Wednesday, September 29, 2021

PPRO MENAWARKAN PENYATUAN KE DALAM PLATFORM PERDAGANGAN PAYPAL BAGI PSP DI SELURUH DUNIA

LONDON, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PPRO hari ini mengumumkan penyatuannya dengan Platform Perdagangan PayPal.

Langkah itu semakin mengukuhkan kedudukan utama pasaran PPRO sebagai satu daripada penyedia bagi infrastruktur pembayaran tempatan untuk penyedia perkhidmatan pembayaran (PSP), bank, dan get laluan.

Penyatuan PPRO akan membolehkan pelanggan mereka untuk mengurangkan dengan ketara masa untuk mengintegrasikan penyelesaian Platform Perdagangan PayPal dan memberikan pelanggan akses kepada Dompet PayPal. Perkembangan ini memberikan pelanggan PPRO peluang untuk membolehkan akses saudagar mereka kepada pangkalan pengguna PayPal yang melebihi 403 juta akaun aktif merentasi 200 pasaran.

Claire Gates, Ketua Pegawai Komersial bagi PPRO, berkata: “Berita hari ini menandakan satu langkah ke hadapan di dalam perhubungan PPRO dan PayPal sejak dahulu lagi. Manfaat bagi rakan kongsi untuk menyertai platform PPRO adalah jelas: kami menjimatkan masa dan wang mereka, dan menyediakan kualiti bagi penyatuan kaedah pembayaran yang membawa kepada kadar penukaran yang tinggi. Dengan penambahan Platform Perdagangan PayPal - dan keupayaan untuk menawarkan Dompet PayPal - penawaran ini tidak dapat diabaikan oleh sesiapa yang beroperasi di dalam ruang e-dagang global.”

Dengan bergandingan dengan PPRO, PSP, bank, platform, dan perusahaan dengan platform pembayaran tidak hanya memperoleh keuntungan daripada akses kepada Platform Perdagangan PayPal, tetapi daripada pelbagai kaedah pembayaran tempatan (LPM) di seluruh dunia. Kepakaran pembayaran global PPRO, platform yang direka untuk prestasi dan inovasi, nilai melalui rangkaian PPRO bagi LPM dan PSP kesemuanya boleh diakses dengan hanya satu kontrak dan satu penyatuan. Kemudahan ini menghapuskan kerumitan yang menyelubungi pembayaran tempatan, meningkatkan kelajuan ke pasaran, dan membantu meningkatkan jualan bagi peniaga.

PPRO dan PayPal akan mengadakan satu penstriman langsung pada 7 Oktober, 2021 pada pukul 11:30 CEST untuk membincangkan perkongsian mereka dan bagaimana syarikat-syarikat di seluruh dunia boleh mencapai kadar penukaran yang tinggi dengan menawarkan kaedah pembayaran yang diketahui dan dipercayai oleh pelanggan.

PPRO telah memantapkan diri sebagai satu daripada penyedia infrastruktur pembayaran tempatan yang paling dipercayai di ruang pembayaran rentas sempadan, membantu untuk memperkuatkan pertumbuhan antarabangsa bagi penyedia perkhidmatan pembayaran, bankget laluan dan perusahaan dengan platform pembayaran.

Berita mengenai penyatuan Platform Perdagangan PayPal datang selepas PPRO mengumumkan pada awal tahun ini bahawa ia telah mengumpulkan AS$180 juta, untuk membawa nilai keseluruhan firma itu kepada lebih AS$1 bilion. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15034

Tuesday, September 28, 2021

GUANGXI: MEMBUKA PROSPEK BAHARU UNTUK KERJASAMA DI DALAM INOVASI SAINTIFIK DAN TEKNOLOGI DENGAN ASEAN




NANNING, China, 27 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Dari 9 hingga 13 September, Forum ke-9 mengenai Pemindahan Teknologi China-ASEAN dan Inovasi Kerjasama telah dirasmikan di Nanning. Platform Perdagangan Teknologi China-ASEAN dan Ruang Inovasi bagi Bakat-bakat Sains dan Teknologi China-ASEAN telah dilancarkan secara rasmi pada persidangan itu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan geografi bagi Guangxi, iaitu bersebelahan dengan negara-negara ASEAN, melaksanakan Pelan Tindakan Sains, Teknologi dan Inovasi “Belt and Road”, memperkukuhkan pembinaan Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN (kemudian dari ini dirujuk sebagai “CATTC”), berusaha untuk membuka satu keadaan baharu dalam kerjasama di dalam inovasi saintifik dan teknologi di antara Guangxi dan ASEAN.

Di bawah bimbingan Kementerian Sains dan Teknologi, Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi telah mempelopori satu mod baharu bagi pemindahan teknologi, membantu CATTC untuk mewujudkan mekanisme pemindahan teknologi dua hala antara kerajaan dengan 9 negara ASEAN termasuk Thailand, Laos dan Kemboja, menubuhkan kumpulan kerja pemindahan teknologi bersama dengan 7 negara ASEAN, dan mewujudkan satu rangkaian kerjasama pemindahan teknologi China-ASEAN yang meliputi 10 negara ASEAN dan beberapa negara di Inisiatif Belt and Road dengan lebih 2,600 anggota, yang telah memberikan dorongan kuat kepada kerjasama di antara China dan negara-negara ASEAN dalam inovasi saintifik dan teknologi.

Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi telah secara aktif bekerjasama dengan universiti dan institusi di dalam dan luar negara untuk mewujudkan platform inovasi seperti Pusat Inovasi Bangkok Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN, Pusat Inovasi Saintifik dan Teknologi Guangxi Nanyang, dan Pusat Inovasi Serantau China-ASEAN bagi Big Earth Data untuk melayani strategi pembangunan yang didorong oleh inovasi bagi Guangxi; menggalakkan perkongsian mekanisme bagi sumber inovasi saintifik dan teknologi domestik dan antarabangsa di bawah corak dwi-kitaran baharu, membantu perusahaan sains dan teknologi, universiti dan institusi Guangxi untuk menubuhkan 20 makmal bersama atau pusat inovasi di 9 negara ASEAN dan menjalankan kerjasama dengan negara-negara Inisiatif “Belt and Road”, terutama negara-negara ASEAN, dalam inovasi saintifik dan teknologi; dan membantu dengan penubuhan 12 taman sains dan teknologi pertanian di negara-negara ASEAN, menggalakkan  daya pengeluaran persaingan China untuk “pergi global” melalui Pusat Penyelidikan Perubatan Tradisional China-Thailand dan Makmal Aplikasi Bersama Beidou China-Malaysia, dll., dan menggalakkan penerapan pencapaian teknologi termaju di dalam pertanian moden, tenaga baharu, perubatan tradisional, pemprosesan makanan, maklumat elektronik dan kejuruteraan kimia di negara-negara ASEAN untuk memacukan pembangunan tempatan dalam sains, teknologi dan ekonomi.

Untuk menangani dengan masalah pembangunan serantau, Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi secara aktif menggalakkan penyelidikan bersama, pembangunan dan penggalakan teknologi generik utama di antara institusi penyelidikan saintifik dan perusahaan di Guangxi dan negara-negara ASEAN. Sebagai contoh, ia telah membantu Universiti Perubatan Cina Guangxi, Akademi Sains China dan Universiti Mahidol Thailand untuk menjalankan “Penyelidikan berhubung Ubat Anti-Novel Koronavirus Berdasarkan pada Bahan Ubat Asli Cina dan Thailand”, melengkapkan panduan kombinasi ubat untuk rawatan COVID-19, menganalisis dan memperoleh struktur tiga dimensi pertama di dunia bagi protein koronavirus novel, memberikan sokongan kuat bagi pengembangan seterusnya ubat anti-SARS-CoV-2 baharu; dan membantu China-ASEAN Information Harbour Co., Ltd. berhubung dengan perusahaan telekomunikasi di Filipina untuk meningkatkan pembangunan bandar raya pintar itu, pengkomputeran awan, data besar dan Internet Benda di Filipina.
 
