Friday, September 17, 2021

PENJELASAN MENGENAI ARTIKEL YANG DITERBITKAN OLEH THE EDGE MALAYSIA

 KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Invest Selangor ingin menjelaskan bahawa artikel berita yang diterbitkan oleh The Edge Malaysia dalam edisi mingguan 6-12 September 2021 bertajuk “Invest Selangor seeks 1,000-acre land for aircraft teardown facility” merupakan artikel yang tidak berdasarkan maklumat yang tepat dan sahih.

 
Artikel itu memetik bahawa “Invest Selangor Bhd, anak syarikat Kerajaan  Selangor, sedang mencari tanah seluas 1000 ekar di sekitar Selangor sebagai lokasi untuk menempatkan kemudahan peleraian komponen pesawat yang pertama milik Airbus di Asia Tenggara, kata sumber kepada The Edge Malaysia. Pada 19 Ogos 2021, Invest Selangor, melalui Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO), telah mengadakan taklimat secara maya dengan pemilik-pemilik tanah mengenai potensi pelaburan oleh Airbus ”.
 
Invest Selangor secara rasmi menyangkal kenyataan yang dipetik oleh The Edge Malaysia di dalam artikel ini kerana mengelirukan dan sama sekali tidak tepat. Sebagai rujukan, pertemuan maya, yang diadakan pada 19 Ogos 2021, adalah pertemuan antara Invest Selangor dan beberapa syarikat lain adalah berkaitan dengan rancangan yang spesifik dan berbeza, sama sekali tidak berkaitan dengan potensi pelaburan oleh Syarikat Airbus tersebut.
 
The Edge Malaysia telah pun mengeluarkan pemberitahuan penjelasan dan permohonan maaf dalam edisi mingguan 13 September - 19 September 2021 di halaman 7.
 
Tarikh : 17hb September 2021


SUMBER : INVEST SELANGOR BERHAD 

No comments:

Post a Comment