”), adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga global dengan $22.9 bilion di bawah pengurusan setakat 30 Jun, 2020. EIG mengkhususkan diri di dalam pelaburan persendirian  di dalam infrastruktur tenaga dan berkaitan tenaga pada asas global. Sepanjang sejarah mereka selama 38 tahun, EIG telah memberikan komitmen lebih $34.2 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih daripada 360 projek atau syarikat di 36 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web EIG di www.eigpartners.com.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200810005361/en/

Hubungi

Media
Siemens
Priscilla Garcez: +55 11 98996-2610 - priscilla.garcez@siemens.com
Jillian Lukach: +1 (732) 512-7550 - jillian.lukach@siemens.com

Prumo
Thaina Halac: +55 (21) 3114-0779 - thaina@danthicomunicacoes.com.br

SPIC
PUBLICIS CONSULTANTS
Cibele Gandolpho: +55 11 96477-2701 - cibele.gandolpho@mslgroup.com
Thaís Thomaz: +55 11 3169-9373 – thais.thomaz@mslgroup.com

EIG
Sard Verbinnen & Co.
Kelly Kimberly/Brandon Messina: +1 212 687 8080

Sumber : Prumo

No comments:

Post a Comment