Sumber: Jabatan Sains dan Teknologi bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang

Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402014
 
   Kapsyen: Membina Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN
  
    Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402026
 
    Kapsyen: Pangkalan Budaya Sangkar Laut Dalam Hiseaton Brunei  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15032 

Saturday, September 25, 2021

ILLUMINATION DAN NINTENDO MENGUMUMKAN TARIKH TAYANGAN TEATER DAN SENARAI PELAKON SUARA UNTUK FILEM ANIMASI SUPER MARIO BROS.

SANTA MONICA, Calif. & KYOTO, Jepun, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Illumination (Ibu Pejabat: Santa Monica, CA, Amerika Syarikat; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif: Chris Meledandri) dan Nintendo Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Kyoto, Minami-ku, Jepun; Wakil Pengarah dan Presiden: Shuntaro Furukawa, “Nintendo” selepas ini) hari ini mengumumkan bahawa filem animasi baharu mereka yang didasarkan pada dunia Super Mario Bros. akan dilancarkan di seluruh dunia pada musim percutian 2022. Universal Pictures akan melancarkan filem itu di Amerika Utara pada 21 Disember, 2022, dengan jadual tayangan untuk negara dan wilayah tambahan diumumkan pada satu tarikh yang akan datang. Filem itu akan dibiayai bersama oleh Universal Pictures dan Nintendo.

Di samping itu, kedua-dua syarikat itu mengumumkan senarai pelakon suara untuk watak-watak Mario (Chris Pratt), Princess Peach (Anya Taylor-Joy), Luigi (Charlie Day), Bowser (Jack Black), Toad (Keegan-Michael Key), Donkey Kong (Seth Rogen), Cranky Kong (Fred Armisen), Kamek (Kevin Michael Richardson) dan Spike (Sebastian Maniscalco). Setiap pelakon suara diambil kerana keupayaan mereka untuk menjiwai semangat unik bagi watak mereka.

Filem animasi baharu ini akan dihasilkan oleh Chris Meledandri dari Illumination dan Shigeru Miyamoto dari Nintendo, diarah oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic, yang sebelum ini bekerjasama dalam siri animasi Teen Titans Go! dan filem Teen Titans Go! To the Movies. Skrip filem bagi filem itu akan ditulis oleh Matthew Fogel, yang sebelum ini telah menghasilkan The LEGO Movie 2: The Second Part dan filem akan datang Illumination film Minions: The Rise of Gru.

“Mario dan Luigi adalah dua wira yang paling disayangi dalam semua budaya popular, dan kami merasa terhormat kerana mempunyai peluang yang unik untuk bekerjasama dengan Shigeru Miyamoto dan pasukan yang banyak daya imaginasi di Nintendo untuk menghidupkan watak-watak ini dalam sebuah filem animasi, tidak seperti mana-mana filem yang dibuat oleh Illumination sehingga kini,” kata Chris Meledandri, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Illumination, dan pengarah luar Nintendo.

“Kami bekerjasama dengan Chris dan pasukan beliau yang berpengalaman untuk bukan sahaja membuat film berlesen karakter, tetapi satu hiburan baharu yang menghidupkan Super Mario Bros. di layar perak, dan membolehkan semua orang untuk menikmati sama ada mereka tahu atau tidak tentang permainan itu. Penghasilan itu setakat ini adalah konstruktif dan berjalan dengan baik, dan kedua-dua pihak saling belajar begitu banyak di antara satu sama lain. Kami dengan rendah hati meminta peminat menunggu sedikit masa  lagi untuk tayangan perdana itu, dan kami berharap mereka tidak sabar melihat watak-watak unik dari Super Mario Bros. di skrin besar,” kata Shigeru Miyamoto, Wakil Pengarah,  Felow bagi Nintendo.
  • Senarai pelakon suara
Mario – Chris Pratt
Princess Peach – Anya Taylor-Joy
Luigi – Charlie Day
Bowser – Jack Black
Toad – Keegan-Michael Key
Donkey Kong – Seth Rogen
Cranky Kong – Fred Armisen
Kamek – Kevin Michael Richardson
Spike – Sebastian Maniscalco
??? – Charles Martinet
  • Maklumat mengenai filem animasi Super Mario Bros.
Filem animasi Super Mario Bros ini, yang akan dihasilkan oleh Chris Meledandri dari Illumination dan Shigeru Miyamoto dari Nintendo, dijadual dikeluarkan pada musim percutian 2022. Tayangan perdana dijadualkan pada 21 Disember 2022, di Amerika Utara. Jadual tayangan untuk negara dan wilayah tambahan diumumkan pada satu tarikh yang akan datang. Filem itu akan dibiayai bersama oleh Universal Pictures dan Nintendo, yang dikeluarkan di seluruh dunia oleh Universal Pictures.
  • Maklumat mengenai Illumination
Illumination, yang diasaskan oleh calon Anugerah Akademi® Chris Meledandri pada tahun 2007, adalah satu daripada pengeluar terkemuka filem animasi acara dalam industri hiburan. Francais syarikat itu termasuk dua daripada empat filem animasi terkemuka sepanjang masa, dan jenama ikoniknya yang disayangi dengan watak-watak yang tidak dapat dilupakan dan menarik, mempunyai tarikan global dan hubungan kebudayaan telah menjana lebih dari $6.25 bilion di seluruh dunia. Illumination mendapat penghormatan dari Fast Company sebagai satu daripada syarikat paling inovatif di dunia.
  • Maklumat mengenai Nintendo
Nintendo Co., Ltd., yang beribu pejabat di Kyoto, Jepun, telah mewujudkan francais yang namanya telah menjadi sebutan ramai di seluruh dunia, termasuk Mario™, Donkey Kong™, The Legend of Zelda™, Metroid™, Pokémon™, Animal Crossing™, Pikmin™ dan Splatoon™, melalui produk perkakasan dan perisian bersepadu mereka. Nintendo berhasrat untuk menyampaikan pengalaman hiburan yang unik dan intuitif untuk semua orang, pembuatan dan pemasaran peranti permainan video seperti Nintendo Switch™ keluarga bagi sistem, membangun dan mengendalikan aplikasi untuk peranti pintar, dan bekerjasama dengan rakan-rakan dalam pelbagai inisiatif hiburan lain seperti kandungan visual dan taman tema. Nintendo telah menjual lebih 5.1 bilion permainan video dan lebih 800 juta unit perkakasan di seluruh dunia. Dari pelancaran Nintendo Entertainment System™ lebih 30 tahun yang lalu, sehingga hari ini dan pada masa depan, misi berterusan Nintendo adalah untuk mencipta hiburan unik yang memberikan senyuman di wajah orang ramai di seluruh dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15023

GUPSHUP MEMPEROLEH PLATFORM RCS TERKEMUKA, DOTGO

Pengambilalihan mendorong Gupshup ke dalam kepimpinan global dalam RCS (Perkhidmatan Komunikasi Beraneka), memantapkan platform pemesejan perbualan berasaskan IP mereka.

Dotgo akan juga membantu Gupshup mempercepatkan pertumbuhan ke Afrika.

