Wednesday, August 5, 2020

JDE PEET'S MELAPORKAN KEPUTUSAN SETENGAH TAHUN 2020 YANG KUKUH

Prestasi mantap menggambarkan daya ketahanan bagi perniagaan dan jenama

• Mencatatkan pertumbuhan jualan di rumah (CPG) yang didorong oleh pasaran maju
• Prestasi CPG sebahagian besarnya mengimbangi luar dari rumah
• Pemulihan yang baik luar dari rumah bermula pada Jun
• Pertumbuhan organik EBIT diselaraskan sebanyak 10.5% kepada EUR 642 juta
• Keuntungan dasar meningkat sebanyak 12.0%; EPS dasar sebanyak EUR 0.791
• Leveraj meningkat kepada 3.4x, dari 4.2x pada akhir Tahun Kewangan 2019
• Penyelesaian berjaya bagi IPO

AMSTERDAM, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) --

Satu perutusan dari Casey Keller, Ketua Pegawai Eksekutif bagi JDE Peet's


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200803005830/en/

“JDE Peet’s menyampaikan prestasi yang mantap pada separuh pertama tahun 2020, yang menunjukkan daya ketahanan bagi perniagaan dan jenama kami walaupun terdapat gangguan ekonomi dan sosial akibat COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini. Portfolio kopi dan teh kami yang seimbang membolehkan kami untuk menyesuaikan diri dengan pantas kepada tabiat pengguna yang berubah dengan pantas, berikutan perubahan dinamik bagi cawan dari persekitaran yang luar dari rumah kepada di rumah. Pada peringkat awal krisis, pasukan kami telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja di seluruh dunia, dan melindungi operasi perniagaan kami, yang membolehkan kami untuk terus melayani pelanggan dan pengguna tanpa gangguan bekalan. Walaupun wujud persekitaran yang tidak menentu, kami telah menyampaikan pertumbuhan EBIT diselaraskan yang sangat kukuh, yang mencerminkan tumpuan kami yang khusus dan juga pendekatan yang berdisiplin kepada pengurusan kos. Di samping itu, kami berada di landasan yang baik untuk memenuhi matlamat mengurangkan tahap hutang. Bermula pada Jun, kami telah melihat pemulihan yang baik di dalam perniagaan luar dari rumah kami ketika pasaran tempatan mula pulih daripada sekatan pergerakan. Memandangkan portfolio kami yang mantap bagi produk dan saluran, kami berada pada kedudukan yang unik untuk terus memperolehi penguasaan pasaran ketika kami berputar untuk memenuhi keperluan dan peluang bagi pelanggan kami dan pengguna di seluruh dunia.”

No comments:

Post a Comment