Sunday, September 19, 2021

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM PERLUAS PROGRAM BAKUL MAKANAN DI EMPAT LAGI NEGERI

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperluaskan  program agihan bakul makanan menerusi Program CSR Hasil Prihatin di Perak, Perlis, Kajang, Selangor dan Tawau, Sabah dengan 1,570 lagi bakul makanan diserahkan kepada golongan sasar.

Di Perak, pelancaran Program CSR Hasil Prihatin telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abu Tariq Bin Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM di Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta dan disaksikan oleh Encik Shaharrudy Bin Othman, Pengarah Negeri LHDNM Perak, Tuan Haji Harith Fadzilah Bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan Tuan Haji Abdul Hamid Bin Buyong, Pengerusi Masjid An-Nur Batu 8. Sebanyak 1,000 bakul makanan telah diperuntukkan khusus untuk mereka yang memerlukan di seluruh negeri ini dengan agihan kepada wakil-wakil antaranya dari Masjid An-Nur Batu 8 di Ulu Kinta, Masjid Abu Ubaidah di Taman Perpaduan, Masjid Muhammadiah di Taman Tasek Jaya, Kuil Sri Maha Kaliamman, Surau Ar-Rahmaniah di Taman Desa Aman, Masjid Chenderong Balai, Perkampungan Orang Asli Pos Raya di Simpang Pulai dan Persatuan India Muslim Perak yang kemudiannya akan diagihkan kepada penerima-penerima yang telah dikenal pasti. Hadir sama adalah Encik Khairul Halimin Bin Abdul Halim, Pengarah Jabatan Siasatan LHDNM dan Encik Ahmad Khairuddin Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Resolusi Pertikaian LHDNM. 

Sementara itu di Perlis, Encik Muhamad Mustafa Bin Said, Pengarah Negeri LHDNM Kedah / Perlis menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada YB Tuan Nor Azam Bin Karap yang mewakili Ahli Parlimen Kangar dan Encik Jo Hakimi Bin Che Pin, pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri Kayang yang kemudiannya akan diagihkan kepada penerima-penerima di negeri ini. Sebanyak 250 bakul makanan diserahkan dalam satu program ringkas yang diadakan di LHDNM Cawangan Kangar.  

No comments:

Post a Comment