SAN FRANCISCO & BERKELEY HEIGHTS, N.J., 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gupshup, peneraju di dalam pemesejan perbualan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Dotgo yang berpangkalan di New Jersey. Dotgo adalah peneraju industri global di dalam pemesejan perniagaan RCS (RBM), dengan teknologi yang telah memenangi anugerah seperti RichOTP®, RichSMS™, Bot Store®, dan MaaP (Pemesejan sebagai satu Platform) yang mendorong pertumbuhan Pemesejan Perniagaan RCS. Sebuah rakan yang mantap bagi Google, Mavenir, Synchronoss, Vodafone, dan Orange, Dotgo menguruskan RBM di beberapa pasaran, dan mengendalikan Hab RBM terbesar di dunia dengan penyambungan global kepada pengguna RCS di seluruh dunia. Dotgo berada pada kedudukan yang unik untuk membantu jenama-jenama mengintegrasikan, dengan API mudah, saluran RCS ke dalam komunikasi pelanggan mereka, sama ada untuk jualan, sokongan, perkhidmatan, atau proses perniagaan yang lain.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210923005293/en/

Dotgo, yang dikuasakan oleh sebuah pasukan pengasas dengan sejarah inovasi teknologi yang kaya, adalah sebuah lulusan Cohort 6 daripada pemecut Permulaan IIT. Dotgo berkembang pesat pada tahun 2021 ketika RCS mendapat daya tarikan di Amerika Utara, Eropah, India, Brazil, dan Nigeria. MaaP Dotgo, yang ditawarkan dalam perkongsian dengan, dan pra-integrasi dengan, platform Google Jibe, telah dipilih untuk mengendalikan pemesejan perniagaan RCS di beberapa operator mudah alih. Dotgo telah menjadi sebuah penyumbang utama di Forum Ekosistem Mudah Alih dan GSMA dalam mendefinisikan standard dan proses untuk pemesejan perniagaan RCS.

Dotgo akan memperkukuhkan dengan signifikan platform pemesejan perbualan Gupshup yang membolehkan perniagaan dan pemaju untuk membina pengalaman pelanggan yang kaya. Gupshup juga merancang untuk memanfaatkan pengalaman dan kehadiran Dotgo yang mantap di Afrika untuk berkembang di sana.

“Pengalaman percakapan menjadi kunci kepada interaksi perniagaan-pelanggan, dan saluran pemesejan RCS adalah satu pemboleh kritikal,” kata Beerud Sheth, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Gupshup. “Inovasi produk, daya tarikan pasaran, dan kepimpinan pemikiran Dotgo dalam ekosistem RCS benar-benar mengagumkan. Bersama-sama, kami akan dapat menawarkan penyelesaian pemesejan perbualan yang lebih luas kepada perniagaan dan pembangun. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan mereka ke dalam keluarga Gupshup.”

Inderpal Singh Mumick, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Dotgo, berkata, “Pemesejan perniagaan RCS ditakdirkan untuk mengubah cara perniagaan berkomunikasi dengan pelanggan mereka. Kami memulakan Dotgo untuk membuat API yang memudahkan jenama dan pemain lain di dalam ekosistem itu menggunakan RCS, sambil menjaga dan menyembunyikan semua kerumitan bahagian belakang dari pelanggan kami. Dengan penambahan RCS, Gupshup sudah pasti akan menjadi syarikat pemesejan IP paling mantap, dan dengan itu membantu kami mempercepatkan misi kami.”

Johanna Kollar, Pemimpin Perkongsian, Produk Komunikasi, Google, berkata, “Kami mengucapkan tahniah kepada Dotgo dan Gupshup di atas pemerolehan ini. Kami telah bekerjasama rapat dengan Dotgo, dan sangat kagum dengan kualiti produk dan perkhidmatan mereka. Kami berharap dapat mengembangkan perhubungan kami memandangkan pasukan Dotgo menjadi sebahagian daripada Gupshup.”

“Anggota pasukan Dotgo mempunyai wawasan dalam mengenali potensi RCS yang pada ketika ia sangat sedikit mendapat penerimaan. Kami mengucapkan tahniah kepada mereka kerana membina produk terkemuka di dalam industri yang diterima oleh pelanggan di seluruh dunia, ketika RCS sedang berkembang pesat. Pertaruhan mereka terbukti berhasil, dan menggabungkan dengan sebuah syarikat luar biasa seperti Gupshup akan mewujudkan cadangan nilai yang jauh lebih kuat di pasaran,” kata Naren Gupta, Pengarah Urusan, Nexus Venture Partners.

RCS akan menjadi satu saluran pemesejan penting di dalam Platform Pemesejan Percakapan Gupshup, dengan menambah 30 saluran pemesejan lain yang tersedia untuk pelanggan melalui API Tunggal Gupshup untuk pemesejan. RCS, sebagai sebahagian daripada standard 5G, adalah generasi SMS seterusnya yang merangkumi gambar, audio, video, dan kehadiran, digabungkan dengan peningkatan keselamatan dan penyulitan. Mesej RCS dihantar ke aplikasi pemesejan natif seperti Mesej Perniagaan Google dan Mesej Samsung di telefon Android. Pemesejan Perniagaan RCS menggunakan ciri-ciri RCS yang kaya dan interaktif untuk membolehkan pemesejan perniagaan yang berjenama dan selamat. RCS tersedia di seluruh dunia dengan lebih 600 juta pengguna aktif bulanan, termasuk kira-kira 20% pengguna telefon pintar di India.

Maklumat mengenai Dotgo

Dotgo®, sebuah pemimpin global di dalam RCS, sedang membangunkan API dan platform awan yang diperlukan dalam sebuah dunia di mana setiap perniagaan harus mempunyai kehadiran di dalam aplikasi pemesejan, sama seperti mereka mempunyai laman web dan aplikasi telefon pintar. API dan perkhidmatan Dotgo membolehkan jenama dan pembangun membina pengalaman perbualan yang mengubah interaksi pelanggan, dan membantu pengendali mudah alih untuk melancar, mengurus, dan mengewangkan pesanan perniagaan RCS. Dotgo adalah penyedia bagi Dotgo Bot Store®, direktori RCS yang pertama dan terbesar di dunia dan bot WhatsApp, Dotgo MaaP, RichOTP®, RichSMS™, dan Hab RBM. Dotgo adalah sebuah rakan Google, sebuah Penyedia Penyelesaian Perniagaan WhatsApp, dan ahli Forum Ekosistem Mudah Alih. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dotgo.com. Bot Store, Dotgo, dan RichOTP adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Dotgo Systems Inc. di Amerika Syarikat dan bidang kuasa lain.

