Tuesday, September 21, 2021

FUSIONEX MENANDATANGANI MOU DENGAN ALLIANCE ISLAMIC BANK UNTUK MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN PERNIAGAAN HALAL PKS




PETALING JAYA, Malaysia, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pemimpin pasaran teknologi Kecerdasan Buatan dan Data Besar Fusionex baru-baru ini menandatangani satu MoU dengan Alliance Islamic Bank Berhad untuk meningkatkan program Halal dalam Satu bank berkenaan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210919005026/en/

Halal dalam Satu adalah sebuah ekosistem halal yang menawarkan sokongan kepada pemilik perniagaan yang berani menceburi ruang halal. Program itu juga membantu PKS mendapatkan pensijilan halal, khidmat nasihat perniagaan dan perkhidmatan padanan, akses kepada peluang-peluang pasaran dan pembiayaan khusus untuk kos pensijilan, pengubahsuaian premis, sewa beli peralatan atau modal kerja.

Fusionex akan mereka bentuk, membangun dan menggunakan sebuah platform digital sehenti untuk membantu perniagaan halal yang berdaftar dengan program Halal dalam Satu itu membangun dan berkembang maju. Platform digital mereka yang disatukan menggunakan pelbagai penyelesaian AI pintar dan Analisis Data Besar untuk membantu mengubah PKS secara digital, yang membolehkan mereka untuk meramalkan trend pasaran, memenuhi permintaan pelanggan, mengautomasikan proses operasi dan meningkatkan perniagaan mereka. Platform canggih itu juga meningkatkan akses kepada industri halal dengan memusatkan data untuk meningkatkan kebolehlihatan dan memudahkan prosedur, yang membantu menjimatkan masa, menurunkan kos dan mengurangkan dengan ketara kerumitan IT untuk mengurangkan jumlah langkah yang diperlukan bagi memasuki pasaran halal.

“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Alliance Islamic Bank dalam program Halal dalam Satu mereka untuk memelihara dan mengembangkan segmen PKS halal melalui pendigitalan. Saya percaya bahawa platform digital Fusionex akan dapat membantu pelanggan Halal dalam Satu di dalam perjalanan transformasi digital mereka. Ini akan membawa perniagaan mereka dari luar talian ke dalam talian, menggunakan satu pendekatan perniagaan hibrid dan memaksimumkan strategi saluran pelbagai arah untuk memperluaskan jangkauan pasaran mereka – operasi kental dalam menghadapi cabaran yang mungkin terjadi. Dengan usaha kerjasama daripada semua pihak, perkongsian ini memperkenalkan ekosistem baharu dan penyambungan yang akan menjana aliran pendapatan baharu, mengubah cara perniagaan dijalankan, dan memberi kuasa kepada PKS ini untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato' Seri Ivan Teh.

Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata, “Kami sangat yakin di dalam kekuatan perkongsian itu untuk menyokong pertumbuhan PKS. Fusionex menawarkan pelbagai penyelesaian digital yang membantu PKS kekal berdaya saing. Sebagai contoh, kecerdasan analitik mereka menyediakan pandangan mengenai segmen pelanggan, yang membolehkan pelanggan Halal dalam Satu kami untuk meningkatkan prestasi, ketangkasan dan pertumbuhan perniagaan mereka dengan menggunakan data yang disediakan.”

Teh menambah, “Saya memuji program Halal dalam Satu dari Alliance Islamic Bank untuk menyediakan satu penyelesaian perniagaan sehenti kepada PKS untuk membantu mempercepatkan pertumbuhan PKS dan meningkatkan kedudukan Malaysia di pasaran halal antarabangsa. Ciri-ciri pengurusan kesetiaan platform kami membolehkan usahawan untuk bukan sahaja menarik pelanggan baharu tetapi mengekalkan mereka melalui ganjaran dan kepuasan yang menarik dan diperibadikan.”

Dengan peranti pintar untuk membantu mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pelanggan mereka, Fusionex menawarkan peluang kepada PKS tempatan untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan bagi memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa berkembang. Dengan menggantikan tekaan dengan wawasan konkrit yang diperolehi daripada data keras, ia memungkinkan PKS untuk mengoptimumkan sumber, menyampaikan kempen pemasaran yang disasarkan dan meningkatkan jualan.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pemimpin teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Pengurusan Data Besar, IR 4.0, Internet Benda, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka yang serba canggih itu adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data.

Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana [PKS]) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga sebuah syarikat MDEC Rangkaian Percepatan dan Inovasi Global (GAIN) dan juga sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.

Laporan Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Maklumat mengenai Alliance Islamic Bank

Alliance Islamic Bank Berhad (AIS) adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank). Ia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang patuh Syariah kepada pengguna dan perniagaan.

AIS adalah sebuah penggalak dan penyokong kuat bagi inisiatif yang mewujudkan impak positif kepada perniagaan, masyarakat, dan alam sekitar. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14998

No comments:

Post a Comment