Maklumat mengenai Gupshup

Gupshup membolehkan penglibatan pelanggan yang lebih baik melalui pemesejan perbualan. Gupshup adalah platform pemesejan perbualan terkemuka, yang memperkasakan lebih 6 bilion mesej setiap bulan. Di bahagian menegak, ribuan perniagaan besar dan kecil di pasaran baru muncul menggunakan Gupshup untuk membina pengalaman perbualan merentasi pemasaran, jualan, dan sokongan. Platform gred pembawa Gupshup menyediakan satu API pesanan tunggal untuk lebih 30 saluran, satu kit peralatan membina pengalaman perbualan yang kaya untuk sebarang kes penggunaan dan satu rangkaian perkongsian pasaran yang baru muncul merentasi saluran pesanan, pengeluar peranti, ISV, dan pengendali. Dengan Gupshup, perniagaan telah menjadikan perbualan sebagai satu bahagian penting bagi kejayaan penglibatan pelanggan mereka. Gupshup hadir di India, LATAM, Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah Timur, Afrika dan Amerika Syarikat. Sila layari  www.gupshup.ioBerbual dengan bot Gupshup. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15022

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: 1,000 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN DI SEPANG, SELANGOR

 CYBERJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Program CSR Hasil Prihatin yang dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyumbangkan 1,000 lagi bakul makanan pada hari ini di Sepang, Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

 
Serahan bakul makanan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan Ustaz Hazman bin Che Mohamed, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS di Menara Hasil Cyberjaya serta turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM. Penyerahan bakul makanan dibuat kepada wakil-wakil beberapa masjid dan penduduk setempat yang kemudiannya akan diagihkan kepada penerima sumbangan yang telah dikenalpasti. Antara masjid yang terlibat ialah:

i. Masjid Taman Putra Perdana, Puchong;
ii. Masjid Meranti, Kampung Pulau Meranti, Puchong;
iii. Masjid Jameatus Solehah, Dengkil;
iv. Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang; dan
v. Masjid Al-Makmur, Kg. Giching, Sepang.

Program tanggungjawab sosial ini memberi fokus kepada kelangsungan hidup golongan rentan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 melalui sumbangan bekalan makanan dan keperluan asas mereka. Ia telah diadakan secara berperingkat di seluruh negara bermula pada 31 Julai 2021 yang lalu. Dengan selesainya program penyerahan di Cyberjaya ini, jumlah terkumpul serahan sumbangan adalah sebanyak 15,090 bakul makanan. Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh para penerima sumbangan dan mengeratkan lagi hubungan LHDNM dengan masyarakat. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15020

Friday, September 24, 2021

PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA MERAIKAN ULANG TAHUN KEDUA DENGAN MENGUMUMKAN INISIATIF BERKESAN UNTUK MEMACUKAN PERUBAHAN BAGI USAHAWAN WANITA

Logo Pemecut Keusahawanan Wanita (Grafik: WEA)

NEW YORK, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemecut Keusahawanan Wanita  (WEA), satu inisiatif strategik pelbagai perkongsian yang diwujudkan oleh lima agensi PBB dan Mary Kay Inc., hari ini merayakan ulang tahun keduanya dengan mengumumkan kemajuan dalam beberapa program yang dirancang untuk memberi kesan kepada 5 juta wanita di seluruh dunia menjelang tahun 2030. Program dan produk pengetahuan itu, yang seterusnya menunjukkan komitmen WEA untuk memaksimumkan kesan pembangunan bagi keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB, akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210923005313/en/

“Dua tahun lalu, Pemecut itu komited untuk membolehkan usahawan wanita memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sebagai satu usaha bagi mempercepatkan kemajuan menuju kesamaan wanita,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay Inc. “Hari ini, kami sangat teruja untuk melaporkan kemajuan pada janji itu dan menunjukkan kesan unik yang dicapai oleh lima agensi PBB dan sektor swasta ketika bekerjasama. Program-program ini mewakili langkah-langkah konkrit menuju transformasi sistemik yang diperlukan untuk memupuk satu persekitaran pertumbuhan, kelestarian, dan daya ketahanan bagi pengusaha wanita.”

Program strategik itu, kesemuanya dibentuk dengan satu tumpuan yang unik pada gender, adalah hasil bersama bagi kerjasama di antara Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) PBB Global Compact (UNGC), Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Wanita PBB dengan sokongan dan pembiayaan strategik dari Mary Kay.

· Peralatan & Latihan Membina Kapasiti Digital

Bekerjasama dengan ITC SheTrades, Pemecut itu akan menawarkan sebuah kurikulum berpandu yang dilengkapi dengan latihan di lapangan untuk wanita dari negara-negara membangun yang berminat dalam bidang keusahawanan dan/atau merancang untuk bergabung ke dalam rantaian nilai serantau dan global. Sesi latihan di dalam negara 2021 akan berlangsung secara maya di Brazil, Colombia, India, dan Mexico.

Kurikulum dalam talian mengenai Keusahawanan bertujuan untuk mengajar usahawan wanita mengenai kemahiran untuk mereka dan mewujudkan perniagaan yang berpotensi untuk berdaya maju dari segi ekonomi. Melalui 27 modul interaktif yang merangkumi tujuh peringkat penting dalam pengembangan perniagaan dan diperkayakan dengan lebih 200 video, peserta akan belajar mengenai cara bagaimana menerapkan budaya keusahawanan, mengembangkan idea melalui pemikiran reka bentuk dan metodologi permulaan, menyiapkan sebuah kanvas model perniagaan, merancang medan perniagaan, mengenal pasti sumber dana, mencari rakan kongsi yang sesuai, mengatur bimbingan, membina sebuah pasukan, dan menubuhkan perniagaan mereka.

PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA MERAIKAN ULANG TAHUN KEDUA DENGAN MENGUMUMKAN INISIATIF BERKESAN UNTUK MEMACUKAN PERUBAHAN BAGI USAHAWAN WANITA

IKIM PERKUKUH PENERBITAN DAN PENYIARAN DIGITAL SEBAGAI AMALAN NORMA BAHARU

KUALA LUMPUR23 Sept (Bernama) -- Bagi menyahut seruan kerajaan dalam pendigitalan perkhidmatan secara menyeluruh, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil langkah proaktif dengan mengukuhkan pendigitalan sumber dan proses kerja seharian melalui penerbitan ‘e-Buku’ IKIM dan pengoperasian siaran Radio IKIM sepenuhnya melalui aplikasi perisian penyiaran mudah alih (Zetta2Go).

Sejak  penubuhan IKIM, Penerbit IKIM telah banyak menerbitkan buku-buku dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, syariah, politik dan sains. Buku-buku tersebut bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk fizikal, tetapi juga dapat dibaca dan dimuat turun dalam bentuk ‘e-Buku’ melalui laman web e-Sentral sejak tahun 2013.

IKIM PERKUKUH PENERBITAN DAN PENYIARAN DIGITAL SEBAGAI AMALAN NORMA BAHARU

MEMPERCEPATKAN KENEUTRALAN KARBON "FORUM INOVASI UNTUK BUMI SEJUK (ICEF2021) - DALAM TALIAN-"

TOKYO, 23 Sept., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Sekretariat ICEF mengumumkan pada 17 September bahawa Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) dan Pertubuhan Pembangunan Teknologi Tenaga dan Industri Baharu (NEDO) akan menganjurkan “Mesyuarat Tahunan ke-8 Forum Inovasi untuk Bumi Sejuk (ICEF2021)” secara dalam talian dari 6 hingga 7 Oktober.

ICEF2020:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106778/202109139949/_prw_PI1fl_HKkJJJyn.jpg



- Forum Inovasi untuk Bumi Sejuk (ICEF2021)
Setiap tahun sejak 2014, METI dan NEDO telah menganjurkan Forum Inovasi untuk Bumi Sejuk (ICEF) bagi mengumpulkan tokoh-tokoh antarabangsa terkemuka di Tokyo untuk membincangkan mengenai cara bagaimana menangani perubahan iklim melalui inovasi teknologi.
 
Misi ICEF adalah untuk memupuk perbincangan dan kerjasama di antara peserta dan untuk menyebarkan inovasi terkini industri di dalam teknologi tenaga dan alam sekitar dengan menyediakan sebuah tempat di mana pakar-pakar dapat berkongsi pengetahuan mereka tentang cara bagaimana untuk menangani cabaran alam sekitar terbesar bagi abad ke-21.

Sebuah jawatankuasa pemandu unggul, yang terdiri daripada anggota dari seluruh dunia, berusaha untuk membawa pemikir terbaik bersama bagi mengembangkan sebuah program yang menangani kekuatan perubahan sambil memastikan mereka didasarkan kepada bukti yang kukuh.

-Sorotan
Pergerakan Dunia bagi “Inovasi” untuk sebuah Masyarakat yang Nyahkarbon
 
Di dalam dunia, pelbagai inisiatif merentasi industri, kerajaan dan ahli akademik sedang dipercepatkan menuju ke arah sebuah Masyarakat Nyahkarbon. Terdapat banyak cabaran perubahan iklim yang berbeza, dan semua pemegang kepentingan di dalam masyarakat, termasuk sektor swasta dan kerajaan, diminta untuk menangani tindakan khusus dari perspektif jangka pendek dan jangka panjang.

-Kerangka
Mesyuarat Tahunan ke-8 Forum Inovasi untuk Bumi Sejuk (ICEF2021)
 
-Tema
Laluan untuk Keneutralan Karbon menjelang 2050:
Mempercepatkan Langkah bagi Penyahkarbonan Global
 
-Tarikh
6-7 Oktober, 2021 9:00 pagi- (JST)* / 0:00 pagi- (UTC)*
*Semua sesi dan acara akan berlangsung pada waktu siang, Waktu Standard Jepun, dan akan diedarkan secara dalam talian.
 
-Tempat
Forum Maya (Secara Langsung & Atas permintaan)
 
-Penganjur Bersama
Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI)
Pertubuhan Pembangunan Teknologi Tenaga dan Industri Baharu (NEDO)
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (MOFA)
Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT)
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF)
Kementerian Alam Sekitar (KPM)
 
-Rakan-rakan Institusi
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA)
Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Bangsa-bangsa Bersatu (UNIDO)
 
-Pendaftaran
https://www.icef.go.jp/register/ (Percuma)
 
-Program
https://www.icef.go.jp/program/
Program itu boleh berubah; maklumat dikemas kini secara berkala.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202109139949-O1-v5AFmJUn.pdf 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15015

Thursday, September 23, 2021

DELPHIX MELANTIK JOSH HARBERT KETUA PEGAWAI PEMASARAN

 Harbert Membawakan Pengalaman selama Berdekad dalam Pemasaran untuk Syarikat Teknologi dengan Pertumbuhan Tinggi



REDWOOD CITY, Calif., 23 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Delphix, syarikat data peneraju industri untuk DevOps, hari ini mengumumkan pelantikan Josh Harbert sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Harbert akan bertanggungjawab untuk membina organisasi pemasaran bertaraf dunia, mempercepat penjanaan rangkaian, meningkatkan kesedaran produk dan jenama serta meningkatkan keterlibatan pelanggan dengan Delphix.

“Kepimpinan bersifat analisis dan berfokus pada pendapatan Josh, digabungkan dengan rekod prestasi yang telah terbukti dalam membolehkan syarikat teknologi mengembangkan bahagian pasaran secara agresif, akan menjadi aset yang hebat sementara kita terus melaksanakan peluang pasaran besar kita,” kata Steven Chung, Presiden, Operasi Lapangan Seluruh Dunia, di Delphix.

Seorang pemimpin yang berorientasikan hasil, Harbert membawakan pengalaman pemasaran lebih daripada dua dekad di syarikat yang mempunyai pertumbuhan tinggi dengan fokus khusus pada penjanaan rangkaian, strategi pertumbuhan pemasaran berdasarkan akaun, penskalaan pasukan pemasaran dan tindanan teknologi, pemasaran pelanggan dan keterlibatan eksekutif.

Pengalaman kepimpinan pemasaran Harbert termasuklah di Apptio, Qumulo, dan paling terkini, Tanium. Semasa di Apptio, beliau berperanan penting dalam pertumbuhan syarikat daripada peringkat awal melalui IPO sehinggalah penjualan bernilai $2B kepada ekuiti persendirian pada tahun 2019.

Selain memimpin organisasi pemasaran global, beliau mengetuai pasukan yang bertanggungjawab untuk membangunkan standard dan amalan terbaik yang disahkan bagi membantu eksekutif IT menyampaikan kos, kualiti, dan nilai pelaburan IT kepada rakan kongsi perniagaan mereka. Ini mewujudkan kategori dan komuniti baharu dengan ribuan pemimpin IT.

“Pendekatan DevOps Delphix yang unik terhadap isu keselamatan dan pematuhan moden merupakan pengubah keadaan untuk perniagaan dalam setiap sektor,” kata Harbert. “Penyelesaian kami membuka kunci kuasa data dan memacu inovasi untuk sesetengah jenama global yang terbesar. Saya teruja untuk memimpin pasukan pemasaran di Delphix dan mewujudkan peluang untuk berkongsi kisah pelanggan yang menarik, mengembangkan kesedaran jenama kami dan memastikan setiap CIO dan ketua pembangunan aplikasi menggunakan Platform Data DevOps Delphix."

Harbert merupakan pelantikan terkini dalam satu siri pelantikan eksekutif untuk Delphix, susulan berita bahawa CEO HashiCorp, David McJannett, telah menyertai Lembaga Pengarah, Tammi Warfield menyertai sebagai Naib Presiden Kanan Kejayaan Pelanggan, Steve Barrett menyertai sebagai Naib Presiden Kanan Operasi Antarabangsa, dan Pritesh Parekh menyertai sebagai Ketua Pegawai Kepercayaan dan Keselamatan, dan Naib Presiden Kejuruteraan.

Perihal Delphix
Delphix ialah syarikat data yang peneraju industri bagi DevOps.

Data adalah penting untuk menguji pelancaran aplikasi, pemodenan, penggunaan awan dan program AI/ML. Kami menyediakan platform data DevOps berautomasi untuk semua aplikasi perusahaan. Delphix menopengkan data untuk pematuhan privasi, melindungi data daripada perisian tebusan, menyampaikan data yang berkesan dan dimayakan untuk CI/CD.

Platform kami merangkumi API DevOps penting untuk peruntukan, muat semula, gulung semula, penyepaduan dan kawalan versi data. Syarikat terkemuka, termasuk UKG, Choice Hotels, J.B. Hunt, and Fannie Mae, menggunakan Delphix untuk mempercepat transformasi digital. Untuk maklumat lanjut, lawati www.delphix.com atau ikuti kami pada LinkedInTwitter, dan Facebook.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Aarthi Rayapura
Pengarah, Editorial & Kandungan
aarthi.rayapura@delphix.com


SUMBER : Delphix Corp.

Wednesday, September 22, 2021

PERMAINAN MUDAH ALIH MATCH-3 AJAIB ZYNGA, HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS, MERAIKAN ULANG TAHUN SATU TAHUN

 



Table


Permainan Mudah Alih Match-3 Ajaib Zynga, Harry Potter: Puzzles & Spells, Meraikan Ulang Tahun Satu Tahun (Grafik: Business Wire)


Pemain adalah Dijemput menyertai satu Minggu yang penuh Kejutan dan Acara Khas sempena meraikan Peristiwa Penting itu


SAN FRANCISCO, 22 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih Match-3 ajaib mereka, Harry Potter: Puzzles & Spells, akan meraikan ulang tahun satu tahun dengan satu minggu yang dipenuhi dengan pesta ria. Bermula hari ini, peminat di seluruh dunia dijemput untuk menyertai perayaan itu dengan merancang hadiah dalam permainan selama tujuh hari, acara, cabutan bertuah dan kandungan baharu yang memperingati acara tersebut.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210921005079/en/

Sejak dilancarkan pada September 2020, Harry Potter: Puzzles & Spells telah menggembirakan peminat dengan teka-teki dan permainan dunia sihir mereka yang autentik. Dengan lebih 2,000 tahap teka-teki dalam perjalanan utama pemain, permainan itu terus mengundang pemain bersama-sama untuk bertemasya dalam keseronokan dan kegembiraan Hogwarts dengan kandungan baharu dan acara. Menyoroti pengembaraan pemain dalam permainan pada ulang tahun pertama ini, Zynga telah melancarkan satu treler baharu yang menampilkan sorotan permainan.

“Kami sangat berbangga dengan sanjungan dan penerimaan yang diterima oleh Harry Potter: Puzzles & Spells, tetapi kami lebih teruja dan merasa rendah diri oleh pemain yang telah menyertai kami dalam pengembaraan ini,” kata Yaron Leyvand, Naib Presiden Eksekutif, Permainan di Zynga. “Kami sangat teruja untuk meraikan peristiwa penting ini dengan peminat, dan berharap dapat membuka babak permainan yang seterusnya, bersama-sama.”

Diilhamkan oleh hari jadi Dudley Dursley yang paling tidak dapat dilupakan, bermula minggu ini, sebuah acara bertemakan ‘Zoo London’ baharu dalam permainan itu akan mengundang pemain untuk mengumpulkan ‘hadiah’ di papan permainan mereka untuk mendapatkan peti hadiah. Dengan membawa satu pintalan lingkaran ke acara yang diilhamkan oleh hari jadi ini, pemain boleh membuat padanan kepada kotak-kotak misteri di papan permainan mereka untuk mengeluarkan ular sawa di dalamnya. Bermula pada 23 September, pemain boleh turut serta di dalam tradisi Hogwarts yang dihargai dengan Acara House Pride dalam permainan, menyelesaikan teka-teki untuk memperolehi mata bagi rumah mereka dengan keputusan dijejaki di papan pendahulu global. Dari 22 hingga 24 September, pemain yang log masuk ke dalam permainan itu akan diberi hadiah ulang tahun dalam permainan setiap hari untuk meraikan acara itu.

Sepanjang minggu ulang tahun itu, pengunjung ke saluran Twitter, Facebook dan Instagram Harry Potter: Puzzles & Spells akan dijemput untuk menghantar memori kegemaran mereka dari permainan bertanda #PuzzlesAndSpellsAnniversary. Tiga pemain akan dipilih secara rawak untuk memenangi sebuah pakej hadiah ulang tahun, yang dipek dengan mata wang dalam permainan, barangan, berkas kuasa dan banyak lagi.

Dalam Harry Potter: Puzzles & Spells, pemain memasuki satu pengembaraan Match-3 yang penuh dengan jampi serapah, kelucuan, warna dan watak dari siri Harry Potter. Menampilkan muzik filem dan rakaman suara daripada filem-filem asal Harry Potter, peminat mengikuti satu perjalanan penceritaan semula Harry yang autentik, mudah alih melalui dunia sihir. Memperoleh jampi serapah dan dorongan istimewa ketika mereka bergerak maju, pemain menyelesaikan teka-teki Match-3 yang dipenuhi dengan Katak bersalut Coklat yang melompat, Kunci Bersayap yang berdebaran, memerangi kepingan catur sihir dan rintangan dan objek lain yang tidak dijangka. Dalam semangat keakraban dan persaingan persahabatan di Hogwarts, pemain boleh bergabung atau membentuk kelab dengan peminat lain untuk bersosial, bekerjasama dalam strategi teka-teki, berkongsi nyawa dan bersaing untuk hadiah dalam Acara Kelab eksklusif.

Harry Potter: Puzzles & Spells boleh dimainkan di peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut dan untuk berhubung dengan peminat lain, ikuti kami di FacebookInstagram dan Twitter, dan layari laman web permainan itu di www.harrypotterpuzzlesandspells.com.

Untuk aset sokongan sila layari: https://www.dropbox.com/sh/haxo6yr1pvx8txl/AAACWl5QigRsekaDgzelwXyVa?dl=0

Maklumat mengenai Zynga

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali di telefon bimbit termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Hair Challenge, Harry Potter: Puzzles & Spells, High Heels!, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Queen Bee™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Maklumat mengenai Warner Bros. Games
 
Warner Bros. Games, satu bahagian daripada Warner Bros. Home Entertainment, Inc., adalah sebuah penerbit, pemaju, pemberi lesen dan pengedar ulung di seluruh dunia bagi kandungan hiburan untuk ruang interaktif merentasi semua platform, termasuk konsol, genggam, mudah alih dan berasaskan permainan komputer peribadi untuk kedua-dua tajuk permainan dalaman dan permainan pihak ketiga. Maklumat tambahan mengenai Warner Bros. Games boleh diperolehi di https://www.wbgames.com/.
 
Maklumat mengenai Portkey Games
 
Portkey Games, daripada Warner Bros. Interactive Entertainment, adalah sebuah label permainan yang dikhususkan untuk mewujudkan pengalaman Dunia Sihir mudah alih dan permainan video yang baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling. Portkey Games menawarkan kepada pemain dengan peluang untuk membuat pilihan naratif mereka sendiri dan terlibat dengan tetapan Dunia Sihir untuk mencipta pengalaman baharu dan unik. Label itu dicipta untuk membawa pemain dan peminat dengan pengalaman permainan baharu yang membolehkan mereka untuk menyelidiki ke dalam keajaiban Dunia Sihir dalam cara yang mendalam di mana mereka dapat mendefinisikan kisah Dunia Sihir mereka sendiri.

WIZARDING WORLD, HARRY POTTER Publishing Rights © J.K. Rowling. HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS, PORTKEY GAMES, WIZARDING WORLD dan watak-watak HARRY POTTER,  nama dan tanda yang berkaitan © dan ™ Warner Bros. Entertainment Inc. ™ Zynga Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara.

WB SHIELD: ™ & © Warner Bros. Entertainment Inc. (s21)

Peraturan Cabutan Bertuah

*Tidak memerlukan pembelian; tidak akan meningkatkan peluang. penduduk Amerika Syarikat 18 tahun ke atas. 9/22/21-9/29/21 PT. Tertakluk kepada peraturan rasmi di https://zynga.social/HPM3Anniversary; lihat peluang, butiran mengenai hadiah & sekatan. Terbatal di mana terlarang. Penaja: Zynga.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang berkaitan, antara lain, ciri-ciri permainan dan acara-acara dan promosi waktu terhad di dalam Harry Potter: Puzzles & Spells. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mempunyai perkataan seperti “pandangan”, “terunjur”, “terancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang secara umumnya berbentuk pandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko, ketidakpastian, dan andaian yang signifikan. Pergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang diperolehi kepada kami pada tarikh berkenaan. Kami tidak berkewajiban untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan, dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210921005079/en/

Hubungi

Dana Whitney
dwhitney@zynga.com

Alexa Grandolfo
agrandolfo@zynga.com

Sumber : Zynga

ADAGIO THERAPEUTICS MENYEDIAKAN KEMAS KINI PROGRAM ANTIBODI COVID-19 SERTA SOROTAN PERNIAGAAN DAN HASIL KEWANGAN SUKU TAHUN KEDUA 2021

 Data Baharu yang Menyokong Potensi ADG20 bagi Kedua-dua Rawatan dan Pencegahan COVID-19 Bakal Dibentangkan pada IDWeek 2021


Populasi Pesakit dalam Percubaan Klinikal EVADE Global Fasa 2/3 bagi ADG20 Diperluas Berikutan Penilaian IDMC

IPO $355.8 Juta Dilengkapkan untuk Membiayai Kemajuan Berterusan bagi Portfolio Penyelesaian Berasaskan Antibodi untuk Penyakit Berjangkit dengan Kemungkinan Pandemik


WALTHAM, Mass., 22 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Adagio Therapeutics, Inc., (Nasdaq: ADGI) sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang menumpukan pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian berasaskan antibodi untuk penyakit berjangkit dengan kemungkinan pandemik, hari ini melaporkan kemas kini tentang program perintis antibodi COVID-19 pihaknya, ADG20, serta sorotan perniagaan dan hasil kewangan suku kedua 2021 yang terkini.

“Di seluruh dunia, COVID-19 terus menjadi krisis kesihatan besar yang mempengaruhi hampir setiap kumpulan umur. Dengan kemunculan varian baharu yang berterusan, terapi peneutralan secara meluas yang boleh digunakan untuk rawatan dan pencegahan penyakit adalah amat penting untuk menangani endemik semasa serta kemungkinan wabak akan datang,” kata Tillman Gerngross, Ph.D., pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Adagio. “Pasukan kami bekerja rapat dengan rakan kerjasama CRO global kami dalam pelaksanaan percubaan klinikal global yang sedang berlangsung bagi ADG20, STAMP dan EVADE, sementara bersiap sedia untuk pengkomersialan ADG20 sedunia yang dinanti-nantikan, jika diluluskan.

“ADG20 ialah antibodi sangat dibezakan yang sedang kita majukan dalam percubaan penting untuk kedua-dua rawatan dan pencegahan COVID-19. Kami berasa gembira dengan penilaian data dinyahbuta oleh IDMC untuk percubaan EVADE dan sokongan mereka terhadap rancangan kami untuk mengembangkan pendaftaran untuk merangkumi remaja dan wanita yang hamil atau menyusu,” kata Lynn Connolly, M.D., Ph.D., ketua pegawai perubatan Adagio. “Hingga kini, kami telah menjana pakej data yang menarik untuk ADG20 yang merangkumi peneutralan meluas bagi virus SARS-CoV-2 asal dan varian membimbangkan yang diketahui dalam model in vitro dan juga profil farmakokinetik dan kebolehtoleransian yang baik dalam percubaan Fasa 1 kami. Selanjutnya, pada IDWeek tahun ini, kami akan mengeluarkan data tambahan daripada percubaan Fasa 1 kami serta butiran berkenaan proses pemilihan dos kami untuk rawatan dan pencegahan yang kami percaya menyokong lagi peranan penting antibodi baharu ini untuk memerangi pandemik yang berterusan ini.”

Sorotan Program ADG20 COVID-19
  • Data ADG20 Baharu akan Dibentangkan dalam Berbilang Poster semasa IDWeek: Pada Persidangan Maya IDWeek 2021, Adagio merancang untuk membentangkan data tambahan yang menyerlahkan potensi ADG20 untuk menyediakan perlindungan daripada COVID-19 sehingga setahun berdasarkan separuh hayat yang dilanjutkan dalam manusia digabungkan dengan keupayaan peneutralan yang meluas dan mujarab dalam ujian makmal. Di samping itu, data itu menyokong penilaian dos 300mg, yang disampaikan sebagai suntikan intraotot tunggal, dalam percubaan klinikal global STAMP Fasa 2/3 (rawatan) dan EVADE (pencegahan). Data akan dibentangkan dalam berbilang poster, yang akan tersedia kepada hadirin berdaftar pada platform maya sepanjang tempoh persidangan, yang diadakan daripada 29 September – 3 Oktober, 2021. Pembentangan tersebut termasuk:
    • 1086: Model Farmakologi Sistem Kuantitatif Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi (QSP/PBPK) Seluruh Badan yang priori Ramalkan Farmakokinetik Intraotot (IM) bagi ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Rawatan dan Pencegahan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
    • 633: Hasil Awal daripada Kajian Dos Menaik Tunggal Fasa 1 yang Menilai Keselamatan, Titer Antibodi Peneutralan Serum Virus (sVNA), dan Profil Farmakokinetik (PK) bagi ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Rawatan dan Pencegahan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
    • 1089: Penggunaan Model Farmakologi Sistem Kuantitatif Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi (QSP/PBPK) Seluruh Badan untuk menyokong Pemilihan Dos ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Pencegahan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
    • 1088: Model Farmakologi Sistem Kuantitatif Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi (QSP/PBPK) Seluruh Badan untuk menyokong Pemilihan Dos ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Rawatan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
  • Populasi Pesakit yang Diperluas dalam EVADE berikutan Penilaian Data IDMC: Jawatankuasa pemantauan data bebas (IDMC) untuk percubaan EVADE Fasa 2/3 dalam ADG20 untuk pencegahan COVID-19 baru-baru ini memberikan pengesyoran untuk memperluas pendaftaran percubaan Fasa 3 untuk menyertakan remaja berumur 12 tahun ke atas, dan wanita hamil atau menyusu, serta penurunan dalam masa pemantauan pascasuntikan di klinik yang ditentukan oleh protokol. Pengesyoran IDMC adalah berdasarkan semakan mereka terhadap data keselamatan dan kebolehtoleransian yang dinyahbuta melalui lawatan pascarawatan Hari 28 daripada 200 peserta yang berdaftar dalam bahagian uji cuba Fasa 2 bagi percubaan.
  • Kerjasama dengan Biocon Biologics Memperluas Jangkauan Peneutralan Rawatan Antibodi COVID-19 yang Mujarab dan Meluas kepada Pesakit di India dan Pasaran Memuncul Terpilih: Pada suku kedua 2021, Adagio bekerjasama dengan Biocon Biologics Ltd. untuk memerangi krisis COVID-19 yang berterusan di Asia selatan. Kerjasama ini memberikan hak kepada Biocon untuk mengeluarkan dan mengkomersialkan terapi antibodi berdasarkan ADG20 di India dan pasaran memuncul terpilih tambahan berdasarkan proses pengeluaran komersial yang dibangunkan untuk ADG20. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Biocon akan diberikan akses kepada data daripada percubaan klinikal Fasa 2/3 Adagio dan pakej Pengesahan Penggunaan Kecemasan yang dinanti-nantikan serta penyerahan kawal selia lain untuk menyokong kelulusan atau kebenaran kecemasan di India dan pasaran memuncul terpilih yang lain.
     
Sorotan Perniagaan Terkini
  • David Hering, Pakar Vaksin COVID-19 Global, Dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi: Adagio baru-baru ini melantik David Hering sebagai ketua pegawai operasi syarikat. Encik Hering menyertai Adagio daripada Pfizer, yang baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai ketua perniagaan mRNA global, perniagaan yang dicipta khusus untuk mengurus usaha COVID-19 global dan vaksin pada masa depan yang menggunakan teknologi mRNA dan menerajui pelancaran vaksin COVID-19 yang pertama di Amerika Syarikat. Sebelum jawatan beliau yang terkini di Pfizer, Encik Hering ialah presiden, Amerika Utara di Pfizer, yang memimpin sebuah organisasi seramai 700 orang merentasi seluruh portfolio produk vaksin untuk COVID-19 dan penyakit meningokokus dan pneumokokus.
  • Tawaran Awam Awal (IPO) Sejumlah $355.8 Juta Berjaya Dilengkapkan: Pada Ogos 2021, Adagio menjual 20,930,000 saham bagi saham biasa, termasuk pelaksanaan penuh bagi pilihan penaja jamin untuk membeli 2,730,000 saham tambahan bagi saham biasa pada harga tawaran awam sebanyak $17.00 sesaham. Hasil kasar daripada tawaran, sebelum diskaun dan komisen taja jamin serta perbelanjaan tawaran boleh bayar oleh Adagio, dianggarkan sebanyak $355.8 juta.
  • Kerjasama dengan Scripps: Adagio memasuki perjanjian penyelidikan eksklusif dengan The Scripps Research Institute untuk mengenal pasti calon vaksin perlindungan secara meluas untuk pencegahan penyakit influenza dan koronavirus beta.
  • Lembaga Pengarah yang Diperluas dengan Pemimpin Industri untuk Menyokong Pertumbuhan Masa Hadapan: Adagio baru ini mengumumkan pelantikan bagi tiga veteran industri dan pakar bidang kepada lembaga pengarahnya:
    • Tom Heyman, bekas presiden Johnson & Johnson Development Corporation (JJDC);
    • Anand Shah, M.D., bekas timbalan pesuruhjaya bagi hal ehwal perubatan dan saintifik di Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) A.S.; dan
    • Michael S. Wyzga, presiden MSW Consulting, Inc. dan mantan CFO Genzyme
       
Hasil Kewangan Suku Kedua 2021
  • Setakat 30 Jun, 2021, Adagio memperoleh wang tunai, kesetaraan wang tunai dan sekuriti boleh pasar sebanyak $392.5 juta, termasuk hasil bersih daripada pembiayaan Siri C yang dilengkapkan pada bulan April. Wang tunai pro forma, kesetaraan wang tunai dan sekuriti boleh pasar setakat 30 Jun, 2021 ialah $719.6 juta selepas memberikan kesan kepada tawaran awam awal kami yang ditutup pada 10 Ogos, 2021.
  • Perbelanjaan penyelidikan & pembangunan termasuk penyelidikan dan pembangunan dalam proses bagi suku tahun kedua 2021 ialah $37.6 juta.
  • Perbelanjaan jualan, umum & pentadbiran untuk suku kedua 2021 ialah $7.1 juta.
  • Kerugian Bersih untuk suku kedua ialah $44.7 juta atau $0.18 sesaham.

Perihal ADG20
ADG20, antibodi monoklon yang menyasarkan protein pepaku SARS-CoV-2 dan koronavirus yang berkaitan, sedang dibangunkan untuk pencegahan dan rawatan COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh SARS-CoV-2. ADG20 direka bentuk dan dijuruterakan untuk memiliki kemujaraban tinggi dan peneutralan meluas terhadap SARS-CoV-2 dan sarbecovirus klad 1 tambahan, dengan menyasarkan epitop yang amat terpelihara dalam domain pengikat reseptor. ADG20 menunjukkan aktiviti peneutralan mujarab terhadap strain SARS-CoV-2 serta semua varian membimbangkan. ADG20 mempunyai potensi untuk memberikan impak terhadap pereplikaan virus dan penyakit seterusnya melalui berbilang mekanisme tindakan, termasuklah sekatan terus masukan virus ke dalam hos sel (peneutralan) dan menghapuskan sel hos yang dijangkiti melalui aktiviti efektor imun semula jadi berantarakan Fc. ADG20 dimasukkan dengan suntikan intraotot tunggal, membolehkan dan direka bentuk untuk mempunyai separuh hayat yang lama, dengan matlamat untuk memberikan perlindungan yang cepat dan tahan lama. Adagio sedang memajukan ADG20 melalui berbilang percubaan klinikal secara global.

Perihal Adagio Therapeutics

Adagio (Nasdaq: ADGI) ialah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang berfokus pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian berdasarkan antibodi untuk penyakit berjangkit dengan kemungkinan pandemik. Portfolio antibodi syarikat telah dioptimumkan menggunakan keupayaan kejuruteraan antibodi peneraju industri Adimab dan direka bentuk untuk memberikan pesakit dan klinisian gabungan kemujaraban, kelebaran, perlindungan tahan lama (melalui lanjutan separuh hayat), keupayaan pengeluaran dan keupayaan mampu milik yang berkuasa. Portfolio antibodi SARS-CoV-2 Adagio merangkumi berbilang antibodi yang tidak bersaing dan meneutralkan secara meluas dengan epitop pengikat ketara, yang dibimbing ADG20. Adagio telah mempunyai kapasiti pengeluaran bagi penghasilan ADG20 dengan pengeluar kontrak pihak ketiga melalui penyelesaian percubaan klinikal dan jika diluluskan oleh pihak berkuasa kawal selia, melalui pelancaran komersial awal. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.adagiotx.com.

Pernyataan Prospektif
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam makna Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Perkataan seperti “menjangkakan,” “percaya,” “mengharapkan,” “berniat,” “mengunjurkan,” dan “masa hadapan” atau ungkapan yang serupa bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif merangkumi pernyataan tentang, antara yang lain, masa, kemajuan dan hasil kajian praklinikal kami dan percubaan klinikal ADG20, termasuk masa penyerahan IND kami yang dirancang, permulaan dan penyempurnaan kajian atau percubaan dan kerja persiapan yang berkaitan, tempoh apabila keputusan percubaan akan tersedia dan program penyelidikan dan pembangunan kami; keupayaan kami untuk mendapatkan dan mengekalkan kelulusan kawal selia untuk calon produk kami; keupayaan kami untuk mengenal pasti pesakit dengan penyakit yang dirawat oleh calon produk kami dan mendaftarkan pesakit ini dalam percubaan klinikal kami; keupayaan dan strategi pengeluaran kita; dan keupayaan kami untuk berjaya mengkomersialkan calon produk kami. Kami mungkin tidak mencapai rancangan, niat atau jangkaan yang didedahkan pada pernyataan prospektif kami dan anda tidak patut meletakkan kebergantungan tidak wajar pada pernyataan prospektif kami. Pernyataan prospektif ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material berbanding hasil yang dijelaskan dalam atau tersirat oleh pernyataan prospektif, termasuk tanpa had, risiko yang diterangkan bawah tajuk “Faktor Risiko” dalam prospektus Adagio yang difailkan dengan Securities and Exchange Commission (“SEC”) pada 6 Ogos 2021 dan pada laporan masa hadapan Adagio untuk difailkan dengan SEC, termasuk Laporan Suku Tahunan Adagio pada Borang 10-Q bagi suku tahun yang berakhir pada 30 Jun 2021. Risiko tersebut mungkin akan bertambah dengan pandemik COVID-19. Pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini dibuat pada tarikh ini dan Adagio tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat tersebut kecuali diperlukan bawah undang-undang berkenaan.

Maklumat Hubungan:

Orang Hubungan Media:
Dan Budwick, 1AB
Dan@1abmedia.com

Maklumat Hubungan Pelabur:
Monique Allaire, THRUST Strategic Communications
monique@thrustsc.com


ADAGIO THERAPEUTICS, INC.
CONDENSED CONSOLIDATED BALANCE SHEETS
(UNAUDITED)

(In thousands, except share and per share amounts) 

Table
 

ADAGIO THERAPEUTICS, INC.
CONDENSED CONSOLIDATED STATEMENTS OF OPERATIONS AND COMPREHENSIVE LOSS
(UNAUDITED)
(In thousands, except share and per share amounts)


Table



SUMBER : Adagio Therapeutics, Inc.